laporan kajian kes seorang murid pemulihan auto saved)

9
LAPORAN KAJIAN KES SEORANG MURID PEMULIHAN Bagi matapelajaran Pengenalan Kepada Pendidikan Pemulihan (PKP 3101), kami telah diberi tugasan projek yang memerlukan kami menjalankan satu kajian kes terhadap seorang murid pemulihan. Pengenalan. Terdapat beberapa definisi berkaitan dengan pendidikan pemulihan. Antaranya, menurut Syarifah Alwiah Alsagof (1983 : 371), pendidikan pemulihan ialah satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Menurut Collins (1961) pula, pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca,menulis dan mengira. Tansley (1967) turut mengatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar- benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun. Definisi yang diberikan oleh Chua (1977) hampir menyamai konsep pendidikan pemulihan pada masa kini. Beliau mendefinisikan pendididikan pemulihan ialah pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun. Konklusinya, pendidikan pemulihan ialah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain. Secara umumnya, takrif bagi murid pemulihan pula ialah murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M iaitu, menulis, membaca dan mengira. Mereka ini tidak mengalami sebarang kecacatan namun memperlihatkan ciri-

Upload: leyivd

Post on 29-Jun-2015

4.652 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kajian Kes Seorang Murid Pemulihan Auto Saved)

LAPORAN KAJIAN KES SEORANG MURID PEMULIHAN

Bagi matapelajaran Pengenalan Kepada Pendidikan Pemulihan (PKP 3101),

kami telah diberi tugasan projek yang memerlukan kami menjalankan satu kajian kes

terhadap seorang murid pemulihan.

Pengenalan.

Terdapat beberapa definisi berkaitan dengan pendidikan pemulihan. Antaranya,

menurut Syarifah Alwiah Alsagof (1983 : 371), pendidikan pemulihan ialah satu

tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang

mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di

pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang

diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh

guru pemulihan.

Menurut Collins (1961) pula, pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran

yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini

ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata

pelajaran asas di sekolah seperti membaca,menulis dan mengira.

Tansley (1967) turut mengatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah satu

bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan

sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

Definisi yang diberikan oleh Chua (1977) hampir menyamai konsep pendidikan

pemulihan pada masa kini. Beliau mendefinisikan pendididikan pemulihan ialah

pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-

langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran

pemulihan dijalankan secara tersusun.

Konklusinya, pendidikan pemulihan ialah sejenis pengajaran yang dijalankan

untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak

terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf

dengan rakan mereka yang lain.

Secara umumnya, takrif bagi murid pemulihan pula ialah murid yang belum

menguasai kemahiran asas 3M iaitu, menulis, membaca dan mengira. Mereka ini tidak

Page 2: Laporan Kajian Kes Seorang Murid Pemulihan Auto Saved)

mengalami sebarang kecacatan namun memperlihatkan ciri-ciri khusus. Walau

bagaimanapun, terdapat berbagai-bagai definisi yang dikemukan oleh para sarjana

dalam mentakrifkan siapa murid pemulihan.

Menurut Sharifah (1986), murid pendidikan pemulihan ialah murid-murid yang

gagal untuk sejajar dengan rakan-rakan sebaya dalam kelasnya. Kegagalan ini dinilai

dari segi akademik yang dipercayai disebabkan kurang keupayaan untuk berjaya dalam

mata pelajaran asas iaitu membaca, mengira dan menulis. Mereka tidak termasuk

kanak-kanak yang dikategorikan sebagai terencat akal.

Manakala M.F. Clough mendefinisikan kanak-kanak pemulihan ialah kanak-

kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan

atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak.

Kesimpulan yang boleh dibuat terhadap takrifan murid pemulihan ialah mereka

yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada dalam membaca, menulis atau

mengira. Mereka menunjukkan simptom atau gejala kesulitan untuk membaca, menulis

atau mengira.

Pernyataan masalah.

