langkah mengatasi masalah kewangan

Upload: diana-dayen

Post on 08-Apr-2018

419 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Langkah Mengatasi Masalah Kewangan

    1/4

    LANGKAH MENGATASI MASALAH KEWANGAN

    Masalah kewangan merupakan masalah yang sering mengganggu generasi muda hari

    ini. Tidak dapat dinafikan, masalah kewangan ini sangat mengganggu kehidupan normalmereka sebagai anak muda yang mempunyai naluri ingin mencuba sesuatu atau produk yang

    baru, ingin berhibur, melancong yang sememangnya memerlukan wang. Mereka sering

    menganggap masalah ini berpunca daripada kurangnya jumlah wang yang mereka perolehi.

    Sebaliknya, itu bukanlah punca utama! Punca utama generasi muda menghadapi masalah

    kewangan adalah berkait rapat dengan faktor dalaman dan luaran sikap individu itu sendiri

    terhadap pengurusan kewangan mereka. Walaupun mempunyai sumber kewangan yang

    banyak, ia tidak menjamin individu itu bebas daripada dibelenggu masalah kewangan. Hal ini

    kerana, sudah menjadi lumrah manusia yang sentiasa mempunyai kemahuan yang tidak

    terbatas sedangkan sumber kewangan mereka adalah terhad. Oleh itu, generasi muda perlu

    mengambil langkah yang berkesan untuk mengelak daripada menghadapi masalah ini.

    Pengetahuan pengurusan kewangan (kognitif)

    Tahap pengetahuan kewangan yang baik dapat membantu pengguna membaiki

    kefahaman mereka tentang konsep serta pengurusan kewangan bagi mencapai matlamat, arah

    dan kemahuan mereka dan dalam masa yang sama mengelak daripada risiko masalah

    kewangan (COED, 2005). Menurut pernyataan ini, tahap kognitif iaitu tahap pengetahuan serta

    pemikiran seseorang tentang pengurusan kewangan sangat penting bagi mengurus kehidupan

    yang baik.

    Sepatutnya generasi muda sekarang perlu mengetahui secara mendalam mengenai

    Pendidikan Pengurusan Kewangan dan berfikir bagaimana menguruskan kewangan dengan

    baik agar kewangan mereka boleh digunakan dan dirancang dengan sistematik sekali gus

    mengelakkan daripada masalah kewangan berlaku. Swartz (1989) menyatakan bahawa

    kebolehan berfikir dengan berkesan dalam sesuatu bidang pengkhususan akan terhalang jika

    pengetahuan individu terhad.

    Generasi muda perlulah tahu menguruskan wang mereka dimana mereka perlu

    mengagihkan wang bulanan kepada perbelanjaan am, wang kecemasan, hiburan dan

    simpanan. Menurut (Boone, Kurtz & Hearth, 2003), individu harus mempunyai perancangan

  • 8/7/2019 Langkah Mengatasi Masalah Kewangan

    2/4

    kewangan yang teliti dimana ianya akan melibatkan penentuan matlamat kewangan, jumlah

    pendapatan sedia ada, kategori perbelanjaan dan jumlah peruntukan kewangan individu

    tersebut.

    Mengawal emosi (afektif)

    Kaedah yang tidak kurang pentingnya dalam mengelak daripada permasalahan

    kewangan ialah mengawal emosi iaitu salah satu daripada elemen dalam domain afektif.

    Semasa membuat perbelanjaan ataupun merancang kewangan bulanan atau mingguan kita

    seharusnya dapat mengawal perasaan agar cara ini dapat mengawal kita daripada berbelanja

    berlebihan. Menurut (Hallman, 1997) masalah kewangan akan timbul di kalangan individdu

    yang tidak mempunyai kawalan terhadap kewangan mahupun tidak tahu untuk mengawalkewangan mereka dengan bijak.

    Untuk mempertingkatkan lagi kawalan emosi, generasi muda dinasihati terutama wanita

    yang memang sinomim dengan membeli belah, mereka perlu mencatat dalam bentuk jadual

    mengenai barang yang hendak mereka beli dan mereka dapat berfikir antara barang yang

    penting dengan kurang penting. Hal ini kerana, jika mereka tidak mencatatkan terlebih dahulu

    sebelum membeli sesuatu, mereka akan terikut dengan emosi mereka jika melihat barang yang

    cantik tanpa menghiraukan barang tersebut keparluan atau kehendak.

