laporan aktiviti pusat jaminan kualiti unisel...

5
page 1 of 5 LAPORAN AKTIVITI PUSAT JAMINAN KUALITI UNISEL (PJKU) JANUARI-JUN 2012 1. SETARA’11 Mesyuarat SETARA’11 di adakan bersama IPT-IPT lain oleh pihak MQA pada 16 Januari 2012 yang diwakili oleh Puan Juraidawati binti Arbain, Pengarah PJKU. Manakala mesyuarat D- SETARA pula yang melibatkan Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan(FBSK) bagi program-program Ijazah yang telah diiktiraf sahaja. Pada hujung bulan Februari 2012, FBSK telah mengemukakan penarikan diri daripada terlibat dengan D-SETARA oleh kerana program ijazah mereka belum mendapat pengiktirafan MQA lagi. Permohonan diluluskan oleh MQA dan telah dimaklumkan kepada pihak KPT pada bulan Mei 2012. Dalam proses menyiapkan dokumen-dokumen SETARA sebanyak 3 kali perjumpaan seperti di bawah: i) sesi taklimat oleh Prof. Dr. Haji Anuar-Presidan kepada ahli sekretariat SETARA’11 yang dilantik secara tidak rasmi oleh pusat/unit/fakulti bersama ahli mesyuarat Pengurusan, pada 9 Februari 2012 di bilik Senat, Canselori Bestari Jaya. ii) pengisian data Self Assessment oleh ahli mesyuarat Pengurusan pada 27 Februari 2012(Isnin) mulai 2.15 petang di Bilik Senat Shah Alam iii) First Review Data and Document’s for SETARA’11 Fail-fail bagi SETARA dan D-SETARA telah selamat diserahkan kepada pihak MQA pada 12 Mac 2012. Masih belum terima keputusan dari MQA lagi. 2. Sistem Jadual Kelas dan Peperiksaan FET-FCSIT i) Satu bengkel di adakan bagi menghasilkan jadual peperiksaan menggunakan sistem FET-FCSIT yang melibatkan semua Penolong Pendaftar fakulti-fakulti dan Unit Peperiksaan bil1(1/2012) bagi sesi akademik 2(2011/2012). Ia dibuat pada 19 Januari 2012(Khamis) jam 9.30 pagi di bilik Mesyuarat Pengurusan.

Upload: duongnhu

Post on 06-Feb-2018

262 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AKTIVITI PUSAT JAMINAN KUALITI UNISEL …ucqa.unisel.edu.my/download/report/Report-of-UNISEL-Centre-for... · LAPORAN AKTIVITI PUSAT JAMINAN ... Satu mesyuarat Post Mortem

page 1 of 5

LAPORAN AKTIVITI PUSAT JAMINAN KUALITI UNISEL (PJKU)

JANUARI-JUN 2012

1. SETARA’11

Mesyuarat SETARA’11 di adakan bersama IPT-IPT lain oleh pihak MQA pada 16 Januari 2012

yang diwakili oleh Puan Juraidawati binti Arbain, Pengarah PJKU. Manakala mesyuarat D-

SETARA pula yang melibatkan Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Bioperubatan dan Sains

Kesihatan(FBSK) bagi program-program Ijazah yang telah diiktiraf sahaja. Pada hujung bulan

Februari 2012, FBSK telah mengemukakan penarikan diri daripada terlibat dengan D-SETARA

oleh kerana program ijazah mereka belum mendapat pengiktirafan MQA lagi. Permohonan

diluluskan oleh MQA dan telah dimaklumkan kepada pihak KPT pada bulan Mei 2012.

Dalam proses menyiapkan dokumen-dokumen SETARA sebanyak 3 kali perjumpaan seperti di

bawah:

i) sesi taklimat oleh Prof. Dr. Haji Anuar-Presidan kepada ahli sekretariat SETARA’11

yang dilantik secara tidak rasmi oleh pusat/unit/fakulti bersama ahli mesyuarat

Pengurusan, pada 9 Februari 2012 di bilik Senat, Canselori Bestari Jaya.

ii) pengisian data Self Assessment oleh ahli mesyuarat Pengurusan pada 27 Februari

2012(Isnin) mulai 2.15 petang di Bilik Senat Shah Alam

iii) First Review Data and Document’s for SETARA’11

Fail-fail bagi SETARA dan D-SETARA telah selamat diserahkan kepada pihak MQA pada 12

Mac 2012. Masih belum terima keputusan dari MQA lagi.

