pendidikan sekolah rendah...pendidikan sekolah rendah di sekolah, anak anda akan dapat menimba...

13
PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Mempersiap Anak Anda Untuk Hari Esok

Upload: others

Post on 17-Jul-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH...PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Di sekolah, anak anda akan dapat menimba pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan nilai-nilai yang diperlukan untuk maju dalam abad

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAHMempersiap Anak Anda Untuk Hari Esok

Page 2: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH...PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Di sekolah, anak anda akan dapat menimba pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan nilai-nilai yang diperlukan untuk maju dalam abad

Kementerian Pendidikan (MOE) mengarahkan Kementerian Pendidikan (MOE) mengarahkan pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar pendidikan. MOE memiliki kuasa terhadap pendidikan. MOE memiliki kuasa terhadap pembangunan dan pentadbiran sekolah-pembangunan dan pentadbiran sekolah-sekolah Pemerintah dan Bantuan Pemerintah di sekolah Pemerintah dan Bantuan Pemerintah di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, maktab rendah dan institut pusat. MOE juga maktab rendah dan institut pusat. MOE juga mendaftarkan sekolah-sekolah swasta.mendaftarkan sekolah-sekolah swasta.

Tahun-tahun semasa anak anda berada di bangku sekolah rendahmerupakan fasa penting dalam pembelajarannya. Semasa tahuntahun pembentukan ini, Kementerian Pendidikan (MOE) inginmembina keyakinan dan keinginan untuk belajar dalam diri setiapanak. Kurikulum kami bertujuan untuk menyediakan anak andapelbagai pengalaman pembelajaran yang luas supaya dia dapatmengenal pasti bakat dan minatnya.

PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH SEPINTAS LALU• Pendidikan wajib selama enam tahun.

• Pengumpulan berdasarkan Subjek untuk memenuhi keperluan kekuatan kanak-kanak yang berbeza.

• Kegiatan Kokurikulum dan kegiatan Nilai dalam Tindakan untuk menyediakan pendidikan yang holistik.

• Kokurikulum, Nilai dalam Tindakan dan banyak aktiviti pembangunan pelajar lain menyediakan pendidikan holistik.

• Warga Singapura tidak perlu membayar yuran sekolah. Namun yuran rampaian standard pada kadar $6.50 serta yuran rampaian tingkat kedua sebanyak $6.50 maksimum akan dikenakan. Untuk maklumat lanjut mengenai yuran sekolah yangdikenakan untuk anak anda, layari: www.moe.gov.sg/admissions/international-students/general-info#monthly-school-fees.

Pembangunan AnakAnda Keutamaan Kami

TAHAP-TAHAP PENTING DALAM PENDIDIKAN ANAK ANDA

Peringkat Rendah

Prasekolah-Darjah 1- Memilih Sekolah Rendah

Darjah 4- Memilih Kumpulan Subjek

Darjah 6- PSLE- Memilih Sekolah Menengah

Peringkat Menengah

Menengah 2 - Memilih Gabungan Subjek

Di Akhir Pendidikan Sekolah Menengah - Sijil Pendidikan Sekolah Menengah- Memilih Institusi Pendidikan Posmenengah

PENDIDIKAN UNTUK SETIAPKANAK-KANAK

MENGASUH ANAK-ANAK KITA UNTUK PERSIAPAN MASA DEPAN

KURIKULUM UNTUK PENDIDIKANYANG LENGKAP

PENGUASAAN BAHASA

SEKITAR PEMBELAJARAN YANGMENERAPKAN PEMBEZAAN

BELAJAR SAMBIL BERMAIN

MEMILIH SEKOLAH YANG SESUAI

SOKONGAN UNTUK PELAJAR YANG MEMPUNYAI KEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS

MEMBIAYAI PENDIDIKAN ANAK ANDA

IBU BAPA DAN SEKOLAH SELAKU RAKAN

MENDAFTARKAN ANAK ANDA UNTUK DARJAH 1

SOKONGAN DAN HUBUNGAN

01

02

03

05

06

0810

11

14

17

19

20

KANDUNGAN

Page 3: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH...PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Di sekolah, anak anda akan dapat menimba pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan nilai-nilai yang diperlukan untuk maju dalam abad

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAH

Di sekolah, anak anda akan dapat menimba pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan nilai-nilai yang diperlukan untuk maju dalam abad ke-21.

Rangka kerja bagi Kemahiran Abad Ke-21 dan Hasil Pembelajaran Pelajar merangkumi nilainilai dan kemahiran yang telah dikenal pasti sebagai asas dalam pembangunan setiap kanak-kanak. Rangka kerja tersebut meliputi:

• Nilai-nilai teras (hormat-menghormati, tanggungjawab, daya bingkas, integriti,sifat penyayang dan harmoni);

• Kecekapan sosial dan emosi (kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran sosial, pengurusan hubungan, membuat keputusan yang bertanggungjawab); dan

• Kecekapan Abad ke-21 bagi Dunia Global (pemikiran kritikal dan berdaya cipta, kemahiran komunikasi, berkolaborasi dan informasi;literasi sivik, kesedaran

global dan kemahiran silang budaya). Semua nilai dan kemahiran ini penting bagi kurikulum menyeluruh. Kurikulum kami telah dibina untuk menyemai nilai-nilai ini dalam diri anak anda dan memupuk kecekapan melalui disiplin subjek, Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE), program pengayaan, dan pengalaman pembelajaran secara tidak formal yang lain di sekolah.

Pelbagai Kegiatan Kokurikulum (CCA)yang ditawarkan di setiap sekolah turutmenyediakan platform lain untuk anak anda memperoleh dan menerapkan nilai-nilai dan kecekapan ini, sambil meneroka minat dan bakat mereka. Kami juga telah mengukuhkan mutuPendidikan Jasmani, Seni dan Muzik demimemenuhi pembangunan holistik anak anda. Anak anda akan dapat membangunkan ketangkasan fizikal, meningkatkan daya kreativiti dan ekpresifnya serta membentuk identiti peribadi, budaya dan sosial.

Mengasuh Anak-anak Kita untukPersiapan Masa Depan

0201

• individu yang yakin yang mampu membezakan antara yang betul dengan yang salah, menyesuaikan diri dan berdaya bingkas, mengetahui kebolehan diri, arif membuat penilaian, berfikir kendiri dan kritikal, serta berkomunikasi dengan berkesan;

• pelajar yang berarah kendiri yang bertanggungjawab atas pembelajarannya sendiri, dan mengajukan soalan, membuat renungan dan tabah belajar;

• penyumbang aktif yang mampu bekerja dengan berkesan dalam pasukan, mengambil inisiatif, mengambil risiko setelah mempertimbangkan baik buruknya, berinovatif dan berusaha untuk kecemerlangan; dan

• warganegara yang prihatin yang berakar umbi di Singapura, mempunyai kesedaran sivik yang mendalam, maklum tentang Singapura dan dunia, dan memainkan peranan aktif dalam memperbaiki kehidupan orang lain.

