detik-detik penting - tm.com.my · budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan...

18
Detik-Detik Penting

Upload: lamthu

Post on 10-Apr-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Detik-Detik Penting - tm.com.my · Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan ... Kami sentiasa memantau

Detik-Detik Penting

Page 2: Detik-Detik Penting - tm.com.my · Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan ... Kami sentiasa memantau

Detik-Detik Penting

Detik penuh makna dalam kehidupan kita sering kali menjadi pencapaian penting yang mengubah keadaan atau perlakuan dan membantu mendewasakan kita. Salah satu detik paling bermakna bagi TM pada 2017 adalah usaha memperbaiki perkhidmatan kami kepada tiga perniagaan teras. Membolehkan kami memberi tumpuan yang lebih baik ke arah menunaikan janji kami bagi menjadikan hidup lebih mudah untuk pelanggan, perniagaan dan negara kami.

Page 3: Detik-Detik Penting - tm.com.my · Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan ... Kami sentiasa memantau

Kluster Perniagaan Kami

72

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Page 4: Detik-Detik Penting - tm.com.my · Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan ... Kami sentiasa memantau

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

73

unifiRencana ini adalah sambungan daripada Perbincangan & Analisis Pengurusan di muka surat 57

unifi merupakan jenama perkhidmatan kami yang melengkapi gaya hidup khusus buat segmen Pasaran Massa yang meliputi individu, kediaman serta pelanggan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. Hari ini, kami bukan sekadar penyedia jalur lebar berkelajuan tinggi, sebaliknya, kami menyatukan sambungan tanpa batas konvergens dengan gaya hidup digital dan pengalaman perniagaan, pada masa yang sama memaksimumkan liputan kami ke seluruh negara menerusi kedua-dua talian tetap dan tanpa wayar, lantas mengungguli perkongsian detik-detik kehidupan para pelanggan.

MEMACU KONVERGENS DENGAN unifi

unifi merupakan satu-satunya penyelesaian yang menyediakan sambungan jalur lebar yang pantas dan lancar menerusi talian tetap, mudah alih dan WiFi, dengan panggilan suara serta kandungan hiburan. Bagi PKS, unifi juga menyediakan perkhidmatan nilai tambah berupa penyelesaian perniagaan ICT bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan serta meningkatkan produktiviti. Pelanggan unifi benar-benar dapat menikmati rangkaian pengalaman konvergens yang komprehensif dan membolehkan mereka untuk berhubung pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja menggunakan apa-apa peranti demi memenuhi keperluan gaya hidup dan perniagaan mereka. Inilah ertinya Konvergens buat kami - agar perkhidmatan kami lebih melengkapi setiap detik sepanjang 24 jam sehari iaitu semasa mereka bersantai, bekerja dan beriadah dalam keadaan tetap, nomad mahupun mudah alih merentasi pelbagai peranti bagi menyampaikan janji kami untuk menjadikan Hidup Lebih Mudah buat pelanggan.

unifi adalah penyedia perkhidmatan panggilan suara dan jalur lebar terbesar di Malaysia untuk kediaman dan PKS. Sehingga kini, jumlah pelanggan jalur lebar kami telah mencecah 2.3 juta dengan lebih daripada 330,000 PKS di serata negara. Bersandarkan pelaburan yang berterusan dalam pengembangan rangkaian gentian, pertambahan tapak Evolusi Jangka Panjang (LTE) dan titik liputan WiFi awam, liputan unifi kini lebih luas menerusi kedua-dua talian tetap dan tanpa wayar. Selama beberapa tahun ini, jalur lebar kami telah berkembang dengan mapan dan kami telah meraih pencapaian yang menakjubkan dengan 1 juta pelanggan unifi Home semasa bulan Ramadan yang mulia, iaitu pada Jun 2017. Pelaburan kami dalam rangkaian Evolusi Jangka Panjang

(LTE) yang meliputi 74% penduduk telah menggiatkan peningkatan pelanggan unifi Mobile daripada pelanggan sedia ada dan baharu. Sehingga kini, 10% daripada Isi Rumah TM turut melanggan unifi Mobile, iaitu suatu peningkatan yang ketara berbanding tahun sebelumnya pada kadar 5.6%. Selain kediaman, para pelanggan boleh terus berhubung melalui rangkaian WiFi terluas bagi mencapai data tanpa had di 9,400 lokasi titik liputan menerusi aplikasi i-foundit!

Tawaran konvergens kami meliputi perkhidmatan nilai tambah yang memberikan keseronokan dan faedah terhebat kepada pelanggan. Kami menyediakan kandungan siaran hiburan bertaraf dunia yang disalurkan ke kediaman dan sewaktu berada di luar rumah menerusi unifi TV serta aplikasi mudah alih unifi PlayTV. Baru-baru ini kami telah menambah 10 saluran FOX baharu kepada kandungan siaran kami agar seluruh keluarga dapat menikmati pilihan yang lebih luas untuk filem blockbuster, drama, siri komedi, kartun, berita dan pelbagai program yang lain. Bagi PKS, peralatan pemasaran dan produktiviti kami seperti penyelesaian pembayaran Surepay dan pembina laman web syarikat Instaweb membantu perniagaan melonjakkan jualan dan menambah baik kecekapan.

Untuk tahun yang mendatang, unifi akan terus memacu konvergens dengan menghubungkan pelanggan kami yang terdiri daripada individu, kediaman dan perniagaan dengan begitu lancar, tanpa menghiraukan asas teknologi dan peranti, bagi memastikan unifi adalah pilihan yang terbaik untuk berkongsi detik-detik kehidupan mereka.

ULASAN 2017

Jumlah pelanggan jalur lebar

2.3 juta

kadar penembusan unifi Mobile

10% daripada jumlah Isi Rumah TM

Tapak unifi Mobile

lebih daripada

2,900 tapak

pelanggan TV unifi

1.1 juta

Saluran unifi TV

115 (65 berdefinisi tinggi)

Titik liputan unifi Wifi

lebih daripada

9,400 titik liputan

98% pada kelajuan

10Mbps dan lebih tinggi

Pelanggan unifi

1.1 juta

Page 5: Detik-Detik Penting - tm.com.my · Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan ... Kami sentiasa memantau

Kluster Perniagaan Kami

74

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Kami turut melancarkan pelan unifi Home Lite untuk pelanggan baharu sebagai

pakej pengenalan jalur lebar pada harga berpatutan.

unifi

MEMPERKASAKAN DIGITAL unifi

Bagi unifi, Memperkasakan Digital bermula dengan transformasi dalam berinteraksi bersama pelanggan. Kami telah menaik taraf portal layan diri dengan memperbanyakkan akses interaktif bagi membolehkan pelanggan kami membuat keputusan mereka dalam langganan perkhidmatan, seperti menentukan masa untuk pemasangan dan naik taraf, menyemak penggunaan kredit, membayar bil dan menyelesaikan masalah teknikal menerusi atas talian. Kami turut menambah baik pusat panggilan perkhidmatan kami menerusi saluran digital yang lebih luas seperti media sosial, forum komuniti, chatbots dan live chat untuk respon yang lebih pantas dan mudah. Setiap bulan, kira-kira 20% daripada urusan pelanggan kami adalah melalui digital, di mana perkhidmatan yang lebih pantas dapat disampaikan serta kemaskini maklumat yang lebih kerap mengenai status pesanan serta bil mereka. Kami menjangkakan peningkatan untuk urusan melalui digital, memandangkan lebih ramai pelanggan semakin arif tentang kemudahan dan faedah yang diraih berbanding dengan saluran bukan digital.

