amali matahari terbit

Upload: matangpaku

Post on 14-Apr-2018

344 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    1/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Tajuk

    Matahari terbit

    Objektif

    Mengkaji kedudukan matahari terbit dari pandangan di permukaan bumi.

    Pengenalan

    Matahari adalah bintang biasa, seperti yang kita boleh lihat pada waktu

    malam, dan semua benda yang hidup di muka bumi ini memerlukan matahari. Tanpa

    tenaga haba dan cahaya dari matahari, kehidupan tidak akan wujud. Walaupun kita

    mendapat sumber dari dalam tanah yang boleh digunakan untuk tujuan

    mendapatkan tenaga haba dan cahaya, seperti arang batu, minyak dan gas, yang

    merupakan sisa tumbuhan dan haiwan yang besar dalam berjuta-juta tahun dahulu

    tetapi ia tidak sama dengan haba dan cahaya yang dihasilkan oleh matahari. Tidak

    hairanlah apabila orang pada zaman dahulu menganggap matahari sebagai tuhan

    mereka dan menyembahnya.

    Matahari juga boleh dikatakan sebagai satu bola gergasi yang mempunyai

    gas yang panas, iaitu terletak sejauh 150 juta kilometer dari bumi. Cahaya mataharimengeluarkan sinar-X dan sinar ultraviolet yang membahayakan kehidupan.

    Matahari mempunyai jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang

    terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak

    balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta

    tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu.

    Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari

    yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37kilowatt semeter persegi setiap saat. Ia juga merupakan bintang terdekat dengan

    Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan

    lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter

    1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 C dan suhu teras 15 juta C.

    Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari

    memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh

    mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.

    Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Gashttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hidrogenhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Heliumhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Airhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Meterhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bintanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kilometerhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Suriahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bintanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cahayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cahayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bintanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Suriahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kilometerhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bintanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Meterhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Airhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Heliumhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hidrogenhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gas
  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    2/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga

    100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang

    komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan

    satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan

    gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria

    yang merebak ke seluruh Sistem Suria.

    Untuk mengukur kedudukan matahari terbit boleh digunakan pengiraan

    trigonometri. Pengiraan ini akan mendapat kedudukan yang tepat di permukaan

    bumi. Kompas juga boleh digunakan. Walaubagaimanapun, ia hanya menentukan

    arah mata angin . Pengukurannya berdasarkan medan magnet bumi. Untuk

    menentukan pengiraan kedudukan matahari, arah utara diperlukan untuk mengira

    sudut. Hal ini kerana semasa menentukan kedudukan matahari kita perlu

    mengetahui kedudukan tempat kajian secara tepat iaitu garisan bujur dan garisan

    lintang. Dengan menggunakan alat elektronik kita boleh menentukan kedudukan

    matahari berdasarkan altitude dan azimuth. Altitude atau ketinggian dimaksudkan

    berdasarkan konteks di mana ia digunakan (penerbangan, geometri, kajian geografi,

    sukan, dan banyak lagi). Sebagai definisi umum, ketinggian adalah ukuran jarak,

    biasanya di "up" arah menegak atau, antara datum rujukan dan titik atau objek.Datum rujukan juga sering berbeza-beza mengikut konteks. Walaupun altitude

    adalah istilah yang biasanya digunakan untuk bermaksud ketinggian di atas paras

    laut lokasi, dalam geografi ketinggian istilah yang sering disukai oleh para pengkaji

    untuk kegunaan ini.

    Penggiraan altitud untuk ketinggian gunung

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Marakan_matahari&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Radiohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Televisyenhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Radarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Satelithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Stesen_angkasahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Gelombang_radio&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Angin_suriahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Suriahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Suriahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Angin_suriahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Gelombang_radio&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Stesen_angkasahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Satelithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Radarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Televisyenhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Radiohttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Marakan_matahari&action=edit&redlink=1
  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    3/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Azimut pula bermaksud "cara, bahagian, atau suku" adalah ukuran sudut

    dalam sistem koordinat sfera. Vektor dari pemerhati ke titik kepentingan dijangka

    serenjang pada satah rujukan; sudut antara vektor diunjurkan dan vektor rujukan di

    dalam pesawat rujukan dipanggil azimut. Satu contoh ialah kedudukan bintang di

    langit. Bintang adalah titik kepentingan, pesawat rujukan adalah mendatar atau

    permukaan laut, dan vektor rujukan menunjukkan utara. Azimuth adalah sudut

    antara vektor utara dan unjuran serenjang bagi bintang yang turun ke kaki langit.

    Azimuth biasanya diukur dalam darjah (). Konsep ini digunakan dalam pelayaran,

    astronomi, kejuruteraan, pemetaan, perlombongan dan meriam.