Pendidikan untuk Setiap Kanak-kanakDi Singapura, setiap kanak-kanak melalui pendidikan wajib selama enam tahun di peringkat sekolah rendah demi membina asas yang kukuh untuk membangun potensi sepenuhnya dan untuk menyediakan baginya pembelajaran dan pekerjaan pada masa hadapan.

Untuk membantu setiap kanak-kanak maju dalam persekitaran yang kaya dengan digital, pelbagai dan global, sekolah-sekolah kita membentuk Kemahiran-kemahiran Abad ke-21 dalam diri kanak-kanak dan memupuknya untuk menjadi:

Page 4: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH...PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Di sekolah, anak anda akan dapat menimba pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan nilai-nilai yang diperlukan untuk maju dalam abad

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAH

Kurikulum sekolah rendah dibentuk untuk memberikan anak anda asas yang kukuh yang meliputi: - Memupuk nilai-nilai yang sempurna- Menyayangi Singapura- Membangunkan kemahiran literasi dan numerasi

Kurikulum sekolah rendah memberikan tumpuan pada tiga ciri utama pendidikan – disiplin subjek, kemahiran ilmu dan pembentukan keperibadian. • Disiplin subjek terdiri daripada bidang-bidang subjek seperti bahasa, kemanusiaan & kesenian dan matematik & sains yang direka untuk memberi anak anda asas yang baik dalam subjek merentasi bidang-bidang pengajian yang berbeza.

• Kemahiran pengetahuan yang tertumpu pada membangunkan kemahiran berfikir dan berkomunikasi anak anda. Kemahiran pengetahuan diajar melalui pelbagai subjek dan lazimnya melalui pendekatan kerja projek. Ini membolehkan anak anda menggunakan kemahiran pengetahuannya dan menunjukkan

Kurikulum untuk Pendidikanyang Lengkap

0403

SUBJEK-SUBJEK YANG DINILAI DALAM PSLE#

Subjek Standard: Bahasa Inggeris, Bahasa Ibunda,Matematik, Sains

Subjek Asas: Bahasa Inggeris Asas, Bahasa Ibunda Asas, Matematik Asas, Sains Asas

Subjek Pilihan:Bahasa Ibunda Lanjutan

LEGENDACCA Aktiviti KokurikulumCCE Pendidikan Perwatakan dan KewarganegaraanPAL Program bagi Pembelajaran AktifPE Pendidikan JasmaniPW Kerja Projek

# Para pelajar mempelajari subjek-subjek standard atau asas bergantung pada keperluan pembelajaran dan kekuatannya dalam setiap subjek.

* Sains akan diajarkan bermula dari Darjah 3.

^ CCE merangkumi Pendidikan Nasional, Nilai-nilai dalam Tindakan dan Waktu Bimbingan Guru Darjah.

~ PW ialah subjek tanpa peperiksaan.

KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

BAHASA

KEMAHIRANILMU

ILMUKEMANUSIAAN

& SENIPendidikan Sosial,Seni Lukis, Muzik

MatematikSains*

KEMAHIRANHIDUP

CCA, CCE^,PAL, PE

MATEMATIK& SAINS

Bahasa InggerisBahasa Ibunda

PW

dengan jelas apa yang telah dikuasainya, sama ada secara perseorangan atau kolaboratif dalam pasukan.

• Pembangunan perwatakan dijalankan melalui interaksi harian serta melalui pelbagai pengalaman pembelajaran yang dirancang oleh sekolah. Pengalaman ini bertujuan untuk memupuk nilai-nilai yang baik dan membina perwatakan dalam diri anak anda. Anak anda akan ada banyak peluang untuk membangunkan nilai dan kemahiran untuk hidup dan tanggungjawab sivik melalui Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan serta Kegiatan Kokurikular. Susulan dari pengenalan Pengumpulan Berdasarkan Subjek (Sekolah Rendah), anak anda akan mempelajari Bahasa Inggeris, Bahasa Ibunda, Matematik dan Sains sama ada bagi subjek asas atau standard di darjah 5 dan 6, bergantung pada keperluan pembelajaran dan kekuatannya. Murid yang mempunyai kebolehan dan minat boleh menawarkan Bahasa Ibunda Lanjutan.

Page 5: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH...PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Di sekolah, anak anda akan dapat menimba pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan nilai-nilai yang diperlukan untuk maju dalam abad

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAH

Sekitar Pembelajaran Yang MenerapkanPembezaan

Penguasaan Bahasa

BAHASA INGGERIS DAN BAHASA-BAHASA IBUNDAAnak anda akan mempelajari Bahasa Inggeris di sekolah rendah sebagai bahasa pertama. Bahasa Inggeris ialah lingua franca bagi perniagaan antarabangsa, sains dan teknologi. Oleh itu, penting untuk memupuk dalam diri anak-anak kita sejak awal lagi, asas yang kukuh dalam Bahasa Inggeris.

Anak anda akan mempelajari Bahasa Ibundanya (Bahasa Cina, Bahasa Melayu atau Bahasa Tamil) sebagai bahasa kedua. Kedwibahasaan merupakan tunjang sistem pendidikan kita. Kebolehan ini menjadi satu aset berharga bagi murid-murid kita kerana mereka akan berupaya membina hubungan dan memanfaatkan peluang dalam sekitaran global.

Oleh sebab lebih ramai murid Darjah 1 menggunakan bahasa Inggeris lebih kerap dengan keluarga mereka dirumah, kami akan terus memperhalus pengajaran Bahasa-bahasa Ibunda. Sekolah akan menggunakan pendekatan pembelajaran pembezaan untuk memenuhi keperluan murid-murid daripada latar belakang bahasa yang berbeza-beza.

Kami menggalakkan penggunaan bahasa-bahasa Ibunda dengan penekanan pada kemahiran mendengar dan bertutur.

KURIKULUM BAHASA CINA KURIKULUM BAHASA MELAYU

KURIKULUM BAHASA TAMIL

• Penekanan pada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.• Lebih tumpuan pada kemahiran interaksi lisan dan interaksi penulisan.• Penekanan pada mendengar, bertutur dan membaca.• Penekanan pada kemahiran berinteraksi.

• Pendekatan bermodul di mana semua pelajar akan mengambil Modul Teras. Pelajar-pelajar yang memerlukan sokongan yang lebih boleh mengambil Modul Titian/ Pengukuhan. Para pelajar yang berminat dan berkeupayaan boleh meneruskan untuk mengambil Modul Pengayaan.

• Para pelajar akan berpeluang untuk maju ke pelbagai tahap pencapaian dalam pembelajaran mereka.

• Para pelajar akan berpeluang untuk maju ke pelbagai tahap pencapaian dalam pembelajaran mereka. Mereka juga akan diberikan lebih banyak peluang untuk berlatih Bahasa Tamil Pertuturan.

