kurik pkkmag 1 - pkk.upm.edu.my filekomuniti sihat perkasa negara program korban putra di vietnam...

13
PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR PKKMAG 1 Kokurikulum Berkredit PELAJAR UPM KONGSI PENGALAMAN

Upload: vuongkhue

Post on 23-May-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KURIK PKKMAG 1 - pkk.upm.edu.my fileKomuniti Sihat Perkasa Negara Program Korban Putra Di Vietnam Karnival Sukan Kokurikulum Berkredit UPm 2015 Karnival Jom Sihat UPm Pupuk Kesedaran

Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan PelajarPKKMAG 1

KokurikulumBerkredit

PELAJAR UPMKONGSI PENGALAMAN

Page 2: KURIK PKKMAG 1 - pkk.upm.edu.my fileKomuniti Sihat Perkasa Negara Program Korban Putra Di Vietnam Karnival Sukan Kokurikulum Berkredit UPm 2015 Karnival Jom Sihat UPm Pupuk Kesedaran

Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan Pelajar Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan PelajarPKKMAG PKKMAG 32

KokurikulumBerkredit

KokurikulumBerkredit

Assalamua’laikum w.b.t. dan salam sejahtera…

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. kerana kebesaran dan rahmat-Nya dapat kita meneruskan usaha untuk mengukuhkan dan mencapai hasrat yang diimpikan pada 2016. PKPP diberi kepercayaan agar para pelajar dipupuk dengan kemahiran insaniah yang manpan dan juga memperbanyakkan aktiviti serta program bersama komuniti. Semoga tahun 2016 ini akan melonjakkan nama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar sebagai agen pembangunan pelajar yang holistik dari segi ilmu dan akhlak.

Warga Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar terlebih dahulu ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Y.Bhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, atas lantikan sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia yang baharu. Semoga dengan lantikan tersebut dapat membantu melonjakkan lagi nama UPM di persada dunia.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada mantan Naib Canselor, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan atas sumbangan dan jasa beliau sepanjang tempoh beliau menerajui UPM. Sumbangan beliau dalam menerajui UPM teramat-amat dihargai dan akan dikenang sepanjang zaman.

Akhir kata, saya berharap semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dapat memberi sokongan padu dalam usaha untuk membentuk pelajar yang seimbang dengan penuh kebertanggungjawaban dan ikhlas.

Wassalam.

PRoF. MADYA DR. HJ. ABDUl RASID JAMIANPengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM

Agen Pembangunan Pelajar Yang Holistik

PROF. DATO’ DR. MOHAMMAD SHATAR SABRAN

PROF. MADYA DR. HJ. ABDUL RASID JAMIAN

SAHEH SAID

NOR HABIBAH MOHAMED DAUD

FARAH DAYANA JAMALUDDIN

SITI AFIQAH MASTOR HAIRUL NIZAM MOHD SAROJI

Penaung

Penasihat

Ketua Editor

Editor

4

8

1012

14

17

20

23

Karnival Putra@Komuniti

Program Bakti Siswa Taman Sri Serdang

Komuniti Sihat Perkasa Negara

Program Korban Putra Di Vietnam

Karnival Sukan Kokurikulum

Berkredit UPm 2015

Karnival Jom Sihat UPm Pupuk

Kesedaran Masyarakat

Pelajar UPm Kongsi Pengalaman

Penghargaan:Sebutir Bintang Di Gapura Ilmu

EditorialIsi kandungan

Bingkisan Pengarah

Page 3: KURIK PKKMAG 1 - pkk.upm.edu.my fileKomuniti Sihat Perkasa Negara Program Korban Putra Di Vietnam Karnival Sukan Kokurikulum Berkredit UPm 2015 Karnival Jom Sihat UPm Pupuk Kesedaran

Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan Pelajar Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan PelajarPKKMAG PKKMAG 54

KokurikulumBerkredit

KokurikulumBerkredit

KARNIVAL PUTRA@KOMUNITI

Kota Tinggi – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) bersama Pusat Transformasi Komuniti Universiti

