laporan akhir latihan industri

68
1 JABATAN PERDAGANGAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI NURUL AMIRA BINTI MOHD YUSOF (16DPR11F2002) WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD NO 1,WORLDWIDE@7, LOT LAZUARDI 7/29 SEKSYEN 7, 40000 SHAH ALAM SELANGOR JUN 2013 NURUL AMIRA BINTI MOHD YUSOF DIPLOMA PEMASARAN JUN 2013 PTSB

Upload: farahin-fadzal

Post on 05-Jun-2017

5.549 views

Category:

Documents


186 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Akhir Latihan Industri

1

JABATAN PERDAGANGAN

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

NURUL AMIRA BINTI MOHD YUSOF

(16DPR11F2002)

WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD

NO 1,WORLDWIDE@7,

LOT LAZUARDI 7/29 SEKSYEN 7,

40000 SHAH ALAM SELANGOR

JUN 2013

NU

RU

L A

MIR

A B

INT

I MO

HD

YU

SO

F D

IPLO

MA

PE

MA

SA

RA

N J

UN

2013

PT

SB

Page 2: Laporan Akhir Latihan Industri

2

JABATAN PERDAGANGAN

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

NURUL AMIRA BINTI MOHD YUSOF

(16DPR11F2002)

WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD

NO 1,WORLDWIDE@7,

LOT LAZUARDI 7/29 SEKSYEN 7,

40000 SHAH ALAM SELANGOR

JUN 2013

Page 3: Laporan Akhir Latihan Industri

3

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

OLEH

NURUL AMIRA BINTI MOHD YUSOF

(16DPR11F2002)

DI

WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD

NO 1,WORLDWIDE@7,

LOT LAZUARDI 7/29 SEKSYEN 7,

40000 SHAH ALAM SELANGOR

Laporan Akhir Latihan Industri ini Dikemukakan Kepada Pensyarah Penilai Di

Jabatan Perdagangan Bagi

Memenuhi Sebahagian Dari Syarat Penilaian Latihan Industri Dan

Penganugerahan Diploma Pemasaran

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

JUN 2013

i

Page 4: Laporan Akhir Latihan Industri

4

PENGESAHAN PELAJAR

“Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ...........................................

Nama Pelajar : NURUL AMIRA BINTI MOHD YUSOF

No. Pendaftaran : 16DPR11F2002

Tarikh : ..........................................

ii

Page 5: Laporan Akhir Latihan Industri

5

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya serta

keizinan daripadaNya ternoktahlah sebuah laporan yang mendokumentasikan

segala tugasan dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh latihan industri

saya.Terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Unit

Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah kerana memberi peluang

untuk memilih tempat latihan Industri di agensi yang dikagumi ini. Dengan adanya

peluang ini, akhirnya dapat menjalani latihan industri dengan selamat dan jayanya.

Setelah hampir lima bulan atau dua puluh minggu menjalani latihan industri di

Worldwide Holding Berhad, banyak ilmu diperolehi yang amat bermanfaat dan

sangat berguna melalui pembelajaran dan tugasan sepanjang latihan industri.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua warga Worldwide Holding

Berhad dan pihak Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah kerana memberikan

peluang untuk menjalani latihan industri ini. Sepanjang tempoh latihan, pelbagai

jenis tugasan diperolehi dimana ianya amat berguna untuk digunakan pada masa

hadapan.

iii

Page 6: Laporan Akhir Latihan Industri

6

Setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih secara amnya diucapkan kepada

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif iaitu En.Ahmad Azman Azizul Rahman dan

Ketua Bahagian Hartanah iaitu En.Haji Rosli Ismail yang memberi peluang kepada

saya untuk menjalani Latihan Industri di Worldwide Holding Berhad dan secara

khasnya kepada En,Shahadat Umar selaku penyelia yang memantau saya

sepanjang tempoh latihan industri,beliau juga telah banyak memberikan tunjuk ajar

kepada saya yang menjalani latihan industri dan berkongsi ilmu pengetahuan dan

pengalaman di dalam bidang pentadbiran jualan dan pemasaran.

Di sini tidak lupa juga untuk merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga

kepada staf – staf di Worldwide Holding Berhad yang banyak membantu dan

membimbing semasa menjalani latihan industri di sini

Dirakamkan juga jutaan terima kasih kepada Pensyarah – Pensyarah Jabatan

Perdagangan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah kerana memberi peluang

kepada para pelajar untuk menjalani Latihan Industri ini bagi merasai suasana di

alam pekerjaan yang sebenar di mana berkemungkinan akan ditempuhi oleh para

pelajar pada masa hadapan, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ahli

keluarga dan teman-teman seperjuangan yang telah membantu dalam

mendapatkan maklumat tentang latihan industri ini.

Sekian, terima kasih.

iv

Page 7: Laporan Akhir Latihan Industri

7

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

Judul i

Pengesahan Pelajar ii

Penghargaan iii

Isi Kandungan v

Senarai Jadual vii

Senarai Lampiran viii

BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Objektif Latihan Industri 3

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri 3

1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar 4

BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan organisasi 6

2.2 Latar belakang penubuhan organisasi 7

2.3 Aktiviti syarikat Worldwide Holdings Berhad 12

2.4 Halatuju syarikat 12

2.5 Carta Organisasi Syarikat 14

BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan 15

3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri 15

BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL

v

Page 8: Laporan Akhir Latihan Industri

8

4.1 Pengenalan Dokumentasi 24

4.2 Spesifikasi / Jenis Peralatan yang Digunakan 28

4.3 Tatacara Penggunaan Peralatan 29

4.4 Proses Kerja yang Dilakukan

(Aliran Perjanjian Jual Beli) 39

4.5 Proses Kerja yang Dilakukan

(Membuat Laporan Lengkap Projek) 41

4.6 Kesimpulan 48

BAB 5 KESIMPULAN 49

BAB 6 KOMEN DAN CADANGAN

8.1 Komen Untuk Organisasi 51

8.2 Cadangan Untuk Organisasi 51

8.3 Cadangan Kepada Pihak 52

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

BIBLIOGRAFI / RUJUKAN 54

LAMPIRAN 55

vi

Page 9: Laporan Akhir Latihan Industri

9

SENARAI JADUAL

NO TAJUK MUKA SURAT

1. Ringkasan Aktiviti Latihan Industri 15

vii

Page 10: Laporan Akhir Latihan Industri

10

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Contoh Muka Hadapan Perjanjian Jual Beli

B Contoh Hakmilik

C Contoh Cukai Tanah

D Contoh Fail Yang Lengkap

viii

Page 11: Laporan Akhir Latihan Industri

11

BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan

Latihan industri merupakan satu pendekatan yang diberi oleh pihak

politeknik di seluruh Malaysia untuk mendedahkan kepada para pelajar

tentang situasi alam pekerjaan yang sebenar. Latihan industri ialah langkah

awal bagi seseorang pelajar untuk mengenali dengan lebih mendalam

tentang suasana alam pekerjaan. Latihan industri ini amat berguna kerana

ianya dapat mendedahkan kepada pelajar tentang selok belok pengurusan

dalaman dan luaran bagi sesebuah organisasi dan ianya amat berharga

pada masa akan datang.

Di samping itu, ia juga dapat meluaskan pengetahuan dan menambahkan

pengalaman walaupun ianya mengambil masa yang singkat. Latihan

industri ini dapat menerapkan pelajar dengan nilai-nilai murni seperti

bekerjasama, berdisiplin, amanah dan bertanggungjawab. Semasa di

politeknik, pelajar hanya mempelajari secara teori dan ianya akan

dipraktikkan oleh pelajar ketika menjalani latihan industri. Pelajar akan

tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh organisasi

semasa menjalani latihan dimana segala masalah akan dirujuk kepada

Page 12: Laporan Akhir Latihan Industri

12

pihak pengurusan dan bukan lagi kepada pihak politeknik, contohnya

permohonan cuti.