KURIKULUM BAHASA IBUNDA YANG DISEMAK SEMULA : CIRI UTAMA

PROGRAM SOKONGAN PEMBELAJARAN Sekolah-sekolah mempunyai Program Sokongan Pembelajaran (LSP) untuk murid- murid yang memasuki LSP untuk Bahasa Inggeris menyediakan sokongan kepada para pelajar yang mempunyai kemahiran literasi yang lemah. Murid-murid menghadiri pelajaran satu waktu sehari dalam kumpulan kecil, dan diajar oleh guru-guru yang dilatih secara khusus dengan menggunakan strategi yang akan memperbaiki keupayaan mereka untuk membaca.

LSP untuk Matematik menyediakan sokongan tambahan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan untuk mendapatkan kemahiran angka. Murid-murid diajar dalam kelas yang lebih kecil pada masa matematik biasa atau diberi pelajaran tambahan oleh guru-guru yang dilatih khas. PROGRAM UNTUK PELAJAR BIJAK (GEP) Program Pendidikan Pelajar Bijak (GEP) disediakan untuk para pelajar yang mempunyai kelebihan intelektual.

0605

Sekolah anak anda akan menawarkannya untukmenyertai Sesi Penyaringan apabila dia di Darjah 3, sebagai sebahagian daripada Sesi Kenal Pasti sebanyak dua peringkat, untuk memilih pelajar-pelajar bagi GEP. Para pelajar GEP akan diletakkan di sekolah rendah yang terpilih untuk Darjah 4 hingga Darjah 6. Kurikulum GEP yang diperkaya dibentuk daripada kurikulum biasa bagi setiap subjek dan diajar oleh guru-guru yang dipilih dan dilatih oleh Cawangan Pendidikan Pelajar Bijak MOE.

Para pelajar GEP mempunyai banyak peluang untuk belajar dan bermain dengan para pelajar bukan GEP semasa pelajaran dan kegiatan yang dirancang bagi Bahasa Ibunda, Pendidikan Jasmani, Seni dan Muzik serta projekprojek Nilai dalam Tindakan (VIA) dan Kegiatan Kokurikular (CCA). Bagi, pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan tinggi dalam bidang tertentu dan tidak berada dalam GEP, terdapat peluang untuk mengayakan pembelajaran mereka melalui kegiatan-kegiatan berasaskan sekolah dan yang dianjurkan oleh MOE semasa atau di luar waktu sekolah.

Page 6: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH...PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Di sekolah, anak anda akan dapat menimba pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan nilai-nilai yang diperlukan untuk maju dalam abad

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAH

Belajar sambil BermainPENGUMPULAN BERDASARKAN SUBJEK (SEKOLAH RENDAH) Pengumpulan Berdasarkan Subjek untuk Sekolah Rendah bermula di Darjah 5 dan berterusan sehingga Darjah 6.

Pengumpulan Berdasarkan Subjek memberi lebih kelonggaran kepada anak anda dengan menawarkannya pilihan gabungan subjek standard atau asas, bergantung pada kekuatannya. Hal ini akan membantunya memberikan tumpuan pada subjek yang mempamerkan kebolehannya dengan lebih kukuh. Pada masa yang sama, dia dapat mengembangkan potensinya serta membina asas dalam subjek-subjek yang kurang dikuasainya.

W

PADA PERINGKAT DARJAH 4

Murid menduduki peperiksaan yang dijalankan oleh sekolah Sekolah akan menyarankan satu gabungan subjek berdasarkan keputusan murid.Ibu bapa mengisi borang pilihan untuk menyatakan gabungan subjek pilihan mereka.

PADA PERINGKAT DARJAH 5

Student takes subject combination chosen by parentsBahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Ibunda ditawarkan pada peringkat standard dan asas.

Bahasa Ibunda Lanjutan juga ditawarkan. Sekolah akan menilai kebolehan pelajar menangani gabungan subjek yang sedia ada pada akhir tahun. Penyesuaian kepada bilangan subjek standard dan asas boleh dilakukan, jika perlu.

PADA PERINGKAT DARJAH 6

Murid mengambil gabungan subjek yang diputuskan oleh sekolahnya dan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada akhir Darjah 6.

BAGAIMANAKAH PENGUMPULAN BERDASARKAN SUBJEK (SEKOLAH RENDAH) DIJALANKAN?

MOE telah melaksanakan, secara bertahap-tahap, satu siri peningkatan pada pendidikan sekolah rendah dari 2009 untuk menerapkan cadangan-cadangan yang dibuat oleh jawatankuasa Semakan dan Perlaksanaan Pendidikan Rendah (PERI). Peningkatan ini bertujuan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna kepada anak anda serta untuk membangunkan kemahiran-kemahiran dan nilai-nilai yang seimbang dalam diri mereka.

KAEDAH PENGAJARAN YANG LEBIH MENARIKPara guru menghidupkan pelajaran dengan mengamalkan pendekatan strategi pembelajaran yang lebih kreatif. Misalnya, anak anda akan dapat mempelajari konsepkonsep matematik dan sains melalui tugasan penyiasatan dan aktiviti-aktiviti kehidupan sebenar, dan kemahiran bahasa boleh dipelajari melalui main peranan dan drama.

WAKTU BIMBINGAN GURU DARJAHOleh sebab Guru Darjah memainkan peranan utamadalam membentuk perkembangan murid-muridnya, Waktu Bimbingan Guru Darjah telah diperkenalkan di semua sekolah rendah sejak tahun 2012. Pada setiap minggu, satu waktu diperuntukkan agar guru dan murid lebih banyak berinteraksi. Sesi interaksi seperti ini membolehkan guru melengkapkan murid

dengan kemahiran sosial dan emosional.

PROGRAM BAGI PEMBELAJARAN AKTIF Untuk menggalakkan pembelajaran di luar bilikdarjah, Program bagi Pembelajaran Aktif (PAL) akanmemberi anak anda peluang untuk mengetahui minat baharu, mempelajari kemahiran baharu dan membina perwatakannya. Anak anda akan berpeluang semasa waktu kurikulumuntuk mencuba aktiviti sukan dan pendidikan luar darjah, di samping aktiviti dalam seni pentas dan seni visual. Semua sekolah rendah menawarkan Program untuk Pembelajaran Aktif (PAL) kepada para pelajar Darjah 1 dan 2. KEGIATAN KOKURIKULUM Kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripadapendidikan yang menyeluruh dan memainkan peranan yang penting dalam membina perwatakan. Terdapat spektrum kegiatan kokurikulum yang luas yang boleh dipilih oleh anak anda, dari sukan fizikal, kumpulan beruniform, seni visual dan seni pentas, di samping kelab dan persatuan. Ia membantu memupuk nilai yang baik dalam anak anda seperti semangat yang tidak mudah luntur, kesedaran silang budaya, keyakinan diri dan kreativiti.