(UCTC) telah mengadakan Program Karnival Putra@Komuniti bertemakan Pengehakupayaan Pembangunan Komuniti Dalam Penjanaan Pendapatan lestari, pada 28 November 2015, bertempat di SK Bukit lintang, Kota Tinggi, Johor. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Dr. Adham Baba, Ketua UMNo Bahagian Tenggara. Turut hadir dalam program ini ialah Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi bin Hj. Ramlan, Naib Canselor UPM. YB. Dato’ Dr. Adham Baba telah melancarkan Buku Bukit lintang, Menyinar Bersama Transformasi Komuniti dan beberapa produk penyelidikan mesra alam yang berpotensi untuk dikomersilkan

iaitu Solar Heater Box, Alamanda, Derived Biofungicide for the Control of Papaya Anthracnose, Biobased Nanoemulsion of Rotenone for save and Effective Insect Pest Control.

Kampung Bukit lintang yang terletak di Daerah Kota Tinggi, Johor dan kira-kira 50 km dari Bandar Johor Bahru merupakan sebuah perkampungan yang mempunyai pemandangan yang indah dilatari banjaran Gunung Panti yang melintang sayup di

penghujung kampung. Bermula dengan pemandangan inilah terbitnya nama Kampung Bukit lintang. Kepelbagaian sumber sedia ada seperti aktiviti inap desa, pertanian, perusahaan IKS, kebudayaan dan pendidikan didapati berpotensi untuk digilap dan ditambahbaik melalui program pemindahan ilmu bersama Universiti Putra Malaysia.

oleh itu, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) bersama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM bawah program NBoS, telah membentuk satu program yang mampan dengan memfokuskan enam bidang iaitu pembangunan perusahaan IKS, pertanian, inap desa, landskap, kesenian dan kebudayaan, dan pendidikan sekolah. lebih kurang 90 orang pegawai UPM dan 330 orang pelajar UPM yang telah turun padang dan berbakti kepada komuniti di Kota Tinggi ini sepanjang perlaksanaan bermula 2014 sehingga 2015. Penglibatan strategik antara PTJ-PTJ di UPM dengan pemegang taruh telah menunjukkan usaha UPM untuk melonjakkan perkhidmatan komuniti setempat. Seramai 500 orang komuniti telah menerima manfaat hasil dari pemindahan

PENGEHAKUPAYAAN PEMBANGUNAN KOMUNITI DALAM PENJANAAN PENDAPATAN LESTARI, KG. BUKIT LINTANG, KOTA TINGGI, JOHOR

Page 4: KURIK PKKMAG 1 - pkk.upm.edu.my fileKomuniti Sihat Perkasa Negara Program Korban Putra Di Vietnam Karnival Sukan Kokurikulum Berkredit UPm 2015 Karnival Jom Sihat UPm Pupuk Kesedaran

Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan Pelajar Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan PelajarPKKMAG PKKMAG 76

KokurikulumBerkredit

KokurikulumBerkredit

Universiti, Fakulti Pertanian dan pihak sekolah. Pelbagai kurus pertanian turut telah dijalankan oleh Fakulti Pertanian bersama UCTC seperti kursus ternakan ayam kampung, kursus penternakan ikan talapia, kursus pengurusan kelapa sawit dan kursus pertanian bandaran. Penglibatan Fakulti Perhutanan dalam membantu meningkatkan ilmu dan kemahiran peserta

ilmu dan pelbagai agensi kerajaan dan NGo turut libat sama seperti Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran Kota Tinggi, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Kementerian Pelancongan Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pertanian, Sekolah Kebangsaan Bukit lintang, Balai Polis Simpang Ampat, Amanah Ikhtiar Malaysia, dan Koperasi Wanita Unggul.

Program ini sangat memberi manfaat dengan hanya berbekalkan peruntukan kos yang minima dan telah memberi impak yang sangat tinggi dan positif kepada komuniti setempat. Sedikit demi sedikit hasilnya telah mula bercambah seperti tiga orang

usahawan IKS yang telah mendapat sijil halal dari JAKIM dalam tempoh 4 bulan sahaja melalui program yang direncanakan oleh UCTC, CEM, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan serta Institut Penyelidikan Produk Halal. Malahan, pendidikan sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum juga bertambah baik hasil usaha sama dengan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) bersama pihak sekolah. Hasilnya Sekolah Kebangsaan Bukit lintang telah memenangi Anugerah Kokurikulum (luar Bandar) pada tahun 2015. Penambahbaikan Taman Herba Sekolah yang telah dibaik pulih dan lebih 20 jenis koleksi herba telah ditanam hasil dari komitmen Taman Pertanian

