laporan akhir kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban

3
HHHC9101 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban LAPORAN AKHIR OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM 2014 TARIKH : 17 - 22 JANUARI 2014 Nama Pensyarah : Prof. Madya Dr. Abdul Munir Bin Abd. Murad Nama Pelajar : Nur Adila Binti Zahari No. Matrik : A146360

Upload: adel900

Post on 16-Jul-2015

201 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan  akhir kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban

HHHC9101

Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban

LAPORAN AKHIR OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU DARUL TA’ZIM 2014

TARIKH :

17 - 22 JANUARI 2014

Nama Pensyarah : Prof. Madya Dr. Abdul Munir Bin Abd. Murad

Nama Pelajar : Nur Adila Binti Zahari

No. Matrik : A146360

Page 2: Laporan  akhir kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban

Laporan Akhir Kemahiran Sosial Dan Kebertanggungjawaban

Saya telah menyertai satu projek dari Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)

Universiti Kebangsaan Malaysia ,dimana projek ini merupakan satu program yang bernama

Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Takzim di kampung Parit Warijo iaitu di daerah

Batu Pahat.Program ini telah berjalan dari awal Oktober 2013.Dalam pogram ini saya telah

memegang jawatan sebagai Ketua Program untuk post Kerohanian.Pogram saya telah berjalan

sepenuhnya pada pada 17 sehingga 22 Januari 2014 dimana seramai 40 orang pelajar dari

Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) Universiti Kebangsaan Malaysia telah

menyertainya.

Dalam program ini saya telah mengaplikasikan kemahiran sosial dan

kebertanggungjawaban .Memandangkan saya telah dilantik sebagai ketua program untuk post

kerohanian,saya diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam meyelesaikan masalah yang

melibatkan acara kerohanian.Dalam post ini saya dibantu seorang timbalan ketua program iaitu

Nurul Fatin Binti Sakuri.Saya juga bijak mengatur strategi dan memberi arahan kepada timbalan

ketua program kerohanian untk menyelesaikan beberapa perkara.Saya juga telah melampirkan

minit mesyuarat saya bersama timbalan ketua program kerohanian sebagai bukti kerjasama kami

dalam post kerohanian.

Didalam program ini juga saya sering berkerjasama bersama rakan sepasukan saya yang

lain selain berkerjasama dengan timbalan ketua program kerohanian.Hal ini kerana sebagai rakan

sepasukan saya juga bertanggungjawab dalam membantu rakan-rakan saya dalam menyelesaikan

masalah mereka dalam post masing-masing.Sepanjang program berjalan sepenuhnya pada 17

sehingga 22 Januari 2014,saya juga turut melibatkan diri dalam aktiviti sosial contohnya

sepanjang acara yang melibatkan post khidmat sosial,saya turut membantu dalam acara gotong-

royong .Saya juga turut melibatkan diri aktiviti sosial yang melibatkan diri saya menjadi

fasilitator dalam membantu post pendidikan menjalankan aktiviti di sekolah.

Disamping itu,sayajuga turut membantu dalam aktiviti sosial yang lain contohnya,saya

membantu post jamuan dalam menguruskan hal jamuan serta turut turun padang dalam

membantu post pemasaran dalam mencari dana untuk program kami.Saya juga turut

melampirkan gambar-gambar dan video sebagai bahan bukti

Page 3: Laporan  akhir kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban

Laporan disediakan oleh,

adilaNUR ADILA BINTI ZAHARIKetua ProgramOpkim 10 Penjuru (Batu Pahat) Persatuan Mahasiswa Anak Johor Universiti Kebangsaan Malaysia