Pelajar-pelajar tidak boleh mendedahkan maklumat-maklumat tentang

syarikat yang dianggap menjadi kerahsiaan syarikat kepada orang lain. Ini

adalah kerana ia dapat memberi kesan yang tidak diingini oleh pihak

pengurusan seterusnya dapat memburukkan imej politeknik itu sendiri.

Semasa menjalani latihan industri, pelajar-pelajar diwajibkan untuk

mencatatkan apa saja aktiviti-aktiviti yang dilakukan, didengar/dilihat setiap

hari di dalam buku laporan harian. Buku laporan ini hendaklah dihantar

kepada pihak pengurusan pada setiap dua minggu sekali untuk disemak

dan ditandatangani.

Catatan yang terdapat dalam buku laporan harian ini akan digunakan oleh

pelajar sebagai bahan rujukan ketika menulis laporan seperti yang

dikehendaki oleh Unit Penempatan Latihan Industri semasa melaporkan diri

untuk meneruskan pengajian pada semester berikutnya. Tanpa buku

laporan harian dan buku laporan latihan industri, para pelajar tidak

dibenarkan untuk meneruskan pengajian ke semester berikutnya.

Buku laporan latihan industri ini juga boleh digunakan oleh pelajar untuk

mendapatkan pekerjaan setelah pelajar menamatkan pengajian. Buku

laporan ini boleh dijadikan bahan rujukan kepada majikan. Adakalanya

Page 13: Laporan Akhir Latihan Industri

13

digalakkan supaya para pelajar menyediakan satu salinan untuk tujuan

tersebut.

1.2 Objektif Latihan Industri

Antara matlamat dan objektif latihan industri yang digariskan oleh politeknik

ialah:

a) Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang alam pekerjaan yang

sebenar.

b) Menanamkan semangat kerjasama dan perhubungan yang baik antara

pelajar dan para pekerja firma tersebut.

c) Memberi peluang kepada para pelajar untuk menghubungkaitkan antara

kefahaman teori yang dipelajari dan mempraktikkannya ketika menjalani

latihan industri.

d) Menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.

e) Mendidik pelajar supaya mematuhi peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan oleh firma.

f) Menyediakan laporan rasmi dan lain-lain tugasan seperti yang

diarahkan oleh pihak politeknik.

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Buku laporan latihan industri adalah satu syarat yang perlu dilaksanakan

oleh semua pelajar setelah menjalani latihan industri. Setelah tamat

menjalani latihan industri selama hampir lima bulan, para pelajar

dikehendaki untuk mendokumentasikan kembali segala aktiviti yang telah

dilakukan sepanjang tempoh menjalani latihan tersebut.

Page 14: Laporan Akhir Latihan Industri

14

Para pelajar diwajibkan untuk menyerahkan buku laporan latihan industri

dan buku laporan harian kepada Unit Pusat Latihan Industri ketika

mendaftarkan diri pada semester berikutnya untuk penilaian dan proses

pemarkahan. Para pelajar juga dikehendaki untuk mematuhi piawaian yang

telah ditetapkan oleh pihak politeknik ketika menulis laporan. Pihak

politeknik juga mempunyai objektif yang tersendiri dalam penyediaan buku

laporan ini. Antara objektif penyediaan buku laporan ini adalah :

a) Menjadi satu bahan untuk mendokumentasikan atau menyampaikan

maklumat aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh

latihan dalam bentuk laporan yang tersusun dan sistematik.

b) Penghasilan laporan yang baik, bermutu dan mengikut kehendak

pemarkahan boleh digunakan sebagai simpanan peribadi semasa

melangkah ke alam pekerjaan kelak.

c) Penulisan dan pengolahan laporan yang baik adalah penting untuk

memberi kepercayaan kepada pihak pembaca serta pihak yang memberi

markah. Secara tidak langsung, ia mungkin akan mempengaruhi

sesebuah syarikat untuk mengambil pelajar tersebut bekerja di firma itu.

d) Ia juga dapat memperlihat sejauh mana pelajar memenuhi segala

peraturan yang telah ditetapkan. Bagi memenuhi peraturan tersebut, kita

boleh membuat penilaian ke atas seseorang pelajar. Pelajar yang

cemerlang adalah pelajar yang berkebolehan dalam semua aspek.

1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Page 15: Laporan Akhir Latihan Industri

15

Latihan industri merupakan syarat kepada setiap pelajar politeknik.

Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar akan dihantar ke jabatan-jabatan

atau firma yang menerima dan melatih pelajar menjalani latihan industri di

firma tersebut. Secara tidak langsung, pelajar berkenaan dapat merasai

berada dalam alam pekerjaan yang sebenar. Di antara kepentingan latihan

industri kepada pelajar ialah :

a) Pelajar dapat mengetahui suasana alam pekerjaan dengan lebih

mendalam dan mengetahui selok-belok tugas yang diberi di samping

dapat menambahkan pengalaman sekiranyan menempuh alam

pekerjaan yang sebenar.

b) Dapat menyesuaikan diri dengan suasana alam pekerjaan dan menjaga

hubungan sesama pekerja.

c) Secara tidak langsung pelajar dapat membentuk imej serta keyakinan

diri, mengetahui tentang selok belok mengenai firma, sistem organisasi

serta pengurusan sesebuah syarikat.

d) Latihan industri dapat membantu pelajar melahirkan idea-idea yang

bernas melalui penghasilan laporan ini. Penulisan laporan ini

memerlukan proses perancangan, huraian, gaya bahasa dan teknik

penulisan yang betul untuk menghasilkan laporan yang bermutu. Ini

dapat menjadi panduan kepada pelajar untuk menulis lain-lain laporan

untuk semester yang seterusnya.

Page 16: Laporan Akhir Latihan Industri

16

BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan Organisasi

2.1.1 Pendahuluan

Pada mulanya syarikat ini dikenali sebagai „Tholec Limited‟, sebuah

syarikat swasta dalam perniagaan perladangan, ditubuhkan pada

tahun 1965, dan ia telah ditukar menjadi sebuah syarikat awam pada

tahun 1967 dan telah disenaraikan di Malaysia dan Bursa Saham

Singapura. Pada tahun 1971, ia dikenali sebagai Worldwide Holdings

Berhad.

Pada tahun 1989, Worldwide Holdings Berhad mengambil langkah

penyusunan semula dengan penyenaraian di Bursa Malaysia

Securities. Setelah disuntik aset daripada tiga syarikat di bawah

Kumpulan Perangsang Selangor (Holiday Inn Centre, Perangsang

Tin Consolidated and Perangsang Rio Tinto) ke dalam Worldwide

Holdings , syarikat itu kini di bawah naungan Kumpulan Perangsang

Selangor.

Sejak itu, Worldwide Holdings Berhad telah terlibat dalam pelbagai

industri seperti pembangunan hartanah dan pelaburan, perdagangan

kayu , pembangunan infrastruktur , televisyen penyiaran berita,

pengurusan sisa pepejal, pelaburan di luar negara dan pegangan

pelaburan. Penggabungan semasa krisis kewangan Asia yang aktif di

Page 17: Laporan Akhir Latihan Industri

17

seluruh dunia untuk pelbagai projek infrastruktur serta aset tidak

berbayar dan pelaburan .