inap desa dan pengurusan anak angkat. Hasilnya kini, Kampung Bukit lintang sentiasa menerima kunjungan dari dalam dan luar negara untuk mengikuti inap desa dan aktiviti yang disediakan. Pusat sumber juga telah diwujudkan untuk kegunaan warga komuniti hasil sumbangan idea dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Selain itu, sebagai mercu tanda kampung, pihak Fakulti Rekabentuk dan Senibina juga telah bersama di dalam mengindahkan lagi landskap gasing sedia ada dengan diberi nafas baru. Penganjuran program ini juga telah membuktikan bahawa kesungguhan dan komitmen yang tinggi dari UPM dalam membangunkan komuniti. Projek-projek ini secara tidak langsung telah memasyarakatkan universiti yang sentiasa bersedia untuk membantu komuniti Kota Tinggi khasnya dalam pembangunan intelek dan sahsiah bagi melahirkan komuniti yang berilmu dan mampu berdaya saing untuk mengatasi cabaran yang mendatang.

Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang Kota Tinggi Johor memenangi Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan Kategori Luar Bandar bagi tahun 2015

Program penglibatan universiti dengan komuniti memerlukan komitmen yang padu dari pelbagai pihak sama ada dari universiti, pemegang taruh, agensi dan komuniti yang terlibat. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi, agak sukar untuk melaksanakan program pembangunan komuniti yang sedemikian terutamanya untuk memastikan setiap program yang dijalankan dapat memberikan impak yang tinggi kepada komuniti dan universiti. Berdasarkan kepelbagaian program yang dijalankan pada tahun 2014-2015, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) dan UCTC UPM telah mula mengorak langkah dalam melebarkan sayap dan membina hubungan jaringan komuniti. Keyakinan dan kepercayaan komuniti terhadap UPM telah meletakkan pengehakupayaan komuniti kampung Bukit lintang untuk berubah dan ditransformasikan seiring dengan pembangunan Negara.

Page 5: KURIK PKKMAG 1 - pkk.upm.edu.my fileKomuniti Sihat Perkasa Negara Program Korban Putra Di Vietnam Karnival Sukan Kokurikulum Berkredit UPm 2015 Karnival Jom Sihat UPm Pupuk Kesedaran

Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan Pelajar Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan PelajarPKKMAG PKKMAG 98

KokurikulumBerkredit

KokurikulumBerkredit

Program Bakti Siswa Taman Sri Serdang

SERDANG: Seramai 59 pelajar Kursus Bakti Siswa UPM bersama dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah mengadakan Program Berkhatan,

Kospen dan Gotong Royong bersama Penduduk Taman Sri Serdang. Program ini bertemakan “Komuniti Sihat Peneraju Kemajuan Negara.”

masyarakat. Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Rasid bin Jamian, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia telah merasmikan program berkhatan beramai-ramai. Antara aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut adalah merenjis bunga rampai pada kanak-kanak yang bakal berkhatan. Aktiviti seumpama ini, kian lupus terutama dalam kalangan masyarakat terutama yang duduk di kawasan bandar, oleh itu aktiviti seumpama ini, dapat memberi perhatian kepada penduduk setempat untuk memupuk semangat kejiranan malah memberi pengalaman yang menarik kepada pelajar yang tidak pernah didedahkan dengan aktiviti kemasyaratan sebegini.

Program ini diteruskan pada 21 Nov dengan aktiviti gotong royong pelajar bersama-sama penduduk setempat di kawasan Surau Al-Hidayah Taman Sri Serdang, aktiviti ini untuk menerapkan usaha membersih kawasan yang bertujuan untuk menyedarkan penduduk serta pelajar untuk terus menjaga kebersihan kawasan setempat. Datuk Dr. Mohamed Satim Diman telah hadir pada upacara

berjalan kaki 10,000 langkah yang merupakan usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat kekal cergas dan sihat. Pelbagai aktiviti lain juga diadakan antaranya pameran dari Agensi Dadah Kebangsaan bagi memberi ilmu kepada penduduk serta pelajar tentang kesan keburukan penggunaan dadah. Pemeriksaan percuma juga diberikan antaranya memeriksa kandungan gula dan kolestrol dalam darah serta mengira BMI.

