lampiran c.docx

16
LAMPIRAN C Ikan Hiasan: Memilih Ikan Hiasan Untuk Dipelihara Filed Under (Makanan Ikan , Penjagaan Ikan , Saiz Akuarium , Umum ) by Puyu Sungai on 20-04-2011 Kepada mereka yang baru berjinak-jinak untuk memelihara ikan hiasan, ini adalah sedikit tips untuk memilih ikan yang ingin anda pelihara. Saiz Ikan dan Bekas/Akuarium Ikan yang hendak dipelihara perlulah sesuai dengan bekas/akuarium yang ada/akan digunakan. Maksudnya di sini ialah saiz ikan itu. Habitat ikan Ikan yang hendak dipelihara hendaklah dibeli dari kedai dan bukannya diperolehi dari habitat semulajadi seperti sungai, kolam atau sebagainya. Ikan yang dibeli dari kedai ikan hiasan biasanya lebih jinak daripada ikan yang diperolehi dari habitat semulajadi dan sudah terbiasa dengan air bukan semulajadi. Ikan dari sungai atau kolam pula biasanya mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan air dan suasana yang baru dan jika anda tidak pandai membiasakan ikan tersebut dengan suasana yang baru, kemungkinan besar ia akan mati. Sifat Ikan Sama ada jinak atau liar dan pemangsa atau bukan pemangsa. Perkara ini penting kerana jika anda tidak tahu akan perkara ini adalah agak sukar untuk anda memelihara ikan tersebut. Walaupun ikan yang dibeli di kedai mempunyai diet moden (makan pelet/dedak ikan) tetapi jika sekali-sekala diberi makan makanan segar seperti cengkerik, lama kelamaan ia tidak akan mahu makan makan moden lagi dan ini mungkin akan menyusahkan anda. Menarik dan Mudah Dipelihara Ikan yang dipelihara haruslah sesuai dengan tujuan anda untuk memeliharanya. Tidak semestinya ikan itu cantik asalkan menarik mudah dipelihara dan boleh menenangkan fikiran anda dikira sudah memadai. Tahap KetahananTerhadap Perubahan Kualiti Air dalam Akuarium Ikan jenis ini mudah dipelihara dan tidak banyak karenah akibat perubahan mutu air (tahap kebersihan air). Ada sesetengah ikan tidak tahan dengan air yang kurang bersih yang boleh menyebabkan ikan tersebut sakit atau mati. Tahap Ketahanan Terhadap Tenyakit Perkara ini juga amat penting. Perlu diketahui bahawa ikan yang dipelihara di dalam akuarium bukan sahaja makan tetapi juga mengeluarkan najis di dalam akuarium anda. Kadang- kadang najis ikan ini boleh mendatangkan penyakit kepada ikan. walau bagaimanapun ada ikan INTERNET