Pada tahun 2008, Worldwide Holdings Berhad telah diswastakan dan

telah secara rasmi dikeluarkan dari Bursa Malaysia dan kini

merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri

Selangor.

Hari ini, Worldwide Holdings Berhad memberi tumpuan kepada

empat perniagaan utama iaitu perkhidmatan harta pengurusan alam

sekitar , pegangan pelaburan dan pembuatan peranti perubatan.

Rajah 1,Logo Syarikat

2.2 Latar Belakang Syarikat

Worldwide Holdings telah berkembang daripada sebuah syarikat kecil

Berhad swasta menjadi organisasi nasional terkenal. Dari pelbagai

kepentingan dalam pelbagai industri di seluruh tahun menjadi tumpuan ke

empat hari ini, Worldwide Holdings hari ini adalah pemimpin dalam hartanah

dan perkhidmatan pengurusan alam sekitar. Ia adalah di peringkat akhir

persediaan untuk menceburi perubatan peranti perniagaan pembuatan.

Semua perniagaan ini adalah sejajar dengan memenuhi permintaan dunia

Page 18: Laporan Akhir Latihan Industri

18

hari ini, termasuk permintaan untuk perumahan dan komersil yang baik dan

tinggi nilai, tapak pelupusan yang berdedikasi dan perkhidmatan berkaitan

alam sekitar, penjanaan kuasa, alat-alat perubatan dan lain-lain.

Perniagaan pembangunan hartanah kami adalah membantu beribu-ribu

rakyat memiliki rumah mereka sendiri, membina kawasan komersial dan

membantu meningkatkan ekonomi negeri, membina bandar dan menjaga

kepentingan masyarakat agar lebih terpelihara dan memberikan mereka

kehidupan yang lebih berkualiti, bangunan pejabat yang tinggi seperti

menara dibina untuk membolehkan syarikat global atau tempatan

menubuhkan ruang pejabat dan ruang perniagaan mereka sendiri.

Perkhidmatan pengurusan alam sekitar kami membolehkan negara untuk

merealisasikan persekitaran yang bersih dan sihat untuk semua. Kami

sedang membina dan mengekalkan tapak pelupusan sanitari untuk merawat

berjuta-juta tan sisa, membawa teknologi yang terbaik, meninggalkan hari

esok yang lebih baik untuk generasi yang akan datang

Perniagaan pegangan pelaburan kami bertujuan untuk melabur dengan nilai

yang tinggi dengan saham di dalam dan luar negara dan terus mencari

kepentingan dalam bidang-bidang seperti penjanaan kuasa dan pelaburan

hartanah. Melalui perkongsian strategik dan usaha sama dengan entiti yang

terkenal di dunia, kami terus mencari peluang-peluang terbaik untuk

melabur.

2.2.1 Visi Syarikat

Page 19: Laporan Akhir Latihan Industri

19

Untuk menjadi organisasi yang terkemuka dan dikenali dalam

perniagaan-perniagaan utama kami

2.2.2 Misi syarikat

Untuk membangun dan meningkatkan kepakaran kami secara

berterusan dalam bidang Hartanah,Alam sekitar, Pelaburan dan

Kesihatan.Mengikut standard industry yang berkaitan dan mengatasi

jangkaan kesemua pihak berkepentingan dengan mengoptimumkan

modal insan,proses dan teknologi secara efektif

2.2.3 Nilai-Nilai Yang Diterapkan Dalam Kalangan Pekerja

a) Integriti - Kami beretika,bertanggungjawab dan amanah dalam

apa jua yang kami lakukan

b) Pertumbuhan - Kami berusaha untuk mencapai peningkatan

yang berterusan dalam pembangunan modal insane dan

perniagaan

c) Kecemerlangan - Kami sentiasa komited untuk memastikan

penyampaian prestasi,produk dan perkhidmatan yang

berkualiti

d) Penyayang/mengambik berat - Kami mengambil berat

penjagaan persekitaran,kebajikan para pekerja dan para

pemegang saham

Page 20: Laporan Akhir Latihan Industri

20

e) Semangat berpasukan - Kami berkongsi matlamat dan saling

hormat menghormati di antara satu sama lain dalam satu

persekitaran kerja yang harmoni

2.2.4 Latar Belakang Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif

Nama penuh beliau ialah En.Ahmad Azman Azizul Rahman,beliau

memegang Ijazah Sarjana Muda Sains ( Kepujian) Ukur Bahan dari

University of Reading, England. Beliau adalah seorang ahli Institut

Diraja Juruukur Malaysia ( RISM ) , Royal Institute of Chartered

Surveyors ( RICS ) UK dan seorang Juruukur Bahan berdaftar

dengan Lembaga Juruukur Malaysia.

Beliau telah menghadiri pelbagai kursus-kursus pengurusan dan

program termasuk 2 bulan berasrama penuh Program Pembangunan

Pengurusan (MDP) di Institut Pengurusan Asia (AIM ) di Manila pada

tahun 1993 dan Program Pengurusan Kanan Advanced ASEAN

Harvard Business School, Kelab Alumni Malaysia 2005.

Pengalaman kerja beliau meliputi selama 28 tahun. Beliau

memulakan kerjaya sebagai seorang Juruukur Bahan dengan UDA

dan terlibat dalam pembangunan perdana UDA , Bandar Baru UDA ,

Johor Bahru. Beliau kemudiannya telah dipindahkan ke anak syarikat

UDA UDAPEC Sdn. Bhd sebagai Pengurus Projek untuk menerajui

permulaan projek dan pembangunan 750 ekar Bandar Tun Hussein

Onn , Cheras . Projek ini telah memenangi pelbagai anugerah

Page 21: Laporan Akhir Latihan Industri

21

termasuk daripada badan-badan yang terkenal seperti Institut

Perancang dan FIABCI . Kedudukan beliau sebelum meninggalkan

UDA adalah Pengurus Serantau bagi Wilayah merangkap Ketua

Timur Pengurus UDA Murni Sdn Bhd

Beliau menyertai Worldwide Holdings Berhad pada tahun 1996

sebagai Pengurus Kanan di Bahagian Hartanah dan kemudiannya

meningkat ke jawatan sekarang iaitu Pemangku Ketua Pegawai

Eksekutif . Untuk sumbangan beliau kepada negeri Selangor , beliau

telah dianugerahkan Anugerah Darjah Kebesaran Ahli Sultan

Sharafuddin Idris Shah ( AIS ) oleh DYMM Sultan Selangor pada

tahun 2006.

2.2.5 Latar Belakang Ketua Bahagian Hartanah

Nama penuh beliau iailah En. Rosli Bin Ismail, berumur 51 tahun,

telah berkeluarga dan mempunyai 5 orang anak. Bidang kerja utama

Haji Rosli Ismail adalah menyelia aktiviti-aktiviti kumpulan

pembangunan hartanah, pentadbiran jualan, pengurusan hartanah

dan aktiviti perkhidmatan pelanggan.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dan

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi

MARA. Beliau telah menghadiri Program Pengurusan di Institut

Pengurusan Asia di Manila, Filipina.

Page 22: Laporan Akhir Latihan Industri

22

Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam

perniagaan pembangunan hartanah. Sebelum menyertai WHB pada

tahun 1995, beliau telah berkhidmat dengan sebuah firma perunding

kejuruteraan dan syarikat-syarikat pembangunan hartanah, iaitu

Glomac Sdn Bhd dan Peremba Development Sdn.