Dalam menjalankan tugasan projek ini, kami dikehendaki menghasilkan satu

laporan bertulis mengenai seorang murid pemulihan berdasarkan komponen-komponen

berikut:

1) Punca-punca/faktor-faktor yang menyumbang kepada permasalahan

pemulihan.

2) Ciri-ciri masalah kanak-kanak tersebut.

3) Aspek perkembangan kanak-kanak yang dipilih dan membuat banding beza

dengan kanak-kanak normal.

4) Mencadangkan Program Intervensi Awal yang boleh diikuti dam khidmat

sokongan yang sesuai.

Page 3: Laporan Kajian Kes Seorang Murid Pemulihan Auto Saved)

Objektif.

1. Menghuraikan maklumat peribadi, ciri-ciri masalah, ciri-ciri perkembangan,

punca-punca/faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah dan program

pemulihan dan pendidikan yang berkaitan dengan masalah kanak-kanak yang

dipilih.

2. Memberi cadangan intervensi dan khidmat sokongan yang sesuai dengan

masalah kanak-kanak tersebut.

3. Membuat banding beza antara perkembangan kanak-kanak normal dengan

kanak-kanak tersebut.

Lokasi

Kajian ini dibuat di Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan. Sekolah ini terletak di

kawasan luar bandar di daerah Kota Bharu, Kelantan.

Sampel kajian

Saya memilih seorang murid lelaki yang berusia lapan tahun sebagai sampel

kajian kami.

Dapatan kajian.

Hasil daripada kajian ini merangkumi maklumat peribadi, punca-punca atau faktor-faktor

yang menyumbang murid ini kepada permasalahan pemulihan. Kemudian diikuti ciri-ciri

masalah murid ini serta perbandingan aspek perkembangan murid ini dengan kanak-

kanak normal. Akhir sekali cadangan program intervensi awal dan khidmat sokongan

yang sesuai untuk murid ini.

i) Latar belakang

Nama penuh murid yang menjadi sampel kajian saya ialah Mohd Hafiq Hakimi

bin Mohammad. Murid ini berusia lapan tahun dan dilahirkan pada 25 Februari2001 di

Page 4: Laporan Kajian Kes Seorang Murid Pemulihan Auto Saved)

Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Adik Hafiq merupakan kesebelas

daripada tujuh belas orang adik beradik. Adik Hafiq hanya berjalan kaki ke sekolah

memandangkan kedudukan rumahnya yang berdekatan dengan kawasan sekolah.

ii) Faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah pemulihan

Secara umumnya, terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang ke arah

masalah pemulihan. Malahan kesulitan-kesulitan yang dihadapi kanak-kanak terbabit

secara tidak langsung telah menjejaskan prestasi pelajaran murid terbabit.

Dalam skop kajian saya ini, saya mendapati salah satu punca mengapa adik

Hafiq dimasukkan ke kelas pemulihan adalah disebabkan kegagalan yang teruk dalam

Ujian Pencapaian Akhir Tahun semasa di darjah satu pada tahun lepas. Ujian ini

menggambarkan bahawa adik Hafiq masih memerlukan khidmat sokongan serta

bimbingan yang lebih daripada guru terutamanya dari aspek kemahiran mengira dan

membaca. Adik Hafiq mengalami masalah dalam menyebut perkataan yang terdiri lebih

daripada dua suku kata. Dalam aspek pengiraan pula, adik Hafiq bermasalah dalam

membezakan fungsi simbol tambah dan tolak.

Bukan itu sahaja, berdasarkan penelitian saya terhadap buku rekod kehadiran

adik Hafiq, saya mendapati adik Hafiq sering kali tidak datang ke sekolah. Lantaran

ketidakhadirannya itu, telah menyebabkan adik Hafiq ketinggalan dalan sesetengah

mata pelajaran yang dibelajar. Menurut guru kelas adik Hafiq, semasa beliau belajar di

darjah satu pada tahun lepas, hampir setiap bulan adik Hafiq tidak ke sekolah. Ketidak

hadiran adik Hafiq ke sekolah telah memberikan impak yang negatif terhadap

kesediaan belajar. Hal ini kerana, adik Hafiq tidak mampu menguasai kemahiran

kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira sepenuhnya semasa di darjah

satu.

