laporan akhir kemahiran insaniah kemahiran · pdf filelaporan akhir kemahiran insaniah...

10
LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 5 PROGRAM : ANAK MUDA NADI MALAYSIA KOD PROJEK : PJ/004/000-1213-033-1 ANJURAN : SEKRETARIAT KESELAMATAN, KOLEJ UNGKU OMAR, UKM NAMA : NOOR ATIKAH BINTI SAMSUL BAHAR NO MATRIK : A 144211 JAWATAN : AJK CENDERAMATA

Upload: vunga

Post on 05-Mar-2018

233 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN · PDF filelaporan akhir kemahiran insaniah kemahiran komunikasi hhhc9201 set 5 program : anak muda nadi malaysia kod projek : pj/004/000-1213-033-1

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

HHHC9201 SET 5

PROGRAM :

ANAK MUDA NADI MALAYSIA

KOD PROJEK :

PJ/004/000-1213-033-1

ANJURAN :

SEKRETARIAT KESELAMATAN, KOLEJ UNGKU OMAR, UKM

NAMA :

NOOR ATIKAH BINTI SAMSUL BAHAR

NO MATRIK :

A 144211

JAWATAN :

AJK CENDERAMATA

Page 2: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN · PDF filelaporan akhir kemahiran insaniah kemahiran komunikasi hhhc9201 set 5 program : anak muda nadi malaysia kod projek : pj/004/000-1213-033-1

BUTIRAN PROGRAM

PROGRAM : ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI)

TARIKH : 14 – 16 FEBRUARI 2014

TEMPAT : KUALA SELANGOR , SELANGOR DARUL EHSAN

ANJURAN : SEKRETARIAT KESELAMATAN DAN KELAB XTREME-C, KOLEJ

UNGKU OMAR, UKM

TEMA : “MAHASISWA ASPIRASI KEHARMONIAN”

JENIS PROGRAM

1. Program kepimpinan mahasiswa, khidmat masyarakat, bimbingan dan motivasi

pelajar sekolah

OBJEKTIF PROGRAM

1. Melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dan

mampu untuk mengadaptasi keadaan mengikut arus pemodenan semasa.

2. Memupuk semangat sayang akan masyarakat di samping memberi perhatian

untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

3. Untuk memupuk semangat cintakan ilmu kepada masyarakat terutamanya

golongan pelajar menengah untuk mereka mengetahui serta berminat untuk

melanjutkan pelajaran ke menara gading.

4. Memberi peluang kepada mahasiswa dalam membantu masyarakat dalam

pembangunan mental dan fizikal serta mempelajari kehidupan dalam sesebuah

masyarakat .

5. Mendekatkan golongan mahasiswa dengan masyarakat.

BILANGAN PESERTA

75 orang Ajk Program

Pelajar sekolah, orang kampung, golongan gelandangan.

1

Page 3: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN · PDF filelaporan akhir kemahiran insaniah kemahiran komunikasi hhhc9201 set 5 program : anak muda nadi malaysia kod projek : pj/004/000-1213-033-1

SINOPSIS PROGRAM

Program Anak Muda Nadi Malaysia Kolej Ungku Omar merupakan salah satu program

berimpak tinggi yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ungku Omar, Universiti

Kebangsaan Malaysia pada semester kedua pengajian. Idea untuk menganjurkan program

Anak Muda Nadi Malaysia ini terbit berasaskan kepada gabungan Sekretariat Keselamatan,

Sekretariat ICT dan Kelab Xtreme-C Kolej Ungku Omar. Ungkapan penuh bermakna

'Mahasiswa Aspirasi Keharmonian' dipilih sebagai tema program. Ungkapan tersebut

menyeru kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum untuk terus

mengekalkan keharmonian yang sedia ada di bumi bertuah Malaysia. Menyedari hakikat ini,

mahasiswa UKM, khususnya dari Kolej Ungku Omar ini membawa satu mesej yang cukup

penting demi mengekalkan keharmonian yang sedia ada selain dapat mengasah kebolehan

serta membentuk peribadi yang sentiasa ingin mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat

Malaysia, NADI ditubuhkan. Tujuan nadi adalah jelas serta bersifat ingin memupuk

semangat kesukarelawan serta perpaduan dalam kalangan mahasiswa UKM sendiri serta

masyarakat secara umumnya. Malah, salah satu daripada program NADI yang kecil tetapi

berimpak tinggi iaitu 1 SEKOLAH 1 KUO yang secara dasarnya akan mengadakan MoU

(Memorandum of Understanding) yang dijadikan sebagai sekolah angkat kepada Kolej

Ungku Omar. Penerangan awal yang diberikan sejak daripada bangku sekolah akan

menerapkan perasaan serta rasa sayang kepada UKM umumnya, sebagai platform utama

untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tidak lupa juga kepada golongan

