laporan jawatankuasa kira-kira wang negara · 1. latar belakang 1.1.1. komponen utama projek...

18
1 LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA TERHADAP PROJEK LANDASAN BERKEMBAR ELEKTRIK ANTARA RAWANG DAN IPOH KEMENTERIAN PENGANGKUTAN 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina landasan keretapi elektrik dan mempertingkatkan keupayaan landasan yang sedia ada sepanjang 179 km bagi membolehkan penggunaan keretapi dengan kelajuan maksimum 160 km/jam. Objektif utama projek ini adalah :- a. Memanjangkan perkhidmatan komuter dari sektor Seremban - Rawang kepada sektor Seremban - Tanjung Malim dengan sebanyak 100 trip perkhidmatan sehari. b. Mengadakan perkhidmatan keretapi elektrik antara bandar (intercity) dari KL Sentral ke Ipoh sebanyak 16 trip perkhidmatan sehari dan kemudiannya ditambah kepada 32 trip sehari. c. Menyediakan infrastruktur perkeretapian untuk meningkatkan kapasiti landasan bagi pertambahan perkhidmatan tren barang, penumpang dan komuter. 1.1.2. Projek Rawang - Ipoh yang melibatkan kos berjumlah RM4.34 bilion dilaksanakan melalui 2 pakej iaitu Pakej Infrastruktur dan Pakej Sistem. Kedua-dua pakej ini dilaksanakan oleh 2 kontraktor berasingan. Kontraktor utama bagi Pakej Infrastruktur adalah DRBHicom Berhad (DRB-Hicom) dan mengikut syarat kontrak, pakej ini perlu dilaksanakan antara bulan Julai 2000 hingga Jun 2003. Manakala Pakej Sistem pula dilaksanakan oleh Mitsui-MTS Konsortium (Mitsui) dan tempoh pelaksanaannya adalah antara bulan Januari 2001 hingga Oktober 2004. 1.1.3. Kementerian Pengangkutan (Kementerian) merupakan agensi pelaksana bagi Projek Rawang - Ipoh ini dan bertanggungjawab melantik kontraktor, menyediakan peruntukan kewangan serta memastikan kepentingan Kerajaan terpelihara semasa perancangan dan pelaksanaan projek. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pula adalah pengguna projek ini dan ia bertanggungjawab menyediakan Statement Of Needs. Pelaksanaan Projek Rawang - Ipoh diurus dan dipantau oleh Syarikat Kinta Samudera-Opus Consortium (KS-Opus) iaitu satu syarikat pengurusan projek yang dilantik oleh Kementerian bagi pihak Kerajaan.

Upload: others

Post on 27-Oct-2019

45 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA · 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina

1

LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA

TERHADAP PROJEK LANDASAN BERKEMBAR ELEKTRIK

ANTARA RAWANG DAN IPOH – KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

1. LATAR BELAKANG

1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh

(Projek Rawang - Ipoh) adalah membina landasan keretapi elektrik dan

mempertingkatkan keupayaan landasan yang sedia ada sepanjang 179 km bagi

membolehkan penggunaan keretapi dengan kelajuan maksimum 160 km/jam. Objektif

utama projek ini adalah :-

a. Memanjangkan perkhidmatan komuter dari sektor Seremban - Rawang kepada

sektor Seremban - Tanjung Malim dengan sebanyak 100 trip perkhidmatan

sehari.

b. Mengadakan perkhidmatan keretapi elektrik antara bandar (intercity) dari KL

Sentral ke Ipoh sebanyak 16 trip perkhidmatan sehari dan kemudiannya

ditambah kepada 32 trip sehari.

c. Menyediakan infrastruktur perkeretapian untuk meningkatkan kapasiti landasan

bagi pertambahan perkhidmatan tren barang, penumpang dan komuter.

1.1.2. Projek Rawang - Ipoh yang melibatkan kos berjumlah RM4.34 bilion

dilaksanakan melalui 2 pakej iaitu Pakej Infrastruktur dan Pakej Sistem. Kedua-dua

pakej ini dilaksanakan oleh 2 kontraktor berasingan. Kontraktor utama bagi Pakej

Infrastruktur adalah DRB–Hicom Berhad (DRB-Hicom) dan mengikut syarat kontrak,

pakej ini perlu dilaksanakan antara bulan Julai 2000 hingga Jun 2003. Manakala Pakej

Sistem pula dilaksanakan oleh Mitsui-MTS Konsortium (Mitsui) dan tempoh

pelaksanaannya adalah antara bulan Januari 2001 hingga Oktober 2004.