Pendekatan kami terhadap pasaran juga diperkasakan oleh digital, di mana kami beralih daripada penjualan secara konvensional kepada platform digital baharu melalui aplikasi i-foundit!, mobile@unifi dan playTV@unifi. Kami menerima sambutan yang menggalakkan daripada pasaran dengan mencapai lebih daripada 1 juta muat turun, lantas membuktikan trend pelanggan yang lebih cenderung ke arah digital. Selepas seminggu pelancaran unifi Mobile #BEBAS pada Januari 2018, aplikasi mobile@unifi kami meraih kedudukan teratas dalam Malaysia di Google Play Store dan App Store. Kesemua aplikasi ini telah dihasilkan dengan satu tujuan iaitu membolehkan pelanggan kami dapat berhubung dengan lebih mudah dan lancar menerusi pengalaman unifi.

Pemerkasaan digital unifi bukan sahaja untuk kemudahan pelanggan kami, malah diadaptasikan juga untuk pengurusan operasi perniagaan unifi sendiri. Bagi operasi perniagaan unifi, kami telah melaksanakan inisiatif pemerkasaan digital yang menjurus kepada pengoptimuman perkhidmatan dan proses demi memantapkan pengalaman pelanggan secara menyeluruh. Ini termasuklah menaik taraf sistem layan diri dan pengebilan secara berterusan supaya lebih mudah dan mesra pengguna untuk para pelanggan menguruskan akaun dan perkhidmatan mereka, di samping memudahkan proses pesanan dan penyampaian perkhidmatan.

Portfolio Produk & Kempen Pemasaran unifi

Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan kelebihan berdaya saing untuk mengatasi pesaing dalam pasaran yang mencabar ini. Kempen pemasaran utama kami telah dirangka dengan begitu unik untuk segmen yang disasarkan berteraskan pakej pengenalan yang inovatif. Selain daripada kempen ‘Thank You Surprise Gift’ untuk pelanggan unifi Home dan Jalur Lebar (sebelumnya Streamyx) sedia ada, kami turut melancarkan pelan unifi Home Lite untuk pelanggan baharu sebagai pakej pengenalan jalur lebar pada harga yang berpatutan. Kami juga melancarkan pek pendidikan unifi serta pek e-Perniagaan unifi pada harga mampu milik untuk para pelajar di institusi pengajian tinggi dan e-usahawan. Pelancaran pek ini bertujuan menyokong aspirasi Malaysia untuk memupuk Ekonomi Digital dengan menyediakan jalur lebar dengan harga berkemampuan demi menggalakkan penerimaan yang lebih tinggi terhadap gaya hidup digital di kalangan rakyat Malaysia.

Pada 2017, pelan pascabayar unifi Mobile telah mendorong peningkatan pelanggan mobiliti dengan menampilkan perkhidmatan data, panggilan dan SMS tanpa had, juga pilihan pakej bersama dengan seleksi menarik telefon pintar yang berada

di pasaran. Pada Januari 2018, kami telah memperkenalkan unifi Mobile baharu, iaitu #BEBAS yang memberi fleksibiliti kepada pelanggan untuk memilih apa sahaja pelan yang lebih digemari mengikut kehendak penggunaan mereka. Sebagai pengenalan kepada pasaran, kami telah memperuntuk sejumlah 1 juta SIM dengan 20GB data, pakej panggilan dan SMS yang diberi percuma. Kami amat berbesar hati dengan sambutan pasaran yang menggalakkan di mana satu juta pendaftaran telah dicapai hanya dalam tempoh dua minggu selepas dilancarkan. Para pelanggan kini boleh #BEBAS dengan pelan mudah alih kami yang menawarkan #muatturundapatsim di mana pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi mobile@unifi bagi mendapatkan SIM percuma, #pilihapasaja bagi mendapatkan pelan terbaik bersesuaian dengan keperluan mereka, #kredittakmati di mana pelanggan boleh mengucapkan selamat tinggal kepada tarikh luput dan pembaziran data, serta #bayarbilabila untuk membayar bil pada bila-bila masa dari mana-mana sahaja.

Menyediakan kandungan siaran TV serta pengalaman menonton yang menyeronokkan adalah penting buat kami kerana unifi TV memainkan peranan dalam memberi kelebihan persaingan kepada pakej jalur lebar kami dalam pasaran. Kami mengetahui betapa rakyat Malaysia mencintai sukan, terutamanya bola sepak, justeru itu kami bawakan unifi Liga Super Malaysia serta unifi Piala Malaysia 2018 yang amat dinantikan secara eksklusif kepada para pelanggan unifi TV di kediaman mereka atau ketika di luar rumah melalui aplikasi playTV@unifi. Selain daripada sukan bola sepak, kami turut menyediakan tontonan percuma Sukan SEA Kuala Lumpur ke-29 sepanjang berlangsungnya acara tersebut pada Ogos 2017. Di samping itu, kami turut melancarkan Laku Mall, sebuah saluran membeli-belah baharu yang membolehkan pelanggan melakukan pembelian dari keselesaan rumah mereka.

Untuk senarai lengkap produk dan perkhidmatan unifi, sila ke www.unifi.com.my

Page 6: Detik-Detik Penting - tm.com.my · Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan ... Kami sentiasa memantau

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

75

RISIKO-RISIKO UTAMA PASARAN & LANGKAH KAWALAN

Risiko Pasaran Langkah Kawalan

Sentimen perbelanjaan yang lemah:Pengguna semakin berhati-hati dalam merancang perbelanjaan mereka, manakala keyakinan perniagaan pula tidak menentu disebabkan oleh keadaan ekonomi yang tidak dapat dijangka

Kami memberi lebih tumpuan terhadap nilai perkhidmatan serta faedah kepada pelanggan, dan bukan sekadar ciri-ciri produk semata-mata. Oleh kerana itu kami menjalankan kempen bagi menawarkan lebih banyak faedah berbentuk nilai wang kepada pelanggan. Contohnya, ‘Thank You Surprise Gift’ yang menawarkan naik taraf kelajuan jalur lebar pada harga yang sama dan pelan unifi Mobile #BEBAS yang menawarkan kemudahan untuk pelanggan memilih pelan yang lebih mampu milik menurut keperluan dan perbelanjaan mereka.

Meningkatnya tekanan harga:Sensitiviti yang lebih tinggi terhadap harga kerana terdapat lebih banyak pilihan dalam pasaran

Kami menzahirkan konvergens dengan tawaran yang serba lengkap bagi mendapatkan lebih banyak perkongsian detik-detik kehidupan pelanggan, lantas meningkatkan jumlah perbelanjaan isi rumah bersama unifi, atau perkongsian perolehan kami. Menyediakan pengalaman perkhidmatan dan pelanggan berkualiti tinggi adalah tumpuan kami – diperkasakan oleh digital, kami menyajikan interaksi yang lebih mudah buat pelanggan, dengan pemantauan berterusan menerusi Skor Mudah Bersih (NES).

Gangguan industri dan persaingan yang semakin sengit:Teknologi dan kehendak pelanggan berubah dengan pantas, sehingga mendorong kepada landskap jalur lebar yang sangat kompetitif bagi kedua-dua talian tetap dan mudah alih, secara langsung mendesak para penyedia perkhidmatan untuk terus mencari pelanggan baharu disamping mengekalkan yang sedia ada

Kami sentiasa memantau teknologi baru dan disruptif, serta trend pengguna yang akan memberi impak terhadap model perniagaan dan operasi kami. Kami sedar bahawa kami perlu tangkas untuk menjadi antara penerima pakai teknologi baharu yang terawal. Bertindak tangkas bererti kami pantas mengatasi cabaran dan sentiasa fleksibel untuk berubah, sementara pada masa yang sama, menggunakan secara optimum aset dan sumber dalaman kami.