2.3 Aktiviti Syarikat Worldwise Holding Berhad

a) Bahagian Hartanah - Menyediakan produk yang berkaitan dengan

pembinaan perumahan dan pembinaan bangunan kedai pejabat.

b) Bahagian Alam Sekitar - Menyediakan tapak pelupusan sampah bagi

mengurangkan sisa buangan dan menjadikan sisa tersebut sebagai

barangan kitar semula untuk memelihara dan memulihara alam

sekitar dimuka bumi ini.

c) Bahagian Pelaburan - Menjalankan aktiviti membeli dan memiliki

beberapa aset terbaik tempatan dan global serta dapat merancang

kewangan dengan berhemat.

d) Bahagian Kesihatan - Menjalankan aktiviti memproses dan

membuatan benang dan jarum untuk pembedahan yang

menggunakan jenama sendiri iaitu VESTI.

2.4 Halatuju Syarikat

Halatuju syarikat Worldwide Holding Berhad ini adalah untuk menjadi

syarikat yang lebih maju dalam menghasilkan pelbagai jenis produk dan

Page 23: Laporan Akhir Latihan Industri

23

perkhidmatan pada masa akan datang dengan menggunakan teknologi

yang canggih disamping dapat membantu negara dalam meningkatkan

ekonomi dengan pelaburan saham dengan negara luar.

Page 24: Laporan Akhir Latihan Industri

24

2.5 Carta Organisasi Syarikat

Page 25: Laporan Akhir Latihan Industri

25

BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan

Mengikut seperti dalam jadual latihan industry, saya menjalani latihan

praktikal di Worldwide Holdings Berhad lebih kurang lima bulan ataupun

selama dua puluh minggu. Sepanjang saya menjalani latihan industry di

syarikat ini, saya telah diberi peluang untuk melakukan kerja dan tugasan di

bahagian pentadbiran jualan. Ringkasan aktiviti latihan industri yang saya

telah lakukan adalah untuk setiap dua minggu bermula pada 17 Jun 2013

sehingga 1 November 2013.

3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

MINGGU AKTIVITI

1 DAN 2

17/6/2013 -

28/6/2013

i. Melapor diri di syarikat pada jam 9.00 pagi.

ii. Mendengar taklimat daripada pegawai di bahagian

sumber manusia iaitu Puan Suhana mengenai

peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

iii. Menjalani sesi suai kenal dengan semua kakitangan

yang berada di syarikat

iv. Ditempatkan di bahagian pentadbiran jualan dan

mendapat pendedahan awal daripada pegawai di

Page 26: Laporan Akhir Latihan Industri

26

bahagian pentadbiran jualan iaitu En. Shahadat

Umar

v. Membaca dan memahami mengenai projek-projek

yang sedang dijalankan oleh pihak syarikat melalui

laman sesawang syarikat iaitu (www.whb.my )

vi. Belajar menggunakan sistem yang digunakan oleh

kakitangan syarikat untuk menyimpan data-data

yang penting mengenai semua projek. Semua data

disimpan di dalam sistem yang dipanggil IFCA.

vii. Menganalisis senarai „Lot Billing & Collection

Summary Report‟ untuk mengenalpasti pelanggan

atau pembeli yang masih tidak menyelesaikan

bayaran berperingkat sebanyak 10%.

viii. Diberi pendedahan menggunakan peralatan pejabat

seperti mesin fotostat, mesin fax, telefon pejabat

dan mesin mencetak surat.

ix. ‘Scan’ perjanjian jual beli yang baru diterima

daripada pihak peguam bertujuan untuk

memudahkan kakitangan pentadbiran jualan untuk

membuat rujukan atau membuat semakan.

x. Menyenaraikan nama pelanggan atau pembeli yang

ingin dibatalkan pembeliannya atas sebab pembeli

gagal menjelaskan bayaran yang ditetapkan.

Page 27: Laporan Akhir Latihan Industri

27

xi. Diarahkan untuk menghadiri mesyuarat yang

membincangkan tentang status dokumentasi dan

kutipan tertunggak, mesyuarat melibatkan

kakitangan daripada bahagian pemasaran,

bahagian kewangan dan bahagian pentadbiran

jualan.

MINGGU AKTIVITI

3 DAN 4

1/7/2013 –

12/7/2013

i. Mengimbas dokumen perjanjian jual beli.

ii. Terlibat dengan program orientasi kakitangan

baru dari jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00

petang

iii. Menyusun, mengimbas dan menamakan semula

Hkmilik i-zone kapar.

iv. Menghadiri majlis perhimpunan pagi dan diminta

untuk memperkenalkan diri.

v. Menyediakan minit mesyuarat untuk mesyuarat

yang akan datang dengan bantuan daripada

kakitangan yang lebih berpengalaman.

vi. Menyemak dan memperbaharui no lot hak milik

untuk Projek Safira.

MINGGU AKTIVITI

5 DAN 6

i. Menyambung kerja-kerja mencetak title i-zone

kapar sebanyak 2000 Hakmilik.

Page 28: Laporan Akhir Latihan Industri

28

15/07/2013 –

26/07/2013

ii. Melengkapkan borang “permohonan untuk

serahan balik tanah. Borang 12A(seksyen 197 )

iii. Menyemak senarai pengiraan cukai dan hakmilik

tanah bagi projek i-zone kapar

iv. Menyiapkan minit mesyuarat bagi persediaan

mesyuarat yang akan datang

v. Menghadiri majlis tazkirah ramadhan yang

disampaikan oleh ustaz jemputan

vi. Memeriksa plan tapak parkir kereta bagi

kediaman kondominium Kristal sama seperti

dalam perjanjian jual beli ataupun tidak.

vii. Membuat pembetulan memo minit mesyuarat

yang telah diperiksa oleh En.Shahadat Umar.

viii. Ditugaskan untuk menjadi setiausaha mesyuarat

dan tugas yang perlu dilaksanakan adalah

mencatat minit mesyuarat.

MINGGU AKTIVITI

7 DAN 8

29/7/2013 –

9/8/2013

i. Membuat salinan Hakmilik i-zone kapar bagi

membuat persediaan menghantar segala

dokumen bagi tujuan penyerahan balik tanah

ii. Mengisi borang 12A (Kanun Tanah Negara)

iii. Menghadiri mesyuarat berkenaan dengan Majlis

berbuka puasa.

Page 29: Laporan Akhir Latihan Industri

29

iv. Menjadi salah seorang Ahli Jawatankuasa di

bahagian pendaftaran semasa majlis berbuka

puasa.

v. Menyusun semula cukai tanah dan cukai

taksiran.

MINGGU AKTIVITI

9 DAN 10

12/8/2013 –

23/8/2013

i. Pada minggu ke 9 tidak banyak kerja yang

dilalukan kerana bercuti sempena hari raya

aidilfitri

ii. Menyemak sistem IFCA bagi memastikan

semua projek yang telah dikemas kini sama

dengan apa yang dicatatkan didalam minit

mesyuarat.

iii. Membaca dan memahami „handbook‟ tentang

projek Delima Semi-Detached 26 unit yang

diberikan oleh staf yang menjaga projek

tersebut.

iv. Membantu staf menyusun fail-fail projek Seri

Atria di almari yang disediakan.

v. Menjadi ahli jawatankuasa di Majlis Jalinan hari

raya anak syarikat PKNS di kompleks PKNS di

kelana jaya.

