laporan bsmm

7

Click here to load reader

Upload: mohd-syamsul-mohd-syamsul

Post on 04-Dec-2015

265 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

laporan mingguan

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN BSMM

LAPORAN KURSUS BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, IPG KAMPUS KENINGAU DENGAN KERJASAMA UNIT KO KOKURIKULUM

TEMPAT : BSMM CAWANGAN KOTA KINABALU

TARIKH : 12-14 OKTOBER 2015

Pada hari Isnin yang lalu, unit BSMM dengan kerjasama unit ko-kurikum IPG Kampus

Keningau telah mengadakan kursus kejurulatihan bagi pelajar PISMP Pengajian Agama

semester 4 bagi melengkapi keperluan proforma bagi semester ini.

Seramai 16 orang guru pelatih yang terdiri daripada pelajar PISMP Pengajian Agama

dan 4 orang pensyarah turut menyertai kursus ini bagi mendapat sijil kejurulatihan sebagai

pegawai BSMM. Manakala, 2 orang pensyarah pengiring kami hanya menjadi pengiring dan

pemantau kerana mereka telah pun mempunyai sijil asas kejurulatihan.

Tujuan kursus ini dijalankan adalah bagi memberi sedikit pengalaman, gambaran dan

ilmu kepada para peserta tentang selok belok undang- undang asas BSMM, penjagaan

kesihatan serta pertolongan cemas.

Kursus ini telah berjalan selama 3 hari 2 malam yang mana didalamnya dimuatkan

pelbagai pengisian yang berbentuk teori, amali dan praktikal tentang ilmu-ilmu asas yang perlu

diketahui dan difahami sebagai seorang ahli BSMM.

Pada hari pertama iaitu sekitar jam 8.00 hingga 10.00 malam kami telah diberikan input

maklumat berkenaan sejarah BSMM dunia dan Malaysia serta undang-undang asas

kemanusiaan oleh Mr. Chin yang merupakan jurulatih yang dikhaskan untuk memberikan

maklumat sepanjang kursus ini berjalan.

Page 2: LAPORAN BSMM

Pengisian yang diberikan adalah berkenaan dengan pengasas pertama Palang Merah,

prinsip-prinsip asas BSMM, Perjanjian Geneva 1 hingga 4, Protokol tambahan 1,2 dan 3 dan

sebagainya.

Teknik yang telah digunakan oleh penceramah bukan hanya sekadar ‘chalk and talk’

semata-mata tetapi beliau memberikan sedikit gambaran mahupun maklumat yang bakal keluar

di dalam perperiksaan yang bakal kami jawab nanti.

Pada hari kedua pula, kursus diteruskan dengan slot kesihatan. Pada ketika ini, fokus

peserta sangat baik kerana ianya berkaitan dengan amalan penjagaan kebersihan dan

kesihatan. Tambahan pula, tips-tips untuk menjaga kesihatan telah banyak dikongsi oleh

penceramah bagi memastikan kesihatan terjaga.

Tambahan pula, slot pada kali ini banyak mendedahkan maklumat tentang nutrisi- nutrisi

yang terkandung dalam makanan yang perlu diambil banyak dan dikurangkan dalam sesuatu

hidangan makanan.

Saranan penyeramah adalah mengambil makanan yang banyak pada waktu pagi

kerana ianya membekalkan sumber tenaga dan oksigen disamping 70% zat makanan tersebut

akan diproses didalam badan bagi mengelakkan pertumbuhan lemak tepu di dalam badan.

Manakala, pada jam 2 hingga 4 petang pula, kami telah menduduki 2 kertas

peperiksaan yang berbeza mengenai undang-undang asas kemanusiaan dan pendidikan

kesihatan.

Selepas selesai menduduki peperiksaan, tepat jam 4 hingga 5.30 petang kami telah

mengikuti slot yang ketiga iaitu slot pertolongan cemas. Di dalam slot ini, kami telah

didedahkan tentang objektif utama pertolongan cemas yang merangkumi 3 aspek iaitu untuk

Page 3: LAPORAN BSMM

menyelamatkan nyawa manusia, kedua mengurangkan kecederaan dan ketiga mengelakan

infeksi yang boleh melambatkan proses penyembuhan.

Disamping itu juga, di dalam slot ini juga, kami didedahkan tentang rangka-rangak yang

terdapat dalam badan manusia disamping proses-proses yang terlibat dalam pernafasan.

