kursus kepimpinan

19
MODUL PELAKSANAAN AKTIVITI ICE- BREAKING DAN LDK ( PANDUAN FASILITATOR ) DISEDIAKAN OLEH : PUAN SITI SHALLYRA AIDA BINTI MOHD ALI GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK JELAI 3 (F) KURSUS KEPIMPINAN II TAHUN 2011 ANJURAN BERSAMA : BADAN DISIPLIN & PENGAWAS DAN UNIT BERUNIFORM SK JELAI 3 (F) SASARAN : Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Kesihatan, Ketua & Pen. Ketua Kelas, Pengerusi & Naib Pengerusi Unit Beruniform. TARIKH PELAKSANAAN : 14 November 2011 ( Isnin) BERTEMPAT DI : Dewan SK Jelai 3(F) BARISAN FASILITATOR LDK (Kursus Kepimpinan SK Jelai 3 (F) Tahun 2011): Fasilitator LDK/ Kumpulan: 1. Pn. Azalela Binti Salleh (Ketua Fasilitator) 2. Pn. Samsila Binti Sulaiman (Kump.1)

Upload: eiza-alias

Post on 10-Mar-2016

440 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kursus kepimpinan

TRANSCRIPT

Page 1: Kursus Kepimpinan

MODUL PELAKSANAAN AKTIVITI‘ICE- BREAKING’ DAN LDK

( PANDUAN FASILITATOR )

DISEDIAKAN OLEH :

PUAN SITI SHALLYRA AIDA BINTI MOHD ALIGURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SK JELAI 3 (F)

KURSUS KEPIMPINAN IITAHUN 2011

ANJURAN BERSAMA :

BADAN DISIPLIN & PENGAWASDAN

UNIT BERUNIFORMSK JELAI 3 (F)

SASARAN :

Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Kesihatan, Ketua & Pen. Ketua Kelas, Pengerusi & Naib Pengerusi Unit Beruniform.

TARIKH PELAKSANAAN :

14 November 2011( Isnin)

BERTEMPAT DI :

Dewan SK Jelai 3(F)

Page 2: Kursus Kepimpinan

BARISAN FASILITATOR LDK(Kursus Kepimpinan SK Jelai 3 (F) Tahun 2011):

Fasilitator LDK/ Kumpulan:1. Pn. Azalela Binti Salleh (Ketua Fasilitator)2. Pn. Samsila Binti Sulaiman

(Kump.1)3. Pn. Taslimah Binti Jamhari (Kump.2)4. Pn. Hanitah Binti Saat

(Kump.3)5. Pn. Azinah Binti Abdul Aziz

(Kump.4)6. Pn. Sarimah Binti Awang

(Kump.5)7. Pn. Hjh. Rohani Binti Ya

(Kump.6)8. Pn. Zaini Binti Ramli (Kump.7)9. En. Kamarudin Bin Awang (Kump.8)10. Pn. Noorasmaliza Binti Mat Alias

(Kump.9)11. En. Muhammad Nor Zikri Bin Ruslan

(Kump.10)

JADUAL KURSUS KEPIMPINAN(5 jam sahaja @ dalam sesi persekolahan sahaja)

Masa Tajuk Aktiviti Bentuk Aktiviti

7.30 pagi Kehadiran dan pendaftaran peserta

8.00 pagi Sesi Taklimat dan Suaikenal Taklimat

8.15 pagi Sesi 1: Ice-Breaking Permainan bermodul

9.00 pagi Aktiviti 1 LDK

9.30 pagi Aktiviti 2 LDK

10.30 pagi Rehat

11.00 pagi Aktiviti 3 LDK

11.45 pagi Aktiviti 4 Permainan bermodul

2

Page 3: Kursus Kepimpinan

12.30 tengahari Majlis Perasmian Penutup MajlisJamuanBersurai

Apa itu Latihan Dalam Kelompok (LDK)? :

Latihan dalam kelompok bermaksud aktiviti-aktiviti terancang yang dijalankan secara bersama-sama oleh ahli-ahli kelompok dengan panduan dan bimbingan fasilitator bagi mencapai suatu matlamat yang tertentu.

Etika Kelompok LDK :

1. Penerimaan tanpa syarat2. Kerahsiaan3. Keterbukaan 4. Keikhlasan5. Keterlibatan dengan rela hati 6. Tidak menghakim7. Rasa kepunyaan (belonging) kepada kelompok8. Tiada tindakan secara fizikal terhadap ahli lain.

