yab dato' seri mohamed azmin bin ali #smartselangor

21
YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali Dato’ Menteri Besar Selangor Salam Eidul Fitr Membangun Smart Selangor yang Peduli #SmartSelangor Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd Lot 6, Jln Tukang 16/4, Sek. 16, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-5519 6373 Fax : 03-5512 7985

Upload: voanh

Post on 11-Jan-2017

311 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin AliDato’ Menteri Besar Selangor

SalamEidul Fitr

Membangun Smart Selangor yang Peduli#SmartSelangor

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd Lot 6, Jln Tukang 16/4, Sek. 16, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-5519 6373 Fax : 03-5512 7985

Page 2: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

Perutusan Eidul Fitr 1437H

Marilah kita memanjatkan rasa kes-yukuran ke hadrat Allah SWT yang telah memilih kita untuk berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang

difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad SAW untuk berpuasa supaya kita menjadi in-san yang bertaqwa kepada Allah SWT seperti firmanNya :

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu ber-takwa” (Surah Al-Baqarah : 183)

Nuzul Quran disambut dengan tekad meng-hayati perintah Allah SWT yang menjadi petun-juk kepada manusia untuk mengatur cara hidup di muka bumi seperti yang ditegaskan di dalam Al-Quran :

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian ma-nusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”(Surah Al-Baqarah : 185)

Saya berdoa kepada Allah Rabbul Jalil agar memberikan kita kesihatan dan kekuatan un-tuk meningkatkan amal ibadat di akhir Rama-dan melalui amalan bersedekah, solat tarawih, beriktikaf, bertadarus dan membuka hati kita untuk melakukan tadabbur Al-Quran seperti yang difirmankan Allah.

“Apakah mereka tidak merenung Al-Quran, atau hati mereka terkunci.”

Rakyat Selangor perlu bersyukur kerana tat-kala Malaysia menghadapi kegawatan politik dan kecurangan pengurusan kewangan dan ekono-mi, kita di Selangor terus menikmati kemakmu-ran dan kesejahteraan.

Selangor mempunyai pasukan penjawat awam yang gigih bekerja dan melaksanakan dasar-dasar negeri yang peduli rakyat.

Justeru, dalam tempoh 18 bulan melak-sanakan amanah sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor, prestasi kewangan negeri semakin kukuh dan rezab negeri dapat terus ditingkat-kan sehingga RM4 bilion.

Pengurusan kewangan yang baik dan telus membolehkan Kerajaan Negeri memberi tiga insentif kepada 17,528 anggota perkhidmatan awam Selangor.

Pertama, mengambil kira prestasi kewangan

negeri yang stabil dan kukuh, saya telah men-gumumkan Bantuan Khas Kewangan sempena Sambutan Eidul Fitr untuk seluruh anggota perkhidmatan awam Selangor sebanyak 1.5 bu-lan gaji.

Pemberian ini akan dibayar pada 1 Julai 2016 dan melibatkan pembayaran sebanyak RM45.6 juta.

Kedua, Kerajaan Negeri amat prihatin di atas beban kos sara hidup yang semakin meningkat. Justeru itu, untuk meringankan beban kos sara hidup dalam kalangan anggota perkhidmatan awam, Kerajaan Negeri bersetuju untuk mem-beri dua kenaikan gaji bagi tahun ini iaitu satu kenaikan biasa dan satu lagi kenaikan khas.

Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntu-kan sebanyak RM6.83 juta bagi satu kenaikan gaji mulai 1 Julai 2016.

Insentif yang ketiga. Kerajaan Negeri ber-setuju memperuntukkan sebanyak RM11.2 juta untuk kenaikan baru bayaran Imbuhan Tetap Perumahan bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah daripada RM180 kepada RM300.

Kerajaan Negeri bertanggungjawab menerus-kan amalan urus tadbir yang baik dengan men-jamin keadilan sosial dan pengagihan kekayaan negeri kepada rakyat melalui pembangunan yang mampan.

Golongan berpendapatan rendah terus di-upayakan dengan pembiayaan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM 100 juta bagi program mikrokredit Hijrah, program yang member-dayakan peniaga-peniaga kecil untuk menjana pendapatan baru dan membebaskan diri dan keluarga mereka dari putaran ganas kemiskinan serta berhijrah memasuki kumpulan masyarakat pertengahan.

Perkhidmatan Bas Percuma Smart Selangor bertujuan mewujudkan connectivity bandar dan desa.

WiFi percuma Smart Selangor pula adalah untuk memastikan tidak berlaku kesenjangan digital, digital divide, antara kawasan bandar dan desa.

Melalui dua perkhidmatan ini, kawasan desa akan disuntik dengan dinamisme baru, memiliki dinamo ekonomi, mempunyai tahap prasarana yang setara dengan masyarakat bandar tetapi mengekalkan ciri-ciri kehidupan desa; khusus persekitaran hijau dan semangat hidup berma-syarakat.

Kegawatan ekonomi negara dan pelaksanaan cukai GST oleh Putrajaya telah membebankan rakyat.

Sebagai Kerajaan Negeri yang prihatin dan merasai setiap denyutan nadi keperitan hidup rakyat, kita terpanggil untuk meringankan be-ban hidup rakyat Selangor.

Untuk maksud itu, kita telah mengecualikan cukai taksiran bagi tahun 2016 untuk pemi-lik rumah kos rendah dan rumah di kampung tradisi Melayu dan kampung baru Cina serta mengecualikan fi lesen perniagaan untuk pen-jaja, peniaga gerai dan pasar.

Lebih RM 64 juta telah dinikmati oleh raky-at dari pengecualian ini. Malahan, bagi meri-ngankan beban golongan termiskin di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melaksanakan Pro-gram Bantuan Makanan Asas atau Smart Sela-ngor Food Stamp mulai 1 Jun 2016.

Keadilan sosial dan agenda kebajikan yang dilaksanakan ini bertujuan memupuk solida-riti sosial, membina jambatan persaudaraan di antara kesenjangan kelas dan kumpulan eko-nomi.

Kita tidak mahu kesenjangan pendapatan menghasilkan pertentangan kelas yang tajam, menjadikan masyarakat seperti sebuah rumah yang berpecah. Ingatlah kata-kata Abraham Lincoln :

“A house divided against itself cannot stand.”

Kita perlu memupuk ukhuwwah dan mewu-judkan semangat persaudaraan, cinta kepada keluarga, cinta kepada jiran, cinta kepada rakan sejawat, cinta yang merawat rasa benci, cinta yang mencipta kimia perhubungan dan soli-dariti merentasi perbedaan faham politik dan agama.

Marilah kita berdoa agar kita dapat keluar dari Madrasah Ruhiyyah Ramadhan, setelah menjalani jihad ma’nawi, kita beroleh penyu-cian dan dapat kembali kepada fitrah insani yang mencintai kebenaran dan keadilan.

Akhirnya, saya dan keluarga serta seluruh pentadbiran Negeri Selangor ingin mengucap-kan Selamat Hari Raya Eidul Fitr, Kullu Am Wa Antum Bi Khair.

Salam ukhuwwah. Maaf zahir dan batin.

Dato' Seri Mohamed Azmin AliMenteri Besar Selangor

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Lembayung Aidilfitri

Saya mendoakan umat Islam di Selangor menyambut Aidilfitri yang diberkati dengan

ceria sisi keluarga.

DATO’ TENG CHANG KHIMExco Pelaburan, Perindustrian &

Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan Pengangkutan

Alhamdulillah selepas sebulan kita menempuh tarbiah Ramadan, kini tiba giliran meraikan Aidilfitri. Salam Aidilfitri buat semua umat Islam yang berada di Selangor.Moga jalinan silaturrahim sesama kita dapat dieratkan buat semua masyarakat tanpa mengira bangsa, agama untuk kesejahteaan negeri

DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMADExco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar

Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua warga Selangor. Saya berharap semoga semuanya selamat pulang

ke kampung dan selamat kembali ke Selangor. Semasa kita beraya, kurang makan yang terlalu banyak dan

kurangkan penggunaan beg plastik dan polistrin. Semoga tahun ini kita dapat meraikan bersama keluarga dan rakan-rakan dengan gembira. Maaf zahir dan batin.

ELIZABETH WONG KEAT PING Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau

dan Hal Ehwal Pengguna

Selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat di Selangor.

EAN YONG HIAN WAHExco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru

Saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua umat Islam yang meraikan Aidilfitri tahun ini. Semoga dengan kepelbagaian kaum yang ada

di Selangor dapat meraikannya bersama.

DATO’ DR HJ AHMAD YUNUS HAIRIExco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu &

Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri dan semoga selamat pulang ke kampung. Penduduk juga diingatkan sebelum pulang, laksanakan pembersihan di rumah masing-masing supaya tidak menjadi tempat pembiakan denggi.

DR DAROYAH ALWI Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga

Saya ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang

meraikannya. Maaf zahir dan batin.

GANABATIRAU A/L VERAMANExco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan

Pekerja Ladang

Di dalam sambutan Eidul Fitri tahun ini, marilah sama-sama memperkasakan hubungan persaudaraan dengan ikatan kasih sayang sesama sama ada kita yang Islam juga bukan Islam. Bagi yang beragama Islam, teruskan semangat Ramadan yang dilalui dan terus mendekatkan lagi diri kepada Allah SWT, di samping mendapatkan keredhaanNya. Semoga Selangor sentiasa diberkati Allah SWT. Eid Mubarak.

NIK NAZMI NIK AHMADExco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Saya ingin mengucapkan salam Aidilfitri khusus kepada seluruh rakyat di Selangor terutama atlet SUKMA yang akan bertarung pada minggu kedua hari raya. Tidak ketinggalan juga kepada Skuad Liga Super Selangor yang

akan memulakan kempen Piala Malaysia, pada 12 julai ini. Jaga kesihatan, berhati-hati di jalan raya dan semoga

bergembira di samping keluarga.

AMIRUDIN SHARI Exco Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan

dan Pembangunan Usahawan

Marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas melalui ujian berpuasa selama sebulan. Semoga Selangor sentiasa dirahmati oleh Allah dan menjadi negeri 'Baldatun Toyyibatun Warobbun Ghofur'. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

ZAIDY ABDUL TALIBExco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani

Saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat

Malaysia yang menyambutnya. Bagi yang rakyat Selangor yang akan pulang ke

kampung, berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat tiba juga pulang ke destinasi masing-masing.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

HANNAH YEOHSpeaker DUN

Saya mengucapkan Salam Aidilfitri kepada seluruh warga Selangor dan selamat bercuti. Manfaatkan Aidilfitri dan cuti ini untuk merapatkan silaturrahim. Hentikan sengketa, bermaaf-maafanlah sesama kita.

SHAFIE NGAHTimbalan Speaker DUN

Saya dari pihak pentadbiran kerajaan negeri mengucapkan Selamat hari raya kepada warga kerja kakitangan dan penjawat

awam di Selangor. Saya berharap semua kakitangan dapat menyambut bulan kemenangan ini bersama keluarga dan

pesan saya supaya berhati-hati di jalan raya. Semoga kita dapat bertemu semula selepas perayaan ini dan saya menjemput

semua datang beramai-ramai ke rumah terbuka negeri Selangor pada raya keempat ini

DATO’ MOHD AMIN AHMAD AHYASetiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada penjawat awam dan rakyat Selangor. Kepada penjawat awam, berbelanjalah bantuan khas diberikan dengan berhemah.Kepada mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya dan sentiasa berwaspada.

DATO’ NOORDIN SULAIMANPegawai Kewangan Negeri Selangor

Page 3: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

3Keluaran Khas Aidilfitri 2016/1437

Page 4: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

KENANGAN MB4 Keluaran Khas Aidilfitri 2016/1437

OLEH NAZLI IBRAHIM

Walaupun azan sub-uh belum berku-mandang tetapi awal-awal lagi anak

kecil itu sudah terjaga daripada tidurnya. Matanya terkebil-kebil. Dia merasakan masa begitu lam-bat berlalu. Dia sudah tidak sabar mengenakan baju Melayu baru yang disediakan ibunya.

Anak kecil itu juga mula mem-bayangkan pelbagai juadah se-perti kuih-muih, lemang, ketupat dan paling tidak sabar sekali un-tuk menikmati kuih suji, semperit dan rendang dimasak ibu ter-cinta dengan dibantu dia sendiri malam tadi.