Program ini memberikan kesan kepada masyarakat dan pelajar iaitu pelajar dapat menerapkan kemahiran isaniah yang dipelajari apabila berurusan dengan masyarakat. Ini merupakan pengalaman dan persiapan yang baik pada pelajar untuk menghadapi dunia luar pada alam pekerjaan nanti.

Program bersama dengan pelajar UPM dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Serdang adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap aspek kesihatan dalam kalangan pelajar dan masyarakat di Taman Sri Serdang di samping menerapkan nilai-nilai kemahiran isaniah dan dapat mendekatkan diri antara pelajar dengan penduduk setempat serta mempelajari cara kehidupan bermasyarakat.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 20 Nov 2015. Pengerusi KRT Taman Sri Serdang iaitu En. Saheh Said menyambut baik penglibatan pelajar bersama dengan

Aktiviti gotong royong

berkhatan di sebelah petang. Seramai 15 orang kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti berkhatan. Kanak-kanak yang berkhatan berumur 5 tahun hingga 12 tahun.

Pada 22 November 2015, aktiviti KoSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara) telah diadakan. Kospen adalah satu inisiatif kolaborasi antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Jabatan Perpaduan Negara. Inisiatf ini adalah untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam penjagaan kendiri bagi mengurangkan beban penyakit tidak berjangkit (atau penyakit NCD) di Malaysia, Program penutupan ini dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Petaling Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional iaitu Puan Nurul Akmalina Samsudin. Aktiviti dimulakan dengan aktiviti

Page 6: KURIK PKKMAG 1 - pkk.upm.edu.my fileKomuniti Sihat Perkasa Negara Program Korban Putra Di Vietnam Karnival Sukan Kokurikulum Berkredit UPm 2015 Karnival Jom Sihat UPm Pupuk Kesedaran

Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan Pelajar Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan PelajarPKKMAG PKKMAG 1110

KokurikulumBerkredit

KokurikulumBerkredit

KOMUNITI SIhAT PeRKASA NegA RA dAN BeRKhATAN

Page 7: KURIK PKKMAG 1 - pkk.upm.edu.my fileKomuniti Sihat Perkasa Negara Program Korban Putra Di Vietnam Karnival Sukan Kokurikulum Berkredit UPm 2015 Karnival Jom Sihat UPm Pupuk Kesedaran

Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan Pelajar Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan PelajarPKKMAG PKKMAG 1312

KokurikulumBerkredit

KokurikulumBerkredit

PROgRAM KORBAN PUTRA

dI VIeTNAM

Pendekatan ala ‘peace corp’ projek ini bertujuan memberi pendedahan yang menyeluruh kepada siswa UPM dalam menjalankan program sukarelawan berdasarkan konsep “sukarelawan hebat untuk kerja yang tepat”. Pada masa yang sama, program ini memberi peluang sukarelawan UPM belajar mengenai budaya dan adat yang berbeza-beza serta cara hidup komuniti Vietnam yang unik. Menariknya projek korban di Tay Ninh Provience, telah melibatkan penyertaan daripada 7 buah kampung iaitu Masjid Darul Naim lilmuslimin, Masjid Noorul Islam, Masjid Noorul Iman, Masjid Noorul Ehsan, Masjid Almubarah, Masjid Jamiul Nia’mat dan Masjid Noorul Nia’mat.

Sebanyak 8 ekor lembu korban yang melibatkan 56 bahagian penyertaan telah disumbangkan oleh pihak UPM yang dikelolakan oleh Pejabat Strategi Korporat & Komunikasi (CoSCom) sebagai suatu usaha kesinambungan terhadap

program khidmat komuniti secara berterusan, lestari dan berimpak tinggi dalam meningkatkan keterlibatan UPM di persada antarabangsa.

