lakonan si merpati mulut murai

4
MERPATI SI MULUT MURAI. Di sebuah perkampungan haiwan yang terletak jauh di pedalaman hutan belantara, terdapat seekor burung merpati yang sangat dikenali dengan panggilan “ Si Mulut Murai”. Merpati ini suka becakap. Perkampungan ini sangat damai. Tidak pernah didatangi musuh. Babak 1 Ketua Kampung (Beruang) : Sungguh cantik dan damai kampung kita ini. Pen. Ketua Kampung (Koala) : Betul. Kampung kita tidak pernah didatangi oleh musuh. Penduduk Kampung 1 (Arnab) : Ya, tapi kita tidak boleh leka. Kita perlu sentiasa berhati- hati. Penduduk Kampung 2 (Merpati) : Kenapa perlu berhati-hati? Kita ada ketua kampung yang kuat yang boleh menjaga kita semua. Ketua Kampung (Beruang) : Betul cakap kamu itu merpati tetapi itu dahulu. Sekarang saya suda tua. Sudah tidak mampu melawan binatang kuat yang lain seperti harimau dan singa. Penduduk Kampung 2 (Merpati) : Oh, kalau macam begitu, kenapa kita tidak mahu lantik ketua baharu? Yang muda dan kuat? Pen. Ketua Kampung (Koala) : Berhati-Hati dengan percakapan kamu itu sang merpati. Kata-kata kamu itu boleh mengguris hati ketua kita. Walaupun dia sudah tua dan tenaganya berkurang, namun pengalaman dan kebijaksanaannya tetap ada dan masih diperlukan. Penduduk kampung 1 (Arnab) : Betul kata penolong ketua itu merpati. Penduduk kampung 2 (Merpati) : Baiklah. Saya minta maaf. Tetapi pastikan kampung ini selamat. Baik saya pergi berjalan-jalan dahulu. Lalalalalaa [sambil merpati beredar dari sana]

Upload: md-nazrin

Post on 12-Sep-2015

237 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Lakonan Si Merpati Mulut Murai

TRANSCRIPT

  • MERPATI SI MULUT MURAI.

    Di sebuah perkampungan haiwan yang terletak jauh di pedalaman hutan belantara, terdapat

    seekor burung merpati yang sangat dikenali dengan panggilan Si Mulut Murai. Merpati ini suka

    becakap.

    Perkampungan ini sangat damai. Tidak pernah didatangi musuh.

    Babak 1

    Ketua Kampung (Beruang) : Sungguh cantik dan damai kampung kita ini.

    Pen. Ketua Kampung (Koala) : Betul. Kampung kita tidak pernah didatangi oleh musuh.

    Penduduk Kampung 1 (Arnab) : Ya, tapi kita tidak boleh leka. Kita perlu sentiasa berhati-

    hati.

    Penduduk Kampung 2 (Merpati) : Kenapa perlu berhati-hati? Kita ada ketua kampung yang

    kuat yang boleh menjaga kita semua.

    Ketua Kampung (Beruang) : Betul cakap kamu itu merpati tetapi itu dahulu. Sekarang

    saya suda tua. Sudah tidak mampu melawan binatang kuat

    yang lain seperti harimau dan singa.

    Penduduk Kampung 2 (Merpati) : Oh, kalau macam begitu, kenapa kita tidak mahu lantik

    ketua baharu? Yang muda dan kuat?

    Pen. Ketua Kampung (Koala) : Berhati-Hati dengan percakapan kamu itu sang merpati.

    Kata-kata kamu itu boleh mengguris hati ketua kita.

    Walaupun dia sudah tua dan tenaganya berkurang, namun

    pengalaman dan kebijaksanaannya tetap ada dan masih

    diperlukan.

    Penduduk kampung 1 (Arnab) : Betul kata penolong ketua itu merpati.

    Penduduk kampung 2 (Merpati) : Baiklah. Saya minta maaf. Tetapi pastikan kampung ini

    selamat. Baik saya pergi berjalan-jalan dahulu. Lalalalalaa

    [sambil merpati beredar dari sana]

  • Pada suatu hari, sebuah keluarga sedang kelaparan.

    Babak 2 :

    Anak serigala : bapa, mak, saya lapar. Saya mahu makan. Sudah 2 hari kita tidak makan.

    Bapa serigala : bersabarlah anak. Bapa tahu dimana ada banyak makanan.

    Ibu serigala : dimanakah tempat itu abang?