Sama seperti kebanyakan kanak-kanak lain, sudah semes-tinya dia teruja membayangkan duit raya yang bakal diperolehi-nya nanti.

“Inilah peluang untuk aku me-ngumpul duit raya banyak-ba-nyak,” getus hatinya.

Berbanding hari ini, kanak-kanak pada masa itu memperoleh duit raya walaupun hanya bebe-rapa ringgit tetapi sesuatu yang amat besar dan bermakna serta boleh dimanfaatkan.

Itulah perasaan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali setiap kali menjelang pagi raya ketika zaman kanak-kanaknya le-bih 40 tahun lalu. Pada masa itu, sama seperti kanak-kanak lain,

beliau juga tidak sabar mengena-kan pakaian baru dan mengum-pul duit raya.

Namun, hari ini segala-galanya berbeza. Sebagai Menteri Besar yang mula disandangnya sejak 2014, beliau kini memikul tang-gungjawab amat besar.

Bagaimanapun, Mohamed Az-min bersyukur kerana walaupun keadaan itu tidak mengizinkan beliau untuk beraya seperti ke-banyakan ketua keluarga lain tetapi tetap berpeluang merai-kan hari kemenangan umat Islam itu bersama DYMM Sultan Se-langor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan rakyat pelbagai kaum juga agama.

“Kanak-kanak memang sero-nok dapat pakai baju baru dan duit raya tetapi sudah sekian lama saya tidak berkesempatan menyambut 1 Syawal dengan ke-luarga kerana kedudukan dalam kerajaan sejak berkhidmat de-ngan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau masih lagi men-teri kemudian timbalan perdana menteri.

“Pada 1 Syawal, saya terpaksa bertugas di rumah terbuka be-liau. Selepas majlis, baru saya dapat pulang dan beraya bersa-ma keluarga.

“Ini pengalaman saya seki-an lama dan sekarang terpaksa penuhi tugas dan tanggungja-wab sebelum dapat pulang be-raya bersama keluarga.

“Dahulu, masa kanak-kanak memang gembira dapat baju baru tetapi sekarang kita pula menyiapkan keperluan raya anak-anak, namun dalam kadar sederhana dan memanfaatkan apa yang ada,” kata Mohamed Az-min ketika menceritakan pengal-aman manis beliau berpuasa dan beraya pada zaman kanak-kanak.

Apabila ditanya hidangan ke-gemarannya hari ini, baginya masakan rendang, kuih semperit dan suji air tangan ibunya, Che Tom Yahaya tetap kekal tiada tolok tandingannya.

Berbuka dengan kuih,bersahur ikan masin dan

telur masin

Selain berkongsi kenangan raya pada zaman kanak-kanak, Mohamed Azmin turut mengim-bau kembali kenangan ketika menjalani ibadah puasa.

Bagi beliau, berbuka puasa ketika zaman kanak-kanak an-tara kenangan manisnya apabila dapat merasai kemeriahan ber-buka bersama ahli keluarga ter-cinta.

“Suasana iftar zaman kanak-kanak dan sekarang sudah tentu jauh berbeza kerana pada masa itu saya berkesempatan berbu-ka puasa dengan ibu, ayah dan adik-beradik setiap hari sebelum ke masjid untuk solat tarawih de- ngan suasana cukup meriah se-

lain dapat mengukuhkan ukhu-wwah dalam keluarga.

“Setiap hari, itu sangat ber-makna bagi saya namun seka-rang kesempatan itu sudah ber-beza kerana memikul tugas dan amanah sebagai wakil kerajaan untuk mengiringi DYMM Sultan Selangor dalam program iftar sepanjang Ramadan.

“Walaupun pengalaman ini berbeza, keduanya mempunyai keunikan tersendiri. Saya ber-syukur kerana pengalaman ini memberi peluang bertemu dan berinteraksi bersama rakyat Se-langor di seluruh daerah serta memupuk keharmonian juga perpaduan rakyat negeri ini,” ka-tanya.

Daripada segi perbezaan hi-dangan untuk berbuka puasa pula, Mohamed Azmin berkata ketika kanak-kanak beliau ha- nya berbuka dengan menikmati buah tamar dan hidangan ringan lain seperti kuih-muih sebe-lum menu-naikan solat tarawih.

“ A n t a r a juadah ber-buka pua-sa yang saya gemari selain tamar adalah kuih ketayap atau seri muka.

Ukhuwwah keluarga gamit kemeriahan Aidilfitri

Saya bersyukur pengalaman ini memberi peluang bertemu dan berinteraksi bersama rakyat Selangor di seluruh daerah serta memupuk keharmonian juga perpaduan rakyat negeri ini

“Sebenarnya, saya tidak biasa berbuka puasa dengan nasi atau makanan berat dan hanya akan makan nasi selepas solat terawih tetapi hari ini berbeza kerana majlis iftar dihidangkan dengan juadah cukup lazat juga berat,” cerita Mohamed Azmin.

Sementara itu ketika bersa-hur pada zaman kanak-kanak, Mohamed Azmin lebih gemar makan nasi dengan lauk yang lebih ringkas seperti ikan masin

dan telur masin.“Walaupun ringkas dan

murah tetapi cukup mem-buka selera saya,” katanya.

Kenangan puasa dan raya zaman kanak-kanak

Page 5: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

5Keluaran Khas Aidilfitri 2016/1437

SHAH ALAM - Tinjauan terbaru Merdeka Center mendapati 65 peratus rakyat Sela-ngor berpuas hati dengan pentadbiran Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Berdasarkan kajian badan penyelidik itu, 51 peratus daripada mereka berpuas hati, manakala 14 peratus lagi sangat berpuas hati.

Hanya 21 peratus tidak berpuas hati dan selebihnya tidak pasti (13 peratus) dan eng-gan menjawab (1 peratus).

Daripada pelbagai latar belakang, terma-suk bangsa, jantina, kawasan perbandaran, kawasan berinternet, had umur, pendapa-

tan isi rumah, pekerjaan dan tahap pendi-dikan, Mohamed Azmin rata-rata berada pada tahap 60 peratus.

Tinjauan melalui telefon itu dibuat an-tara 28 Mei hingga 5 Jun lalu.

Ia membabitkan 1,011 responden dari-pada pelbagai kawasan Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) seluruh Selangor.

Sementara itu, merujuk kepada prestasi Kerajaan Negeri, sera-mai 73 peratus berpuas hati, manakala 27 peratus pula se-baliknya.

Tinjauan Merdeka Center

6�% puas hati pentadbiran Mohamed Azmin

SHAH ALAM - Tinjauan posi-tif Merdeka Center menunjuk-kan Kerajaan Negeri konsisten cemerlang di bawah pentadbi-ran Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali.

Ahli Parlimen Ampang, Zurai-da Kamaruddin, berkata soko-ngan kaum Melayu juga mening- kat sekali gus membuktikan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) berjaya dilak-sanakan.

“Tinjauan itu menunjukkan petanda baik Kerajaan Negeri dan prestasi cemerlang selama dua tahun Mohamed Azmin menerajui Selangor membuat-kan rakyat berpuas hati.

“Kita perlu bangga melihat keputusan kajian terutamanya kaum Melayu yang meningkat dan menunjukkan Kerajaan Ne- geri berjaya menambat hati

kaum terbabit terutama di ka-wasan luar bandar,” katanya ke-pada SelangorKini.

Pada masa sama, Zuraida turut menasihatkan Kerajaan Negeri supaya memandang serius pera-tusan kaum Cina yang sedikit menurun.

Katanya, Kerajaan Negeri per-lu mengenal pasti punca penu-runan itu seterusnya kembali me-narik kepercayaan kaum Cina.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kam-pung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata kajian itu adalah pen-capaian membanggakan dan membuktikan bahawa dasar serta hala tuju Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Be-sar berkesan.

“Kami akan bersikap rendah diri dan bekerja dengan bersung-

guh-sungguh supaya kebajikan rakyat Selangor terus dilindungi,” katanya.

Exco Agama Islam, Adat Me-layu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ah-mad Yunus Hairi, berkata Kera-jaan Negeri perlu terus bekerja keras dalam memastikan mesej me-rakyatkan ekonomi sampai kepada rakyat.

Katanya, kejayaan Kerajaan Negeri itu bukan hanya untuk in-dividu tetapi perlu digarap secara bersama.

“Peratusan itu menunjuk-kan Kerajaan Negeri perlu kerja lebih kuat lagi secara bersama dengan semua pihak. Semua Ahli Dewan Negeri (ADN) perlu menyokong gagasan Menteri Besar dan akhirnya peratus ce-merlang akan dicapai dengan sejajar,” katanya.

Konsisten cemerlang bukti rakyat puas hati

Prestasi Kerajaan Negeri

Enggan menjawab

51%Berpuas hati

14%Sangat

berpuashati

21%Tidak

berpuashati

13%Tidakpasti

1%

73%Berpuas hati

27%Tidak

berpuashati

Sumber: Merdeka Center

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syasya Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

PENGURUS PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Page 6: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

TENG CHANG KHIM6 Keluaran Khas Aidilfitri 2016/1437

Exco PElaburan, PErindustrian (iKs)& PErdagangan dan PEngangKutan

Hab perdagangan tingkat minat usahawan IKS

Pembangunan negeri berlangsung pesat

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi beberapa ak-tiviti dan inisiatif diran-

cang dan dilaksanakan dari tahun lalu hingga kini.

Menyentuh soal pengang-kutan khususnya pengangku-tan awam, ia sentiasa mendapat tumpuan dan menjadi isu besar di Malaysia, maka dengan itu Kerajaan Negeri mengambil inisi-atif memulakan program Bas Se-langorku iaitu perkhidmatan bas percuma untuk penduduk Sela-ngor, mulai Julai 2015.

Selepas penjenamaan semula, ia kini dikenali sebagai Bas Smart Selangor dengan perkhidmatan-nya di kawasan bandar antara-nya Shah Alam, Subang Jaya dan Klang. Selepas mendapat sam-butan dan respon positif rakyat, maka perkhidmatannya terus di-perluaskan dengan pelancaran di Ampang Jaya dan Kajang, pada Januari lalu.

Bagi tujuan itu, Kerajaan Ne-geri memperuntukkan RM10 juta tahun ini untuk perkhidmatan bas percuma itu terus berkem-bang dengan tumpuan kepada kawasan luar bandar. Perkhid-matan ini membabitkan enam pihak berkuasa tempatan (PBT) menjelang akhir tahun ini de-ngan Majlis Perbandaran Sela-yang (MPS) yang pertama, pada Mei lalu.

Manakala, lima yang lain ia-lah Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Majlis Daerah Hulu Se-langor (MDHS), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL). Sehingga akhir April lalu, sejumlah 1.35 juta penumpang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor.

Saya turut berbesar hati un-tuk berkongsi visi Kerajaan Ne-geri menjadikan Selangor hab perdagangan e-dagang anta-rabangsa melalui penubuhan Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) sertapembinaan Pusat Kreatif DigitalSelangor (SDCC) di kawasan se-luas 11,000 kaki persegi.

SITEC berdiri sebagai satu lan-dasan dengan semua pihak berke-pentingan dalam ekonomi digital Selangor dapat dikumpulkan bagi memberi panduan untuk model e-dagang di negeri ini dan ber-fungsi menggalakkan usahawanIndustri Kecil dan Sederhana (IKS)serta syarikat perintis meneroka

e-dagang sebagai satu cara untukmemperluaskan pasaran meren-tasi sempadan.

Setakat ini, SITEC sudah mem-bantu kumpulan pertama 100 usahawan bergerak ke arah e-da-gang melalui program 100 Dalam Talian (Online 100) dengan sa-saran seterusnya 100 usahawan lagi.

SITEC juga berjaya mengan-jurkan lebih 30 program sejak ditubuhkan tahun lalu termasuk Anugerah Usahawan E-Dagang Terbaik (Tol E-Commerce Mer-chant Award), Kelas Pendidikan E-Dagang (regular E-CommerceEducation Classes) serta Startup-Quest Selangor.

Dalam tempoh lima bulan lalu, saya sudah pergi ke lapan negara meliputi 25 bandar ber-tujuan untuk mempromosikan Selangor sebagai lokasi menarik bagi pelabur.