Page 5: Laporan Kajian Kes Seorang Murid Pemulihan Auto Saved)

iii) Ciri-ciri masalah kanak-kanak pemulihan

Murid-murid pendidikan pemulihan juga mempunyai bermacam cirri yang

membezakannya dengan murid-murid yang tahap pembelajarannya adalah normal di

dalam kelas. Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori,

iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap adik Hafiq, saya dapat mengelaskan

kriteria-kriteria masalah yang ada pada adik Hafiq berpandukan sikap dan tingkah

lakunya semasa berada di kelas dan di luar kelas.

Yang pertama dari aspek pengamatan. Pengamatan ialah kefahaman terhadap

sesuatu perkara atau situasi melalui panca indera setelah berlakunya proses dalam

mental. Sepanjang pemerhatian saya terhadap adik Hafiq, saya dapati dia mengalami

masalah pengamatan jenis penglihatan yang mana dia tidak boleh mengingati sesuatu

mengikut susunan benda atau objek, nombor, perkataan atau ayat. Buktinya, di dalam

satu latihan yang diberikan, adik Hafiq tidak dapat memadankan konsonan di awal

perkataan dengan gambar yang sesuai.

Yang kedua, dari aspek emosi dan tingkah laku adik Hafiq. Dari kaca mata saya,

personaliti adik Hafq boleh dikategorikan sebagai seorang yang introvert. Introvert ialah

orang mempunyai sikap yang serius, sifat pendiam dan pemalu. Di dalam interaksi

sosial, mereka tidak banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan mendengar

pertuturan orang lain sahaja. Semasa di dalam kelas, adik Hafiq merupakan seorang

yang pasif dan tidak suka berinterkasi bergaul dengan orang lain terutama denga orang

yang tidak dikenalinya.

Kesediaan untuk belajar bagi adik Hafiq agak lewat, jika dibandingkan dengan

murid lain. Dan pengajaran diberi sebelum berlakunya kesediaan. Kesediaan adik Hafiq

dikesan menerusi kurangnya perbendaharaan kata yang dimiliki serta kefahamannya

terhadap sesuatu perkara adalah amat lemah. Misalnya, adik Hafiq sukar memahami

arahan yang berbentuk kompleks.

Page 6: Laporan Kajian Kes Seorang Murid Pemulihan Auto Saved)

iv) Aspek perkembangan kanak-kanak pemulihan dengan kanak-kanak

normal.

Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza antara satu sama lain. Perbezaan

individu dikenali sebagai ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal,

mental, emosi dan sosial di kalangan individu. Slavin (1997), mengaitkan perbezaan

individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan

kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik,

budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat.

Terdapat banyak aspek yang boleh dipertimbangkan dalam membezakan

seseorang indiviu dengan individu yang lain. Secara umumnya, aspek perbezaan ini

dapat dikenal pasti melalui kognitif, bahasa, psikomotor dan afektif.

Perbezaan individu dari segi kognitif ialah ialah kebolehan individu untuk berfikir,

memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di

persekitaran masing-masing. kebolehan ini melibatkan aktiviti mental seperti ingatan,

mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi,

dan sebagainya.

Perbezaan individu dari segi bahasa pula merangkumi aspek-aspek linguistik

seperti pragmatik, semantik, sintaksis, morfologi, dan fonologi. Manakala aspek

psikomotor pula ialah memfokuskan kepada perbezaan kemampuan fizikal dan

penguasaan kemahiran seseorang. Perbezaan psikomotor melahirkan ketidaksamaan

keupayaan mengkoordinasikan pergerakkan dari segi kekuatan atau kederasan.