Upload: saras-manogaran

Post on 19-Nov-2015

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAMPIRAN C

INTERNET

Ikan Hiasan: Memilih Ikan Hiasan Untuk DipeliharaFiled Under (Makanan Ikan,Penjagaan Ikan,Saiz Akuarium,Umum) by Puyu Sungai on 20-04-2011Kepada mereka yang baru berjinak-jinak untuk memelihara ikan hiasan, ini adalah sedikit tips untuk memilih ikan yang ingin anda pelihara.Saiz Ikan dan Bekas/AkuariumIkan yang hendak dipelihara perlulah sesuai dengan bekas/akuarium yang ada/akan digunakan.Maksudnya di sini ialah saiz ikan itu.Habitat ikanIkan yang hendak dipelihara hendaklah dibeli dari kedai dan bukannya diperolehi dari habitat semulajadi seperti sungai, kolam atau sebagainya. Ikan yang dibeli dari kedai ikan hiasan biasanya lebih jinak daripada ikan yang diperolehi dari habitat semulajadi dan sudah terbiasa dengan air bukan semulajadi. Ikan dari sungai atau kolam pula biasanya mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan air dan suasana yang baru dan jika anda tidak pandai membiasakan ikan tersebut dengan suasana yang baru, kemungkinan besar ia akan mati.Sifat IkanSama ada jinak atau liar dan pemangsa atau bukan pemangsa. Perkara ini penting kerana jika anda tidak tahu akan perkara ini adalah agak sukar untuk anda memelihara ikan tersebut.Walaupun ikan yang dibeli di kedai mempunyai diet moden (makan pelet/dedak ikan) tetapi jika sekali-sekala diberi makan makanan segar seperti cengkerik, lama kelamaan ia tidak akan mahu makan makan moden lagi dan ini mungkin akan menyusahkan anda.Menarik dan Mudah DipeliharaIkan yang dipelihara haruslah sesuai dengan tujuan anda untuk memeliharanya. Tidak semestinya ikan itu cantik asalkan menarik mudah dipelihara dan boleh menenangkan fikiran anda dikira sudah memadai.Tahap KetahananTerhadap Perubahan Kualiti Air dalam AkuariumIkan jenis ini mudah dipelihara dan tidak banyak karenah akibat perubahan mutu air (tahap kebersihan air).Ada sesetengah ikan tidak tahan dengan air yang kurang bersih yang boleh menyebabkan ikan tersebut sakit atau mati.Tahap Ketahanan Terhadap TenyakitPerkara ini juga amat penting. Perlu diketahui bahawa ikan yang dipelihara di dalam akuarium bukan sahaja makan tetapi juga mengeluarkan najis di dalam akuarium anda. Kadang-kadang najis ikan ini boleh mendatangkan penyakit kepada ikan. walau bagaimanapun ada ikan yang tidak terkesan akibat daripada pembuangan najisnya. Oleh itu anda perlulah tahu jenis ikan apa yang paling sesuai untuk anda.Republished byOld Post Promoter