    Selain itu, pengguanaan kad kredit sebenarnya sangat bersangkut paut dengan emosi.

    Hal ini kerana, sebenarnya jika kita membeli menggunakan kad kredit kita tidak nampak aliran

    wang keluar apabila membelanjakan sesuatu. Oleh itu perasaan risau tidak timbul sehinggalah

    terlebih pengguanaan kad kredit dan masalah hutang ula timbul. Oleh itu, pengguanaan kad

    kredit yang salah dapat memberi kesan buruk pada generasi muda sekarang.

    Simpanan

    Simpanan adalah merujuk kepada sejumlah wang yang diketepikan dengan

    menangguhkan perbelanjaan ke atasnya samaada ia bertujuan untuk wang kecemasan dan

    masa hadapan. Simpanan wang sangat penting dan memberi banyak faedah kepada kita

    semasa dalam keadaan gawat dan amat memerlukannya. Individu perlu mengamalkan stategi

  • 8/7/2019 Langkah Mengatasi Masalah Kewangan

    3/4

    dalam pengurusan kewangan bagi memastikan keadaan kewangan sentiasa stabil iaitu dengan

    mewujudkan simpanan, (Brown, Jeffy & Jay, 2001).

    Sepatutnya simpanan yang perlu dibuat adalah sekurang-kurangnya 10 % daripada

    pendapatan bulanan yang diperolehi. Langkah ini adalah kepada mereka yang telah bekerja.

    Dengan membuat simpanan, secara tidak langsungia memaksa golongan muda lebih

    berdisiplin dan berhati-hati dengan perbelanjaan dan bajet kewangan. Jadual dibawah

    menunjukkan contoh agihan kewangan yang baik dalam sebulan.

    AGIHAN PERATUS

    Kebebasan kewangan 10 %

    Rizab kecemasan 10 %Untuk dinikmati 10 %

    Perbelanjaan 70 %

    Jika golongan muda dapat merancangan kewangan dan bajet mereka seperti dalam

    jadual ini masalah kewangan tidak akan timbul. Bagi pelajar pula, mereka juga perlu membuat

    simpanan daripada sumber kewangan mereka sekurang-kurangnya jika waktu-waktu

    kecemasan mereka boleh menggunakan wang tersebut. Oleh itu, wang simpanan amat penting

    dan kita dinasihati untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada sumber kewangan

    kita.

    Elak dan menghapuskan hutang

    Fanomena sekarang lebih ramai yang sanggup berhutang sekeliling pinggang agar

    mereka dapat memenuhi kehedak mereka seperti kepuasan berhibur, kenderaan yang mewah,

    pakaian yang berjenama dan sentiasa mengikut peredaran masa tanpa menghiraukan kesanburuk terhadap hutang yang mereka tanggung. Tetapi ada juga faktor lain yang menyebabkan

    sesetengan golongan berhutang. Menurut kajian kes Khairulnahar Jamaluddin (2008) terdapat

    tiga sebab utama manusia berhutang.

  • 8/7/2019 Langkah Mengatasi Masalah Kewangan

    4/4

    Untuk membeli atau membayar keperluan hidup, dimana mereka yang tergolong

    daripada golongan yang benar-benar susah akan meminjam untuk tujuab tersebut.

    Untuk memenuhi kamahuan dan gaya hidup, dimana golongan yang meminjam untuk

    membeli barang lain yang bukan keperluan pokok seperti aksesori, perhiasan, perabot

    dan untuk hiburan.

    Untuk tujuan perniagaan dan pelaburan, dimana golongan yang meminjam untuk tujuan

    perniagaan dan pelaburan dengan membeli tanah, rumah dan saham.

    Tetapi malangnya golongan muda yang muflis sekarang, lebih kepada kenyataan

    kedua iaitu berhutang untuk memenuhi kemahuan dan gaya hidup sehingga mereka tidak

    melangsaikan hutang yang terlalu banyak, dimasa yang sama mereka perlu menggunakan duit

    untuk keperluan lain. Hal ini dapat memjejaskan kehidupan mereka dengan kesempitan yang

    dan masalah berhutang. Oleh itu dinasihati agar golongan muda mengelak daripada berhutang

    dan langsaikan hutang yang ada dengan segera agar tidak timbul masalah kewangan di

    kemudian hari sehingga ia dapat menjejaskan kehidupan.