1.1.3. Kementerian Pengangkutan (Kementerian) merupakan agensi pelaksana bagi

Projek Rawang - Ipoh ini dan bertanggungjawab melantik kontraktor, menyediakan

peruntukan kewangan serta memastikan kepentingan Kerajaan terpelihara semasa

perancangan dan pelaksanaan projek. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pula

adalah pengguna projek ini dan ia bertanggungjawab menyediakan Statement Of

Needs. Pelaksanaan Projek Rawang - Ipoh diurus dan dipantau oleh Syarikat Kinta

Samudera-Opus Consortium (KS-Opus) iaitu satu syarikat pengurusan projek yang

dilantik oleh Kementerian bagi pihak Kerajaan.

Page 2: LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA · 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina

2

2. OBJEKTIF PEMERIKSAAN OLEH JAWATANKUASA

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menjalankan pemeriksaan terhadap Laporan

Ketua Audit Negara Tahun 2008 berhubung Projek Landasan Berkembar Elektrik antara

Rawang dan Ipoh. Selaras dengan mandat yang diberi di bawah Perkara 77 Peraturan-

peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat serta Perkara 304(a) Arahan

Perbendaharaan (Pindaan 2008), Jawatankuasa telah membuat pemeriksaan terhadap

perkara ini dengan tujuan :-

a) Mengenal pasti kelemahan-kelemahan dan faktor-faktor yang menyebabkan punca

kelemahan.

b) Mengesyorkan tindakan-tindakan yang patut diambil terhadap pihak-pihak yang

terlibat sekiranya didapati berlaku penyelewengan wang awam.

c) Mengesyorkan tindakan-tindakan yang patut diambil oleh Kerajaan untuk

memanfaatkan projek yang telah dibangunkan bagi mendapat value for money

daripada perbelanjaan besar yang telah dibuat.

3. SKOP DAN METODOLOGI PEMERIKSAAN

Pemeriksaan ini meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan Projek

Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh dan ia dijalankan melalui

pendekatan berikut:-

a) Menggunakan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008 Mengenai Projek Landasan

Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh.

b) Memanggil pihak-pihak yang terlibat dengan perancangan; pelaksanaan dan

pemantauan Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh.

Page 3: LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA · 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina

3

4. HASIL PEMERIKSAAN

Pada umumnya, Jawatankuasa bersetuju dengan pandangan dan syor yang telah

dimaklumkan oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008.

Antara penemuan-penemuan Audit yang dibangkitkan dalam laporan tersebut adalah

seperti berikut :-

4.1 Syarat Kontrak Tidak Menjamin Kepentingan Kerajaan

Perjanjian kontrak antara Kerajaan dengan DRB-Hicom telah menetapkan antara

lainnya syarat-syarat yang berikut:

i) Had maksimum LAD yang boleh dikenakan terhadap kontraktor sekiranya gagal

menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan adalah setakat 6% daripada

nilai kontrak.

ii) Liabiliti maksimum (ganti rugi) yang boleh dituntut daripada kontraktor adalah

setakat 10% daripada nilai kontrak

Pandangan / Syor Jawatankuasa

Jawatankuasa mendapati syarat-syarat kontrak yang tersebut di atas adalah

abnormal dan ia tidak menjamin kepentingan kerajaan. Sehubungan ini

Jawatankuasa telah mengesyorkan supaya perjanjian-perjanjian kontrak

terutamanya yang melibatkan nilai yang besar perlu disemak oleh Peguam

Negara sebelum ia ditandatangani.

4.2 Prestasi Pakej Infrastruktur

Pakej Infrastruktur merangkumi kerja reka bentuk, kerja tanah, pembinaan stesen,

landasan, jambatan, pembetung dan jejantas pejalan kaki/ motosikal serta pemindahan

setinggan. Kementerian Pengangkutan telah melantik DRB-Hicom secara rundingan

terus sebagai kontraktor utama dengan kelulusan Kementerian Kewangan. Mengikut

syarat kontrak, Pakej Infrastruktur hendaklah disiapkan dalam tempoh 35 bulan iaitu

antara bulan Julai 2000 hingga bulan Jun 2003. Bagaimanapun, bagi menyelaraskan

tempoh kontrak DRB-Hicom dengan Mitsui (kontraktor bagi pakej sistem), pada bulan

Disember 2000 DRB-Hicom telah diluluskan lanjutan masa selama 177 hari. Oleh itu

tarikh siap yang baru bagi Pakej Infrastruktur ialah 10 Disember 2003. Namun semakan

Audit mendapati Pakej Infrastruktur tidak dapat disiapkan pada 10 Disember 2003 dan

kemajuan kerja pada ketika itu adalah 76.8% sahaja. Didapati Kementerian telah

menamatkan kontrak DRB-Hicom pada 5 Ogos 2005 dengan kelulusan Kementerian

Kewangan. Bagi tempoh 112 hari iaitu mulai 11 Disember 2003 hingga 31 Mac 2004

Liquidated Ascertained Damages (LAD) bernilai RM18.43 juta telah dikenakan terhadap

DRB-Hicom. Namun bagi tempoh mulai 1 April 2004 hingga 4 Ogos 2005, tiada

sebarang LAD dikenakan. Berdasarkan perkiraan Audit, LAD berjumlah RM80.88 juta

(RM164,727 sehari) sepatutnya dituntut daripada DRB-Hicom.