    Bapa serigala : tempat itu tidak ada pengawal. Banyak haiwan yang sihat dan sedap ada

    disana.

    Anak serigala : betul ka bapa? Saya suda tidak sabar. Mari kita pergi.

    Ibu serigala : mari.

    Perbualan keluarga serigala itu didengar oleh sang tupai iaitu penduduk kampung haiwan itu.

    Babak 3

    Penduduk kampung 3 (tupai) : ketua..ketua..tadi saya terdengar perbualan keluarga

    serigala. Mereka hendak menyerang perkampungan kita.

    Ketua kampung (beruang) : kita perlu memikirkan strategi untuk menyelamatkan diri.

    Sang koala, kumpulkan semua penduduk kita sekarang.

    Pen. Ketua kampung (koala) : baiklah ketua.

    Beberapa minit kemudian.

    Pen. Ketua kampung (koala) : saya sudah kumpulkan semua binatang dalam kampung

    kita.

    Ketua kampung (beruang) : bagus. Baiklah para penghuni kampung ini, dalam

    beberapa minit lagi, kampung kita akan diserang oleh

    keluarga serigala. Jadi saya mahu kamu semua

    bersembunyi di tempat yang selamat. Jangan sesekali buat

    bising. Jangan sampai serigala-serigala itu tahu kampung

    ini ada binatang. Jika tidak, rakan kita yang tinggal di darat

    seperti sang rusa, sang kancil, sang arnab, sang kerbau,

    sang kambing akan menjadi mangsa. Ingat itu semua.

  • Semua penduduk kampung : baiklah ketua. [mereka semua mula mencari tempat

    persembunyian]

    Beberapa minit kemudian, keluarga sang serigala sampai ke perkampungan itu.

    Babak 4

    Bapa serigala : eh? Kenapa senyap sangat kampung ini? Ini tidak

    mungkin. Saya tidak percaya mereka semua sudah

    berpindah ke tempat baharu. Kita perlu pergi dari sini

    mencari tempat buruan yang baru.

    Tiba-tiba sang merpati bersuara

    Penduduk kampung 2 (merpati) : pergi kau dari sini serigala! Ini bukan tempat kamu.

    Ini kampung kami.

    Keluarga serigala terkejut dan mula berfikir.

    Ibu serigala : abang, nampaknya mereka belum berpindah. Pasti

    ada di antara mereka bersembunyi di semak samun.

    Mari kita mencarinya..

    Bapa serigala : ya, betul. Hehehe. Mari kita mencarinya. Saya tidak

    sabar untuk memakan mereka.

    Tiba-tiba ketua kampung memberi arahan kepada semua penduduk kampung

    Ketua kampung (beruang) : penduduk semua! Baling serigala-serigala itu

    dengan benda buah. Balinggg!!

  • Semua penduduk kampung itupun melemparkan buah-buahan kepada serigala-serigala itu.

    Serigala-serigala itu kesakitan terutama anak serigala.

    Anak serigala : bapa, ibu badan saya sangat sakit! Aduh..aduh..aduh..

    Ibu serigala : abang, marilah kita beredar dari sini. Kesian anak kita, badannya semua

    lebam.

    Bapa serigala : aduh..sakitnya! baiklah, mari kita beredar dari sini. Mencari tempat

    makanan di ditempat lain. Mariiii.

    Semua penduduk kampung itu pun selamat.

    Babak 5

    Penduduk kampung 1 (arnab) : kenapa kamu buat bising tadi sang merpati? Mereka sudah

    hendak pergi dari sini tetapi oleh kerana kamu buat bising,

    mereka tahu kita masih ada disini. Nyawa kami yang tinggal

    di darat nyaris-nyaris hilang.

    Penduduk kampung 2 (merpati) : saya tidak sedar saya bertindak seperti itu. Saya lupa

    pesanan ketua kita.

    Pen. Ketua kampung (koala) : Sudahlah semua, yang penting kita sudah selamat.

    Ketua kampung (beruang) : betul cakap sang koala. Kamu semua maafkanlah merpati.

    Tetapi kamu merpati, jangan ulangi kesalahan yang sama.

    Kurangkan tabiat suka becakap itu. Kerana perangai yang

    suka bercakap kadnag-kadang membawa padah kepada

    diri kita ataupun kepada rakan kita.

    Sejak dari itu, merpati pun mengubah perangainya yang suka becakap. Dia sangat menyesal.

    Tamat