0807

Page 7: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH...PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Di sekolah, anak anda akan dapat menimba pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan nilai-nilai yang diperlukan untuk maju dalam abad

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAH

Memilih Sekolah yang SesuaiUntuk membantu anda memilih sekolah yang sesuai dengan keperluan anak anda, anda boleh mempertimbangkan beberapa faktor yang disenaraikan di bawah. Pertimbangan lain termasuk adanya adik-beradik lain dan hubungan ibu bapa dengan sekolah tersebut. Kenal pasti beberapa faktor (cth. program yang sepadan dengan minat anak anda, jarak dengan rumah, budaya sekolah) yang penting kepada anda dan anak anda semasa menyenarai pendek sekolah-sekolah.

JARAK KE SEKOLAH Jarak yang lebih singkat dari sekolah ke rumah andabermakna masa perjalanan yang lebih singkat dan kospengangkutan yang kurang. Hal ini juga menyediakan peluang yang lebih baik untuk anda menjalin ikatan rapat dengan sekolah pilihan anda.Ikatan lebih rapat dengan sekolah bermaksud kerjasama lebih baik dalam mengasuh dan mendidik anak anda. Untuk senarai sekolah yang berdekatan (dalam jarak 1km dan 1 hingga 2km) dengan tempat kediaman anda, kunjungi Perkhidmatan One Map School Query Penguasa Tanah Singapura (www.onemap.sg).

BAHASA IBUNDA Sekolah menawarkan pelbagai Bahasa Ibunda yangboleh dipilih. Ibu bapa harus mengetahui bahawa:

• Bahasa Cina ditawarkan di semua sekolah;• Bahasa Melayu ditawarkan di semua sekolah kecuali Sekolah Rancangan Bantuan Khas; dan• Bahasa Tamil ditawarkan di kebanyakan sekolah, namun sila dapatkan pengesahan dahulu daripada sekolah pilihan anda.

MINAT ANAK ANDA Pertimbangkan minat bukan akademik anak anda seperti sukan, seni persembahan, muzik dan teknologi, dan ketahuilah sama ada pihak sekolah menawarkan aktiviti yang sepadan dengan minat-minat ini.

• Kegiatan Kokurikular Sekolah-sekolah menawarkan pelbagai kegiatan kokurikular seperti sukan, pasukan seragam, kumpulan seni visual dan persembahan serta kelab dan persatuan.

• Program-program Berasaskan Sekolah Jika anak anda berminat dalam bidang seperti

1009

PENILAIAN HOLISTIKPenilaian penting dalam proses pembelajaran. Penilaian Holistik menekankan pembangunan kemahiran dan nilai, serta pemerolehan pengetahuan untuk membolehkan anak anda membina keyakinan diri yang lebih tinggi dan memupuk motivasi dalaman yang lebih kuat untuk belajar. Ini akan membantu membina potensi dirinya. Melalui Penilaian Holistik, sekolah-sekolah telah beralihmelangkaui ujian dan peperiksaan, dan menggunakankaedah-kaedah penilaian lain yang sesuai untukmemberikan maklumat yang berguna bagi menyokong pembelajaran dan pembangunan holistik anak anda. Semasa Darjah 1 dan 2, peperiksaan dan penilaianyang diberikan pemberatan* tidak akan dijalankanagar anak anda dapat menyesuaikan dirinya ke alampersekolahan formal dengan lebih lancar. Guru akan terus memanfaatkan penilaian untuk memeriksa pemahaman pelajar, dan memberikan maklum balas yang tepat pada waktunya bagi pengalaman pembelajaran yang lebih baik. Untuk menyediakan masa dan ruang yang mencukupi untuk anak anda menyesuaikan diri dengan tuntutan kurikulum yang bertambah semasa tahun-tahun peralihan pembelajaran di Darjah 3 dan 5, peperiksaanpertengahan tahun akan ditiadakan untuk peringkatperingkat ini menjelang 2021. Sebagai ibu

bapa, anda akan menerima maklum balas berguna dan lebih kerap mengenai pencapaian anak anda serta cara-cara untuk mempertingkatkan pembelajarannya. * Penilaian yang diberikan pemberatan ialah penilaianyang mengambil kira skor daripada penilaian tersebutuntuk menentukan keputusan keseluruhan seseorang

pelajar bagi sesuatu subjek untuk tahun tersebut.

SEKOLAH RENDAH SATU SESI Kebanyakan sekolah rendah pemerintah telahmelaksanakan struktur satu sesi pada 2016. Ini bermakna sekolah-sekolah mempunyai lebih banyak masa dan ruang untuk menumpukan pada aspek-aspek bukan akademik seperti latihan kepimpinan dan pembangunan perwatakan.

Struktur satu sesi tidak bermakna sekolah sepanjang hari. Masa persekolahan akan hanya dilanjutkan sepanjang satu atau dua jam pada hari-hari tertentu untuk membolehkan anak anda menyertai kegiatan bukan akademik. Sekolahsekolah diberikan kelonggaran untuk merancang kegiatan ini berdasarkan keperluan sekolah masing-masing.

Infrastruktur baru akan dibina untuk menyokongkegiatan-kegiatan bukan akademik ini. Kemudahan dan ruang sekolah sedang direka semula, termasuk ruang pembelajaran luar darjah dan tempat-tempat tambahan untuk seni persembahan.

sukan atau seni, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai sekolahsekolah yang menawarkan program-program khusus dalam bidang-bidang ini. IDENTITI SEKOLAH Setiap sekolah mempunyai kekuatan unik tersendiri. Dapatkan maklumat mengenai sekolah tersebut agar anda tahu mengenai:

• Visi dan misi sekolah tersebut;• Budaya sekolah; dan• Kumpulan Sokongan Ibu Bapa.

SEKOLAH BERSEKUTUBeberapa sekolah rendah (kebanyakannya dengan kaitan keagamaan/ pertubuhan suku kaum) mempunyai ikatan rapat dengan sekolah menengah tertentu, dalam bentuk persekutuan.

Anak anda boleh menikmati keutamaan untuk kemasukan ke sekolah menengah yang bersekutu dengan sekolah rendahnya dengan syarat dia memenuhi kriteria kemasukan sekolah tersebut, dan dia memilih sekolah menengah yang bersekutu itu sebagai pilihan pertama.

SEKOLAH RANCANGAN BANTUAN KHAS Sekolah Rancangan Bantuan Khas (SAP) menerapkan satu pemahaman yang mendalam tentang budaya, warisan dan Bahasa Cina dalam diri murid-murid mereka dan ini membolehkan mereka menguasai dwibahasa secara berkesan dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Cina.

