langkah perkahwinan cina
DESCRIPTION
5 langkah perkahwinan orang cina di malaysiaTRANSCRIPT
1.0 PENDAHULUAN
Malaysia merupakan negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum iaitu Melayu,
Cina, India, Orang Asli dan lain-lain lagi. Kepelbagaian kaum ini menjadikan Malaysia
sebuah negara yang kaya dengan budaya dan adat istiadat yang pelbagai gabungan
daripada masyarakat majmuk yang wujud di negara ini. Walaupun dengan budaya dan
kaum yang pelbagai, rakyat Malaysia hidup aman dan harmoni dan menghormati
budaya dan adat istiadat satu sama lain.
Salah satu kaum yang terdapat di Malaysia ialah Kaum Cina. Menurut Laman Web
Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (http://www.statistics.gov.my), kira-kira 24.6%
daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina menjadikan kaum Cina menjadi kaum
kedua teramai di Malaysia.
Menurut buku Pendidikan Negara Bangsa tulisan Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul
Ghani pada bahagian Masyarakat dan budaya China, “Masyarakat Cina mempunyai
bentuk dan corak kebudayaan yang unik dan tersendiri. Kebudayaan mereka berasal
daripada sebuah tamadun yang sangat tinggi. Mereka menganggap tradisi mereka
adalah yang paling baik berbanding tradisi dan kebudayaan masyarakat lain di dunia ini”
Masyarakat Cina masih mengekalkan nilai-nilai budaya yang telah diamalkan sejak
turun-temurun sebagai identity dan warisan mereka. Hal ini juga berlaku kepada
masyarakat Cina di Malaysia
Adat perkahwinan merupakan salah satu adat kaum Cina yang masih digunakan
sehingga hari ini. Walaupun ada sedikit perubahan dari adat yang sebenar, namun
ianya masih lagi mengekalkan ciri-ciri penting adat perkahwinan tersebut seperti
bertandang, memberi hormat, minum teh, makan besar, dan lain-lain lagi.
Dalam penulisan ini akan ditulis secara terperinci mengenai adat perkahwinan kaum
Cina.
2.0 ADAT PERKAHWINAN CINA
2.1 Upacara Awal Perkahwinan
2.2 Upacara Semasa Perkahwinan
Upacara semasa perkahwinan adalah upacara yang dijalankan pada hari
perkahwinan. Menurut buku Gateway to Chinese Culture, terdapat beberapa
adat yang dijalankan pada hari tersebut antaranya ialah pengantin lelaki
bertandang ke rumah pengantin perempuan, upacara sembahyang, upacara
minum teh, makan besar dan minum arak pada malam perkahwinan. Setiap
upacara ini akan diterangkan secara terperinci.
2.2.1 Upacara Pengantin Lelaki Bertandang ke Rumah Pengantin
Perempuan
Pada hari perkahwinan berlangsung, pengantin lelaki bersama
rombongannya yang terdiri daripada keluarga dan sahabat terdekat
akan ke rumah pengantin perempuan untuk menjemput pengantin
perempuan. Pengantin lelaki akan menaiki kereta yang dihias indah
ke rumah pengantin perempuan.
Apabila pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan,
pengantin lelaki tidak dibenarkan terus masuk dan menemui
pengantin perempuan tetapi pengantin lelaki terlebih dahulu perlu
melalui Permainan Pintu Perkahwinan. Permainan Pintu Perkahwinan
adalah berasal daripada zaman nenek moyang masyarakat Cina.
Permainan ini menggambarkan bahawa pengantin perempuan
merupakan wanita yang cantik dan baik sehingga keluarga serta
kawan-kawannya tidak sanggup berpisah dengannya. Untuk melepasi
permainan pintu ini, pihak pengantin lelaki akan melakukan apa saja
yang diminta oleh pihak pengantin perempuan atau membayar pihak
pengantin perempuan dengan memberikan Li Shi supaya pengantin
lelaki dapat melalui pintu tersebut. Walau bagaimanapun pihak
pengantin perempuan perlu memperuntukkan masa tertentu kerana
upacara di rumah pengantin lelaki harus berjalan seperti yang telah
dijadualkan.
Rajah 1 : Suasana ketika permainan pintu perkahwinan
(sumber : flikr.com)
Menurut laman web Travel China Guide
(http://www.travelchinaguide.com/intro/social_customs/marriage/custo
ms.htm) Li shi ialah hadiah wang yang diletakkan di dalam sampul
berwarna merah.
Rajah 2 : Li shi
Selain Li Shi, pihak lelaki juga menyediakan hantaran-
hantaran lain seperti tebu, barang-barang yang manis seperti buah-
buahan, coklat, kek, manisan dan lain-lain. Hantaran tebu membawa
maksud semoga dipanjangkan umur manakala barang-barang manis
pula bermaksud semoga pasangan pengantin akan memperoleh
kehidupan yang baik dan sempurna pada masa akan datang.
Setelah pengantin lelaki berjaya melepasi Permainan Pintu
dan berjaya masuk ke dalam rumah, ibu bapa pengantin perempuan
akan menyerahkan anak gadis mereka kepada pengantin lelaki.
2.2.2 Upacara Sembahyang
Upacara ini dijalankan setelah ibu bapa pengantin perempuan
menyerahkan anak gadis mereka kepada pengantin lelaki. Upacara ini
bertujuan untuk memberi penghormatan dan mendapatkan restu
nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia.
Upacara ini juga dijalankan di rumah pengantin lelaki.
