lapan nasihat hatim al asham

Upload: abu-harith

Post on 04-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Lapan Nasihat Hatim Al Asham

    1/1

    Lapan Nasihat Hatim Al Asham

    Faedah yang pertama:

    Sesungguhnya aku telah melihat kepada makhluk-makhluk yang

    ada didunia ini. lalu aku mendapati bagi setiap makhluk ini mesti

    ada sesuatu yang dikasihinya dan diasyikinya. Dan aku melihat

    pula bahawa ada sebahagian daripada sesuatu yang dikasihi itu

    hanya menemani kekasihnya sehingga sampai ia sakit sahaja,

    dan ada pula yang sentiasa menemaninya sehingga ke dalam

    kubur. Manakala yang lainya akan terus balik dan tidak mahu

    untuk bersama-sama dengan kekasihnya didalam kubur. Ia akan

    membiarkan kekasihnya tinggal seorang diri di dalam kubur. Lalu

    aku terus berfikir, dan akhirnya aku membuat kesimpulan bahawa

    sebaik-baik kekasih itu ialah kekasih setia mengiringi kekasihnya

    ke dalam kubur dan menjadi penghibur dan teman setia. Dan

    tidak ada kekasih yang bersedia untuk berbuat demikian selain

    daripada amalan yang soleh, maka aku terus menjadikan amalan

    soleh ini sebagai teman dan kekasihku, supaya ia dapat

    menerangi kuburku, dan menghibur hatiku dan sudah pasti ia

    tidak akan meninggalkan aku duduk bersendirian.

    Ayyuhal Walad, halaman 39