MELANGKAH KE 2018 DENGAN PERFEXE 10>>>Pada 2018, kami akan terus berusaha memacu konvergens dan memperkasakan digital kepada pelanggan kediaman dan PKS , berteraskan model pelaksanaan PERFEXE 10:

• Yakin sebagai Nilai Mutlak: Pengalaman pelanggan akan diperbaiki dengan memberi tumpuan terhadap usaha memenangi perkongsian detik-detik kehidupan demi meraih kepercayaan pelanggan

• Menyatukan unifi: Kami terus mengukuhkan jenama unifi sebagai penyelesaian konvergens untuk semua perkhidmatan gaya hidup digital

• Mentransformasi Perniagaan unifi: Memperkasakan digital untuk penjualan dan menyampaikan perkhidmatan ke pasaran melalui saluran digital

• Memperkasakan Digital: Kami ‘menguburkan’ proses lama dan menyerap kaedah digital yang baharu dalam pendekatan terhadap pasaran bagi mewujudkan pengalaman yang lancar untuk pelanggan

• Meningkatkan Kegembiraan Anggota: Pasukan unifi kami telah mula mengamalkan ketangkasan dalam pekerjaan bagi memupuk produktiviti yang lebih hebat

• Meliberasi WiFi: Kami akan memperteguh dan

merebut kembali kedudukan serta kehadiran WiFi dalam menyajikan pengalaman keterhubungan yang bebas, di luar kediaman pelanggan

• Mempercepat Pelaksanaan Rangkaian: Tidak lama lagi, unifi akan melengkapi bangunan kediaman bertingkat seperti pangsapuri atau kondominium, menerusi teknologi baharu dalam telekomunikasi

• Mengerah Aset: Kami akan terus memaksimumkan

penggunaan dan pulangan pelaburan aset TM yang sedia ada, termasuk rangkaian talian tetap, mudah alih dan WiFi

Page 7: Detik-Detik Penting - tm.com.my · Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan ... Kami sentiasa memantau
Page 8: Detik-Detik Penting - tm.com.my · Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan ... Kami sentiasa memantau

Menerajui Dunia DigitalDi kala rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup digital, perniagaan atas talian semakin berkembang, sehingga mempengaruhi kebanyakan perniagaan. Banyak kesannya jika tidak mengikuti perkembangan trend digital, sedangkan ‘perniagaan runcit kecil-kecilan yang dikendali kaum keluarga sahaja’ sekalipun, sudah mula mengamalkannya. Perkhidmatan atas permintaan menyemarakkan lagi harapan pelanggan terhadap kemudahan. Malah, keseluruhan konsep kemudahan telah berubah. Kedai runcit bukan lagi tempat yang dikunjungi orang ramai; tetapi mereka mengharapkan peniaga dapat membuat penghantaran kepada mereka dengan cepat.

Di TM sendiri, tahun 2017 menandakan suatu titik perubahan. Ia berlaku apabila Pusat Kecemerlangan Kumpulan untuk mobiliti melancarkan webe (kini unifi Mobile) dan menjadikan seluruh pengalaman webe - daripada melanggan sehinggalah kepada perkhidmatan, membuat pembayaran dan berinteraksi dengan pegawai khidmat pelanggan – atas talian. Ia merupakan ujian mudah bagaimana pasaran akan bertindak balas terhadap pendekatan digital sepenuhnya, dan webe telah berjaya membuktikannya. Ini telah membuktikan bahawa TM telah bersedia untuk ke pasaran perkhidmatan digital

yang lengkap, dan Pusat Digital Kumpulan (GDC) telah dibentuk untuk merangka dan menzahirkan penyelesaian sedemikian.

GDC memainkan peranan serampang dua mata dengan melakukan pendigitan terhadap sistem dan proses TM sendiri, dan juga terhadap produk serta perkhidmatan, dan mereka turut mencipta produk digital untuk pihak berkepentingan luar (menerusi apa yang kami namakan proses digitalisasi).

Antara yang terawal mengalami proses digitalisasi di bawah GDC adalah Yellow Pages. Kami memanfaatkan Yellow Pages sebagai wadah strategik untuk pemasaran digital. Dengan menggunakan aset dan data sedia ada daripada direktori, kami memantapkan kedudukan nilai Yellow Pages kepada perniagaan dan pelanggan tempatan untuk mencari, berhubung dan melakukan urus niaga menerusi penyenaraian perniagaan, pemetaan, iklan digital, kandungan, pesanan atas talian serta e-dagang.

Lantas, setelah melihat peluang yang terbuka luas dalam pembayaran digital dan daripada peningkatan dalam jumlah urus niaga atas talian, kami membina sebuah platform bagi menyokong urus niaga dan pembayaran digital untuk perkhidmatan kami serta perkhidmatan pihak ketiga melalui satu lagi inovasi, iaitu perkongsian perolehan (Digital Wallet).

Digital Wallet yang kini masih dalam peringkat rekaan di TM, menyokong aspirasi Bank Negara dalam menjadi sebuah negara bebas tunai sementara mengupayakan gaya hidup Malaysia Digital. Melalui pembayaran digital, ia akan mengupayakan urus niaga digital yang selamat demi kemudahan pelanggan, menghasilkan pengalaman pembelian yang lancar dan menyeluruh untuk pelanggan kami. Kami bekerjasama dengan pihak berkepentingan bagi membina sebuah ekosistem yang komprehensif, teguh serta selamat untuk Digital Wallet yang merangkumi semua peralatan yang diperlukan bagi menyokong penggunaannya dalam perdagangan runcit, e-dagang dan perdagangan sosial.

Bagi Digital Wallet dan inisiatif digitalisasi yang lain, kami akan memanfaatkan data sedia ada berkenaan kehendak pelanggan atas talian untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang bagaimana orang ramai membuat keputusan kerana ini membolehkan kami mencipta produk serta penyelesaian yang lebih baik. Kami berusaha memperkukuhkan keupayaan analisis kami untuk lebih memahami para pelanggan kami dan menyediakan perkhidmatan nilai tambah untuk mereka. Inilah caranya bagaimana kami akhirnya meningkatkan detik-detik perkongsian kami dan mengilhamkan kesetiaan pelanggan yang lebih padu. Perkara kecil sebeginilah yang memberikan perbezaan yang besar buat kami kerana kesudahannya kami dapat melindungi hasil kami, iaitu para pelanggan kami.

Perjalanan digitalisasi TM baru sahaja bermula. Ikuti kami untuk lebih banyak inovasi yang menjanjikan kehidupan lebih mudah, untuk anda, untuk kami …… untuk setiap orang.

RENCANA

Page 9: Detik-Detik Penting - tm.com.my · Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan ... Kami sentiasa memantau

Kluster Perniagaan Kami

78

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

TM ONE

Page 10: Detik-Detik Penting - tm.com.my · Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan ... Kami sentiasa memantau

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

79

Rencana ini adalah sambungan daripada Perbincangan & Analisis Pengurusan di muka surat 58

TM ONE merupakan kluster perniagaan kami yang menawarkan perkhidmatan kepada perusahaan dalam sektor swasta dan awam.Dengan ketersediaan infrastruktur rangkaian ICT dan telekomunikasi yang luas dan dipercayai, TM ONE berhasrat untuk menyerlahkan potensi digital rakan-rakan niaga sepenuhnya dan menyokong mereka dalam Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) pada hari ini.

TM ONE bersedia untuk menjadi satu-satunya pengupaya dan rakan niaga yang diyakini untuk pelbagai perniagaan dalam mengenal pasti serta merealisasikan peluang digital mereka.Penjenamaan dan penyusunan semula kluster perniagaan terdahulu iaitu Akaun Terurus, dan anak syarikatnya, VADS, VADS Lyfe serta GITN menjadi TM ONE adalah satu langkah bagi memudahkan aturan Perniagaan-ke-Perniagaan kami. Pasukan pakar kami yang berdedikasi kini telah dipersiap menjadi pakar industri dalam menyediakan penyelesaian konvergens yang tepat kepada pelbagai industri.