    Penggiraan azimuth

    Dalam menentukan kedudukan matahari secara manual, kita perlu terlebih

    dahulu menentukan arah mata angin benar iaitu utara benar di permukaan bumi dan

    seterusnya menggunakan kompas dan penggiraan trogonometri untuk menentukan

    altitude dan azimuth kedudukan matahari. Utara Benar merujuk kepada Utara Benar,

    utara ini adalah Utara Kutub. Utara benar yang kita gunakan dalam geografi ini

    adalah mengarah ke kutub utara bumi, iaitu latitutt 90 darjah Utara, ini adalah utara

    Geografi. Semua garis bujur di atas glob dan peta atlas menuju ke kutub utara bumi.

    Setelah menentukan arah utara, kedudukan matahari ditentukan berdasarkan

    penggiraan altitude dan azimuth. Altitude dan azimuth digunakan untuk menentukan

    posisi matahari di garisan horizon mengikut arah jam yang berlaku secara setempat

    iaitu di kawasan sekitar pengkaji sahaja. Setelah mendapat Utara benar sudut

    antara utara benar dan garis horizon dicari dengan menggunakan kompas. Sudut

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    4/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    antara utara benar dan garis horizon adalah azimuth manakala penggiraan

    trigonometri digunakan untuk menentukan altitud. Nilai azimuth matahari akan

    berubah dari masa ke semasa bergantung kedudukan bumi berdasarkan

    putarannya. Bumi berputar pada paksinya mengikut lawan jam dari barat ke timur.

    Bahan dan Radas

    Kompas, protaktor, pembaris, alat tulis, kertas, kamera digital.

    Langkah-langkah

    1) Lokasi yang sesuai dan kawasan lapang dipilih.

    2) Pemerhatian dibuat tiap-tiap hari selama 2 minggu.3) Gambar matahari terbit diambil setiap hari.

    4) Lakaran pemandangan dibuat.

    5) Lakaran pergerakan matahari, azimuth dan altitude dan masa direkodkan.

    6) Data dianalisis dan ditafsirkan.

    Keputusan

    Masa 7.45 pagiTempoh masa pemerhatian 5 10 minit

    Tarikh

    Lokasi Sk. Permatang Paku, Kedah

    Apa yang diperhatikan 1) Kedudukan matahari terbit

    2) Bacaan sudut altitud matahari

    3) Bacaan sudut azimuth matahari

    Cara data dipersembahkan 1) Data dikumpulkan melalui pengambilan

    gambar dengan menggunakan kamera digital

    sebagai bukti pemerhatian.

    2) Altitud dan azimuth matahari terbit : data

    dikumpulkan dengan pengiraan sudut altitud

    dan azimuth dengan menggunakan kompas

    dan lakaran pergerakan matahari.

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    5/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    PEMPROSESAN DATA:

    Keputusan 1 : Azimut, altitud, cuaca dan masa Matahari terbit.

    Tarikh: 26 Ogos 2013 8 September 2013

    Masa: 7.15-7.30 pagi

    Lokasi: Tingkat atas bangunan Pejabat Sk Matang Paku

    Jadual 1 : Kedudukan dan Masa Matahari Terbit.

    TARIKH HARI CUACA MATAHARI

    TERBIT

    AZIMUT ALTITUDE

    26-Ogos-2013 Isnin CERAH 07 : 22 102O

    01 +06O

    3227-Ogos-2013 Selasa CERAH 07 : 22 101O40 +06O34

    28-Ogos-2013 Rabu CERAH 07 : 22 101 18 +06 38

    29-Ogos-2013 Khamis CERAH 07 : 21 100 55 +06 37

    30-Ogos-2013 Jumaat CERAH 07 : 21 100 34 +06 32

    31-Ogos-2013 Sabtu CERAH 07 : 21 100 12 +06 36

    01-Sep t-2013 Ahad CERAH 07 : 21 099O50 +06O38

    02-Sept-2013 Isnin CERAH 07 : 21 099O

    28 +06O

    4203-Sept-2013 Selasa CERAH 07 : 20 099

    O04 +06

    O33

    04-Sept-2013 Rabu CERAH 07 : 20 098O42 +06O36

    05-Sept-2013 Khamis CERAH 07 : 20 098 19 +06 39

    06-Sept-2013 Jumaat CERAH 07 : 20 097 57 +06 46

    07-Sept-2013 Sabtu CERAH 07 : 20 097 34 +06 48

    08-Sept-2013 Ahad CERAH 07 : 19 097O10 +06O38

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    6/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Keputusan 2

    Tarikh: 26 Ogos 2013 08 Sept 2013

    Masa: 7.20-7.30 pagi

    Lokasi: Tingkat atas bangunan akademik blok A Sk Matang Paku

    Tarikh: 26 Ogos 2013 Gambar

    Masa terbit: 07.22 pagi

    Altitud: +06O32

    Alzimuth: 102 01

    Tarikh: 27 Ogos 2013 Gambar

    Masa terbit: 07.22 pagi

    Altitud: +06O34

    Alzimuth: 101O40

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    7/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Tarikh: 28 Ogos 2013 Gambar