Ikan Hiasan: Langkah-langkah Penyediaan Akuarium Ikan HiasanFiled Under (Akuarium,Hiasan Akuarium,Peralatan Akuarium) by Puyu Sungai on 20-04-2011Setelah anda memilih jenis ikan yang sesuai dan membeli peralatan seperti akuarium dan aksesorinya, beberapa langkah penyediaan akuarium perlu dilakukan sebelum anda boleh memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium. Langkah-langkah ini perlu dilakukan untuk menjamin agar anda berjaya untuk memelihara ikan hiasan buat pertama kalinya.Langkah-langkah Untuk Menyediakan Akuarium Ikan Hiasan1. Bersihkan Dahulu Bekas/Akuarium Ikan HiasanAnda perlulah membersihkan akuarium yang baru dibeli dengan air untuk memastikan habuk atau kotoran yang melekat di dalam akuarium tidak menjadi racun kepada ikan hiasan anda nanti. Paling elok bersihkan dengan air mengalir seperti menggunakan hos paip. Setelah siap dibersihkan, letakkan akuarium di tempat yang anda inginkan.2. Pasangkan Penapis AirSelepas itu anda pasangkan penapis air termasuklah mesinnya sekali mengikut jenis yang anda pilih. Pastikan anda meletakkan kotak penapis air (berspan) di tempat yang sesuai. Jika tidak air akan meleleh keluar daripada akuarium.3. Masukkan Batu Hiasan (jika perlu)Masukkan batu hiasan jika perlu untuk tempat ikan bermain atau berteduh. Batu hiasan ini kadang-kadang membuatkan ikan berasa seolah-olah ia berada di dalam sungai atau habitat semulajadi.4. Masukkan Hiasan Dalam Lain (jika perlu)Anda boleh masukkan hiasan dalaman lain seperti kincir air, rumah tiruan, tumbuhan hiasan dan sebagainya jika perlu. Pastikan hiasan dalam lain ini tidak menyebabkan akuarium ikan hiasan menjadi serabut/penuh dengan hiasan hinggakan ikan tidak kelihatan. Tujuan utama anda ialah memelihara ikan hiasan dan bukannya menghias akuarium.5. Masukkan Aksesori Yang DiperlukanAksesori yang dimaksudkan di sini ialah seperti penapis udara, penyukat suhu (termometer), penyukat ph air dan lampu. Anda hanya perlu pasangkan aksesori ini jika ikan hiasan anda perlukannya dan akan mati jika aksesori ini tidak disediakan. Pastikan anda bertanya kepada penjual ikan hiasan akan keperluan ikan yang ingin anda pelihara.6. Masukkan Air SecukupnyaSelepas itu anda masukkan air secukupnya. Maksud secukupnya di sini ialah jarak antara paras air dengan bahagian atas akuarium (bahagian kaca) ialah lebih kurang 3-4 inci. Jika terlalu penuh ia akan melimpah jika ikan melompat untuk berebut makanan (jika lebih daripada seekor ikan). Jika terlalu cetek atau air terlalu kurang suhu air kadang-kadang menjadi panas jika suhu di luar terlalu panas.7. Masukkan Ceccair Anti Klorin dan Garam Mengikut Sukatan Yang SesuaiPastikan anda masukkan cecair anti klorin dan garam yang cukup mengikut sukatan yang telah ditentukan berdasarkan saiz akuarium anda. Anti klorin yang dijual di pasaran mempunyai sukatan yang berbeza berdasarkan saiz akuarium. Pastikan anda membaca label pada botol anti klorin sebelum memasukkannya ke dalam akuarium. Garam pula hanya perlu dimasukkan sedikit untuk membunuh bakteria yang boleh membahayakan ikan. Garam juga boleh dibeli di kedai ikan hiasan.8. Hidupkan Pam AirSetelah semuanya siap, pasangkan suis pam air ke soket yang berdekatan. Hidupkan pam air dan biarkan antara 1 2 jam. JANGAN masukkan ikan lagi. Selepas itu barulah anda masukkan ikan seekor demi seekor.Ikan Hiasan: Faktor Penyebab Penyakit Ikan HiasanFiled Under (Penjagaan Ikan,Penyakit Ikan) by Puyu Sungai on 22-04-2011Biasanya ikan hiasan yang dipelihara di dalam akuarium mudah dijangkiti oleh penyakit sekiranya kurang pemantauan pemilik ikan ke atas ikan hiasan. Antara faktor biasa dan sering menyebabkan ikan dijangkiti penyakit ialah:

Contoh Ikan Yang Sihat1. Suhu Air Dalam AkuariumSuhu air yang di dalam akuarium yang terlalu sejuk membolehkan parasit ikan hidup dan membiak di dalam akuarium. Parasit ini akan melekat pada sisik (badan) ikan hiasan dan menyebabkan ikan hiasan sakit.2. Air Di Dalam Akuarium Yang Kotor

Contoh akuarium yang kotorAir akuarium yang tidak diganti atau dirawat akan menjadikannya kotor akibat daripada najis dan lebihan makanan ikan. Air yang kotor boleh menjadi racun kepada ikan hiasan. Selain itu air yang kotor dan berkeladak juga akan mengurangkan kadar oksigen di dalam akuarium sekaligus akan menyebabkan ikan lemas atau mati.3. Luka atau Kecederaan Ikan Yang Tidak Dirawat

Contoh ikan yang lukaIkan yang luka atau mengalami kecedaraan akibat proses pemindahan dari akuarium lain juga boleh mengundang penyakit kepada ikan hiasan. Sebaik-baiknya ketika memindahkan ikan terutama ikan yang agak agresif atau besar pemiliknya perlu memasukkan cecair pelali yang boleh didapati di kedai ikan hiasan. Anda juga perlu mendapatkan cara untuk menggunakan ubat pelali ini daripada pemilik kedai ikan hiasan untuk mengelakkan kesilapan yang boleh membunuh ikan hiasan anda.

