lampiran unit 7 - fotostat

5
CARA MENJAGA KESIHATAN Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Namun begitu, pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang menyebabkan kematian. Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh dan sebaliknya perlulah dianggap serius. Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang mestilah berpandukan kepada piramid makanan. Kita disarankan supaya mengambil lebih banyak sayur- sayuran dan buah-buahan yang berperanan membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada tubuh badan kita. Selain itu, kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan bersenam. Seseorang individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi. Di samping itu,setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Dalam kesibukan menjalani aktiviti harian, keperluan tubuh badan tidak wajar diabaikan. Tubuh badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus berfungsi dengan baik. Akhir sekali,kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak peringkat awal lagi. Kita bertanggungjawab memelihara kesihatan diri agar diri kita sentiasa sihat untuk menjalani kehidupan seharian. KEPENTINGAN MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah menjadikan tubuh badan manusia menjadi sihat. Selain itu,

Upload: syahiirah-hasan

Post on 20-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Page 1: Lampiran Unit 7 - Fotostat

CARA MENJAGA KESIHATAN

Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Namun

begitu, pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang

menyebabkan kematian. Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh

dan sebaliknya perlulah dianggap serius.

Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani

kehidupan yang sihat termasuklah dengan mengamalkan pemakanan

yang seimbang. Pemakanan yang seimbang mestilah berpandukan

kepada piramid makanan. Kita disarankan supaya mengambil lebih

banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang berperanan membekalkan

pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada tubuh badan kita.

Selain itu, kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan

bersenam. Seseorang individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti

bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu dan 20 minit

bagi setiap sesi.

Di samping itu,setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan

rehat yang cukup. Dalam kesibukan menjalani aktiviti harian, keperluan

tubuh badan tidak wajar diabaikan. Tubuh badan kita memerlukan rehat

yang secukupnya untuk terus berfungsi dengan baik.

Akhir sekali,kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak

peringkat awal lagi. Kita bertanggungjawab memelihara kesihatan diri

agar diri kita sentiasa sihat untuk menjalani kehidupan seharian.

KEPENTINGAN MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT

Page 2: Lampiran Unit 7 - Fotostat

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk

keperluan tubuh badan. Kepentingan pemakanan seimbang yang utama

ialah menjadikan tubuh badan manusia menjadi sihat. Selain itu,

pemakanan yang seimbang menjadikan otak seseorang itu menjadi

cerdas. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental

seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu

lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak

mudah untuk jatuh sakit. Pemakanan seimbang turut dikatakan mampu

mengawal kadar obesiti masyarakat dunia.

Kesimpulannya, kita perlu mengambil makanan yang seimbang bagi

mengekalkan tubuh badan yang sihat.

KEPENTINGAN BERSENAM.

Page 3: Lampiran Unit 7 - Fotostat

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan

peluh daripada tubuh badan kita. Faedah bersukan ialah dapat

menyihatkan tubuh badan. Apabila kita bersukan badan akan

mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.

Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan

dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja

tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Bersukan juga merupakan

aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat kerana dapat

menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial. Di samping itu,

dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.

Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif

bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk

menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.

KEPENTINGAN MENJAGA KEBERSIHAN

Menjaga kebersihan merupakan satu amalan yang penting dalam

kehidupan kita. Menjaga kebersihan menyebabkan kita tidak mudah

Page 4: Lampiran Unit 7 - Fotostat

mendapat penyakit dan mengelakkan penyakit merebak kepada orang

lain. Penyakit-penyakit berjangkit dapat dihindari sekiranya alam

persekitaran sentiasa mengekalkan kebersihan.

Menjaga kebersihan juga akan membentuk otak yang cergas dan

badan yang sihat. Selain itu, sekiranya kita menjaga kebersihan, dapatlah

kita menonjolkan imej atau perawakan yang menarik. Imej kita

dipandang tinggi dan bersih dan perkara ini memudahkan kita bergaul

dengan orang ramai.

Kita juga dapat menghindarkan serangan nyamuk, lalat dan

perosak-perosak lain. Oleh itu, kehidupan kita sentiasa akan selesa tanpa

sebarang gangguan. Amalan kebersihan haruslah dilaksanakan setiap

masa supaya terhindar daripada sebarang penyakit.

KEPENTINGAN TIDUR DAN REHAT SECUKUPNYA

Tidur adalah waktu rehat yang paling baik. Tidur yang mencukupi

akan membantu mengekalkan kesihatan seseorang. Setiap orang

digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari. Selain itu, tidur

Page 5: Lampiran Unit 7 - Fotostat

dan rehat yang mencukupi dapat membantu tubuh berfungsi dengan

sempurna.

Tidur nyenyak dan mencukupi dapat memberi kesihatan fizikal yang

baik, memanjangkan umur dan membantu otak menjadi cerdas. Kita juga

dapat mengelakkan diri daripada mendapat penyakit seperti obesiti,

kencing manis, penyakit jantung dan sakit kepala.

Selain itu, kita juga dapat meningkatkan keupayaan belajar kerana

faedah tidur yang utama ialah memulihkan otak serta menyegarkan

tubuh. Kesimpulannya, kekurangan tidur akan menganggu seseorang itu

menjalani kehidupan seharian mereka dengan sempurna.