laporan blog

4
1 KPT 6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web Pensyarah: PM Dato’ Dr. Abd Latif Hj Gapor Tugasan 2: Laporan Penyediaan Blog huiting6315.wordpress.com Nama : ONG HEA KIN No. Matrik : M20121000789

Upload: ongheakin

Post on 19-Jul-2015

116 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan blog

1

KPT 6044

Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

Pensyarah: PM Dato’ Dr. Abd Latif Hj Gapor

Tugasan 2: Laporan Penyediaan Blog

huiting6315.wordpress.com

Nama : ONG HEA KIN

No. Matrik : M20121000789

Page 2: Laporan blog

2

LAPORAN PENYEDIAAN BLOG

huiting6315.wordpress.com

Blog saya ini disediakan dengan wordpress.com. Mula-mula saya mendaftar di

laman web wordpress.com, seterusnya memilih theme yang saya hendaki dan mula

mereka blog saya.

Dalam blog ini, saya menyediakan bahan berkaitan dengan pemulihan khas. Saya

seorang guru pemulihan khas yang bertugas di SJK (C) Eng Ling, Lumut, Perak mulai

tahun 2007. Oleh hal demikian, blog ini berkongsi maklumat berkaitan dengan pemulihan

khas.

Blog ini terbahagi kepada enam bahagian (page) iaitu Home, About, Bahan

Pembelajaran, Fun, KPT 6044 dan Pautan. Bawah setiap page ini calendar yang bertajuk

Happy Day (Gembira menyambut kedatangan setiap hari). Berikut adalah isi kandungan

untuk setiap bahagian.

a) Home

Page ini akan menunjukkan post-post yang telah upload disusun mengikut

mana yang terkini di atas dan yang lama ditolak ke bawah. Sesiapa sahaja yang

memasuki blog ini dapat mengikut post yang terkini.

b) About

Page ini pula ada profile dan gambar saya. Dalam page ini ada sub item yang

bertajuk Me. Me ada video promosi yang memperkenalkan blog ini.

c) Bahan Pembelajaran

Bahan pembelajaran mengandungi power point dan latihan untuk kegunaan

pengajaran dan pembelajaran guru pemulihan khas. Dua kemahiran iaitu

Page 3: Laporan blog

3

kemahiran kv+kv dan kemahiran kv+kvk dalam bentuk power point dan

latihan dalam word telah upload dalam bahagian ini.

d) Fun

Page ini terdapat bahan-bahan yang menyeronokkan seperti origami dan lagu.

Origami yang melipat cendawan dan bunga matahari dengan kertas dan juga

melipat Love dengan ringgit Malaysia. Lagu-lagu yang menarik juga boleh dapat

di sini.

e) KPT 6044

Bahagian ini terdapat tugasan-tugasan yang telah disediakan untuk kursus

Pembejalaran Berasaskan Elektronik dan Web. Tugasan 1 merupakan tugasan

analisis jurnal e-pembelajaran di mana jurnal diambil dari TORJET. Tajuk jurnal

yang dipilih ialah Penggunaan Teknologi Di Kalangan Guru Sains Cemerlang.

Tugasan ketiga merupakan satu kajian tinjauan yang telah dijalankan oleh saya.

Tajuk kajian ialah Penggunaan Facebook Dalam Kalangan Murid Tahun 6.

Dapatan kajian ini menunjukkan 50% murid tahun 6 menggunakan Facebook

tiap-tiap hari. Tugasan 4 merupakan satu ringkasan tentang pembacaan teks yang

berkaitan dengan ‘audio’.

f) Pautan

Terdapat dua pautan yang dimasukkan. Satu laman web yang berkaitan

dengan clipart dan gambar untuk membantu guru mendapat gambar-gambar yang

sesuai untuk membuat alat bantu mengajar. Selain itu, satu blog yang lengkap

dengan bahan pemulihan khas bernama ‘sinar tunas harapan’ telah dikongsi

bersama-sama.

Blog ini merupakan hasil titik saya dan berharap dengan adanya blog ini

dapatlah saya berkongsi bahan dan idea bersama guru-guru dan orang ramai.

Page 4: Laporan blog

4