Page 8: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH...PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Di sekolah, anak anda akan dapat menimba pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan nilai-nilai yang diperlukan untuk maju dalam abad

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAH

Sokongan untuk pelajar yangMempunyai keperluan pendidikan khas

Pastikan pakar kesihatan andamematuhi Garis Pandu AmalanProfesional berkenaan penilaian dan penempatan psiko-pendidikan yang boleh didapati di sini:https://go.gov.sg/professionalpractice Garis Pandu

Amalan Profesional

SOKONGAN DI SEKOLAH ARUS UTAMA Sokongan disediakan di semua sekolah arus utama untuk pelajar-pelajar yang mempunyai SEN ringan seperti Disleksia, Gangguan Hiperaktif Kurang Tumpuan (ADHD), Gangguan Spektrum Autisme (ASD) ringan, kurang upaya pendengaran, penglihatan atau fizikal.

Pelajar-pelajar ini berkemungkinan dapat mengikutikurikulum nasional dan belajar dalam kumpulan besar. Semua sekolah rendah mempunyai guru-guru yang terlatih dalam keperluan khas dan Pendidik Bersekutu (Sokongan Pembelajaran dan Tingkah Laku) untuk membantu pelajar yang mempunyai SEN menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Sekolah-sekolah juga mempunyai akses kepada pakar psikologi MOE yang menyediakan khidmat konsultasi dan nasihat sebagai sokongan bagipelajar-pelajar ini.

Pelajar-pelajar yang mempunyai disleksia dikenal pasti di akhir Darjah 2 dan disokong melalui program Pemulihan Disleksia berasaskan Sekolah (SDR) semasa Darjah 3 dan 4. Mereka juga boleh mengikuti Program Literasi Utama yang dibiayai oleh MOE dan dianjurkan oleh Persatuan Disleksia Singapura. Para pelajar yang mempunyai kesukaran sosial atautingkah laku boleh memanfaatkan khidmat kesihatanmasyarakat melalui sekolah mereka. Salah satu khidmat ini ialah Respons, Intervensi Awal dan Penilaian dalam Kesihatan Mental Masyarakat (REACH) yang disediakan oleh Institut Kesihatan Mental. Para pelajar yang kurang upaya pendengaran,penglihatan atau fizikal boleh menggunakan khidmat

sokongan bergerak di sekolah yang disediakan oleh AWWA Ltd dan Persatuan Kurang Pendengaran Singapura. Alat teknologi bantuan seperti peralatan Modulasi Frekuensi (FM), alat pembesar elektronik, kalkulator bersuara dan sebagainya juga disediakan untuk menyokong keperluan pembelajaran pelajar. Sekolah-sekolah arus utama yang ditetapkan memberi sokongan khusus kepada pelajarpelajar kurang upaya pendengaran atau penglihatan tahap sederhana hingga berat, yang berupaya mengikutikurikulum nasional*:

• Sekolah Rendah Mayflower mempunyai guru-guru terlatih khas untuk menyokong pelajar-pelajar

kurang upaya pendengaran tahap sederhana hingga berat dan yang menggunakan bahasa isyarat sebagai kaedah komunikasi utama mereka.

• Terdapat juga sekolah menengah yang ditetapkan yang dilengkapi untuk menyokong pelajar yang

kurang upaya penglihatan atau pendengaran di peringkat menengah.

1211

Akta Pendidikan Wajib memperuntukkan pendidikansekolah rendah wajib di Singapura. Anak anda harusmenghadiri sekolah rendah nasional [sekolah rendahpemerintah atau bantuan pemerintah atau sekolahpendidikan khas bantuan pemerintah (SPED)] secara kerap jika mereka:

• dalam usia wajib persekolahan (melebihi 6 tahun dan di bawah 15 tahun);• seorang Warga Singapura; dan• menetap di Singapura,

kecuali jika mereka telah diberi pengecualian.

Keperluan ini telah diperluaskan kepada kanak-kanakyang mempunyai keperluan pendidikan khas (SEN) tahap sederhana hingga berat yang dilahirkan selepas 1 Januari 2012, sejak tahun 2019.

Kanak-kanak yang mempunyai keperluan pendidikan khas mungkin memerlukan bantuan dan sokongan tambahan untuk menyesuaikan diri

secara sosial atau belajar di sekolah. Memahami keperluan, kekuatan dan kesukaran anak anda boleh membantu anda mengenal pasti sokongan yang tepat untuknya. Anda boleh mengetahuilebih lanjut tentang keperluan anak anda denganberbincang dengan guru anak anda dan pakar yang membantu anak anda. Penilaian oleh pakarberkelayakan merupakan cara terbaik untukmendapatkan diagnosis yang jelas serta saranan sokongan yang diperlukan sokongan. Penilaian juga diperlukan untuk memohon ke sekolah SPED.

SchoolFinder

Anda boleh mengakses maklumat mengenai sekolah-sekolah ini di SchoolFinder di https://beta.moe.gov.sg/schoolfinder/

* Sekolah Lighthouse dan Sekolah Canossian merupakan sekolah SPED yang menyokong pelajar-pelajar kurang upaya penglihatan dan pendengaran tahap sederhana hingga berat, yang berupaya untuk mengikuti kurikulum nasional.

Page 9: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH...PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Di sekolah, anak anda akan dapat menimba pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan nilai-nilai yang diperlukan untuk maju dalam abad

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAH

DANA EDUSAVE MURID GERAN EDUSAVE

Anak anda boleh menggunakan dana dalam akaun Edusavenya untuk membayar:• Program pengayaan yang dianjurkan oleh sekolahnya; dan • Yuran rampaian tahap kedua di sekolah rendah pemerintah atau sekolah rendah bantuan pemerintah.

Sekolah anak anda juga akan menerimageran tahunan untuk membeli peralatanmengajar atau menganjurkan aktiviti-aktivitipengayaan yang akan memanfaatkan anak anda.

Membiayai Pendidikan Anak Anda

YURANSEKOLAH

YURAN RAMPAIANSTANDARD YURAN RAMPAIAN TAHAP KEDUA1

WarganegaraSingapura

$0 $6.50 $6.50Anak anda boleh menggunakan akaun Edusave untuk membayar yuran tambahan tingkat kedua

Penduduk TetapSingapura

$205.00 $6.50 $6.50

Pelajar Antarabangsa(ASEAN)

$465.00 $6.50 $6.50

Pelajar Antarabangsa $750.00 $6.50 $6.50

YURAN SEKOLAHMOE telah memperkenalkan inisiatif untuk membantu ibu bapa kanak-kanak yang menghadapi kesulitan kewangan untuk menyekolahkan anak mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai yuran sekolah yang dikenakan untuk anak anda, layari: https://www.moe.gov.sg/admissions/international-students/general-info#monthly-school-fees

Untuk maklumat lanjut mengenai yuran sekolah bagi sekolah-sekolah Pendidikan Khas (SPED), sila kunjungi laman web sekolah SPED masing-masing.