Rajah : Upacara sembahyang
(sumber : jenkinyat.com)
2.2.3 Upacara Minum Teh
Upacara ini antara upacara yang terpenting dalam adat istiadat
perkahwinan orang cina kerana ianya mempunyai signifikasi yang
berkait dengan hubungan kekeluargaan. Tujuan upacara ini diadakan
adalah untuk melambangkan penerimaan pasangan pengantin
terutamanya pengantin perempuan dalam keluarga pengantin lelaki
dan untuk memperkenalkan saudara maka kepada kedua-dua
pengantin sama ada dari pihak pengantin lelaki mahupun pengantin
perempuan.
Upacara ini dimulakan dengan pasangan pengantin melutut di
depan ahli keluarga yang paling tua samada datuk nenek atau ibu
bapa dan menghidangkan teh kepada mereka. Datuk nenek atau ibu
bapa akan minum sedikit teh dan kemudian memberikan sampul
merah kepada pasangan pengantin. Menurut masyarakat Cina,
pemberian sampul surat merah melambangkan nasib baik.
Rajah : Upacara minum teh
(sumber : bestgiftsforwedding.wordpress.com)
Menurut buku Chinese Culture keluaran Asiapac Books pte ltd
pada muka surat 57, jika teh yang diberikan oleh pasangan
penagantin diminum oleh orang tua ianya bermaksud mereka
menerima dan mengalu-alukan kedatangan ahli baru dalam keluarga
mereka.
Upacara minum teh diteruskan dengan memberi teh kepada
ahli keluarga yang lain bermula dari yang tua kepada yang lebih
muda. Pada kebiasaannya, keluarga sebelah bapa akan lebih
diutamakan kerana bapa adalah ketua keluarga.
Setiap kali pasangan pengantin memberi minum teh, mereka
akan meminta orang yang diberi teh untuk mendoakan kebahagian
hingga akhir hayat, kesenangan, dikurniakan cahaya mata, kesihatan
dan perkara-perkara yang baik kepada mereka.
Setelah selesai upacara minum teh, orang yang diberi teh
akan menghadiahkan sampul surat merah kepada pasangan
pengantin sebagai tanda permulaan kehidupan baru.
2.2.4 Upacara Jamuan Makan
Upacara ini merupakan kemuncak kepada majlis perkahwinan
masyarakat Cina. Jamuan makan ini diadakan oleh keluarga pihak
pengantin lelaki pada sebelah malam dan diadakan secara besar-
besaran samada di restoren, dewan atau rumah. Pelbagai makanan
seperti ikan,ayam minyak merah, udang galah, kek kebahagian dan
pau dihidangkan kepada pasangan pengantin dan para tetamu. Setiap
hidangan makanan ini mempunyai simboliknya yang tersendiri. Ikan
membawa maksud kekayaan, ayam minyak merah bermaksud
kebahagian, udang galah bermaksud keserasian dan kek
kebahagiaan dikenali sebagai kek naga dan burung phoenix.
Pada majlis ini, pasangan pengantin akan menandatangani
dua pucuk surat iaitu Keat Foot Ching Su di hadapan dua orang saksi.
upacara tanda tangan surat ini ialah sebagai bukti pasangan ini telah
berkahwin.
Semasa jamuan makan, pasangan pengantin terhad untuk
makan kerana mereka perlu menyapa atau berkenalan dan beramah
mesra dengan tetamu-tetamu yang hadir dan keluarga dari kedua-dua
belah pihak. Para tetamu yang hadir akan menyediakan Li Shi
sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.
Ketika jamuan makan, akan diadakan upacara yamseng iaitu
pengantin akan berjalan bersama mertua ke semua meja para
jemptan untuk mengucapkan terima kasih kerana hadir. Para tetamu
akan mendoakan atau mengucapkan perkara-perkara baik dan diikuti
dengan perkataan yamseng dan kemudiannya meminum arak dari
gelas yang diangkat keatas beramai-ramai. Contoh ucapan yang
diucapkan tetamu ialah “Semoga bahagian hingga anak cucu,
yamseng!”, “Semoga menyambut kelahiran anak tahun hadapan,
yamseng!” kemudian, mereka akan mengangkat cawan arak keatas
dan meminumnya.
Rajah : pengantin minum bersama para tetamu
(sumber : www.elegantwoman.org)
Penggunaan minuman berkarbonat juga boleh bagi
menggantikan arak agar perjalanan majlis lancar tanpa ada yang
mabuk atau kurang sihat.
Pada akhir jamuan makan, keluarga pengantin dan pasangan
pengantin akan bergerak ke pintu rumah, restoren atau dewan bagi
mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir dan menyerikan
majlis.
2.2.5 Upacara Minum Arak pada Malam Perkahwinan
Upacara ini dilakukan dengan menyediakan dua cawan yang diikat
dengan tali yang berwarna merah. Pasangan pengantin akan
meminum arak dari cawan ini dengan menyilangkan tangan mereka.
Perbuatan menyilangkan tangan ini merupakan ikatan janji
perkahwinan yang biasa dilakukan ketika perkahwinan.
Menurut penulisan yang bertajuk Drinking Beverage Custom
on Marriage (http://eng.wanzui.com/En_con.aspx?newsid=313),
upacara minum arak pada malam perkahwinan adalah bertujuan
untuk menunjukkan rasa kasih sayang (affection) antara pasangan
pengantin.
Rajah : minum arak pada malam perkahwinan
(sumber : traditions.cultural.china.com/en)