masyarakat serta penduduk daif di kawasan tersebut, kami (mahasiswa) prihatin terhadap

golongan tersebut dan secara tidak langsung cuba untuk mengubah sedikit kehidupan mereka

ke arah yang lebih baik dengan cara memberikan bantuan dari pelbagai aspek contohnya

barangan harian seperti makanan, pakaian, barangan kebersihan dan sebagainya bagi

membantu mereka yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1000. Tidak lengkap

rasanya sekiranya kita terus mengabaikan golongan gelandangan yang berada di sekitar

kawasan Kuala Selangor itu. Suatu projek untuk membantu mengurangkan sedikit beban bagi

golongan gelandangan diwujudkan di bawah program ini disamping segala barang-barang

terpakai termasuk baju, seluar, kasut dan segala apa jua barang-barang akan dikumpulkan

menerusi kolej-kolej di UKM dan pihak setempat di sekitar Bangi, Kajang dan Semenyih dan

akan diserahkan kepada mereka.

2

Page 4: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN · PDF filelaporan akhir kemahiran insaniah kemahiran komunikasi hhhc9201 set 5 program : anak muda nadi malaysia kod projek : pj/004/000-1213-033-1

TENTATIF

JUMAAT, 14 FEBRUARI 2014

2.30 petang Peserta dan AJK berkumpul (Perasmian dan taklimat ringkas)

3.00 petang Bergerak ke tempat penginapan

5.00 petang Tiba di tempat penginapan (Pembahagian bilik, check in, solat)

8.00 malam Makan malam

8.30 malam Persediaan barang-barang keperluan di sekolah dan kampung

10.00 malam Bersurai

SABTU, 15 FEBRUARI 2014

7.00 pagi Peserta dan AJK berkumpul

7.30 pagi Bergerak ke sekolah

8.00 pagi Tiba di sekolah

8.30 pagi Taklimat ringkas (Pendaftaran & pengenalan program)

9.00 pagi Sesi LDK 1 (Ice breaking)

10.00 pagi Minum pagi

10.30 pagi Sesi LDK 2 (Penerangan tentang universiti)

11.30 pagi Sesi LDK 3 (Kesimpulan)

12.30 tgh hari Majlis penutup

1.30 petang Makan tengah hari / Solat Zohor

2.30 petang Bergerak ke kampung di Kuala Selangor

2.45 petang Tiba di Kampung.

3.15 petang Sesi beramah mesra bersama penduduk kampung dan pembahagian anak angkat

4.30 petang Solat Asar

5.00 petang Sukan tradisional bersama penduduk kampung

6.30 petang Bergerak ke rumah keluarga angkat (Rehat, solat)

8.30 malam Bergerak ke kampung

9.00 malam Malam kebudayaan.

10.30 malam Pulang ke tempat penginapan

3

Page 5: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN · PDF filelaporan akhir kemahiran insaniah kemahiran komunikasi hhhc9201 set 5 program : anak muda nadi malaysia kod projek : pj/004/000-1213-033-1

AHAD, 15 FEBRUARI 2014

6.30 pagi Bergerak ke kampung

7.00 pagi Tiba di kampung.

7.30 pagi Senamrobik (poco-poco)

8.00 pagi Aktiviti kemasyarakatan

12.00 tgh hari Majlis penutup

1.00 petang Makan tengah hari / Solat Zohor

2.00 petang Pulang ke tempat penginapan (check out)

4.30 petang Solat asar masjid kuala selangor

4.50 petang Berkumpul

5.00 petang Bergerak ke KL untuk program gelandangan

7.00 malam Solat Magrib

8.30 malam Tiba di Bangsar. Membantu gelandangan.

11.30 malam Pulang ke UKMUKM Bangi

12.30 pagi Tiba di UKM

STRATEGI:

Mendapatkan khidmat nasihat penyelia dan felo untuk pengurusan, penyediaan kertas

kerja dan surat berkenaan program.

Pelajar didedahkan dengan pengendalian mesyuarat bersama AJK-AJK lain.

Pelajar berhubung dengan agensi luar.

Mengadakan perbincangan kritis sesama pelajar.

Bertemu dan berbincang bersama felo, pihak pentadbiran kolej, penyelia dan

penasihat.

4

Page 6: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN · PDF filelaporan akhir kemahiran insaniah kemahiran komunikasi hhhc9201 set 5 program : anak muda nadi malaysia kod projek : pj/004/000-1213-033-1

PEMBUKTIAN

Berjaya menyediakan kertas kerja dan mendapat kelulusan serta bantuan kewangan

dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan Kolej Ungku Omar.

Membuat perbincangan dengan pihak luar dan membuat tinjauan di tempat

penginapan, sekolah dan kampung.

Membuat pembentangan dan perbincangan dengan pihak luar bagi mendapatkan dana.

Berjaya dalam menyampaikan arahan bagi menjayakan program yang berjalan dari

masa ke semasa.