Ikan Hiasan: Pengurusan Akuarium Ikan HiasanFiled Under (Hiasan Akuarium,Penjagaan Akuarium,Peralatan Akuarium) by Puyu Sungai on 19-04-2011Memelihara ikan hiasan bukan hanya memerlukan kita menjaga makanan dan kesihatan ikan tetapi juga perlu mengurus akuarium ikan itu sendiri. Ini adalah kerana pengurusan akuarium yang baik akan menjadikan ia cantik, menarik dan selamat (tidak beracun) dan sesuai untuk ikan hidup dengan selesa.Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam mengurus bekas/akuarium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :1. Sistem Pengudaraan AkuariumUntuk memastikan peredaran udara yang baik, pam udara diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air. Oksigen yang mencukupi adalah amat perlu terutama kepada ikan-ikan jenis yang kurang tahan seperti ikan emas, arowana (kelisa), guppy dan lain-lain. Manakala untuk ikan-ikan yang tahan seperti ikan kalui, puyu dan tilapia, mereka tidak memerlukan sangat pengudaraan yang baik jadi memadai jika anda hanya memasang penapis air yang boleh berfungsi sebagai pam udara.2. Sistem Penapis Air

Contoh Penapis Air (Top/Atas)Terdapat banyak sistem penapis air yang digunakan. Biasanya pemelihara ikan hiasan yang baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah di dapati di kedai ikan hiasan. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis under gravel filter kerana air lambat menjadi kotor. Walau bagaimanapun ia agak mahal sedikit. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan.3. Perawatan AirAir yang digunakan terutama air dari air paip di negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam (NaCl) bagi membunuh bakteria. Garam dan cecair anti klorin ini boleh dibeli di kedai hiasan. Garam biasa juga boleh digunakan.4. AksesoriAkuariumKebiasaannya pemelihara iakan akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut tidak bertoksik kerana ianyaboleh merbahaya kepada ikan hiasan. Selain itu pastikan juga agar aksesori tadi boleh menjadikan akuarium anda nampak menarik dan bukannya berserabut atau berselerak.5. Meletakkan Batu-batan Di DasarAkuariumPemilihan batu juga perlu diambil kira kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang di jual di pasaran yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Pastikan warna atau cat batu tersebut tidak luntur dan membahayakan ikan anda. Jika boleh cari sahaja batu-batu dari sungai kerana ia dah tentu sekali tidak bertoksik dan percuma.6. Hiasan Lain Dalam Akuarium

Contoh Hiasan Dalam AkuariumReka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa seseorang. Walau apapun pastikan reka bentuk hiasan yang hendak disediakan memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menjadi satu gangguan kepadanya.Republished byOld Post PromoterPost a Comment(0) CommentsRead MoreAprTujuan Memelihara Ikan Hiasan: Hobi atau Sumber PendapatanFiled Under (Umum) by Puyu Sungai on 18-04-2011Memelihara ikan hiasan adalah merupakan satu kegiatan yang sihat. Selain daripada dapat menenangkan fikiran bila melihat liuk lengkoknya dalam aquarium, ia juga boleh memberikan inspirasi kepada sesetengah orang.Umumnya ada dua sebab kenapa orang memelihara ikan hiasan.Sebagai Hobi