SKIM EDUSAVESkim Edusave memaksimumkan peluang pendidikan untuk semua kanak-kanak Warga Singapura dengan menyediakan murid dan sekolah dengan dana untuk membayar program pengayaan atau membeli sumber tambahan. Skim ini juga memberi ganjaran kepada murid yang baik kelakonannya atau yang mencatatkan kemajuan dalam bidang akademik dan kegiatan bukan akademiknya. Anak anda akan menerima sumbangan tahunan ke dalam akaun Edusave, jika dia seorang Warga Singapura dan berumur 7 hingga 16 tahun atau berada di sekolah rendah dan menengah di sekolah yang dibiayai MOE. Jumlah yang sumbangan bagi 2020 ialah $230 bagi pelajar peringkat sekolah rendah.

Anugerah Edusave mengiktiraf pencapaian para pelajar dalam bidang akademik dan bukan akademik dan menggalak mereka untuk terus cemerlang. Anak anda layak untuk Anugerah Edusave jika dia seorang warganegara Singapura dan cemerlang dalam bidangbidang seperti berikut di sekolah.

1 Yuran tambahan tingkat kedua ditentukan oleh sekolah sehingga had 100% yuran tambahan biasa.

BAYARAN YURAN BULANAN DI SEKOLAH RENDAH PEMERINTAH DAN SEKOLAH RENDAH BANTUAN PEMERINTAH

1413

Pendidikan Khasuntuk Kehidupan

Luar Biasa

Bantuan kewanganuntuk pelajar yang

menghadiri

Skim-skimpengangkutan

INGIN TAHUI LEBIH LANJUT?

Pelajar-pelajar yang menghadirisekolah-sekolah SPED juga layakmendapat bantuankewanganyang sama seperti rakan-rakanmereka di sekolah arus utama,termasuk subsidi pengangkutanawam. Rujuk pada: https://go.gov.sg/financialsupportspedschools untuk maklumat lanjut.

Jika anda ingin ketahui tentang skim-skim pengangkutan yangterdapat untuk pelajar-pelajar kurang upaya, sila lungsuri: https://go.gov.sg/sgenabletransportschemes

Ketahui lebih lanjut mengenai sokongan yang terdapat di sekolah-sekolah SPED di: https://go.gov.sg/infoguidetospedschools

SOKONGAN DI SEKOLAH-SEKOLAH PENDIDIKAN KHASSekolah-sekolah Pendidikan Khas (SPED) menawarkan kurikulum dan laluan pendidikan yang disesuaikan untuk memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak yang mempunyai SEN yang sederhana hingga berat. Semua sekolah SPED mengoptimumkan potensi dan kebolehan pelajar-pelajar mereka – baik dari segi akademik mahupun bukan akademik – agar mereka dapat hidup berdikari, belajar berterusan, dan mendapat pekerjaan yang bermakna setelah mereka tamat pengajian.

Terdapat 19 sekolah SPED yang dibiayai pemerintah yang dikendalikan oleh Agensi-agensi Khidmat Sosial yang berlainan. Sekolah-sekolah ini memenuhi pelbagai keperluan khas, termasuk Kurang Upaya Intelek, Gangguan Spektrum Autisme, Ketidakupayaan Fizikal dan Pelbagai, Kehilangan Pendengaran dan Gangguan Visual.

Sekolah SPED memiliki banyak persamaan dengan sekolah aliran utama termasuk Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan, pembelajaran sosio-emosi, pembelajaran menggunakan teknologi dan kurikulum yang memberi tumpuan pada pembangunan bahasa, komunikasi dan numerasi. Mereka juga mempunyai Kegiatan Kokurikulum dan kembara pembelajaran dan mengambil bahagian dalam Pesta Belia

Singapura dan Sukan Sekolah-sekolah Nasional.Sekolah-sekolah SPED mempunyai saiz kelas kecil berserta pengajaran khusus dan sokongan dalam kelas, serta khidmat sokongan terapi daripada karyawan seperti pakar terapi pertuturan dan bahasa, jurupulih pekerjaan, ahli fisioterapi, pakar psikologi dan pekerja sosial. Setiap pelajar mempunyai Pelan Pendidikan Individu (IEP) bagi menyokong keperluan pembelajaran tersendiri mereka.

Di peringkat menengah, Pelan Peralihan Individu dibangunkan bagi setiap pelajar berdasarkan minat, pilihan dan kekuatan mereka bagi menyokong peralihan mereka ke laluan pasca sekolah dan hasil kehidupan yang positif.

Beberapa laluan pendidikan disediakan untuk memenuhi kebolehan, potensi dan pilihan pelajar. Pelajar yang berkebolehan boleh mengikuti kurikulum nasional yang membawa mereka ke peperiksaan nasional di sekolah-sekolah SPED yang menyediakan kurikulum nasional ini. Semua sekolah SPED menawarkan pendidikan vokasional kepada semua pelajar mereka.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di http://beta.moe.gov.sg/special-educational-needs atau kunjungi laman web sekolah-sekolah SPED tersebut untuk maklumat tentang proses kemasukan masing-masing.

Page 10: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH...PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Di sekolah, anak anda akan dapat menimba pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan nilai-nilai yang diperlukan untuk maju dalam abad

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAH

SKIM-SKIM BANTUAN KEWANGANSkim-skim bantuan kewangan disediakan untuk memastikan bahawa tiada kanak-kanak yang dinafikan pendidikan kerana keadaan kewangannya. Skim Bantuan Kewangan MOE (FAS) menyediakan pelajar-pelajar yang memerlukan dengan buku teks percuma, pakaian sekolah, subsidi pengangkutan dan makanan, dan pengecualian yuran standard pelbagai.

Di samping itu, sekolah juga menyediakan bantuan budi bicara menggunakan dana berasaskan sekolah. Bantuan berasaskan sekolah ini boleh memberikan manfaat kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria kelayakan untuk FAS MOE, serta menyediakan bantuan tambahan kepada mereka yang menerima FAS MOE yang memerlukan bantuan lanjut. Ibu bapa dan murid-murid boleh menghubungi sekolah secara langsung jika mereka memerlukan bantuan kewangan.

ANUGERAH EDUSAVE SYARAT KELAYAKAN JUMLAH(SETIAP TAHUN)

• Anugerah Perwatakan Edusave

Sehingga 2% pelajar di setiap sekolah yang menunjukkanperwatakan teladan dan sikap peribadi yang cemerlangmenerusi tingkah laku dan tindakan mereka.

• $200 untuk Darjah 1hingga Darjah 3• $350 untuk Darjah 4hingga Darjah 6

• Biasiswa Edusave 10% pelajar terbaik di setiap peringkat dan kursus di sekolah mereka dari segi prestasi akademik, dan telah menunjukkan tingkah laku yang baik.