PERINCIAN PROGRAM

1. Aktiviti ‘ice-breaking’

AJK program akan mengendalikan aktiviti ‘ice-breaking’ serta pembahagian anak

angkat kepada keluarga angkat masing-masing. Tujuan aktiviti ini dibuat adalah untuk

memberi peluang kepadapeserta dan keluarga angkat untuk mengenali diri masing-

masing dengan lebih rapat dan merapatkan ukhwah silaturrahim sesama insan.

2. Taklimat UKM

Taklimat ini akan menerangkan sedikit sebanyak tentang Universiti Kebangsaan

Malaysia. Selain itu, penerangan tentang ‘campus life’ akan diberikan kepada pelajar.

Terdapat juga sesi soal jawab dan latihan dalam kumpulan (LDK) bersama pelajar

sekolah tersebut.

5

Page 7: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN · PDF filelaporan akhir kemahiran insaniah kemahiran komunikasi hhhc9201 set 5 program : anak muda nadi malaysia kod projek : pj/004/000-1213-033-1

3. Senamrobik

Merupakan salah satu acara sukan yang menggabungkan semua penduduk kampung

dan masyarakat setempat serta peserta. Menjadi medium ke arah perpaduan dan gaya

hidup sihat.

4. Keluarga Angkat

Dalam memperkukuhkan semangat ukhuwah dan mengeratkan silaturahim sesama

peserta dan masyarakat, mengenali penduduk kampung dengan lebih dekat dan

mengenalpasti masalahmasalah yang dihadapi oleh penduduk kampung.

6

Page 8: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN · PDF filelaporan akhir kemahiran insaniah kemahiran komunikasi hhhc9201 set 5 program : anak muda nadi malaysia kod projek : pj/004/000-1213-033-1

5. Sukan Tradisional

Sekretariat Keselamatan akan mengendalikan sukaneka bersama penduduk kampung.

Antara permainan yang dijalankan ialah permainan tradisional seperti lari dalam guni,

pertandingan tarik tali, dan sebagainya.

6. Aktiviti Kemasyarakatan

Membantu penduduk-penduduk kampung yang kurang bernasib baik dengan memberi

sumbangan berbentuk hamper serta bergotong-royong dalam membersihkan dan

memperbaiki tempat kediaman mereka.

7

Page 9: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN · PDF filelaporan akhir kemahiran insaniah kemahiran komunikasi hhhc9201 set 5 program : anak muda nadi malaysia kod projek : pj/004/000-1213-033-1

7. Program membantu gelandangan

Kelab Xtreme-C akan mengetuai program ini dimana golongan gelandangan akan

diberikan bantuan berbentuk makanan dan juga barang-barang terpakai yang

didermakan. Contoh barang-barang terpakai ialah baju, seluar, kasut, dan sebagainya.

Sesi temuramah bersama golongan gelandangan ini juga akan dibuat untuk

mengumpulkan maklumat tentang mereka dimana maklumat ini akan dikumpul dan

akan diberikan kepada pihak berkuasa yang boleh membantu mereka.

8. Majlis Penutupan

Sebagai penggulungan terhadap program yang telah berlangsung sepanjang 2 hari dan

pemberian cenderamata.

8

Page 10: LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN · PDF filelaporan akhir kemahiran insaniah kemahiran komunikasi hhhc9201 set 5 program : anak muda nadi malaysia kod projek : pj/004/000-1213-033-1

Kebaikan program

Penyusunan atucara program yang kemas memudahkan pelaksanaan aktiviti.

Aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Dapat bekerjasama dengan banya pihak terutama penduduk Kampung Batu 23, pihak

sekolah, pihak PERTIWI dan ADUN kawasan.

Memperoleh dana daripada pihak kolej, IM4U dan gempak starz serta pengurusan

kewangan yang strategik.

Mencapai objektif program dimana mewujudkan kearmonian sesama pelajar

university dalam melakukan program serta masyarakt luar.

Memberi pendedahan kepada mahasiswa supaya bersedia untuk berkhidmat kepada

masyarakat dan melakukan program sukarelawan.

Baik pulih program.

Pengurusan masa yang kurang menepati masa harus diberi perhatian.

Keselamatan kereta berkonvoi harus dititikberatkan lagi.

AJK harus memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya sepanjang program ini

berlangsung supaya semua berjalan lancar.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun program

ini memerlukan kos atau dana yang banayak tetapi berjaya diatasi. Program NADI ini telah

mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dengan penduduk kampung. Kerjasama daripada

pelbagai pihak terutamanya penduduk Kampung Batu 23, telah menjayakan program dan

mencapai objektifnya. Tanggungjawab yang dilaksanakan oleh setiap ahli jawatankuasa

program turut memastikan kelancaran sebelum dan semasa program berlangsung. Progam ini

juga menunjukkan bagaimana golongan geladangan hidup di kota raya.

9