    Masa terbit: 07.22 pagi

    Altitud: +06O

    38

    Alzimuth: 101O18

    Tarikh: 29 Ogos 2013 Gambar

    Masa terbit: 07.21 pagi

    Altitud: +06O27

    Alzimuth: 100 55

    Tarikh: 30 Ogos 2013 Gambar

    Masa terbit: 07.21 pagi

    Altitud: +06 32

    Alzimuth: 100O34

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    8/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Tarikh: 31 Ogos 2013 Gambar

    Masa terbit: 07.21 pagi

    Altitud: +06O

    36

    Alzimuth: 100O12

    Tarikh: 01 Sept 2013 Gambar

    Masa terbit: 07.21pagi

    Altitud: +06 38

    Alzimuth: 099O50

    Tarikh: 02 Sept 2013 Gambar

    Masa terbit: 07.21 pagi

    Altitud: +06 42

    Alzimuth: 099 28

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    9/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Tarikh: 03 Sept 2013 Gambar

    Masa terbit: 07.20 pagi

    Altitud: +06O

    33

    Alzimuth: 099O04

    Tarikh: 04 Sept 2013 Gambar

    Masa terbit: 07.20 pagi

    Altitud: +06O36

    Alzimuth: 098 42

    Tarikh: 05 Sept 2013 Gambar

    Masa terbit: 07.20 pagi

    Altitud: +06 39

    Alzimuth: 098

    O

    19

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    10/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Tarikh: 06 Sept 2013 Gambar

    Masa terbit: 07.20pagi

    Altitud: +06O

    46

    Alzimuth: 097O57

    Tarikh: 07 Sept 2013 Gambar

    Masa terbit: 07.20pagi

    Altitud: +06 48

    Alzimuth: 097O34

    Tarikh: 8 Sept 2013 Gambar

    Masa terbit: 07.19 pagi

    Altitud: +06 38

    Alzimuth: 097 10

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    11/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Keputusan 3 : Lakaran Matahari terbit sepanjang 2 minggu.

    Tarikh: MATAHARI

    TERBIT

    Gambar: Lakaran:

    26-8-2013 07 : 22

    27-8-2013 07 : 22

    28-8-2013 07 : 22

    29-8-2013 07 : 21

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    12/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    30-8-2012 07 : 21

    31-8-2013 07 : 21

    01-9-2013 07 : 21

    02-9-2013 07 : 21

    03-9-2013 07 : 20

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    13/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    04-9-2013 07 : 20

    05-9-2013 07 : 20

    06-9-2013 07 : 20

    07-9-2013 07 : 20

    08-9-2013 07 : 19

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    14/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Graf Keputusan Pemerhatian Azimut dan Altitud Matahari Terbit

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    120

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

    Azimut

    Altitude

    Bilangan

    Hari

    Azimut , Altitude

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    15/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Perbincangan

    Kedudukan sesuatu objek seperti Matahari ditakrifkan oleh dua koordinat iaituazimut dan altitud. Kedua-dua ini diukur dalam darjah. Azimut berasal daripada

    perkataan Arab As-samt yang bermaksud arah. Azimut merupakan sudut mendatar

    dan diukur mengikut arah jam dari titik Utara. 0o darjah sepadan dengan utara, dan

    meningkat mengikut arah jam iaitu 90 darjah timur, 180 darjah selatan dan 270

    darjah barat.

    Altitud merupakan ketinggian sesuatu objek dilangit yang diukur dari ufuk

    objek. Darjah altitud 0o bermakna objek tersebut berada betul-betul di ufuk tempatan

    pemerhati dan 90o pula menunjukkan objek tersebut berada tegak. Daripada graf

    altitud melawan hari, saya dapati, altitud Matahari terbit juga, berbeza setiap hari.

    Namun perbezaan ini adalah tidak terlalu besar. Altitud Matahari terbit berada

    berada diantara +06o27 sehingga +06o48. Julat altitud Matahari terbit bagi 2

    minggu tersebut ialah 0o21. Puratanya altitud Matahari terbit selama 14 hari ialah

    +06o37.

    Daripada graf azimut melawan hari, saya dapati koordinat darjah azimut bagi

    Matahari terbit adalah semakin menurun daripada hari pertama hingga ke hari 14.

    Hari pertama bertarikh 26 Ogos 2013 darjah azimut ialah 102o. Diikuti, 101o40 pada

    hari kedua, 101o18 pada hari ketiga, 100o55 hari keempat, 100o34 hari kelima dan

    darjah azimut ini semakin berkurangan sehingga hari ke 14 iaitu 8 september 2013.

    iaitu 097o10. Oleh itu, daripada gambar yang dirakamkan, dapati Matahari terbit

    timbul kekiri sedikit daripada hari sebelumnya. Julat bagi azimut Matahari terbit ialah

    04o91. Secara puratanya darjah azimut selama 14 hari ialah 99o43.