2. Sistem Jadual Kelas dan Peperiksaan FET-FCSIT

i) Satu bengkel di adakan bagi menghasilkan jadual peperiksaan menggunakan sistem

FET-FCSIT yang melibatkan semua Penolong Pendaftar fakulti-fakulti dan Unit

Peperiksaan bil1(1/2012) bagi sesi akademik 2(2011/2012). Ia dibuat pada 19 Januari

2012(Khamis) jam 9.30 pagi di bilik Mesyuarat Pengurusan.

Page 2: LAPORAN AKTIVITI PUSAT JAMINAN KUALITI UNISEL …ucqa.unisel.edu.my/download/report/Report-of-UNISEL-Centre-for... · LAPORAN AKTIVITI PUSAT JAMINAN ... Satu mesyuarat Post Mortem

page 2 of 5

ii) Satu mesyuarat Post Mortem Bengkel Sistem Jadual Peperiksaan Akhir FET-FCSIT

telah dibuat pada 4 Mei 2012(Jumaat) yang dihadiri oleh Pemangku Pendaftar dan

beberapa ahli mesyuarat Senat serta yang terlibat menjayakan bengkel iaitu semua

Penolong Pendaftar fakulti-fakulti dan Unit Peperiksaan. Laporan lengkap di lampiran.

3. Jawatankuasa Jaminan Kualiti Akademik(JJKA)

i) Jawatankuasa ini terdiri daripada wakil-wakil Unit Kualiti setiap fakulti dan 2 orang wakil

dari Unit Akreditasi dan Pengiktirafan dan UNISEL Centre For Teaching and Learning

(UCTL). Satu mesyuarat diadakan pada 20 Januari 2012 (Jumaat) bagi menyambung

pembentangan Annual Program Monitoring Review (APMR) kali ketiga bil8(1/2012)

mulai jam 9.00-11.pagi. Manakala jam 11.pagi disambung dengan mesyuarat Manual

Academic Processes oleh ahli jawatankuasa yang sama.

ii) Mesyuarat JJKA bil 9(2/2012) diadakan pada 1 Jun 2012(Jumaat) mulai jam 9.30 pagi

hingga 12.30 tengahari bagi membincangkan isu-isu berbangkit berkaitan ketelusan

mengikut buku peraturan akademik bagi rayuan pelajar yang telah gagal kepada

Jawatankuasa Rayuan,penyelenggaraan fasiliti dan sistem bestari bagi pendaftaran

kursus-kursus para pelajar pada semester pendek dan panjang.

4. Bengkel menghasilkan Proses Penawaran Kursus

Amalan penawaran kursus pada masa ini dibuat mengikut sesi dan berdasarkan keperluan pelajar.

Seterusnya, penyediaan jadual waktu kuliah dihasilkan mengikut data pra-pendaftaran kursus,

seperti rajah 1 di bawah:

Sehubungan itu, penawaran kursus dicadang supaya dibuat pada setiap tahun akademik dan

berdasarkan struktur program. Maka dengan ini jadual waktu kuliah dan peperiksaan akhir akan

dapat dihasilkan untuk setiap tahun akademik. Mesyuarat Senat lepas telah mempersetujui agar

prosedur ini dihasilkan dan dilaksanakan di UNISEL.

Di antara objektif-objektif prosedur penawaran kursus berdasarkan struktur program dan dibuat

sekali setiap tahun akademik ialah:

i) Penambahbaikan proses penawaran kursus sekarang ini yang rumit kerana mengambil kira

keperluan setiap pelajar dan perlu dibuat setiap semester.

