laporan ajk rekrasi dan tajaan

2
Laporan Ahli Jawatankuasa Rekreasi dan Tajaan Sebagai AJK Rekreasi dan Tajaan, saya telah merancang satu aktiviti rekreasi yang menarik iaitu berjalan-jalan di pusat beli belah AEON dan bermain bowling selepas aktiviti lawatan ke Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara. Pada permulaannya, saya mendapati bahawa ahli-ahli mempunyai masalah pengangkutan untuk pergi ke destinasi. Walaupun jarak dari LPPKN ke pusat beli belah adalah dekat, tetapi ia adalah sangat bahaya untuk melintasi jalan raya yang luas. Oleh itu, saya berbincang dengan AJK Pengangkutan untuk menangani masalah tersebut. Akhirnya, kami berjaya menempah bas IPG untuk menghantar semua ahli ke destinasi dengan selamat. Semasa ahli bermain bowling, kami telah mengadakan satu pertandingan antara satu sama lain. Semua ahli bermain dengan gembira walupun terdapat beberapa orang ahli merupakan pengalaman yang pertama untuk bermain bowling. Bagi ahli yang mempunyai pengalaman sebelum ini, mereka akan cuba mengajar teknik dan cara yang betul kepada orang yang baru terdedah dengan permainan bowling. Pada akhir pertandingan, kami memberi hadiah kepada pemenang dalam permainan tersebut. Di samping itu, dari segi tajaan pula, pihak IPG juga menaja cenderamata sebagai sumbangan kepada lawatan tersebut. Kami telah menghadiahkan cenderamata tersebut kepada penceramah sebagai tanda penghargaan. Akhir kata, saya beras amat bersyukur kerana dapat menjalankan aktiviti dengan lancar sekali dengan bantuan ahli-ahli dan pensyarah pembimbing.

Upload: michael-l-king

Post on 11-Jan-2016

90 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sharing

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan AJK Rekrasi Dan Tajaan

Laporan Ahli Jawatankuasa Rekreasi dan Tajaan

Sebagai AJK Rekreasi dan Tajaan, saya telah merancang satu aktiviti rekreasi yang

menarik iaitu berjalan-jalan di pusat beli belah AEON dan bermain bowling selepas aktiviti

lawatan ke Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara.

Pada permulaannya, saya mendapati bahawa ahli-ahli mempunyai masalah

pengangkutan untuk pergi ke destinasi. Walaupun jarak dari LPPKN ke pusat beli belah

adalah dekat, tetapi ia adalah sangat bahaya untuk melintasi jalan raya yang luas. Oleh itu,

saya berbincang dengan AJK Pengangkutan untuk menangani masalah tersebut. Akhirnya,

kami berjaya menempah bas IPG untuk menghantar semua ahli ke destinasi dengan

selamat.

Semasa ahli bermain bowling, kami telah mengadakan satu pertandingan antara

satu sama lain. Semua ahli bermain dengan gembira walupun terdapat beberapa orang ahli

merupakan pengalaman yang pertama untuk bermain bowling. Bagi ahli yang mempunyai

pengalaman sebelum ini, mereka akan cuba mengajar teknik dan cara yang betul kepada

orang yang baru terdedah dengan permainan bowling. Pada akhir pertandingan, kami

memberi hadiah kepada pemenang dalam permainan tersebut.

Di samping itu, dari segi tajaan pula, pihak IPG juga menaja cenderamata sebagai

sumbangan kepada lawatan tersebut. Kami telah menghadiahkan cenderamata tersebut

kepada penceramah sebagai tanda penghargaan.

Akhir kata, saya beras amat bersyukur kerana dapat menjalankan aktiviti dengan

lancar sekali dengan bantuan ahli-ahli dan pensyarah pembimbing.

Dilaporkan oleh :

(MICHAEL LOI CHEE KHING)

Ahli Jawatankuasa Rekreasi dan Tajaan

Program Lawatan Akademik PKE3013E

PISMP Ambilan Jun 2014

Page 2: Laporan AJK Rekrasi Dan Tajaan

Unit Pendidikan Jasmani (SJKC/SJKT)

IPG Kampus Raja Melewar

Seremban, N.Sembilan.