Page 4: LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA · 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina

4

Pandangan / Syor Jawatankuasa

Kementerian sepatutnya mengenakan LAD terhadap kontraktor yang gagal

menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan dalam kontrak sekiranya

lanjutan masa tidak dapat diluluskan.

4.3 Faktor Yang Menyebabkan Kelewatan Menyiapkan Pakej Infrastruktur

Semakan Audit selanjutnya mendapati antara faktor yang menyebabkan kelewatan

menyiapkan Pakej Infrastruktur adalah :-

4.3.1 Kelewatan Menyediakan Reka Bentuk Infrastruktur

Mengikut syarat kontrak, reka bentuk perlu disiapkan mengikut jadual (design key

dates) yang ditetapkan bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual.

Reka bentuk yang disediakan oleh perunding DRB-Hicom perlu disemak dan

diluluskan oleh KS-Opus sebagai pengurus projek bagi memastikan pematuhan

terhadap kehendak Kerajaan. Seterusnya DRB-Hicom bertanggungjawab

mendapatkan kelulusan reka bentuk daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan

agensi Kerajaan lain antaranya Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan Dan Saliran

serta Tenaga Nasional Berhad. Semua kelulusan ini perlu diperoleh mengikut

tempoh yang ditetapkan bagi memastikan tarikh antaramuka (interface) antara reka

bentuk infrastruktur dengan reka bentuk sistem dipatuhi. Bagaimanapun reka bentuk

infrastruktur yang disediakan sering memerlukan pindaan kerana mengambil kira

perubahan/keputusan oleh KTMB, PBT dan agensi Kerajaan yang lain. Ini

menyebabkan reka bentuk tidak dapat disiapkan mengikut jadual design key dates

yang ditetapkan. Daripada 30 item reka bentuk utama yang perlu disediakan, hanya

10 (33.3%) sahaja telah disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan manakala 20

yang lain telah lewat antara 70 hingga 237 hari.

4.3.2 Kelewatan Penyediaan Pelan Dan Pengambilan Tanah

a. Berdasarkan kepada kontrak Pakej Infrastruktur, penyediaan pelan dan

pengambilan tanah termasuk pemindahan setinggan perlu diselesaikan dalam

tempoh 5 bulan. DRB-Hicom adalah bertanggungjawab untuk menyediakan

pelan pengambilan tanah dan menyerahkannya kepada Kementerian bagi proses

pengambilan tanah. Berdasarkan maklumat dalam jadual status pengambilan

tanah yang disediakan oleh KS-Opus, didapati 67 (66.3%) daripada 101 pelan

pengambilan tanah telah dikemukakan kepada Kementerian selepas tempoh 5

bulan. Tarikh terakhir pelan pengambilan tanah dihantar oleh DRB-Hicom ialah

pada bulan Jun 2004. Kelewatan mengemukakan pelan pengambilan tanah

disebabkan oleh faktor berikut :-

Penyediaan pelan pengambilan tanah hanya boleh dibuat setelah reka

bentuk bagi jajaran landasan, jambatan, stesen dan struktur lain

Page 5: LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA · 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina

5

diluluskan. Sehubungan ini, kelewatan penyediaan reka bentuk juga telah

menjejaskan jadual penyediaan pelan pengambilan tanah.

Beberapa lokasi bagi jambatan, jejambat dan bangunan stesen yang telah

dikenal pasti pada cadangan asal DRB-Hicom perlu diubah atas

permintaan KTMB atau PBT kerana lokasi tersebut didapati tidak sesuai.

Ini menyebabkan proses survey dan carian hak milik tanah perlu diulang.

b. Proses pengambilan tanah oleh Kementerian juga didapati lewat dan menghadapi

masalah antaranya disebabkan beberapa setinggan dan tuan punya tanah yang

tidak memberikan kerjasama. Akibatnya, kerja di tapak juga turut terjejas kerana

kelewatan memiliki tapak projek. Contohnya bagi kerja pembinaan jambatan di

Tanjung Malim, walaupun pelan pengambilan tanah telah dikemukakan oleh

DRB-Hicom kepada KTMB/KS-Opus pada 19 Jun 2001, namun pemilikan rasmi

tapak projek hanya diperoleh pada 16 September 2002 iaitu 26 bulan selepas

kontrak dengan DRB-Hicom berkuat kuasa.