Dengan kepercayaan baha-wa pertumbuhan ekonomi ha-rus memberi keutamaan kepada rakyat serta masyarakat pekerja dan pengguna, delegasi misi pela-buran dibentangkan berkenaan perkembangan semasa di Sela-ngor antaranya industri hab halal dan Bio Bay Selangor serta Ekspo Antarabangsa Selangor.

Satu perkembangan menarik, Toyota berminat menubuhkan kilang pengeluaran kedua untuk kereta penumpang di Malaysia bernilai kira-kira RM2 bilion terle-tak di Bukit Raja Industrial Estate dan dijangka siap pada awal 2019 dengan pengeluaran awal 50,000 unit setahun.

Menyentuh Ekspo Antara-

bangsa Selangor, kita akan menganjurkannya buat kali ke-dua tahun ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC), pada 20 hingga 22 Oktober ini.

Penganjuran bertema Halal,

Sains Hayat dan E-Perdagangan tahun ini akan menyediakan 630 gerai pameran berikutan keja- yaan program tahun lalu den-gan 400 gerai dan 4,316 pe- ngunjung.

Sambutan setakat ini amat

menggalakkan dengan hampir 70 peratus gerai ditempah bagi ekspo yang bakal menjadi acara perniagaan terbesar di Selangor buat usahawan tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, ekspo ini bakal dilengkapkan dengan beberapa acara anjuran SITEC seperti 'hack-athon' iaitu amalan e-dagang ter-baik menggunakan pemain e-da-gang utama dengan pihak awam dapat mengenal pasti pembekal utama dalam rantaian e-dagang.

Terdapat juga Persidangan E-Dagang Asia Tenggara (SEAEC) yang mempunyai fokus lebih kepada membincangkan perda-gangan merentasi isu sempadan, peradaban, logistik dan landasan halal.

Akhir sekali, satu persidangan terbesar anjuran SITEC dan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) di Kediaman Bandaraya Bijak (Smart City Living), pada 27 September ini.

Program terbabit antara lain menghimpunkan pakar indus-tri tempatan dan global dalam membincangkan isu penam-bahbaikan pengurusan serta ke-hidupan rakyat Selangor selain perkara berkaitan yang melanda bandar besar seperti masalah trafik juga kebersihan melalui teknologi.

Ia perkembangan menarik bagi Selangor tahun ini dan kita sentiasa gigih berusaha dengan rakan kongsi kami, pihak majlis dan jabatan bagi merealisasikan wawasan Kerajaan Negeri mema-cu era kegemilangan Selangor ke tahap lebih tinggi.

Page 7: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

7Keluaran Khas Aidilfitri 2016/1437

ISKANDAR ABDUL SAMADExco PErumahan, PEngurusan bangunan dan KEhiduPan bandar

40,000 Rumah Mampu Milik Selangorku menjelang 2020

Tiga insentif utama pembangunan peduli rakyatKerajaan Selangor menja-

dikan pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) Se-langorku sebagai salah

satu fokus rancangan pemba-ngunan bersifat peduli rakyat seperti diumumkan Menteri Be-sar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dalam pembentangan Belan-jawan Negeri 2016.

Sejak diumumkan Oktober lalu, Kerajaan Negeri dijangka mampu merealisasikan impian itu sambil disokong kehadiran be-berapa pemaju perumahan uta-ma dalam pasaran tempatan yang kian mempamerkan keprihatinan akan keperluan masyarakat untuk memiliki rumah pertama.

Kemunculan nama besar syarikat pembangunan harta-nah seperti Perbadanan Kema-juan Negeri Selangor (PKNS) dan Worldwide Holdings Berhad sambil disokong peranan yang dimainkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) memperlihatkan perkembangan positif dalam merealisasikan has-rat pembinaan 40,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun.

Atas keperihatinan itu, Kera-jaan Negeri juga melancarkan tiga insentif utama sejak 2015 bagi menggalakkan pemaju membina rumah mampu milik di Selangor menerusi pengecua-lian caj pemajuan, pengurangan

premium dan peningkatan kepa-datan sehingga 120 seekar untuk tapak sesuai.

Segala usaha Kerajaan Nege-ri setakat ini membuahkan hasil apabila kelulusan sudah diberi kepada pemaju untuk pembinaan 27,000 unit Rumah Selangorku.

Tambahan pula, syarat per-mohonan yang dahulunya dibu-ka pada pemohon berumur 40 tahun, namun ia dilonggarkan pada usia seawal 25 tahun ke-rana memahami kehendak serta masalah golongan belia yang su-dah dan belum berkahwin untuk memiliki rumah pertama.

Di samping itu, penetapan harga jualan Rumah Selangorku di antara RM42,000 hingga RM250,000 khusus untuk pemi-likan pertama membuktikan Ke-rajaan Negeri komited menawar-kan kediaman setimpal dengan pendapatan rakyat berbanding tawaran harga dikemukakan Kerajaan Persekutuan menerusi projek Perumahan Rakyat 1Ma-laysia (PR1MA) yang mencecah RM300,000 seunit.

Usaha positif Kerajaan Sela-ngor sudah mula mencuit minda Kerajaan Persekutuan mengikti-raf program Rumah Selangorku apabila PRIMA memohon untuk mengambilalih projek Rumah Se-langorku yang diluluskan untuk dibina pemaju swasta.

Bagaimanapun, ia tertakluk ke-

pada dua syarat iaitu projek perlu dinamakan SELANGORKU PRIMA bukan PR1MA dan separuh dari-pada pembeli adalah dalam sena-rai yang disediakan Kerajaan Ne-geri melalui Lembaga Perumahan

Dan Hartanah Selangor (LPHS).Permohonan PR1MA ini

adalah satu bukti kejayaan polisi Rumah Selangorku kera-na Kerajaan Persekutuan perlu memohon bantuan Kerajaan

Negeri untuk mencapai sasaran pembinaan rumah mereka. Ke- rajaan Negeri sedia bekerjasa-ma dengan Kerajaan Perseku-tuan menyediakan kediaman untuk rakyat.

Page 8: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

NIK NAZMI NIK AHMAD8 Keluaran Khas Aidilfitri 2016/1437

Exco JawatanKuasa tEtaP PEndidiKan,PEmbangunan modal insan, sains, tEKnologi dan inovasi

Anjakan paradigma sistem pendidikan

Selangor sasarpelbagai strategi baru

Kerajaan Selangor me-ngambil berat perihal pendidikan dan menye-dari perkara itu, Menteri

Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di dalam pembentangan Be-lanjawan 2016 menyatakan ba-hawa sistem pendidikan memer-lukan satu anjakan paradigma.

Dalam usaha membentuk masyarakat berpendidikan, satu pendekatan holistik diperlukan demi melahirkan kumpulan gra-duan yang bukan sahaja cemer-lang akademik tetapi pada masa sama berakhlak tinggi.

Kerajaan Selangor memainkan peranan di dalam menyediakan medium dan pelbagai kemu-dahan bagi menjayakan proses pendidikan generasi akan datang sejak anak dilahirkan sehingga meninggal dunia. Sedia mak-lum, pendidikan pada dasarnya ditetapkan di bawah kuasa se-liaan Kerajaan Persekutuan menurut Perlembagaan Malaysia.

Bagi Kerajaan Selangor, agen-da memperkasakan pendidikan negeri dipertanggungjawabkan kepada Jawatankuasa Tetap Pen-didikan, Pembangunan Modal In-san, Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menggerakkan usaha ini.

Selaku pengerusi, saya mensa-sarkan beberapa strategi baru se-lain melaksanakan program serta inisiatif yang ditetapkan sebelum ini.

Antara perkara baru yang di-laksanakan sejak tahun lalu dan diteruskan tahun ini adalah inisi-atif untuk memberdaya pendidi-kan negeri terutama pihak yang bertanggungjawab mendidik pe-lajar yakni golongan guru.

Di dalam usaha ini, Jawa-tankuasa Tetap Pendidikan mula melaksanakan Program Pem-bangunan Kemahiran Guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) dan Seko-lah Agama Rakyat (SAR) Selangor, seiring dengan matlamat yang digariskan di dalam Dasar Pen-didikan Kebangsaan untuk mela-hirkan guru yang profesional, berketerampilan, berdaya saing, berakhlak mulia, mengamalkan nilai murni, mahir berfikir dan cekap teknologi.

Program itu bermatlamat me-latih sekurang-kurangnya 400 guru di seluruh Selangor setahun dengan lebih daripada 10 modul khas disediakan termasuk Pro-gram Pemantapan Kepimpinan Guru, Program Pengurusan Pa-nitia, Program Pengajaran Tahsin Quran, Program Profesionalisma Penyeliaan Berkesan dan Pro-gram Pemantapan Professiona-lisma Murabbi.

Kerajaan Negeri juga sema-kin giat memperkasakan agenda pendidikan STEM. Program STEM Selangor adalah program pendi-dikan berbentuk bengkel dan ce-ramah berkenaan Sains, Teknolo-gi, Kejuruteraan dan Matematik. Program itu bertujuan memban-tu memupuk minat pelajar sea-

wal tujuh tahun bagi melibatkan mereka dalam bidang STEM un-tuk mencapai aspirasi Kerajaan Negeri yang hendak mengga-lakkan pengamalan ilmu STEM dalam kalangan generasi muda yang mampu menjadi pemang-kin kepada kemajuan Selangor pada masa akan datang.

Agenda itu digerakkan me-lalui program pendedahan ilmu STEM di seluruh negeri terma-suk Program STEM Robotik Sela- ngor yang mensasarkan pengli-batan 50 sekolah seluruh Sela-ngor, Program Latihan Kemahiran ICT (Web Programming HTML 5) Gen-Y, Program Latihan Kemahi-ran ICT (Microsoft Office) Gen-Y, Program Latihan Kemahiran ICT (Microsoft Office) bagi golongan berpendapatan rendah, Program Garis Panduan Penggunaan Blog dan Media Sosial, STEM Kick Start Programme iaitu satu program ICT Interaktif, Elektronik dan Pe-ngaturcaraan (programming) serta Mobile Planetarium yang digerak-kan dari daerah bersama Karnival Jelajah GeMS Selangor.

Satu lagi inisiatif Kerajaan Ne-geri yang dilaksanakan buat ju-lung kalinya ialah Program Bi-asiswa Selangorku iaitu 97 pelajar dari UNISEL dan KUIS menerima biasiswa dengan jumlah perun-tukan RM432,936.

Terbaru Kerajaan Negeri juga melaksanakan Program Selangor Job Fair yang pertama dan ber-jaya menarik 10,000 pengunjung.

Karnival kerjaya itu menawar-kan lebih 5,000 peluang peker-jaan daripada 60 syarikat seki-tar Selangor. Peluang pekerjaan yang disediakan termasuk di dalam industri kejuruteraan, pe-

makanan, kesihatan, peruncitan, perkhidmatan dan automotif.

Jawatankuasa tetap itu juga meneruskan inisiatif terdahulu melalui Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Anta-ranya program Program Skim Tunas untuk anak yang dimasuk-kan ke tadika sekitar Selangor. Ia adalah program subsidi yuran RM50 sebulan kepada keluarga berpendapatan isi rumah ren-dah apabila anak itu memasuki tadika dan tahun ini pendapatan isi rumah ditingkatkan kepada

RM3,000 daripada RM2,500 sebe-lumnya.

Di peringkat sekolah pula, Kerajaan Negeri menyediakan dana RM16 juta setiap tahun bagi menyediakan infrastruktur yang baik dan selamat kepada sekolah supaya pembelajaran anak kita kondusif dan selamat. Pada fasa pertama, RM10.2 juta diberikan kepada 462 sekolah SAR, SJK(T) dan SJK(C) seluruh Selangor.

Program Tuisyen Rakyat Sela-ngor adalah kelas tambahan per-cuma disediakan Kerajaan Ne-

geri bagi membantu calon SPM di negeri ini mendapatkan kepu-tusan yang baik dan melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke IPT Selangor. 100 pelajar diberi peluang bagi setiap kawasan De-wan Undangan Negeri (DUN).

Bagi Peringkat Pendidikan Tinggi, ‘Hadiah Anak Masuk ke Universiti’ pula disediakan ke-pada anak Selangor yang berja-ya melanjutkan pelajaran ke IPT. Kerajaan Negeri memberikan in-sentif RM1,000 kepada yang layak selain turut menyediakan pinja-man tanpa faedah kepada pela-jar dengan pembiayaan daripada awal sehingga tamat pengajian.