    Begitu juga dengan masa Matahari terbit. Daripada awal permerhatian

    sehinggalah ke hari ke 14, masa Matahari terbit semakin cepat. Masa Matahari terbit

    sepanjang 14 hari adalah tidak tetap. Namun perubahan masa terbit tidaklah terlalu

    banyak. Daripada data yang diambil, bermula 26 Ogos 2013 sehingga 28 Ogos

    2013, masa Matahari terbit ialah pada jam 07.22 pagi. Pada 29 Ogos 2013

    sehingga 2 September 2013, Matahari terbit pada jam 7.21pagi. Seterusnya pada 3

    September 2013 sehingga 7 September 2013 Matahari terbit pada jam 7.20 pagi.

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    16/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Disini boleh disimpulkan bahawa, apabila Matahari terbit semakin cepat maka

    azimut Matahari semakin kurang.

    Azimut kedudukan Matahari terbit berubah sepanjang tahun adalah

    disebabkan kecondongan paksi putaran Bumi dengan satah orbitnya. Kecondongan

    paksi putaran Bumi ialah 23.5o dengan satah di masa semua planet mengelilingi

    Matahari. Akibatnya, di beberapa tempat di Bumi, kutub utara condong ke arah

    Matahari (Matahari utara khatulistiwa) dan di tempat-tempat lain condong menjauhi

    Matahari (Matahari selatan khatulistiwa). Jika Matahari berada di atas khatulistiwa,

    maka ia akan terbit tepat di sebelah timur. Apabila Matahari terletak di utara

    khatulistiwa, maka ia akan meningkat 1 azimut utara dari timur manakala jika

    Matahari terletak di selatan khatulistiwa, maka azimut Matahari terbit akan

    meningkat 1 azimut selatan dari timur. Memandangkan Bumi beredar mengelilingi

    Matahari, maka Matahari akan kelihatan seperti dalam satu kitaran iaitu daripada

    khatulistiwa ke utara khatulistiwa kemudia kembali semula ke khatlistiwa dan

    kemudiannya ke selatan khatulistiwa dan kemudiaannya kembali semua di garisan

    khatulistiwa. Maka, azimut Matahari terbit akan berbah sedikit demi sedikit daripada

    timur ke utara timur dan kembali ke timur dan ke selatan timur dan akan kembali

    terbit semula ke arah timur. Disebabkan itu juga berlakunya perubahan 4 musim diBumi.

    Perubahan azimut adalah tidak seragam. Jika orbit Bumi betul-betul

    berbentuk bulat maka perubahan azimut pasti akan sinusaidal. Ia akan berubah

    dengan perlahan semasa soltis dan pantas semasa ekuinok. Walaubagaimanapun,

    orbit Bumi adalah bukan berbentk bulatan tetapi berbentuk elip dengan perihelion

    berlaku berhampiran soltis musim sejuk pada januari. Oleh itu,perubahan dalam

    kedudukan Matahari terbit tidak akan menjadi sinusoidal tepat dan akan berubahsedikit cepat di sekitar soltis musim sejk berbanding soltis musim panas. Tetapi

    kesan ini sangatlah kecil.

    Koordinat tempatan adalah unik bagi setiap pemerhati. Apabila, Bumi

    berputar di atas paksinya, objek seperti Matahari akan berubah kedudukan di langit

    relatif kepada pemerhati. Ini bermaksud azimut dan altitud sesuatu objek khususnya

    Matahari sentiasa berubah-ubah. Ia bergantung kepada lokasi pemerhati di atas

    muka Bumi, masa pada hari tertentu dan tarikh. Ringkasnya, setiap hari kedudukan

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    17/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    dan masa Matahari terbit adalah berbeza. Perbezaan masa Matahari terbit adalah

    disebabkan pergerakan Matahari di langit juga berubah sepanjang tahun walaupun

    di Khatulistiwa. Ini kerana Bumi beredar mengelilingi Matahari. Oleh itu, waktu

    Matahari terbit akan berubah beberapa minit ke depan dan ke belakang.

    Matahari terbit boleh ditakrifkan sebagai masa apabila pusat Matahari di ufuk

    semasa ia sedang bergerak di atas ufuk. Secara ringkasnya Matahari mula kelihatan

    di ufuk timur. Cahaya Matahari mengambil masa kira-kira 8 minit untuk sampai ke

    Bumi. Warna kemerahan dan keorengan semasa Matahari terbit di langit adalah

    disebabkan serakan cahaya Matahari oleh zarah habuk, jelaga, aerosol pepejal dan

    aerosol cecair yang terdapat dalam atmosfera Bumi. Sepanjang tahun, pergerakan

    Matahari di langit juga berubah walaupun di khatulistiwa. Ini kerana Bumi beredarmengelilingi Matahari. Oleh itu, waktu Matahari terbit akan berubah beberapa minit

    ke depan dan ke belakang.