MINGGU AKTIVITI

Page 30: Laporan Akhir Latihan Industri

30

11 DAN 12

26/8/2013 –

6/9/2013

i. Mesyuarat ringkas dengan semua staf di

bahagian pentadbiran jualan yang

dipengerusikan oleh En.Shahadat Umar

bertujuan membahagikan tugas untuk majlis

perhimpunan bulanan syarikat.

ii. Mengemas kini laporan tentang projek di Subang

Bestari.

iii. Mengemas kini status laporan projek cengal

iv. Ditugaskan untuk menyediakan soalan kuiz

berkaitan kemerdekaan yang akan di laksanakan

semasa majlis perhimpunan pagi dijalankan

v. Menyediakan slide jawapan bagi soalan kuiz

tersebut untuk dipamerkan kepada semua

kakitangan syarikat.

vi. Menhias bilik mesyuarat aras 3 untuk majlis

sambutan hari raya

vii. Menyediakan segala kelengkapan bagi

persediaan untuk majlis perhimpunan pagi

viii. Menjadi ahli jawatankuasa bagi majlis

perhimpunan dan sambutan hari raya.

ix. Ditugaskan untuk menyemak jawapan kepada

soalan kuiz dan mendapatkan senarai nama

pemenang.

Page 31: Laporan Akhir Latihan Industri

31

x. Menghadiri taklimat mengenai penyelarasan gaji

semua staf di bahagian hartanah. Taklimat di

sampaikan oleh ketua di bahagian sumber

manusia.

MINGGU AKTIVITI

13 DAN 14

9/9/2013 –

20/9/2013

i. Mengemaskini status pindahmilik hartanah

tentang pembatalan dan penggantian nama

pembeli bagi permohonan kebenaran

pindahmilik secara menyeluruh „blanket consent‟

di seksyen 13, Bandar Shah Alam, daerah

Petaling

ii. Terlibat dengan perbincangan antara salah

seorang kakitangan dari bahagian pentadbiran

jualan dengan kontrektor yang terlibat dengan

penyediaan tapak parkir kereta yang bertindih di

kondominium Kristal dan dapat diselesaikan

dengan bantuan daripada En. Shahadat Umar.

iii. Menulis maklumat mengenai nama dan number

lot rumah dihadapan fail bagi memudahkan

proses untuk merujuk dan mencari fail tersebut.

iv. Membantu kakitangan yang lain membuat

salinan perjanjian jual beli untuk pembeli yang

baru sebelum dihantar kepada pihak peguam.

Page 32: Laporan Akhir Latihan Industri

32

v. Terlibat dengan mesyuarat mengenai status

dokumentasi dan kutipan tertunggak dan dilantik

menjadi setiausaha mesyuarat untuk mencatat

memo minit mesyuarat.

vi. Membantu kakitangan yang lain membuat

„Report Lot Billing & Collection Summary‟ bagi

projek Delima, Seri Atria, dan Safira.

vii. Membuat memorandum mengenai mesyuarat

status dokumentasi dan kutipan tertunggak.

MINGGU AKTIVITI

15 DAN 16

23/9/2013 –

4/10/2013

i. Menaip surat untuk dihantar kepada pembeli

yang tidak menjelaskan bayaran berperingkat

sebanyak 10% dan kepada pembeli yang masih

belum menandatangani perjanjian jual beli bagi

projek perumahan Meranti dan Jati.

ii. Membuat „failling‟ bagi projek Alami dan Datum

Jelatek

iii. Membuat „failing‟ dengan memasukkan resit-resit

pembayaran kedalam fail.

iv. Membuat „failling‟ bagi projek Meranti.

MINGGU AKTIVITI

17 DAN 18

i. Mengimbas dan membuat salinan Sijil Carian

Rasmi bagi projek i-zone Kapar.

Page 33: Laporan Akhir Latihan Industri

33

7/10/2013 –

18/10/2013

ii. Menyusun semua fail-fail bagi projek lama

bertujuan untuk memudahkan kerja pencarian

dokumen.

iii. Membuat „failling‟ bagi projek Jati, Cengal DAN

Safira.

iv. Membuat „Record Of Payment‟ bagi projek

Meranti.

v. Menghantar semua dokumen mengenai i- zone

kapar ke Pejabat Tanah Klang bertujuan untuk

membuat pembatalan hakmilik perumahan

kepada perindustrian.

MINGGU AKTIVITI

19 DAN 20

21/10/2013 –

1/11/2013

i. Mengemaskini fail Alami dengan menulis nama,

no kad pengenalan, no lot dan no rujukan.

ii. Mengemas kini report untuk puncak Alami.

iii. Membuat dan mengasingkan senarai nama

pembeli bumiputera dan bukan bumi puterauntuk

memohon „Blanket Consent‟.

iv. Mengemaskini status laporan sebelum fail

disimpan di dalam almari mengikut projek.

v. Pergi ke Pejabat Tanah Shah Alam untuk

menghantar senarai nama untuk memohon

„Blanket Consent‟.

Page 34: Laporan Akhir Latihan Industri

34

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Dokumentasi

4.1.1 Pengenalan

Bahagian ini merupakan bahagian yang terpenting didalam rangkaian

penjualan. Rangkaian ini bermula dengan bahagian pemasaran

diikuti dengan bahagian pentadbiran jualan dan diteruskan dengan

bahagian kewangan.

Bahagian ini memainkan peranan penting kerana bahagian ini yang

menguruskan segala hal atau perkara yang melibatkan dokumen.

Nadi bagi bahagian pentadbiran jualan adalah fail dan segala

dokumen yang terdapat didalamnya. Antara kerja yang dilakukan

oleh kakitangan di bahagian pentadbiran jualan adalah

melengkapkan fail, memastikan maklumat adalah tepat dan betul dan

sebagainya.

4.1.2 Definisi Dokumentasi

Dokumentasi adalah apa yang ditulis di atas kertas. Dokumentasi

amat penting kerana mahkamah, peguam, agensi-agensi

perkhidmatan social dan sebagainya membuat keputusan dengan

melihat apa yang ditulis di atas kertas. Dokumentasi membantu untuk

meyakinkan pihak lain tentang sesuatu perkara atau sesuatu

Page 35: Laporan Akhir Latihan Industri

35

perjanjian yang telah dibuat dan ditandatangani. Dokumen yang

sinonim dengan bahagian pentadbiran jualan adalah Perjanjian Jual

Beli.

4.1.3 Definisi Laporan

Selain dokumentasi, penyediaan laporan yang lengkap juga perlu

diberi perhatian memandangkan setiap fail atau dokumen yang

keluar masuk perlu direkod didalam laporan.Laporan adalah suatu

bentuk penulisan yang mencatat atau merekodkan perkembangan

sesuatu dokumen. Data dan maklumat yang tepat menjadi kunci

dalam penulisan laporan. Terdapat beberapa fungsi asas dalam

sesebuah laporan. Segala maklumat yang terdapat dalam dokumen

perlu dicatat dalam laporan bagi memastikan sumber yang dicetak

melalui kertas dapat disimpan dalam sistem yang boleh

memudahkan kerja-kerja menyemak semula maklumat.

