kys pdf

Upload: kelabk

Post on 04-Apr-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 KYS pdf

    1/112

    Syania Shaa

    1

    AKU terima nikah Kaseh Nur

    Dannia Danisha binti Razi

    dengan mas kahwin lapan

    puluh ringgit tunai.

    Mendengar laaz nikah yang lahir daripada mulut

    pemuda itu, serentak air mata menitis di pipi mulusnya. Bagi

    tetamu yang melihat dirinya, pasti mengatakan air mata itu

    menandakan hari kegembiraan bagi si gadis yang bakal

    menapak ke alam baharu. Namun baginya, ia merupakan

    sebuah kesedihan yang tidak mampu diungkapkan.Siapa mahukan pernikahan yang diatur oleh pihak

    keluarga? Hancur semua angan-angannya yang menginginkan

    pernikahan yang gilang-gemilang bersama lelaki yang

    dicintainya. Semuanya kini tinggal harapan. Kini gelarannya

    bukan lagi bujang dan gadis sunti yang bebas ke mana-mana,

    tetapi seorang isteri yang hanya mampu patuh pada perintah

    suami. Dirinya terpaksa dan separuh rela memperhambakandiri buat seorang lelaki bergelar suami. Pemuda itu tidak

    pernah dikenali, entah dari mana ibu dan abahnya mengenali

    Bab1

  • 7/30/2019 KYS pdf

    2/112

    Kasihku Yang Satu

    2

    pemuda itu. Sebelum ini, ibu dan abah tidak pernah pula

    bercerita tentang latar belakang pemuda itu.

    Nia, ibu gembira sangat hari ni. Terima kasih,

    sayang. Terima kasih kerana memenuhi permintaan ibu. Ibu

    sayang Nia. Puan Diana memeluk erat anak perempuan

    tunggalnya. Sebuah kecupan dihadiahkan di pipi mulus

    Dannia.

    Dannia hanya tersenyum hambar, sekadar

    membalas dalam keterpaksaan. Hatinya merintih pilu tidakmerelakan perkahwinan ini. Jika tidak mengenangkan kasih

    dan sayangnya kepada abah dan ibu, telah lama dia melarikan

    diri. Memikirkan maruah keluarganyalah, Dannia nekad

    dengan keputusan untuk mengahwini lelaki yang tidak

    pernah dikenali asal usulnya itu. Kini hidupnya bergantung

    kepada lelaki itu, diserahkan hidupnya kepada lelaki itu.

    Abangnya yang tengah hanya mampu memandang sayu

    pernikahan yang langsung tidak direstuinya.

    Di sisinya, Hanna hanya mampu memandang. Tidak

    pernah disangka sahabatnya ini sudah menjadi isteri orang.

    Tidak terduga olehnya sahabat yang paling disayangi

    berkahwin dalam usia yang begitu muda. Padahal dahulu

    bukan main lagi berikrar dan berjanji mahu berkahwinapabila masing-masing sudah berjaya dalam pelajaran dan

    juga berkerjaya. Nampaknya itu semua hanya janji yang

    terpaksa dimungkiri. Benarlah, kita hanya mampu merancang

    dan Dia yang menentukan segalanya. Mereka akur dengan

    ketentuan Ilahi.

    Senyumlah sikit, Nia. Kau ni masam mencuka aje

    muka tu. Tengok dah tak cantik, tegur Hanna setelah Puan

    Diana keluar dari bilik berhias indah itu dengan gabungan

    warna merah hati dan putih. Sengaja dia mengusik Dannia,

    ingin menceriakan suasana apabila melihatkan muka

  • 7/30/2019 KYS pdf

    3/112

    Syania Shaa

    3

    sahabatnya yang keruh mengalahkan makan asam. Hilang

    serinya nanti.

    Hanna tahu hati Dannia sedih dan tidak tenang.

    Yalah, siapa mahukan perkahwinan yang diatur oleh pihak

    keluarga. Begitu juga dengan dirinya. Mahu meraung sepuluh

    hari sepuluh malam jika itu yang terkena pada batang

    hidungnya. Mujurlah keluarganya jenis yang aham dan

    berkiran terbuka.

    Macam mana aku nak senyum, Hanna? Aku takrela dengan semua ni. Aku tak bersedia langsung dengan

    semua ni. Sebak hatinya dengan apa yang telah pun terjadi.

    Dia kini tidak mampu berpaling ke belakang lagi. Dirinya

    sudah terikat dengan ikatan perkahwinan. Setitis air mata

    menitik jua ke pipinya. Terlalu sedih dengan kehidupan yang

    bakal mendatang. Ingin sahaja dia meraung ketika ini,

    namun apa dayanya. Dia harus membalas jasa Puan Diana

    dan Encik Zamani yang telah bersusah payah

    membesarkannya. Dia terpaksa akur kerana mereka berdua,

    dia kini mempunyai keluarga.

    Sepatutnya dia bersyukur kerana mempunyai

    sebuah keluarga yang begitu menyayanginya, tetapi kali ini

    dia benar-benar tidak bersetuju dengan keputusan PuanDiana dan Encik Zamani. Dia benar-benar merasakan

    keputusan untuk mengahwini lelaki yang langsung tidak

    dikenali adalah satu tindakan yang kejam.

    Teringatkan suami yang baru dinikahi, hatinya

    menjadi ragu-ragu. Benarkah keputusannya ini? Masih

    terngiang-ngiang kemarahan lelaki itu sebelum majlis

    pernikahan mereka. Pergaduhan kecil yang hanya diketahui

    oleh mereka berdua sahaja. Dia langsung tidak mengerti

    dengan aturan pernikahan mereka berdua. Dia dapat rasakan

    lelaki itu juga terpaksa mengahwininya. Jelas di telinganya

  • 7/30/2019 KYS pdf

    4/112

    Kasihku Yang Satu

    4

    amarah lelaki yang dikenali sebagai Daniel Harith Dato

    Iskandar. Tidak pernah disangka dia bakal bergelar isteri

    kepada anak Dato itu dan kini bergelar menantu anak orang

    berada. Gerun sungguh dengan gelaran itu.

    Walaupun dia tidak yakin dengan aturan

    keluarganya yang menyuruh dia menerima lamaran daripada

    keluarga Dato Iskandar, dia tidak mampu membantah.

    Apatah lagi apabila mendapat tahu isteri Dato Iskandar ialah

    rakan baik ibunya. Beria-ia benar mereka berdua merancangtanpa merujuk pada empunya diri setelah dirinya berjaya

    dipujuk.

    Sabarlah Nia, mungkin dah jodoh kau dengan dia.

    Lagipun mak dan abah kau nak yang terbaik untuk anaknya

    ni. Jangan sedih ya, aku selalu di sisi kau. Kau tahu, kan

    sesebuah perkahwinan akan lebih bahagia jika mendapat

    restu daripada kedua-dua belah pihak? Hanna menasihati

    Dannia yang masih bersedih. Digosok belakang Dannia, cuba

    meredakan kesedihan sahabat baiknya itu sebelum dia

    memeluk erat tubuh Dannia.

    Kau tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Aku

    dapat rasakan benda yang tak elok berlaku. Hati aku tak

    tenang dengan perkahwinan ni. Aku takut, Hanna... ucapnyadengan nada penuh bimbang. Entah kenapa dia menjadi

    takut untuk menghadapi alam rumah tangga bersama lelaki

    itu. Mereka berdua tidak pernah kenal antara satu sama lain,

    apatah lagi mencintai satu sama lain. Sungguh, dia tidak

    yakin dengan itu semua.

    Sabarlah Nia, aku yakin kau dapat tempuhinya.

    Kau mesti tabah untuk menghadapi semua ni. Jangan lupa,

    aku sentiasa sokong. Dan aku harap jugak dia dapat

    membahagiakan kau. Aku akan selalu doakan kau bahagia

    dan mendapat yang terbaik... ujarnya lagi dengan senyuman

  • 7/30/2019 KYS pdf

    5/112

    Syania Shaa

    5

    yang dimaniskan. Dia tidak mahu memperlihatkan

    kesayuannya kepada gadis ini. Pada hari bahagia sahabatnya

    ini, dia mahu turut sama meraikan penyatuan dua hati.

    Semoga dia bahagia, Ya Allah.

    Thanks Hanna. Aku tak tahu pada siapa lagi aku

    nak mengadu. Air mata di pipi diseka perlahan. Dia sungguh

    bertuah sekurang-kurangnya dia mempunyai seorang sahabat

    yang selalu menyokong dan menjadi tempat dia meluahkan

    perasaannya. Hanna selalu berada di sampingnya ketika susahdan senang.

    Syyy... kau ni. Dah la tu menangis,kang tak pasal-

    pasal aku pulak yang meraung kat sini. Dah, cengeng la

    pengantin ni. Habis comotmakeup kat muka kau.Meh sini

    aku touch upkan sikit, ujar Hanna menceriakan suasana

    muram di dalam bilik yang semakin menghimpit

    perasaannya, lalu diambil bedak di atas meja solek milik

    Dannia untuk disapukan ke muka sahabatnya dengan berhati-

    hati. Risau juga jika wajah cantik itu semakin comot dengan

    warna lain yang terpalit.

    Siapa yang cengeng? Kaulah.... Sempat Dannia

    membalas sebelum dia menepuk kuat bahu Hanna.

    Mengaduh kawan baiknya apabila tangannya singgah di bahu.Berkerut muka Hanna menahan pedih. Berbisa

    sungguh penangan Dannia.

    Adui, sakitlah! Ganas betul kau ni, eh? Macam

    mana la agaknya suami kau nanti. Hari-hari dia kena buli

    gamaknya. Malam nanti jangan ganas-ganas tau...! Hanna

    berseloroh nakal, sengaja mahu mengenakan Dannia. Bila

    lagi kan, mahu mengusik.... Jahat. Selepas ini pasti rumah

    sewanya sunyi. Tiada lagi gelak ketawa Dannia memenuhi

    ruangan rumah teres itu.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    6/112

    Kasihku Yang Satu

    6

    Pap! Bantal di atas katil sempat dibaling kepada

    Hanna dan tepat terkena muka dan rambutnya yang didandan

    rapi. Tidak sempat mahu mengelak, langsung tidak

    menjangka tangan Dannia mampu menggapai bantal yang

    agak jauh dari gadis itu. Ingatkan lepaslah dia daripada

    menjadi mangsa bantal seperti selalu.

    Kau ni... habis dah rosak rambut aku. Dah tak

    cantik. Hampir dia menjerit apabila rambutnya terjuntai dan

    tidak sekemas tadi. Panjang muncungnya tanda protes sambiltangannya memperbetulkan rambutnya. Disikat kembali

    rambutnya yang sedikit rosak dengan jemarinya. Wajah

    Hanna masam mencuka. Kalau tahu Dannia akan membuat

    serangan, pasti dia tidak akan bermulut celopar. Isy... geram

    sungguh!

    Padan muka. Otak kuning! Dannia tergelak lucu.

    Hanya untuk sementara Hanna merajuk, dia kembali

    menguntum senyuman apabila mendengar gelak Dannia.

    Gelak mereka berdua bergabung di ruang bilik.

    Sedikit sebanyak menghilangkan rasa sedih yang bertamu di

    hati Dannia.

    Nia, dah sedia sayang? Pengantin lelaki dah nak

    masuk. Puan Diana yang tiba-tiba muncul di ruangan itubersuara.

    Serta-merta wajah Dannia yang tadinya ceria

    bertukar pucat tidak berdarah. Ada debar bertandang di

    hatinya. Dia kembali muram, takut akan penerimaan lelaki

    yang sudah bergelar suaminya itu.

    Hanna tergelak kecil melihat muka Dannia yangsedikit pucat. Tahu pun takut!

    Beberapa ketika, bunyi derap langkah seseorang

    yang memasuki bilik itu kedengaran semakin kuat. Dan

  • 7/30/2019 KYS pdf

    7/112

    Syania Shaa

    7

    semakin kuat pula debaran di dadanya. Pemuda tersebut

    menghampirinya, membuatkan Dannia semakin

    menundukkan mukanya sehingga hampir mencecah dada.

    Sungguh dia tidak bersedia dengan ini semua.

    Hanna sudah melopong. Tidak menyangka suami

    Dannia begitu sempurna di matanya. Dia di situ sudah

    terpegun, apatah lagi jika gadis lain yang memandang. Pasti

    cair... desis hatinya. Untuk pertama kali dia merasakan Dannia

    sungguh bertuah memiliki lelaki itu. Padan sungguh Danniadengan lelaki berbaju Melayu sedondon dengan sahabatnya

    itu. Sama cantik sama padan. Bagai pinang dibelah dua. Laju

    tangannya mencapai kamera yang dibawa untuk mengambil

    gambar.

    Wah! Handsomenya suami kau, Dannia.... Desis

    hatinya lagi apabila lelaki itu menghampiri Dannia.

