laporan program karnival sumber 1

8
1.0 LAPORAN PROGRAM KARNIVAL SUMBER 1 & MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2015 Pada 2 April 2015, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah dan Jawatankuasa Program Pe (PPDa telah beker!asama mengan!urkan Program "arni#al Sumber dan $inggu Pencega Program ini bermula seawal &%'0 pagi dan melibatkan semua warga sekolah% Program "arni#al Sumber 1 bertu!uan mendedahkan murid murid dengan proses ber)ik pembaca memahami idea mengikut pengalaman, keperluan dan tu!uan pembacaan% $urid berkongsi pengalaman melalui pembacaan di mana ia melibatkan proses komunikasi d kogniti) *ang tinggi% Selain itu, dengan adan*a karni#al sumber seumpama ini, da membaca *ang men*eronokkan% $inggu Pencegahan Dadah pula dengantema PPDa pada tahun ini ialah‘1 Malaysia M!"a#$%as Da a'(. Pelancaran tersebut telah dilakukan oleh +n% Jamaludin in -assan, P" Pentadbiran% Pada hari pelancaran !uga turut diadakan bacaan ikrar oleh wakil pe minggu PPDa ialah untuk memberi kesedaran kepada murid murid tentang baha*a na!i rokok dan A/DS% $a!lis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan pen*elaras program iaitu Puan ahadun% Program ini dirasmikan oleh .uan Penolong "anan Pentadbiran, +ncik Jama Dalam ucapann*a, beliau mengingatkan murid murid akti#iti dalam karni#al Sumber satu proses pembela!aran di luar bilik dar!ah dan berharap murid murid dapat mer ilmu seberapa *ang boleh% Pelbagai akti#iti telah di!alankan% Setiap panitia telah men*ediakan kiosk berkaiatan panitia tersebut% Antara panitia *ang men*ediakan kiosk ialah Panitia /nggeris dan .% Panitia ahasa $ela*u pula mengan!urkan Pertandingan Pidato t bercerita dan melagukan s*air di dewan manakala Panitia $u ik mengan!urkan perta bilik mu ik%

Upload: nornafiza-bt-nayan

Post on 02-Nov-2015

40 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

dokumetasi

TRANSCRIPT

1.0 LAPORAN PROGRAM KARNIVAL SUMBER 1 & MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2015

Pada 2 April 2015, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah dan Jawatankuasa Program Pencegahan Dadah (PPDa) telah bekerjasama menganjurkan Program Karnival Sumber dan Minggu Pencegahan Dadah. Program ini bermula seawal 7.30 pagi dan melibatkan semua warga sekolah.Program Karnival Sumber 1 bertujuan mendedahkan murid-murid dengan proses berfikir yang melibatkan pembaca memahami idea mengikut pengalaman, keperluan dan tujuan pembacaan. Murid juga dapat berkongsi pengalaman melalui pembacaan di mana ia melibatkan proses komunikasi dan tahap pemikiran kognitif yang tinggi. Selain itu, dengan adanya karnival sumber seumpama ini, dapat melahirkan budaya membaca yang menyeronokkan.Minggu Pencegahan Dadah pula dengan tema PPDa pada tahun ini ialah 1 Malaysia Membanteras Dadah. Pelancaran tersebut telah dilakukan oleh En. Jamaludin Bin Hassan, PK Pentadbiran. Pada hari pelancaran juga turut diadakan bacaan ikrar oleh wakil pelajar. Tujuan diadakan minggu PPDa ialah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya najis dadah, inhalan, rokok dan AIDS. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan penyelaras program iaitu Puan Balkhis Bt. Bahadun. Program ini dirasmikan oleh Tuan Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Jamaludin Bin Hassan. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan murid-murid aktiviti dalam karnival Sumber ini juga merupakan satu proses pembelajaran di luar bilik darjah dan berharap murid-murid dapat merebut peluang menimba ilmu seberapa yang boleh.Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Setiap panitia telah menyediakan kiosk yang menjalankan aktiviti berkaiatan panitia tersebut. Antara panitia yang menyediakan kiosk ialah Panitia Matematik, Bahasa Inggeris dan RBT. Panitia Bahasa Melayu pula menganjurkan Pertandingan Pidato tahap 2, pertandingan bercerita dan melagukan syair di dewan manakala Panitia Muzik menganjurkan pertandingan karaoke di bilik muzik.

Selain itu, murid-murid turut berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan Panitia Bahasa Arab dan Pendidikan Islam serta Panitia Sains yang diadakan di kelas. Panitia Bahasa Arab menyediakan aktiviti mencerakinkan huruf bagi tahap 1 dan menyusun perkataan menjadi ayat. Panitia pendidikan islam pula menyediakan aktiviti mencari benda tersembunyi. Panitia Sains pula bekerjasama dengan Petrosains mengadakan aktiviti di dewan.Jawatankuasa Program Pencegahan dadah (PPDa) pula menganjurkan pertandingan mewarna bagi tahap satu dan melukis poster pencegahan dadah bagi tahap dua. Pameran Anti Dadah anjuran (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) AADK juga diadakan di Bilik Seni . Murid-murid berpeluang melihat jenis-jenis dadah serta kesan penyalahgunaan dadah.Secara keseluruhannya, aktiviti yang dirancang telah berjalan lancar dan mencapai objektif. Namun terdapat beberapa perkara yang boleh dibaiki dan ditambah baik pada masa akan datang. Walaupun semua aktiviti berjalan lancar, tetapi ada beberapa perkara yang not in order. Contohnya, kedudukan kiosk yang tidak teratur dan tidak dilabelkan. Selain itu, ramai guru yang tidak bermaklumat tentang aktiviti yang dijalankan. Ini disebabkan ramai guru yang terlibat dengan Kursus DSKP di luar sekolah. Pengurusan sistem siaraya juga perlu dipertingkatkan lagi.Program ini berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Semua murid berpuas hati dengan aktiviti aktiviti yang telah dijalankan dan berharap aktiviti sebegini akan diteruskan lagi dalam Karnival sumber 2.

Disediakan oleh,

___________________ ____________________ __________________(NORNAFIZA NAYAN) (ZATI HANANI BT KAMARUDZAMAN ) (BALQIS BT MD. RASHID)

JADUAL WAKTU PROGRAM KARNIVAL SUMBER 1 & MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2015

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KARNIVAL SUMBER 1 & MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2015

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi:Encik Zulkeflee Bin AlwiGuru Besar

Naib Pengerusi:i) Encik Jamaludin Bin Hassan PK Pentadbiranii) Encik Nik Mohd Jafrizal Bin Abdullah PK HEMiii) Encik Chiah Suphon A/L Nay Swat PK KOKOPenyelaras: Pn. Balkhis Bt BahadunNaib Penyelaras:Encik Abdul Majid Bin TaibSetiausaha:Puan Asmeza Bt MehadBendahari:Puan Kasma Dewi binti Mad JamlusAJK:Semua Ketua PanitiaSemua Unit Bilik APDKetua Unit Makmal KomputerKetua Unit Bilik SACKetua Unit Bilik J-QafGuru Bimbingan dan KaunselingGuru Pemulihan KhasGuru Pendidikan Khas

KERTAS KERJA PROGRAM KARNIVAL SUMBER 1 & MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2015

SENARAI PEMENANG PROGRAM KARNIVAL SUMBER 1 & MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2015

GAMBAR GAMBAR SEKITAR PROGRAM KARNIVAL SUMBER 1 & MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2015