Selain itu dasar baru seperti Program Bantuan Sara Diri yang diberikan kepada pelajar UNISEL dan KUIS diperluaskan syaratnya seperti berikut:

a) keluarga yang berpendapa-tan RM5,000 dan ke bawah

b) tidak terikat hanya kepadapeminjam di bawah Perbandan-an Tabung Pendidikan Tinggi Na-sional (PTPTN) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Kemahiran (PTPTK) sahaja

c) Terbuka juga kepada pelajardi Kolej INPENS.

Antara penambahbaikan lain yang dilakukan sejak tahun lalu termasuk di dalam Pembangu-nan Modal Insan yang dijenama semula kepada INSAN. Untuk menjana keupayaan dan potensi kemanusiaan secara holistik dan komprehensif bagi mewujudkan sumber manusia yang berkualiti dan bernilai, penambahbaikan dilakukan ke atas proses latihan dan kandungan modul dengan memberi fokus kepada 23 poten-si insan yang dikenal pasti.

Ini antara nisiatif Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi yang dijalankan secara konsisten bermula tahun lalu dan dipertingkatkan lagi usaha tahun ini dengan matlamat memantap-kan program serta inisiatif sedia ada.

Realitinya, Selangor kini kian maju dan sentiasa ke hada-pan, oleh itu agenda pendidi-kan serta pembangunan modal insan juga seharusnya setara dengan perkembangan negeri agar ia sejagat. Kedua-dua as-pek pendidikan dan modal in-san mempunyai peranan yang amat penting untuk memas-tikan masa depan yang lebih makmur dan sejahtera bagi rakyat Selangor.

Page 9: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor
Page 10: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

SMART SELANGOR10 Keluaran Khas Aidilfitri 2016/1437

Lonjakan ke arah Smart State

Inisiatif program berpaksikan rakyat

Smart Selangor adalah ini-siatif mesra rakyat cetusan pintar YAB Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali untuk

menggerakkan negeri melakukan anjakan paradigma terhadap be-berapa aspek.

Program itu berpaksikan ke-pada rangsangan atau galakan terhadap pengetahuan ekonomi melalui infrastruktur pintar, mem-bangun rakyat pintar dan mewu-judkan kerajaan pintar.

Memetik ucapan Belanjawan Selangor 2016, Mohamed Az-min berkata, ‘Smart State’ hanya akan tercapai matlamatnya apa-bila semua perkakasan boleh ber-interaksi secara holistik dengan manusia untuk meningkatkan kualiti hidup sesebuah komuniti.

Membuktikan ia bukan seka-dar ‘cakap-cakap kosong’, beliau mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk membangunkan pelan tindakan Selangor sebagai negeri pintar.

Sejak daripada itu, pelbagai usaha digerakkan termasuk me-dia menggembar-gemburkan se-cara meluas berkenaan inisiatif #SmartSelangor.

Perisiannya menjadi bualan ramai namun soalan yang sering dibangkitkan, apa itu Smart Se-langor?

Rakyat pastinya mahukan perasaan memiliki apa yang dikatakan negeri pintar atau Smart Selangor, antaranya

1 Menginginkan perkhidmatan dan kemudahan awam kerajaan yang lancar meng-

gunakan sistem penyimpanan maklumat selamat dan boleh di-percayai

2 Kawasan kejiranan mes-ra teknologi dilengkapi wifi percuma, penemuan

interaktif sosial merangkumi perniagaan tempatan, seni atau budaya melalui aplikasi telefon pintar

3 Memiliki kepelbagaian dalam pengangkutan seper-ti laluan pejalan kaki selesa,

basikal, laluan basikal berbeza dan perkongsian basikal, transit dan lain-lain

4 Daerah atau kawasan keji-ranan berdasarkan sumber yang boleh diperbaharui,

pengurusan sisa pepejal lebih efisien, penyertaan aktif rakyat dalam aktiviti kitar semula dan inisiatif hijau

5 Memiliki peluang menjadi masyarakat aktif bagi menin-gkatkan kualiti hidup melalui

penggunaan teknologi dan meng-hasilkan keputusan dan kesan lebih baik

6 Memiliki pemantauan segera berkenaan penggunaan tenaga dan kawalan trafik.

Rakyat juga mahu memiliki navi-gasi jalan raya interaktif, jaringan sosial, rangkaian kesihatan digital dan lain-lain

APA YANG RAKYAT MAHU DARIPADA BANDAR PINTAR

Berpaksikan visi Selangor se-bagai negeri pilihan di rantau ASEAN, Smart Selangor menya-jikan lima komponen sebagai matlamat utamanya:1. Peningkatan pertumbuhan

ekonomi2. Pemastian perlindungan alam

sekitar3. Peningkatan kualiti hidup4. Penciptaan peluang pekerjaan5. Kedudukan fiskal negeri lebih

kukuh

Siapakah yang mengepalai

Smart Selangor?

Pada 6 April 2016, Majlis Me-syuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 12/2016 meluluskan me-

kanisme pelaksanaan program Smart Selangor terdiri daripada:

1. Majlis Perundingan Smart Selangor

2. Jawatankuasa Pemandu3. Smart Selangor Delivery Unit

(SSDU)

Majlis Perundingan Smart Se-langor dipengerusikan YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan di-anggotai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahya, Exco negeri, panel antarabangsa dan ketua sektor swasta.

Jawatankuasa Pemandu pula diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri sementara SSDU ditera-jui Pemerbadanan Menteri Be-sar (MBI) yang ditugaskan untuk

menerajui inisiatif Smart Sela-ngor.

Bersama pasukan itu adalah agensi utama Kerajaan untuk membangunkan pelan tindakan Smart Selangor.

Pemain utama dalam menja-yakan Smart Selangor sudah pas-tilah SSDU iaitu sebuah unit khas yang memiliki struktur tadbir urus tersendiri termasuk pentad-biran, bajet, proses, prosedur dan melapor terus kepada Kerajaan Negeri.

SSDU mempunyai peluang cerah untuk berjaya, namun ia memerlukan penglibatan dan kerjasama pihak berkuasa tem-patan (PBT) dan semua agensi di bawah Kerajaan Negeri.

Tampil dengan enam fungsi, SSDU dipertanggungjawab-

‘Smart State’ hanya akan tercapai matlamatnya apabila semua perkakasan boleh berinteraksi secara holistik dengan manusia untuk meningkatkan kualiti hidup sesebuah komuniti.

Ihsan Frost and Sullivan

Page 11: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

11Keluaran Khas Aidilfitri 2016/1437

Lonjakan ke arah Smart State

Inisiatif program berpaksikan rakyat

kan untuk menyediakan program strate-gik dan Blueprint Smart Selangor termasuk mencadangkan penunjuk prestasi utama (KPI).

Mereka juga adalah pasukan yang mengu-ruskan portfolio dan projek di bawah Smart Selangor, di samping mengenal pasti dan me-nyelesaikan isu pembangunan serta pelaksa-naan projek termasuk menyelesaikan konflik.

SSDU perlu menyediakan laporan atau analisa penilaian untuk melihat keberkesanan pelan Smart Selangor, merancang dan me-nguruskan bajet program serta komunikasi antara pemegang pihak berkepentingan.

SSDU turut bertindak sebagai sekretariat kepada Majlis Perundingan dan Jawatankuasa Pemandu Smart Selangor untuk memastikan kelancaran program dibangunkan Menteri Besar.

Apakah capaian Smart Selangor setakat ini?

Untuk memulakan proses membangunkan pelan tindakan itu, SSDU pada 1 Jun lalu me-nganjurkan sesi penerangan membabitkan semua agensi Kerajaan Negeri dan PBT.

Ia adalah asas kepada Lab Smart Selangor Fasa 1 yang bermula pada 27 Jun hingga 1 Julai dikendalikan bersama pakar perunding ‘smart city’ antarabangsa Frost & Sullivan.

Selain membincangkan pelan tindakan, Lab Smart Selangor turut memperinci Smart Selangor Blueprint yang akan menentukan hala tuju program terbabit.

Mengapa pelan

Smart Selangor penting?

Terasnya adalah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan menekankan 12 perkara pintar merangkumi:

1. Smart Governance2. Smart Energy3. Smart Water Management

Budget 2016: Membangun Smart Selangor Yang Peduli

SMART SELANGOR

4. Smart Waste Management5. Smart Development6. Smart Digital Infrastructure7. Smart Transportation & Mobility8. Smart Safety & Security9. Smart Crisis Management

10 Smart Agriculture11. Smart Health12. Smart Education

Dalam fasa pertama membangunkan pelan tindakan itu, Lab Smart Selangor me-numpukan kepada empat domain:

1. Smart Governance2. Smart Waste Management3. Smart Digital Infrastructure4. Smart Transit Oriented Development

Lab yang dianjurkan bersama Frost & Sullivan dan SSDU akan mencadangkan sekurang-kurangnya empat projek perintis daripada empat domain utama tadi.

Projek ini sebenarnya adalah ‘smart solu-tions’ yang akan menyelesaikan beberapa masalah utama dihadapi rakyat Selangor.

Projek ini akan dilaksanakan bersama pi-hak kerajaan, agensi, PBT, pihak swata dan mana-mana syarikat antarabangsa yang difikirkan perlu bagi menjayakan ‘smart so-lutions’ dalam masa terdekat dengan per-belanjaan berpatutan daripada Kerajaan Negeri.

Selain membincangkan pelan tindakan, Lab Smart Selangor turut memperinci Smart Selangor Blueprint yang akan menentukan hala tuju program terbabit

Smart Governance

Smart Energy

Smart Water Management

Smart Waste Management

SmartDevelopment

Smart Digital Infrastructure

Smart Transportation & Mobility

Smart Safety& Security

Smart Crisis Management

Smart Agriculture

SmartHealth

SmartEducation

Improve the Quality of Life

Smart Selangor untuk menambah baik kualiti hidup rakyat

Page 12: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

Daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Berdiri dari kiri Ean Yong Hian Wah, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, Dato’ Nik Suhaimi Nik Sulaiman, Dato’ Noordin Sulaiman, Nik Nazmi Nik Ahmad, Dato’ Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib, Amirudin Shari, V Ganabatirau

Duduk dari kiri Dr Daroyah Alwi, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Elizabeth Wong

Page 13: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

DR AHMAD YUNUS HAIRI14 Keluaran Khas Aidilfitri 2016/1437

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi

Untuk tahun 2016, pelak-sanaan program jabatan di bawah Jawatankuasa tetap Hal Ehwal Agama

Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kam-pung Tradisi berpaksikan konsep 'Smart Selangor Maju Sejahtera (Baldatun Toiyyibatun Warabbun Ghafur) berasaskan prinsip Maqa-sid Al-Syariah.

Kejayaan program Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) menjadikan masjid sebagai tapak acara program memberikan impak positif di dalam usaha pengimara-han entiti itu secara berterusan.

Kini, institusi masjid dilihat bu-kan sekadar tempat beribadah, bahkan peranannya diperluaskan sebagai pusat komuniti masyara-kat setempat.

Hasil kolaborasi pelbagai agensi kerajaan dan jabatan di ba-wah 'stanco' saya memperlihat-kan pelbagai penambahbaikan pengisian Karnival 3K, pada tahun ini.

Di antara pengisian terbaru adalah klinik 'Wuduk Sempurna, Ji-mat Air' yang menggalakkan umat Islam menghargai kemudahan dalam agama ini selain menyam-but kempen Kerajaan Negeri iaitu 'Jimat Air Peringkat Negeri Selan-gor' 2016.

Penubuhan Kelab Anak Muda Islam (KAMI) sebagai ‘pilot proj-ect’ di beberapa masjid terpilih adalah antara usaha pemerkasaan institusi masjid supaya dapat me-narik golongan muda dan remaja datang untuk memakmurkan insti-tusi ini.

Program 'Nikah Perdana/Perkahwinan Beramai-ramai' de-ngan matlamat untuk membantu pasangan raja sehari supaya tidak terbeban dengan kos perkahwinan yang tinggi masa kini dapat dilak-sanakan secara berjimat dengan kaedah bergotong-royong dalam kalangan masyarakat setempat.

Surat Nikah 'Fast Track'

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini berjaya mengeluarkan Surat Perakuan Nikah 'Fast Track' dalam tempoh sehari untuk kemu-dahan pasangan pengantin baru.