Naib Canselor UPM, Porf. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan, “projek sukarelawan UPM ini adalah penting dalam menanamkan semangat kembali berbakti dan memberi kepada masyarakat. Siswa adalah harapan rakyat dan mereka seharusnya menggunakan segala ilmu yang diperoleh selama menuntut di IPTA dan kembali berbakti dan menyumbang. Semoga dengan semangat menyumbang kepada masyarakat di peringkat antarabangsa akan memberikan mereka lebih motivasi untuk terus menyumbang apabila telah bergelar graduan kelak. Projek korban UPM-Vietnam ini juga dapat menzahirkan kerjasama erat antara sesame masyarakat Islam di rantau ASEAN, lebih-lebih lagi ketika ini Malaysia merupakan pengerusi ASEAN.

5 orang pelajar BAKSIS UPM yang dipilih menjadi Duta Sukarelawan Siswa UPM sempena Projek Korban Putra UPM-Vietnam ini adalah Sdr. Abdul Rahman Mahmud (Fakulti Ekologi Manusia), Sdri. Noraziela Isa (Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi), Sdr. Mohamad Ayman Mohamad Akram (Fakulti Kejuruteraan), Sdri. Nur Syahirah Misman (Fakulti Ekonomi & Pengurusan) dan Sdri. Norashikin Mohd Khairuddin (Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi).

Ho CHI MINH (VIETNAM), 25 Sept. Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan legasi sukarelawan siswa melalui

Projek Korban Putra UPM-Vietnam selepas kejayaan meneroka Misi Sukarelawan Siswa UPM ke Vietnam. Program korban bersempena Hari Raya Aidil Adha ini dilaksanakan di dua buah daerah iaitu District 8, Ho Chi Minh City dan Tay Ninh Provience, Vietnam dan merupakan kolaborasi bersama-sama pihak Education Malaysia Ho Chi Minh City dengan kerjasama Representative Islamic Community of Vietnam dan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM.

Page 8: KURIK PKKMAG 1 - pkk.upm.edu.my fileKomuniti Sihat Perkasa Negara Program Korban Putra Di Vietnam Karnival Sukan Kokurikulum Berkredit UPm 2015 Karnival Jom Sihat UPm Pupuk Kesedaran

Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan Pelajar Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan PelajarPKKMAG PKKMAG 1514

KokurikulumBerkredit

KokurikulumBerkredit

Karnival Sukan KokurikulumBerkredit UPM 2015Serdang – Karnival Sukan Kokurikulum Berkredit telah

diadakan pada 5 Disember 2015 bertempat di Pusat Sukan, Universiti Putra Malaysia. Karnival ini telah dirasmikan oleh Y.H. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Beberapa Atlet Negara yang merupakan Alumni UPM turut dijemput hadir, antaranya ialah Norsheela Khalid dan Muhammad Zaiful Zainal Abidin dalam bidang olahraga. Program ini dijayakan oleh para Pelajar yang mengambil kursus Kokurikulum Berkredit, Semester 1, Sesi 2015/2016 yang merangkumi semua komponen Sukan. Penganjuran Karnival ini telah berjaya menghimpunkan seramai 2000 belia dan beliawanis yang terlibat sebagai peserta, pembantu teknikal dan sukarelawan.

Penganjuran Karnival Sukan kali ketiga ini telah dapat dilaksanakan lebih menyeluruh kerana dapat melibatkan semua komponen sukan dalam berbagai-bagai bentuk program sukan dianjurkan. Sukan yang diberi fokus dan melibatkan komuniti luar ialah sukan bola Jaring, sepak takraw, bola tampar dan futsal.

Page 9: KURIK PKKMAG 1 - pkk.upm.edu.my fileKomuniti Sihat Perkasa Negara Program Korban Putra Di Vietnam Karnival Sukan Kokurikulum Berkredit UPm 2015 Karnival Jom Sihat UPm Pupuk Kesedaran

Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan Pelajar Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan PelajarPKKMAG PKKMAG 1716

KokurikulumBerkredit

KokurikulumBerkredit

Tujuan Karnival ini diadakan adalah untuk membudayakan aplikasi penganjuran program Kokurikulum Sukan Berkredit yang efektif kepada pelajar. Selain itu, dapat memberi pendedahan kepada pelajar untuk menghubung kait kemahiran

insaniah dan teknikal melalui penganjuran program sukan yang berskala besar agar memberi input dan output kepada pelajar. Program ini juga diharap dapat menilai dan mengukur penglibatan pelajar sepanjang mengikuti kursus kokurikulum berkredit selama 14 minggu. Pelajar juga dapat mempromosikan Universiti Putra Malaysia dalam aspek penganjuran sukan secara berterusan.