    Sasa...! Bertuahnya kau, Dannia. Dapat lelaki

    handsome, anak orang kaya pulak tu. Pangkat Dato lagi,

    bisiknya ke telinga Dannia.

    Dannia sempat menjeling geram kepada Hanna.

    Pantang nampak lelaki kacak mulalah berbakul-bakul pujian

    yang diberikan. Entah apa-apa sahabatnya yang seorang ini.

    Dannia pantas menundukkan kepala kembali apabila melihatkelibat suaminya kian menghampiri sebelum berdiri

    berhadapan dengannya. Lelaki itu kemudiannya melutut di

    hadapan Dannia yang duduk di birai katil.

    Beberapa saat dia tidak berkutik di situ,

    mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

    Sudahnya tangannya ditarik sedikit kasar. Walaupun pada

    pandangan orang ramai tarikan itu hanya biasa sahaja, tetapi

    dia rasakan seperti rentapan sebelum sempat Dannia

    menghulurkan tangannya.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    8/112

    Kasihku Yang Satu

    8

    Wah, main kasar nampak! Dia menggumam dalam

    hati. Sungguh, dia tersentak amat dengan perlakuan pemuda

    itu. Usikan saudara-maranya langsung dibiarkan dek ditelan

    rasa takut dan gementar.

    Sewaktu upacara menyarung cincin, pemuda

    tersebut langsung tidak memberikan senyuman sedikit pun

    kepada Dannia. Gementar barangkali, itulah yang cuba

    dikirkan walaupun hatinya kuat menidakkan kenyataan itu.

    Wajahnya yang kelat menambahkan lagi rasa cuak di hatiDannia. Pemuda itu menghulurkan tangan dan pantas

    menarik tangannya kembali sebelum sempat Dannia mencium

    rapat tangan itu. Dannia mula berasa tidak enak. Terasa darah

    merah menyerbu ke muka. Malu dengan perlakuan pemuda

    yang telah menjadi suami bukan pilihan yang kurang sopan

    itu. Kemudian dahinya hanya dikucup secepat kilat.

    Wajah lelaki itu usah dicakap, masam mencuka.

    Langsung tidak menjaga maruahnya yang telah bergelar

    isteri. Kemudian lelaki itu pantas menapak keluar dari bilik

    meninggalkannya setelah cincin disarungkan ke jari

    manisnya. Dia ditinggalkan bersama dua tiga orang penghuni

    yang lain. Mujurlah tidak ramai yang menyaksikan upacara

    yang berlangsung di bilik kecil miliknya. Namun, dia cukupmalu dengan situasi itu. Bimbang apa pula kata ibu

    saudaranya nanti.

    Kini tinggallah empat orang termasuk dirinya di

    situ. Ibunya juga telah keluar untuk menguruskan keadaan

    di luar dan meninggalkan dia bersama dua wajah yang baru

    pertama kali dilihatnya. Dannia meneka sendiri dua manusia

    di hadapannya. Adik ipar dan ibu mentuanya, itulah yangberada di kirannya. Gadis di sebelah Hanna tersenyum

    gembira. Girang hatinya melihat sang abang telah menjadi

    suami orang. Girang kerana mempunyai kakak yang akan

  • 7/30/2019 KYS pdf

    9/112

    Syania Shaa

    9

    berkongsi suka dan duka hidupnya, dan akan berkongsi

    masalah serta tempat mengadu.

    Wah, gembira sakan budak ni, kalah pengantin!

    Desis hatinya. Dannia hanya tersenyum hambar. Melihatkan

    senyuman manis yang terukir di bibir gadis itu

    mengurangkan sedikit rasa bimbang di hatinya. Atau apa

    mungkin gadis ini hanya berlakon di hadapan semua?

    Mungkin gadis ini turut sama tidak rela dirinya yang serba

    kekurangan menjadi ahli keluarganya.Akak, welcome toouramily. Nice tomeetyou.

    ImIman. Adik Abang Harith. Hari tu tak sempat jumpa,

    kan? Iman mengucup tangan dan kedua-dua pipi Dannia.

    Gembira kerana mempunyai kakak ipar yang begitu cantik.

    Dannia sedikit tersentak dengan perlakuan terlebih

    mesra yang ditunjukkan oleh gadis manis yang dikenalisebagai Imana.k.a adik Harith. Dannia tersenyum membalas

    senyuman Iman. Yelah, orang berbudi kita berbahasa la, kan?

    You looksobeutiul. Macam Barbie dollpun ada.

    Cantik, bisiknya namun masih didengari oleh mereka yang

    berada di bilik itu.

    Bertuah sungguh abang dapat isteri yang cantik.

    Macam model, kan ma? tambahnya lagi.

    Pujian itu membuatkan dirinya terasa segan, apatah

    lagi di hadapan ibu mentuanya.

    Haah, menantu mama memang cantik... sampuk

    Datin Rosmaria di sisi anak gadisnya. Kemudian wanita itu

    tersenyum mesra sambil memeluk erat tubuh Dannia yang

    kecil itu. Kemudian pipi Dannia menjadi mangsa kecupanDatin Rosmaria.

    Terima kasih kerana sudi menjadi menantu mama.

    Thanks, sayang. Datin Rosmaria sempat mengucup dahinya

  • 7/30/2019 KYS pdf

    10/112

    Kasihku Yang Satu

    10

    sebelum melangkah keluar meninggalkan Dannia dan

    Hanna.

    Wah, kau Nia! Seronoklah ye? Dapat suami

    handsome nak mampus. Ala-ala model gitu. Mak mentua dan

    adik ipar kau pun baik je. Sayang benar kat kau ni.

    Bertuahlah badan. Hanna menggiat sakan.

    Sedikit sebanyak dia berasa senang hati melihat

    emak mentua Dannia yang tidak sombong, malah melayan

    Dannia dengan mesra walaupun kedudukan wanita separuhabad itu lebih tinggi daripada mereka sekeluarga. Ya, pangkat

    yang membezakan sesama manusia, meskipun semua

    manusia sama taranya di sisi Allah.

    Dannia tidak ambil pusing dengan pujian Hanna,

    sebaliknya dia mengeluh perlahan. Namun, riaknya yang

    suram tidak langsung mencacatkan wajahnya yang ayu.Wajahnya yang cantik dan berseri dikenakan solekan nipis itu

    bertambah menawan. Badannya yang ramping dan sedikit

    tinggi walaupun hanya separas bahu dengan Harith, disaluti

    kebaya moden putih satin yang bermanik, menyerlahkan lagi

    kecantikan ciptaan Allah.

    Namun, kecantikan itu tidak langsung dipandang

    oleh suaminya. Bagi lelaki itu, dirinya tidak mungkin dantidak setanding dengan lelaki berpangkat dan berharta itu.

    Lihat sahaja sebentar tadi ketika upacara menyarung cincin,

    lelaki itu seperti endah tak endah sahaja.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    11/112

    Syania Shaa

    11

    DANNIA melepaskan penatnya

    sebentar di bawah kanopi

    yang didirikan berhampiran

    rumahnya, melepaskan penat lelahnya bergelar raja sehari.

    Harith... dia tidak tahu ke mana lelaki itu menghilang. Sejak

    tadi mereka langsung tidak berdiri dekat antara satu sama

    lain. Lelaki itu mengelak daripada berada dekat dengannya.

    Macamlah dia ini kotor sangat. Tengok sahaja waktu upacara

    persandingan yang diadakan tadi, lelaki itu sedaya upaya

    mengelak daripada berada rapat dengan Dannia.

    Ah, aku pun tak heran la! Hanya itu yang mampu

    diluahkan. Itu pun sekadar berkata dalam hati. Walaupun

    perkahwinan mereka sederhana, kemeriahan tetap terasa

    dengan kehadiran para tetamu yang ramai.

    Pada awalnya, Datin Rosmaria ingin menempah

    katering, namun ibunya menolak baik kerana menginginkan

    suasana yang lebih meriah dengan kehadiran jiran tetanggayang datang untuk menolong mereka memasak. Malah sudah

    lama mereka tidak bergotong-royong begini, kembali

    mengeratkan tali persaudaraan. Bila lagi mereka sekeluarga

    Bab2

  • 7/30/2019 KYS pdf

    12/112

    Kasihku Yang Satu

    12

    mahu merasai suasana bergotong-royong begini

    memandangkan anak gadis tunggal dalam keluarga ini sudah

    melangsungkan perkahwinan. Selain Dannia, dia tidak

    mempunyai anak perempuan yang lain.

    Di suatu sudut, di bawah pohon yang rendang

    terdapat beberapa orang lelaki sedang rancak berbual dengan

    Harith. Agaknya kawan-kawan Harith. Lelaki itu langsung

    tidak menghiraukannya, jauh sekali mahu

    memperkenalkannya kepada rakan-rakan lelakinya yanghadir. Nampak sangat lelaki itu langsung tidak suka akan

    perkahwinan mereka ini. Cukup hanya dengan melihat riak

    wajahnya yang masam mencuka, menggambarkan lelaki itu

    tidak rela.

    Dannia mengeluh lagi. Lelaki itu langsung tiada

    adab sopan, sepatutnya kenalah melayan tetamu yang hadir.

    Ini dia dibiarkan sendirian melayan tetamu. Jika ada tetamu

    yang bertanyakan tentang suaminya, terpaksalah dia

    berbohong mengatakan suaminya sibuk melayan tetamu lain.

    Entah berapa banyak dosa yang telah dilakukan hari ini dalam

    sedarnya. Lelaki itu seperti sengaja mahu mengenakannya.

    Dannia hanya mampu bersabar dengan kerenah Harith. Ya,

    dia harus memupuk sebanyak-banyak kesabaran dalammendepani lelaki yang telah bergelar suaminya itu.

    Rith, mana wie kau? Izzat tersenyum nakal

    melihat wajah tegang Harith. Bukannya dia tidak tahu rakan

    baiknya dipaksa kahwin demi pangkat dan harta. Buktinya

    lelaki itu langsung tidak menjemput rakan-rakan mereka

    yang lain, malah stanya sendiri tidak langsung diundang.

    Hanya beberapa orang teman rapat sahaja yang diundang.Apatah lagi mahu mengadakan resepsi persandingan di Pulau

    Pinang. Itu adalah syarat yang dikenakan oleh Harith kepada

    Dato Iskandar. Kasihan gadis-gadis di syarikat Harith,

  • 7/30/2019 KYS pdf

    13/112

    Syania Shaa

    13

    disangka bujang rupanya sudah beristeri. Pasti semuanya

    akan menggigit jari apabila mengetahui lelaki yang dipuja

    rupanya sudah berpunya.

    Dia sendiri terperanjat dengan berita perkahwinan

    itu. Angin tak ada, ribut tak ada... Harith meneleon untuk

    menjemputnya menghadiri majlis perkahwinan lelaki itu.

    Disangka Harith sekadar bergurau, tetapi apabila dihulurkan

    kad yang cantik bersampul barulah dia percaya. Tidak

    menyangka zaman moden ini masih ada lagi perkahwinanyang diatur oleh pihak keluarga. Simpang malaikat empat

    puluh empat, minta dijauhkan semua ini daripada menimpa

    dirinya. Huh, tak rela!

    Entah, mana aku tahu. Malas aku nak ambil tahu

    pasal perempuan kampung tu. Harith merengus geram.

    Semua temannya datang mahu melihat gadis yang telah

    menjadi isterinya. Entah apa yang istimewa dengan

    perempuan kampung itu.

    Ala kau ni, bila dah kahwin kenalah sepakat,

    jangan sorang ke hulu, sorang ke hilir. Izzat menggelengkan

    kepala. Entah perempuan macam mana yang mampu

    menundukkan sikap liar Harith. Jika mahu dilihat pada gadis

    yang telah terikat dengan lelaki itu, tidak kurang hebatnya.Berpelajaran, cantik, menawan, ayu dan semua memenuhi

    cita rasa untuk dibuat isteri. Yang kurang cumalah harta dan

    pangkat sahaja yang tidak setara. Baginya gadis yang

    bernama Dannia itu cukup cantik. Dirinya juga terpesona

    dengan kecantikan yang dimiliki oleh gadis itu.

    Itu memang niat aku, tak payah nak sepakat. Kalau

    nak sepakat pun tunggu depanamilykitorangje. Perempuan

    tak sedar diri tu patut tahu kedudukan dia. Tak layak

    langsung dengan aku. Entah macam mana papa aku tu boleh

    jumpa dan kutippompuan tu. Suaranya kedengaran sedikit

  • 7/30/2019 KYS pdf

    14/112

    Kasihku Yang Satu

    14

    bergetar menahan marah. Sungguh tertekan dengan

    keputusan papa dan mamanya.

    Harith geram mengingatkan itu semua. Bukannya

    dia mahu sangat menikahi Dannia. Demi harta, dia sanggup

    bergadai apa sahaja. Tidak sanggup dirinya merempat dan

    bersusah payah. Selama ini dirinya dilimpahi kemewahan

    wang ringgit dan harta. Tidak mungkin dia akan melepaskan

    itu semua. Hanya dengan mengahwini gadis itu, dia dapat

    mengukuhkan kedudukannya sekarang. Tambahan pula janjipapanya yang akan mewariskan syarikat itu kepadanya kelak.