Program pemerkasaan agama Islam Selangor diteruskan tahun ini dengan inisiatif Kerajaan Negeri memulakan pembinaan sebuah lagi Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) di Pandan menjadikan lima buah sehingga hari ini bagi menam-pung permintaan sedia ada.

Kerajaan Negeri turut menaik-kan elaun guru KAFA daripada RM1,300 kepada RM1,500 dengan 5,130 orang akan menikmati man-faat terbabit

Manakala, pengisian Kuliah Bu-lanan Kitab Mastika Hadis Bersijil oleh Timbalan Mufti Selangor an-tara usaha yang dijalankan bagi mempertingkatkan kefahaman Islam dalam kalangan penjawat

Smart Selangor Maju Sejahtera asas pembangunan

Utamakan pemerkasaan Islam, usahawan desa

awam di Pejabat SUK. Program Tahunan Ihya’ Rama-

dan pula diteruskan tahun ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam setiap hari bermula dengan pengi-sian tazkirah ilmiah, majlis iftar dan disudahi solat terawih berjemaah.

Selain itu, program Forum Da-kwah 'Jalan ke Syurga' secara bu-lanan turut diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dengan tajuk islamik secara santai.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) juga ber-jaya mengurangkan kes tertang-guh urusan penceraian dengan projek ‘Key Focus Activities’ (KFA) iaitu kes cerai 'fast track' dalam tempoh enam jam.

Saya dan Ketua Hakim Syarie Selangor pula dijemput meng-hadiri satu majlis di Massachusetts, Amerika Syarikat bagi berkongsi

maklumat berkenaan sistem ke-hakiman Syariah Selangor serta konsep Maqasid Syariah, bahkan ia mendapat respon positif daripada kalangan hakim yang hadir.

Keterujaan Ketua Hakim Paula

Chief Justice Paula M Carey sa-ngat teruja dengan sistem Mahka-mah Syariah Selangor yang dilihat terkehadapan dan boleh diconto-hi. Beliau juga menyatakan baha-wa salah satu inisiatif yang sedang dilaksanakan di Massachusetts adalah kaedah ‘Alternative Dis-pute Resolution’ yang menyerupai kaedah sulh seperti diamalkan di Selangor.

Selain itu, JAKESS sedang memperkasakan Bahagian So-kongan Keluarga (BSK) bagi me-

nyelesaikan masalah pelaksanaan perintah mahkamah berkenaan nafkah tuntutan pengadu yang membuat aduan.

Bagi program pemerkasaan usahawan desa dan baru, Kera-jaan Negeri mewujudkan dua lagi pusat inkubator iaitu di DUN Sijangkang bagi usahawan ke-cantikan, jahitan dan gunting rambut serta di DUN Sabak bagi usahawan kecantikan juga jahi-tan selain sedia ada di Meru un-tuk usahawan penyaman udara, manakala di Hulu Selangor untuk usahawan bengkel motosikal.

Kerajaan Negeri bakal mem-perkenalkan Program UMPH (Usa-hawan Muda Pasti Hebat) yang boleh meningkatkan pendapatan peserta usahawan sebanyak 50 hingga 100 peratus dan akan ber-mula pada Julai ini dengan men-

sasarkan peserta dalam kalangan belia, penganggur, ibu tunggal serta peniaga kecil-kecilan luar bandar.

Selain menggalakkan usaha-wan desa berniaga barangan nia-gaan mereka, melalui pro-gram ini juga peserta UMPH bo-leh meningkatkan pendapatan sehingga mencecah RM10,000.

Kerajaan Negeri turut menye-diakan inisiatif Tapak Dataran Niaga yang dilengkapi dengan keperluan dan kemudahan asas berpatutan bagi membantu pe-ningkatan ekonomi penduduk kampung juga desa.

Sehingga kini terdapat sebuah Dataran Niaga yang beroperasi di Daerah Gombak sebagai program ‘pilot project’ dan ia akan diperlu-askan ke daerah lain secara ber-peringkat.

Page 14: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

KHUTBAH RAYA15Keluaran Khas Aidilfitri 2016/1437

Satu Syawal, hari raya Ai-dilfitri, hari untuk kita bergembira, diharamkan bagi kita berpuasa, disu-

natkan untuk kita menyambut-nya dengan laungan takbir yang nyaring dan mendirikan solat su-nat Aidilfitri.

Sebuah hadis daripada Ibn Abbas RA beliau menjelaskan;

“Sesungguhnya Nabi SAW telah keluar pada hari raya id-ulfitri, kemudian terus menger-jakan solat sunat hari raya, se-banyak dua rakaat” (Riwayat al-Bukhari).

Aidilfitri hari dianugerahkan Allah SWT sebagai suatu peng-hargaan yang tinggi kepada seluruh umat Islam lantaran kerana ketaatan kita sepanjang Ramadan.

Oleh itu, hari ini kita disuruh merayakannya sebagaimana Ra- sulullah SAW merayakannya, kita juga diharuskan menjamu juadah bersama-sama ahli ke-luarga dan umat Islam yang lain, supaya dapat sama-sama menyambut hari raya dengan penuh gembira dan ceria.

Kita memang disuruh me-nyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan, memakai pakaian indah, menghias dan member-sihkan rumah, disunatkan mandi pada pagi hari raya, disunatkan juga menjamah makanan sebe-lum keluar untuk mengerjakan solat sunat Aidilfitri, ketika balik ke rumah pula disunatkan me-lalui jalan berbeza daripada lalu-an pergi ke masjid.

Kita juga digalakkan untuk bermaaf-maafan antara suami is-teri, anak-anak dengan ibu bapa, adik beradik sekeluarga dan jiran tetangga, bahkan disunatkan saling menghulurkan juadah

Aidilfitri: Perayaan Ibadah

Sungguh malang jika sepanjang Ramadan kita sanggup menahan lapar dan dahaga, menjaga pertuturan dan tingkah laku, tetapi sebaik sahaja Ramadan berlalu meninggal-kan kita, maka segala perbuatan mungkar dan sia-sia mula datang menjelma dan menguasai diri kita.

dalam kalangan jiran tetangga.Amalan yang sangat disunat-

kan ialah memperbanyakkan takbir dengan suara yang lan-tang bermula dari terbit anak bulan Syawal, hinggalah Imam memulakan solat sunat Aidilfitri sebagai menyerlah dan mening-gikan syiar Islam yang agung.

Firman Allah SWT. dalam surah al-Haj ayat 32;

Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (Dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.

Dalam kerancakan kita mera-yakan Aidilfitri, kita mesti ingat sesungguhnya Aidilfitri adalah satu ibadah yang menjadi tanda kesyukuran kita kepada Allah, kerana Allah telah menyediakan Ramadan dengan pakej lengkap pelbagai ganjaran pahala yang lebih baik daripada umat-umat terdahulu.

Maka tidak wajar sama sekali kita mencemarkannya dengan maksiat atau perbuatan yang dimurkai oleh Allah SWT, seperti pembaziran, pergaulan bebas, bersentuhan dan bersalaman di antara lelaki dan perempuan bu-kan mahram, berpakaian tidak menutup aurat ataupun kurang sopan, dan leka menghabiskan masa di hadapan televisyen sa-haja.

Sesungguhnya berakhirnya Ramadan tidak bermakna kita boleh melakukan apa sahaja, kemungkaran dan maksiat, per-

buatan yang sia-sia, menipu, mengumpat dan fitnah, adu domba dan sebagainya.

Sungguh malang jika sepan-jang Ramadan kita sanggup me-nahan lapar dan dahaga, menja-ga pertuturan dan tingkah laku, tetapi sebaik sahaja Ramadan berlalu meninggalkan kita, maka segala perbuatan mungkar dan sia-sia mula datang menjelma dan menguasai diri kita.

Ramadan berlalu mening-galkan kita, apakah kita masih ada umur dan kesempatan un-tuk bertemu lagi Ramadan yang akan datang?

Namun, yang penting apakah kesan, kebaikan dan keuntung-an yang kita perolehi sepanjang tempoh kita bersama dengan Ramadan kali ini?

Kalau sepanjang Ramadan ini kita penuhi dengan ruku’ dan su-jud kepada Allah, maka bertam-bahkah tunduk dan patuh kita kepada Allah selepas Aidilfitri ini?

Kalau sepanjang Ramadan kita sangat pemurah dengan za-kat, sedekah dan derma yang kita hulurkan, maka bertambahkah murahnya sikap kita selepas 1 Syawal ini?

Jika sepanjang hari ini kita penuhi dengan aktiviti ziarah dari rumah ke rumah, jiran te-tangga dan saudara mara, maka bertambahkah kemesraan dan silaturrahim sesama kita selepas ini, apakah hasilnya bertambah baik dengan tidak ada lagi adik beradik yang bermasam muka dan tidak bertegur sapa, tidak ada lagi kawan dan jiran tetang-ga yang masih menyimpan hati dan memendam rasa, semua itu

wajib diselesaikan segera su-paya kita menjadi hamba Allah yang bertakwa.

Kita sepatutnya dapat mening-katkan kualiti diri dengan latihan Ramadan yang lalu, kerana kita berjaya mengawal perbelanjaan kita semasa menyediakan juadah berbuka puasa dengan cermat dan tidak membazir, maka apa-kah kesannya?

Apakah akan bertambah baik pengurusan ekonomi, ke-wangan dan perbelanjaan kita selepas ini?

Kita juga berjaya memper-baiki sikap kita terhadap kitab Allah dengan bersungguh-sung-guh untuk mengkhatamkan Al-Quran dan bertadarus di sepan-jang bulan Al-Quran diturunkan.

Maka selepas ini berapa ra-maikah antara kita yang mena-ngis kerana sedar dan insaf untuk meneruskan amalan berkenaan

setiap hari, seolah-olah kita ber-ada di bulan Ramadan?

Kita yakin bahawa ramai mus-limin dan muslimat di malam-malam Ramadan, bangun malam bertahajjud, berqiamullail dan bermunajat kepada Allah dengan sempurna, berjaya merebut Lai-latul-Qadr iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Kerana itu layaklah Aidilfitri ini disambut seperti berikut :

1. Mengucapkan syukur kepa-da Allah dan meyakiniNyamenjadikan Ramadan untukhambanya meningkatkandarjat iman dan ketakwaan

2. Menyambut Aidilfitri mengi-kut sunnah Rasulullah SAWkerana Aidilfitri adalah pe-rayaan ibadah diperintahkanAllah SWT

3. Menjauhi segala perbuatanmaksiat dan mungkar sepan-jang menyambut Aidilfitrikerana dibimbangi meng-hapuskan pahala amalansepanjang Ramadan

4. Meneruskan amalan ibadahdilakukan sepanjang Rama-dan hinggalah bertemu ke-pada Ramadan akan datang.

5. Menyedari bahawa Islambukan hanya berpuasa danmengerjakan solat sahajatetapi Islam juga mengatursegala bentuk kehidupanmanusia didunia ini yangmeliputi segala aspek perun-dangan, akhlak, pengurusanekonomi, pentadbiran nega-ra dan sebagainya.

Kita sepatutnya dapat meningkatkan kualiti diri dengan latihan Ramadan yang lalu, kerana kita berjaya mengawal per- belanjaan kita semasa menyedia-kan juadah berbuka puasa dengan cermat dan tidak membazir, maka apakah kesannya?

Page 15: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

ZAIDY ABDUL TALIB16 Keluaran Khas Aidilfitri 2016/1437

Exco infrastruKtur dan KEmudahan awam,PEmodEnan PErtanian dan industri asas tani

Alhamdulillah, saya me-ngambil kesempatan ini untuk mengucap-kan terima kasih kepa-

da seluruh rakyat Selangor yang memberikan kepercayaan kepa-da kami untuk memikul amanah mentadbir urus Kerajaan Negeri ketika ini.

Kami sentiasa komited untuk melunaskan segala amanah dan harapan rakyat. Antara intipati Al-Quran juga menuntut pemimpin melunaskan amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin terma-suk menjaga kebajikan rakyat.

Saya bersyukur kerana sehing-ga kini, Kerajaan Selangor su-dah manifestasikannya dengan melakukan banyak program ke-bajikan rakyat sejak 2008.

Ini juga selaras dengan kae-dah fiqh islam ‘Kebijakan pe-mimpin ke atas rakyat bila pe-mimpin dapat menyelesaikan permasalahan rakyat’.