Kuala Lumpur : Hampir seribu orang penduduk pangsapuri Sri Penara, Cheras mendapat khidmat

pemeriksaan kesihatan secara percuma menerusi penganjuran Karnival Jom Sihat.

Program yang dianjurkan oleh Pelajar perubatan tahun pertama Universiti Putra Malaysia di bawah pengelolaan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM dengan kerjasama Cancer Resource and Education Centre (CARE) dan Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Sri Penara, Cheras ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang bahaya kanser dan pentingnya penjagaan kesihatan.

Menurut Muhamad Syafiq Jamil, Pengarah Program, “Ramai masyarakat yang tidak sedar tentang pentingnya melakukan pemeriksaan kesihatan dan pengamalan gaya hidup sihat,

sedangkan dengan melakukan perkara ini kita dapat mengesan dan mencegah sebarang penyakit lebih awal”.

Program yang dijalankan selama tiga hari dua malam di Pangsapuri Sri Penara, Cheras, Kuala lumpur

Karnival Jom Sihat UPM Pupuk Kesedaran Masyarakat

Page 10: KURIK PKKMAG 1 - pkk.upm.edu.my fileKomuniti Sihat Perkasa Negara Program Korban Putra Di Vietnam Karnival Sukan Kokurikulum Berkredit UPm 2015 Karnival Jom Sihat UPm Pupuk Kesedaran

Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan Pelajar Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan PelajarPKKMAG PKKMAG 1918

KokurikulumBerkredit

KokurikulumBerkredit

ini dipenuhi dengan aktiviti menarik seperti pameran kesihatan, pemeriksaan kanser, pemeriksaan kesihatan, derma darah dan banyak lagi. Fokus utama pemeriksaan kesihatan dan kanser ini melibatkan kanser yang sering dihidapi oleh rakyat Malaysia, iaitu kanser pangkal rahim dan kanser payu dara.

seperti ini kerana pembelajaran di bilik kuliah berjaya diaplikasikan kepada masyarakat luar dengan pemantauan pakar. Keterlibatan pelajar secara langsung kepada komuniti memberi impak yang baik kepada UPM selaras dengan moto

Selain itu, terdapat juga aktiviti lain seperti Klinik Kejelitaan, Ihya Ramadhan, Futsal, sukaneka dan banyak lagi aktiviti menarik disediakan buat penduduk pangsapuri ini.

Menurut Prof. Madya. Dr. Abdul Rasid Jamian, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM, berbangga dengan penglibatan pelajar dalam penganjuran program kepada masyarakat amnya dan

warga UPM khususnya untuk turut serta bagi membantu komuniti luar, meningkatkan tahap sosio ekonomi setempat. Di samping itu, pelajar dapat meningkatkan motivasi diri dan

mempelajari ilmu yang tidak mampu diberikan melalui pendidikan formal di dalam bilik kuliah.

UPM sendiri iaitu Berilmu Berbakti. UPM akan terus menggalakkan pelajar menganjurkan program yang memberi manfaat kepada masyarakat dalam usaha menyokong lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini.

Karnival seperti ini yang melibatkan pelajar sememangnya dapat memberi peluang

Page 11: KURIK PKKMAG 1 - pkk.upm.edu.my fileKomuniti Sihat Perkasa Negara Program Korban Putra Di Vietnam Karnival Sukan Kokurikulum Berkredit UPm 2015 Karnival Jom Sihat UPm Pupuk Kesedaran

Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan Pelajar Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan PelajarPKKMAG PKKMAG 2120

KokurikulumBerkredit

KokurikulumBerkredit

masa dan diri. Kreativiti pelajar dalam menceriakan kawasan sekolah melalui lukisan mural yang begitu cantik juga merupakan antara aktiviti menarik yang dilakukan oleh pelajar. Program seperti ini sangat baik dan harus diteruskan pada masa akan datang.