Panduan kepada Fasilitator untuk mengendalikan kelompok :

1. Fasilitator mesti merujuk modul yang disediakan bagi memastikan keselerasan aktiviti dan perkembangan peserta dalam seminar. Ikut cadangan objektif dan langkah pelaksanaan aktiviti supaya dapat mencapai matlamat dan objektif seminar seperti yang diamanahkan oleh penganjur.

2. Duduk dalam bulatan atau ladam kuda. Pastikan semua ahli dapat melihat satu sama lain. Cara dan bentuk kedudukan boleh diubah suai pada sesi berikutnya.

3. Fasilitator elakkan menggunakan gantinama diri “cikgu”. Disarankan untuk menggunakan gantinama diri ”saya”.

4. Mulakan sesi dengan salam dan ucap sejahtera, doa.

Fasilitator boleh menyerahkan tugas memulakan sesi kepada ketua kelompok bagi sesi kedua dan seterusnya.

5. Pada sesi pertama fasilitator mestilah bijak membina hubungan yang mesra dengan ahli supaya diterima oleh kelompok. Terangkan tentang LDK dan etika kelompok.

6. Mulakan setiap sesi dengan rapport dan semak keselesaan ahli. Kemudian imbas kembali aktiviti yang lepas untuk memastikan ada kesinambungan.

3

Page 4: Kursus Kepimpinan

7. Luaskan peluang bercakap kepada semua ahli.

8. Gunakan permainan-permainan kecil (energizer) bagi menimbulkan minat atau untuk menghilangkan rasa bosan atau hilang perhatian ahli.

9. Pada sesi akhir fasilitator mengajak semua ahli bermaafan dan bersalaman.

4

ICE-BREAKING

Page 5: Kursus Kepimpinan

ICE-BREAKING

AKTIVITI 1TAJUK : MEMBENTUK KELOMPOK KATEGORITARIKH : 14 November 2011MASA : 8.15 pagi – 8.25 pagi (10 minit)TEMPAT : Dewan SKJ3(F)SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Menilai ketangkasan peserta bertindak mengikut arahan yang diberikan.

PELAKSANAAN :

1. Peserta beratur mengikut kumpulan masing-masing.(Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Kesihatan, Ketua & Pen. Ketua Kelas dan Barisan Pemimpin Unit Beruniform, Kelab & Permainan)

2. Setiap peserta dikehendaki membentuk satu kelompok besar berdasarkan;a. Abjad pertama nama ibub. Bulan kelahiran yang sama.

PENILAIAN : Peserta dinilai kecekapan mereka bergerak mencari kumpulan masing-masing.

RUMUSAN : Banyak faktor yang boleh menjadikan penyebab kejelekan antara sesama manusia yang baru dikenali.

FALSAFAH :

5

Page 6: Kursus Kepimpinan

1. Menimbulkan rasa kemesraan dan kejelekitan antara sesama peserta.

AKTIVITI 2TAJUK : TEPUK DAN SORAK CEMERLANG PEMIMPIN TARIKH : 14 November 2011MASA : 8.25 pagi – 8.35 pagi (10 minit)TEMPAT : Dewan SK Jelai 3 (F)SASARAN : Peserta-Peserta Kursus KepimpinanBAHAN : TiadaOBJEKTIF : Menjalin ikatan persahabatan dengan erat antara sesama peserta.

PELAKSANAAN:

1. Peserta beratur mengikut kumpulan yang baru dibentuk.

2. Setiap peserta bertepuk dan bersorak mengikut arahan ketua fasiltator dengan penuh bersemangat

PENILAIAN : Kumpulan dinilai berdasarkan kekreatifan mereka didalam membentuk jenis tepukan dan sorakan yang relevan dengan program.

RUMUSAN : Sesuatu ikatan mestilah dijalinkan dengan lebih erat dengan sesuatu sebagai jambatan penghubung kepada ikatan tersebut.