    Apa yang penting sekarang ini adalah untuk mendapatkan

    harta yang bakal jatuh ke tangannya, soal gadis itu kemudian

    sahaja akan diuruskan. Dalam kepalanya kini sudah tersusun

    pelbagai rancangan untuk mengenakan gadis itu. Tengok

    sahaja, akan dikenakan gadis itu secukupnya.

    Relaks la Rith... dengar kat budak tu nanti, kecil

    hati pulak. Izzat yang mendengar cuma tersenyum.

    Menggeleng lagi. Perangai Harith seperti kanak-kanak.

    Langsung tidak bersyukur dengan apa yang dianugerahkan

    kepadanya. Mujur jugalah tinggal dia seorang di situ

    menemani Harith.

    Memang aku nak bagi dia dengar pun, baru puashati aku. Baru la sedar diri sikit. Ada hati nak berdamping

    dengan aku. Harith menggumam dengan penuh perasaan.

    Sakit hatinya tidak tertanggung. Tergambar di wajah akan

    segala kebenciannya terhadap gadis itu.

    Perempuan tu kalau nak dibandingkan dengan

    Suzanne bagai langit dengan bumi. Suzanne cantik, seksi,

    bergaya up-to-date dan pandai bersosial. Amat sesuai dengan

    dirinya yang kaki sosial, bukan macam Dannia. Huh, sakit

    matanya melihat perwatakan Dannia yang sederhana dan

    ketinggalan zaman. Dasar perempuan kampung... kutuknya

  • 7/30/2019 KYS pdf

    15/112

    Syania Shaa

    15

    lagi untuk kesekian kalinya. Jika dikumpulkan sumpah

    seranahnya kepada si isteri, mahu sudah penuh beberapa

    kontena. Terkejut sungguh apabila pertama kali dia melihat

    Dannia yang hanya berbaju kurung lusuh, itu pun melalui

    gambar. Sungguh kekampungan!

    Kau ni, dah la tu. Aku tengok dia tu okey je

    walaupun kekampungan sikit. Aku nak cau dulu, nanti lewat

    pulak sampai KL.Anyway, tahniah daripada aku. Tak sangka

    kau dah kahwin. Lagi satu aku tengok la kan, wie kau tuboleh tahan cantik. Tergoda aku. Bukan kau tak perasan,

    ramai betul jejaka pandang dia tak berkelip. Tak tergugat ke?

    Jangan benci sangat Rith, kang jatuh tergolek susah pulak.

    Tak pasal-pasal jilat ludah sendiri.... Izzat menggiat lagi

    sambil ketawa. Lebih kepada menyindir sebenarnya. Cuma

    mahu menyedarkan lelaki seego Harith. Lupakah dia,

    perempuan mampu menundukkan lelaki hanya denganbeberapa minit bersamanya?

    Tak ingin aku perempuan macam tu. Kalau kau

    nak, aku bagi reeje nanti. Harith berkata dengan penuh

    riak. Kata-kata Izzat langsung tidak dihiraukan, malah

    mencebik tanda meluat. Takkanlah dia akan jatuh hati

    dengan gadis itu. Memang tak, la!Huish kau ni, tak sayangwie la. Jangan nanti kau

    yang jatuh tergolek sudah. Perempuan ni lain tau, sekejapje

    nak buat lelaki jatuh hati. Dia memberi nasihat. Izzat

    menggelengkan kepala beberapa kali. Ini sudah kali keberapa

    dia menggelengkan kepala, mahu terteleng juga nanti.

    Lancang betul mulut rakannya. Tahulah kena kahwin paksa,

    tak payah la nak tunjukkan sangat. Depan orang ramaipulaktu! Harith... Harith.

    Setelah meminta diri, Izzat melambaikan tangannya

    sebelum meninggalkan majlis Harith dan Dannia. Dia

  • 7/30/2019 KYS pdf

    16/112

    Kasihku Yang Satu

    16

    berharap agar Harith akan membukakan hatinya untuk

    Dannia. Dirinya bukanlah sekejam Harith. Harith dilihatnya

    langsung tidak menghormati orang lain, dan secara terang-

    terangan ditunjukkan sikapnya. Sikap panas baran dan

    playboy kawannya seakan sudah sebati dengan jiwanya.

    Dulu dilihat Harith tidaklah seburuk itu, namun

    perangainya terus berubah sebaik sahaja dihantar belajar ke

    luar negara. Dia sendiri terkejut dengan perubahan sikap

    Harith. Seboleh-bolehnya sebagai seorang rakan, dia mahuyang terbaik buat Harith. Dia yakin suatu hari nanti Harith

    akan berubah andai kata Harith berjumpa dengan seseorang

    yang benar-benar dicintainya. Dan dia juga berharap biarlah

    Dannia orangnya. Gadis itu tiada cacat celanya. Malah begitu

    serasi apabila dilihat dari jauh.

    Melihatkan kereta Izzat yang telah jauh dari

    pekarangan rumah mentuanya, Harith melangkah laju

    menuju ke bilik yang baru dihuninya. Panas punggung mahu

    berlama di situ, kelibat ibu bapanya langsung tidak kelihatan.

    Sudah pulang agaknya. Orang ramai yang menghadiri majlis

    itu juga sudah perlahan-lahan beransur pulang.

    Dari jauh Harith dapat melihat abang iparnya

    sedang menyental periuk yang telah digunakan. Langsungtidak ditolong abang-abang iparnya menyimpan dan

    mengemaskan barang-barang yang digunakan di majlis itu.

    Dannia hanya melihat dari jauh gelagat Harith. Tak

    bersopan! Sedikit sebanyak hatinya tergores apabila secara

    tidak sengaja terdengar akan perbualan Harith dan rakannya

    itu. Pilu hati apabila suami mencela dirinya di hadapan orang

    lain tanpa perasaan bersalah. Wajahnya bertukar mendung

    dan muram. Tanpa disedari, dua pasang mata turut melihat

    dan mendengar perbualan itu.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    17/112

    Syania Shaa

    17

    Adik, Harith mana? Syahmin yang perasan akan

    kehadiran Dannia segera bertanya akan perihal adik iparnya.

    Pertanyaan abang sulungnya hanya mampu dijawab

    dengan gelengan.

    Aik, suami sendiri tak tahu ada kat mana?

    Syahmin tersenyum dan membuat muka pelik. Sedikit

    sebanyak, hatinya turut terusik dengan layanan Harith.

    Langsung tidak mesra. Lelaki itu terlalu sombong, langsung

    tiada senyuman yang terukir jika mereka terpandang secaratidak sengaja. Di majlis tadi, Harith langsung tidak beramah

    mesra dengan orang kampung. Sengaja lelaki itu menyelit di

    celahan ibu bapa dan sahabat handainya yang hadir.

    Ada kat dalam bilik... berehat agaknya, along.

    Kenapa? soalnya ingin tahu apabila perihal Harith

    diutarakan.Tak adalah, baru nak buli sikit pengantin... dah

    hilangpulak, usik Syahmin dengan senyuman nakal.

    Letih agaknya, seharian layan tetamu. Dannia

    mengambil pinggan yang telah bersih dicuci untuk dilap.

    Barang-barang yang dipinjam seharusnya disimpan elok

    supaya dapat dikembalikan dalam keadaan baik seperti waktu

    dipinjam.

    Ye ke letih? Tak nampak layan tetamu pun tadi.

    Duk bersembang ada la. Syahmir yang entah dari mana

    datangnya membalas sinis.

    Dannia tahu sangat dengan perangai angahnya yang

    satu ini. Syahmir anti betul dengan Harith. Sejak tahu berita

    pertunangannya dengan pemuda itu, dia membantah sekeras-kerasnya. Sanggup mogok kerananya. Dannia tahu Syahmir

    amat menyayangi dirinya. Malah Dannia amat rapat dengan

    Syahmir berbanding alongnya, Syahmin. Perbezaan yang

  • 7/30/2019 KYS pdf

    18/112

    Kasihku Yang Satu

    18

    hanya dua tahun membuatkan mereka serasi berkongsi

    cerita. Semua tentang kehidupan Dannia diceritakan kepada

    Syahmir. Bagi Dannia, Syahmir amat memahami dirinya

    selain Hanna. Tempat dia berkongsi kegembiraan dan

    meminjam bahu ketika kedukaan.

    Angah, behave yoursel. Syahmin memberi

    jelingan tajam. Kurang senang dengan kata-kata pedas yang

    terbit daripada mulut itu. Bimbang jika didengari oleh ibu

    dan abah. Nanti percuma sahaja kena sembur.Betullah apa yang aku cakap, along. Mana ada dia

    layan tetamu. Duk sembang dari petang tadi sampaimember

    dia balik. Entah apa yang disembang. Macam tak jumpa

    setahun. Panjang lebar angah membela dirinya. Ingin sahaja

    dia memaki hamun lelaki yang menjadi adik iparnya itu.

    Sombong nak mampus!

    Dannia segera menggamit angahnya yang berada

    tidak jauh dari Syahmin. Melihatkan lambaian Dannia,

    Syahmir segera menuju ke arah adiknya. Dibiarkan alongnya

    sendirian membasuh periuk besar.

    Kenapa angah cakap macam tu? Dannia

    memandang tepat wajah angahnya. Dia kurang mengerti apa

    yang bermain di minda Syahmir.

    Jangan ingat angah tak tahu apa yang dibualkan Si

    Harith tu.

    Mendengarkan ayat angahnya, Dannia kaget. Angah

    dengarkah cacian daripada mulut Harith khas buat dirinya?

    Dia terdiam sebelum tersenyum kelat.

    Siapa lagi yang dengar? Dannia memperlahankansuara. Takut didengari oleh Syahmin.

    Angah je kut atau mungkin jugak along. Geram

    betul dengan Si Harith tu. Kurang ajar. Mulut longkang!

  • 7/30/2019 KYS pdf

    19/112

    Syania Shaa

    19

    Dannia tergelak kecil mendengar cemuhan

    Syahmir. Macam kelakar pun ada apabila Syahmir

    mengatakan Harith bermulut longkang, sedangkan Syahmir

    pun apa kurangnya. Tak baik kata macam tu kat dia....

    Angah cuma cakap apa yang angah nampak. Angah

    tak nak adik merana. Walaupun angah tak kenal sangat

    dengan Harith, tapi angah dapat rasa dia tu bukannya orang

    yang baik. Entah kenapa dari awal, dirasakan lelaki itu

    memang tidak sesuai berdampingan dengan Dannia. Terlalukasar dan dingin percakapannya. Sombong dan angkuh sudah

    semestinya.

    Nak buat macam mana? Dia dah pun jadi suami

    adik. Baik buruk dia terpaksa adik terima. Harapnya selepas ni

    dapatlah dia berubah dan terima semua ni. Dannia menahan

    sebak.

    Melihatkan air muka Dannia yang keruh, Syahmir

    hanya mampu mengusap kepala Dannia dengan penuh kasih.

    Menghilangkan rasa hati yang terbuku. Sayangnya kepada

    Dannia terlalu menggunung. Dia rela berkorban apa sahaja

    untuk insan yang dikasihi. Kerana Dannialah satu-satunya

    adik perempuan yang dia miliki.

    Dik, bersabarlah. Cuba kenali hati budi dia dulu.Syahmin bersuara tiba-tiba.

    Suara itu membuatkan Dannia dan Syahmir

    berpaling serentak. Along dengarkah apa yang dibualkan

    bersama Dannia?

    Adik akan cuba, along. Dannia tersenyum tawar

    sebelum menundukkan wajahnya dan kembali mengelappinggan. Cuba membuang rasa sedih dan terkilannya, juga

    rasa terharu apabila diberi perhatian oleh kedua-dua

    abangnya.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    20/112

    Kasihku Yang Satu

    20

    Kau tahu? suara Syahmir sedikit terkejut.

    Kedatangan Syahmin langsung tidak disedarinya.

    Kenapa? Korang ingat along tak tahu ke? Along

    nak tengok dulu macam mana Harith tu layan adik. Tahulah

    nanti macam mana along nak handle benda ni. Syahmin

    tegas bersuara. Perasaan marah cuba dikawal. Seboleh-

    bolehnya dia tidak mahu bertindak melulu. Mungkin Harith

    tidak sedar perbualannya yang sedikit lantang itu

    didengarinya. Waktu itu, dia berada di belakang Harith yanghanya dilindungi oleh dua jirannya. Mungkin juga lelaki itu

    tidak perasan akan kehadirannya di situ.

    Lepas ni angah nak adik selalu inorm kat angah.

    Kalau Si Harith tu buat apa-apa yang tak elok, bagitau angah.

    Tahulah angah macam mana nak ajar budak tu. Syahmir

    pula berpesan.