    Memandangkan Bumi berputar dengan lengkap pada paksinya dalam masa

    24 jam dengan kadar 1000 batu per jam. Tempoh masa yang diambil oleh Bumi

    untuk melengkapkan putaran dipanggil satu hari. Paksi adalah garisan imaginasi

    yang menembusi bahagian tengah sesuatu objek, di mana objek itu berputar. Paksi

    Bumi ialah garisan di antara kutub Utara dan kutub Selatan. Paksi Bumi sedikit

    condong iaitu bersudut 23.5dari paksi menegak. Bumi berputar pada paksinya dari

    arah barat ke timur. Di sekolah rendah kita diajar bahawa Matahari terbit disebelah

    Timur.

    Namun hakikatnya dalam setahun hanya 2 kali sahaja Matahari terbit betul-

    betul di sebelah Timur. Selebihnya Matahari terbit di antara timur laut dan tenggara.

    Di khatulistiwa, kedudukan Matahari terbit setiap hari adalah tambah tolak 23o5 dari

    timur, manakala di Minneapolis yang terletak 45oU garis lintang, kedudukan Matahari

    terbit adalah tambah tolak 35o dari timur. Bagi kawasan artik pula perubahannya di

    antara tambah tolak 90o jumlah yang maksimum. Kita tidak boleh merasai putaran

    Bumi kerana Bumi adalah berkali ganda lebih besar berbanding kita manusia.

    Putaran Bumi pada paksinya menyebabkan kejadian siang dan malam, Matahari

    terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat serta perubahan kedudukan

    dan saiz bayang-bayang.

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    18/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Pada ketika Bumi berputar pada paksinya, ia juga beredar mengelilingi

    Matahari. Bumi beredar mengelilingi Matahari pada orbitnya. Orbit adalah laluan

    yang diikuti oleh planet atau Bulan mengelilingi sesuatu jasad seperti Bumi

    mengorbit Matahari. Bumi beredar mengelilingi Matahari dari barat ke timur. Sama

    seperti lain-lain planet dalam sistem suria. Orbit Bumi berbentuk elips atau bujur.

    Orbit Bumi adalah permukaan mendatar dua dimensi yang dipanggil elips. Ia

    mengambil masa 365 hari untuk Bumi melengkapkan peredarannya mengelilingi

    mathari. Tempoh masa untuk Bumi melengkapkan peredarannya mengelilingi

    Matahari dikenali sebagai satu tahun. Ini bermaksud, Bumi beredar mengelilingi

    Matahari pada kadar kelajuan 67000 batu per jam. Mengikut perkiraan, tahun lompat

    yang mana mempunyai 366 hari berlaku empat tahun sekali. Ini adalah sebab

    mengapa dalam tahun lompat terdapat 29 hari dalam Bulan Februari. Kesan

    daripada peredaran Bumi pada orbitnya mengelilingi Matahari dan putaran Bumi

    pada paksinya mengakibatkan perubahan musim pada negara yang mengalami 4

    musim.

    Pada 28 Mac, sinaran Matahari akan memancar tepat ke arah Khatulistiwa.

    Pada hari ini, waktu siang dan malam adalah sama panjang di mana-mana kawasan

    sahaja dan musim bunga akan bermula di hemisfera utara. Pada 21 Jun, Matahari

    akan berada tegak di Garisan Sartan iaitu satu garisan khayalan sepanjang kira-kira

    sesuku perjalanan dari Khatulistiwa ke Kutub Utara. Pada hari ini, hemisfera utara

    mengalami waktu siang yang paling panjang dan pada hari inilah bermulanya musim

    panas. Dan pada 21 September, Matahari akan berada di garisan Khatulistiwa

    bermula dan musim luruh akan bermula di hemisfera utara. Kira-kira 21 Disember,

    Matahri akan berada tegak di atas Garisan Jadi kira-kira sesuku perjalanan dari

    Khatulistiwa ke Kutub Selatan. Hemisfera utara mengalami waktu siang yang paling

    pendek dan pada hari inilah bermulanya musim sejuk. Di hemisfera selatan, musim-

    musimnya menjadi sebaliknya

    http://imzaroncikgusains.blogspot.com/search/label/Fenomena%20Alam%20-%204%20musimhttp://imzaroncikgusains.blogspot.com/search/label/Fenomena%20Alam%20-%204%20musimhttp://imzaroncikgusains.blogspot.com/search/label/Fenomena%20Alam%20-%204%20musimhttp://imzaroncikgusains.blogspot.com/search/label/Fenomena%20Alam%20-%204%20musim
  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    19/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Implikasi