FALSAFAH :

1. Melatih peserta berkomunikasi dengan cara berkesan dalam masa singkat dengan orang yang baru dikenali.

2. Mencungkil sifat berani dalam diri peserta.

6

Page 7: Kursus Kepimpinan

AKTIVITI 3TAJUK : 30 KOTAK AJAIBTARIKH : 14 November 2011MASA : 8.35 pagi – 8.55 pagi (30 Minit)TEMPAT : Dewan SK Jelai 3 (F)SASARAN : Peserta-Peserta Program KepimpinanBAHAN : Edaran 30 Kotak AjaibOBJEKTIF :

PELAKSANAAN:

1. Setiap peserta menerima sehelai edaran 30 kotak ajaib (Lampiran I).

2. Peserta diminta berjumpa sahabat mereka yang dari berlainan kumpulan dan bertanyakan mana-mana satu soalan daripada kotak ajaib.

3. Jawapan hanya ”ya” atau ”tidak”

4. Jika jawapan ”ya” dapatkan nama, nombor telefon dan tandatangan peserta.

5. Jika jawapan ”tidak” tanya peserta lain.

6. 10 peserta yang lewat diminta menyanyikan 1 lagu patriotik.

PENILAIAN : Peserta dapat berkenalan dengan peserta lain.

RUMUSAN : Peserta dapat mengguna skil berinteraski dengan peserta dari kumpulan lain dan mengetahui minat serta latarbelakang peserta yang ditemui.

7

Page 8: Kursus Kepimpinan

FALSAFAH :

1. Melatih peserta berkomunikasi dengan cara berkesan dalam masa singkat.

2. Mencungkil sifat berani dalam diri peserta.

8

MODUL LDK

Page 9: Kursus Kepimpinan

AKTIVITI 1TAJUK : RANTAI NAMATARIKH : 14 November 2011MASA : 9.00 pagi – 9.30 pagi (30 minit)TEMPAT : Dewan SKJ3(F)SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan BAHAN : Tiada OBJEKTIF :

1. Sebagai satu tanda perkenalan antara peserta dan peserta serta dan fasilitator.

2. Mengeratkan lagi kerjasama antara peserta disamping mengetahui serba sedikit pengenalan diri kawan.

Prosedur :

1. Peserta pertama diminta untuk memperkenalkan diri(nama,bilangan adik beradik,cita-cita)

2. Peserta kedua pula akan memperkenalkan diri tetapi sebelum itu dia harus menyebut apa yang diperkatakan kawan yang pertama tadi.

3. Proses ini berlaku sehingga orang yang terakhir dimana dia akan mengulang apa yang diperkatakan orang yang pertama sehinggalah orang yang sebelumnya.

4. Kemudian barulah dia memperkenalkan dirinya kepada semua.

5. Fasilitator boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk sesi ini supaya ia menjadi lebih menarik.

9

Page 10: Kursus Kepimpinan

AKTIVITI 2TAJUK : 10 KELOMPOK TERBILANGTARIKH : 14 November 2011MASA : 9.30 pagi – 10.30 pagi (1 jam)TEMPAT : Dewan SKJ3(F).SASARAN : Peserta-Peserta Program KepimpinanBAHAN : Kertas Mahjong dan Marker.

OBJEKTIF : 1. Peserta dapat bekerjasama menyempurnakan tugasan dalam

kumpulan. (Perpaduan dan kerjasama dari ahli kumpulan adalah penting membolehkan sesuatu penyelesaian dibuat.)

2. Membolehkan peserta berfikir secara kritis dan inovatif dalam menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi. Setiap permasalahan ada

PELAKSANAAN :

1. Ahli kumpulan diminta melantik ketua dan penolong ketua kumpulan serta menjenamakan semula kumpulan mereka.

2. Fasilitator akan mengawasi ahli kumpulan membuat aktiviti yang diberi. Kumpulan diminta untuk membentuk:

a. Nama Kumpulan dan Moto (atas kertas mahjong)

b. Sorakan kumpulan masing-masing

3. Dipersembahkan untuk dinilai.

10

Page 11: Kursus Kepimpinan

AKTIVITI 3TAJUK : Keluargaku SahabatkuMASA : 11.00 pagi – 11.30 pagi (30 minit)OBJEKTIF :

1. Mengeratkan lagi silaturahim antara kumpulan.

2. Mengenal asal-usul keluarga dan kawan-kawan.

3. Berkongsi masalah pelajar yang mungkin hadir dalam keluarga.

PROSEDUR :

1. Pelajar akan diberi borang yang akan disediakan.

2. Kemudian pelajar dikehendaki mengisi borang tersebut sehingga siap.

3. Selepas itu lipatkan kertas tersebut menjadi sepucuk surat dan ditulis pada muka depan nama sahabat yang paling disukai dalam kumpulan tersebut.