Daripada sudut portfollio Infrastruktur dan Kemudahan Awam, antara kejayaan terbesar apabila kita dapat pulangkan kembali pengurusan Industri Air di Selangor kepada rakyat negeri ini.

Dengan selesainya isu pen-strukturan air di Selangor ini, se-gala urusan air tidak boleh lagi dimanipulasi oleh syarikat swasta atas kepentingan keuntungan mereka.

Antara kejayaan lain adalah pembinaan dua loji rawatan air di Semenyih dan Labohan Dagang yang menunjukkan sikap proak-tif Kerajaan Selangor dalam me-nyelesaikan permasalahan rakyat tanpa banyak menuding jari ke-pada pihak lain.

Selain itu, pembinaan Jam-batan ke-3 Klang yang akan mula dibuka untuk kegunaan rakyat Selangor, pada Disember ini.

Ia sekali gus bakal menyurai-kan masalah kesesakan trafik di Bandar Klang terutama waktu puncak.

Task force Tebatan Banjir pula berjaya mengurangkan keba-rangkalian banjir kilat berlaku khususnya di kawasan Lembah Klang, di samping pertambahan bajet RM80 juta atau peningka-tan 70.21 peratus.

Faktor ini jelas menunjuk-kan Kerajaan Negeri amat serius menangani masalah banjir.

Selain itu, pemberian air per-cuma 20 meter padu (m3) kepada rakyat negeri ini masih diterus-kan dan dinikmati 1.7 juta peng-guna domestik.

Ketika El-Nino melanda negara baru-baru ini, Selangor tersela-mat daripada kekurangan beka-lan air mentah berbanding ne-geri lain.

Hal ini kerana faktor menga-tasi musim kemarau dirancang sejak awal seperti pembinaan kolam takungan HORAS dan be-berapa langkah mitigasi yang di-laksanakan berjaya menangani kekurangan bekalan air.

Daripada sudut pertanian, Selangor melaksanakan pel-bagai program untuk memban-tu rakyat.

Pencapaian Selangor menge-luarkan hasil padi yang terting-gi dan bermutu amat mem-banggakan walaupun keluasan tanah pertanian negeri tidak semaksima negeri lain.

Kebajikan rakyat juga men-jadi teras utama agenda Kera-jaan Negeri. Selain itu juga bantuan diberikan kepada pen-

Kejayaan terbesar penstrukturan air Selangor

Hak rakyat dikembalikan

ternak dan nelayan dengan kos RM3.2 juta iaitu peningkatan RM2 juta berbanding tahun 2015.

Kejayaan ini sekali gus mem-buktikan Kerajaan Negeri be-gitu komited membantu keba-jikan golongan penternak dan nelayan.

Semoga Selangor sentiasa dirahmati Allah SWT dan men-jadi negeri ‘Baldatun Toyyiba-tun Warobbun Ghofur’

Page 16: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

DR DAROYAH ALWI17Keluaran Khas Aidilfitri 2016/1437

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga

Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang prihatin dan peka dengan kebajikan rakyat Selangor, kita su-

dah menyusun dan melaksanakan pelbagai program kebajikan juga insentif meliputi segenap lapisan masyarakat.

Antara program yang berjaya dilaksanakan adalah Smart Se-langor Food Stamp iaitu program bantuan makanan asas bagi membantu meringankan kos sara hidup golongan masyarakat ber-pendapatan rendah dan miskin serta mempunyai anak juga tang-gungan yang ramai supaya me-reka sentiasa cukup serta tidak kelaparan.

Smart Selangor Food Stamp adalah inisiatif Kerajaan Selangor membela nasib rakyat dan men-jadi negeri pertama di Malaysia yang melaksanakannya.

Kita difahamkan rakyat kini semakin terhimpit dalam kega-watan ekonomi yang parah hasil implementasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh Kerajaan Persekutuan yang mengutip cukai tanpa mengira taraf hidup rakyat sama ada senang atau susah yang tidak terkecuali.

Bagi menjayakan program ini, Kerajaan Selangor memperuntuk-kan sejumlah dana RM3 juta untuk dikongsi bersama dengan peneri-ma yang layak.

Antara bentuk bantuan yang diberi berupa barangan keperlu-an asas seperti beras 10 kilogram, minyak masak, gula dan tepung.

Kerajaan Negeri juga menetap-kan setiap Jumaat minggu ketiga dalam sebulan adalah hari penye-rahan bantuan makanan asas yang dinamakan Hari Smart Selangor Food Stamp.

Seramai 5,600 keluarga dikenal-pasti antara termiskin di Selangor menerima manfaatnya. Ini ber-makna, seramai 100 orang akan menerima bantuan ini daripada se-tiap 56 DUN yang ada di Selangor.

Pada 17 Jun lalu, adalah hari pe-nyerahan pertamanya serentak di 56 DUN seluruh Selangor.

Demi memastikan penerima benar-benar layak, kita menetap-kan beberapa syarat seperti la-hir di Selangor atau bermastau-tin sekurang-kurangnya 10 tahun (perlu pengesahan ADUN/Peng-hulu/Pengerusi JKKK/Pengerusi Ta-man) dan berpendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah sebulan.

Di bawah portfolio kebajikan, kita melancarkan program Job Placement yang julung kali dilak-sanakan Kerajaan Negeri sebagai satu usaha pemberdayaan golo-ngan orang kurang upaya (OKU) bertujuan membantu mereka meneruskan pembelajaran dipe-ringkat sijil.

Golongan ini diberi bantuan melalui latihan kemahiran bagi membolehkan mereka ditempat-kan untuk mendapat pekerjaan dan memperoleh pendapatan sendiri.

Nasib golongan pendapatan rendah dan sederhana dibela

Wanita dan OKU turut nikmati keprihatinan

Menjadi tanggungjawab sosi-al Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan serta landasan untuk membantu golongan istimewa ini memperoleh kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani ke-hidupan seperti masyarakat yang lain terutama bagi anak remaja yang masih jauh perjalanannya serta mempunyai masa depan cerah.

Sehubungan itu, Kerajaan Ne-geri bersetuju mengambil inisiatif dengan menempatkan pelajar OKU lepasan sekolah menengah ke kolej kemahiran dengan mem-berikan latihan dan pendedahan kemahiran sehingga memboleh-kan mereka mampu memperoleh pendapatan sendiri.

Melalui program Job Place-ment ini, Kerajaan Negeri memberi tajaan pembelajaran diperingkat sijil selama enam bulan iaitu tiga bulan pembelajaran dan bakinya untuk latihan industri kepada 20 orang pelajar aliran khas (OKU) le-pasan sekolah menengah berjum-lah RM174,600.

Sebagai permulaan, seramai 20 pelajar bermasalah pembelajaran dipilih dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Taman Seri Jerlok dan PDK Semenyih, Kajang.

Pusat Wanita Berdaya (PWB)

Kerajaan Negeri memperka-sakan wanita melalui program Pusat Wanita Berdaya (PWB) Se-langor dengan pelantikan 56 pe-nyelia yang sudah diuji melalui beberapa siri temuduga bagi me-wakili setiap DUN.

Dengan ilmu asas yang dikur-suskan, penyelia ini turun ke la-pangan masing-masing bagi me-nyentuh wanita melalui pelbagai program yang direncanakan.

Mengikut rekod sehingga hujung tahun lalu, PWB berjaya menyentuh 30,000 wanita selu-ruh negeri untuk mengikuti ak-tiviti dan program yang dijalan-kan seperti kraftangan, menjahit serta bakeri khusus untuk suri-rumah bagi menjana pendapa-

tan sampingan.Di peringkat anak muda pula,

kita sudah merencana program 'Big Girls Talk' sebagai satu fasa peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa.

World Health Organization (WHO) menetapkan remaja adalah dalam kalangan usia 10 hingga 19 tahun.

Pada peringkat ini, remaja mengalami pelbagai perubahan dalam diri sama ada fizikal, biolo-gi, emosi atau pemikiran.

Pada fasa ini juga seseorang remaja itu harus membuat pili-han yang bijak untuk memilih ja-lan hidup, memilih rakan sebaya, memenuhi tuntutan ilmu, seter-usnya ke alam kerjaya dan rumah tangga.

Pengaruh rakan sebaya atau faktor luaran amat memberi ke-san kepada pertumbuhan dan perkembangan minda dan perilaku remaja.

Lebih 300 remaja perempuan seluruh Selangor menyertai pro-gram julung kalinya diadakan dengan sasaran baru iaitu remaja wanita.

Ia bertujuan sebagai pendi-dikan untuk membantu mereka memperoleh ilmu dalam mem-buat pilihan yang bijak berke-naan tingkah laku berisiko tinggi seperti penglibatan seksual sebe-lum perkahwinan, mengenal pas-ti kesan berkaitan dengan aktiviti seksual sebelum perkahwinan, mengenal pasti hubungan antara cinta dan nafsu selain pengen-dalian kebersihan juga kesihatan remaja perempuan.

Manakala, di bawah portfolio

kesihatan pula, kita memperke-nalkan Bantuan Kesihatan Sihat Selangor sejak 2009 dan kini ia semakin dikenali apabila permo-honannya bertambah dari masa ke masa.

Terdapat beberapa jenis ban-tuan diberikan antaranya pembe-dahan kecil, katarak mata, dialisis buah pinggang dan kaki palsu.

Dalam portfolio sama, seba-nyak 20 Panel Dialisis Sihat Sela-ngor swasta dilantik bagi mem-bantu pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan un-tuk mendapatkan rawatan diali-sis secara berkala di pusat dialisis yang dilantik dan paling hampir dengan kediaman mereka.

Pesakit yang layak boleh mendapatkan subsidi rawatan dialisis dan rawatan juga bantu-an lain daripada Kerajaan Negeri sehingga RM5,000 setiap tahun melalui permohonan Bantuan Kesihatan Sihat Selangor.

Bagi tujuan terbabit, Ja-watankuasa Tetap Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Ke-sihatan Negeri Selangor (JKNS) memilih, melawat dan meng-audit pusat dialisis swasta yang mematuhi semua syarat di tetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menjadi tanggungjawab saya sebagai Exco Kerajaan Negeri membuat yang terbaik dan sen-tiasa berusaha merangka pel-bagai program demi kesejahte-raan rakyat Selangor.

Yang paling penting, semua program yang dilaksanakan bo-leh dimanfaatkan rakyat di semua peringkat.

Kejayaan terbesar penstrukturan air Selangor

Hak rakyat dikembalikan

Page 17: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

ELIZABETH WONG18 Keluaran Khas Aidilfitri 2016/1437

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijaudan Hal Ehwal Pengguna

Walaupun Selangor dikenali sebagai negeri yang me-ningkat naik dalam

mengejar kemajuan, namun Kerajaan Negeri membuktikan kesungguhannya mengambil pelbagai langkah memastikan khazanah alam sekitar terpeli-hara dan dapat diwarisi generasi akan datang.

Antara langkah diambil sepanjang tahun ini, termasuk kejayaan mengekalkan hutan simpan melebihi 31 peratus membabitkan sumber hutan se-luas 250,129 hektar.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong melalui kerjasama pel-bagai agensi juga berjaya me-ningkatkan langkah mengu-rangkan risiko kebakaran hutan terutama hutan simpan tanah gambut yang mempunyai risiko tinggi.

Antaranya, mengenakan den-da maksima RM500,000 atau penjara maksima lima tahun kepada pesalah yang membuat pembakaran terbuka.

Kerajaan Negeri turut berjaya mengkordinasikan tindakan ber-sepadu pelbagai agensi bagi lang-kah pencegahan dan memadam kebakaran hutan simpan.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor misalnya, mengambil langkah mewujudkan Sistem Penarafan Bahaya Kebakaran (IDRS) dengan meletakkan mak-lumat status risiko kebakaran di tempat strategik supaya orang awam tahu tahap risiko keba-rangkalian berlaku kebakaran pada satu-satu masa.

Jabatan Perhutanan juga menjalankan kerjasama dengan Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agen-si Penguatkuasa Maritim Malay-sia (APMM).

Hasil kerjasama itu, kadar simpanan air bawah tanah di hutan paya gambut berjaya dikekalkan, sekali gus mengu-rangkan risiko kebakaran hutan.