Pertama ialah orang yang menjadikannya sebagai hobi atau suka-suka. Golongan ini hanya memelihara ikan hiasan tanpa motif atau tujuan komersial. Mereka seronok melihat telatah ikan-ikan peliharaan mereka di dalam aquarium.Selain itu, hobi memelihara ikan hiasan juga adalah merupakan hobi yang tidak menyusahkan. Hobi ini senang diurus dan tidak memerlukan masa yang banyak. Adalah memadai sekiranya kita sentiasa memastikan keadaan aquarium sentiasa bersih, airnya mencukupi dan sesuai untuk ikan hidup dan ikan sentiasa diberi makan dan dipantau kesihatannya.Berbanding dengan binatang peliharaan lain yang memerlukan kita untuk memandikannya, mendapatkan lesen dan sebagainya.Sebagai Sumber PendapatanAda juga orang yang menjadikan ikan hiasan sebagai sumber pendapatan sama ada sumber pendapatan utama atau sampingan.Permintaan terhadap ikan hiasan terutamanya jenis ikan premium (mahal) sentiasa tinggi dan tidak pernah mencukupi. Kesannya harga ikan hiasan melambung tinggi.Golongan yang menjadikan ikan hiasan sebagai sumber pendapatan utama ini bukan sahaja membiakkan induk ikan dan menjual anak-anak ikan malahan mereka juga menjual aksesori seperti aquarium, penapis air, makanan ikan dan sebagainya sebagai pakej lengkap untuk memulakan hobi memelihara ikan.Bagi mereka yang hanya menjadikan ikan hiasan sebagai sumber pendapatan sampingan pula, mereka sama ada membeli anak-anak ikan dan membesarkannya sebelum menjualnya semula atau membiakkan induk ikan. Golongan ini biasanya tidak akan menjual aksesori untuk memelihara ikan hiasan.Ini adalah serba sedikit yang boleh dikongsi bersama berkaitan dengan tujuan memelihara ikan hiasan.Republished byOld Post PromoterPost a CommentApIkan Hiasan: Maklumat Ringkas Ikan EmasFiled Under (Ikan Emas) by Puyu Sungai on 17-04-2011

Ikan Mas(bahasa Inggeris:Goldfish),Carassius auratus, merupakan salah satuikanterawal yangdibela jinak, dan masih merupakanikan akuariumyang dipelihara. Selain daripada merupakan ahli yang agak kecil kepadafamiliikan kap(yang merangkumiikan kap koisertakap krusian), Ikan Mas ialah versi bela jinak kepada ikan kap kelabu tua/perang yang berasal dariAsia Timur(dibela jinak buat pertama kali diChina)[1]dan yang dibawa masuk keEropahpada akhirabad ke-17. Nama saintifiknyaCarassius auratus.Mutasiyang melahirkan Ikan Mas juga diketahui daripada spesies-spesiessiprinidyang lain, sepertikap biasadantench.Ikan Mas boleh tumbuh sehingga 23 inci (59sentimeter) panjangnya dan 9.9paun(4.5kilogram) beratnya, walaupun saiz ini jarang dicapai; sebenarnya, tidak banyak Ikan Mas yang dapat mencapai sehingga separuh saiz ini. Dalam keadaan-keadaan optimum, Ikan Mas boleh hidup selama 20 tahun lebih (rekod duniaialah 49 tahun), tetapi kebanyakan Ikan Mas yang dipelihara di rumah umumnya hanya hidup selama enam hingga lapan tahun, akibat selalu dipelihara di dalam mangkuk.Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu

Penjagaan Akuarium: Kebersihan AkuariumFiled Under (Akuarium,Penjagaan Akuarium) by Puyu Sungai on 17-04-2011Kebersihan akuarium adalah merupakan satu perkara perlu diberi perhatian oleh pemilik ikan hiasan untuk memastikan tahap kebersihan yang berkekalan selain untuk mengelakkan air daripada menjadi racun atau tercemar dengan bakteria.Antara aspek utama agar akuarium sentiasa bersih ialah jangan memberi makanan yang berlebihan. Adalah memadai untuk memberi makan antara satu atau dua kali sahaja sehari pada kadar yang mencukupi supaya air tidak kotor akibat baki makanan yang gagal dihabiskan ikan selain najis akibat makan berlebihan tadi.Sekiranya ada menggunakan penapis air (water pump) adalah memadai untuk anda membersihkan keseluruhan akuarium sekali dalam 2 minggu. Walau bagaimanapun ia adalah bergantung kepada jenis ikan dan tahap kotoran dalam akuarium. Ini adalah kerana anda hanya perlu membersihkan/menggantikan penapis air sekiranya air dalam akuarium dah mula kotor/keruh.Perlu juga diambil perhatian bahawa sekiranya anda ingin membersihkan dan menggantikan air dalam akuarium, tinggalkan sedikit air (untuk pembersihan biasa) kerana jika tidak ikan akan terkejut dengan perubahan air (air baru) secara mendadak. Ikan mungkin juga akan mati. Jadi sekiranya anda ingin membersih dan menukar air dalam akuarium tanya dulu pengalaman daripada mereka yang dah lama memelihara ikan hiasan. Anda perlu ambil perhatian bahawa cara penjagaan ikan adalah berbeza mengikut spesies masing-masing.Sekiranya anda dapati ada ikan yang tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, ada kecederaan, berubah warna, sisiknya tertanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dengan ikan lain dan diberi rawatan.Anda boleh mendapatkan ubat untuk merawat ikan di kedai-kedai ikan hiasan berhampiran anda. Apa yang penting ialah anda beritahu maklumat yang tepat berkenaan dengan keadaan ikan anda.Kegagalan mengasingkan ikan yang sakit akan menyebabkan penyakit berkenaan berjangkit pada ikan lain. Ini kerana penyakit berkenaan mampu merebak cepat dan boleh menyebabkan keseluruhan air di dalam akuarium akan tercemar dengan bakteria.Jika ada ikan yang mati di dalam akuarium, ia perlu dibuang secepat mungkin untuk mengelakkan daripada berlaku jangkitan.

Ikan Hiasan: Kepentingan Tumbuhan Akuatik Untuk Ikan HiasanFiled Under (Hiasan Akuarium) by Puyu Sungai on 11-04-2011Selain daripada makanan dan peralatan asas akuarium, tumbuhan akuatik penting juga adalah penting untuk diletakkan di dalam akuarium. Ini adalah kerana tumbuhan tersebut;1. Akan menyerap semua bahan toksik hasil dari perkumuhan ikan hiasan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan hiasan. Bahan kumuh dan sisa makanan ikan hiasan tadi biasanya akan mendak di dasar akuarium dan akan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Oleh itu tiada masalah untuk pemelihara ikan hiasan untuk memelihara tumbuhan akuatik ini2. Membekalkan gas oksigen kepada ikan hiasan hasil daripada proses fotosintisis. Untuk tujuan ini, anda mesti pastikan agar akuarium ikan hiasan mendapat cahaya matahari (bukan secara terus/direct).3. Berfungsi sebagai tempat persembunyian dan berlindung bagi ikan -ikan kecil dari serangan musuh ikan-ikan lain sekiranya anda memelihara ikan hiasan yang pelbagai jenis atau saiz.4. Mencantikkan lagi akuarium anda dengan syarat jangan letakkan terlalu banyak tumbuhan akuatik. Jika anda memasukkan terlalu banyak tumbuhan akuatik di dalam akuarium ia akan menjadikan akuarium itu nampak sesak dan berserabut.

Ikan Hiasan: Aksesori Tambahan Akuarium dan FungsinyaFiled Under (Hiasan Akuarium) by Puyu Sungai on 05-04-2011Aksesori tambahan untuk akuarium juga adalah dianggap penting bagi sesetengah pemelihara ikan hiasan. Walau bagaimanapun kadang-kadang aksesori tambahan ini memang perlu bergantung kepada tujuan anda memelihara ikan hiasan dan jenis ikan hiasan yang dipelihara.Antara tujuan aksesori tambahan untuk akuarium ikan hiasan ialah:1. Mencantikkan suasana dalam akuarium.2. Mewujudkan suasana yang harmoni antara ikan hiasan dan keadaan sekelilingnya.3. Mewujudkan suasana yang sesuai untuk ikan berenang dan bermain.4. Mewujudkan suasana yang sesuai untuk ikan bertelur dan membiak.Jenis-jenis Aksesori Tambahan Akuarium1. Lampu

