laporan ajk perhubungan
DESCRIPTION
laporan ajk perhubungan terbaikTRANSCRIPT
LAWATAN ILMIAH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
LAPORAN JAWATANKUASA
NAMA : MOHD HAMDAN BIN PALLAO
NO.KAD PENGENALAN : 930209-12-5973
BIDANG TUGAS : KETUA AJK PERHUBUNGAN
Kelas kami PISMP Pendidikan Jasmani 1113, telah menganjurkan satu lawatan Ilmiah
ke Sekolah Pendidikan Khas Semerah Padi Sarawak. Lawatan ini merupakan satu aktiviti yang
wajib dilaksanakan dan termaktub dalam profoma kursus Pendidikan Jasmani Suaian
PJM3142. Tujuannya ialah untuk memberi pendedahan secara langsung dan meningkatkan
pengetahuan tentang kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian terhadap perkembangan
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial murid kurang upaya serta memberi peluang kepada
para guru pelatih untuk melihat dan meneliti bagaimana pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan berkesan terhadap murid kurang upaya. Saya telah menjawat jawatan dan
menggalas tanggungjawab sebagai AJK perhubungan bagi lawatan ini.
i. SEBELUM
Pertama sekali, kami telah mendapat taklimat daripada pensyarah kami, Puan Salmi bt
hj Lilek berkaitan dengan penganjuran lawatan ini. Beliau telah memberi kelonggaran kepada
kami untuk memilih tempat untuk melawat dan turut memberi beberapa cadangan seperti
memilih sekolah yang terdekat dengan IPGKTAR. Beliau menegaskan bahawa tempat lawatan
harus menepati objektif dan tujuan yang berkaitan dengan kursus yang dipelajari.
Selepas itu, kami telah berbincang antara rakan-rakan di kelas untuk memilih tempat
yang sesuai dan melengkapi kehendak kursus Pendidikan Jasmani Suaian. Antara cadangan
yang telah dikemukakan ialah Sk Hj Kelali, Asajaya dan Sk Semerah Padi dan Sk Dato’ Mohd
Musa. Pada akhir perbincangan, kami mendapati bahawa Sk Semerah Padi Sarawak telah
dipilih secara sebulat suara bersama ahli kumpulan kami bersama dengan pensyarah untuk
membuat program lawatan di sekolah tersebut.
LAWATAN ILMIAH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
Seterusnya, kami juga telah melantik Ahli Jawatankuasa tugas masing-masing. Saya
telah dipilih sebagai ajk perhubungan. Bagi melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan ini
saya telah mencari nombor dari pelbagai sumber seperti laman web rasmi. Beberapa senior
dan pensyarah juga telah saya rujuk untuk mendapatkan nombor tempat berkenaan. Selepas
berbincang dengan Puan Salmi Lilek saya telah berhubung dengan pihak-pihak berkenaan
tanpa melengah-lengahkan masa. Saya telah menanyakan tentang prosedur yang perlu
dilakukan sebelum mengadakan aktiviti di tempat tersebut. Mereka telah memberitahu kami
untuk menghantar surat bagi proses selanjutnya dan juga bagi melicinkan urusan-urusan lain
seperti persediaan awal oleh pihak tersebut.
Saya juga telah berusaha untuk mendapatkan nombor fax bagi tempat yang kami pilih
untuk memudahkan urusan penghantaran surat kepada mereka. Sebagai AJK perhubungan,
saya menggalas tanggungjawab yang penting dalam memastikan urusan yang baik antara
pihak berkenaan. Oleh yang demikian, saya juga telah sentiasa menghubungi mereka agar
memastikan bahawa mereka sudah menerima surat daripada pihak institut. Saya telah
membuat perbincangan dengan mereka bagi menghadapkan tujuan program yang ingin kami
laksanakan di situ agar mendapat kebenaran dan kemudahan tertentu.
Saya telah menjalankan tugasan saya dengan menghubungi semua pihak yang
berkaitan dan untuk mendapatkan kebenaran. Kami telah merancang untuk membuat lawatan
ke sekolah tersebut untuk membuat lawatan ilmiah berkaitan Pendidikan Jasmani Suaian.
Saya menghubungi pegawai yang berkaitan untuk menjelaskan tentatif program ini.
ii. SEMASASemasa pelaksanaan aktiviti tersebut, saya telah berhubung dengan pihak
sekolah untuk melaporkan kehadiran kami. Saya juga telah menanyakan tentang tempat
atau dewan yang disediakan kepada kami agar dapat berkumpul pada masa yang
ditetapkan. Saya telah menyelesaikan segala urusan atau prosedur di pejabat semasa
penjalanan program ini.
Selain itu, saya juga memastikan kami datang awal bagi menepati masa yang
telah ditetapkan. Saya telah berkolaborasi bersama Ajk Pengangkutan untuk
menyediakan pengangkutan lebih awal. Pada hari tersebut kami datang lebih awal
daripada masa yang ditetapkan agar kami dapat bersedia membuat aktiviti di sekolah
tersebut
LAWATAN ILMIAH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
iii. SELEPAS
Selepas penjalanan program ini kami telah membuat “postmortem” bersama ahli
kumpulan dan pensyarah pembimbing. Sebagai AJK perhubungan saya telah
dipertanggungjawabkan untuk menghantar surat penghargaan dan terima kasih kepada pihak
yang telah memberi kerjasama dan komitmen kepada kami.
