ladang amalan ramdhan

9
LADANG AMALAN DI BULAN RAMADHAN “Wahai orang-orang yang beriman...Telah di wajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah di wajibkan ke atas umat sebelum kamu, moga-moga kamu bertaqwa.” (al-Baqarah : 183) Sesungguhnya di muliakan bulan ini (Ramadhan) dengan ditutup semua pintu Neraka serta di buka seluas-luasnya pintu Syurga Allah swt. Nabi Muhammad saw telah bersabda : Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.(Riwayat Bukhari dan Muslim) Nabi Muhammad saw telah bersabda : Pada malam pertama bulan Ramadhan di ikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan di bukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru : Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.(Riwayat Al-Tirmizi dan Ibnu Majah) Sebenarnya,dosa yang kita lakukan sepanjang kehidupan kita adalah berpunca daripada Syaitan dan Jiwa kita sendiri. Maka pada bulan Ramadhan, Syaitan yang merupakan ketua dalam menyuruh kepada melakukan maksiat dan kemungkaran ini akan di belenggu / di ikat / di halang daripada mengganggu kita. Maka sepatutnya umat manusia pada bulan ini semakin kurang serta jauh daripada melakukan maksiat serta menyibukkan diri dalam melakukan ketaatan kepada Allah swt.

Upload: mohd-syukur-abdullah

Post on 04-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nota Renungan

TRANSCRIPT

LADANG AMALAN DI BULAN RAMADHAN Wahai orang-orang yang beriman...Telah di wajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah di wajibkan ke atas umat sebelum kamu, moga-moga kamu bertaqwa.(al-Baqarah : 183)

Sesungguhnya di muliakan bulan ini (Ramadhan) dengan ditutup semua pintu Neraka serta di buka seluas-luasnya pintu Syurga Allah swt.

Nabi Muhammad saw telah bersabda : Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi Muhammad saw telah bersabda :Pada malam pertama bulan Ramadhan di ikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan di bukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru : Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.(Riwayat Al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Sebenarnya,dosa yang kita lakukan sepanjang kehidupan kita adalah berpunca daripada Syaitan dan Jiwa kita sendiri. Maka pada bulan Ramadhan, Syaitan yang merupakan ketua dalam menyuruh kepada melakukan maksiat dan kemungkaran ini akan di belenggu / di ikat / di halang daripada mengganggu kita.

Maka sepatutnya umat manusia pada bulan ini semakin kurang serta jauh daripada melakukan maksiat serta menyibukkan diri dalam melakukan ketaatan kepada Allah swt.

Semua manusia mengetahui bahawa barangsiapa yang beribadah(apapun jenis ibadah) pada malam al-Qadr maka ibadahnya itu menjadi lebih baik daripada 1000 bulan. Hal ini termasuk dalam semua jenis Ibadah seperti berzikir, bersedekah, membaca al-Quran dan lain-lain.

Barangsiapa yang di jauhkan oleh Allah swt akan kebaikan pada malam ini (al-Qadr) maka sesungguhnya dia telah di jauhkan oleh Allah swt akan kebaikan yang besar.

Ibnu Taimiyyah rah mengatakan bahawa malam yang paling afdhol adalah 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan. Berbeza bagi pagi yang paling afdhol pula ialah pagi 10 Zulhijjah. Kita sebagai hamba Allah swt hendaklah memperbanyakkan amalan soleh pada bulan ini kerana Nabi Muhammad saw adalah di beritakan memperbanyakkan amalan soleh Baginda saw pada bulan yang mulia ini.

8 LADANG AMALAN PADA BULAN RAMDHAN AL-MUBARAK1. PUASA Nabi Muhammad saw telah bersabda : Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu (Riwayat Imam al-Bukhari)

Imam Ahmad rah. berkata bahawa berniat dalam amalan adalah dengan tidak mengharapkan sesuatu perkara melainkan redho Allah swt.