Contoh lampu ikan hiasan pada akuariumLampu digunakan untuk mewujudkan suasana yang lebih terang dan ceria. Walau bagaimanapun kelemahannya ialah apabila terjadi blackout (elektrik terputus) ada beberapa jenis ikan hiasan yang akan berasa resah dan gelisah umpamanya ikan kelisa (arowana). Oleh itu pastikan anda mempunyai backup power untuk memastikan lampu sentiasa menyala terutamanya pada waktu malam.

2. Pasir

Contoh pasir untuk akuariumPasir biasanya digunakan sebagai tapak akuarium. Selain itu ia juga membantu menyaring kotoran dalam akuarium. Sebelum memasukkan pasir pastikan ialah bersih dan bebas daripada sebarang kekotoran. Seelok-eloknya bersihkan dan keringkan pasir sebelum dimasukkan ke dalam akuarium.3. Batu

Contoh batu sungaiBatu biasanya digunakan untuk mencantikkan akuarium. Selain itu ia juga boleh dijadikan tempat lumut membiak yang menjadi sumber makanan kepada beberapa jenis ikan. Anda disyorkan untuk menggunakan batu jenis asli seperti batu sungai atau batu bukit. Batu tiruan yang berwarna-warni adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan warna (cat) yang ada pada batu tersebut boleh luntur dan menjadi racun kepada ikan hiasan.

4. Ikan Pembersih/Ikan Bandaran

Contoh ikan pembersih bersaiz sederhanaIkan pembersih ini dikenali juga sebagai ikan bandaran atau ikan bandaraya kerana sifatnya yang dapat membersihkan akuarium, terutamanya cermin akuarium. Ikan ini memakan sisa-sisa makan dan juga bahan kumuh ikan hiasan. Kebiasaannya akuarium yang mempunyai ikan pembersih ini kelihatan lebih bersih berbanding dengan akuarium ikan hiasan tanpanya walaupun tidak dibersihkan (cermin) selama beberapa minggu.5. Tumbuhan Akuatik

Contoh tumbuhan akuatikTumbuhan akuatik mempunyai banyak kegunaan lain selain daripada untuk mencantikkan akuarium. Antaranya ialah sebagai sumber makanan kepada sesetengah ikan hiasan, sumber utama oksigen, tempat ikan bermain dan berlindung serta boleh menyerap karbon dioksida yang dibebaskan oleh ikan hiasan dalam akuarium.

Ikan Hiasan: Mengenali dan Memilih Makan Ikan HiasanFiled Under (Makanan Ikan) by Puyu Sungai on 03-04-2011Makanan ikan adalah antara perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh pemelihara ikan hiasan. Kesilapan memberi makanan yang kurang sesuai kepada ikan hiasan akan menimbulkan masalah. Setakat ini ada dua jenis makanan ikan hiasan iaitu jenis terapung dan jenis tenggelam.

Contoh Pellet Ikan (dedak)1. Makanan Ikan Jenis TerapungMakanan ikan jenis ini adalah sesuai untuk ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke atas dan pertengahan kepala. Oleh itu anda perlulah memastikan anda membeli makanan ikan yang betul. Perkara ini boleh ditanyakan kepada pemilik kedai ikan hiasan.

Ikan Kelisa (arowana) adalah contoh ikan muncung ke atas2. Makanan Ikan Jenis TenggelamMakanan tenggelam pula adalah sesuai untuk ikan yang mempunyai mulut yang menghala ke bawah.