4.1.4 Definisi Perjanjial Jual Beli

Perjanjian jual beli adalah kontrak undang-undang bertulis yang

digunakan oleh pembeli rumah dan penjual rumah untuk mencapai

persetujuan ke atas semua syarat-syarat pembelian . Perjanjian jual

beli terdapat dalam semua jenis perniagaan tetapi yang sering

digunakan ialah dalam jual beli yang melibatkan hartanah. Antara

perkara yang terdapat dalam perjanjian jual beli adalah seperti

berikut :

Page 36: Laporan Akhir Latihan Industri

36

i. Nama penjual rumah ataupun pemaju perumahan,

nama pembeli dan nama peguam.

ii. Unit rumah

iii. Tapak plan

iv. Penerangan bangunan

v. Maklumat terperinci pembeli

vi. Hakmilik sementara

Page 37: Laporan Akhir Latihan Industri

37

4.1.5 Proses Menguruskan Perjanjian Jual Beli

Perjanjian jual beli diterima

dari peguam

Memastikan semua

maklumat tepat dan lengkap

Perjanjian jual beli yang

telah lengkap ditandatangan

perlu diserahkan kepada

peguam untuk „stamping‟

Perjanjian jual beli akan

dikembalikan kepada

kakitangan pentadbiran

jualan untuk simpanan

Sekiranya lengkap dan betul

Page 38: Laporan Akhir Latihan Industri

38

4.2 Spesifikasi / Jenis Peralatan Yang Digunakan

Peralatan yang digunakan di dalam bahagian ini adalah seperti berikut :

i. Komputer

ii. Mesin Faks

iii. Telefon

iv. Mesin Fotokopi

v. Mesin „scanning‟

vi. Mesin Cetak Surat

vii. Mesin penghancur kertas

viii. Almari

Page 39: Laporan Akhir Latihan Industri

39

4.3 Tatacara Penggunaan Peralatan

4.3.1 komputer

Komputer merupakan peralatan elektronik yang dihubungkan dengan elektrik yang

berfungsi untuk membantu sistem kerja manusia supaya lebih mudah, cepat dan

tepat. Ia juga merupakan alat informasi dan komunikasi yang mengolah dan

menyimpan data.

Komputer ini saya gunakan untuk membuka sistem yang digunakan oleh syarikat

iaitu sistem yang di panggil IFCA untuk membuat kerja-kerja yang berkaitan

seperti:

a) Memeriksa status laporan yang terkini mengenai semua projek yang

dibangunkan oleh pihak syarikat.

Page 40: Laporan Akhir Latihan Industri

40

b) Mendapatkan maklumat mengenai pembeli ataupun pelanggan seperti

nama peguam yang digunakan, jenis pinjaman yang dibuat, tarikh surat

tawaran jualan dikeluarkan dan sebagainya.

c) Mengetahui peratusan billing yang telah dikeluarkan oleh kakitangan dari

bahagian kewangan.

4.3.2 Mesin Faks

Mesin ini digunakan untuk menghantar dan menerima maklumat dari

sesebuah syarikat ke syarikat yang lain dengan cepat.

Kebiasaanya, saya akan menggunakan mesin faks ini untuk menghantar

dan menunjukkan kesalahan yang dibuat oleh pihak peguam pada

perjanjian jual beli.

Cara menggunakan mesin faks:

Page 41: Laporan Akhir Latihan Industri

41

i. Letak kertas atau dokumen yang hendak di faks diatas cermin mesin

ii. Kemudian, tekan butang faks dan dail nombor yang ingin di faks

iii. Selepas itu, tunggu sehingga bunyi „toot‟. Jika ia berbunyi, tekan

butang „start‟

iv. Selepas selesai keluarkan semula kertas yang diletakkan diatas

cermin mesin.

4.3.3 Telefon

Telefon adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima

bunyi pada jarak jauh. Telefon merupakan alat telekomunikasi yang terpenting

pada abad ini.telefon in saya gunakan untuk membuat panggilan, menjawab

panggilan dan menyambung panggilan. Antara prosedur-prosedur adalah seperti

berikut:

Page 42: Laporan Akhir Latihan Industri

42

i. Prosedur Menerima Panggilan Telefon

ii. Mengangkat ganggang telefon tidak melebihi tiga kali

deringan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh

pihak syarikat.

iii. Ucapkan „Selamat Sejahtera‟ diikuti dengan menyebut

nama syarikat.

iv. Bertanyakan dengan jelas siapa yang membuat panggilan

telefon dan apakah tujuannya. Bercakap mestilah sopan,

fasih berbahasa dan jelas supaya pelanggan mudah

memahami.

v. Sekiranya orang yang hendak dihubungi tiada di pejabat,

berikan alasan yang munasabah dan jika orang yang

hendak dihubungi ada di pejabat, sambungkan talian

tersebut kepadanya.

a) Prosedur Menyambung Panggilan Telefon

i. Mengangkat ganggang telefon tidak melebihi tiga kali

deringan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh

pihak syarikat.

ii. Ucapkan „Selamat Sejahtera‟ diikuti dengan menyebut

nama syarikat.

iii. Bertanyakan dengan jelas siapa yang membuat

panggilan telefon dan apakah tujuannya. Bercakap

Page 43: Laporan Akhir Latihan Industri

43

mestilah sopan, fasih berbahasa dan jelas supaya

pelanggan mudah memahami.

iv. Sekiranya orang yang dihubungi ada di pejabat, tekan

butang „transfer‟ diikuti nombor sambungan penerima.

b) Prosedur Membuat Panggilan Telefon ke Pihak Luar

i. Mengangkat ganggang telefon dan tekan „line‟ yang masih

belum digunakan,contohnya number yang terdapat warna

merah adalah line yang telah digunakan.

ii. Terus dail nombor yang dikehendaki dengan betul.

iii. Tunggu sehingga panggilan dijawab dan ucapkan „Selamat

Sejahtera‟ dan memperkenalkan diri dan nama syarikat.

iv. Memberitahu tujuan membuat panggilan telefon serta

mendapatkan maklumat yang diperlukan.

v. Akhiri ucapan panggilan diucapkan „Terima Kasih‟

Page 44: Laporan Akhir Latihan Industri

44

4.3.4 Mesin Fotokopi

Mesin fotokopi ini saya gunakan untuk membuat kerja-kerja seperti berikut :

i. Fotostat Perjanjian Jual Beli bagi pelbagai tujuan (Sila rujuk lampiran

A)

ii. Fotostat „title‟ ataupun hakmilik sebanyak 2000 bagi projek i-zone di

Kapar (Sila rujuk lampiran B)

iii. Fotostat segala jenis surat atau memo yang dihantar kepada

pelanggan, peguam, pihak atasan dan sebagainya sebagai bukti

bahawa surat tersebut pernah ditandatangani ataupun pernah diberi

mahupun diterima.

iv. Fotostat kad kad pengenalan atau profil syarikat pembeli.

Cara mengendalikan mesin fotokopi :

i. Nyalakan suis.

Page 45: Laporan Akhir Latihan Industri

45

ii. Tekan bilangan helaian yang diperlukan.

iii. Pilih saiz kertas yang diingini seperti A3, A4, A5 dan sebagainya

iv. Letakkan halaman yang hendak dicetak diatas cermin mesin dan

selaraskan pada skil mengikut saiz kertas.

v. Sekiranya banyak salinan yang diperlukan, tutupkan cermin mesin

tersebut dan letakkan kertas yang hendak dicetak diatas „Trill‟ dan

pilih kesesuaian kertas yang diperlukan serta bilangan.

vi. Tekan butang „Start‟ untuk membuat salinan yang dikehendaki.

4.3.5 Mesin ‘Scanning’

Mesin ini saya gunakan untuk „scan‟ hakmilik, perjanjian jual beli, salinan

kad pengenalan dan salinan profil syarikat pembeli, plan tapak lokasi dan

sebagainya untuk simpanan kakitangan di bahagian pentadbiran jualan.

Kepentingan „scan‟ adalah memudahkan kerja untuk membuat salinan

Page 46: Laporan Akhir Latihan Industri

46

kerana kakitangan tidak perlu membuang masa mencari fail kerana

semuanya telah disimpan didalam komputer.

