laporan ajk pendokumentasian

4
LAPORAN AJK PENDOKUMENTASIAN TARIKH :- 12 APRIL 2015 TEMPAT :- ZOO NEGARA PESERTA :- 21 ORANG / KUMPULAN PISMP AMBILAN JANUARI 2014 PROGRAM :- KHIDMAT MASYARAKAT PENGENALAN Pada 23 Mac 2015, kumpulan PISMP Ambilan Januari 2014 telah ditugaskan oleh Unit Kokurikulum untuk menjalankan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa III yang berkaitan dengan Khidmat Masyarakat. Satu mesyuarat telah diadakan bagi membentuk ahli jawatan kuasa selain penetapan aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan pada BIG kali ini juga dilakukan dalam mesyuarat. Ahli kelas sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan khidmat masyarakat di Zoo Negara pada 12 April 2015. Melalui perlantikan jawatan kuasa yang telah dijalankan, seramai tiga orang ahli kelas telah dipilih untuk memegang jawatan AJK Pendokumentasian. Aznur Nizza Yucque binti Azral, Raja Yong Zahariah binti Raja Badaruddin dan Wak Suraina a/p Jimi merupakan ahli kelas yang ditugaskan untuk menjadi AJK Pendokumentasian. SEBELUM Selaku AJK Pendokumentasian, kami telah mengadakan beberapa perancangan awal supaya pada hari pelaksanaan khidmat masyarakat, tugas kami dapat dijalankan dengan lancar selain turut dapat memudahkan pelaksanaan tugas rakan-rakan yang lain. Kami telah meminjam kamera daripada rakan-rakan kelas iaitu Ivan Ting, Louis Pulong, Sahira dan Nur Kamalia supaya dapat digunakan untuk

Upload: raja-yong-raja

Post on 21-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bina insan guru

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AJK PENDOKUMENTASIAN

LAPORAN AJK PENDOKUMENTASIAN

TARIKH :- 12 APRIL 2015

TEMPAT :- ZOO NEGARA

PESERTA :- 21 ORANG / KUMPULAN PISMP AMBILAN JANUARI 2014

PROGRAM :- KHIDMAT MASYARAKAT

PENGENALAN

Pada 23 Mac 2015, kumpulan PISMP Ambilan Januari 2014 telah ditugaskan oleh

Unit Kokurikulum untuk menjalankan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa III yang berkaitan

dengan Khidmat Masyarakat. Satu mesyuarat telah diadakan bagi membentuk ahli jawatan

kuasa selain penetapan aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan pada BIG kali ini juga

dilakukan dalam mesyuarat. Ahli kelas sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan khidmat

masyarakat di Zoo Negara pada 12 April 2015. Melalui perlantikan jawatan kuasa yang telah

dijalankan, seramai tiga orang ahli kelas telah dipilih untuk memegang jawatan AJK

Pendokumentasian. Aznur Nizza Yucque binti Azral, Raja Yong Zahariah binti Raja

Badaruddin dan Wak Suraina a/p Jimi merupakan ahli kelas yang ditugaskan untuk menjadi

AJK Pendokumentasian.

SEBELUM

Selaku AJK Pendokumentasian, kami telah mengadakan beberapa perancangan

awal supaya pada hari pelaksanaan khidmat masyarakat, tugas kami dapat dijalankan

dengan lancar selain turut dapat memudahkan pelaksanaan tugas rakan-rakan yang lain.