Pandangan/Syor Jawatankuasa

Kelewatan menyiapkan Pakej Infrastruktur dan peningkatan kos projek dapat

dielakkan sekiranya penyediaan reka bentuk projek dan pengambilan tanah dibuat

mengikut jadual.

4.4 Peningkatan Kos Projek

4.4.1. Projek Rawang - Ipoh dibiayai dari peruntukan Kerajaan Persekutuan di

bawah perbelanjaan pembangunan Kementerian (Pakej Infrastruktur) dan pinjaman

dari Japan Bank International Corporation (Pakej Sistem). Sehingga bulan Disember

2008, sejumlah RM5.77 bilion telah dibelanjakan untuk melaksanakan projek ini.

Jumlah perbelanjaan ini adalah RM1.43 bilion (32.9%) lebih tinggi daripada nilai

kontrak asal projek yang berjumlah RM4.34 bilion seperti di jadual berikut :-

JADUAL 1: KOS PROJEK RAWANG - IPOH SETAKAT BULAN DISEMBER 2008

KOMPONEN PROJEK

NILAI KONTRAK

ASAL

NILAI KONTRAK

TAMBAHAN/

TUNTUTAN TAMBAHAN

JUMLAH NILAI

KONTRAK /

TUNTUTAN TAMBAHAN

BAYARAN SEBENAR

(Setakat Bulan

Disember 2008)

BAYARAN SEBENAR

BERBANDING KOS KONTRAK

ASAL

(%) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

Pakej Infrastruktur : DRB-Hicom 2,579.92 425.00* 3,004.92 2,925.02 113.4

: UEMC 774.24** 774.24 743.15 -

IPQS : DMA 0 3.69 3.69 3.39 -

Jumlah 2,579.92 1,202.93 3,782.85 3,671.56 142.3

Pakej Sistem 1,668.38 336.49*** 2,004.87 1,939.86 116.3

Pengurus Projek : KS-Opus 93.95 74.93 168.88 157.95 168.1

JUMLAH 4,342.25 1,614.35 5,956.60 5,769.37 132.9

Nota : IPQS – Independent Professional Quantity Surveyor * : Tuntutan Amicable Settlement

** : RM 772.05 juta (Kontrak Asal) + RM 2.19 juta (Kos membaiki Cerun Runtuh) = RM 774.24 juta

*** : RM 315 juta (Tuntutan Ganti Rugi) + RM 21.49 juta (Arahan Perubahan Kerja) = RM 336.49 juta

Page 6: LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA · 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina

6

4.4.2. Semakan Audit mendapati peningkatan kos tambahan tersebut adalah

disebabkan oleh faktor berikut :-

a. Penyelesaian kontrak dengan DRB-Hicom secara amicable settlement berjumlah

RM425 juta berkaitan tuntutan kos tambahan perubahan kerja berikutan pindaan

ke atas kerja landasan terutamanya dari aspek reka bentuk, skop kerja, jajaran,

ketinggian dan kecerunan.

b. Pelantikan UEMC untuk meneruskan baki kerja tertunggak yang gagal disiapkan

oleh DRB-Hicom melibatkan kos RM772.05 juta.

c. Tuntutan UEMC berjumlah RM2.19 juta bagi membaiki cerun tersebut selaras

dengan syarat kontrak yang menetapkan bahawa UEMC tidak bertanggungjawab

terhadap sebarang liabiliti berpunca daripada kecacatan reka bentuk kerana

penyediaannya adalah tanggungjawab DRB-Hicom.

d. Pelantikan Syarikat DMA Perunding Sdn. Bhd. dengan kontrak bernilai RM3.69

untuk membuat penilaian terhadap kerja yang dilaksanakan oleh UEMC bagi

tujuan pembayaran. Pelantikan ini dibuat untuk mengelakkan sebarang

percanggahan kepentingan memandangkan KS-Opus dan UEMC adalah

merupakan syarikat subsidiari kepada syarikat induk yang sama iaitu UEM

Holdings.

e. Kelewatan menyiapkan Pakej Infrastruktur menyebabkan tarikh suai muka yang

ditetapkan antara Pakej Infrastruktur dan Pakej Sistem tidak dapat dipatuhi. Oleh

itu, Mitsui telah menuntut bayaran ganti rugi (wrap-up deal) daripada Kerajaan

berjumlah RM315 juta. Selain itu, Mitsui juga mengemukakan tuntutan berjumlah

RM21.49 juta bagi arahan perubahan kerja yang diminta oleh KTMB. Bayaran

tambahan ini menyebabkan kos bagi Pakej Sistem meningkat sejumlah

RM336.49 juta iaitu daripada RM1.67 bilion kepada RM2 bilion.

f. Selaras dengan pelanjutan tempoh pelaksanaan projek, khidmat KS-Opus

sebagai pengurus projek juga dilanjutkan bagi memantau pelaksanaan projek

dan memastikan kehendak Kerajaan dipatuhi melibatkan pertambahan kos

kontrak bernilai RM74.93 juta.

