laporan karnival kokurikulum

12
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU 44000 KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR ANJURAN:

Upload: zulie76

Post on 18-Feb-2016

1.286 views

Category:

Documents


65 download

DESCRIPTION

koko

TRANSCRIPT

Page 1: laporan KARNIVAL KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU

44000 KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR

ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM SK KUALA KUBU

BHARU

Page 2: laporan KARNIVAL KOKURIKULUM

KARNIVAL KOKURIKULUM UNIT KOKURIKULUM 2014

TARIKH13 NOVEMBER 2014

MASA7.40 PAGI HINGGA 1.30 PETANG

TEMPATSEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU

Page 3: laporan KARNIVAL KOKURIKULUM

PENGENALANKarnival Kokurikulum 2014 adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi memberi peluang kepada murid menunjukkan bakat dan kemahiran mereka dalam bidang kokurikulum yang diwakili mereka di sekolah. Melalui program ini, ia juga dapat menggalakkan murid aktif dalam bidang kemasyarakatan di samping itu memberi peluang kepada ibu bapa menghargai kegiatan anak mereka di sekolah.

RASIONALMemberi peluang kepada semua murid mempamer bakat dan mengambil bahagian dalam acara yang disediakan. Matla,at Karnival Kokurikulum 2014 pada tahun ini adalah bertujuan bagi mencapai beberapa sasaran;

1. Memberikan peluang kepada murid mempamerkan bakat dan mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.2. Menanam sifat bekerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan di kalangan murid.3. Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan di kalangan murid.

OBJEKTIFObjektif Karnival Kokurikulum 2014 adalah bagi menggalakkan pelajar aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum

Page 4: laporan KARNIVAL KOKURIKULUM

yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu. Antaranya ialah ;

1. Memupuk semangat bersatupadu dan bekerjasama dalam satu kumpulan sama ada persatuan, kelab atau unit beruniform.

2. Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.

3. Menggalakan pelajar berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupuk sikap disiplin yang tinggi.

KUMPULAN SASARANSemua murid tahap 2 SK Kuala Kubu Bharu.

JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL KOKURIKULUM 2014

PENGERUSI : Encik Ariffin bin Haji Aban

NAIB PENGERUSI : Pn. Nurakmar Niza bt Zulkipli

: Tuan Haji Khalid bin Ahmad Taufik

: En. Zainuddin bin Ahmad

: Pn. Siti Safura bt Abdul Rashid

SETIAUSAHA : Pn. Nor Rashidah bt Zainal Rashid

PENYELARAS PROGRAM: Pn. Habibah Bt Takril

AJK KARNIVAL KOKURIKULUM 2014

Page 5: laporan KARNIVAL KOKURIKULUM

1. Penyelaras Kelab/Persatuan : Pn. Siti Hajar bt Ismail2. Ketua Pembimbing Tunas Puteri : Pn. Rogayah bt Bakar3. Ketua Pembimbing Bulan Sabit Merah : Pn. Norhayaton bt

Muhammad4. Ketua Pembimbing Puteri Islam : Pn. Nursazlin bt

Kamarudin5. Ketua Pembimbing Kadet Remaja Sekolah : En, Khairul Nizam

bin Zainaludin

JAWATANKUASA PELAKSANA

Page 6: laporan KARNIVAL KOKURIKULUM
Page 7: laporan KARNIVAL KOKURIKULUM

PENGISIAN PROGRAM

Slot 1 : TAKLIMAT DAN ICE-BREAKING

Semua murid berada di padang sekolah dan dibahagikan kepada sepuluh kumpulan. Setiap kumpulan diarahkan untuk melantik ketua kumpulan dan penolong ketua. Taklimat dan ice-breaking disampaikan oleh Puan Nurakmar Niza dan Puan Habibah bt Takril. Setiap kumpulan dibekalkan sebiji telur sebagai amanah yang perlu dijaga dan dibawa sepanjang program berlangsung.

Slot 2 : KAWAD KAKI

Slot ini dikendalikan oleh En. Thong De Sheng dan juga Pn. Maznah bt Mohamad. En. Thong member taklimat ringkas tentang pertandingan kawad kaki. Sepuluh kumpulan di pecahkan kepada dua bahagian untuk dinilai. Kumpulan pertama di hakimi oleh En. Thong De Sheng dan kumpulan kedua oleh Pn. Maznah bt Mohamad.

Page 8: laporan KARNIVAL KOKURIKULUM

Slot 3 : MEMBINA GAJET

Slot bermula selepas murid rehat pada jam 10.00 pagi. Penerangan ringkas disampaikan oleh En. Khairul Nizam kepada murid-murid. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sepuluh batang kayu dan juga tali. Masa yang diberikan selama 1 jam setengah. Penilaian diberikan pada kekemasan gajet yang dibina. Semasa slot ini berlangsung, seorang peserta hampir pitam, pertolongan cemas diberikan oleh En. Harman bin Harun. Peserta tersebut kemudiannya dibawa pulang ke rumah.

Slot 4 : ADVENTURE RACE

Slot ini dikendalikan oleh Pn. Nor Rashidah bt Zainal Rashid dan juga Pn. Nurul Aini . Terdapat 9 halangan yang perlu dilalui oleh setiap peserta. Kumpulan terpantas di kira sebagai pemenang. Halangan tersebut ialah:

1. Ambil gula-gula dalam tepung menggunakan mulut2. Meniti atas titi3. Lompat tayar4. Lari zig zag kon5. Lari berhalangan6. Guling atas tilam7. Meniti atas kerusi8. Menyusur di dalam lecah9. Merangkak di dalam gelung rotan

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SEPANJANG MINI PERKHEMAHAN

Page 9: laporan KARNIVAL KOKURIKULUM

TEMPAT KUMPULAN

PERTAMA 2

KEDUA 1

KETIGA 8

KEEMPAT 10

KELIMA 4

SAGUHATI 3,5,6,7,9

KETUA KUMPULAN TERBAIK : MOHAMAD NOH BIN NORDIN ( 6 DEDIKASI)

POST MORTEM

Kekuatan program1. Semua guru SK Kuala Kubu Bharu memberikan kerjasama yang jitu

dalam menjayakan Mini perkhemahan pada tahun ini.2. Kehadiran murid juga amat memberangsangkan. Begitu juga

dengan kerjasama mereka sepanjang program. Lantaran itu program dapat disempurnakan dengan baik.

Kelemahan program

Page 10: laporan KARNIVAL KOKURIKULUM

1. Peserta banyak meninggalkan peralatan seperti pakaian, pinggan, berus gigi dan sebagainya selepas program berakhir.

2. Ramai peserta tidak tahu membina gajet dengan baik

Cadangan penambahbaikan1. Pada tahun akan datang, murid-murid perlu didedahkan cara

membina gajet dalam unit beruniform masing-masing.2. Peserta perlu lebih peka terhadap peralatan sendiri.

Disediakan oleh, 21 November 2014

………………………………………..(ROHAIDA BT IBRAHIM)

.

Disahkan oleh,

.......................................................(EN. MOHAMAD AKHWAN BIN HJ JAMIL)