    Ah, untungnya wanita yang menjadi suri di hati

    Syahmin dan Syahmir. Pasti mereka dilindungi seperti

    dirinya ini... kirnya bersama senyuman. Timbul pula rasa

    ingin mengusik kedua-dua abangnya itu.

    Angah dan along niprotective betul la. Bertuahnya

    adik dapat abang yang baik, handsome, memahami dan

    penyayang ni.... Dannia cuba menceriakan suasana dan jugahatinya. Ingin keluar daripada situasi dan isu tentang

    suaminya.

    Lagi? Pujilah banyak sikit, sejemputnya pujian.

    Juih mulut mereka berdua sedikit memuncung. Melayan

    usikan Dannia, lupa terus soal Harith tadi.

    Ceh, bagi betis nak pahapulak.... Apa lagiye? Hah,ni yang paling umph! Senyuman nakal terbit di bibirnya.

    Bersedia untuk melarikan diri setelah melihat mata kedua-

    dua abangnya bersinar-sinar mahu mendengar pujian.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    21/112

    Syania Shaa

    21

    Suka jaga tepi kain orang, kalah Mak Joyah kat

    hujung kampung tu! Pantas Dannia melemparkan kain

    buruk yang berada di tangannya ke muka Syahmir dan

    Syahmin serentak. Dan sepantas itu juga Dannia bangun

    melarikan diri.

    Apa? Bulat mata mereka berdua. Disamakan kita

    dengan mulut Mak Joyah tu? Budak ni memanglah.... Mulut

    Mak Joyah yang jual kainjugak dikirkannya.Hish....

    Syahmir mengejar Dannia. Apa lagi, mencicitadiknya berlari menyelamatkan diri. Mereka berdua

    berkejaran mengelilingi meja sebelum pinggang adiknya

    diraih dan tangannya pula pantas memaut tangan Dannia dan

    mengheret Dannia menuju ke arah tempat yang diduduki

    oleh Syahmin.

    Manakala Syahmin pula sudah bersedia dengan paipdi tangan menunggu kedatangan Dannia dan Syahmir di

    sana. Apabila semakin dekat, pantas dia menghalakan batang

    paip itu ke arah Dannia. Disembur air paip yang laju mengalir

    persis menyiram bunga yang ditanam oleh Puan Diana di

    halaman rumah mereka.

    Apa lagi, basah kuyup baju Dannia. Gadis itu

    menjerit geram sambil tangannya menekup muka apabiladisimbah pula dengan air sabun. Menambahkan lagi perisa

    di badannya.

    Riuh suasana petang itu dengan jeritan dan gelak

    ketawa mereka bertiga. Jiran-jiran mereka hanya ketawa dan

    menggelengkan kepala melihat telatah adik-beradik yang

    akrab itu. Hilang rasa marah terhadap Harith.

    Sepanjang petang, mereka bertiga bergelak ketawa

    dengan telatah dan gurau senda masing-masing. Langsung

    terlupa dengan kewujudan orang baru dalam keluarga

  • 7/30/2019 KYS pdf

    22/112

    Kasihku Yang Satu

    22

    mereka. Yang mereka tahu, hanya mahu meluangkan masa

    bersama. Mungkin selepas ini agak susah untuk mereka

    kembali berkumpul. Masing-masing sibuk dengan urusan

    sendiri.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    23/112

    Syania Shaa

    23

    PINTU biliknya dikuak perlahan.

    Gelap. Hatinya tertanya-tanya

    di mana suaminya berada.

    Tangannya meraba-raba dinding mencari suis lampu. Setelah

    tangannya mencapai kotak suis, lalu ditekannya. Serentak

    itu, lampu biliknya menyala. Bilik yang gelap kini bertukar

    menjadi cerah dan terang-benderang. Matanya meliar,

    mencari kelibat suami yang menikahinya pagi tadi.

    Dannia terpandang sesusuk tubuh yang lena di atas

    katil peraduannya apabila matanya menangkap sekujur tubuhyang enak berbaring. Harith! Nyenyak sungguh tidurnya.

    Langsung tidak terganggu dengan silauan lampu yang

    menerangi ruang biliknya. Langkah kakinya menuju ke arah

    jendela. Maghrib begini banyak nyamuk, desis hatinya lalu

    ditutup jendela yang ternganga luas. Pergerakan Dannia di

    dalam bilik itu langsung tidak disedari oleh Harith yang enak

    beradu. Sesekali lelaki itu menggawangkan tangan, mungkinmenghalau nyamuk yang menggigit tubuhnya.

    Dannia segera berlalu ke bilik air untuk

    membersihkan diri. Tubuhnya terasa melekit dengan peluh

    Bab3

  • 7/30/2019 KYS pdf

    24/112

    Kasihku Yang Satu

    24

    dan bajunya yang basah dengan simbahan air sabun

    membuatkan dirinya terasa amat tidak selesa. Dannia segera

    mencapai tuala yang baru dibeli oleh ibunya dan mengambil

    baju di dalam almari sebelum menuju ke bilik air.

    Selesai mandi, Dannia segera mengenakan sehelai

    T-shirt dan berkain batik. Rambutnya yang basah dilap

    dengan tuala di tangannya. Dikirai rambutnya supaya kering

    sebelum melangkah ke peraduannya. Dengan teragak-agak

    dia menghampiri Harith. Terasa ketar lututnya apabila diaberdiri dekat dengan lelaki itu. Maklum sahaja, dia kini

    berkongsi bilik dengan seorang lelaki yang bergelar suami.

    Abang.... Dannia cuba mengejutkan Harith yang

    lena. Dengan suara yang terketar-ketar, dia memanggil nama

    Harith. Hujung kaki lelaki itu disentuhnya perlahan dengan

    hujung jari. Kata ibu, jika mahu kejutkan seseorang eloklah

    jika menyentuh hujung kakinya sahaja. Berkali-kali dia

    mencuba, hampir lima minit dia menunggu, lelaki itu

    langsung tidak memberi sebarang reaksi. Betulkah petua

    yang diberitahu oleh ibu? Atau dia yang tersalahskill? Kalau

    benar, kenapa pula petua ini langsung tidak memberi

    sebarang kesan kepada Harith? Lelaki itu langsung tidak

    berkutik daripada tidurnya. Malah semakin nyenyak pula.Abang, bangunlah... dah maghrib ni. Dannia

    bergerak ke sebelah katil pula dan kali ini dia berdiri di

    sebelah katil di sisi Harith yang berbaring. Tangan kecilnya

    menunjal perlahan bahu Harith. Namun masih lagi tiada

    tindak balas. Malah Harith mengiringkan pula badannya

    membelakangi Dannia. Ditariknya selimut menutupi

    bahagian dadanya.

    Dannia mengetap bibir. Isy, susahnya nak kejutkan

    manusia ni. Ini dah lebih... siap tarik selimut!

  • 7/30/2019 KYS pdf

    25/112

    Syania Shaa

    25

    Abang! Dannia meninggikan sedikit nada

    suaranya. Sedikit keras dan agak kuat. Tercabar juga mahu

    mengejutkan manusia di hadapannya saat ini.

    Kang aku simbah air, mengamukpulak. Nasib baik

    suami aku, kalau orang lain... dah aku simbah dengan sebaldi

    air. Dalam kesabaran, mulutnya membebel geram.

    Emmm... jangan kacaulah, aku nak tidur. Suara

    Harith kasar dan sedikit keras menerjah gegendang

    telinganya. Matanya masih tertutup. Lelaki itu merengusapabila tidurnya diganggu.

    Makaih...! Liatnya nak bangun. Macam ni ke anak

    orang kaya? Susah nak bangkit. Isy... isy.... Sempat lagi

    Dannia mengutuk suaminya dalam hati.

    Astaghrullahalazim.... Dannia, tak baik mengutuk

    suami sendiri. Dia tersedar akan keterlanjurannya, cepat-cepat dia beristighar di dalam hati.

    Haish... terkutukpulak!

    Bangun la, dah maghrib ni. Dannia masih tidak

    berputus asa mengejutkan Harith daripada tidur. Dia

    bertanggungjawab mengejutkan Harith supaya suaminya itu

    dapat mengerjakan kewajipan sebagai umat Islam kepada

    Yang Maha Esa. Sudah tugasnya sebagai isteri, saling

    menegur bila ada kesalahan dan kesilapan.

    Eh, kau nikan, suka hati aku la nak buat apa.

    Jangan nak menyibuk la. Mata Harith yang tertutup rapat

    pantas dibuka. Geram bila tidur lenanya diganggu. Kacau

    betul!

    Terkejut Dannia dengan kata-kata sopan yang

    keluar daripada mulut Harith. Disabarkan hatinya. Mulutnya

    terus terkunci rapat, dadanya diurut perlahan dek jeritan

    Harith yang agak kuat, namun masih terkawal itu. Nasib baik

  • 7/30/2019 KYS pdf

    26/112

    Kasihku Yang Satu

    26

    biliknya agak jauh dari bilik yang lain. Bangunlah

    sembahyang dulu. Kita sembahyang jemaah, ya. Kalau nak

    mandi dulu pun pergilah. Lepas ni kita turun makan.

    Tanpa menghiraukan cemuhan Harith, Dannia

    kembali bersuara. Dikuatkan hatinya supaya tidak terasa

    dengan kata-kata kasar suaminya. Dia masih lagi memujuk

    lembut. Cuba mengambil hati sang suami.

    Heipompuan, kau jangan nak buat baiklah dengan

    aku. Aku tak akan anggap dan takkan terima kau sebagaiisteri aku. Kau tak layak dengan aku. Lagi satu, jangan kau

    nak berabang-abang dengan aku. Tak ingin! Kau tu

    bukannya adik aku nak panggil aku macam tu. Lagi satu, kau

    tu cuma isteri atas kertas je. So, jangan nak berangan dan

    perasan ya.So,markmywords. Harith mencerlung garang

    ke arah Dannia yang hanya diam membisu. Mungkin

    takutkan dirinya atau mungkin juga terkejut dengan

    jerkahannya.

    Dannia terus tunduk memandang ke bawah.

    Bohonglah kalau hatinya tidak tergores dengan kata-kata

    Harith. Sepanjang usianya, inilah kali pertama dia

    diperlakukan kasar seperti ini. Bukan dengan orang lain,

    tetapi oleh suaminya sendiri. Orang yang diharapkanmembela dan melindunginya melalui denai-denai kehidupan.

    Tanpa rasa bersalah, Harith terus bangun dan

    segera berlalu menuju ke bilik air. Semasa melintasi gadis

    itu, sengaja dia merempuh kasar bahu Dannia sehingga gadis

    itu hampir jatuh terjelepok. Nasib baik tangannya sempat

    berpaut pada birai katil.

    Hai budak ni, aku cepukjugak karang. Aku buat

    baik, dia main rempuh-rempuh pulak. Ingat aku ni apa?

    Pokok ke? Desis hati Dannia.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    27/112

    Syania Shaa

    27

    Sabar, relaks Dannia. Ingat, dia tu suami kau,

    jangan melawan.... Hatinya yang sebelah baik pula berbisik

    halus, memberi peringatan.

    Hah lagi satu, kau tak payah nak tunggu aku

    mengimamkan kau. Kau sembahyang sendiri, suruhnya

    sebelum memasuki bilik air dengan senyuman yang amat

    sinis. Berdentum pintu bilik air dihempas kuat.

    Dannia menggelengkan kepala mengenangkan

    sikap Harith. Baru sehari menjadi isterinya, sudah bermacam-macam sindiran dan makian yang diterima. Dannia mengeluh

    lagi. Entah boleh ataupun tidak dia mempertahankan rumah

    tangganya yang sedikit pun tidak teguh ini.

    Dulu dirinya pantang mengeluh, namun sejak

    pertunangannya dengan Harith, keluhan itu sudah basah di

    bibirnya. Sabarlah wahai hati. Sebaik-baik wanita adalah taatdan patuh kepada perintah suaminya, Dannia mengingatkan

    diri sendiri. Seboleh-bolehnya, dia ingin menjadi isteri yang

    solehah buat sang suami. Dia tidak mahu menunjukkan siat

    kasar dan suka melawan yang sudah sebati dengannya. Biarlah

    dia beralah dengan lelaki itu. Lelaki itu suaminya sendiri.

    Selepas menunaikan solat, kelibat Harith belum

    kelihatan, masih belum keluar dari bilik air. Dia menungguHarith dengan sabar. Hajatnya mahu sahaja dia turun makan

    tanpa menunggu Harith. Namun, bimbang abah dan ibunya

    banyak soal, terpaksalah dia menunggu Harith untuk makan

    sekali. Sementara dia menunggu, sempat dia mengemas

    pakaian Harith dan diletakkan di atas katil untuk persalinan

    lelaki itu nanti.

    Sebaik sahaja pakaian yang dipilih terletak elok di

    atas katil, pintu bilik air dikuak dari dalam. Harith dengan

    lagak selamba menuju ke almari dan berpatah kembali

  • 7/30/2019 KYS pdf

    28/112

    Kasihku Yang Satu

    28

    apabila melihat pakaiannya yang sudah tersedia di atas katil.