DALAM ULASAN 2017

Pusat Panggilan:

9 di Malaysia,

3 di Indonesia,

dengan anggaran seramai 8,000 ejen

Pusat Data:

9 di Malaysia,

1 di Hong Kong

Page 11: Detik-Detik Penting - tm.com.my · Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan ... Kami sentiasa memantau

Kluster Perniagaan Kami

80

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

bagi membantu kita agar membuat keputusan yang lebih pintar sepanjang masa. Berlandaskan visi ini, penumpuan kami bermula di sektor kediaman, berbekalkan portfolio semasa Perkhidmatan Pintar kami yang telah dirangka untuk pembangunan perbandaran digital serta industri hartanah. Antaranya, kami telah menandatangani perkongsian pintar bersama Gamuda Land pada November 2017 untuk menyediakan infrastruktur rangkaian berserta perkhidmatan digital di Ladang Kundang, Selangor, bagi tempoh empat tahun akan datang. Sebagai permulaan, pemilik rumah di kawasan kejiranan ini akan menikmati jalur lebar berkelajuan tinggi dengan kelajuan mencecah sehingga 30Mbps secara percuma selama dua tahun, sebaik sahaja berpindah masuk ke kediaman mereka. Perkhidmatan ini akan membuka jalan kepada perkhidmatan digital yang lain di seluruh kawasan perbandaran ini.

Baru-baru ini juga, kami secara rasminya telah menandatangani MoU dengan IRDA untuk membangunkan Perkhidmatan Pintar di Iskandar Malaysia. MoU tersebut menandakan usaha teguh dalam kerjasama yang strategik antara TM dan IRDA bagi memastikan Perkhidmatan Bandar Pintar yang mampan bakal dilaksanakan dengan berkesan. Program Bandar Pintar Iskandar Malaysia ini bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan melalui ekonomi yang mampan dan ekosistem yang berteknologi bagi menjadi sebuah komuniti yang pintar, terhubung dan menyeluruh. Ini akan menaikkan lagi kualiti kehidupan rakyat, seiring dengan aspirasi negara untuk menjadi destinasi pilihan untuk melabur, bekerja, menjalani kehidupan dan berhibur.

Selain daripada pelaburan dalam infrastruktur telekomunikasi gentian optik seperti bidang yang dinyatakan di atas, TM ONE juga melaksanakan pelbagai Perkhidmatan Pintar seperti:

Kediaman Pintar Kami mengimpikan sebuah platform perkhidmatan bersepadu untuk keselamatan kediaman, pengurusan tenaga dan persekitaran dalam bangunan, di samping automasi kediaman. Kehidupan Pintar bermula daripada rumah pintar, kemudian berkembang menjadi Komuniti Pintar dan seterusnya menjadi sebuah Negara Pintar.

Lampu Jalan Pintar Lampu Jalan Pintar membantu untuk mengurangkan kos elektrik dengan mengoptimumkan penggunaan tenaga elektrik. Kami menjalin kerjasama erat dengan majlis perbandaran untuk menyediakan penyelesaian lampu jalan yang lebih cekap supaya cabaran urbanisasi seperti kos penyelenggaraan berlatarkan populasi yang kian berkembang, dapat diuruskan dengan lebih mudah.

Bandar Pintar dan Pusat Operasi BersepaduTeras kepada solusi Bandar Pintar kami ialah Pusat Operasi Bersepadu (IOC) kami yang beroperasi sebagai pusat kawalan berpusat bagi operasi IoT. IOC TM ONE yang terletak di IPDC adalah yang pertama di Malaysia yang menyediakan panel pemantauan bagi menyelaras data yang diterima daripada peranti dan pengesan fizikal di semua bandar pintar di seluruh negara. Sistem pemantauan ini menjalankan pengurusan trafik, persekitaran dalam bangunan serta kejadian berkaitan keselamatan yang lebih cekap.

Kecekapan IOC adalah bergantung kepada kualiti komunikasi dan ketersampaian data yang tepat pada masanya. Ia menyediakan bantuan sokongan 24/7 sepanjang tahun melalui pemantauan berasaskan Kecerdikan Rekaan (AI) dengan menawarkan perkhidmatan seperti kesedaran keadaan, analisis, respons kecemasan serta pengurusan penggera.

TM ONE

MEMACU KONVERGENS UNTUK REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

Baru-baru ini kita menyambut kedatangan IR4.0, yang menyaksikan trend automasi, pertukaran data, IoT dan Pengkomputeran Awan sebagai perniagaan seperti biasa yang baharu. Dalam menghadapi gelombang revolusi terbaru ini, kami yakin bahawa usaha untuk memacu konvergens adalah tindakan yang tepat untuk membantu para pelanggan kami dalam merealisasikan potensi digital mereka.

Pada masa yang sama, kami bersiap sedia untuk menjana pertumbuhan yang tinggi dalam permintaan terhadap keterhubungan bersepadu dengan kemudahan Pusat Data. TM ONE kini dalam usaha untuk membangunkan dua Pusat Data serba canggih yang saling terhubung - IPDC dan KVDC. Semasa IPDC dilancarkan, ianya merupakan satu-satunya Pusat Data komersial di Malaysia yang memperoleh pensijilan Tahap III Uptime Institute, lantas menjadikan kami satu-satunya pembekal yang menawarkan kemudahan Pusat Data komersial yang mematuhi ketersediaan melangkaui 99.98%. IPDC kini memainkan peranan sebagai hab pasaran digital di Malaysia; dan tidak lama lagi, rantau ASEAN dan seterusnya ke merata dunia. Sementara itu, KVDC yang dibangunkan di Cyberjaya disasarkan siap pada suku ketiga tahun 2018. Ia akan dihubungkan dengan IPDC melalui kabel gentian optik yang berkelajuan tinggi; dan bersama-sama, IPDC dan KVDC membentuk solusi Pusat Data Teras Berkembar yang direka khas dengan tahap keanjalan daya capaian dan ketersediaan yang lebih tinggi beserta ciri-ciri keselamatan yang utuh. IPDC dan KVDC bakal menambahkan capaian jejak Pusat Data kami di Malaysia dan Hong Kong.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif kami yang sedang berjalan untuk mewujudkan ekosistem konvergens, TM ONE bekerjasama dengan unifi untuk meliberasi WiFi awam (wifi@unifi) di seluruh negara. Kami telah mengenal pasti sebanyak kira-kira 4,000 lokasi yang berpotensi untuk dijadikan titik liputan WiFi awam, terutamanya di kawasan serta premis berkepadatan tinggi seperti pusat membeli-belah, restoran dan hab pengangkutan awam. TM ONE sekarang ini sedang menjalin kerjasama dengan QSR Brands untuk menyediakan WiFi awam di Johor, memanfaatkan lebih daripada 750 Titik Capaian sedia ada. Kami akan turut menyediakan penyelesaian bersepadu kepada lebih daripada 1,000 buah cawangan restoran QSR di seluruh Malaysia untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

TM ONE juga sentiasa mengoptimumkan operasi harian dan memantapkan interaksi pelanggan menerusi integrasi dan ’pendigitan’. Kami telah menyepadukan semua saluran interaksi pelanggan yang sebelum ini berada di bawah Akaun Terurus kepada satu portal TM ONE dalam talian. Perkhidmatan BPO tradisional kami turut mengalami transformasi digital melalui keupayaan saluran omni, yang memperlihatkan perkembangan melangkaui pusat panggilan. Kami sedang berusaha untuk menambah baik perjalanan pengalaman pelanggan yang sesuai untuk landskap digital dengan memanfaatkan platfrom pasaran awan kami.

Kini, sembilan daripada pusat panggilan kami mampu untukmenyampaikan pengalaman digital pelanggan untuk semua perkhidmatan kami, juga kepada unifi dan TM GLOBAL.