4.4.3. Mengikut syarat kontrak, Kerajaan boleh menuntut ganti rugi daripada

DRB-Hicom jika kontraknya ditamatkan akibat daripada kegagalannya menyiapkan

Pakej Infrastruktur. Pada pandangan Audit, Kementerian perlu mengenal pasti

jumlah sebenar yang ditanggung oleh Kerajaan akibat kegagalan DRB-Hicom

(kontraktor asal) melaksanakan kerjanya mengikut kontrak. Berdasarkan kepada

perkiraan Audit, adalah dianggarkan jumlah kerugian Kerajaan adalah RM1.14 bilion

seperti butirannya adalah seperti di Jadual 2. Bagaimanapun, keseluruhan jumlah ini

Page 7: LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA · 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina

7

mungkin tidak dapat dituntut daripada DRB-Hicom kerana menurut syarat kontrak,

liabiliti maksimum yang boleh dituntut daripadanya adalah terhad kepada 10%

daripada nilai kontrak iaitu RM257.99 juta sahaja.

JADUAL 2 ANGGARAN JUMLAH KERUGIAN KERAJAAN

PERKARA JUMLAH (RM Juta)

Nilai kontrak dengan UEMC untuk menyiapkan projek 772.05

Kos membaiki cerun runtuh akibat kecacatan reka bentuk oleh DRB-Hicom 2.19

Nilai kontrak Independent Professional Quantity Surveyor - DMA 3.69

Bayaran ganti rugi kepada Mitsui kerana kelew atan penyiapan pakej infrastruktur oleh DRB-Hicom 315.00

Nilai kontrak tambahan dengan KS-Opus bagi khidmat pengurus projek 74.93

Jumlah Tambahan Kos bagi Pakej Infrastruktur 1,167.86

Tolak : Baki nilai kontrak asal dengan DRB-Hicom (26.68)

JUMLAH 1,141.18

Pandangan/Syor Jawatankuasa

Kementerian Pengangkutan sepatutnya memastikan kelemahan-kelemahan yang

wujud dalam pelaksanaan projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang-

Ipoh tidak berulang dalam pelaksanaan projek Landasan Berkembar Elektrik

antara Ipoh-Padang Besar yang kini sedang dalam pembinaan. Sehubungan ini

Kementerian berkenaan perlu memantau dengan rapi kerja-kerja yang

dilaksanakan oleh kontraktor dan perunding yang terlibat.

4.5 Perolehan Tren

4.5.1 Perkhidmatan tren antara bandar KL Sentral dan Ipoh pula telah dimulakan pada

bulan Disember 2008 dengan menggunakan tren diesel walaupun sepatutnya tren

elektrik digunakan. Berdasarkan kepada maklumat daripada KTMB, kelewatan

membuat perolehan tren adalah disebabkan oleh kekurangan peruntukan. Peruntukan

untuk membeli 6 Electric Train Set (ETS) berjumlah RM240 juta telah dipohon semasa

Rancangan Malaysia Kelapan, namun hanya RM20 juta diluluskan dan peruntukan ini

tidak mencukupi untuk membeli 6 ETS. Hanya di bawah Rancangan Malaysia

Kesembilan sejumlah RM249.6 juta diluluskan dan mencukupi untuk membeli 5 ETS.

Pandangan/Syor Jawatankuasa

a. Perolehan peralatan dan kemudahan yang berkaitan hendaklah

diselaraskan dengan pembangunan infrastruktur dan sistem. Sehubungan ini,

perolehan peralatan dan kemudahan sepatutnya dibuat semasa kemajuan kerja

pada tahap 80% supaya infrastruktur yang dibangunkan dapat digunakan

sepenuhnya sebaik sahaja ia disiapkan.

Page 8: LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA · 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina

8

b. Agensi Pusat iaitu Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Kementerian

Kewangan, sepatutnya meluluskan peruntukan kewangan yang mencukupi

untuk membeli peralatan/kemudahan yang merupakan komponen projek bagi

membolehkan sesuatu projek yang dilaksanakan dapat dimanfaatkan

mengikut perancangan.