    Dia merampas dengan kasar pakaiannya. Wajahnya masih

    seperti tadi, langsung tiada senyuman yang terukir.

    Dannia sempat mengerling sekilas memandang

    Harith, wajah lelaki itu kelihatan lebih segar dan bertambah

    menarik di matanya. Air di rambut lelaki itu masih menitik

    ke lantai. Bertambah kacak lelaki itu walaupun dengan gaya

    selamba. Isy, apa yang kau merepek ni?

    Tersedar akan sesuatu, Dannia segera menundukkanwajahnya, malu melihat Harith yang hanya melilitkan tuala

    di pinggang.

    Harith menjeling wajah Dannia yang sudah merah

    menahan malu sambil tersenyum sinis.

    Cis, buat baik konon. Kekampungan betul! Ni baru

    dengan tuala, kalau pakai swimmingtrunk apa pulak reaksiperempuan ni? Memang dasar kampung, kampung jugaklah.

    Kutuknya lagi masih belum berpuas hati. Sengaja dia

    melambat-lambatkan diri untuk memakai baju. Biar terseksa

    perempuan ini menahan malu. Padan muka! Kalau

    perempuan bandar, mahu tertoleh dua tiga kali melihat

    dirinya. Dasar buta, kutuknya dengan senyuman sinis. Aduh,

    perasan betul Si Harith ni!

    Hoi!

    Tersentak Dannia. Badannya terangkat apabila

    disergah begitu. Langsung tidak sedar bahawa Harith sudah

    berada di muka pintu. Muka Harith yang tegang dipandang

    dengan sedikit gugup. Terlalu lama dia menundukkan kepala,

    sehingga sakit pangkal lehernya yang putih melepak. Manataknya, dek malu dengan tubuh separuh berpakaian Harith,

    langsung dia tunduk, tidak menghiraukan gerak-geri Harith

    di bilik itu.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    29/112

    Syania Shaa

    29

    Errr... awak tak nak solat dulu? soalnya. Rasanya

    Harith langsung tidak menyentuh sejadah yang sengaja

    dibentangkan menghadap kiblat. Dia bertambah yakin Harith

    langsung tidak menyentuh apabila kain pelekat yang

    diletakkan di atas sejadah tersebut bersama songkok langsung

    tidak berkalih dari kedudukan asalnya.

    Tanpa menunggu dan menjawab pertanyaan

    Dannia, Harith melangkah menuju ke pintu dan keluar

    dengan selamba. Dannia mengekori Harith dari belakang.Setibanya di dapur, Harith melambatkan langkah untuk

    berjalan seiringan untuk mengelakkan curiga mentuanya. Di

    hadapan keluarga mentua haruslah dia berlakon, cuba

    memainkan watak walaupun dia sebenarnya benci dengan

    situasi ini. Bimbang juga jika mentuanya mengadu kepada

    papanya, pasti semua rancangannya untuk mewarisi harta

    nanti gagal. Melepaslah dia. Sia-sia sahaja dia berkahwindengan gadis ini.

    Jangan lupa panggil aku abang depan diorang dan

    lagi satu, tak payah masuk campur dalam urusan peribadi

    aku. Mindyourownbusiness. Kita mati dengan kubur lain-

    lain, pesannya. Wajah Dannia langsung tidak dipandang.

    Sampai sahaja di ruangan dapur, mukanya segeradimaniskan.

    Puan Diana segera tersenyum melihat Dannia dan

    Harith berjalan beriringan. Jarak antara mereka sengaja

    dirapatkan.

    Duduklah Harith. Jangan malu-malu. Kita dah jadi

    satu keluarga, kan. Encik Zamani menggamit Harith untuk

    duduk.

    Harith mengambil tempat berhadapan dengan

    Syahmin dan isterinya, Kak Zana. Sementara Dannia pula

  • 7/30/2019 KYS pdf

    30/112

    Kasihku Yang Satu

    30

    duduk di sebelahnya berhadapan dengan angahnya, Syahmir.

    Harith kelihatan begitu canggung berada di tengah keluarga

    yang sederhana itu.

    Syahmir hanya memandang sekilas Harith di

    sebelah Dannia. Dihadiahi adik iparnya itu senyuman yang

    cukup sinis.

    Harith perasan akan senyuman itu. Wajahnya

    diselambakan. Namun dalam hati, dia menyumpah seranah

    dua lelaki yang bergelar abang iparnya walaupun Syahminsebaya dengannya dan Syahmir pula muda beberapa tahun

    daripadanya. Dia menjadi sedikit gugup. Tambahan pula

    dengan jelingan tajam dan renungan Syahmin yang berada di

    hadapannya. Tak guna!Hampeh!

    Jemput makan, Harith. Maafah, hanya lauk biasa

    yang ibu sempat hidang. Mesti berbeza dengan masakan dirumah Rith, kan? ujar Puan Diana sambil menghulurkan

    pinggan yang berisi nasi kepada menantunya. Kemudian

    mengarah Dannia supaya melayan suaminya makan.

    Dengan wajah yang kelat dan separuh rela, Dannia

    menyendukkan lauk-pauk ke pinggan Harith.

    Tak adalah ibu, lauk kat sana biasa aje, ujarnya

    sambil melihat sekilas semua lauk yang terhidang di

    hadapan.

    Cis, apa kelas makan macam ni. Macam apa aje.

    Kalau dekat rumah lagi best daripada masakan orang tua ni.

    Kutuknya dalam hati. Berbeza benar dengan kenyataan yang

    keluar daripada mulutnya.

    Syahmin segera menadah doa sebelum merekasekeluarga makan malam dengan penuh berselera.

    Dengan penuh tertib, Harith menunjukkan bakat

    lakonannya sepanjang berada di meja makan.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    31/112

    Syania Shaa

    31

    Selesai makan malam, Dannia menyibukkan diri di

    dapur, menyediakan minuman untuk dibawa ke ruang tamu.

    Kak Zana sudah pun masuk ke biliknya untuk

    melihat anak perempuannya yang lena di bilik.

    Harith pula menyertai Encik Zamani di ruang tamu

    ditemani oleh Syahmin.

    Syahmir lesap entah ke mana.

    Selesai urusannya di dapur, Dannia segera masukke biliknya. Dirasakan badannya terlalu penat memandangkan

    sehari suntuk dia langsung tidak sempat berehat. Ingin

    meletakkan badannya di atas tilam yang empuk sebelum

    katilnya dirampas. Tanpa banyak kir, segera direbahkan

    badannya di atas katil yang berhias indah. Terkebil-kebil

    matanya memandang siling, berkir akan masa depannya.

    Bagaimanakah kehidupannya selepas ini? AdakahHarith akan membiarkan dia meneruskan pelajarannya nanti?

    Begitu banyak persoalan yang bermain di minda. Mentua

    serta ibu dan abah sudah memberi kata putus untuk

    membiarkan dia terus belajar. Yalah, umurnya baru dua

    puluh tahun. Umurnya setahun jagung dan cukup muda

    untuk menjadi seorang isteri sepenuh masa. Kawan-kawan

    seusia keluar bergembira dan menghayati dunia luar setelah

    bergelar pelajar universiti, dia pula terantai dengan ikatan

    perkahwinan.

    Terasa iri hati juga kepada rakan sebayanya yang

    bebas di luar sana. Alangkah seronoknya menjadi mereka di

    luar sana. Boleh bersuka ria dan menghabiskan masa remaja

    dengan melancong dan lepak bersama-sama. Bebas berkawandengan sesiapa sahaja. Ah, banyaknya aktiviti yang boleh

    dilakukan jika dia tidak terikat dengan hubungan ini. Betapa

    gembira hidupnya jika dia tidak perlu melalui semua ini.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    32/112

    Kasihku Yang Satu

    32

    Baru beberapa bulan menjadi pelajar universiti

    semester ketiga, dia disuruh pulang untuk ditunangkan.

    Terkejutnya bukan kepalang apabila diberitahu dia bakal

    berkahwin dalam masa sebulan. Pelbagai alasan diberikan

    untuk memutuskan pertunangan ini, pujukan demi pujukan

    yang diasak kepada ibu dan abahnya. Mana mungkin untuk

    Dannia menolak apabila ibu terlalu mengharapkannya. Ibu

    terlalu ingin berbesan dengan rakan baiknya yang telah lama

    terpisah. Ingin dirapatkan hubungan mereka supaya menjadikeluarga, Dannia dijodohkan dengan anak lelaki tunggal

    mereka. Perit untuk dihadapi semua ini. Lelaki yang

    ditunangkan dengannya pula mengasak supaya pertunangan

    ini diputuskan. Dirinya tersepit di tengah-tengah.

    Masih teringat akan perbualan dengan tunangnya

    yang meminta dia memutuskan tali pertunangan mereka.

    Masih terngiang-ngiang nada tidak puas hati lelaki itu.

    Aku nak kau putuskan pertunangan mengarut ni.

    Tanpa salam dan pengenalan diri, suara di hujung sana

    menjerit. Pekak telinganya mendengar jerkah Harith ketika

    itu. Hampir sahaja terlepas teleon bimbitnya.

    Siapa ni? Dia sedikit panas mendengar jerkah

    lelaki itu, namun disabarkan hatinya untuk bertanya dahulugerangan si pemanggil. Takkan orang gila kut...! Kalau

    diikutkan hatinya yang sudah panas, pasti lelaki itu

    disemburnya habis-habisan. Baru kau tahu siapa Kaseh Nur

    Dannia Danisha.

    Harithhere. Tunang tersayang kau.

    Hampir sahaja terlepas teleon bimbit yang

    dipegangnya. Macam mana dia tahu nombor aku? Ah, ni

    mesti ibu yang bagi... ngomelnya dalam hati. Mulutnya

    mencebik meluat.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    33/112

    Syania Shaa

    33

    Oh...! Mulutnya membulat huru O. Tersayang la

    sangat, mulutnya sengaja dibuat mahu muntah. Tersayang

    hotak kau! Malam sikit aku nak buat kau jadi kesayangan

    aku. Buangkaran aje!

    Kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Biar aku

    ulang balik. Kau putuskan pertunangan ni! Thisisnonsense!

    Kasar sahaja nada suara itu. Langsung tiada mesranya. Deru

    naas lelaki itu turun naik menahan rasa.

    Kenapa saya? Awaklah yang putuskan. Saya okeyje, malah dengan berbesar hati kalau keluarga awak datang

    dengan penuh beradab memutuskan pertunangan kita.

    Selamba Dannia berkata. Dia ingat aku ni nak sangat

    bertunang dengan dia agaknya?

    Empunya suara di hujung sana sudah mendengus

    marah. Sakit hati bercampur geram dengan sikap selambagadis di hujung talian, seolah-olah mempermainkannya. Aku

    nak kau yang buat semua ni. Aku tak nak ibu bapak aku yang

    syak semua ni berpunca daripada aku.Justdoit!

    Noway! Kalau awak yang nak putuskan, awak

    sendiri yang bagitauparents awak. Saya pun tak nak lukakan

    perasaan parents saya. Saya pun tak suka pertunangan ni.

    Saya harap awak datangye putuskan pertunangan ni. A.S.A.P.Secepat yang mungkin. Okey ya. Bye. Assalamualaikum.

    Pantas tangannya menekan butang merah. Baru puas hatinya.

    Apa dia ingat boleh buli aku sesuka hati je? Noway! Kau

    bukan lagi suami aku so, tak ada hak la nak suruh aku buat

    sesuatu yang akan menggores perasaan keluarga aku.

    Hilang minatnya untuk belajar malam itu. Gara-

    gara lelaki itu, dia tidak lena tidur memikirkan pernikahannya

    yang bakal berlangsung beberapa minggu lagi.

    Pintu bilik dikuak tiba-tiba. Terus lamunan Dannia

  • 7/30/2019 KYS pdf

    34/112

    Kasihku Yang Satu

    34

    pecah berkecai, kemudian terjengul muka Harith yang

    masam mencuka apabila lelaki itu melangkah masuk.

    Hish... dia ni, asyik masamje muka bila tengok aku.

    Agaknya, time mak dia mengandungkan dia, suka makan

    asam kut! Sebab tu muka macam tu.

    Dannia bangun daripada perbaringan, dibetul-

    betulkan bajunya. Kekok rasanya mempunyai teman yang

    berlainan jantina berada di dalam satu bilik. Dia duduk di birai

    katil. Bantal peluk awal-awal lagi diletakkan di tengah-tengah,membuat garisan sempadan. Malah ditambah lagi bilangan

    bantal di tengah itu. Takut benar dia jika lelaki di hadapannya

    ini berbuat apa-apa. Resah hatinya apabila mengenangkan

    malam ini merupakan malam pertama. Dannia berdoa agar

    Harith tidak menuntut apa-apa daripadanya.