Penggunaan teknologi baru seperti dron turut membantu

Selangor komited pulihara alam sekitar

Jadikan pelancongan sumber ekonomi

ekoran kemampuan pesawat tanpa pemandu itu 'meninjau' keadaan kebakaran di sekeliling mereka.

Selain memastikan khazanah hutan dijaga rapi, penjagaan alam sekitar turut dititik berat-kan apabila Kerajaan Negeri menjalankan pelbagai kempen pengurangan penggunaan plas-tik polisterin seperti kempen Ba-zar Ramadan Mampan Selangor 2016 dan Hari Tanpa Beg Plastik.

Antara lain Kerajaan Negeri juga mewujudkan Perbandaran Hijau melalui Bandar Rendah Karbon Selangor, Perolehan Hi-jau Kerajaan, pemasangan rang-kaian pengecas kenderaan rasmi dan penggunaan kereta elektrik sebagai kenderaan rasmi Kera-jaan Negeri.

Langkah lain yang diambil, penggunaan bas elektrik bagi program bas percuma di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pema-sangan bumbung solar bagi Projek Perumahan Selangorku, bangunan cekap tenaga di Ba-ngunan Kerajaan Negeri dan

program penghijauan Taman In-dustri.

Sementara itu, bagi mening-katkan pelancongan di Sela-ngor, Exco mengambil langkah bagi mencapai sasaran kehadir-an seramai 7.2 juta pelancong ke negeri ini.

Bagi tujuan itu, Tourism Se-langor mengangkat tema ‘Dis-

cover Selangor’ dan ‘Heart Of Malaysia’ sebagai kempen dan promosi dan Exco Pelancongan pula mendirikan billboard LED dan pintu gerbang di jalan uta-ma di Lapangan Terbang Antara-bangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tourism Selangor turut giat mempromosikan produk pelan-congan warisan Selangor me-

lalui inisiatif penambahbaikan kawasan warisan yang dilihat berpontensi untuk dibangunkan seperti destinasi Batu Arang dan Royal Heritage Walk.

Kerajaan Negeri juga berjaya menarik penganjuran 'Deuter In-ternational Trail Run 2016' bagi menganjurkan acara mereka di Batu Arang.

Antara langkah diambil sepanjang tahun ini, termasuklah kejayaan mengekalkan hutan simpan melebihi 31 peratus dengan melibatkan sumber hutan seluas 250,129 hektar

Page 18: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

RENCANA19Keluaran Khas Aidilfitri 2016/1437

OLEH NAZLI IBRAHIM

Bagi kebanyakan kita yang terpaksa bertugas pada Ai-dilfitri pasti ia pengalaman yang amat memeritkan.

Masakan tidak, ketika orang lain bergembira di samping keluarga, kita terpaksa berkorban bagi men-jalankan tanggungjawab diama-nahkan.

Namun, jangan kita lupa ada in-san lain yang melakukan pengor-banan lebih besar daripada itu. Ke-tika kita bergembira meraikan hari lebaran bersama insan tersayang, mereka terpaksa meraikannya di se-balik tembok penjara.

Mereka ini sanggup berkorban, terpaksa berpisah dengan keluarga tercinta demi menjadikan Malaysia ini lebih baik. Mereka mengimpi-kan Aidilfitri dan perayaan lain lebih baik pada masa akan datang. Me-reka ini mengimpikan hari raya ge-nerasi akan datang lebih bermakna untuk semua.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri An-war Ibrahim bukan kali pertama be-raya di penjara tetapi sudah hampir 10 kali beraya di dalam jeriji besi itu.

Kali pertama beliau beraya di penjara ketika aktif sebagai aktivis pelajar dan ditahan di bawah tahan-an Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1974 hingga 1976.

Kemudiannya, pada 1999 hing-ga 2004, ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau sekali lagi dipenjarakan akibat fit-nah lantaran sikapnya yang eng-gan berkompromi dengan aktiviti rasuah yang semakin berleluasa dalam kerajaan ketika itu.

Selepas dua kali dipenjarakan,

Pengorbanan Aidilfitri

Jangan lupakan mereka di dalam sanaAnwar kekal istiqamah dengan pendiriannya menentang kebati-lan. Akibatnya, pada 2015 sekali lagi beliau dihumban di sebalik tirai besi di Penjara Sungai Buloh.

Selain Anwar, turut meraikan Aidilfitri kali ini di dalam penjara adalah bekas pegawai khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri yang dijatuhi hukuman penja-ra selama dua tahun. Beliau dipen-jarakan sejak Mac lalu.

Sama seperti Anwar, beliau juga seorang pejuang yang tegar bagi memastikan generasi akan datang

dapat meraikan hari raya lebih baik pada masa akan datang.

Selain Anwar dan Mohd Yahya, ramai lagi pejuang yang pernah merasakan pengalaman beraya di dalam tahanan. Antaranya Allahyar-ham bekas Ketua Pengarang Utu-san Melayu yang terkenal sebagai kepala gerakan peristiwa mogok utusan, Said Zahari.

Beliau ditahan di bawah ISA di Singapura selama 17 tahun sekitar 1963 hingga 1980.

Turut sama sahabat baik Allah-yarham, Syed Husin Ali yang juga

menjadi mangsa tahanan ISA sela-ma enam tahun (1974-1980) tanpa bicara berikutan pengli-batannya bersama Anwar dalam tunjuk per-asaan membela nasib petani di Bal-ing dan pelajar di Kuala Lumpur.

Turut menjadi mangsa beraya dalam tahanan ISA selepas terlibat dalam demontrasi besar-besaran itu adalah bekas Presiden PAS, Al-lahyarham Ustaz Fadzil Noor yang juga ditahan pada 1974 hingga 1976.

Manakala Ahli Dewan Unda-ngan Negeri, Hulu Klang, Saari Su-

ngip juga tidak terlepas 'peluang' meraikan 1 Syawal di sebalik tem-bok penjara selepas ditahan di Kem Kamunting selama dua tahun pada 2001. Sebelum itu juga beliau per-nah ditahan.

Sebenarnya ramai lagi yang tidak disebutkan yang turut meraikan Ai-dilfitri di dalam serba kekurangan di dalam penjara. Pengorbanan me- reka ini janganlah disia-siakan. Manfaatkanlah kebebasan berhari raya ini dengan membina masyara-kat Malaysia ke arah hidup lebih baik dan bermakna.

Pengorbanan mereka ini janganlah disia-siakan. Manfaatkanlah kebebasan berhari raya ini dengan membina masyarakat Malaysia ke arah hidup yang lebih baik dan bermakna

Page 19: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

EAN YONG HIAN WAH20 Keluaran Khas Aidilfitri 2016/1437

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru

Portfolio Kerajaan Tem-patan, Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam berjaya melak-

sanakan beberapa projek utama antaranya membabitkan satu pro-jek perintis kitar semula di empat kawasan pihak berkuasa tempa-tan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Daerah Hulu Se-langor selama enam bulan, mulai September 2015.

Kerajaan Negeri juga mewu-judkan satu tapak baru untuk pelupusan sisa lengai di Pulau Ketam bersaiz 30 meter x 30 me-ter yang diluluskan pada hujung tahun 2014 dan mula beroperasi pada awal tahun ini.

Sebagai usaha menangani ma-salah pembuangan dan penguti-pan sampah lebih teratur, Kera-jaan Negeri menyediakan 15,000 unit tong sampah secara percuma kepada penduduk di kawasan PBT yang diluluskan Kerajaan Negeri mulai tahun ini sebagai satu usaha menangani masalah terbabit de-ngan lebih teratur.

Dalam tempoh terdekat juga, satu Draf Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor sudah siap dan dijangka akan dibentangkan ke Sidang Dewan Negeri.

Satu tapak di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbanda-ran Kajang dikenal pasti untuk dijadikan tapak pelupusan sisa pukal bagi cadangan pelaksa-naan Projek Perintis Dalam Pen-gurusan Pelupusan Sisa Pepejal menggunakan teknologi baru daripada luar negara sedang giat diusahakan.

Pada masa sama, Kerajaan Ne-geri berjaya membuktikan keperi-hatinan, sekali gus menjadi negeri pertama yang mengecualian cu-kai taksiran bagi kategori rumah kos rendah, rumah kampung dan fi lesen perniagaan penjaja kecil, pasar malam dan pasar tani bagi tahun 2016 sebagai satu usaha untuk meringankan beban rakyat yang menghadapi bebanan kos sara hidup semakin meningkat.

Kampung Baru

Kerajaan Negeri turut meman-dang serius pembangunan kam-pung baru. Pemilihan ketua kam-pung (Pengerusi JKKK) juga diberi perhatian.

Selepas satu Projek Perintis ber-jaya dilaksanakan di tiga kampung

Atasi isu pembuangan dan kutipan sampah

Pandang serius pembangunan kampung baru

baru iaitu Kampung Baru Sungai Jarom di Daerah Kuala Langat, pada 24 Julai 2011 dan Kampung Bagan Pulau Ketam (31 Julai 2011) dan Kampung Baru Pandamaran, Klang (14 Ogos 2011).

Kerajaan Selangor men-jalankan pemilihan sebenar bagi jawatan Pengerusi JKKK di ketiga-tiga kampung, pada 8 September 2013 di Kampung Baru Sungai Ja-rom dan Kampung Bagan Pulau Ketam dan 22 September 2013 di Kampung Baru Pandamaran.

Ini mencatat satu sejarah apa-bila Selangor menjadi negeri per-tama yang melantik ketua kam-pungnya melalui satu pilihan raya secara demokrasi selepas diber-hentikan Barisan Nasional (BN), sejak 1965.

Antara lain, Projek Pemba-ngunan Semula Kampung Rawa-ng Tin, Gombak yang diluluskan MTES juga MMKN dan Majlis Pe-cah Tanah disempurnakan Dato’ Menteri Besar ketika itu bersama Exco Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, pada 20 Januari 2012.

Ia membabitkan 142 setinggan di dalam kampung akan ‘ditem-patkan semula’ dengan pemba-ngunan bercampur yang keadaan kemudahan awamnya yang serba lengkap dan tersusun.

Bagaimanapun, lapan anta-ra 142 tidak bersetuju dengan cadangan projek terbabit dan membawa kes ini ke mahkamah tetapi akhirnya mereka tidak berjaya.

Mereka bersama Kilang Simen Lafarge bersebelahan kampung mendapatkan konjunksi untuk menyekat projek pembinaan se-lama lebih setahun dan ia mele-ngahkan projek berkenaan.

Namun, projek atas usaha ke-rajaan dengan bantuan pemaju yang dilantik, akhirnya setinggan yang menduduki kampung itu selama 30 tahun diberikan kelu-lusan Sijil Patuh dan Siap (CCC) oleh Exco Pembangunan Kam-pung Baru, pada 5 Mac lalu.

Kerajaan Negeri juga berjaya menyelesaikan masalah penye-waan tanah untuk kediaman se-jumlah 135 keluarga di Kampung Hassan di daerah Hulu Selangor menyewa tanah persendirian se-bagai tapak kediaman mereka.

Justeru kemudahan asas dan keadaan infrastruktur tidak dinaik taraf atau disediakan.

Sejak 2009, Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dengan kerjasama Pejabat Tanah Hulu Selangor menge-nal pasti sebidang tanah kera-jaan bagi menempatkan semula semua keluarga dengan kerjasa-ma Kerajaan Persekutuan dengan menjanjikan pembinaan rumah mampu milik bagi mereka.

Projek kecil untuk menaik taraf atau menambahbaik infrastruk-tur Kampung Baru pula, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta setiap tahun untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur dan pembangunan baru di 77 kampung baru, bagan dan tersu-

sun di seluruh Selangor.Sehingga akhir tahun 2015,

kira-kira RM30 juta diluluskan un-tuk tujuan itu sejak 2009.

Laluan pejalan kaki kayu yang reput dan uzur di semua kam-pung bagan dapat diubahsuai dan dinaiktaraf kepada laluan konkrit.

Sebanyak 16 gelanggang bola keranjang berbumbung dan 20 balai raya dibina baru atau dinaik taraf.

Masalah permohonan atau-perlanjutan hak milik tanah ke-diaman bagi kampung baru ber-jaya diselesaikan lebih 90 peratus membabitkan perlanjutan, pem-baharuan atau permohonan hak milik tanah bagi penduduk di se-luruh kawasan terbabit.