Penawaran Kursus

bagi satu sesi

(keperluan pelajar)

Pra-Pendaftaran

Kursus

Penyediaan jadual waktu

kuliah dan peperiksaan

akhir bagi satu sesi

Penawaran Kursus

bagi satu sesi

(struktur program)

Penyediaan jadual waktu

kuliah dan peperiksaan akhir

bagi satu tahun akademik

Pendaftaran Kursus

(satu tahun akademik)

Page 3: LAPORAN AKTIVITI PUSAT JAMINAN KUALITI UNISEL …ucqa.unisel.edu.my/download/report/Report-of-UNISEL-Centre-for... · LAPORAN AKTIVITI PUSAT JAMINAN ... Satu mesyuarat Post Mortem

page 3 of 5

ii) Memudahkan pelajar membuat perancangan pengajian mereka dengan maklumat penawaran

kursus bagi satu tahun akademik.

iii) Meningkatkan mutu pentadbiran kerana penawaran kursus yang dihasilkan bagi setiap tahun

akademik memerlukan perancangan yang teliti dan tepat.

iv) Penjimatan kos tidak lansung terhadap masa dan tenaga yang digunakan disebabkan oleh

perancangan penawaran kursus dibuat sekali bagi setiap tahun akademik.

v) Meningkatkan kepuasan pelajar dan kakitangan dengan prosedur penawaran kursus yang

efektif.

Oleh itu satu bengkel telah diadakan pada 4 dan 5 April 2012 Rabu dan Khamis) melibatkan semua

Timbalan Dekan Akademik setiap fakulti bersama 2 orang pembantu setiap masing-masing yang

bertempat di Lecture Room1,Tingkat 2 di perpustakaan, Bestari Jaya. Hasil bengkel adalah satu

proses yang akan digunapakai oleh semua fakulti bagi penawaran kursus untuk satu tahun

akademik 2012/2013.

5. Pelancaran Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman dianjurkan oleh MQA pada

16 April 2012(Isnin). Timbalan Pengarah PJKU telah mewakili UNISEL bagi menghadiri majlis

pelancaran ini di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur mulai jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

6. Bengkel Pemantapan Buku Peraturan Akademik yang di anjurkan oleh Pengarah Jabatan

Pentadbiran Akademik, Encik Mohd Razaki bin Abdullah telah diadakan pada 20 dan 21 Jun

2012(Rabu dan Khamis). Ia dihadiri oleh semua ahli Jawatankuasa Akademik termasuk

Pengarah PJKU bagi membincangkan pengemaskinian buku peraturan akademik UNISEL. Ia

bertempat di De Palma Hotel, Seksyen 19, Shah Alam mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

7. Bengkel Pendidikan di IPT di Selangor: Kebolehpasaran Pelajarnya kepada Negara yang

dianjurkan oleh Pengarah Jabatan Pentadbiran Akademik telah diadakan pada 25 Jun 2012

yang turut dihadiri oleh Pengarah PJKU dan beberapa orang pengarah seperti Pengarah/Ketua

Pustakawan, Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pengarah Pejabat

Kemasukan dan Pemasaran dan Pengurus Besar Pentadbiran dan Sumber Manusia.

Page 4: LAPORAN AKTIVITI PUSAT JAMINAN KUALITI UNISEL …ucqa.unisel.edu.my/download/report/Report-of-UNISEL-Centre-for... · LAPORAN AKTIVITI PUSAT JAMINAN ... Satu mesyuarat Post Mortem

page 4 of 5

PENGEMASKINIAN LAPORAN / AKTIVITI Pusat Jaminan Kualiti UNISEL (PJKU) JULAI -

SEPTEMBER 2012

JULAI 2012

1. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Jaminan Kualiti Akademik (JKJKA), kumpulan Sharing Subject

Bil 6(1/2012) pada 5 Julai 2012 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Pengurusan Shah Alam pada jam

2.30 hingga 4.30 petang. Rujuk minit mesyuarat Jawatankuasa Kerja Jaminan Kualiti Akademik

(JKJKA) Bil 6(1/2012)-Kumpulan Sharing Subject.