• $350 untuk Darjah 5hingga Darjah 6

• Anugerah Edusavebagi Pencapaian,Kepimpinan danKhidmat Baik (EAGLES)

Sehingga 10% pelajar dari setiap sekolah yang telahmenunjukkan ciri-ciri kepimpinan, khidmat kepada masyarakat dan sekolah, cemerlang dalam kegiatan-kegiatan bukan akademik, dan menunjukkan tingkah laku yang baik.

• $250 untuk Darjah 4hingga Darjah 6

• Dermasiswa MeritEdusave

UNTUK PELAJAR DARJAH 1 DAN 2Pelajar yang mempamerkan sikap pembelajaran yang positif secara konsisten sepanjang tahun, telah menunjukkan tingkah laku yang baik dan pendapatan bulanan keluarga mereka tidak melebihi $6,900 (atau pendapatan per kapita* tidak melebihi $1,725).

FUNTUK PELAJAR DARJAH 3 HINGGA 625% pelajar terbaik di setiap peringkat dan kursus di sekolah mereka dari segi prestasi akademik, telah menunjukkan tingkah laku yang baik dan pendapatan bulanan keluarga mereka tidak melebihi $6,900 (atau pendapatan per kapita* tidak melebihi $1,725).

• $200 untuk Darjah 1 & Darjah 2

• $200 untuk Darjah 3• $250 untuk Darjah 4hingga Darjah 6

• Anugerah KemajuanBaik Edusave

UNTUK PELAJAR DARJAH 2 DAN 3Pelajar yang tidak layak untuk Biasiswa Merit Edusave tetapi menunjukkan peningkatan yang tertinggi dalam sikap pembelajaran mereka sepanjang tahun dan menunjukkan tingkah laku yang baik.

UNTUK PELAJAR DARJAH 4 HINGGA 610% pelajar terbaik di setiap peringkat dan kursus di sekolah mereka dari segi peningkatan dalam prestasi akademik dan telah menunjukkan tingkah laku yang baik.

• $100 untuk Darjah 2hingga Darjah 3

• $150 untuk Darjah 4hingga Darjah 6

* Pendapatan per kapita ialah Pendapatan Kasar Keluarga yang dibahagikan dengan bilangan anggota keluarga termasuk pelajar itu sendiri, ibu bapa, adik-beradik yang belum berkahwin dan datuk nenek.

KELAYAKAN YURANRAMPAIANSTANDARD

BUKU TEKS PAKAIANSERAGAM SEKOLAH

MAKANAN PENGANGKUTAN

• Keluarga yang berpendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi $2,750 sebulan

• Pendapatan Per Kapita* tidak melebihi $690 sebulan

100%pengecualian

Percuma Percuma Subsidiuntuk tujuhwaktumakanbagi satuminggusekolah(berkuatkuasa dari1 Januari2016)

Murid-murid yangmenaiki bas sekolah: 60% daripada tambang bassekolah

Murid-murid yangmenggunakanpengangkutan awam: $180 kredit pengangkutansetiap tahun

DANA KESEMPATAN Selain skim-skim bantuan kewangan ini, MOE menyediakan Dana Kesempatan yang boleh digunakan oleh sekolah-sekolah kami untuk menyediakan aktiviti-aktiviti pengayaan dan lawatan-lawatan sekolah ke luar negara untuk pelajar-pelajar Singapura daripada latar belakang yang kurang bernasib baik. Dana ini juga boleh digunakan untuk memberi subsidi bagi pembelian komputer kepada para pelajar yang memerlukan bantuan di sekolah-sekolah kami. Ini bagi memastikan bahawa mereka tidak akan dinafikan peluang-peluang pembelajaran disebabkan oleh keadaan kewangan keluarga mereka.

* Pendapatan per kapita ialah Pendapatan Kasar Keluarga yang dibahagikan dengan bilangan anggota keluarga termasuk pelajar itu sendiri, ibu bapa, adik-beradik yang belum berkahwin dan datuk dan nenek.

SKIM BANTUAN KEWANGAN MOE (FAS) UNTUK SEKOLAH RENDAH PEMERINTAH DAN BANTUAN PEMERINTAH

1615

Page 11: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH...PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Di sekolah, anak anda akan dapat menimba pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan nilai-nilai yang diperlukan untuk maju dalam abad

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAH

Ibu Bapa dan Sekolah Selaku Rakan

Tip-tip bagaimana andaboleh menyokong perjalanan

pendidikan anak anda

Membesarkan anak adalah pengalaman yang amat berharga dan bermakna, dan sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan utama dalam perkembangan anak anda bersama dengan sekolah. Anak-anak kita berkembang dengan lebih baik apabila sekolah dan ibu bapa bekerjasama, dengan saling mempercayai dan menghormati. Menerusi kerjasama yang seiring dengan sekolah, anda akan lebih memahami keperluan dan perkembangan anak anda, agar anda dapat memberikan penjagaan, sokongan dan pengukuhan yang diperlukannya di rumah. Kod QR di sebelah kiri memberikan beberapa tip tentang cara-cara anda boleh menyokong perjalanan pendidikan anak anda.

Apabila anak anda memasuki Darjah 1, anda akan menerima satu salinan Buku Kegiatan Ibu Bapa dan Anak, yang menjadi sumber bagi ibu bapa untuk menyokong peralihan anak mereka dari prasekolah ke Darjah 1. Buku ini menawarkan tip-tip dan kegiatan keibubapaan untuk menggalakkan perbualan di rumah. Ia juga membantu anda mengukuhkan nilai-nilai dan rutin yang anak anda amalkan di sekolah. Terdapat juga segmen yang bertajuk “Masa bersama Keluarga” dalam Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan dan Masa Bimbingan Guru Darjah di sekolah, yang menggalakkan hubungan ibu bapa dan anak melalui kegiatan-kegiatan yang dicadangkan. Berikut ialah cara-cara membantu anak anda pada tahun-tahun awal pendidikannya supaya dia mendapat pengalaman pembelajaran yang seronok semasa di sekolah rendah.

BANTU ANAK ANDA MENGENALIPERSEKITARAN SEKOLAHNYAAnak anda akan berasa lebih bersemangat untuk ke sekolah jika dia dibiasakan dengan persekitaran baharunya lebih awal.

• Tunjukkan mereka gambar-gambar sekolah. Anda boleh kunjungi laman web sekolah-sekolah atau platform media sosial mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut.

• Bincang dengan anak anda tentang rutin baru yang akan dilaluinya setiap hari, seperti memakai pakaian seragam sekolah, pergi ke kantin dan bermain dengan rakan sekolahnya pada waktu rehat.

• Galakkan anak anda berlatih kemahiran seperti meminta izin, membeli makanan, menyiapkan beg sekolah dan mengirim pesanan antara sekolah dan ibu bapa. • Buat anak anda berasa teruja dengan pengalaman baharu, seperti membuat kawan baharu atau belajar perkara baharu. • Beritahu anak orang-orang yang boleh dirujuk untuk mendapatkan bantuan di sekolah (seperti Guru Darjah atau Kaunselor Sekolah) dan cara-cara dia boleh mendapatkan bantuan. Anda juga boleh berlatih main peran cara-cara meminta bantuan dengan anak anda.