Niat tempat duduknya di dalam hati maka tidak wajib melafazkan niat untuk beribadah. Lafaz niat ia sunat sahaja.

Sesungguhnya ibadah yang setiap manusia laksanakan hanya akan mampu menggugurkan dosa-dosa kecil sahaja kerana dosa-dosa besar hanya akan terampun /terangkat jika kita bertaubat kepada Allah swt. Bertaubat wajib memenuhi tuntutan taubat. *

*Syarat Taubat 3 perkara : 1)Menyesali dosa tersebut. 2)Meninggalkan dosa tersebut serta merta. 3) Berazam tidak mengulangi lagi dosa tersebut. Allah swt telah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi : Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya (Riwayat Imam al-Bukhari)

Bahkan ibadah puasa juga di gelar sebagai perisai kerana ibadah puasa juga telah dianjurkan oleh Nabi Muhammad saw bagi seorang lelaki/pemuda yang masih belum mampu berkahwin bagi mengawal nafsunya daripada maksiat.

Apabila masuk dalam Bulan Ramadhan ini maka kita di anjurkan supaya tidak bercakap dengan perkataan yang buruk, bertengkar dan kalau ada manusia yang ajak kita bertengkar maka katakan kepada nya sesungguhnya aku berpuasa.

Nabi Muhammad saw telah bersabda :Puasa itu adalah pelindung daripada Neraka. Sekiranya seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking .Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh dengannya, katakanlah : Sesungguhnya aku berpuasa.(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Nabi Muhammad saw telah bersabda : Semua amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya. Puasa adalah pendinding, dan apabila berpuasa seseorang di kalangan kamu, maka janganlah dia bercakap kotor dan janganlah dia menjerit-jerit. Jika seseorang memakinya atau menyerangnya maka hendaklah dia berkata,: Aku adalah seorang yang berpuasa. Demi Tuhan Yang nyawa Muhammad saw di tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi. Untuk orang yang berpuasa 2 kegembiraan yang dia bergembira dengannya: Apabila dia berbuka dia bergembira, dan apabila dia bertemu Tuhannya dia bergembira dengan puasanya. (Riwayat Imam al-Bukhari)

Di katakan kepada mereka (orang yang berpuasa) hendakkah AKU tambah nikmat padamu yakni diberikan putih muka, masuk syurga dan di jauhkan daripada azab neraka. Maka Allah swt membuka tirai maka mereka dapat melihat wajah Allah swt yang merupakan sebesar-besar nikmat di dalam syurga kelak.

Nabi Muhammad saw telah bersabda : Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya (Riwayat Imam al-Bukhari)

2. QIAMAL-LAIL DAN TERAWIH

Nabi Muhammad saw telah bersabda : Barang siapa yang mendirikan malam atas dasar iman dan ihtisab(mengharapkan redha dan ganjaran Allah) maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.(Riwayat Imam Ahmad) Nabi Muhammad saw adalah di beritakan sentiasa mengisi malam beliau dengan amalan Qiam al-Lail dan tidak menambah solat malam beliau lebih dari 11@13 rakaat.

Nabi Muhammad saw telah bersabda : Solat malam itu dua dua maka jika khuatir masuknya waktu (subuh) maka solatlah witir 1 rakaat. Janganlah ada sesetengah daripada kita kerana ingin menyegerakan solat terawih lalu bersembahyang terlalu cepat sehingga meninggalkan tamaninah dalam solat yang mana perbuatan boleh menyebabkan solat menjadi batal ataupun kita solat dalam keadaan tidak khusu kepada Allah swt. Maka sia-sia lah ibadah kita kepada Allah swt.

Antara ulama ada yang menyebutkan bahawa hendaklah kita memanjangkan ruku dan sujud dalam solat supaya solat kita mampu menjemput khusu. Ada sesetengah manusia ahli Ibadah apabila di tanyakan soalan berkaiatan ibadah terawih @ qiam malam maka mana yang lebih mereka suka...??? Jawapan mereka ialah mereka lebih minat solat malam kerana pada solat malam mereka dapat memanjangjan bacaan solat, ruku, dan sujud kepada Allah swt.