Walaupun sibuk dengan kuliah, tugasan dan peperiksaan semua itu bukan alasan bagi pelajar Bakti Siswa Siswa@

Kampung, Universiti Putra Malaysia untuk memberikan khidmat bakti kepada komuniti di Bagan Baharu, Batu Kurau, Perak menerusi program Siswa@Kampung.

Program yang berjalan selama tiga hari dua malam ini mendapat sambutan baik daripada penduduk dan pihak sekolah di sekitar kampung tersebut.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu, En. Kamal Abdul Salam berkata program yang dilaksanakan ini banyak memberi impak kepada sekolah dan masyarakat setempat, terutamanya program motivasi bersama pelajar sekolah iaitu para pelajar telah didedahkan dengan teknik belajar berkesan, pengurusan

Pelajar UPM Kongsi Pengalaman

Page 12: KURIK PKKMAG 1 - pkk.upm.edu.my fileKomuniti Sihat Perkasa Negara Program Korban Putra Di Vietnam Karnival Sukan Kokurikulum Berkredit UPm 2015 Karnival Jom Sihat UPm Pupuk Kesedaran

Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan Pelajar Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan PelajarPKKMAG PKKMAG 2322

KokurikulumBerkredit

KokurikulumBerkredit

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti sukaneka, urban agriculture, celik si cilik, sukan rakyat, ceramah koperasi dan kepenggunaan dan banyak lagi.

Sebutir Bintang di Gapura IlmuDedikasi kepada

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan

Sebutir bintang cahayanya mengerdipmelimpah ke bumi

dan benar kata pujanggabenih yang baik

jatuh ke laut menjadi pulaujatuh ke tanah menjadi mawar

kaulah pewaris bangsa dan negaraketika anak-anak mula mengenal makna manusia.

Dato’, engkaulahsebutir bintang mengerdip ketika suram berapung di langit

sebutir bintang menghulur tangan memberi jiwadengan tegar perjuangan mengatur langkah menyusun fikir

sebutir bintang merimbun menyinari nusa perguruanpenuh cekal menjalin perpaduan

bijaksana mengisi arus kemajuan.

Telah datang kepada kamiengkaulah seorang pemimpin

yang tabah menanam akal budisambil melaung tekad

jangan sesekali menjadi hamba di bumi sendirikaulah seorang pemimpin

suatu anugerahpengukir cemerlang penganyam gemilang

juga penebus maruah luka sejarah silam.

Bermusim kau mengharung gelombang cinta negararindu dan dendam kau redah tanpa menduga petualang

tabah dan takwa benteng yang berkilau di bumi merdeka.

Sebutir bintang, engkaulahcahaya yang kau tebar tak akan dipersia

sinarnya bersemat ke jiwa persada.

kaulah bintang utusan yang bertebaran di langitkuiring doa dan mantera semangat

untuk kaufahami sifat alam yang tulusmengerdip di gapura ilmu

Shamsudin OthmanMadrasah Sham al-Johori, Kuala Lumpur

Penghargaan

Menurut Mohamad Faiz Fikry bin Asran, program ini merupakan projek mega yang dapat membantu kerajaan menyemarakkan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa di samping menerapkan tujuh elemen kemahiran insaniah untuk membentuk keseimbangan pembangunan modal insan. Pelaksanaan program ini bukan sahaja dapat memberi kefahaman tentang sosiobudaya penduduk kampung, malah kami ingin menekankan tentang aspek kepenggunaan dan hak pengguna kepada pelajar dan masyarakat luar bandar melalui ceramah dan taklimat yang kami sediakan seperti ceramah KPDNKK dan ceramah koperasi.

Program ini dijalankan diseluruh malaysia hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan 1 Malaysia for Youth (IM4U).

Page 13: KURIK PKKMAG 1 - pkk.upm.edu.my fileKomuniti Sihat Perkasa Negara Program Korban Putra Di Vietnam Karnival Sukan Kokurikulum Berkredit UPm 2015 Karnival Jom Sihat UPm Pupuk Kesedaran

Pusat KoKuriKulum dan Pembangunan PelajarPKKMAG24

KokurikulumBerkredit

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJARUniversiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang, Selangor Darul EhsanTel: 03 - 8946 7279 • Faks: 03 - 8946 7280 • Laman Sesawang: www.pkk.upm.edu.my