laporan

3
LAPORAN Program Gotong Royong Sekolah Kebangsaan Khir Johari telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 25 April 2015 bermula dari jam 8.30 pagi hingga10.30 pagi. Program ini telah dipengerusikan oleh En. Helmi Bin Mohamad (Guru Besar) dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang telah dilantik bagi menguruskan program ini. Seramai 55 orang guru, 2 orang pembantu pengurusan murid, 5 orang pekerja kontrak pembersihan kawasan serta semua murid telah hadir menyertai gotong-royong pada hari tersebut. Bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar, pengisian program telah disusun seperti berikut. MASA AKTIVITI 8.30 pg Berkumpul di hadapan bilik guru 8.45 pg Bergerak ke kelas masing-masing 9.30 pg Rehat 9.45 pg Aktiviti gotong royong disambung semula 10.30 pg Bersurai

Upload: chop-za

Post on 05-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

lapor

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN

LAPORAN

Program Gotong Royong Sekolah Kebangsaan Khir Johari telah diadakan pada

hari Sabtu bersamaan 25 April 2015 bermula dari jam 8.30 pagi hingga10.30 pagi.

Program ini telah dipengerusikan oleh En. Helmi Bin Mohamad (Guru Besar) dan

dibantu oleh  ahli jawatankuasa yang telah dilantik bagi menguruskan program ini.

Seramai 55 orang guru, 2 orang pembantu pengurusan murid, 5 orang pekerja

kontrak pembersihan kawasan serta semua murid telah hadir menyertai gotong-royong

pada hari tersebut.

Bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar, pengisian program telah

disusun seperti berikut.

MASA AKTIVITI

8.30 pg Berkumpul di hadapan bilik guru

8.45 pg  Bergerak ke kelas masing-masing

9.30 pg Rehat

9.45 pg Aktiviti gotong royong disambung semula

10.30 pg Bersurai

Page 2: LAPORAN

Kawasan yang menjadi tumpuan utama dalam program ini ialah setiap kelas iaitu

bangunan utama sekolah. Segala peralatan bagi menjalankan program ini telah

disediakan oleh pihak sekolah. Perbelanjaan bagi membeli bahan dan alatan adalah

mengikut permintaan bagi setiap kumpulan. Sebanyak RM 500.00 telah digunakan bagi

menjayakan program ini. Sumber kewangan diambil dari derma PIBG.

Perbezaan yang amat ketara dapat dilihat ialah memasang langsir pada setiap

kelas. Warna langsir yang dipasang di setiap kelas mengikut warna tema sekolah iaitu

warna hijau dan coraknya adalah seragam bagi setiap kelas. Kelas jugak diperbaiki cat-

cat dindingnya.

Kumpulan yang membersihkan kelas pula bekerjasama mengasingkan barang-

barang yang tidak boleh digunapakai. Manakala, barang-barang yang masih boleh

digunakan diletakkan di tempat yang sepatutnya. Mereka bertungkus-lumus mengemas

dan membersihkan segala kekotoran yang terdapat pada kelas masing-masing.

Sambutan gotong-royong di Sekolah Kebangsaan Khir Johari amatlah

membanggakan dan diharap penyertaan ibu bapa pada masa yang akan datang dapat

dipertingkatkan lagi. Pihak penganjur bersyukur kerana program ini berjalan dengan

lancar. Sokongan dan gandingan tenaga serta semangat kerjasama daripada semua

pihak serta komitmen sepenuhnya terhadap segala perancangan yang telah dibuat

dapat mencapai objektifnya. Diharap agar aktiviti yang berfaedah seperti ini akan

diadakan lagi pada masa akan datang. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi

menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.