4.6 Automatic Fare Collection System (AFCS)

Di bawah Pakej Sistem, 10 set Automatic Fare Collection System (AFCS) bernilai

RM54.43 juta telah diperoleh untuk dipasang di 10 stesen. AFCS adalah untuk sistem

tiket tertutup bagi perkhidmatan tren komuter. Namun hanya 5 set sahaja dipasang dan

digunakan manakala bakinya disimpan dalam stor di stesen Kuala Kubu Baru, Behrang

dan Slim River. Kelemahan merancang dan kegagalan menyelaraskan perolehan AFCS

dengan keperluan sebenar menyebabkan berlaku lebihan perolehan 5 set AFCS bernilai

RM27.22 juta.

Pandangan/Syor Jawatankuasa

Jawatankuasa bersetuju dengan pandangan Jabatan Audit Negara agar 5 set

AFCS yang masih disimpan di dalam stor diagihkan ke stesen komuter yang

memerlukannya.

4.7 Prestasi Pengurus Projek

KS-Opus telah dilantik sebagai pengurus projek bagi pihak Kerajaan untuk mengurus

dan memantau pelaksanaan Projek Rawang – Ipoh. Berdasarkan maklum balas yang

dikemukakan oleh Kementerian, didapati prestasi kerja KS-Opus adalah kurang

memuaskan. Mengikut Kementerian Pengangkutan, syarikat ini gagal melaksanakan

peranan dan tanggungjawabnya seperti mana yang ditetapkan dalam kontrak.

Bagaimanapun pihak Audit tidak mendapat sebarang bukti yang menunjukkan

Kementerian telah membuat teguran/memaklumkan tentang prestasi pengurus projek

tersebut kepada Kementerian Kewangan. Tiada bukti juga yang menunjukkan

Kementerian telah menyediakan laporan suku tahun berhubung dengan prestasi

pengurus projek untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan sepertimana yang

dikehendaki oleh Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 8 Tahun 2006.

Pandangan/Syor Jawatankuasa

Kementerian Pengangkutan sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap

pengurus projek yang gagal menyelia / memantau pelaksanaan projek. Sekiranya

ia melibatkan syarikat perunding, Kementerian Kewangan sepatutnya

menyenaraihitamkan syarikat berkenaan.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara

Julai 2010

Page 9: LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA · 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina

9

PANDANGAN DAN SYOR JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA

PARA PANDANGAN & SYOR

4.1

Syarat Kontrak Tidak Menjamin Kepentingan Kerajaan

Jawatankuasa mendapati syarat-syarat kontrak yang tersebut di atas adalah abnormal dan ia tidak menjamin kepentingan kerajaan. Sehubungan ini Jawatankuasa telah mengesyorkan supaya perjanjian-perjanjian kontrak terutamanya yang melibatkan nilai yang besar perlu disemak oleh Peguam Negara sebelum ia ditandatangani.

4.2

Prestasi Pakej Infrastruktur

Kementerian sepatutnya mengenakan LAD terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan dalam kontrak sekiranya lanjutan masa tidak dapat diluluskan.

4.3 Faktor Yang Menyebabkan Kelewatan Menyiapkan Pakej Infrastruktur

Kelewatan menyiapkan Pakej Infrastruktur dan peningkatan kos projek dapat dielakkan sekiranya penyediaan reka bentuk projek dan pengambilan tanah dibuat mengikut jadual.

4.4

Peningkatan Kos Projek

Kementerian Pengangkutan sepatutnya memastikan kelemahan-kelemahan yang wujud dalam pelaksanaan projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang-Ipoh tidak berulang dalam pelaksanaan projek Landasan Berkembar Elektrik antara Ipoh-Padang Besar yang kini sedang dalam pembinaan. Sehubungan ini Kementerian berkenaan perlu memantau dengan rapi kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor dan perunding yang terlibat.

4.5

Perolehan Tren

a. Perolehan peralatan dan kemudahan yang berkaitan hendaklah diselaraskan dengan pembangunan infrastruktur dan sistem. Sehubungan ini, perolehan peralatan dan kemudahan sepatutnya dibuat semasa kemajuan kerja pada tahap 80% supaya infrastruktur yang dibangunkan dapat digunakan sepenuhnya sebaik sahaja ia disiapkan.

b. Agensi Pusat iaitu Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan, sepatutnya meluluskan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk membeli peralatan/kemudahan yang merupakan komponen projek bagi membolehkan sesuatu projek yang dilaksanakan dapat dimanfaatkan mengikut perancangan.