Menerusi program ini, saya dapat melihat suatu implikasi positif dalam diri saya dari segi
komunikasi. Saya telah mempelajari dan yakin akan cara atau kaedah komunikasi yang baik
dalam urusan-urusan rasmi. Saya juga berasa amat bangga kerana dapat menyumbang dan
memainkan peranan dalam penganjuran program lawatan ilmiah ini. Saya juga telah
berkomunikasi dengan beberapa pihak atasan dan ini memberi pendedahan kepada saya untuk
memperbaiki cara berkomunikasi dan urusan rasmi yang berkaitan dengan surat menyurat.
Saya juga dapat merasai satu aura positif dalam diri saya kerana dapat meningkatkan
keyakinan diri.
Saya juga telah mengenali erti kesabaran dan toleransi serta kerjasama menerusi ini.
Sebagai bakal-bakal guru, kami juga telah belajar untuk menghadapi cabaran dan kekangan
dengan baik. Kita tidak boleh menafikan bahawa, sebagai seorang guru kita akan berhadapan
dengan pelbagai cabaran dalam era globalisasi ini. Oleh yang demikian, ini menjadi suatu
landasan atau platform yang baik untuk mempelajarinya. Saya juga ingin merakamkan jutaan
terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Semerah Padi yang mengizinkan kami untuk
membuat lawatan ilmiah ini. Kami juga berharap bahawa program sebegini akan diadakan pada
masa yang akan datang demi mencorakkan sifat keguruan yang utuh dalam diri guru-guru
pelatih disamping membimbing guru pelatih untuk menjadi lebih berkaliber dalam semua
urusan.
DISEDIAKAN OLEH,
______________________
(MOHD HAMDAN BIN PALLAO)
KETUA AJK PERHUBUNGAN,
PROGRAM LAWATAN ILMIAH.
LAWATAN ILMIAH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
REFLEKSI INDIVIDU
NAMA : MOHD HAMDAN BIN PALLAO
KAD PENGENALAN : 930209-12-5973
i. Pengenalan
Alhamdulillah kami dapat juga melaksanakan karnival dengan jayanya walaupun
pada mulanya banyak kekangan yang berlaku. Karnival ini mendapat sambutan yang
cukup hangat walaupun pada masa tersebut aktiviti institut sangat padat. Karnival ini
terbuka kepada semua warga IPGKTAR termasuk staff dan pensyarah.
ii. Kekuatan
LAWATAN ILMIAH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
Kekuatan yang dapat dilihat daripada karnival ini ialah semua ahli dalam
jawatankuasa bertugas dengan baik. Semua ahli dapat bekerjasama dan berganding
bahu walaupun sedikit keletihan kerana dihimpit dengan beban tugas masing-masing.
Setiap ajk mengetahui tugas umum yang harus dilakukan bagi setiap permainan yang
dipertandingkan. Walaupun ada ahli penganjur yang mengambil tempat untuk
bertanding, mereka tetap menjalankan tugas sebelum mengikuti pertandingan dan
menggantikan tempat mana-mana ahli yang kosong untuk dibantu. Sikap seperti ini
harus dijadikan amalan oleh setiap guru pelatih agar dapat mengetahui selok belok
dalam penganjuran karnival yang mengambil masa beberapa hari untuk dijalankan.
Kekuatan lain yang saya lihat ialah sikap toleransi antara ajk juga semakin
meningkat dan dilihat sebagai kekuatan yang paling bermakna kerana penganjuran
karnival seperti memerlukan pasukan yang boleh dan mampu menguruskan program
dengan lancar dan tersusun. Selain itu, saya melihat sistem kepengadilan dalam setiap
permainan adalah yang terbaik berdasarkan penganjuran sebelum ini dan tiada isu yang
dibangkitkan oleh setiap peserta atau kumpulan yang bertanding. Penganjuran karnival
ini seharusnya menjadi contoh kepada penganjuran karnival yang seterusnya.
iii. Kelemahan
Tidak banyak kekurangan yang saya lihat melalui penganjuran karnival ini. Namun ada
beberapa aspek yang perlu diperbaiki. Antaranya ialah peraturan masa pertandingan
yang mesti dipatuhi oleh peserta. Segelintir peserta atau kumpulan datang lewat dan
tidak mematuhi jadual perlawanan. Selain itu, terlihat sedikit kelemahan apabila
permainan dimulakan serentak menyebabkan beberapa peserta kelam kabut ke tempat
pertandingan seterusnya dan permainan tersebut terhenti seketika kerana menunggu
peserta yang bertanding. Ia turut menyebabkan jadual pertandingan berubah semasa
pertandingan kerana faktor peserta atau kumpulan mengikuti pertandingan yang lain
dalam satu karnival.
iv. Cadangan Penambahbaikan
Antara cadangan penambahbaikan ialah mengehadkan peserta atau kumpulan
menyertai hanya satu permainan dalam satu karnival atau masa pertandingan bagi
setiap permainan tidak diadakan serentak. Contohya, pada hari pertama dan hanya
permainan bola tampar sahaja, dan pada hari berikutnya hanya permainan bola jaring
LAWATAN ILMIAH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
agar tiada masalah mengenai jadual pertandingan. Selain itu, mungkin sebaiknya
karnival seperti ini boleh dilakukan seharian bagi memudahkan peserta dan penganjur
tidak mengambil masa yang terlalu lama seperti penganjuran kali ini kerana hanya
dibuat sebelah petang sahaja.