laporan aktiviti bulan januari - span.gov.my · pdf filetaklimat diberikan oleh ir. dr. azuhan...

5
dan Tahun Baru Hijrah 1429H, se- sungguhnya kesemua warga SPAN berazam untuk menjalankan segala tanggungjawab dan amanat yang diberi dengan bersungguh-sungguh dalam meningkatkan industri perkhidmatan air serta membawa nya ke suatu tahap yang cemerlang. “SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008 SERTA TAHUN BARU HIJRAH 1429H” 1 Januari 2008 adalah tarikh bersejarah kepada semua warga Suru- hanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bukan sahaja kerana ianya merupakan tirai pembukaan bagi tahun 2008 tetapi juga kerana tarikh tersebut menandakan berkuat kua- sanya Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655]. Jika Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 [Akta 654] yang berkuat kuasa pada 1 Februari 2007 membuka jalan ke atas penubuhan SPAN, Akta 655 pula memberikan peruntukan kepada SPAN untuk mengawal selia industri perkhidma- tan air di negara ini dengan objektif untuk memenuhi Matlamat Dasar Kebangsaan bagi perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pem- betungan. Bersesuaian dengan Tahun Baru 2008 BERMULANYA ERA BARU…. JANUARI 2008 BIL 1/2008 LAPORAN AKTIVITI BULAN JANUARI selia akan menjadi lebih berdaya maju dan berdaya tahan dalam jangka masa panjang. Pada 17 November 2008, SPAN telah menerima lawatan dari delegasi Energy and Water Utilities Regulatory Authority (EWURA), Tanzania. Lawatan ini adalah merupakan lawatan delegasi antarabangsa pertama yang diterima oleh SPAN sejak ditubuhkan. EWURA telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2005 dan merupakan sebuah badan kawal selia autonomi yang bertanggungjawab untuk memantau dan mengawal selia bidang teknikal dan ekonomi sektor tenaga dan air di Tanzania. Lawatan ini adalah merupakan sebahagian daripada Program Lawatan Pemelajaran EWURA ke 3 Negara iaitu Filipina, Hong Kong dan Malaysia. Delegasi ini telah diketuai oleh Mr. Tom Crossan selaku Ketua Delegasi serta lapan peserta yang terdiri daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah serta Pegawai Pengurusan badan tersebut. Lawatan ini telah memberikan banyak faedah kepada kedua-dua pihak memandangkan kedua-dua pihak adalah badan regulatori utiliti yang baru ditubuhkan dan menghadapi banyak cabaran untuk memastikan industri yang dikawal LAWATAN EWURA TANZANIA Majlis penyampaian cenderamata daripada Mr. Simon F. Sayore, Pengerusi Lembaga Pengarah Peserta rombongan bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai SPAN Taklimat diberikan oleh Ir. Dr. Azuhan Mohamed, Pengarah Penyelidikan, Pembangunan dan Sebahagian daripada peserta rombongan EWURA

Upload: docong

Post on 19-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AKTIVITI BULAN JANUARI - span.gov.my · PDF fileTaklimat diberikan oleh Ir. Dr. Azuhan Mohamed, Pengarah Penyelidikan, Pembangunan dan Sebahagian daripada peserta ... pada

dan Tahun Baru Hijrah 1429H, se-sungguhnya kesemua warga SPAN berazam untuk menjalankan segala tanggungjawab dan amanat yang diberi dengan bersungguh-sungguh dalam meningkatkan industri perkhidmatan air serta membawa nya ke suatu tahap yang cemerlang.

“SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008 SERTA TAHUN BARU HIJRAH 1429H”

1 Januari 2008 adalah tarikh bersejarah kepada semua warga Suru-hanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bukan sahaja kerana ianya merupakan tirai pembukaan bagi tahun 2008 tetapi juga kerana tarikh tersebut menandakan berkuat kua-sanya Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655].

Jika Akta Suruhanjaya Perkhidmatan

Air Negara 2006 [Akta 654] yang berkuat kuasa pada 1 Februari 2007 membuka jalan ke atas penubuhan SPAN, Akta 655 pula memberikan peruntukan kepada SPAN untuk mengawal selia industri perkhidma-tan air di negara ini dengan objektif untuk memenuhi Matlamat Dasar Kebangsaan bagi perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pem-betungan.

Bersesuaian dengan Tahun Baru 2008

BERMULANYA ERA BARU….