2. Pengarah hadir ke Mesyuarat ke2 Penggal kelima Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan ke12

Tahun 2012 pada 13 Julai 2012 jam 9.30 pagi di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam.

OGOS 2012

SISTEM KAWALAN DOKUMEN

1. Mesyuarat Sistem Kawalan Dokumen Bil 6(2/2012) diadakan pada 3 Ogos 2012 (Jumaat) yang

dipengerusikan oleh Encik Taufik bin Ridzuan, Timbalan Pengarah PJKU di bilik seminar 2,

UGSM, Shah Alam jam 9.30 pagi. Rujuk minit mesyuarat Jawatankuasa Sistem Kawalan

Dokumen Bil6(2/2012).

KAJI SELIDIK KEPUASAN PARA PELAJAR UNISEL

2. Mesyuarat Kaji Selidik Kepuasan Pelajar UNISEL Bil 1(1/2012) diadakan pada 10 Ogos 2012

(Jumaat) dipengerusikan oleh Puan Juraidawati binti Arbain, Pengarah PJKU di bilik Seminar 2

UGSM, Shah Alam jam 9.30 pagi – 12.00 tengahari. Rujuk minit perbincangan Kumpulan

Jawatankuasa Kaji Selidik Kepuasan Para Pelajar UNISEL Bil1(1/2012).

3. Mesyuarat Kaji Selidik Kepuasan Para Pelajar UNISEL Bil 2(2/2012) diadakan pada 15 Ogos

2012 (Rabu) dipengerusikan oleh Puan Juraidawati binti Arbain, Pengarah PJKU di bilik

Mesyuarat Pengurusan Shah Alam jam 9.30 pagi-415 petang. Rujuk minit perbincangan

Kumpulan Jawatankuasa Kaji Selidik Kepuasan Para Pelajar UNISEL Bil2(2/2012).

SEPTEMBER 2012

1. Pengarah hadir bersama wakil CICT dan Sumber Manusia bagi Demo & Latihan Sistem Anjung

Kajian Pengesanan Graduan Aras 13, No. 2, Menara 2, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di

Presint 2, Putrajaya.

KAJI SELIDIK KEPUASAN PARA PELAJAR UNISEL

2. Mesyuarat Kaji Selidik Kepuasan Para Pelajar UNISEL Bil3(3/2012) diadakan pada 7

September 2012 (Jumaat) dipengerusikan oleh Puan Juraidawati binti Arbain, Pengarah PJKU

Page 5: LAPORAN AKTIVITI PUSAT JAMINAN KUALITI UNISEL …ucqa.unisel.edu.my/download/report/Report-of-UNISEL-Centre-for... · LAPORAN AKTIVITI PUSAT JAMINAN ... Satu mesyuarat Post Mortem

page 5 of 5

di bilik Mesyuarat Senat Shah Alam, jam 9.30 pagi hingga 4.15 petang. Rujuk minit

perbincangan Kumpulan Jawatankuasa Kaji Selidik Kepuasan Para Pelajar UNISEL

Bil3(3/2012).

3. Mesyuarat Kaji Selidik Kepuasan Para Pelajar UNISEL Bil 4(4/2012) diadakan pada 14

September 2012 (Jumaat) dipengerusikan oleh Puan Juraidawati binti Arbain, Pengarah PJKU

di bilik Mesyuarat Senat Shah Alam, jam 9.30 pagi hingga 12.15 tengahari. Rujuk minit

perbincangan Kumpulan Jawatankuasa Kaji Selidik Kepuasan Para Pelajar UNISEL

Bil4(4/2012).

4. Bengkel Kaji Selidik Kepuasan Para Pelajar UNISEL bagi mengemaskini soalan-soalan kaji

selidik dari segi bahasa English dan membincangkan dengan pihak CICT untuk memuat turun

soalan-soalan kaji selidik ini ke dalam students’ portal supaya semua pelajar wajib buat kaji

selidik ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

SITI MUSALMAH AHMAD FUAD TAUFIK RIDZUAN JURAIDAWATI ARBAIN

PENOLONG PENDAFTAR TIMB. PENGARAH PENGARAH

Tarikh: 23 Januari 2013