Terdapat sebuah hadith yang telah di nukilkan oleh ulama yang menyebut bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda : Barangsiapa yang solat Qiam al-lail dengan Imam sehingga selesai solat di sempurnakana maka dia di beri pahala solat sepanjang malam.

Nabi Muhammad saw telah bersabda : Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan, baginda bangun menghidupkan malamnya (dengan ibadah lebih dari biasa), membangunkan ahli-ahli keluarga baginda (untuk sama mengerjakan ibadah seperti baginda), baginda bersungguh-bersungguh (mengerjakan ibadah) dan baginda mengikat kainnya (*kiasan kepada kesungguhan untuk beribadah atau kiasan kepada meninggalkan isteri untuk menumpukan kepada ibadah).(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Nabi Muhammad saw telah bersabda : Siapa yang hidupkan malam al-Qadr dengan keimanan dan ihtisab(mengharapkan redha dan ganjaran Allah) maka diampunkan dosanya yang lalu.(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim) Para ulama sangat menganjurkan supaya kita memperbanyakkan ibadah di seluruh 10 malam terkahir supaya mendapatkan al-Qadr. 3. SEDEKAH Nabi Muhammad saw telah bersabda : Nabi saw adalah orang yang amat dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan padanya Al-Quran. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan padanya Al-Quran. Rasulullah saw ketika ditemui jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.(Riwayat Imam al-bukhari dan Muslim)

Kata Sayyidina Ibnu Abbas bahawa sungguh Rasulullah saw saat di temui Jibril as Baginda menjadi lebih dermawan daripada angin yang bertiup (sangat dermawan).

4. MEMBERIKAN MAKAN BERBUKA KEPADA ORANG YANG BERPUASA Nabi Muhammad saw telah bersabda : Barangsiapa memberi makan pada orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun dari pahalanya.(Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi)

Maka sebagai persediaan awal bolehlah kita mula menabung sedikit duit kita supaya apabila sampai bulan Ramadhan nanti kita akan dapat menyediakan wang bagi menyediakan makanan bagi orang yang berpuasa. Sangat besar ganjaran menyediakan makanan bagi orang berpuasa untuk berbuka. Allah swt mengganjarkan pahala puasa yang sempurna sedangkan jika merenung kepada keadaan puasa diri sendiri maka sangat sedikit ganjaran yang mungkin boleh kita perolehi. 5. IKTIKAF PADA 10 MALAM TERKAHIR Diriwayatkan bahawa kebiasaan Nabi Muhammad saw adalah beriktikaf pada 10 malam terkahir Ramadhan dan amalan ini diteruskan oleh Isteri Nabi saw selepas daripada kewafatan nabi saw.

Nabi Muhammad saw telah bersabda : Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan, baginda bangun menghidupkan malamnya (dengan ibadah lebih dari biasa), membangunkan ahli-ahli keluarga baginda (untuk sama mengerjakan ibadah seperti baginda), baginda bersungguh-bersungguh (mengerjakan ibadah) dan baginda mengikat kainnya (*kiasan kepada kesungguhan untuk beribadah atau kiasan kepada meninggalkan isteri untuk menumpukan kepada ibadah).(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Dalam satu riwayat yang lain, Saidatina Aisyah r.ha menceritakan:Rasulullah menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain. (Riwayat oleh Imam Muslim) 6. MEMBACA AL-QURAN DAN MEMPERBANYAKKANNYA Sesungguhnya bahawa Nabi Muhammad saw telah di datangi Jibril as setiap hari dalam Bulan Ramadhan untuk mengulangi (bertadarus) al-Quran dengan Baginda Nabi Muhammad saw.