JANUARI 2008 BIL 1/2008

LAPORAN AKTIVITI BULAN JANUARI

selia akan menjadi lebih berdaya maju dan berdaya tahan dalam jangka masa panjang.

Pada 17 November 2008, SPAN telah menerima lawatan dari delegasi Energy and Water Utilities Regulatory Authority (EWURA), Tanzania. Lawatan ini adalah merupakan lawatan delegasi antarabangsa pertama yang diterima oleh SPAN sejak ditubuhkan. EWURA telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2005 dan merupakan sebuah badan kawal selia autonomi yang bertanggungjawab untuk memantau dan mengawal selia bidang teknikal dan ekonomi sektor tenaga dan air di Tanzania.

Lawatan ini adalah merupakan sebahagian daripada Program

Lawatan Pemelajaran EWURA ke 3 Negara iaitu Filipina, Hong Kong dan Malaysia. Delegasi ini telah diketuai oleh Mr. Tom Crossan selaku Ketua Delegasi serta lapan peserta yang terdiri daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah serta Pegawai Pengurusan badan tersebut.

Lawatan ini telah memberikan banyak faedah kepada kedua-dua pihak memandangkan kedua-dua pihak adalah badan regulatori utiliti yang baru ditubuhkan dan menghadapi banyak cabaran untuk memastikan industri yang dikawal

LAWATAN EWURA TANZANIA

Majlis penyampaian cenderamata daripada Mr. Simon F. Sayore, Pengerusi Lembaga Pengarah

Peserta rombongan bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai SPAN

Taklimat diberikan oleh Ir. Dr. Azuhan Mohamed, Pengarah Penyelidikan, Pembangunan dan

Sebahagian daripada peserta rombongan EWURA

Page 2: LAPORAN AKTIVITI BULAN JANUARI - span.gov.my · PDF fileTaklimat diberikan oleh Ir. Dr. Azuhan Mohamed, Pengarah Penyelidikan, Pembangunan dan Sebahagian daripada peserta ... pada

Siri taklimat ke atas penguatkua-saan Akta Industri Perkhidmatan Air (IPA)2006 kepada Tukang-Tukang Paip yang berdaftar yang bermula pada bulan September 2007 diakhiri dengan taklimat kepada Tukang Paip Negeri Jo-hor dan Melaka pada 27 Disem-ber 2008.

Dengan taklimat tersebut, ber-makna Suruhanjaya Perkhidma-tan Air Negara (SPAN) telah ber-jaya mengadakan perjumpaan dengan kesemua Tukang Paip di

semua negeri di Semenanjung Malaysia.

Taklimat kepada Tukang Paip yang berdaftar dengan Negeri Johor telah diadakan di Hotel Hyatt, Johor Baharu. Seramai 650 orang Tukang Paip hadir se-masa taklimat yang merupakan bilangan hadiran yang paling ra-

mai sepanjang siri taklimat. Takli-mat telah disampaikan oleh En. Marzuki bin Mohammad, Ketua Bahagian Standard Teknikal dan Pematuhan. Turut hadir ialah Hj. Idris Kaprawi, Pengarah Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ), Hj. Zainuddin b. Md. Ghazali, Pengu-rus Besar Operasi SAJ Holdings Sdn. Bhd. (SAJH) serta pegawai-pegawai kanan SAJH. Taklimat yang diberi meliputi fungsi utama SPAN serta tanggungjawab Tu-

kang Paip apabila Akta IPA 2006 berkuatkuasa pada 1 Januari 2008.

Pada sebelah petangnya pula, taklimat yang serupa disampai-kan pula kepada Tukang Paip yang berdaftar dengan Negeri Melaka. Perjumpaan tersebut telah diadakan di Dewan Wisma Negeri, Air Keroh, Melaka.

Turut hadir ialah Cik Raudhah dari Badan Kawalselia Air Melaka serta pegawai-pegawai kanan dari Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) serta lebih kurang 380 daripada 530 orang Tukang Paip yang berdaftar di Negeri Melaka.

Di Melaka, taklimat mengenai penguatkuasaan Akta IPA 2006 telah diberi oleh En. Mohamed

Radzi bin Mohd Yunus, Penolong Eksekutif di Jabatan Kawalselia Air SPAN. Majlis diakhiri dengan sesi soal-jawab di mana ramai Tukang Paip mengambil kesem-

patan untuk membangkitkan soa-lan-soalan yang berhubungkait dengan kedudukan mereka sete-lah Akta IPA 2006 berkuat kuasa.