Perbezaan afektif pula perbezaan sikap keinginan, semangat, ketekunan, perasaan

dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. 

Sepanjang pemerhatian saya terhadap adik Hafiq, apa yang boleh saya katakan

ialah aspek perkembangan adik Hafiq adalah berbeza dengan aspek perkembangan

kanak-kanak normal lain. Berikut adalah perbezaan adik Hafiq dengan kanak-kanak

normal lain.

Page 7: Laporan Kajian Kes Seorang Murid Pemulihan Auto Saved)

Aspek Adik Hafiq Kanak-kanak normal

Fizikal (saiz tubuh badan) Kecil dan kurus Saiz yang sesuai dengan

umur mereka

Tingkah laku bersosial Kurang berinteraksi dengan

orang di sekeliling, pendiam

Bergaul dengan rakan-

rakan sebaya yang lain.

Kebolehan kognitif Sukar memahami

sesuatu yang kompleks.

Daya ingatan lemah.

Sukar membayangkan

sesuatu yang abstrak.

Boleh menyusun,

mengelas, manipulasi

dalam situasi yang

berbentuk konkrit.

Pertuturan Bercakap dalam intonasi

yang sangat perlahan,

Bertutur dengan baik

Daya tumpuan Tumpuan mudah beralih

kepada sesuatu yang

lain.

Tumpuan perhatian

mudah terganggu oleh

gangguan luar

Daya tumpuan yang baik.

Tidak mudah terpengaruh

dengan gangguan-

gangguan di sekeliling

Kesedian belajar Kurang kefahaman

Kurang keyakinan diri

sendiri oleh kerana

dikuasai perasaan

rendah diri.

Memahami isi

pembelajran yang lepas.

Sentiasa memotivasikan

diri.

Page 8: Laporan Kajian Kes Seorang Murid Pemulihan Auto Saved)

v) Cadangan program intervensi awal yang boleh diikuti dan khidmat

sokongan yang sesuai.

Program Pemulihan mengutamakan Prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawall

mungkin’ supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat

persekolahan menengah rendah. Justeru, penguasaan kemahiran asas membaca,

menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-

murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Perbezaan minat, pengalaman,

bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat

atau ‘terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya

Berpandukan kepada murid pemulihan yang saya kaji, saya mencadangkan

salah satu intervensi yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah pengajaran secara

kumpulan kecil. Teknik ini sesuai bagi murid pemulihan yang mempunyai sikap seperti

adik Hafiq, yang mana mempunyai personaliti introvert, itu pasif dan kurang berinteraksi

dengan orang di sekeliling mereka.

Melalui teknik pengajaran secara kumpulan kecil, guru perlu membentuk

kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid-murid yang menghadapi masalah

yang sama walaupun memiliki personaliti yang berbeza. Saya yakin murid seperti adik

Hafiq akan melibatkan diri secara langsung kerana apabila dia berada dalam kumpulan

kecil, dia harus memulakan interaksi untuk bertukar-tukar idea mahupun pengalaman.

Kaedah yang seterusnya, ialah pengajaran rakan sebaya. Untuk melaksanakan

kaedah ini, guru boleh menetapkan seorang murid cepat atau sudah mampu

menguasai sesuatu kemahiran untuk membimbing seorang atau lebih rakannya yang

bermasalah dengan menggunakan bahan yang disediakan dan melakukan aktiviti yang

guru tetapkan. Kekuatan kaedah ini ialah, ia dapat membina keyakinan diri murid untuk

bercakap.

Dari segi khidmat sokongan pula, guru boleh menggunakan kaedah peneguhan

nuntuk memotivasikan murid-murid. Mengikut mazhab behavioris, peneguhan penting

dalam perkembangan bahasa komunikasi kanak-kanak. Kata-kata pujian akan

menambahkan lagi semangat murid untuk melakukan yang terbaik.