Ulama menjadikan formula khatam al-Quran untuk dihabiskan dalam masa seminggu iaitu : Hari pertama : 3 Surah Hari Kedua : 5 Surah Hari Ketiga : 7 Surah Hari Keempat : 9 Surah Hari Kelima : 11 Surah Hari Keenam : 13 Surah Hari Ketujuh : 15 Surah + Habiskan

Kata Ibnu Abbas : Hendaklah kalian menyelesaikan pembacaan al-Quran dalam masa 7 hari tetapi jangan dalam tempoh 3 hari sahaja jika tidak kalian tidak mampu memahami (bertadabbur dengan isi al-Quran)~Marfu~

Imam Nawawi rah menyatakan : Di Abhawa ada banyak ulama yang akan mengkhatamkan al-Quran kurang 3 hari kerana manusia memiliki keadaan dan martabat yang berbeza.

7. MENUNAIKAN UMRAH Nabi Muhammad saw telah bersabda : Jika Ramadhan tiba, berumrahlah tatkala itu karena umrahdi bulan Ramadhan senilai (ganjaran pahalanya) dengan haji. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Imam Nawawi rah berkata : Yang dimaksud adalah umrah Ramadhan mendapati pahala seperti pahala haji. Namun bukan berarti umrah Ramadhan sama dengan haji secara keseluruhan. Sehingga jika seseorang punya kewajiban haji, lalu ia berumrah di bulan Ramadhan, maka umrah tersebut tidak bisa menggantikan haji tadi.

8. DAKWAH KEPADA ALLAH SWT Dakwah sangatlah di galakkan untuk di perbanyakkan seta di pergiatkan pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Hal ini kerana pada bulan ini syaitan-syaitan di belenggu maka menyebabkan hati manusia menjadi lembut untuk menerima dakwah yang kita sampaikan.

Firman Allah swt :Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri? (al-Fussilat : 33) Dan Allah swt berfirman lagi :Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah* dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.(al-Nahl : 125)

*Hikmah: ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membedakan antara yang hak dengan yang bathil.

2 PERKARA PERSEDIAAN SEBELUM MASUK RAMADHAN1) BERTAUBAT kepada Allah swt atas segala dosa yang pernah di lakukan. Hal ini kerana dosa mempengaruhi amalan seseorang hamba bahkan mengajak menusia serta mempengaruhi mereka kepada maksiat lain serta di jauhkan daripada taufik Allah swt.2) ISTIANAH (memohon pertolongan) dan bertawakkal kepada Allah swt perlu di pupuk dalam diri kita supaya kita memasuki madrasah tarbiyyah Ramadhan dengan dengan amalan sebanyak mungkin. Orang-orang Soleh dahulu mereka berdoa 6 bulan sebelum Bulan Ramadhan tiba supaya di sampaikan dan di beri kekuatan dan taufik untuk mengisi bulan ini dengan sebaik mungkin.

2 PERKARA SEMASA MENJALANI RAMADHAN1) Hendaklah kita para ahli ibadah menjadikan seluruh amalan yang telah kita laksanakan hanya IKHLAS kerana Allah swt.2) Amalan yang kita laksanakan haruslah ia MUTABAAH (ikut cara Nabi saw). Oleh itu, para ahli Ibadah hendaklah mempersiapkan diri lebih awal dalam menyambut bulan yang mulia ini.

2 PERKARA SEMASA KELUAR RAMADHAN1) Hendaklah kita MEMPERBANYAKKAN ISTIGFAR kepada Allah swt. Mungkin sepanjang Bulan Ramadhan kita tidak dapat mengisi dengan baik. Bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan supaya kita melazimi Istigfar setiap kali selesai sesuatu amalan di laksanakan.2) Hendaklah kita jangan lupa BERDOA SUPAYA ALLAH SWT MENERIMA SEGALA AMALAN kita serta mempunyai perbezaan amalan kita dengan orang lain. Sayyidina Ali kar berkata bahawa Allah swt hanya mnerima amalan orang yang bertaqwa.