Secara keseluruhanya, lawatan-lawatan yang diadakan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia telah berjaya mencapai matlamat-nya untuk memberi kefahaman kepada Tukang Paip ke atas per-anan SPAN dan tanggung jawab Tu-

kang Paip dalam meningkatkan industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

TAKLIMAT KEPADA TUKANG PAIP

Muka Surat 2 LAPORAN AKTIVITI BULAN JANUARI

Upacara penyerahan senarai nama Tukang Paip Negeri Johor daripada BAKAJ kepada SAJH sebagai tanda simbolik penyerahan mandat SPAN

Tukang Paip Negeri Johor yang hadir merupakan jumlah hadiran yang paling ramai sepanjang sesi taklimat SPAN ke negeri-negeri di

Hadirin adalah terdiri daripada Tu-kang Paip yang berdaftar serta pegawai-pegawai kanan BAKAJ dan

Hadirin yang terdiri daripada Tukang Paip Berdaftar di Negeri Melaka serta pegawai-pegawai kanan Badan Kawalselia Air Melaka dan

En. Mohamed Radzi memberi taklimat

Page 3: LAPORAN AKTIVITI BULAN JANUARI - span.gov.my · PDF fileTaklimat diberikan oleh Ir. Dr. Azuhan Mohamed, Pengarah Penyelidikan, Pembangunan dan Sebahagian daripada peserta ... pada

LAWATAN KE PAHANG

Muka Surat 3 BIL 1/2008

Satu rombongan yang diketuai oleh Ir. Lee Koon Yew, Pengarah Eksekutif, Jabatan Kawalselia Air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta beberapa pegawai-pegawai kanan SPAN telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa tempat yang dilanda banjir di Pahang Darul Makmur pada hari Sabtu, 29 Disember

2007.

Tujuan lawatan adalah untuk melihat sendiri kerja-kerja pemuli-han bekalan air yang terputus akibat banjir. Beberapa daerah di Negeri Pahang mengalami gang-guan bekalan air yang disebab-kan oleh pam-pam air mentah yang rosak apabila ditenggelami air atau paip-paip yang pecah akibat tanah runtuh atau dihakis oleh aliran sungai yang deras. Adalah dianggar seramai 165,000 orang penduduk-penduduk di

sepuluh daerah di Negeri Pahang terputus bekalan air.

Rombongan telah disambut oleh Y Bhg Dato’ Ismail Mohd Nor, Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang (JBAP) serta pegawai-pegawai JBAP

Di antara tempat yang dilawat adalah Muka Sauk Loji Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang yang rosak akibat banjir serta pasir dan selut yang mendap di dalam aliran muka sauk. Kerja-kerja pembaikan dijalankan oleh pekerja JBA Pahang serta di-bantu oleh Rejimen 60 (Air) Askar Wataniah serta kakitangan SYA-BAS.

Rombongan turut melawat Loji Air

di FELDA Jenderak yang juga rosak akibat air sungai yang tinggi. Semasa lawatan, kelihatan

pekerja JBA Pahang serta SYA-BAS mengagihkan air melalui lori tangki. Jawatankuasa Keselama-tan dan Kemajuan Kampong juga turut membantu mengagihkan air botol 5 liter yang disumbangkan oleh SYABAS di Pusat Pengagi-han.

Kerja pembaikan pam air mentah di Muka Sauk Loji Air Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang

Pengarah serta pegawai JBA Pa-hang menyambut kedatangan rom-bongan SPAN serta meyampaikan

Bekalan air diagihkan melalui lori tangki di FELDA Jenderak

Ahli JKKK FELDA Jenderak men-gagihkan botol 5 liter kepada pen-duduk-penduduk di Pusat Pengagi-

Pengerusi, Anggota-Anggota

Suruhanjaya serta semua Warga Suruhanjaya Perkhidma-

tan Air Negara mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina

“GONG XI FA CAI”

Page 4: LAPORAN AKTIVITI BULAN JANUARI - span.gov.my · PDF fileTaklimat diberikan oleh Ir. Dr. Azuhan Mohamed, Pengarah Penyelidikan, Pembangunan dan Sebahagian daripada peserta ... pada

Page 4 LAPORAN AKTIVITI BULAN JANUARI

SESI KONSULTANSI DENGAN STAKEHOLDERS

Selaras dengan hasrat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara untuk meng-galakkan penyertaan Stakeholders khususnya dalam menguatkuasakan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, beberapa sesi konsultansi dengan Badan-Badan Bukan Kerajaan dan Persatuan-Persatuan yang terlibat se-cara langsung dalam industri perkhid-matan air di dalam negara telah diada-kan baru-baru ini.

