laporan angkat sumpah seki

7
LAPORAN MAJLIS ANGKAT SUMPAH SEKRETARIAT MPP UNIMAS 2013/2014 TARIKH: 3 MAC 2014 MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIMAS SESI 2013/2014 LAPORAN SETIAUSAHA AGONG “ Pemimpin Minda Kelas Pertama Pencetus Generasi Profesional” ANJURAN : MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIMAS SESI 2013/2014 TARIKH : 3 MAC 2014 TEMPAT : Dewan Seminar & Bilik Sendikit 4, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) LAPORAN DISEDIAKAN OLEH : (Setiausaha Agong) Tandatangan :…………………………………… Nama : Sitti Sahimah Binti Mohamad Aslam Cop : Tarikh : 30 Mac 2014 LAPORAN DISEMAK OLEH : (Yang Di-Pertua) Tandatangan :……………………………… Nama : Mohamad Zulhilmy B. Abd Manan Cop : Tarikh : Laporan disahkan oleh :- PENGESAHAN PENOLONG PENDAFTAR PUSAT KHIDMAT PELAJAR

Upload: khairul-anwar-junus

Post on 17-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

LAPORAN MAJLIS ANGKAT SUMPAH SEKRETARIAT MPP UNIMAS 2013/2014TARIKH: 3 MAC 2014

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIMAS SESI 2013/2014

LAPORAN SETIAUSAHA AGONG

Pemimpin Minda Kelas Pertama Pencetus Generasi Profesional

ANJURAN : MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIMAS SESI 2013/2014TARIKH

: 3 MAC 2014TEMPAT : Dewan Seminar & Bilik Sendikit 4, Pusat Islam Tun

Abang Salahuddin (PITAS)LAPORAN DISEDIAKAN OLEH :(Setiausaha Agong)

Tandatangan :Nama : Sitti Sahimah Binti Mohamad AslamCop : Tarikh : 30 Mac 2014

LAPORAN DISEMAK OLEH :

(Yang Di-Pertua)

Tandatangan :Nama : Mohamad Zulhilmy B. Abd

MananCop :

Tarikh :

PENGESAHAN PENOLONG PENDAFTAR PUSAT KHIDMAT PELAJAR

Laporan disahkan oleh :-

Tandatangan & Cop

Penolong Pendaftar

Pusat Khidmat PelajarTarikh : ..

1) MAKLUMAT UMUM AKTIVITI/PROGRAMSinopsis Aktiviti / Program

Majlis Angkat Sumpah Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2013/2014 merupakan satu majis yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan UNIMAS untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mahasiswa yang telah berjaya terpilih menjadi sekretariat MPP UNIMAS. Majlis tersebut diadakan sebagai permulaan khidmat para sekretariat dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Majlis tersebut juga diadakan sebagai medium perkenalan antara para sekretariat agar kerjasama dan perpaduan dapat dilahirkan.

Objektif

Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada barisan sekretariat diatas kejayaan menjadi sekretariat MPP UNIMAS sesi 2013/2014. Menjadi titik permulaan khidmat para sekretariat sesi 2013/2014 menjalankan tanggungjawab dan tugasan yang diberikan berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan Menjalinkan hubungan baik Antara sekretariat MPP UNIMAS dengan barisan MPP UNIMAS.

Bilangan dan kategori penyertaan pelajar UNIMAS/ orang luar

Bilangan dan kategori penglibatan sekretariat dapat dicapai sebanyak 100%.

AJK PelaksanaRujuk lampiran 1

Jemputan Timbalan Naib Canclor HEPA Ybhg. Prof. Mohd Fadzil Abd Rahman. Ketua Penyelaras Kokurikulum En.Zamhari Ketua Penolong Pendaftar En. Azlan Ramli YDP Muhamad Zulhimy Bin Abd Manan

AnjuranMajlis perwakilan pelajar UNIMAS Sesi 2013/2014

Laporan Pelaksanaan Program Majlis Angkat Sumpah Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar Unimas Sesi 2013/20143 Mac 2014Pada 3 Mac 2014 yang lepas, pihak Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS 2013/2014 telah menganjurkan program Majlis Angkat Sumpah Sekretariat MPP UNIMAS Sesi 2013/2014. Program ini telah diadakan di Dewan Seminar dan Bilik Sendikit 4, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin dengan dihadiri oleh seramai 100 orang sekretariat MPP UNIMAS 2012/2013. Turut hadir ialah Yang Berbahagia Prof Mohd Fadzil Bin Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Univeristi Malaysia Sarawak. Seramai 100 orang sekretariat MPP UNIMAS 2013/2014 yang hadir terdiri daripada secretariat secretariat Naib Yang Di-Pertua, Sekretariat Setiausaha Agong, Exco Kebajikan, Exco Kesenian dan Kebudayaan, Exco Protokol, Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Exco Publisiti, Informasi dan Multimedia, Exco Pengangkutan dan Komunikasi, Exco Kerohanian dan Modal Insan, Exco Sukan, Rekreasi dan Kesihatan, Exco Keusahawanan, Inovasi dan Kerjaya, Exco Akademik dan Pascasiswazah serta Exco Keselamatan dan Kemudahan.