    Bumi sentiasa berputar. Bumi bergerak dengan dua cara iaitu berputar pada

    paksinya dan beredar mengelilingi matahari. Bumi berputar pada paksinya dari barat

    ke timur (mengikut arah lawan jam). Satu putaran lengkap bumi mengambil masa

    selama 24 jam bersamaan 1 hari. Kita tidak dapat merasai putaran bumi kerana saiz

    bumi yang sangat besar. Sambil berputar pada paksinya, bumi juga beredar

    mengelilingi matahari dalam orbitnya. Orbit bumi berbentuk elips. Bumi mengambil

    masa selama 365 hari atau bersamaan 1 tahun untuk membuat satu peredaran

    yang lengkap mengelilingi matahari. Terdapat juga beberapa implikasi lain apabila

    bumi berputar mengelilingi matahari seperti kejadian pasang surut, siang dan malam

    serta pembiasan angin. Bagi peredaran bumi mengelilingi matahari pula kejadianempat musim akan berlaku, kejadian gerhana matahari dan gerhana bulan dimana

    apabila matahari,bulan dan bumi berada pada satu garis lurus,pengiraan tahun

    lompat dan fasa-fasa pembentukan bentuk bulan.

    Pergerakan bumi mengelilingi matahari

    Bumi berputar pada paksi iaitu satu garis lurus rekaan yang menganjur dari

    kutub utara ke kutub selatan. Paksi condong 23 1/2 darjah pada satah tegak.

    Putaran bumi dari barat ke timur. Menyebabkan matahari kelihatan terbit dari

    sebelah timur dan terbenam di sebelah barat. Satu putaran mengambil masa 24 jam.

    Kita tidak boleh merasai putaran Bumi kerana Bumi adalah berkali ganda lebih besar

    berbanding kita manusia. Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya mengikut arah

    lawan jam. Satu peredaran bumi 365 hari atau setahun.

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    20/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Kesan Putaran bumi

    Terdapat beberapa kesan apabila bumi berputar di atas paksinya seperti

    kejadian siang dan malam iaitu semasa berputar, permukaan bumi yang menghadap

    matahari akan mengalami siang manakala permukaan yang terlindung daripada

    matahari akan mengalamai malam.

    Kesan peredaran bumi

    Pada ketika Bumi berputar pada paksinya, ia juga beredar mengelilingi

    Matahari. Bumi beredar mengelilingi Matahari pada orbitnya. Orbit adalah laluan

    yang diikuti oleh planet atau bulan mengelilingi sesuatu jasad; seperti Bumi

    mengorbit Matahari. Bumi beredar mengelilingi Matahari dari barat ke timur. Samaseperti lain lain planet dalam Sistem Suria. Orbit Bumi berbentuk elips atau bujur.

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    21/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Orbit Bumi adalah permukaan mendatar dua dimensi yang dipanggil elips. Ia

    mengambil masa 365 hari untuk Bumi melengkapkan peredarannya mengelilingi

    Matahari. Tempoh masa untuk Bumi melengkapkan peredarannya mengelilingi

    Matahari dikenali sebagai satu tahun. Ini bermaksud Bumi beredar mengelilingi

    Matahari pada kadar kelajuan 67,000 batu per jam. Mengikut perkiraan, tahun

    lompat yang mana mempunyai 366 hari berlaku empat tahun sekali. Ini adalah

    sebab mengapa dalam tahun lompat terdapat 29 hari dalam bulan Februari. Kesan

    daripada peredaran Bumi pada orbitnya mengelilingi Matahari dan putaran Bumi

    pada paksinya mengakibatkan perubahan musim pada negara yang mengalami 4

    musim.

    Kejadian 4 musim

    Peredaran bumi mengelilingi matahari serta kecondongan paksinya juga

    menyebabkan berlakunya kejadian empat musim dalam setahun. Negara-negara

    yang mengalami kejadian empat musim yang nyata ialah Negara-negara Eropah,

    Kanada, Amerika Syarikat, China dan Jepun. Rajah dibawah menunjukkan tentang

    kejadian 4 musim berlaku.

    Musim HemisferaUtara

    HemisferaSelatan Ciri-ciri Musim Suasana

    EkuinoksMusimBunga

    Mac - MeiSeptember

    -November

    Matahari tegak diGarisanKhatulistiwa ( 0 )

    Hemisferautara dan Hemisferaselatan mengalamisiang dan malamyang sama panjang

    SolstisMusimPanas

    Jun -Ogos Disember -Februari

    Matahari tegak diGarisan Sartan ( 231/2 U )

    Hemisfera utara(siang lebih panjang

    Hemisfera selatan(malam lebihpanjang)

    Kutub Utara ( 24jam siang)