Antaranya sesi konsultansi yang diada-kan ialah bersama:

1. Persatuan Jurutera Perunding

(Association of Consulting Engi-neers), Lembaga Jurutera Malay-sia, Persatuan Akitek Malaysia pada 17 Januari 2008.

2. Persatuan Tukang Paip Negeri Kuala Lumpur dan Selangor pada 3 Januari 2008

3. Persatuan Pemaju-Pemaju Pe-rumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA) pada 7 Januari 2008

4. Persatuan Kontraktor-Kontraktor Bumiputera pada 28 Disember 2007

5. Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Perak pada 21 Januari 2008

Sesi-sesi konsultansi dengan pihak-pihak yang terlibat akan diteruskan untuk mendapatkan maklumbalas serta pandangan yang boleh digunakan un-tuk meningkatkan lagi perkhidmatan bekalan air dan pembetungan di negara ini.

Mesyuarat bersama Persatuan Kon-traktor Bumiputera yang dipengeru-sikan oleg Y Bhg Dato’ Teo Yen

Sesi konsultansi bersama Persatuan Kontraktor untuk membincangkan isu permit kepada kontraktor

Mesyuarat bersama dengan Per-satuan Pemaju-Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA)

SPAN BERTINDAK KE ATAS ADUAN

Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Peman‐tauan dan Penguatkuasaan SPAN telah mula bertindak ke atas aduan‐aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung dengan perkhidmatan bekalan air dan 

pembetungan.  Aduan Bau Busuk daripada MDKL terhadap Loji Pembetungan Kuala Langat  Lawatan ke loji telah diadakan pada 18 Januari 2008 lanjutan daripada maklumat yang diberikan oleh YDP Majlis Daerah Kuala Langat. Pemeriksaan awal dilakukan untuk memeriksa sama ada loji tersebut diselenggara dan beroperasi seperti yang 

telah dibenarkan terdahulu. Aduan MDKL adalah berkenaan dengan ketidakselesaan penduduk sekitar berkenaan dengan bau busuk setiap pagi dan waktu hujan. Pihak SPAN akan mengadakan perjumpaan den‐

gan MDKL, IWK dan pengadu berhubung dengan masalah ini dalam jangkamasa terdekat. Aduan penduduk ke atas tangki pembetun‐gan tersumbat di Batu 4 ½, Jalan Ipoh  Lawatan ke lokasi telah dibuat pada 18 & 19 Januari 2008 lanjutan daripada lapuran akhbar berkenaan dengan tangki septik komunal yang tersumbat. IWK telah mem‐buat pemeriksaan pada 19 Januari dan 

mendapati punca sumbatan adalah dari‐pada kerja‐kerja kontraktor DBKL yang telah membuat turapan jalan di lokasi.   Aduan kes curi air di Taman Al‐Ridhuan, Jalan Ulu Kelang, Ampang Selangor  Bertindak daripada aduan yang dibuat oleh SYABAS, SPAN telah menjalankan tindakan penguatkuasaan untuk memotong sam‐bungan paip haram ke paip bekalan utama dan aktiviti menjual air daripada premis meter individu setelah memberi notis yang mencukupi pada 16 januari 2008 dan telah berjaya menjalankan aktiviti tersebut tanpa sebarang gangguan daripada penduduk. Punca kecurian air adalah disebabkan tiada 

paip air

Page 5: LAPORAN AKTIVITI BULAN JANUARI - span.gov.my · PDF fileTaklimat diberikan oleh Ir. Dr. Azuhan Mohamed, Pengarah Penyelidikan, Pembangunan dan Sebahagian daripada peserta ... pada

Page 5 LAPORAN AKTIVITI BULAN JANUARI

THE MALAY MAIL 17 Januari 2008

SINAR HARIAN 17 Januari 2008

PETIKAN AKHBAR