    Dannia tersenyum apabila pandangannyabertembung dengan Harith walaupun dirasakan senyumannya

    tawar. Dadanya berkocak hebat. Namun senyuman itu hanya

    dibiarkan sepi tanpa dibalas oleh suaminya. Harith mendekati

    katil lalu mengambil bantal dan selimut dan dicampakkan ke

    bawah. Dannia mengerutkan muka. Pelik melihat Harith yang

    bercekak pinggang di hadapannya. Nak bergusti pulak ke dia

    ni? Lain macam je aku tengok. Saya tak ada asas bergustilahawak!

    Kau tidur kat bawah, biar aku yang tidur kat atas

    ni. Apa lagi, turunlah! Tak ingin aku tidur sekatil dengan kau.

    Kau perempuan kotor! Lancang mulutnya mengutuk

    Dannia, tidak sedikit pun menghiraukan perasaan Dannia

    waktu itu. Asalkan hatinya puas dapat mengenakan dan

    menyakitkan hati Dannia.

    Dannia beristighar dalam hati. Mengucap panjang

    dengan kelancangan mulut lelaki itu. Namun, dia hanya

  • 7/30/2019 KYS pdf

    35/112

    Syania Shaa

    35

    diam. Dia menghormati lelaki itu sebagai suaminya. Mana

    mungkin dia melawan, ajaran agama harus dipatuhi walau

    sejahat mana, sejahil mana suami kita, asalkan tidak

    melanggar suruhan agama. Dannia langsung tidak bergerak

    dari tempatnya. Walau selancang mana mulut lelaki itu

    mengutuknya, Dannia masih tenang di situ. Tetapi hatinya

    mencebik geram menahan rasa.

    Amboi, mulut dia! Hei, geram betul aku dengan

    lelaki ni la. Sesuka hati, sesedap rasa dia mengata aku. Danniacuba untuk bersabar lagi. Perangainya yang sebenar cuba

    dilindungi. Berdepan dengan suami, lain. Sedaya upaya

    dimaniskan mukanya yang kian cemberut menahan marah

    dan sakit hati. Rasa sendu di hati cuba dikikis.

    Harith pula sedikit bingung, betulkah dia bercakap

    dengan orang yang sama melalui teleon beberapa minggu

    yang lepas sebelum mereka diijabkabulkan? Gadis di talian

    suaranya sedikit tegas, berbeza dengan gadis yang dilihat di

    hadapannya kini. Lebih suka diam membisu daripada

    membalas kata-katanya.

    Namun, setenang mana wajah yang disembunyikan

    oleh gadis itu, dia perasan dan masih boleh melihat dengan

    jelas mata gadis itu sedikit sayu dan berkaca-kaca. Wajahkeruh Dannia dipandang sekilas sebelum dibutakan matanya

    daripada memandang lakonan Dannia. Baru tahu aku siapa,

    jangan harap aku nak kesiankan kau, perempuan murah. Kau

    ingat bila menangis aku akan kesiankan kau ke? Silap

    oranglah....

    Aku nak tanya kau satu soalan, kenapa kau tak

    putuskan pertunangan kita dulu? Kau tahu aku tak cintakan

    kau, malah aku takkan sesekali jatuhkan maruah aku untuk

    cinta dan sayangkan kau. Kenapa kau tak tolak? Harith

    mencengkam kuat bahu Dannia, membuatkan gadis itu

  • 7/30/2019 KYS pdf

    36/112

    Kasihku Yang Satu

    36

    bangun. Berkerut mukanya menahan sakit. Kebisuan Dannia

    membuatkan hatinya semakin geram.

    Kau nakkan harta keluarga aku, ya? Kau ingat bila

    kau kahwin dengan aku, kau akan turut senang? Jangan

    haraplah perempuan, aku akan sedaya upaya singkirkan kau

    dari keluarga aku. Kau takkan dapat satu sen pun. Dasar

    perempuan murah, mata duitan! Perempuan macam kau ni

    memang tak layak untuk lelaki hebat macam aku! Harith

    berlagak angkuh. Hanya ego yang tinggi melangit menguasaidirinya kini.

    Abang, jangan buat macam ni. Sakit. Dannia

    menahan tangis. Tidak disangka malam pertamanya

    dihadiahkan dengan kata-kata keji sang suami. Dannia sedaya

    upaya cuba melepaskan cengkaman itu. Namun makin erat

    dirasakan, terasa beku darahnya di bahagian bahu. Ingin

    ditepis tetapi tidak berdaya kerana tangan kasar Harith yang

    kuat mencengkam bahunya membataskan pergerakannya.

    Heipompuan, kan ke aku dah cakap kau tak layak

    panggil aku dengan panggilan macam tu? Kau tak aham

    bahasa ke perempuan tak guna? herdik Harith. Matanya

    sedikit merah menahan kemarahan yang meluap-luap.

    Kau dan keluarga kau sama je, kan? Bermataduitan. Sanggup jual anak gadis untuk mendapatkan harta.

    Orang miskin macam korang ni memang tak ada maruah

    diri. Sanggup memperhambakan diri untuk duit semata-

    mata... sambungnya lagi dengan nada tidak puas hati.

    Panas sungguh hatinya melihat gadis itu hanya

    diam menunduk, menyepikan diri. Soalannya langsung tidak

    dijawab. Dihumban Dannia ke lantai sekuat hatinya. Nasib

    baik rumah mentuanya diperbuat daripada batu, kalau tidak

    pasti bising rumah.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    37/112

    Syania Shaa

    37

    Berkerut muka Dannia menahan sakit saat

    punggungnya terhentak kuat di atas marmar.

    Awak, jangan kata macam tu pada keluarga saya.

    Mereka hanya nak rapatkan persaudaraan. Lagipun mama

    awak yang beria-ia nak kita bertunang dan berkahwin.

    Dannia sudah teresak menahan tangis dan sakit. Terasa retak

    punggungnya dek tolakan kuat Harith. Ya Allah, sakitnya!

    Jadi kau nak salahkan mama aku? Harith makin

    menyinga. Kemarahannya yang disimpan kepada papa danmamanya selama ini dihamburkan kepada Dannia. Tidak

    cukup dengan itu, ditunjal-tunjal kepala Dannia. Langsung

    tiada perasaan bersalah dan simpati memperlakukan Dannia

    seperti itu. Asalkan hatinya puas.

    Hei, kau dengar sini. Perkahwinan ni takkan kekal

    lama. Tiba masanya aku akan lepaskan kau. Sebelum puasaku buat hidup kau merana, aku takkan lepaskan kau. Biar

    padan muka kau. Baru kau tahu macam mana rasanya jadi

    isteri yang tak diiktira oleh aku! Harith tersenyum sinis.

    Awak jangan buat saya macam ni. Tolong, kalau

    benar awak tak sukakan saya, lepaskan dengan cara baik.

    Dannia menangis hiba. Kaki Harith dipegangnya erat.

    Harith ketawa mendengar tangisan Dannia. Kakinya

    direntap kuat daripada pegangan Dannia.

    Pedih hatinya bagai disiat dengan kejam apabila

    diperlakukan begitu, apatah lagi apabila Harith tidak

    mengakuinya sebagai isteri.

    Ada aku kisah? Tulah padahnya. Kau nak sangat

    jadi isteri aku, kan? Sekarang jangan kau nak menyesalpulak. Aku akan buat apa saja untuk buat kau merana.

    Harith ketawa kuat lalu tubuhnya direbahkan di atas tilam.

    Dibiarkan Dannia teresak di tepi katil.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    38/112

    Kasihku Yang Satu

    38

    Ya Allah, tabahkanlah hatiku untuk menempuhi

    perjalanan hidup ini. Kau ampunkan segala perbuatan

    suamiku. Kau bukakanlah pintu hatinya untukku.

    Dengan linangan air mata, Dannia mengambil

    comorterlalu dibentangkan di atas lantai berhampiran katil

    sebelum dirinya direbahkan. Terenjut-enjut dia menahan

    tangis, ditekup kejap mulutnya dengan telapak tangan supaya

    tidak mengganggu tidur Harith.

    Entah pukul berapa Dannia terlena dengan linanganair mata di pipi.... Malam pertama merangkak pergi dengan

    sejuta kedukaan buat Dannia. Malam pertama yang

    sepatutnya dihiasi dengan bisikan cinta dan kehangatan kasih

    sayang tidak akan dikecapinya....

  • 7/30/2019 KYS pdf

    39/112

    Syania Shaa

    39

    BUNYI jam loceng yang dikunci

    di teleon bimbit mengejutkan

    Dannia daripada tidur. Dirinya

    terpisat-pisat menahan kantuk. Dia menggeliat kecil,

    meregangkan badan. Lenguh seluruh anggota badan dan

    uratnya kerana tidur dalam keadaan berlapikkan comorter.

    Tambahan pula dengan kesakitan semalam yang masih lagi

    terasa. Kelopak matanya perlahan-lahan cuba dibuka, matanya

    sedikit berpinar-pinar dengan cahaya lampu yang menerobos

    masuk sehingga ke biliknya. Tangannya mencapai teleon

    yang semakin membingitkan telinganya. Pukul lima tiga

    puluh minit pagi. Lantas dia bangun untuk membersihkan

    diri dan bersolat subuh. Sempat tangannya mencapai tuala

    sebelum berlalu ke bilik air.

    Ops... dia kembali semula ke almarinya apabila

    terlupa akan baju persalinannya. Terlupa sebentar akan

    dirinya sudah berkongsi bilik. Selesai mandi, dia bersolatsubuh. Mahu menghadap pencipta-Nya memohon keredaan

    hidup. Kemudian dia membelek sekilas mukanya di cermin,

    Bab4

  • 7/30/2019 KYS pdf

    40/112

    Kasihku Yang Satu

    40

    bimbang jika tangisan sepanjang malam akan memberikan

    kesan pada wajahnya. Mujurlah tiada tanda membengkak

    pada matanya, jika tidak pasti jenuh mahu diterangkan andai

    ibu dan ahli keluarganya yang lain bertanya.

    Dannia sempat membentangkan sejadah untuk

    suaminya sebelum keluar dari bilik. Harapnya Harith akan

    bangun dan bersolat. Pagi tadi baru Dannia teringat, dia tidak

    pernah nampak Harith bersolat sepanjang berada di

    rumahnya. Begitu liat lelaki itu mahu berdiri di atas sejadah.Begitukah kehidupan Harith selama ini? Lupakah dia kepada

    Penciptanya? Bolehkah dia bertahan selama menjadi isteri

    Harith? Mengingatkan itu semua, Dannia beristighar

    panjang.

    Usai bersiap, Dannia menuju ke dapur. Hajatnya

    mahu menolong ibu menyediakan sarapan. Kasihan Puan

    Diana yang bangun seawal pagi dan bertungkus lumus

    menyediakan sarapan untuk mereka semua seorang diri.

    Tambahan pula kakak iparnya sudah pun pulang ke rumah

    ibunya malam tadi. Tepat jam enam tiga puluh minit pagi,

    Dannia turun ke dapur mahu menjenguk Puan Diana.

    Ehem, awal bangun pengantin kita.

    Entah dari mana abang sulungnya muncul. Tiba-tiba sahaja bersuara menegurnya. Syahmin menarik kerusi

    lalu duduk melepaskan lelahnya. Peluhnya yang merenik-

    renik di dahi diseka dengan tuala yang disangkut pada

    bahunya. Matanya melilau memandang sekeliling, entah apa

    yang dicarinya. Kemudian mata itu singgah kembali ke

    wajahnya yang sedang ralit menghidangkan makanan di atas

    meja.

    Kemudian Syahmin bangun berdiri di dinding yang

    memisahkan dapur dan ruang makan. Mahu masuk ke

  • 7/30/2019 KYS pdf

    41/112

    Syania Shaa

    41

    biliknya. Sebelum menghilangkan diri ke bilik, dilihat

    alongnya tersengih-sengih bagaikan kerang busuk. Adalah tu

    mahu diusiknya, aura tanduk sudah tumbuh di atas kepala.

    Puan Diana pula tersenyum-senyum. Telatah anak

    sulungnya dibiarkan sepi. Dia meneruskan kerjanya

    menyiapkan nasi lemak untuk mereka bersarapan nanti. Malas

    mahu masuk campur. Jam sudah menunjukkan pukul enam

    empat puluh lima minit pagi. Sekejap lagi pasti suaminya

    turun ke dapur untuk minum.Yang tersengih macam kerang busuk tu kenapa?

    Menang loteri ke semalam? tanya Dannia berbaur sindiran.

    Dia menjeling geram. Tahu sangat perangai

    Syahmin yang kuat mengusik. Entah mimpi apa alongnya

    malam tadi, awal benar bangunnya pagi ini. Biasa kalau cuti,

    selagi belum pukul lapan jangan harap mukanya tersembul didapur. Itu pun setelah jenuh Kak Zana kejutkan. Sajalah tu....

    Tetapi pagi ini memang pelik, rajin benar alongnya berjoging.