Ikan Patin adalah contoh ikan yang muncungnya ke bawah

Ikan Hiasan: Bagaimana Mengenalpasti Mutu Air Dalam Akuarium Ikan Hiasan AndaFiled Under (Akuarium,Penjagaan Akuarium) by Puyu Sungai on 29-03-2011Untuk memastikan ikan hiasan sentiasa sihat pemelihara ikan hiasan perlulah memastikan mutu air dalam akuarium sentiasa berada dalam keadaan yang sesuai untuk ikan hidup. Terdapat 3 cara mudah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti sama ada mutu air dalam akuarium ikan hiasan sesuai untuk ikan anda.1. Mengukur pH Air AkuariumPH (pH) air ialah merujuk kepada kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 14. Nilai 1 bermakna paling masam atau berasid (asidik). Nilai 14 pula bermaksud paling alkali. pH air yang paling sesuai untuk akuarium ikan hiasan ialah di antara 6.5 hingga 7.5. Pada kebiasaannya kertas litmus digunakan untuk menentukan nilai pH.Untuk memastikan akuarium ikan hiasan tidak terlalu masam atau berasid (asiditik), nilai pH air perlu dipastikan atau diukur dari semasa ke semasa.2. Menyukat Suhu Air AkuariumPada kebiasaannya ikan dapat hidup dengan baik pada suhu pada 26C hingga 27C. Begitu juga dengan ikan hiasan di dalam akuarium. Suhu yang terlalu tinggi ataupun rendah boleh menyebabkan ikan mati. Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku, ikan hiasan seboleh-bolehnya diletakkan pada suhu bilik. Maksudnya di sini ialah jangan dedahkan akuarium ikan hiasan pada cahaya matahari secara terus (direct sunlight).3. Memantau Bahan Beracun Dalam AkuariumAmmonia dan nitrate biasanya wujud di dalam air akuarium ikan hiasanBahan ini terhasil dari perkumuhan ikan yang dipelihara.Oleh kerana sistem tangki/akuarium adalah sistem yang seimbang, keadaan ini tidak memberikan kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna kepada tumbuhan akuatik di dalam akuarium.Walau bagaimanapun air akuarium yang nampak kotor atau berkeladak dengan najis (perkumuhan) ikan perlulah dirawat atau dibersihkan untuk mengelakkan bahan perkumuhan tadi daripada menjadi racun kepada ikan hiasan.

Ikan Hiasan: Contoh Penyakit Ikan HiasanFiled Under (Penjagaan Ikan,Penyakit Ikan) by Puyu Sungai on 25-03-2011Terdapat pelbagai jenis penyakit ikan hiasan. Walau bagaimanapun dalam artikel ini saya hanya akan menyentuh beberapa contoh penyakit ikan hiasan yang biasa sahaja. Antara penyakit ikan hiasan yang biasa adalah seperti berikut:

1. Penyakit Rintik PutihPenyakit ini dipanggil rintik putih kerana ia berwarna keputih-putihan. Penyakit ini adalah disebabkan oleh parasit yang melekat pada sisik ikan hiasan akibat suhu air yang terlalu sejuk. Penyakit jenis ini boleh dirawat dengan menggunakan larutanmethylene bluedan campuran sedikit garam biasa.

Contoh Penyakit Rintik Putih2. Penyakit KulatKulat yang kelihatan seperti kapas biasanya tumbuh di bahagian sirip, mulut dan pada bahagian badan yang mengandungi luka.Ia boleh dirawat dengan menggunakan larutanmethylene blueyang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan hiasan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.

Contoh penyakit kulat3. Jangkitan BakteriaPemilik ikan hiasan boleh mengetahui penyakit ini dengan melihat warna ikan hiasan. Jika warna ikan hiasan menjadi pudar, sisik mengembang atau perut buncit maka ikan hiasan tersebut terkena jangkitan bakteria. Jangkitan bakteria boleh berlaku disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan tidak sesuai atau ikan hiasan mengalamitekanan.Ia boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik yang boleh didapati di kedai ikan hiasan.

Contoh Jangkitan Bakteria