laporan akhir hhhc9401 set21 kemahiran nilai

6
HHHC9401 Set21 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME MAKLUMAT PELAJAR NAMA: NURFATIN AFEEQA BINTI BANIYAMI NO. MATRIKS: A146138 KURSUS: HP4 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME) MAKLUMAT PENYELIA PROJEK NAMA: PROF. DR. SARANI BT ZAKARIA SINOPSIS PROJEK DAN PERANAN MENGIKUT HP Majlis Apresiasi Kelab Fizik ini merupakan projek yang dianjurkan oleh mahasiswa/i di bawah Kelab Fizik sesi 2014/2015. Projek ini telah diadakan di Dewan Gemilang UKM bertujuan untuk meraikan mahasiswa/i yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik dan kokurikulum pada semester 1 2014/2015. Disamping itu, majlis ini turut diadakan bagi menghargai jasa pensyarah-pensyarah yang mengajar di bawah program Fizik. Projek ini juga menggabungkan pensyarah, kakitangan, alumni, mahasiswa/i yang berdaftar di bawah program Fizik. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang projek ini berlangsung supaya pensyarah, alumni, mahawiswa/i dapat mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain. Ahli Jawatankuasa Kelab Fizik telah diberi mandat untuk merancang dan mengendalikan Majlis ini yang bertemakan Bedazzle & Charming”. Projek ini adalah satu usaha murni bagi mengangkat visi dan aspirasi universiti melalui kegiatan

Upload: nurfatinafeeqa

Post on 12-Aug-2015

34 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

HHHC9401 Set21 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

MAKLUMAT PELAJAR

NAMA: NURFATIN AFEEQA BINTI BANIYAMI

NO. MATRIKS: A146138

KURSUS: HP4 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME)

MAKLUMAT PENYELIA PROJEK

NAMA: PROF. DR. SARANI BT ZAKARIA

 SINOPSIS PROJEK DAN PERANAN MENGIKUT HP

Majlis Apresiasi Kelab Fizik ini merupakan projek yang dianjurkan oleh mahasiswa/i di

bawah Kelab Fizik sesi 2014/2015. Projek ini telah diadakan di Dewan Gemilang UKM

bertujuan untuk meraikan mahasiswa/i yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam

akademik dan kokurikulum pada semester 1 2014/2015. Disamping itu, majlis ini turut diadakan

bagi menghargai jasa pensyarah-pensyarah yang mengajar di bawah program Fizik. Projek ini

juga menggabungkan pensyarah, kakitangan, alumni, mahasiswa/i yang berdaftar di bawah

program Fizik. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang projek ini berlangsung supaya

pensyarah, alumni, mahawiswa/i dapat mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain. Ahli

Jawatankuasa Kelab Fizik telah diberi mandat untuk merancang dan mengendalikan Majlis ini

yang bertemakan “Bedazzle & Charming”. Projek ini adalah satu usaha murni bagi mengangkat

visi dan aspirasi universiti melalui kegiatan berkonsepkan perpaduan dan kerjasama di kalangan

warga Program Fizik.

ELEMEN KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME:

Sentiasa tepati masa menghadiri mesyuarat: Ini yang paling penting dalam pengurusan

sesebuah mesyuarat. Ini kerana mesyuarat yang dijalankan tepat pada masanya akan

dapat dihabiskan pada masa yang singkat. Kalau kehadiran ahli mesyuarat yang lambat,

akan menyebabkan kelewatan pada masa mesyuarat.

Beradab : Duduk sengan posisi yang baik juga merupakan suatu etika yang perlu dipatuhi

semasa bermesyuarat. Kalau kita duduk dengan posisi yang tidak baik, pengerusi

mesyuarat boleh meneka bahasa badan sama ada kita suka atau tidak menghadiri

mesyuarat tersebut, sukarela hadir atau paksa rela hadir. Bahasa badan boleh menentukan

segalanya.

Memberi pandangan dan pendapat dalam mesyuarat : Dalam kalangan ahli mesyuarat,

ada yang aktif dan ada yang pasif. Menjadi tanggungjawab pengerusi majlis untuk

"mendiamkan" ahli yang terlalu aktif dan membuatkan ahli yang pasif untuk bercakap

dan berkongsi pandangan dalam mesyuarat. Antara cara yang boleh dibuat adalah dengan

meminta pandangan dari ahli yang pasif. Mungkin dengan cara ini boleh membuatkannya

aktif sedikit.

Etika menggunakan telefon bimbit : Nada deringan telefon memang akan membuatkan

sesebuah mesyuarat menjadi terputus apabila ia berbunyi. Perlu diingatkan agar semua

yang menyertai mesyuarat mesti meletakkan telefon dalam mod senyap atau tutup. Ini

penting agar tidak mengganggu perjalanan mesyuarat nanti. Selain itu, perlu juga

diingatkan agar dilarang sama sekali untuk bermain telefon semasa mesyuarat sedang

dijalankan.

KESIMPULAN

     Sebagai kesimpulannya, pelbagai kemahiran dan nilai-nilai murni telah saya pelajari

sepanjang perancangan program sehingglah hari terakhir projek dilaksanakan. Dalam

perancangan projek ini, saya telah mempelajari pelbagai cara untuk meningkatkan kemahiran

nilai, sikap , etika dan profesionalisme dalam setiap gerak kerja yang dilaksanakan. Dengan

kemahiran ini, pelbagai tugasan dapat disempurnakan dengan mudah dan cepat. Hasil kerja juga

sangat memuaskan. Sepanjang program berlangsung, saya telah mendapat pelbagai ilmu baru

berkaitan dengan cara menguruskan program atau projek. Walaubagaimanapun dalam setiap

perkara yang dilakukan pasti terdapat cabaran dan permasalahan yang timbul. Namun masalah-

masalah ini dapat diselesaikan dengan jayanya.

LAMPIRAN

GAMBAR-GAMBAR SEBELUM DAN SEMASA PELAKSANAAN PROJEK