    Entah sejak bila alongnya mempunyai hobi baru, kalau dulu

    bukan main liatnya. Jenuh dipaksa barulah hendak bersenam

    segala. Pelik bin ajaib!

    Haram tau main benda tu. Hai, takkan nak senyum

    pun tak boleh? Senyum kan satu sedekah. Pagi-pagi yangindah ni eloklah kita tersenyum, sambil tu buat senaman

    mulut sekali. Barulah awet muda. Orang tu pulak garang ya,

    sejak berpunya ni.

    Hah, kan aku dah kata... tak lain tak bukan, perli

    akulah tu! Pantang ada peluang, laju saja idea nak kenakan

    orang. Menyampah! Dannia mencebik. Dipandang Syahmin

    sekilas dengan ekor matanya.

    Bukan tak boleh. Tapi senyuman along tu

    menyakitkan hati, tahu tak? katanya, geram. Matanya

  • 7/30/2019 KYS pdf

    42/112

    Kasihku Yang Satu

    42

    menjeling tajam menikam anak mata milik Syahmin. Sengaja

    menjegilkan matanya menjadi bertambah bulat.

    Amboi, tajamnya jelingan tu. Sakit jantung along

    ni. Rasa macam nak tercabut.

    Puan Diana tergelak kecil mendengar celoteh

    Syahmin. Anak lelakinya macam-macam, ada sahaja celoteh

    keluar daripada mulutnya.

    Ibu, tengok along ni, suka sangat kacau adik.

    Panjang muncung Dannia. Geram betul dengan Syahmin.

    Mulutnya bertambah muncung apabila melihat ibunya hanya

    tersenyum.

    Puan Diana sudah lali benar dengan keletah anak

    lelaki sulungnya. Tidak boleh duduk diam, pasti ada benda

    yang hendak dibuatnya. Kadang-kadang jika bukan Dannia,

    pasti dirinya yang disakat. Abahnya hanya sekali-sekalaterkena, takut barangkali dengan ketegasan Encik Zamani.

    Tetapi kalau kena dengan anginnya, rajin pula suaminya

    membalas usikan Syahmin.

    Angah mana, bu? Dannia tercari-cari wajah

    Syahmir apabila angahnya tidak berada di dapur. Biasanya

    Syahmirlah yang tertenggek di ruang dapur menolong ibu.

    Walaupun lelaki, Syahmir tidak kekok berada di dapur, malah

    angahnya lebih pandai memasak berbanding Dannia dan

    Syahmin.

    Entah, tadi ibu dah kejutkan si angah tu. Dia tidur

    balik agaknya, ujar Puan Diana menjawab pertanyaan anak

    perempuannya.

    Tanpa membuang masa, Dannia menuju ke bilikangahnya. Sempat dia menunjal kuat bahu alongnya yang

    sedari tadi asyik tersenyum. Lelaki itu tergelak kecil. Ada-ada

    sahaja perangai Dannia yang lucu.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    43/112

    Syania Shaa

    43

    Laju kakinya menapak ke bilik Syahmir. Diketuk

    perlahan pintu bilik lelaki itu. Setelah diketuk berkali-kali

    dan tiada sahutan, Dannia segera memulas tombol pintu.

    Terbuntang matanya melihat Syahmir yang enak berselimut

    bergumpal di atas katil. Amboi sedapnya dia terbongkang

    tidur, langsung tak berkutik. Lenguh tangannya mengetuk

    pintu. Syahmir tidur begitu pulas.

    Ni dah solat ke belum budak ni? Dah hampir pukul

    lapan. Sejak bila dia ni suka tidur balik lepas subuh ni?Buruknya perangai.... Bisik hatinya.

    Angah, bangunlah. Dannia menggoncang badan

    Syahmir. Ditarik selimut lelaki itu. Semakin ditarik, semakin

    kuat pula Syahmir menariknya kembali menutupi badannya.

    Eh, liatnya nak bangun. Kenapa dengan angah ni? Kena

    sampuk ke apa hari ni? Liat bebenorni!

    Angah!!! Dannia menjerit kuat di telinga Syahmir.

    Sengaja dia menjerit kuat di telinga abangnya supaya

    Syahmir bangun.

    Dek terkejut, Syahmir terlompat lalu terjun dari

    katilnya dan terjatuh menghempap badan Dannia.

    Adoi, sakitnya badan aku. Beratnya angah ni,

    macam anak gajah!

    Adoi, bangun cepat. Sakitlah! Dannia menolak

    kuat badan Syahmir yang elok landing di atasnya. Langsung

    tidak bergerak. Tidur balik ke dia ni?

    Apa adik ni.... Sakit telinga angah. Tangannya

    menenyeh mata, sisa mengantuk masih terasa. Itulah, tidur

    lewat lagi. Bersembang tak ingat dunia! Syahmir pantasberdiri apabila mendapati badannya menghempap tubuh kecil

    Dannia. Telinganya digosok beberapa kali. Gila kuat suara,

    cair tahi telinga aku. Gunamicrophone ke apa?

  • 7/30/2019 KYS pdf

    44/112

    Kasihku Yang Satu

    44

    Aduh... sakit la, angah. Beratnya badan angah,

    keturunan apa ni? rungutnya berserta keluhan menahan

    sakit. Berat nak mampus!

    Tangan Dannia dicapai untuk membantu adiknya

    apabila gadis itu masih terkial-kial mahu berdiri.

    Dannia menggosok kepalanya yang terhantuk. Biul

    kepala aku.... Kuat kut terhantuk, mahu sebulan hilang

    ingatan.

    Mana ada berat, adik tu yang ringan sangat kut.

    Syahmir duduk di birai katil sebelum berbaring semula, ingin

    menyambung kembali tidurnya. Ditarik comorternya

    sehingga menutupi badan separas dada, lantas matanya

    kembali terpejam. Mana taknya, balik rumah pukul tiga pagi.

    Nasib baik abahnya tidak sedar, kalau tidak memang kenalah

    dia nanti. Langsung tak sedar asyik bersembang punya pasal.Eh, nak tidur lagi ke? Bangunlah, teman adik pergi

    pasar. Dannia menarik kuat tangan Syahmir supaya bangun.

    Terasa ingin keluar berjalan dengan Syahmir. Rindu benar

    dengan gurauan mesra abangnya itu.

    Harith, kan ada. Kenapa tak ajak dia? Bawaklah

    dia, mana tahu dia nak jalan-jalan kat kampung ni....

    Matanya dipejam rapat. Malasnya nak bangun, buat taik mata

    lagi best ni....

    Tak syok la pergi dengan dia. Dia letih lagi tu.

    Takkan dia nak pergi tempat-tempat macam tu. Boleh la,

    please? pujuknya dengan lembut.

    Angah letih la dik. Semalam tidur lewat. Ajak

    along la, eh? Syahmir cuba tawar-menawar. Terasa sayangpula mahu meninggalkan katil.

    Ala, along ada kerja la. Jom la angah temankan

    adik. Kesian adik nanti kena kacau dengan budak-budak

  • 7/30/2019 KYS pdf

    45/112

    Syania Shaa

    45

    hujung kampung tu. Dannia membuat muka kesian.

    Mencuba cara psiko pula. Dia tahu angahnya cepat cair bila

    dia membuat wajah sedih.

    Syahmir masih lagi tidak menghiraukan rengekan

    Dannia yang memegang erat tangannya.

    Aik? Takde responspulak. Tak boleh jadi ni!

    Fine, kalau angah tak nak teman adik, lepas ni kita

    jangan bercakap lagi. Adik tak nak tolong angah lagi. Jangan

    harap! Biar adik kena kacau kat bebudak tu. Angah memang

    tak sayang adik. Pantas tangan Syahmir dilepaskan. Dia

    ingin melangkah ingin keluar, Syahmir yang tersedar segera

    memaut tangan Dannia.

    Isy, yelah.... Tunggu angah mandi dulu, ujar

    Syahmir akhirnya mengalah. Siapa yang tidak sayang adik.

    Bukan dia tidak tahu perangai Dannia yang suka merajukdengannya, namun dengan orang lain takpulak. Geram aku,

    jenuh aku nak pujukpulak. Hai la....

    Dannia mengukir senyum. Berjaya juga akhirnya

    memujuk Syahmir. Kacangje nak pujuk....Hehehe!

    Ni yang buat adik bertambah sayang ni. Dannia

    tersenyum manis.

    Dah, keluar dulu. Ke... nak tengok wayang ree

    kat sini? Syahmir mengacah untuk menarik boxer yang

    dipakainya membuatkan Dannia terjerit. Apa lagi, mencicit

    adiknya berlari dengan pantas. Syahmir ketawa melihat

    Dannia. Macam budak kecil, tak padan dah jadi isteri orang.

    Apa yang bising sangat ni adik? Menjerit pagi-pagi,

    kamu tu dah jadi isteri orang, matang sikit, Dannia. Puan

    Diana sudah membebel. Pagi-pagi sudah menjerit, bising

    rumahnya dengan perangai Dannia yang riang dan kuat

    mengusik.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    46/112

    Kasihku Yang Satu

    46

    Angahlah ibu, ada ke patut nak buat wayang ree.

    Tak senonoh betul dia tu. Dannia termengah-mengah

    kepenatan.

    Puan Diana hanya tersenyum. Itu lagi sorang anak

    terunanya, nakal sungguh. Kesian Dannia dapat abang-abang

    yang suka mengusik. Harith mana? Dah bangun belum?

    Panggil dia sarapan pagi. Panggil abah dan abang-abang

    kamu sekali.

    Dannia mengangguk mendengar arahan ibunya.Tangannya menabik tanda menerima arahan. Okeymam!

    Puan Diana menggeleng kepala.

    Dannia berlari untuk memanggil ahli keluarganya

    sarapan. Keanak-anakan sungguh Dannia. Wajah itulah yang

    membuatkan hidupnya menjadi tenang. Bahagia betul

    keluarganya dengan kehadiran Dannia. Dialah racun, dialahjuga penawar hidup Puan Diana dan Encik Zamani. Memang

    dia amat menyayangi Dannia, malah sayangnya melebihi

    anak kandungnya sendiri. Maklumlah, Dannia seorang sahaja

    perempuan. Namun sedikit pun tidak menimbulkan cemburu

    di hati anak-anak lelakinya. Malah, anak lelakinya juga amat

    menyayangi dan mengasihi Dannia seperti adik kandung

    mereka sendiri. Tambahan pula mereka ialah saudara susuan.Tidak pernah timbul isu anak angkat dalam keluarganya.

    Dannia amat dilindungi oleh kedua-dua abangnya.

    Jika ada yang membuli Dannia, pasti orang itu akan

    menerima akibatnya. Pernah satu ketika, seorang budak

    menggelarnya anak haram. Apabila dia mengadu kepada

    abang-abangnya, teruk budak itu dibelasah. Sejak hari itu,

    tidak seorang pun berani mengatakan hal tersebut.

    Di sekolah pula dirinya dilindungi oleh Syahmir,

    memandangkan dia satu sekolah dengan abangnya yang

  • 7/30/2019 KYS pdf

    47/112

    Syania Shaa

    47

    tengah. Bila ada pelajar lelaki yang ingin mendekati Dannia,

    Syahmir segera memberi sepatah dua kata, dan terus pelajar

    itu beredar. Di sekolah, pening juga angahnya itu hendak

    mengawal Dannia. Ramai betul peminat adiknya. Ada sahaja

    surat-surat yang diterima oleh Dannia. Nak dibuat adik

    angkat, keluarga angkat, abang angkat, semuanya berangkat.

    Namun surat itu langsung tidak dibaca, disimpan elok di

    dalam kotak. Kata Dannia lagi, sekadar dibuat kenangan

    tanda dirinya yang begitu popular.Adesss....Ehem. Assalamualaikum! Harith memberi salam.

    Wajahnya dimaniskan, berlakon. Walaupun hatinya tidak

    menyenangi keluarga barunya, memandangkan dia sekarang

    berada di rumah itu, terpaksalah dimaniskan mukanya.

    Waalaikumussalam, duduklah Harith. Adik, layan

    suami kamu, tolong ambilkan makanan untuk Harith. Puan

    Diana yang sedang sibuk menghiris timun memberi arahan

    apabila melihat anak perempuannya itu hanya berdiri kaku di

    situ.

    Mendengarkan arahan itu, dengan berat hati dia

    mengambil pinggan yang dihulur oleh Harith kepadanya.

    Adik, tolong angah jugak. Huluran pinggan

    disambut setelah pinggan Harith yang penuh dengan sambaldan beberapa bahan sampingan lain nasi lemak diletakkan di

    hadapan lelaki itu.

    Along jugak.... Syahmin tersengih. Terangkat

    keningnya ala-ala Ziana Zain.

    Along dan angah ni pemalas betul. Nasib baik ada

    adik yang baik hati ni. Dannia perasan sendiri. Tak ada orangnak puji, baik puji diri sendiri.