    Kutub selatan ( 24

    http://imzaroncikgusains.blogspot.com/search/label/Fenomena%20Alam%20-%204%20musimhttp://imzaroncikgusains.blogspot.com/search/label/Fenomena%20Alam%20-%204%20musimhttp://imzaroncikgusains.blogspot.com/search/label/Fenomena%20Alam%20-%204%20musimhttp://imzaroncikgusains.blogspot.com/search/label/Fenomena%20Alam%20-%204%20musimhttp://imzaroncikgusains.blogspot.com/search/label/Fenomena%20Alam%20-%204%20musim
  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    22/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    jam malam)

    EkuinoksMusimLuruh

    September-

    NovemberMac - Mei

    Matahari tegak diGarisanKhatulistiwa ( 0 )

    Hemisferautara dan Hemisferaselatan mengalamisiang dan malamyang sama panjang

    SolstisMusimDingin

    Disember -Februari

    Jun - Ogos

    Matahari tegak diGarisan Jadi ( 231/2 S )

    Hemisfera utara

    (malam lebihpanjang

    Hemisfera selatan(siang lebih panjang)

    Kutub Utara ( 24jam malam)

    Kutub selatan ( 24jam siang)

    Melalui pemerhatian di atas, didapati Ekuinoks musim bunga berlaku antara

    bulan Mac hingga Mei setiap tahun pada hemisfera utara manakala di hemisfera

    selatan berlaku pada September hingga November. Antara ciri-cirinya adalah

    matahari berada tegak di garisan khatulistiwa dan hemisfera utara dan hemisfera

    selatan mengalami waktu siang dan malam sama panjang.

    Bagi solstis musim panas pula ia berlaku pada bulan Jun hingga Ogos pada

    hemisfera utara manakala di hemisfera selatan pada Disember hingga Februari. Ciri-

    ciri yang dapat dilihat adalah matahari tegak di garisan Sartan. Hemisfera utara

    mengalami waktu siang yang lebih panjang dari hemisfera selatan manakala

    hemisfera selatan mengalami waktu malam lebih panjang dari hemisfera utara. Bagi

    kutub utara adalah 24 jam siang manakala kutub selatan 24 jam malam.

    Bagi ekuinoks musim luruh, berlaku pada September hingga November pada

    hemisfera utara dan Mac hingga Mei pada hemisfera selatan. Pada musim ini

    matahari berada tegak di Garisan Khatulistiwa dan hemisfera utara dan hemisfera

    selatan mengalami waktu siang dan malam sama panjang.

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    23/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Bagi solstis musim dingin, ia berlaku pada Disember hingga Februari di

    hemisfera utara dan Jun hingga Ogos di hemisfera selatan. Ciri-cirinya matahari

    berada tegak di Garisan Jadi. Kawasan hemisfera utara mengalami malam lebih

    panjang iaitu 24 jam malam manakala hemisfera selatan pula mengalami waktu

    siang lebih panjang iaitu 24 jam.

    Empat musim yang nyata ini biasanya berlaku di pertengahan Garisan Lintang dan

    tidak berlaku di kawasan Tropika kerana matahari sentiasa berada tinggi di langit. Dikawasan Garisan Artik dan Garisan Antartik, musim bunga dan musim luruh sangat

    pendek, manakala musim panas dan musim sejuknya agak panjang.

    Kejadian Air pasang dan surut

    Kejadian air pasang surut ialah kejadian aras air tinggi dan arad air rendah di laut.

    Berlaku akibat tarikan graviti bulan dan matahari. Tarikan graviti bulan menarik air

    laut di permukaan bumi yang menghadap ke bulan dan menghasilkan air pasang. Air

    pasang dan surut berlaku dua kali dalam tempoh 24 jam. Terdapat dua jenis air

    pasang surut :

    a) Pasang perbani

    b) Pasang anak

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    24/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Tarikan graviti menjadi lebih kuat apabila bulan dan matahari bertindak bersama

    menghasilkan air pasang pada paras maksimum. Pasang perbani berlaku apabila

    bulan, matahari dan bumi berada dalam kedudukan lurus. Jika bulan, matahari dan

    bumi berada pada sudut tegak, maka terjadilah pasang anak.

    Gambarajah tentang kejadian pasang surut air

    Kejadian gerhana matahari dan gerhana bulan

    Gerhana merupakan keadaan yang berlaku apabila kedudukan bulan,

    matahari dan bumi berada dalam satah mendatar yang sama. Jika bumi berada di

    antara matahari dengan bulan, bayang bumi akan jatuh pada bulan. Maka terjadilah

    gerhana bulan. Jika bulan berada di antara matahari dengan bumi, bayang bulan

    akan jatuh pada permukaan bumi. Maka terjadilah gerhana matahari. Gerhana tidak

    berlaku kerap kerana jarang berlaku ketiga-tiga objek berada dalam kedudukan

    sebaris. Biasanya berlaku dua hingga emapt kali setahun.

    Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri. Bulan memperoleh cahaya

    daripada matahari. Apabila bumi berada antara matahari dengan bulan, cahaya

    matahari dihalang oleh bumi. Oleh itu bayang bumi akan jatuh pada permukaan

    bulan menyebabkan berlaku gerhana bulan. Ia hanya berlaku ketika bulan purnama.

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    25/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Kedudukan matahari, bulan dan bumi semasa gerhana bulan

    Gambarajah fasa-fasa yang berlaku semasa gerhana bulan

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    26/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Gerhana matahari pula berlaku apabila bulan berada di antara matahari

    dengan bumi Cahaya matahri terlindung oleh bulan dan bayang bulan akan jatuh

    pada permukaakaan bumi.

    Kedudukan matahari, bumi dan bulan semasa berlakunya gerhana matahari

    Fasa gerhana matahari

  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    27/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    Gambar matahari semasa berlakunya gerhana matahari penuh

    Gerhana penuh berlaku apabila bebayang bentuk gelap Bulan mnyelubungi

    dengan sepenuhnya cahaya Matahari yang amat terang, dan dengan ini

    membolehkan korona matahari yang banyak lebih lembut dilihat. Dalam mana-mana

    gerhana, kepenuhan paling baik pun hanya berlaku pada laluan terhad pada

    permukaan bumi.

    Gerhana anulus berlaku apabila Matahari dan Bulan betul-betul sebaris, akan

    tetapi saiz Bulan kelihatan kecil daripada saiz Matahariini menyebabkan Matahari

    kelihatan seolah-olah sebentuk cincin yang amat terang atau anulus, yang

    mengelilingi cakera Bulan yang lebih gelap.

    Gerhana hibrid (juga disebut gerhana anulus/penuh) berubah antara gerhanapenuh dan anulus. Ia kelihatan seperti gerhana penuh di beberapa tempat pada

    permukaan Bumi sementara di tempat lain pula ia kelihatan seolah-olah gerhana

    anulus. Gerhana hibrid agak jarang berlaku.

    Gerhana separa berlaku apabila Matahari dan Bulan tidak tepat sebaris dan

    Bulan hanya melitupi Matahari dengan separa. Fenomenon ini lazimnya dapat dilihat

    dari sebahagian besar Bumi yang terletak di luar laluan gerhana anulus ataupun

    penuh. Walau bagaimanapun, beberapa gerhana hanya dapt dilihat sebagai

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Koronahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Anulus_%28matematik%29&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Anulus_%28matematik%29&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Korona
  • 7/29/2019 Amali Matahari Terbit

    28/28

    LAPORAN MATAHARI TERBIT SCE3110

    gerhana separa oleh sebab umbra melintasi wilayah kutub Bumi dan tidak

    menyilangi permukaan Bumi.

    Jarak Matahari dari Bumi adalah lebih kurang 400 kali jarak Bulan (dari Bumi)

    sementara diameter Matahari pula lebih kurang 400 kali diameter Bulan. Oleh sebab

    nisbah-nisbah ini agak sama, dari Bumi, saiz Matahari dan Bulan kelihatan agak

    sama: lebih kurang 0.5 darjah sudut dalam ukuran sudut

    Pengiraan tahun dan tahun lompat

    Tahun lompat merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada

    tahun biasa bagi menyamakannya dengan tahun astronomi ataupun tahun yang

    bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan daripada bilangan

    hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai

    bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada

    hari peristiwa yang ditandai. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya

    boleh dibetulkan. Tahun lompat mengandungi 366 hari, manakala tahun-tahun yang

    lain, tahun biasa mengandungi 365 hari. Tahun lompat akan berlaku 4 tahun sekali.

    Pada tahun lompat jumlah hari bagi bulan Februari adalah 29 hari. Cara hendak

    mengira sama ada tahun tersebut adalah tahun lompat atau tidak adalah dengancara membahagikan tahun tersebut dengan 4 dan hasilnya adalah nombor bulat

    yang tidak berbaki. Sebagai contoh apabila sebarang angka tahun dibahagi dengan

    4, hasilnya adalah nombor bulat yang tidak berbaki iaitu tiada sebarang perpuluhan.

    Maka, tahun 2012 adalah tahun lompat. Tetapi jika sebarang angka tahun dibahagi

    dengan 4, hasilnya adalah nombor pecahan iaitu terdapat baki pada pengiraan itu.

    Maka, tahun 1990 bukan tahun lompat.

    Kesimpulan

    Kedudukan matahari terbit boleh ditentukan dari pandangan permukaan bumi

    dengan mencari nilai azimuth dan altitude. Kejadian matahari terbit ini juga memberi

    implikasi seperti peredaran bumi mengelilingi matahari, kejadian 4 musim, pasang

    surut air laut, gerhana matahari dan bula serta pengiraan tahun dan tahun lompat.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Umbrahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Darjah_%28sudut%29http://ms.wikipedia.org/wiki/Darjah_%28sudut%29http://ms.wikipedia.org/wiki/Umbra