MEMPERKASAKAN DIGITAL UNTUK NEGARA PINTAR

Visi kami adalah untuk membawa Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi ke arah sebuah Negara Pintar, di mana data daripada segala peranti di sekeliling kita berhubung dengan lancar dan disepadukan

Page 12: Detik-Detik Penting - tm.com.my · Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan ... Kami sentiasa memantau

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

81

MELANGKAH KE 2018 DENGAN PERFEXE 10

>>>Verticalisation akan terus menjadi tumpuan kami pada tahun 2018 dengan mengutamakan insiatif-insiatif yang berpandukan PERFEXE 10:

• Yakin sebagai Nilai Mutlak: Intipati jenama TM ONE iaitu ‘YAKIN’ atau percaya, merupakan persepsi utama yang ingin kami tanamkan ke dalam semua perniagaan dan agensi awam. Kami juga tidak akan berhenti untuk mencapai pengalaman pelanggan yang cemerlang. Indeks Kepuasan Pelanggan (skor TRI*M) kami sentiasa berada pada kedudukan 10% Teratas daripada penyedia perkhidmatan global bagi Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), dan kami akan terus mengekalkan kedudukan sebagai rakan niaga yang dipercayai kepada para pelanggan kami.

• TM ONE sebagai Pengupaya Digital Industri Menegak: Kami berhasrat untuk menjadi pengupaya digital negara dalam menyerlahkan potensi penuh digital semua industri termasuk industri menegak. Penyelesaian digital akan dirangka mengikut segmen menegak bagi memastikan faedah maksimum untuk para pelanggan kami dengan memantapkan operasi perniagaan dan produktiviti. Menerusi ‘verticalisation’, kami telah mengenal pasti segmen menegak yang utama bagi menjana hasil serta-merta.

• Memperkasakan Digital: Selain daripada proses ‘pendigitan’ di peringkat dalaman kami bagi menambah baik produktiviti dan kecekapan kos, kami turut menjana keuntungan baharu melalui aplikasi perusahaan yang dibangunkan di peringkat dalaman seperti FLOW (aplikasi komunikasi & kolaborasi) serta TM Box (penyimpanan awan perusahaan) kepada para pelanggan kami.

• Meningkatkan Kegembiraan Anggota: Kami telah menyusun tenaga kerja kami agar setiap segmen menegak diurus oleh sebuah pasukan khas dengan campuran kepakaran serta fungsi bagi menyampaikan penyelesaian yang komprehensif untuk segmen menegak yang khusus.

• Meliberasi WiFi: TM ONE akan menyokong perluasan WiFi awam (wifi@unifi) ke semua kawasan berkepadatan tinggi di mana pelanggan kami boleh kekal terhubung sewaktu mereka di jalanan.

• Mengerah Aset: Kami mempercepatkan usaha bagi mencapai pulangan yang lebih pantas terhadap pelaburan kami seperti kemudahan Pusat Data serta port keterhubungan.

RISIKO-RISIKO UTAMA PASARAN & LANGKAH-LANGKAH KAWALAN

Risiko Pasaran Langkah Kawalan

Penurunan harga pasaran dan persaingan

Kami memperkukuh daya saing kami melalui tawaran penyelesaian bersepadu, disokong oleh rangkaian serta pengalaman kami yang meluas. Kami menguruskan persaingan menerusi perkongsian strategik untuk meluaskan peluang dalam tempoh yang mencabar ini.

Keperihatinan pada kos dalam perbelanjaan

Pendekatan ‘verticalisation’ kami membolehkan para pelanggan memberi tumpuan kepada nilai berbanding kos. Ia juga akan mengguna pakai model perniagaan yang inovatif serta fleksibel dengan pelanggan, lantas membezakan kami daripada syarikat telekomunikasi dan pengintegrasi sistem yang lain.

Trend dan teknologi disruptif mengubah pasaran serta tumpuan pelanggan

Kami terus berkerjasama dengan prinsipal teknologi terkemuka di dunia, rakan kongsi penghantaran serta syarikat IT yang kian maju. Ini membolehkan kami menyediakan tawaran yang inovatif daripada pelbagai sumber sepantas mungkin bagi memenuhi keperluan segera para pelanggan.

PENYELESAIAN MENEGAK TM ONE

Kami berhasrat untuk menjadi satu-satunya pengupaya digital negara bagi perniagaan merentasi industri atau secara menegak. TM ONE menawarkan penyelesaian perniagaan yang holistik meliputi perkhidmatan keterhubungan, Pusat Data dan Awan, Perkhidmatan ICT serta BPO, Perkhidmatan Pintar dan juga aplikasi perusahaan digital yang direka untuk pelbagai industri menegak. Menerusi kaedah penjualan dengan rundingan, pertama sekali kami akan memahami industri mereka dan mencadangkan penyelesaian yang terbaik. Pada tahun 2017, kami telah mula memberi penekanankepada ‘verticalisation’, iaitu penyelesaian secara konvergens yang direka khusus untuk industri menegak.

Kami mengambil langkah pertama dalam pendekatan ‘verticalisation’ dengan ketersediaan Pusat Pengalaman di Menara TM ONE. Pusat Pengalaman yang amat dinanti-nantikan ini telah dibina dan dilengkapkan dengan teknologi serba canggih untuk mempamerkan pelbagai penyelesaian menegak kepada para pelanggan kami.Berkeluasan 20,000 kaki persegi, Pusat Pengalaman ini bermatlamat untuk membantu pelanggan menggambarkan masa depan transformasi perniagaan digital mereka menerusi pengalaman yang memberi inspirasi, berwawasan serta penciptaan secara bersama.

Untuk senarai lengkap produk dan perkhidmatan TM ONE, layari tm.com.my/TMONE.

KVDC yang dibangunkan di Cyberjaya disasarkan siap pada suku ketiga tahun

2018. Ia akan dihubungkan dengan IPDC melalui kabel gentian optik yang berkelajuan

tinggi; dan bersama-sama, IPDC dan KVDC membentuk solusi Pusat Data Teras

Berkembar

Page 13: Detik-Detik Penting - tm.com.my · Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan ... Kami sentiasa memantau

RENCANA

Page 14: Detik-Detik Penting - tm.com.my · Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan ... Kami sentiasa memantau

Sebelum ini, menjadi sebuah penyedia telekomunikasi yang diyakini kepada perusahaan dan agensi kerajaan bermaksud menawarkan perkhidmatan keterhubungan dalam bentuk data, internet dan suara. Pada hari ini, sejajar dengan strategi serampang dua mata TM untuk Mempercepat Konvergens dan Memperkasa Digital, perkhidmatan teras ini telah disepadukan dengan ICT, Perkhidmatan Pintar, Penyumberluaran ProsesPerniagaan (BPO) serta mobiliti ke arah mencapai keperluan dan matlamat pelanggan.

Matlamat kami adalah untuk membolehkan organisasi dalam sektor swasta dan awam bagi merealisasikan peluang digital mereka. Dengan ‘Consider IT Done’ sebagai mantra kami, kami bersedia menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan bersepadu yang terbaik - serta ‘Detik’ – kepada pelanggan kami dan pelanggan mereka. Ke arah mencapai matlamat ini, kami membangunkan pelbagai produk dan penyelesaian yang inovatif di samping infrastruktur teras kami sebagai tujuan untuk Mempercepat Konvergens. Produk dan perkhidmatan yang menjadi penyelesaian bersepadu kami adalah:

• Perkhidmatan Keterhubungan• ICT• Pusat Data dan Awan• Penyumberluaran Proses Perniagaan• Perkhidmatan Pintar

Sebenarnya, kami telah pun menerima permintaan untuk penyelesaian seperti ini. Sebilangan organisasi yang lebih berteknologi tinggi kini sedang meneroka teknologi baharu dan meluaskan infrastruktur mereka melangkaui keterhubungan tradisional dengan menggunakan platform Awan dan digital.Oleh itu, kami di TM ONE bekerjasama dengan mereka dalam era digital dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan penyelesaian bersepadu ICT terurus yang membuka peluang kepada proses digitalisasi agar dapat membantu mereka mengurangkan kos dan memendekkan masa pusing balik. Antara perkhidmatan unik kami ialah kami mampu menawarkan kebolehpercayaan tertinggi dan keselamatan paling canggih serta spesifikasi keterhubungan di IPDC yang baru ditubuhkan; dan di KVDC yang dijangka akan siap tidak lama lagi, yang mampu memenuhi keperluan perusahaan dan agensi kerajaan.