    Perasan! Serentak kata-kata itu terkeluar daripada

    mulut abang-abangnya.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    48/112

    Kasihku Yang Satu

    48

    Dannia membulatkan matanya. Apa?

    Okey, takpe. Lepas ni jangan harap adik nak tolongkorang berdua kalau ada masalah. Dannia memuncungkan

    bibirnya yang mungil. Kehadiran Harith di sisi langsung

    dilupakan.

    Amboi, merajuk pulak puteri ni! Meh sini along

    tolong ambilkan nasi untuk adik. Laju tangannya mencapai

    pinggan yang berdekatan.

    Along, bak sini pinggan tu, aku nak letak sambal

    pulak. Angahnya mencapai sambal di hadapannya kemudian

    dicapai pula beberapa hirisan timun. Mata Dannia bertambah

    bulat melihat along dan angahnya meletak bermacam-macam

    bahan di pinggannya, hampir penuh satu pinggan. Sudah

    membukit tingginya. Mulutnya ternganga luas.

    Oit... dah, dah! Ni nak bagi adik makan ke nak bagisiapa ni? Nak suruh mati kekenyangan ke? Dannia menjerit

    kecil, muncungnya bertambah panjang. Geram hatinya

    melihat kedua-dua abang mengenakannya. Ni siapa yang nak

    habiskan ni?

    Korang ni depan rezeki tak elok bercakap banyak.

    Syah, Mir, cuba kamu jangan nakal sangat. Tak kesian kat

    adik ke asyik kena buli? Puan Dania menggeleng. Tangannya

    pantas memulas telinga kedua-dua anak lelakinya. Tak padan

    dengan seorang itu sudah menjadi bapak orang!

    Abahnya pula menghadiahkanjelingan maut.

    Tersentak kedua-duanya.

    Dannia ketawa kecil, sempat menjelirkan lidahnya

    kepada mereka berdua.

    Padan muka! Dannia mengangkat ibu jarinya

    tanda thumbs-up.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    49/112

    Syania Shaa

    49

    Harith tersenyum kecil, ceria betul. Sedaya upaya

    dirinya menahan ketawa melihat gelagat abang-abang

    iparnya. Di sudut hati terbit sedikit perasaan senang dengan

    keluarga mentuanya. Perasaan tidak senang pada mulanya

    terhakis sedikit demi sedikit. Tersedar akan itu, cepat-cepat

    diusir perasaan yang ingin bercambah di hati. Benteng

    egonya tadi yang kian runtuh kembali terbina kukuh.

    Setelah sarapan, masing-masing membuat aktiviti

    sendiri. Syahmin ke pejabat kerana ada urusan yang hendakdilaksanakan. Terpaksalah turun padang walaupun pada hari

    cutinya. Maklum sahajalah, peguam memang tiada masa

    lapang. Sibuk memanjang. Banyak kes yang perlu

    diselesaikan, katanya. Walaupun mempunyai syarikat sendiri

    yang dikongsi bersama rakannya, dia tidak pernah goyang

    kaki. Syahmin amat komited dengan kerjayanya. Apa sahaja

    kes yang diterima, sedaya upaya diselesaikan dengan sebaikmungkin. Selepas itu dia akan singgah di rumah mentuanya

    pula untuk menjenguk isteri dan anaknya di sana. Tambahan

    pula emak mentuanya tidak begitu sihat.

    Syahmir pula bekerja sebagai eksekuti akauntan di

    sebuah syarikat pengeluaran barangan import dan eksport.

    Lelaki itu tidaklah begitu obses dengan kerjanya jikadibandingkan dengan Syahmin. Seboleh-bolehnya, Syahmir

    tidak akan membawa pulang kerja-kerja untuk disambung di

    rumah. Baginya waktu pejabat ialah masa untuk bekerja. Bila

    di rumah, kerja mesti dilupakan. Entah dari mana prinsip itu

    datang. Kerana itulah Dannia lebih rapat dengan angahnya

    berbanding si along. Apatah lagi Syahmin sudah mempunyai

    keluarga sendiri.Seperti yang dijanjikan, Dannia dan Syahmir

    bertolak ke pekan. Sudah diberitahu kepada ibunya dan juga

    Harith ketika di meja makan. Lelaki itu hanya diam,

  • 7/30/2019 KYS pdf

    50/112

    Kasihku Yang Satu

    50

    mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Sudahnya hanya

    dibiarkan. Bagi la tu kut.

    Harith pula lebih suka menyendiri dan bersiar

    sendirian tanpa ditemani oleh Dannia. Jika terlalu bosan, dia

    akan menyusur ke tempat ternakan ikan keli milik

    mentuanya yang berada tidak jauh dari rumah. Melihat

    sendiri projek ikan yang diusahakan oleh Encik Zamani.

    Sapaan dan teguran orang yang berselisihan dengannya

    hanya disambut ala kadar dan diangguk sahaja, bak burungbelatuk. Namun hendak menguntumkan senyum,

    harammm....

    Banyak juga barang keperluan yang diborong oleh

    Dannia dan Syahmir. Penuh tangan lelaki itu menjinjit

    barang basah. Sebelah tangan lagi menjinjit plastik sayuran.

    Tepat matahari terpacak di atas kepala barulah mereka berdua

    pulang ke rumah. Itu pun setelah beberapa kali Syahmir

    merungut keletihan.

    Kau ke mana tadi? Suara kasar Harith menerpa

    gegendang telinganya. Ketika itu Dannia baru melangkah

    masuk ke bilik, mahu mandi setelah penat dan terasa

    badannya melekit kerana berperang di dapur menyediakan

    hidangan tengah hari. Pergerakannya di dalam bilik menjadisedikit kaku apabila melihat wajah menyinga Harith.

    Kenapa pulak ni? Apa pulak salah aku kali ni?

    Hujan tak, ribut tak... berangin satu badan pulak! Dengan

    langkah yang malas dia menghampiri Harith yang sedang

    bercekak pinggang. Bila masa entah lelaki itu pulang. Sedar

    tak sedar suara lelaki itu menerjah ke gegendang telinganya.

    Saya ke pekan dengan angah. Beli sayur dan ikan

    untuk masak tengah hari. Dannia pelik. Rasanya bukankah

    sudah diberitahu kepada ibu, malah Harith ada sekali tadi?

  • 7/30/2019 KYS pdf

    51/112

    Syania Shaa

    51

    Pekak agaknya mamat ni. Sengaja nak sakitkan hati aku la

    tu! Apa kena dengan lelaki di hadapannya ini? Apa yang

    dibuat semua tak kena pada mata Harith. Pening kepalanya.

    Ini baru sehari setengah hidup bersama lelaki ini, agaknya

    macam mana kalau sudah setahun? Boleh gila gamaknya!

    Heipompuan, kau tu nak pergi mana-mana mesti

    dapat kebenaran aku, tahu tak? Kau nak jadi isteri derhaka

    ke? Kalau aku tak izinkan tadi macam mana? Harith

    melenting. Sengaja mahu menggertak. Pandangannyadihalakan ke batang tubuh Dannia. Sakit mata melihat

    pakaian yang dipakai oleh Dannia, kekampungan betul. Baju

    kurung? Sudahlah lusuh. Entah apa-apa, tak beresyen betul!

    Macam ni nak jadi pendamping aku? Gila... memang tak la

    aku nak bawak kau kat majlis penting. Mahu malu seumur

    hidup, getus hati kecilnya.

    Sa... saya ingatkan awak dah tahu tadi. Awak, kan

    ada sekali tadi? Dannia tergagap-gagap menjawab dan sekali

    gus bertanyakan soalan kembali. Takkan tak perasan kut, aku

    beritahu tadi? Isy... biar betul dia ni!

    Kau ingat aku kebulur sangat ke nak dengar kau

    bercakap dengan keluarga tak guna kau tu? Kalau kau tak

    bagitau, macam mana aku nak tahu. Bodoh punya orang!Bukannya Harith tidak dengar perbualan Puan Diana dan

    Dannia. Dia dengar, malah sangat jelas di telinganya. Sengaja

    dia ingin menyakitkan hati Dannia. Hatinya cukup puas

    melihat air muka Dannia yang keruh. Rasakan!

    Maakan saya. Lain kali saya bagitau kalau nak

    keluar. Dannia menunduk dan meminta maa walaupun jelas

    bukan salahnya. Tidak berani memandang wajah marah

    Harith. Dia lebih rela memandang kakinya daripada muka

    Harith yang garang itu.

  • 7/30/2019 KYS pdf

    52/112

    Kasihku Yang Satu

    52

    Ucapan maa Dannia dibiarkan berlalu sepi.

    Langsung tidak diambil peduli, seolah-olah Dannia bercakap

    seorang diri. Tanpa memandang wajah Dannia, Harith keluar

    dari bilik itu dengan senyuman. Puas hatinya dapat

    melepaskan geram kepada Dannia, dapat menyakitkan hati

    Dannia dan juga melihat wajah itu bertukar keruh. Entah

    kenapa dia suka sangat melihat wajah itu bertukar merah

    padam. Kelakar pun ada melihat wajah itu. Haha ha...

    nampaknya selepas ini dia akan ada hobi baru.Apalah nasib kau lepas ni. Jangan harap aku nak

    kesiankan kau, apatah lagi jatuh hati pada perempuan seperti

    kau. Harith menggeleng berkali-kali. Terasa seram sejuk

    memikirkan jikalau Dannia yang menjadi pendampingnya

    seumur hidup. Malu besar aku nanti. Malam sikit! Jadimaid

    pun belum tentu aku terima.

    Yakah?

  • 7/30/2019 KYS pdf

    53/112

    Syania Shaa

    53

    SUZANNE masih ligat menari

    bersama teman lelakinya yang

    baru dua bulan dikenalinya.

    Muzik yang semakin rancak amat melekakannya. Dia tidak

    menghiraukan perlakuan lelaki di hadapannya yang begitu

    rakus meraba tubuhnya. Dia sudah tidak peduli itu semua.

    Bukannya tidak biasa, malah lebih daripada itu pun dia sudah

    alaminya. Berada dalam pelukan jejaka kacak di hadapannya

    amat mengasyikkan hati perempuannya. Begitu berbeza

    jika dirasakan kehangatannya ketika berada dalam pelukan

    Harith. Jika dengan Harith, mereka hanya bermesra sekadar

    biasa, malah tidak pernah dibawa sehingga ke kamar beradu.

    Izlan, lelaki kacak yang ditemuinya secara tidak

    sengaja ketika dia yang tergopoh-gapah mahu keluar dari

    kelab malam kerana panggilan Harith. Mujurlah ketika itu

    dia tidak minum. Baru beberapa jam di situ mahu

    menghangatkan badan, sudah ada yang datang mengganggu.Mujurlah tidak terkantoi dengan Harith. Lelaki itu amat

    menarik di matanya, kelihatan sungguh seksi. Dengan hanya

    perkenalan singkat antara mereka menghasilkan bibit-bibit

    Bab5

  • 7/30/2019 KYS pdf

    54/112

    Kasihku Yang Satu

    54

    cinta. Kini sudah hampir sebulan lebih mereka menjalin

    cerita cinta tanpa pengetahuan Harith, namun dia tidak pula

    ingin memutuskan perhubungan dengan lelaki yang

    menampung kemewahannya selama ini.

    Cuma Harith tidak pernah tahu akan perihalnya itu.

    Di hadapan Harith dia menjaga tingkah lakunya. Harith tidak

    pernah meragui kesuciannya. Malah dengan sewenang-

    wenangnya dia mempergunakan Harith untuk mendapatkan

    kemewahan. Di belakang Harith, Suzanne begitu ligat denganteman lelakinya. Begitu licik dia memainkan peranan, malah

    teman lelakinya tidak pernah tahu akan kecurangannya

    dengan lelaki lain.

    Sayang jika mahu melepaskan Harith. Lelaki itu

    bagaikan lubuk emas buatnya. Begitu juga dengan Izlan,

    lelaki itu begitu dicintainya walaupun tidak sekaya Harith.

    Malah sanggup menyerahkan segala-galanya kepada Izlan.

    Sudah beberapa kali dia terlanjur dengan Izlan, namun dia

    tidak pernah menyesal. Izlan pernah berjanji dengannya

    untuk bertanggungjawab, dan dia mempercayai lelaki itu.

    Sayang, jomlah rehat dulu. I dah penat. Suzanne

    menarik tangan Izlan. Terasa hangat, walaupun suasana

    begitu dingin.Kenapa ni? Izlan mengucup sekilas leher Suzanne

    yang terdedah. Bahu perempuan itu dielus-elus lembut.

    Dipandang wajah perempuan itu dengan penuh minat.

    Perempuan yang membuatnya tidak tidur lena sejak

    kebelakangan ini. Walaupun sudah beberapa kali bersama,

    namun dia masih tidak jemu. Satu-satunya perempuan yang

    mampu buat dia bahagia.

    Nothing, I just penat. Suzanne memeluk Izlan

    yang kepalanya bersandar pada bahunya.

  • 7/30/2019 KYS pdf