1817

KENALI ANAK ANDA DAN BERIKANNYASOKONGAN Sambil anak anda memulakan perjalanan pendidikannya yang baru, kita perlu terus memahami kekuatan dan minatnya dan menyokong perkembangannya.

• Bina dan kukuhkan hubungan baik dengan anak anda. Hormati pendapatnya dan dengarkan apa yang ingin dia katakan.

• Bincang dengan guru-guru tentang bagaimana anda boleh menyokong anak anda menyesuaikan diri dengan kehidupan sekolah semasa peralihan ke Darjah 1.

• Fahami kekuatan dan kelemahan anak anda. Dapatkan maklum balas daripada guru anak anda tentang kekuatan dan kemajuannya dalam bidang akademik dan bukan akademik, serta tingkah lakunya. Ini akan membantu anda memahami bagaimana untuk membimbingnya dan mengembangkan lagi kekuatannya. • Letakkan jangkaan dan matlamat yang realistik untuk dicapai oleh anak anda. Tetapkan matlamat langkah demi langkah untuk membolehkan anak anda mencapainya dan merasakan kejayaan.

• Elakkan daripada membanding-bandingkan kelakonan anak anda dengan murid-murid lain. • Iktiraf usaha anak anda – fokuskan pada proses bukan pencapaian, markah atau gred. • Luangkan masa untuk bermain dengan anak anda dan nikmati masa bersamanya. • Galakkan anak anda, terutama apabila dia berasa kecewa, dan bantunya belajar membina semangat yang tidak mudah luntur. BANTU ANAK ANDA BELAJAR SECARABERDIKARI DAN MENGURUSKAN DIRINYA SENDIRIIbu bapa memainkan peranan utama dalammembentuk nilai-nilai, kemahiran dan tabiat yangdipelajari oleh anak mereka yang akan membantunya menjalani kehidupannya s epanjang hayat.

• Wujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk anak anda agar dia suka

membaca dan belajar. • Bantu anak anda untuk membina rutin, supaya dia belajar untuk bertanggungjawab ke atas perkaraperkara yang harus dilakukannya, termasuk kerja rumah. • Galakkan anak anda untuk melakukan kerja rumahnya secara berdikari – ini membantunya belajar dan membantu guru memahami kemajuan pembelajarannya. • Bimbing anak anda menguruskan masanya. • Galakkan anak anda menjalani kehidupan yang sihat dan seimbang dengan masa untuk tidur dan bermain. • Disiplin anak anda dengan empati dan kasih sayang. Tingkah laku kurang baik anak anda, walaupun salah, mungkin adalah percubaan terbaiknya untuk memenuhi keperluannya pada ketika itu. Salah laku sedemikian perlu memperlihatkan akibatnya dan diperbetulkan dengan kefahaman dan kasih sayang. Libatkan guru untuk mengetahui bagaimana anda boleh menyokong anak anda dalam menangani masalah dan emosi.

• Ajar anak anda untuk memantau tingkah lakunya sendiri agar dia dapat membina disiplin diri.

• Awasi keperluan dan kebimbangan anak anda. Dapatkan bantuan daripada kakitangan sekolah seperti Guru Darjah, Kaunselor Sekolah, Ketua Jabatan yang mengawasi kebajikan para pelajar, Penyelaras Sokongan Pembelajaran, atau pakar lain, jika perlu.

Page 12: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH...PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Di sekolah, anak anda akan dapat menimba pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan nilai-nilai yang diperlukan untuk maju dalam abad

PENDIDIKANSEKOLAHRENDAH

Mendaftarkan Anak Anda Untuk Darjah 1Di bawah Akta Pendidikan Wajib, Warga Singapura yang lahir selepas 1 Januari 1996 dan menetap di Singapura diwajibkan menghadiri sekolah rendah nasional secara tetap.

Jika anak anda dilahirkan antara 2 Januari 2014 dan 1 Januari 2015 (termasuk kedua-dua tarikh ini), anda perlu mendaftarkan anak anda semasa Urusan Pendaftaran Darjah 1 2020 untuk kemasukan ke Darjah 1 pada Januari 2021. Anak anda akan berumur sekurang-kurangnya 6 tahun pada 1 Januari pada tahun kemasukan. Sekiranya anak anda telah dinilai tidak bersedia atau tidak sesuai untuk Darjah 1 secara perubatan, kelulusan untuk penangguhan pendaftaran boleh dipertimbangkan. Maklumat lanjut tentang permohonan penangguhan dan borang yang berkaitan boleh didapati di sini: https://go.gov.sg/compulsoryeducationdeferment dan pertanyaan boleh ditujukan ke [email protected].

URUSAN PENDAFTARAN DARJAH 1 2020Sila dapatkan maklumat tentang Urusan Pendaftaran Darjah 1 2020 termasuk tarikh pendaftarannya di sini (https://go.gov.sg/p1reg) pada bulan Mei / Jun 2020.

Lelaman Pendaftaran Darjah 1

PRIMARY SCHOOL EDUCATION

SOKONGAN DAN HUBUNGANDapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai program sekolah dan jalinkan hubungan secara kerap dengan guru anak anda; hubungan rapat antara anda dengan pihak sekolah akan membantu anda sentiasa dimaklumkan dandilibatkan dalam kemajuan anak anda.

Pembangunan holistik anak anda ialahtumpuan usaha sekolah kami. Bersama-sama, kita boleh membantu anak anda mencapai potensi sepenuhnya.

Ibu bapa yang berminat untuk memberikan perkhidmatan boleh menyertai Kumpulan sokongan Ibu Bapa

(PSG) di sekolah anak mereka. Sebagai sebahagian daripada PSG, ibu bapa akan berpeluang bekerja dengankakitangan sekolah dalam program dan projek yang akan memanfaatkan anak-anak mereka dan sekolah.

Jika anda memerlukan maklumat lanjutmengenai pendidikan sekolah rendah, layari laman web MOE di www.moe.gov.sg atauhubungi Pusat Khidmat Pelanggan MOE di 6872 2220. Anda juga boleh berhubung dengan kami melalui facebook di www.facebook.com/moesingapore.

2019

Page 13: PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH...PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Di sekolah, anak anda akan dapat menimba pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan nilai-nilai yang diperlukan untuk maju dalam abad

1 North Buona Vista Drive Singapore 138675 Tel: 6872 2220

Email: [email protected]

www.moe.gov.sg

MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM RISALAH INI TEPAT PADA MEI 2020 DIHASILKAN OLEH KUMPULAN KOMUNIKASI DAN PELIBATAN MOE