Sebuah buku sejarah berjudul 'I-Kampung Baru: Imbasan Se-jarah Kampung Baru Cina Se-langor’ dihasilkan untuk meng-umpul dan merekodkan sejarah perkemba-ngan kampung baru di Selangor.

Sebuah buku koleksi gambar foto kampung baru juga berjaya

dihasilkan pada Mei lalu yang berjudul ‘Gaya Kampung: kecan-tikan kebudayaan dan kemanu-siaan Kampung Baru Negeri Se-langor’.

Sebuah lagi buku berbentuk 'sejarah lisan' atau ‘oral history ‘untuk merekodkan sejarah pem-bentukan kampung tersusun di Selangor yang julung kali dibuat sedang dalam rancangan.

Penyelesaian kilang haram

Setakat akhir 2015, sejumlah 1117 daripada 2637 (42.36 pera-tus) permohonan tukar syarat bagi pemilik atau pengusaha kilang tanpa kebenaran dilulus-kan membabitkan pengutipan premium tambahan sejumlah ki-ra-kira RM112 juta oleh kerajaan.

Antara jumlah itu, 11.73 pera-tus berjaya diluluskan permoho-nan Kebenaran Merancang (KM) dan 97 kilang diluluskan Pelan Bangunan dan bayaran lesen se-mentara yang berjaya dikutip PBT adalah RM1.2 juta.

Page 20: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

V GANABATIRAU21Keluaran Khas Aidilfitri 2016/1437

Exco Kerajaan Prihatin, Kemiskinan dan Pekerja Ladang

Saya panjangkan rasa syukur kepada tuhan yang memberikan pelu-ang dan kekuatan untuk

menjalankan tugas sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Ne-geri Selangor.

Saya sebagai Exco kerajaan memegang portfolio yang amat besar dan menjalankan tugasan sehingga hari ini dengan penuh semangat iaitu Stanco Kerajaan Prihatin, Kemiskinan dan Peker-ja Ladang.

Stanco kerajaan prihatin bermaksud kami amat priha-tin kepada rakyat Selangor dan sentiasa membantu mereka dengan pelbagai cara. Salah satu program adalah rumah pri-hatin iaitu membina atau mem-baik pulih rumah golongan pendapatan bawah RM1,500 se-bulan dan diwajibkan memiliki tanah sendiri.

Permohonan ini harus dibuat melalui pejabat tanah. Sete-rusnya, kami juga menyalurkan bantuan kewangan kepada per-satuan yang rasmi bagi aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Stanco kemiskinan adalah untuk seseorang yang kurang pendapatan. Kerajaaan Nege-ri memperkenalkan ‘Program Jom Shopping’. Setiap perayaan rasmi seperti hari raya, tahun baru Cina dan hari Deepavali, Kerajaan Negeri akan menge-darkan baucar RM100 untuk pembelian barangan runcit di pasaraya terpilih. Setiap DUN diagihkan maksima 300 hingga 500 keping baucar megikut pu-rata kaum setiap sambutan.

Seterusnya, 'Program Blue-print' diperkenalkan untuk membantu menaik taraf pernia-gaan dengan Kerajaan Negeri

Salur bantuan pelbagai cara

Prihatin nasib pekerja ladang

Stanco kerajaan prihatin bermaksud kami amat prihatin kepada rakyat Selangor dan sentiasa membantu mereka dengan pelbagai cara. Salah satu program adalah rumah prihatin iaitu membina atau membaik pulih rumah golongan ber-pendapatan bawah RM1,500 sebulan dan diwajibkan memiliki tanah sendiri

memberi peralatan perniagaan berharga kurang daripada RM5,000 untuk peniaga kecil.

'Program Back to School' di-perkenalkan bagi meringankan beban ibu bapa semasa permu-laan sesi persekolahan setiap tahun dengan baucar RM50 ke-pada keluarga berpendapatan rendah.

Selain itu, kami juga men-jalankan progam keusaha-wanan untuk meningkatkan pendapatan seisi keluarga de-ngan mengadakan bengkel ke-usahawanan.

Stanco pekerja ladang di bawah Kerajaan Selangor adalah portfolio yang sangat ditumpukan khususnya kepada pembangunan pekerja, bekas pekerja ladang dan anak pe-kerja ladang yang terdapat di Selangor .

Di bawah stanco pekerja ladang adalah dirangkumi :-

a) Program tabung anak-anakpekerja ladang :-

i. Subsidi tambang bas seko-

lah bagi murid sekolah jenis tamil sebanyak RM 300 bagi se-tiap tahun kepada yang terpilih sahaja

ii. Bantuan yuran pengajiantinggi kepada anak-anak pe-kerja ladang maksima RM5,000 mengikuti pengajian di Malay-sia sahaja

iii. Program Motivasi PekerjaLadang

iv. Program Bengkel UPSRSJKT

v. Program KecemerlanganUPSR murid sekolah Tamil

b) Jawatankuasa Lembaga Ta-nah Ladang Negeri Selangor :-

i. Menjaga kebajikan danmembela hak pekerja ladang seperti kediaman, kemudahan, rumah ibadat dan sekolah.

c) Pelbagai jenis programpada peringkat Selangor :-

i. Program Sambutan Dee-pavali peringkat Negeri

ii. Program Keusahawan-an Pekerja dan Bekas Pekerja Ladang

iii. Program Ponggal pering-

kat Negeriiv. Program Mandi Safar per-

ingkat Negeriv. Program Motivasi

Kerajaan Negeri memperun-tukkan RM1.5 juta tahun ini un-tuk pekerja dan bekas pekerja ladang bagi membantu mereka menyesuaikan kehidupan untuk mencorak masa depan.

Kerajaan Negeri juga mem-peruntukan sejumlah RM1 juta untuk meneruskan Program Bantuan Rumah Kerajaan Priha-tin iaitu rumah akan dibina dan diberikan secara percuma kepa-da mereka yang kurang berna-sib baik.

Kerajaan Negeri memandang serius peratusan pelajar yang tercicir dan tidak mendapat tempat di institut pengajian tinggi tetapi mempunyai po-tensi dalam bidang kemahiran.

Maka, Kerajaan Negeri mencadangkan peruntukan RM4 juta untuk meluaskan penajaan program kemahiran teknikal bagi golongan ini di IN-PENS.

Page 21: YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali #SmartSelangor

AMIRUDIN SHARI22 Keluaran Khas Aidilfitri 2016/1437

Exco gEnErasi muda & suKan, KEbudayaan

dan PEmbangunan usahawan

Kebudayaan dan sukan berlangsung seimbang

Belia ejen pembangunan negeri

OLEH HAFIZAN TAIB

Pembangunan Selangor yang mampan tidak lengkap jika tidak dikait-kan dengan golongan

belia dan muda yang mewakili hampir sebahagian daripada ke-seluruhan rakyat negeri ini.

Maka dengan itu, Jawatankuasa Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pem-bangunan Usahawan diketuai Exconya, Amirudin Shari sentia-sa bergerak aktif merangka dan melaksanakan pelbagai pro-gram untuk diikuti mereka demi manfaat bersama.

Antara bidang diminati golo ngan muda dan belia adalah ke-budayaan iaitu sebahagian pro-gram berjaya dijalankan dengan jayanya dari Januari hingga Jun ini selain beberapa yang lain sedang dan akan berlangsung membabitkan kos keseluruhan RM1.135 juta.

Pada Januari lalu, berlang-sung Buskers Corner yang mendapat sambutan diikuti dua program teater pada April iaitu Syarahan Kebudayaan Selan-gor ‘The Development of Malay Theater - An Outsider's View’ dan Teater Atas Pokok.

Teater Atas Pokok nyata mendapat sambutan hangat ekoran kelainan ditampilkan dalam persembahan teater di negara ini khususnya Selangor dan ia kali pertama diadakan dalam format sebegitu hingga mendapat pengiktirafan Malay-sia Book of Record (MBR).

Sempena Ramadan dan sam-butan Aidilfitri tahun ini, Festi-val Ramadan Selangor (Festira) 2016 dilangsungkan di SACC Mall dan Kompleks Perbadan-an Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Shah Alam dan Kom-

pleks PKNS, Bangi mulai 27 Mei hingga 5 Julai bagi memberi ruang kepada usahawan me-masarkan produk serta orang ramai mendapatkan barangan keperluan.

Bagi menghangatkan lagi program kebudayaan dan me-narik perhatian golongan muda, satu persembahan Orkestra Shakepeare In Paris juga diada-kan di Shah Alam dengan ker-jasama Simfoni Orkestra Sela-ngor, pada Mei lalu.

Sementara itu, ketika ini be-berapa program sedang dan akan berlangsung di Shah Alam dan sekitar Selangor antaranya Peta Kebudayaan Selangor pada Mei hingga Disember, Freedom Film Fest (Ogos), Jelajah Kebu-dayaan 12 pihak berkuasa tem-patan (PKT) (September-No-vember) serta Dana Kota Seni Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Selain itu, program lain yang akan dijalankan adalah Orkestra Arias dan Love Songs serta Jela-jah Budaya (Media) pada Julai, Arca Awam (Ogos), Akademik

Teater Selangor (September), Konsert Muzik Payung Teduh (Oktober) serta Teater Perdana Putera La Galigo dan Anugerah Sastera Selangor (Disember).

Demi memperkasakan lagi golongan belia dan muda mendepani masa depan, beber-apa program pembangunan us-ahawan dijalankan dari Januari lalu hingga Disember tahun ini bagi memberi peluang mere-ka mendapat pendedahan dan meningkatkan ilmu pengeta-huan dalam bidang berkenaan.

Antara program yang selesai dilaksanakan adalah Promosi Usahawan Penang International Halal Expo and Conference (PI-HEC) pada 29 hingga 31 Januari lalu, Pameran Malaysia Interna-tional Halal Showcase (MIHAS) 2016 (30 Mac-2 April) dan Pro-mosi Usahawan Selangor Food Mega Festival (30 April-1 Mei).

Manakala yang sedang dan bakal berlangsung adalah Fes-tira Ramadan di Sabak Bernam dan Stadium Malawati (8 Jun-5 Julai), latihan keusahawanan ke-pada penerima dana dan peser-ta umum (sepanjang tahun),

Mini Karnival Sales Smart Sela-ngor di sembilan PBT terpilih di Selangor (sepanjang tahun).

Program lain yang bakal ber-langsung, antaranya Bantuan Dana usahawan Mikro bagi sembilan daerah, Program Pen-ingkatan Produk 4P, Halal Fiesta (31 Ogos-4 September), Selan-gor International Expo 2016 (20 -21 Oktober) dan Karnival MegaSales (2-4 Disember).

Tidak lengkap aktiviti golo-ngan belia dan muda jika ti-dak dikaitkan dengan program pembangunan sukan, maka bersesuaian dengan keperluan semasa beberapa program di-gariskan bagi menggalakkan pembabitan golongan itu serta kemajuan sukan di Selangor.

Demi memantapkan perse-mbahan Kontinjen Selangor ke Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Sarawak nanti, persediaan bagi sukan itu yang dijalan-kan sejak tahun lalu ber-sambung tahun ini menerusi latihan Sukma bagi fasa keem-pat mulai Februari lalu hingga Julai nanti.

Ia tentunya memantapkan

lagi persiapan kontinjen Sela-ngor yang sentiasa mempa-merkan aksi cemerlang dalam temasya sukan yang dikhusus-kan untuk golongan muda itu.

Di samping itu, Kem Kontin-jen Sukma Selangor juga diada-kan dengan menghimpunkan semua atlet terbabit bagi mem-bentuk persefahaman sesama mereka dan meningkatkan jati diri sebelum menghadapi kejo-hanan berkenaan.

Amirudin bersama rombo-ngan serta Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) turut mengada-kan lawatan ke venue Sukma 2016 di Sarawak, baru-baru ini bagi mendapatkan gambaran jelas un-tuk kebaikan kontinjen negeri.

Bagi menghargai pencapaian cemerlang atlet Selangor ke ke-johanan Sukan Sea tahun lalu, satu Majlis Penganugerahan In-sentif Sea Games 2015 diadakan di Shah Alam, awal tahun ini.

Simposium Pembangunan Sukan juga diadakan bagi mem-beri ruang MSNS bersama pihak berkaitan berkongsi pandan-gan demi memajukan lagi su-kan di Selangor.