laporan individu zzzt3353 set 1

3
ZZZT 3353 BIOTEKNOLOGI DAN MASYARAKAT REFLEKSI INDIVIDU FORUM BIOTEKNOLOGI DAN MASYARAKAT: MENYELUSURI POLEMIK, MENGILHAM SOLUSI PENSYARAH : Prof. Madya Dr. LATIFAH BINTI AMIN SET : SET 1 NAMA : NOOR SYAMIMI BINTI KASSIM NO MATRIK : A143478

Upload: mimieysyamimi

Post on 29-Jul-2015

27 views

Category:

Science


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Individu ZZZT3353 SET 1

ZZZT 3353 BIOTEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

REFLEKSI INDIVIDU

FORUM BIOTEKNOLOGI DAN MASYARAKAT: MENYELUSURI POLEMIK, MENGILHAM SOLUSI

PENSYARAH : Prof. Madya Dr. LATIFAH BINTI AMIN

SET : SET 1

NAMA : NOOR SYAMIMI BINTI KASSIM

NO MATRIK : A143478

Page 2: Laporan Individu ZZZT3353 SET 1

Pada 17 Disember 2014, para pelajar bagi kursus ZZZT3353 Bioteknologi dan Masyarakat telah mendengar satu forum yang diadakan di Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Forum tersebut bertajuk Bioteknologi dan Masyarakat: Menyelusuri Polemik, Mengilham Solusi. Forum tersebut telah di moderator oleh Prof. Madya Dr. Anisah Che Ngah dan isu-isu etika telah dibincangkan oleh ketiga-tiga ahli panel.

Melalui forum tersebut saya dapat sedikit sebanyak maklumat mengenai isu-isu bioetika. Ahli panel yang pertama iaitu Prof. Madya Dr. Latifah Amin telah membincangkan mengenai projek genom manusia di mana ianya merupakan projek penyelidikan saintifik antarabangsa dengan matlamat utama untuk menentukan turutan pasangan bes kimia yang membentuk DNA. Selain itu, beliau turut membincangkan mengenai aspek etika bioteknologi moden di mana sangat besar risiko yang perlu ditanggung terutamanya dari segi halal dan haram, etika dan falsafah dan juga ekonomi dan politik.

Ahli panel yang kedua iaitu Cik Malina Abd Majid pula membincangkan mengenai peranan bioetika dalam membendung teknologi yang tidak ketara dalam kalangan IPT. Beliau telah menekankan isu bioterorisme yang bermaksud sebarang bentuk penerbitan jurnal yang melibatkan eksperimen yang mungkin disalahgunakan. Pihak saintis bertanggungjawab dalam mencegah bioterorisme ini daripada berlaku. Antara langkah yang perlu dilakukan ialah dengan menapis kaedah eksperimen dalam artikel untuk memastikan siswazah tidak akan mereplikasikan eksperimen berkenaan dan tidak menyebarkan kepada masyarakat di dalam atau di luar negara. Di samping itu, para saintis harus berwaspada semasa berkomunikasi dengan siswazah terutamanya pelajar luar melalui apa cara sekalipun termasuk media ataupun jurnal. Beliau turut membincangkan mengenai Akta Perdagangan Strategik 2010 dalam membendung gejala bioterorisme daripada terus berleluasa.

Ahli panel yang terakhir iaitu Prof. Datin Dr. Azizah Baharuddin mengetengahkan isu bioetika dari segi agama iaitu dengan menahan nafsu daripada melalukan kejahatan seperti bioterorisme kerana pada masa sekarang, sudah ramai yang mampu melakukan apa sahaja mengikut kepandaian masing-masing. Bioetika di seluruh dunia terdapat dua cabang iaitu berdasarkan pemikiran manusia sahaja tetapi ramai orang berpengalaman mendapati bahawa akal tidak dapat diterima dengan jelas terutamanya baik dan buruk sesuatu perkara. Hakikatnya agama yang akan memberi manusia bimbingan. Oleh itu, mereka yang pakar dalam bidang bioetika amat perlu menguasai dua bidang iaitu bidang sains dan agama.

Kesimpulannya, terdapat banyak isu yang timbul dalam bioteknologi dan masyarakat ini. Antara isu yang memberikan kesan negatif kepada masyarakat dan Negara ialah isu bioterorisme yang diketengahkan oleh Cik Malina Abd Majid. Apa yang dimaksudkan ialah kesan penyalahgunaan senjata biologi daripada pengganas-pengganas. Dengan penyebaran vaksin secara tidak terkawal, ianya akan membahayakan nyawa masyarakat serta turut memberikan kesan kepada kesihatan semua masyarakat seterusnya memburukkan nama Negara di mata dunia dengan tindakan-tindakan yang tidak beretika.