Cara menggunakannya :

i. Masukkan kertas yang hendak di „scan‟ pada permukaan

cerminnya mengikut saiz kertas.

ii. Tutup semula alas cermin tersebut dengan perlahan dan

sempurna.

iii. Mula „scan‟ dengan kawalan melalui komputer.

iv. Paparan gamba atau dokumen yang di „scan‟ akan masuk ke

dalam komputer.

4.3.6 Mesin Mencetak Surat

Page 47: Laporan Akhir Latihan Industri

47

Mesin pencetak surat ini digunakan untuk mencetak surat pembatalan pembelian,

surat peringatan dan sebagainya.

Cara-cara menggunakannya :

i. Pastikan mesin pencetak dihidupkan sebelum digunakan

ii. Selaraskan kertas dengan betul

iii. Pilih dokumen yang hendak dicetak di dalam komputer.

iv. Cetak dokumen yang dikehendaki.

4.3.7 Mesin Penghancur Kertas.

Page 48: Laporan Akhir Latihan Industri

48

Mesin penghancur kertas ini berfungsi untuk menjadi pemusnah utama

dokumen penting yang dicetak di atas kertas terutamanya jika dokumen

tersebut merupakan dokumen yang melibatkan rahsia syarikat, maklumat

penting pembeli dan sebagainya. Dengan itu segala maklumat dapat

dihapuskan dengan selamat disamping dapat mengelakkan pembakaran

terbuka.

Cara menggunakannya :

i. Hidupkan suis

ii. Letakkan kertas yang tidak begitu tebal diatas permukaan mesin

yang terbuka

iii. Kertas akan masuk dengan sendirinya, kemudian matikan suis.

Page 49: Laporan Akhir Latihan Industri

49

4.3.8 Almari

Almari ini digunakan untuk menyimpan fail-fail yang mengandungi perjanjian

jual beli pelanggan, maklumat peribadi, surat-surat yang ernah dihantar

kepada pembeli dan sebagainya.

4.4 Proses Kerja Yang Dilakukan (Aliran Perjanjian Jual Beli)

a. Dalam tempoh 3 hari selepas tarikh penjualan unit, kakitangan

dibahagian pemasaran harus menyerahkan fail yang telah lengkap

dengan salinan kad pengenalan atau profil syarikat kepada kakitangan

di bahagian pentadbiran jualan.

b. Selepas menerima fail, kakitangan pentadbiran jualan perlu

merekodkan dalam 1 folder. Setiap 1 projek mempunyai 1 folder.

Page 50: Laporan Akhir Latihan Industri

50

c. Fail perlu dikemaskini dengan menulis segala butir-butir pelanggan

seperti nama, no lot dan no rujukan supaya memudahkan proses untuk

mencari dan menyimpan fail di dalam almari mengikut giliran no lot.

d. „Follow-up‟ pembeli untuk menandatangani perjanjian jual beli selepas

7 hari daripada tarikh surat tawaran dikeluarkan.

e. Pembeli perlu menjelaskan pembayaran berperingkat sebanyak 10

peratus dari harga pembelian selewat-lewatnya 14 hari selepas surat

tawaran dikeluarkan.

f. Selepas 14 hari daripada perjanjian jual beli ditandatangani pembeli

perlu memaklumkan cara pembayaran, sama ada secara tunai atau

pinjaman.

g. Jika tiada tindakan diatas, kakitangan pentadbiran jualan yang

bertanggungjawab keatas projek tersebut akan mengeluarkan surat

peringatan untuk menjelaskan pembayaran berperingkat sebanyak 10

peratus dan untuk menandatangani perjanjian jual beli. Dalam masa 14

hari.

h. Sekiranya pembeli tidak memberi tindak balas berkenaan cara

pembayaran, pihak pentadbiran jualan akan mengeluarkan surat untuk

memastikan pembeli membuat pembayaran secara tunai atau

pinjaman, jika masih tiada tindak balas dalam masa 14 hari, pembeli

dianggap sebagai „cash buyer‟.

Page 51: Laporan Akhir Latihan Industri

51

i. Selepas 14 hari jika tiada tindak balas pembeli akan menerima surat

pembatalan pembelian dari pihak syarikat dengan persetujuan dari

ketua di bahagian Hartanah

j. Jika bayaran 10 peratus dan perjanjian telah ditandatangani,

tanggungjawab untuk memastikan pembeli membuat pembayaran

mengikut „billing‟ yang dikeluarkan adalah tanggungjawab kakitangan

di bahagian kewangan.

4.5 Proses Kerja Yang Dilakukan (Membuat Laporan Lengkap Projek)

Laporan boleh dibuat dengan merujuk kepada sistem yang digunakan oleh

syarikat iaitu „property plus‟ yang dipanggil IFCA. Sistem ini digunakan oleh

semua kakitangan di bahagian pemasaran, pentadbiran jualan dan

bahagian kewangan.

a. Langkah-langkah untuk membuat laporan yang pertama adalah

memasukkan maklumat pembeli kedalam laporan.

i. Masukkan nama pengguna

ii. Masukkan kata laluan

iii. Klik „ok‟ seperti dibawah

iv. Pilih nama projek

v. Tekan butang „financial accounting‟

vi. Klik „account receivable‟

vii. Pilih „enquiry‟

viii. Klik „lot enquiry‟

ix. Semua maklumat pembeli dipaparkan.

Page 52: Laporan Akhir Latihan Industri

52

i

ii iii

iv

Page 53: Laporan Akhir Latihan Industri

53

v

vi

vii

vii

i

ix

Page 54: Laporan Akhir Latihan Industri

54

b. memasukkan maklumat tentang peratusan „billing‟ yang telah

dikeluarkan.

i. Pilih nama projek

ii. Tekan „financial accounting‟

iii. Klik „account receivable‟

iv. Pilih „settlement report‟

v. Klik „lot billing & collection sum (Alloc)

vi. Segala maklumat dapat dilihat.

i

Page 55: Laporan Akhir Latihan Industri

55

ii

iii

v

iv

vi

Page 56: Laporan Akhir Latihan Industri

56

c. Langkah-langkah mendapatkan „Sales Receivable And Summary

Report‟.

i. Pilih nama projek

ii. Klik „property sales‟

iii. Pilih „report‟

iv. Klik „Sales Receivable And Summary Report‟

v. Maklumat boleh diperolehi.

i

Page 57: Laporan Akhir Latihan Industri

57

d. Segala maklumat dapat direkodkan didalam „microsoft excel‟

iii

iv

ii

v

Page 58: Laporan Akhir Latihan Industri

58

Page 59: Laporan Akhir Latihan Industri

59

BAB 5

KESIMPULAN

Kesimpulannya,Langkah pihak politeknik menempatkan pelajar-pelajar untuk

menjalankan Latihan Industri merupakan salah satu langkah yang bijak. Saya pasti

ramai dalam kalangan kita tidak menyedari sesebuah syarikat / organisasi yang

berkembang maju adalah bermula daripada sistem pengurusan dan pentadbiran

yang sempurna, sistematik dan stabil.

Latihan Industri yang dijalankan sememangnya memberi kelebihan dan kebaikan

berbanding dengan keburukan. Program ini harus diteruskan kerana ianya banyak

memberi manfaat kepada pelajar khususnya dan peluang kepada para pelajar

untuk memahami alam pekerjaan yang sebenar bagi mendapatkan pengalaman

bekerja di sesebuah organisasi firma ataupun syarikat.

Dengan adanya latihan sebegini, ianya dapat memberi keyakinan kepada para

pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan sebenar yang mencabar dan bijak

menggunakan peluang yang ada seperti ini. Pendedahan sebegini perlu dimiliki

oleh setiap pelajar sebagai persediaan awal untuk bersaing dipasaran globalisasi.