Majlis Angkat Sumpah Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2013/2014 merupakan satu majis yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan UNIMAS untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mahasiswa yang telah berjaya terpilih menjadi sekretariat MPP UNIMAS. Majlis tersebut diadakan sebagai permulaan khidmat para sekretariat dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Majlis tersebut juga diadakan sebagai medium perkenalan antara para sekretariat agar kerjasama dan perpaduan dapat dilahirkan. Disamping dapat menjalinkan hubungan baik antara sekretariat MPP UNIMAS dengan barisan MPP UNIMAS.

Program Majlis Angkat Sumpah Sekretariat MPP UNIMAS ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mahasiswa yang telah Berjaya terpilih menjadi sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS 2013/2014. Selain itu program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk bekerjasama dengan lebih erat bersama MPP UNIMAS sama ada dalam bidang tugas MPP mahupun program yang dianjurkan oleh pihak MPP sendiri. Hal ini seterusnya dapat memastikan kelancaran dalam pengurusan organisasi Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS sesi 2013/2014 disamping melahirkan generasi mahasiswa yang professional selaras dengan moto Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS 2013/2014 iaitu Pemimpin Minda Kelas Pertama Pencetus Generasi ProfesionalPencapaian / Kejayaan Program ini telah mencapai matlamat yang diimpikan dari segi kemahiran insaniah critical thinking dan pencapaian yang memuaskan dari setiap ahli kumpulan. Ahli siswa kembara juga memberi sepenuh perhatian terhadap program ini1) Kemahiran Insaniah Kemahiran berkomunikasi dengan sesama ahli dalam kalangan secretariat dan barisan MPP Kemahiran menyelesaikan masalah

2) pencapaian-pencapaian lain yang diperoleh oleh peserta, AJK dan unit-unit. Setiap AJk pelaksana memainkan peranan masing-masing.

Tugas yang diberikan dilakukan dengan baik

Kelemahan / Masalah

Kelemahahan yang terdapat dalam program ini adalah: Pada hari kejadian beberapa orang secretariat yang ada kelas semasa hari kejadian.

Kekurangan peralatan untuk melaksanakan program tersebut

Tentatif program bertukar disebabkan waktu berubah

Masa terlalu singkat untuk menjalani aktiviti. Penetapan tentatif program yang bermula tidak sesuai dijalankan iaitu sama waktu dengan waktu solat asar.

Berlakunya kesilapan dalam majlis angkat sumpah di mana seharusnya secretariat mengangkat sumpah dahulu barulah penyampaian watikah pelantikan. Keadaan ruang jamuan yang agak sedikit keci dan terhad di mana tidak dapat menampung keseluruhan secretariat dan MPP.

Tetamu jemputan yang tidak hadir pada mulanya, telah hadir di saat-saat akhir. Tidak mencukupi kakitangan dalam menyusun meja dan kerusi dalam bilik jamuan.

Kekurangan kerusi dalam bilik jamuan

Tidak ada briefing mengenai pelaksanaan dan pergerakan majlis diperingkat awal.

Dry rehearsel lambat dilaksanakan.

Cadangan PenyelesaianCadangan Penyelesaian masalah

Menggunakan peralatan yang sedia ada dan mengubah sedikit corak majlis Mengubah jadual majlis dengan teratur

Menggunakan masa dengan secukupnya

Membuat dry rehearsel terlebih awal

Memberikan briefing terlebih awal dan memastikan setiap ajk mengetahui tugas mereka masing-masing

Membuat persedian awal sbelum majlis berlangsung

Mengenalpasti tetamu jemputan yang sepatutnya hadir dan terus membuat keputusan sama ada mereka dapat hadir ataupun tidak.

Komen dari AJK/Peserta/Penduduk sekitar tentang program Komen Pengarah Program Program ini dapat dijalankan dengan baik Cuma berlaku sedikit masalah seperti kelam-kabut dan tergesa-gesa akibat daripada program yang dijalankan tidak mengikuti tentatif sebenar. Namun, program ini mendapat sambutan yang baik daripada secretariat-sekretariat MPP. Mohon kepada AJK yang terlibat, sila rujuk setiap pergerakan mahupun cadangan yang berkaitan kepada pihak yang sepatutnya mereka laporkan.

2) LAPORAN KEWANGAN

Berikut adalah penjelasan bagi segala pendapatan dan perbelanjaan program.Pendapatan Program

PERKARAJUMLAH

1.Vote Kegiatan Pelajar Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS

RM 375

Perbelanjaan Program

BILPERKARAHARGA (SEUNIT)JUMLAH (RM)

1.Jamuan Makanan:

Minum petang (VIP)

Minum petang RM 5 X 15 orang

RM 3 X 100 orangRM75RM300

JUMLAHRM375

Lampiran 1

AJK PELAKSANALAMPIRAN 2PAGE