4.6 Automatic Fare Collection System (AFCS)

Jawatankuasa bersetuju dengan pandangan Jabatan Audit Negara agar 5 set AFCS yang masih disimpan di dalam stor diagihkan ke stesen komuter yang memerlukannya.

4.7

Prestasi Pengurus Projek

Kementerian Pengangkutan sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap pengurus projek yang gagal menyelia / memantau pelaksanaan projek. Sekiranya ia melibatkan syarikat perunding, Kementerian Kewangan sepatutnya menyenaraihitamkan syarikat berkenaan.

Page 10: LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA · 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina

10

MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA

BIL 36/2009 PADA HARI SELASA 8 DISEMBER 2009

DI BILIK JAWATANKUASA 1, BANGUNAN PARLIMEN

TARIKH / HARI /

MASA PERKARA

KEMENTERIAN/

JABATAN/

AGENSI TERLIBAT

8 DISEMBER 2009

(SELASA)

11.30 pagi

Projek Landasan

Berkembar Elektrik Antara

Rawang dan Ipoh

Kementerian

Pengangkutan

Page 11: LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA · 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina

11

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA (PAC)

BIL 36 TAHUN 2009

TARIKH : 8 Disember 2009 (Selasa)

MASA : 11.30 pagi

TEMPAT : Bilik Jawatankuasa 1,

Bangunan Parlimen

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

Hadir:

Yang Berhormat Dato’ Seri Azmi bin Khalid (Padang Besar) - Pengerusi

Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) - Naib Pengerusi

Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan bin Mohamed (Pulai)

Yang Berhormat Tuan Ir. Haji Hamim bin Samuri (Ledang)

Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Mojilip b. Bumburing@Wilfred (Tuaran)

Yang Berhormat Tuan Liang Teck Meng (Simpang Renggam)

Yang Berhormat Dato’ Kamarul Baharin bin Abbas (Telok Kemang)

Yang Berhormat Tuan William Leong Jee Keen (Selayang)

Yang Berhormat Dato' Haji Kamarudin bin Jaffar (Tumpat)

Yang Berhormat Tuan Tony Pua Kiam Wee (Petaling Jaya Utara)

Yang Berbahagia Datuk Roosme binti Hamzah [Setiausaha Dewan Rakyat] - Setiausaha

Tidak Hadir [Dengan maaf]:

Yang Berhormat Puan Tan Ah Eng (Gelang Patah)

Yang Berhormat Tuan Alexander Nanta Linggi (Kapit)

Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Dahlan (Kota Belud)

Page 12: LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA · 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina

12

URUS SETIA

Encik Ikmalrudin Bin Ishak

[Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)]

Encik Amisyahrizan Bin Amir Khan

[Penolong Setiausaha Kanan (Perundangan)]

Encik Mohd Ikram Bin Seri @ Rahimi

[Penolong Setiausaha (Perundangan)] I – Tidak hadir dengan maaf

Encik Wan Kamarul Ariffin Bin Wan Ibrahim

[Penolong Setiausaha (Perundangan)] II

JABATAN AUDIT NEGARA

Yang Berbahagia Dato’ Azizah binti Haji Arshad

[Timbalan Ketua Audit Negara]

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Yang Berbahagia Dato’ Noorrizan Binti Shafie

[Setiausaha Bahagian (Kawalan & Pemantauan)]

Tuan Syed Nasir Syed Ahmad

[Timbalan Setiausaha Bahagian (Kawalan & Pemantauan)]

Page 13: LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA · 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina

13

JABATAN AKAUNTAN NEGARA

Puan Normah Binti Abdul Rahman

[Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat & Agensi)]

UNIT PERANCANG EKONOMI, JPM

Puan Hidah Binti Misran

[Timbalan Pengarah]

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Encik Mansor Bin Maizan

[Timbalan Pengarah]

Page 14: LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA · 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina

14

SAKSI – SAKSI

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

Yang Berbahagia Dato’ Sri Haji Zakaria Bin Haji Bahari

[Ketua Setiausaha]

Yang Berbahagia Datuk Surej Singh

[Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Kerja Raya]

Haji Abdul Rahim Bin Daud

[Setiausaha Bahagian Pembangunan]

Encik Chua Kok Ching

[Setiausaha Bahagian Kewangan]

Encik Esparan A/L Munusamy

[Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan]

Encik Mohamad Onn Bin Abd. Aziz

[Penasihat Undang-undang]

Encik Mohd Shariman Bin Shifon

[Ketua Penolong Setiausah (PPD)]

Page 15: LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA · 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina

15

SYARIKAT KERETA API TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)

Dr. Aminuddin Bin Adnan

[Presiden]

Tuan Haji Hilmi Bin Mohamad

[Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Projek]

Encik Suhaimi Bin Ahmad

[Jurutera Projek]