Memandangkan CPR merupakan perkara penting yang wajib diketahui oleh kami, maka kami

telah dimaklumkan tentang proses-proses yang perlu diikuti bagi memberikan CPR kepada

mangsa apabila berlaku sebarang kecemasan.

Antara tips-tips yang dikongsi adalah berkaitan dengan DRCBA dan DRABC serta

SAMPLE yang perlu dikuti kronologinya apabil berhadapan dengan mangsa. DHABC

membawa maksud pertama sekali, kita hendaklah memastikan kawasan sekeliling selamat.

Seterusnya, memeriksa mangsa untuk mendapatan respon, jika tiada respon minta tolong

dengan orang sekeliling untuk menghubungi Ambulans dan membawa alat AED. Setelah itu,

lakukan hebusan 2 kali kepada mangsa dewasa melalui mulut kemudian lakukan CPR dengan

menekan bahagian tulang stenum mangsa sebanyak 30 tekanan sebanyak 5 kali. Akhir sekali,

cek nadi mangsa dan pernafasannya bagi mengetahui kesan CPR tersebut dan jika mangsa

bernafas dan mempunyai nadi sila ubahkan kedudukan mangsa agar mangsa dapat bernafas

dengan baik dan selesa. Jika sebaliknya, teruskan melakukan CPR sehingga ambulans sampai

ketempat kejadian.

Pada hari terakhir, kami telah menduduki peperiksaan amali berkenaan pertolongan

cemas. Peperiksaan amali tersebut telah dijalankan pada jam 10.30 pagi sehingga 12.30

tengah hari. Amali pada kali ini telah dikendalikan oleh En. Bee yang merupakan petugas yang

dikhaskan untuk menilai amali tentang CPR dalam pertolongan cemas.

Bagi amali kali ini, setiap peserta hendaklah melakonkan aktiviti CPR secara individu.

Didalam peperiksaan ini, kami dikehendaki untuk menjawab soalan lisan berkenaan dengan

CPR dan kronologi-kronologi yang harus dilakukan apabila berdepan dengan mangsa yang

memerlukan pertolongan.

Page 4: LAPORAN BSMM

Akhir sekali adalah majlis perasmian penutupan kurusus kejurulatihan yang telah

dirasmikan oleh Pengerusi BSMM cawangan sabah iaitu Tuan Hj Abd Kadir. Turut hadir dalam

perasmian tersebut adalah pengarah BSMM cawangan sabah iaitu En Philip Lay.

Page 5: LAPORAN BSMM

REFLEKSI KURSUS KEJURULATIHAN BSMM IPG KAMPUS KENINGAU DI BSMM

CAWANGAN KOTA KINABALU

Dalam kursus ini, pelbagai kelebihan dan kebaikan yang kami perolehi sepanjang

berlangsungnya kursus ini.

Kekuatan

Dalam memastikan keberkesanan kurusus ini dijalankan, terdapat pelbagai ilmu yang kami

perolehi. Antaranya ialah ilmu tentang undang-undang asas kemanusiaan, prinsip-prinsip serta

pertolongan cemas CPR yang mempunyai kronologi yang perlu diikuti sebagai landasan bagi

menyelematkan nyawa seseorang.

Disamping ilmu berkaitan teori, kami juga didedahkan dengan ilmu secara praktikal

seperti CPR yang memerlukan perlakuan secara terus dan nyata agar memberi gambaran

kepada kami situasi sebenar apabila berlaku sebarang kecemasan.

Kelemahan

Kelemahan yang dapat kami kesan sepanjang kursus ini berjalan ialah berkaitan dengan

pengurusan masa. Apa yang kami dapat perhatikan ialah peruntukan masa yang tidak

mencukupi semasa taklimat dan peperiksaan. Keadaan sedemikian telah menyebabkan para

peserta terpaksa bergegas untuk menjalani program yang telah dirancang.

Disamping itu juga, input tentang pertolongan cemas yang telah disampaikan tidak

meliputi skop yang perlu kami ketahui. Oleh hal yang demikian ianya telah menyebabkan

pemeriksa ataupun penjaga yang menjaga kami bagi peperiksaan pertolongan cemas terpaksa

memberikan input yang belum lagi disampaikan.

Penambahbaikan

Segala kelemahan yang timbul perlu kepada penambaikan. Oleh hal yang demikian, masalah

tentang pengurusan masa perlu diurus dengan sebaiknya.Oleh itu, diharapkan pihak pengelola

bertanggungjawab bagi pengurusan masa bagi peserta kursus agar tiada masa yang terbuang.