Untuk BPO, kami sedang meningkatkan pengalaman pelanggan ke tahap seterusnya melalui perkhidmatan pelbagai saluran yang memanfaatkan Keterhubungan dan ICT bersepadu dengan Pusat Data dan Perkhidmatan Awan. Dalam transformasi perkhidmatan BPO, kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki pengalaman pelanggan supaya sesuai dengan landskap digital. Dengan memanfaatkan pasaran awan kami, kesemua sembilan pusat BPO telah diupayakan secara digital untuk menyampaikan pengalaman digital pelanggan dalam perkhidmatan TM.

Melalui Perkhidmatan Pintar TM ONE, kami telah menghasilkan penyelesaian pintar yang memanfaatkan Keterhubungan dan ICT kami dengan kesediaan Pusat Data dan Awan. Perkhidmatan Pintar mewujudkan peluang digital baharu melalui infrastruktur pintar yang telah tersiap sedia seperti Perkhidmatan Bangunan Pintar, Perkhidmatan Luas Bandar Pintar dan Perkhidmatan Warga Pintar yang terdiri daripada penyelesaian ICT, Mobiliti Pintar, Keselamatan, Pengurusan Tenaga & Kemudahan, Papan Tanda Digital dan Portal Warga. Perkhidmatan ini menyediakan penyelesaian menyeluruh terhadap transformasi perniagaan digital pelanggan. IOC TM ONE yang pertama terletak di Iskandar Puteri, berfungsi sebagai pusat arahan berpusat bagi operasi perkhidmatan pintar IoT. IOC menyediakan sokongan 24/7 sepanjang tahun melalui pemantauan berasaskan Kecerdikan Rekaan (AI) yang proaktif dengan menawarkan perkhidmatan seperti keadaan kesedaran, analisis, tindak balas kecemasan serta pengurusan penggera.

Dalam merealisasikan aspirasi TM ONE untuk menjadi ‘pengupaya digital’ nombor satu di kalangan pelanggan kami, verticalisation menjadi penggerak perniagaan yang utama sepanjang tahun 2018-2020. Penyediaan penyelesaian digital telah disesuaikan bagi industri tertentu bagi memaksimumkan manfaat pelanggan, ditambah pula dengan keupayaan konsultatif kami yang akan menjamin pertumbuhan perniagaan. Melalui verticalisation, kami akan memperkasakan pelanggan kami, dan pelanggan mereka, untuk mendapatkan lebih banyak Perkongsian Detik, - pada bila-bila masa, di mana jua, melalui apa-apa peranti dalam kehidupan seharian mereka, yang benar-benar mengukuhkan impian kami untuk menjadi satu-satunya rakan kongsi yang diyakini bagi kedua-dua perusahaan dan agensi awam di Malaysia.

Merealisasikan Peluang Digital Anda

Page 15: Detik-Detik Penting - tm.com.my · Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan ... Kami sentiasa memantau

Kluster Perniagaan Kami

84

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

TM GLOBALRencana ini adalah sambungan daripada Perbincangan & Analisis Pengurusan pada halaman 58

TM GLOBAL ialah bahagian perniagaan global dan borong TM, yang memfokuskan kepada penawaran penyelesaian dan perkhidmatan komunikasi canggih yang komprehensif dalam keterhubungan dan juga melangkaui keterhubungan.Di dalam negara, kami menyediakan penyelesaian rangkaian kepada pengendali berlesen yang membolehkan pengembangan rangkaian dipercepat dan peningkatan pengalaman digital untuk pengguna talian tetap dan tanpa wayar. Di peringkat antarabangsa, dengan keterhubungan global kami yang luas, infrastruktur rangkaian dan kepakaran kolektif, TM GLOBAL kini menyambungkan Malaysia ke pelosok dunia.

MENYATUPADUKAN ASEAN & DUNIA MELALUI KETERHUBUNGAN

Selama beberapa tahun, TM GLOBAL telah melabur dalam pelbagai rangkaian kabel dasar laut dengan matlamat untuk menghubungkan Malaysia dengan dunia. Kami telah membangunkan suatu penyelesaian Hab Ekosistem yang komprehensif untuk meletakkan Malaysia sebagai get laluan yang ideal bagi dunia untuk berhubung ke rantau ASEAN. Pelbagai projek sedang dilaksanakan untuk mempertingkatkan lagi keterhubungann global dan serantau, beberapa daripadanya telah siap pada tahun 2017. Antara yang utama daripada projek ini adalah pembangunan tiga rangkaian kabel dasar laut ASEAN baharu: Malaysia-Kemboja-Thailand (MCT), Get Laluan Nusantara (NuGate) dan Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M). Di samping itu, kami juga telah menubuhkan satu Titik Kehadiran (PoP) baharu di Marseilles, Perancis untuk keterhubungan ke Eropah.

Pada bulan Mac 2017, kabel dasar laut MCT telah ditambahkan ke dalam Hab Ekosistem kami, merentasi lebih daripada 1,300 km dari stesen pendaratan kabel masing-masing di Cherating, Malaysia, Sihannoukville di Kemboja dan Rayong di Thailand. MCT menggunakan teknologi Pemultipleksan Pembahagian Gelombang Termampat (DWDM) 100Gbps yang terkini dengan kapasiti awal sebanyak 1.5 Terabit sesaat (Tbps) yang boleh ditingkatkan menjadi sehingga 30Tbps. Penubuhan sistem kabel dasar laut baharu ini merupakan satu lagi langkah ke arah meningkatkan keterhubungan ASEAN dengan lengahan ketersampaian terendah dan jumlah kepelbagaian akses dengan kawalan kos dan harga secara menyeluruh.

Pada bulan yang sama, NuGate telah siap dibangunkan bersama dengan rakan kongsi kami di Indonesia, PT GLOBAL INTI CORPORATION (PT GIC) dengan memanfaatkan sistem kabel dasar laut Batam-Bangka-Jakarta-Singapura (B2JS) sedia ada. Sistem kabel sepanjang 1,080 km ini, dengan Equinix (Singapura) dan Cyber Bangunan (Jakarta) sebagai titik pertemuan di kedua-dua hujungnya, telah direka dengan menggunakan teknologi 100Gbps yang terkini. Kapasiti awalnya sebanyak 200Gbps boleh dinaik taraf untuk menyokong sehingga 6.4Tbps bagi memenuhi keperluan masa depan. Sama seperti MCT, NuGate juga mengukuhkan kehadiran kami di rantau ASEAN.

Bagi memenuhi peranan kami sebagai penyumbang utama kepada infrastruktur komunikasi negara, kami menubuhkan SKR1M, berikutan daripada Perkongsian Awam Swasta (PPP) dengan Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Kami bangga mencapai penyempurnaan dan kesediaannya pada bulan Jun 2017, seperti yang dijadualkan. Sistem kabel ini yang mempunyai tiga titik pendaratan di Sarawak (Kuching, Bintulu dan Miri), satu di Kota Kinabalu, Sabah dan dua di Semenanjung Malaysia (Mersing dan Cherating) akan

memberi banyak manfaat kepada rakyat, melalui pembangunan sosio-ekonomi. Sistem sepanjang 3,800 km ini menggunakan teknologi 100Gbps yang serba canggih, mempunyai kapasiti awal sebanyak 4Tbps yang boleh ditingkatkan menjadi 12.8Tbps. SKR1M kini sudah mula membawa trafik komersial yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Selain daripada perluasan kabel dasar laut, pembangunan IPDC yang telah siap menandakan pencapaian utama TM, dan juga negara, kerana ia ditetapkan untuk memangkinkan inisiatif hab serantau. IPDC ialah perumah kepada kedua-dua penyedia kandungan tempatan dan antarabangsa serta perusahaan yang menghubungkan penyedia perkhidmatan internet (ISP) tempatan dan penyedia kandungan kepada trafik internet antarabangsa. Malaysia Internet Exchange (MyIX) ialah salah satu penyewa utama kami yang telah menempatkan pelayan mereka di IPDC. Kami telah membawa beberapa nama isi rumah antarabangsa ke dalam Malaysia, di mana beberapa pemain menyimpan kandungan mereka di IPDC dan di Pusat Data TM yang lain, sebagai sebahagian daripada inisiatif penyetempatan kandungan kami. Penyetempatan ini juga membantu mengurangkan kos untuk TM memandangkan kami dapat mengurangkan kebergantungan trafik antarabangsa secara efektif.

MENYOKONG DIGITALISASI MALAYSIA

TM GLOBAL membantu peralihan Malaysia ke arah ekonomi digital dengan membolehkan perluasan rangkaian penyedia perkhidmatan tempatan melalui perkhidmatan keterhubungan domestik kami, termasuk TM Next Generation Backhaul (NGBHTM) dan penyelesaian Ethernet Borong. Untuk memperkayakan portfolio perkhidmatan NGBHTM, kami memperkenalkan penyelesaian hadapan seperti Rangkaian Akses Radio Berpusat (C-RAN) Pintar dan Liputan Dalam Bangunan (IBC). C-RAN Pintar adalah binaan rangkaian selular baharu yang menyokong infrastruktur rangkaian mudah alih masa depan, khususnya pada Rangkaian Akses Radio (RAN) berpusat. IBC melengkapi Smart CRAN dalam memperkukuh isyarat selular di dalam bangunan.

Pada April 2017, kami telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Perbadanan Putrajaya untuk projek Putrajaya Pintar, ke arah mencapai visi Putrajaya Hijau, Pintar dan Terhubung. Ini juga akan meningkatkan liputan digital di Putrajaya pada masa yang sama mengekalkan nilai estetik kawasan tersebut. Untuk melaksanakan projek ini, kami telah menandatangani perjanjian dengan Touch Mindscape untuk peruntukan perkhidmatan C-RAN Pintar di Putrajaya. Oleh itu, unifi Mobile telah menjadi penyedia perkhidmatan mudah alih yang pertama untuk menggunakan perkhidmatan C-RAN Pintar, membina jalan untuk penerapan penyelesaian penggunaan bandar pintar pada masa akan datang.

21Titik Kehadiran (PoP)

antarabangsa &

9 PoP dalam negara

5 pejabat serantau

di Amerika Syarikat, UK, Hong Kong, Australia dan Singapura; pejabat Dubai disasarkan untuk siap & beroperasi pada 2018

20kabel dasar laut merentasi lebih 190,000 km

Lebih daripada

DALAM ULASAN 2017

Page 16: Detik-Detik Penting - tm.com.my · Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan ... Kami sentiasa memantau

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

85

MELANGKAH KE 2018 DENGAN PERFEXE 10

>>>Pengurangan kos untuk kumpulan, ditambah pula dengan inisiatif domestik dan ASEAN adalah merupakan peranan penting TM GLOBAL dalam menyokong PERFEXE 10.

• Yakin sebagai Nilai Mutlak Sebagai sebahagian daripada

Kumpulan TM, kami meletakkan diri kami sebagai pemacu pertumbuhan perniagaan yang dipercayai, menghubungkan pembawa dan pembekal perkhidmatan di seluruh rantau dan ke dalam dunia digital.

• Memacu Pertumbuhan dengan TM GLOBAL

Pasaran borong domestik terus memberi peluang penting untuk TM GLOBAL, terutamanya daripada peningkatan permintaan bagi penyelesaian backhaul dan front-haul. Pengayaan Mudah Alih Backhaul membentuk asas buat kami untuk mendapatkan lebih banyak bahagian pasaran dalam segmen ini. Ia akan disokong oleh meningkatkan jualan, pengewangan aset, pembangunan produk front-haul mudah alih (Smart C-RAN & IBC) serta kerjasama dengan penyedia Kawasan dan kemudahan untuk tiga tahun akan datang.

Disamping itu, rantau ASEAN kekal untung memandangkan permintaan untuk kandungan keterhubungan dan internet dijangka akan berkembang untuk tujuh tahun yang akan datang, terutamanya di Indochina dan Indonesia. Kami berhasrat untuk memanfaatkan peluang ini melalui Hab Ekosistem kami. Usaha bersama juga akan dilakukan untuk membawa masuk kandungan antarabangsa, mengurangkan kos keterhubungan ke kawasan ini, seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hab serantau.

• Memperkasakan Digital: Kami terus membuat pembaharuan

dan memperkasa digital melangkaui keterhubungan melalui inisiatif pengayaan penyelesaian domestik dan hab serantau kami.

• Mengerah Aset: Kami telah memulakan keutamaan

untuk mengerah asets sedia ada kami, termasuk kapasiti kabel dasar laut antarabangsa dan akses fiber dalam negara. Inisiatif lain termasuklah pertukaran kapasiti model perniagaan, penggabungan produk dan perkhidmatan nilai tambah kepada infrastruktur sedia ada, dengan objektif untuk mengoptimumkan kos bagi Kumpulan TM.

RISIKO-RISIKO UTAMA PASARAN & LANGKAH-LANGKAH KAWALAN

RISIKO PASARAN LANGKAH-LANGKAH KAWALAN

Penurunan harga pasaran, lebihan kos disebabkan oleh persaingan dan perubahan dinamik pada keperluan pelanggan

Kami mengukuhkan daya saing dengan menjadi penyedia perkhidmatan hujung ke hujung menerusi kerjasama dengan syarikat terkemuka global yang lain. Kami juga memanfaatkan syarikat sekutu untuk merebut peluang serantau dengan pelaburan yang minimum.

Perubahan politik, undang-undang dan garis panduan pengawalseliaan di negara lain

Kami sentiasa mengikuti perkembangan perubahan geopolitik terkini di negara-negara yang kami telah membuat pelaburan dengan menubuhkan pengurusan krisis dan rancangan daya tahan yang berkesan. Ini membolehkan kami melindungi pelaburan kami serta meningkatkan rancangan kesinambungan perniagaan.

Perubahan dalam peraturan harga tempatan

Kami memaksimumkan keupayaan dalaman dengan memanfaatkan sumber-sumber Kumpulan TM dan anak-anak syarikatnya untuk terus berdaya saing walaupun peraturan harga berubah.

Peningkatan tekanan bagi penyelesaian inovatif dan gangguan secara global memandangkan pengendali dan penyedia perkhidmatan lain mahu mengukuhkan kedudukan pasaran digital masing-masing

Kami sentiasa mengikuti teknologi terkini dengan mewujudkan rakan kongsi yang berkesan dengan nilai tambah dan rakan teknologi untuk pemindahan pengetahuan. Bersama-sama, kami memperkenalkan Penyelesaian Melangkaui Keterhubungan yang baharu sesuai dengan landskap digital semasa.

Untuk meningkatkan lagi perkhidmatan NGBHTM kami, pada Oktober 2017, kami telah menandatangani perjanjian dengan syarikat menara telekomunikasi, edotco Malaysia Sdn Bhd untuk C-RAN Pintar dan projek memasang fiber untuk membolehkan keterhubungan antara tapak sel pengendali mudah alih dan rangkaian teras mereka pada tapak tanah menara edotco di kawasan terpilih. Ini akan membantu mempercepat pengembangan perkhidmatan LTE untuk pengendali mudah alih.