Encik Azhar Bin Darus

[Mantan Pengurus Projek]

DRB-HICOM

Yang Berbahagia Dato’ Sri Mohd Khamil Bin Abd. Jamil

[Pengurus Urusan Kumpulan]

Tuan Haji Madzin Bin Majid

[Pengurus Besar Projek]

Encik Mohd Zaini Bin Ibrahim

[Ketua Kontrak]

Page 16: LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA · 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina

16

SYARIKAT KINTA SAMUDRA – OPUS INTERNATIONAL (KSOI)

Tuan Haji Nor Rizan Bin Mohd Akhir

[Pengurus Projek]

Encik Lawrence Chin Kim Leong

[Ketua Bahagian Kontrak]

Encik Gary Ng

[Pengurus Projek]

Tuan Haji Ghazali Bin Ahmad

[Pengurus Projek]

Page 17: LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA · 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina

17

MINIT PERKARA TINDAKAN

1.0 1.1

2.0

2.1

3.0

3.1

4.0

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

UCAPAN YANG BERHORMAT DATO’ PENGERUSI Yang Berhormat Pengerusi PAC mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Ahli-ahli PAC dan semua ahli-ahli mesyuarat. EDARAN DOKUMEN

Dokumen-dokumen berikut telah diedarkan semasa mesyuarat:

a. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Bil 35 Tahun 2009 bertarikh 17 Oktober 2009 (Isnin).

b. Kertas taklimat daripada Kementerian Pengangkutan

bertajuk “Projek Landasan Berkembar Elektrik Di Antara Rawang Dan Ipoh – Taklimat Kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam” bertarikh 8 Disember 2009.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Bil 35 Tahun 2009 bertarikh 17 Oktober 2009 (Isnin) disahkan tanpa pindaan. PROJEK LANDASAN BERKEMBAR ELEKTRIK ANTARA RAWANG DAN IPOH – KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

YB Dato’ Seri Pengerusi mengalu-alukan kedatangan wakil-wakil daripada Kementerian Pengangkutan yang diketuai oleh YBhg Dato’ Sri KSU. YB Dato’ Seri Pengerusi memaklumkan bahawa setiap kenyataan adalah direkodkan secara verbatim. YB Dato’ Sri KSU memperkenalkan senarai pegawai-pegawai daripada Kementerian Pengangkutan. YB Dato’ Sri KSU memaklumkan bahawa Projek Landasan Berkembar Elektrik Rawang-Ipoh adalah merupakan projek di bawah RMK-8 dengan tempoh perlaksanaan dan tempoh perlanjutan bermula 17 Julai 2000 hingga 31 Disember 2007. YB Dato’ Sri KSU menyampaikan taklimat yang menyentuh mengenai :-

a. Maklumat asas projek - Maklumat kontrak - Maklumat fizikal projek

b. Perlaksanaan dan Pemantauan Projek

- Jawatankuasa Pemandu Peringkat Kementerian - Jawatankuasa Perubahan Kerja

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Page 18: LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA · 1. LATAR BELAKANG 1.1.1. Komponen utama Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh (Projek Rawang - Ipoh) adalah membina

18

MINIT PERKARA TINDAKAN

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

5.0

- Jawatankuasa Tanah, Setinggan & Rumah Ibadat - Mesyuarat Tapak

c. Pertalian Kontrak

d. Jadual Pelaksanaan Projek (Pakej Infrastruktur) PAC dimaklumkan bahawa kontraktor asal bagi pembangunan infra untuk Projek Landasan Berkembar ini adalah DRB-HICOM bermula daripada 17 Julai 2000 hingga 5 Ogos 2005. Setelah ditamatkan, UEMC telah dilantik sebagai kontraktor penyelamat PAC dimaklumkan bahawa bagi projek ini, terdapat 46 permohonan Arahan Perubahan Kerja (VO) yang berjumlah RM588 juta telah dipohon. YB Dato’ Sri KSU memaklumkan hanya satu syarikat Konsultan Penilaian Kewangan dan Konsultan Penilaian Teknikal yang dilantik. Syarikat tersebut adalah Kinta Samudra Opus International (KS-OPUS). PAC dimaklumkan bahawa sepanjang projek ini berlangsung dari tahun 2000 hingga 2007, Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh KSU Kementerian Pengangkutan telah bermesyuarat sebanyak 32 kali. PAC dimaklumkan bahawa kelajuan operasi keretapi (EMU) bagi Projek Landasan Berkembar ini adalah 120 kmj. PAC dimaklumkan bahawa pada masa kini hanya keretapi biasa (Diesel Multiple Unit - DMU) yang digunakan pada landasan elektrik. PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman