laporan iklim sekolah

Upload: thormas-liow

Post on 03-Jun-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Laporan Iklim Sekolah

    1/1

    Laporan Iklim Sekolah (Keceriaan Sekolah)

    Iklim sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan

    selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Jenis

    iklim sekolah boleh dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu positif dan negative.

    Iklim sekolah yang positif ialah sekolah yang mempunyai cirri-ciri fizikalyang menarik dan bersih. Suasana aman, selamat, teratur, bebas daripada

    ancaman dan masalah disiplin yang serius, sama ada dalam kalangan guru,

    pelajar, pekerja atau masyarakat sekitar. Dalam iklim sekolah termasuk

    aspek psikologikal, hubungan sosial dan suasana fizikal 3K, iaitu keceriaan,

    kebersihan dan keselamatan.

    Kajian kami ialah menumpukan pada aspek keceriaan sekolah. Pada

    pemerhatian kami, sekolah ini telah mengamalkan budaya bertegur sapa.

    Murid-murid di sekolah ini mempunyai tatatertib dan budi pekerti yang

    mulia. Apabila murid bertemu dengan guru, mereka bertegur sapa danmemberi salam dengan membongkokkan badan secara 90sebagai tandahormat.

    Aktiviti budaya penyayang dapat dilihat melalui Upacara Memberi

    Teh dan Berterima Kasih kepada ibu bapa dan guru-guru.