Seterusnya, dengan latihan ini, para pelajar tersebut merupakan bakal pekerja

yang berkualiti daripada segala aspek untuk memenuhi keperluan organisasi.

Sepanjang tempoh lima (5) bulan saya menjalani latihan industri di Worldwide

Holdings Berhad saya mendapati bahawa firma ini merupakan satu tempat yang

sangat sesuai untuk pelajar menjalani latihan industri kerana organisasi ini sangat

memahami keadaan dan situasi sebagai seorang pelajar. Sepanjang saya berada

Page 60: Laporan Akhir Latihan Industri

60

di syarikat ini, banyak perkara dan pengalaman yang saya perolehi terutama di

bahagian pentadbiran jualan syarikat ini. Selain itu, kesediaan kakitangan yang

sedia membantu menjadi salah satu aset yang penting dalam sesebuah organisasi

bagi melahirkan pekerja yang mampu bekerjasama dalam kumpulan. Di samping

itu, syarikat ini sangat mengutamakan kebajikan pekerja seperti menyediakan

tempat bekerja yang selesa, persekitaran yang nyaman dan lain-lain supaya

pekerja disini berasa selesa semasa menjalankan tugas. Saya juga diberi banyak

peluang untuk mendapatkan pengalaman di bahagian pentadbiran jualan

terutamanya seperti membuat surat, mengemaskini status laporan dan

sebagainya. Saya turut gembira kerana sepanjang saya menjalani latihan industri

di Worldwide Holdings Berhad, mereka berpuas hati dengan prestasi dan

komitmen yang saya berikan. Akhir sekali, saya menyarankan kepada rakan-rakan

yang ingin menjalani latihan industri pada masa akan datang supaya memohon di

Worldwide Holdings Berhad dan mencadangkan kepada pihak Politeknik Tuanku

Sultanah Bahiyah supaya menyenaraikan Worldwide Holdings Berhad ini sebagai

salah satu tempat untuk para pelajar mejalani latihan industri.

Page 61: Laporan Akhir Latihan Industri

61

BAB 6

KOMEN DAN CADANGAN

6.1 Komen Untuk Organisasi

i. Dalam pemerhatian saya syarikat ini kurang aktiviti riadah selepas

waktu bekerja.

ii. Organisasi perlu menitikberatkan maklumat yang terdapat dilaman

web rasmi syarikat, ini kerana maklumat tersebut tidak dikemaskini.

6.2 Cadangan Untuk Organisasi

i. Pemberian hadiah atau anugerah adalah perkara yang boleh

memberi sedikit suntingan dan semangat kepada pekerja oleh itu

saya mencadangkan agar pihak syarikat boleh mewujudkan satu

anugerah pekerja terbaik pada setiap bulan dan pemenangnya akan

diumumkan pada perhimpunan bulanan syarikat. Nilai yang diambil

kira adalah seperti kehadiran yang penuh setiap bulan, masuk kerja

pada waktu yang ditetapkan dan sebagainya.

ii. Penggunaan „uniform‟ oleh kakitangan syarikat dapat mencerminkan

imej syarikat disamping dapat mengekalkan keseragaman antara

kakitangan, di samping itu saya mencadangkan „uniform‟ perlu

dipakai pada setiap hari isnin, rabu, jumaat dan pelepasan diberikan

pada hari selasa dan khamis.

iii. Memandangkan syarikat ini sentiasa berhubung dengan pelanggan

dan pihak luar adalah lebih baik sekiranya semua kakitangan

diwajibkan untuk memakai tag nama ataupun „access card‟ yang

Page 62: Laporan Akhir Latihan Industri

62

telah diberikan untuk memudahkan pihak lain mengenali pekerja

tersebut dan ini juga membantu sekiranya pihak luar ingin

memberikan pujian mahupun kritikan.

iv. Daripada pemerhatian saya selama 20 minggu di syarikat ini,

kebanyakan pekerja sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai

anak-anak yang kecil, adalah baik sekiranya pihak syarikat dapat

menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak, pembayaran dibuat

dengan potongan gaji pada setiap bulan.

6.3 Cadangan Kepada Pihak Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

i. Lawatan secara menyeluruh perlu dilakukan pada setiap organisasi

yang terdapat pelajar menjalani latihan industri. Ini kerana terdapat

segelintir pelajar yang mungkin mengambil peluang ini untuk bercuti

panjang sekiranya tiada lawatan dari pihak Politeknik. Selain itu, ia

juga membolehkan pensyarah mengenali pelajarnya dengan lebih

dekat. Lawatan ini juga akan membuat pelajar lebih bersedia untuk

menyiapkan laporan harian mereka untuk semakan pensyarah.

ii. Pihak Politeknik harus lebih peka terhadap kerja-kerja yang diberikan

oleh organisasi kepada pelatih. Ini adalah untuk melindungi pelatih

tersebut daripada menjadi mangsa kerahan tenaga oleh pihak yang

tidak bertanggungjawab. Sebagai seorang pelajar yang menjalani

latihan industri di jabatan Kerajaan, sudah sedia maklum pelajar tidak

diberikan elaun dan datang bekerja hanyalah untuk belajar tetapi

jikalau terperangkap dalam situasi ini, sedikit sebanyak akan

Page 63: Laporan Akhir Latihan Industri

63

memberi impak besar dalam diri pelajar yang mungkin akan

menimbulkan tekanan kerja semasa menjalani latihan industri.

iii. Selain itu, saya mencadangkan agar tempoh latihan industri dapat

dipendekkan bagi para pelajar akan datang atau para pelajar

menjalani latihan industri pada akhir semester. Hal ini kerana,

sesetengah syarikat mengatakan bahawa tempoh latihan industri

pelajar Politeknik agak panjang. Sehubungan dengan itu, saya bagi

pihak pencadang berterima kasih di atas segala usaha yang pihak

tuan usahakan untuk pelajar-pelajar Politeknik Tuanku Sultanah

Bahiyah.

Page 64: Laporan Akhir Latihan Industri

64

Bibliografi / Rujukan

Temuramah

1. En. Shahadat umar. Ketua bahagian pentadbiran jualan (26 Ogos 2013)

2. Puan Nurul Huda binti Hamis. Eksekutif pentadbiran jualan (19 September

2013)

3. Cik Zuriati binti yaacob. Eksekutif pentadbiran (19 Septermber 2013)

Internet

1. http://en.wikipedia.org/wiki/documentation. (1 Oktober 2013)

2. http://en.wikipedia.org/wiki/report. (1 Oktober 2013)

3. http://www.businessdictionary.com/definition/Sales-And-Purchase-

Agreement-SPA.html. (1 Oktober 2013)

4. http://www.investopedia.com/terms/s/salesandpurchase.asp (1 Oktober

2013)

Buku

1. Prinsip penilaian statut. Penulis Ahmad Ariffian Bujang, Hasmah Abu Zarin.

2. Fatinah Binti Aplop. Buku Laporan Industri Politeknik Sultan Idris Shah.

3. Nor Asyikin Binti Zuhairi. Buku Laporan Industri Politeknik Sultan Idris Shah.

Page 65: Laporan Akhir Latihan Industri

65

LAMPIRAN A

Contoh muka hadapan perjanjian jual beli

Page 66: Laporan Akhir Latihan Industri

66

LAMPIRAN B

Contoh Hakmilik

Page 67: Laporan Akhir Latihan Industri

67

LAMPIRAN C

Contoh cukai tanah

Page 68: Laporan Akhir Latihan Industri

68

LAMPIRAN D

Contoh Fail Yang Lengkap