Kami telah meminjam kamera daripada rakan-rakan kelas iaitu Ivan Ting, Louis Pulong,

Sahira dan Nur Kamalia supaya dapat digunakan untuk menangkap gambar sepanjang

aktiviti berlangsung. Kami menyediakan banyak kamera sebagai persediaan untuk

menghadapi situasi-situasi yang tidak dijangka. Sebelum itu, kami telah memeriksa terlebih

dahulu keadaan kamera supaya dapat memastikan kamera tersebut dapat berfungsi

sebaiknya. Selain itu, pada malam 11 April 2015, satu mesyuarat kecil telah dijalankan untuk

membincangkan pembahagian tugas. Terdapat dua perancangan asal yang telah

dipersetujui oleh kami bertiga iaitu, pelan pertama, tugasan dilaksanakan dalam satu

kumpulan yang besar. Kenyataan ini bermaksud, seluruh ahli kelas melakukan khidmat

masyarakat di satu kawasan yang sama dan ketiga-tiga AJK melakukan pendokumentasian

secara bersama. Pelan kedua pula ialah ahli-ahli kelas dibahagikan kepada beberapa

Page 2: LAPORAN AJK PENDOKUMENTASIAN

kumpulan kecil dan setiap kumpulan tersebut mestilah terdapat seorang AJK

Pendokumentasian agar perjalanan aktiviti dapat direkod. Seterusnya, kami juga telah

membincangkan tentang cara-cara untuk penghasilan penulisan laporan program ini.

SEMASA

Pada hari kejadian, kami terpaksa melakukan satu perancangan baharu iaitu ahli

kelas yang lain turut diminta untuk menangkapkan gambar sepanjang aktiviti berlangsung

dengan menggunakan kamera ataupun telefon bimbit. Hal ini demikian kerana, kami semua

dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan

Zoo dan bilangan ahli AJK Pendokumentasian tidak cukup untuk memenuhi bilangan

kumpulan tersebut. Kami meminta bantuan Amalina dan Louis untuk menangkap gambar

aktiviti kumpulan masing-masing. Ivan Ting pula memainkan peranan sebagai jurukamera

yang akan bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan. Pada bahagian utama program

seperti ketika taklimat pelaksanaan tugas dan majlis penutupan, kami telah meminta

bantuan Louis dan Ivan untuk menangkapkan gambar memandangkan mereka lebih arif

dalam bidang tersebut. Selain itu, setiap ahli kelas juga diingatkan untuk merekod aktiviti

tugasan yang telah mereka lakukan supaya dapat memudahkan proses pengahasilan

penulisan laporan program nanti.

SELEPAS

Setelah program selesai, kami mengembalikan kamera-kamera yang telah dipinjam

kepada pemilik. Sebelum itu, kami terlebih dahulu mengambil gambar-gambar yang telah

ditangkap daripada kad memori kamera-kamera tersebut. Kami juga telah menyediakan

laporan keseluruhan program dan melabelkan gambar-gambar yang dimuatkan laporan.

Laporan ini kemudiannya diedarkan kepada ahli-ahli kelas yang lain.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN

Kelebihan pada bahagian AJK kami ialah, kami mempunyai banyak kamera yang

boleh digunakan dan keadaan ini memudahkan kami untuk menangkap gambar aktiviti-

aktiviti yang berlangsung. Kami juga tidak hanya bergantung kepada kamera tetapi turut

menggunakan telefon bimbit. Tugas-tugas sebagai AJK Pendokumentasian ini juga telah

memberi banyak pengalaman baru kepada kami.

Page 3: LAPORAN AJK PENDOKUMENTASIAN

Kelemahannya pula, kami terpaksa mengubah beberapa perancangan apabila

terdapat tempat yang tidak boleh dimasuki oleh jurukamera (kawasan larangan) misalnya,

sangkar singa laut. Keadaan ini menyebabkan gambar-gambar ahli kelas yang bertugas

dikawasan tersebut tidak dapat ditangkap.

LANGKAH PENYELESAIAN

Memandangkan kami tidak dapat menangkap gambar di kawasan sangkar singa

laut, kami telah mengambil gambar ahli-ahli kelas tersebut semasa waktu pertunjukan singa

laut sahaja. Kami juga telah meminta bantuan rakan-rakan untuk menangkap gambar

aktiviti-aktiviti yang dijalankan terutamanya untuk kumpulan yang tidak mempunyai AJK

Pendokumentasian.

Disediakan oleh,

______________

( )

AJK PENDOKUMENTASIAN

BIG FASA III