Dalam menyokong aspirasi Ekonomi Digital Malaysia, kami terus memberi tumpuan terhadap perluasan kabel dasar laut kami dan penyelesaian Akses HSBB bagi pengendali perkhidmatan. Sebagai contoh, SKR1M yang baru sahaja disiapkan bertujuan untuk meningkatkan ekonomi digital terutamanya di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, kami terus memperluas pasaran jalur lebar pengguna menerusi penyelesaian Akses HSBB. Setakat ini, empat pengendali tempatan telah menandatangani perjanjian untuk Akses HSBB dan bilangan pelanggannya telah meningkat sebanyak 13.5% dari tahun 2016.

PRODUK & PERKHIDMATAN INOVATIF

Selain daripada membangunkan infrastruktur, TM GLOBAL juga telah membangunkan pelbagai produk dan penyelesaian inovatif bagi membantu pelanggan mempercepat pertumbuhan mereka. Ini termasuk:

• Rangkaian Akses Radio Berpusat Pintar (Smart C-RAN) – Sebuah inisiatif untuk menggerakkan ruang telekomunikasi Malaysia ke tahap yang lebih tinggi di mana TM menyediakan penyelesaian hujung ke hujung buat pengendali rangkaian mudah alih untuk menempatkan liputan mudah alih mereka terutamanya di kawasan kepadatan tinggi dan kawasan titik buta.

• Liputan Dalam Bangunan (IBC) – Perkhidmatan ini berdasarkan kepada sistem antena yang diedarkan (DAS), dipasang di dalam kemudahan terpilih yang membolehkan pengendali rangkaian mudah alih untuk memperluas dan mengedarkan isyarat selular mereka.

• IPX – Sebuah inisiatif TM untuk menyampaikan perkhidmatan suara antarabangsa yang berkualiti tinggi dengan memasang infrastruktur IPX-Voice di Hong Kong, Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

• Penyelesaian Penghantaran Media Menegak (MDSV) – Penyelesaian hiburan dan informasi bersepadu untuk telco, hotel dan hospital ini menggunakan platform pengurusan tunggal berasaskan awan untuk memberikan pengalaman digital kepada pengguna akhir dalam pelbagai pertubuhan. Ia juga membawa hiburan bertaraf dunia dan kehidupan pintar bersepadu bagi perkhidmatan mengikut permintaan berpusat ke hujung jari pelanggan.

Page 17: Detik-Detik Penting - tm.com.my · Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan ... Kami sentiasa memantau

RENCANA

TM Team Malaysia adalah “Pasukan Sorak Rasmi Atlet Negara”, nama yang telah diberikan kepada gerakan yang kami tubuhkan pada bulan April 2011, oleh Menteri Belia & Sukan, YB Brig Gen Khairy Jamaluddin, kerana ia telah berjaya membawa rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama menyokong atlet negara kita dalam pelbagai acara sukan.

Ditubuhkan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia (NSC) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), penyokong TM Team Malaysia, bersama jersi kami tersendiri, telah memberi sorakan kepada atlet negara kita di Sukan Olimpik, Sukan SEA dan acara antarabangsa serta acara serantau lain yang melibatkan atlet-atlet Malaysia. Ia menyemarakkan semangat rakyat Malaysia buat wira sukan negara, sesuai dengan slogannya “Menggabungkan Semangat Kita”.

Selain daripada aktiviti di lapangan, TM Team Malaysia turut berhubung dengan para penyokong secara digital melalui laman web dan media sosialnya. Pada Disember 2017, ia telah mempunyai seramai 1.4 juta pengikut di Facebook, Twitter dan Instagram, serta 44,000 ahli rasmi yang berdaftar.

MENDORONG ATLET-ATLET KITA MERAIH KEJAYAAN LUAR BIASA DI KL2017

Setelah melihat sokongan TM Team Malaysia semasa Sukan Olimpik Rio, Menteri Belia & Sukan telah melantik gerakan ini sebagai platform rasmi untuk menyatukan penyokong Malaysia bersempena dengan acara sukan terbesar di ASEAN pada tahun 2017 - Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-29, yang juga dikenali sebagai KL2017, nama jenama rasminya. Terbukti melalui namanya, TM Team Malaysia berjaya membangkitkan semangat rakyat Malaysia sebelum dan semasa acara yang dilangsungkan selama sebulan itu. Ahli-ahli TM Team Malaysia sememangnya memainkan peranan yang besar dalam prestasi luar biasa atlet-atlet negara.

a) Jersi & Cenderahati TM Team Malaysia TM memeterai perjanjian rakan kongsi bersama Petronas Dagangan

Berhad (PDB) dan peniaga dalam talian bagi memudahkan peminat sukan Malaysia mendapatkan jersi dan cenderahati Team Malaysia. Sejak beberapa bulan sebelum KL2017, jersi dan cenderahati TM Team Malaysia sudah boleh didapati di lebih daripada 300 buah cawangan Kedai Mesra serta dalam talian melalui www.shoppu.com.my dan www.fmstore.com.my selain daripada 105 buah cawangan TMpoint. Untuk anggota kami sendiri, kami menyediakan sebuah mesin layan diri di Menara TM untuk pembelian jersi dan barangan TM Team Malaysia, menjadi satu langkah yang amat dihargai oleh anggota, pelanggan dan juga penyewa kami.

b) Pasukan Sorak TM Team Malaysia di KL2017 Kami menyemarakkan lagi semangat untuk KL2017 melalui Jelajah

Kampus TM Team Malaysia yang melibatkan 36 buah universiti dan kolej sepanjang tempoh enam bulan sebelum temasya berlangsung. Sepanjang jelajah itu, TM Team Malaysia disertai oleh kira-kira 108,000 orang pelajar dalam pelbagai aktiviti. Antaranya ialah “Pertandingan Cabaran Azizul” yang mana ia mencabar para peserta untuk mengalahkan rekod peribadi pemegang pingat gangsa Olimpik Azizul Hasni dan acara ini terbukti begitu popular sehingga ia menjadi tular.

Sepanjang temasya berlangsung, seramai kira-kira 1,000 orang penyokong terlatih yang cukup bersemangat boleh dilihat dan didengar disetiap acara, bersorak untuk atlet kita supaya mereka dapat memberikan persembahan yang terbaik.

Pada masa akan datang, TM Team Malaysia akan terus berevolusi dan berkembang. Pada tahun 2018, ia dijangka berkembang melangkaui bidang sukan, untuk menyokong inisiatif tanggungjawab sosial secara amnya dan untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat. Matlamat utamanya adalah untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam usaha ke arah menjadi negara yang hebat yang kita semua boleh banggakan.

Pasukan Sorak Team Malaysia TM TM Team Malaysia telah hadir di semua acara sukan utama yang melibatkan atlet negara kita sejak tahun 2011:

Larian Penyokong TM Team MalaysiaLarian Penyokong TM Team Malaysia dianjurkan setiap tahun dengan mengumpulkan rakyat Malaysia bagi menunjukkan sokongan mereka buat atlet negara yang bertanding di acara sukan utama tertentu. Setiap larian telah membawa lebih daripada 10,000 orang penyokong dari seluruh pelusuk negara.

Anugerah Sukan Negara (ASN)TM adalah penaja penyampaian ASN - sebuah platform tertinggi untuk mengiktiraf atlet-atlet Malaysia - sejak tahun 2012. Pada tahun 2013, kami memperkenalkan Anugerah TM Team Malaysia (dikenali sebagai “ Anugerah Pilihan Rakyat “) untuk membolehkan rakyat Malaysia memilih atlet kegemaran mereka, berdasarkan undian di laman web TM Team Malaysia. Pemenang-pemenang anugerah ini sejak tahun pengenalannya ialah:

2013 Sazali Samad, Angkat Berat2014 Syakilla Salni, Karate2015 Goh Jin Wei, Badminton2016 Azizul Hasni, Basikal Trek

Perjalanan Team Malaysia TM

TM Team Malaysia

Page 18: Detik-Detik Penting - tm.com.my · Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan ... Kami sentiasa memantau