4. Kemudian fasilitator akan mengambil semua surat tersebut dan menyerahkan kepada pelajar yang berkenaan.

5. Kemudian pelajar akan disuruh baca surat tersebut dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih dia untuk menjadi sahabatnya.

6. Bagi yang tidak dapat mencari namanya fasilitator akan menerangkan kemungkinan pelajar tersebut mempunyai masalah dalam pergaulan dengan kawan-kawan.

11

Page 12: Kursus Kepimpinan

LAMPIRAN: KELUARGAKU SAHABATKU

NAMA :

UMUR : TARIKH LAHIR :

CITA-CITA :

NAMA AYAH :

NAMA IBU :

BILANGAN ADIK-BERADIK : orang LELAKI: PEREMPUAN:

KENANGAN BERSAMA KELUARGA:-

MANIS :

PAHIT :

IMPIAN UNTUK KELUARGA :-

12

Page 13: Kursus Kepimpinan

KENAPA SAYA SAYANG SAHABAT SAYA?

AKTIVITI 4TAJUK : BISIKAN BAYUTARIKH : 14 November 2011MASA : 11.45 pagi – 12.15 tengahari (30 minit)TEMPAT : Dewan SKJ3(F)SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan BAHAN : Edaran, Wisel, Kertas A4 dan penselOBJEKTIF :

Peserta dapat mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu berubah maksud apabila ia disampaikan oleh ramai penyampai.

Prosedur :

1. Peserta berada dalam satu barisan.

2. Peserta di belakang sekali diberi skrip mesej.

3. Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula.

4. Peserta tadi membisikkan mesej kepada peserta di hadapan setiap kali wisel dibunyikan.

5. Peserta-peserta lain tidak boleh menoleh ke belakang.

6. Peserta yang menerima mesej tidak boleh bertanya.

7. Setelah selesai, Fasilitator :

a. Bertanya peserta di hadapan sekali apakah mesej yang diterima.

b. Bertanya kepada peserta-peserta lain tentang mesej yang diterima.

c. Meminta peserta pertama membaca skrip mesej yang diberikan.

13

Page 14: Kursus Kepimpinan

FALSAFAH :1. Jika mesej itu disampaikan dari mulut ke mulut melalui seorang demi

seorang, mesej yang akan diterima kelak akan ditokok tambah atau

didapati ada kekurangannya.

2. Jangan terlalu mudah percaya pada khabar angin dan hendaklah dikaji

terlebih dahulu akan kebenaran sesuatu cerita yang didengar.

3. Adalah lebih baik menyampaikan satu-satu maklumat itu secara

bertulis.

Lampiran – Aktiviti Bisikan Bayu

14

ADA SEEKOR ANAK KAMBINGDI LEHERNYA ADA LOCENG

BUNYINYA KLING … KLING … KLING

DITENDANG OLEH MALINGJATUH TERGULING-GULING

LALU MATANYA JULING

ADA SEEKOR ANAK KAMBINGDI LEHERNYA ADA LOCENG

BUNYINYA KLING … KLING … KLING

DITENDANG OLEH MALINGJATUH TERGULING-GULING

LALU MATANYA JULING

ADA SEEKOR ANAK KAMBINGDI LEHERNYA ADA LOCENG

BUNYINYA KLING … KLING … KLING

DITENDANG OLEH MALINGJATUH TERGULING-GULING

LALU MATANYA JULING

ADA SEEKOR ANAK KAMBINGDI LEHERNYA ADA LOCENG

BUNYINYA KLING … KLING … KLING

DITENDANG OLEH MALINGJATUH TERGULING-GULING

LALU MATANYA JULING

ADA SEEKOR ANAK KAMBINGDI LEHERNYA ADA LOCENG

BUNYINYA KLING … KLING … KLING

DITENDANG OLEH MALINGJATUH TERGULING-GULING

LALU MATANYA JULING

ADA SEEKOR ANAK KAMBINGDI LEHERNYA ADA LOCENG

BUNYINYA KLING … KLING … KLING

DITENDANG OLEH MALINGJATUH TERGULING-GULING

LALU MATANYA JULING

ADA SEEKOR ANAK KAMBINGDI LEHERNYA ADA LOCENG

BUNYINYA KLING … KLING … KLING

DITENDANG OLEH MALINGJATUH TERGULING-GULING

LALU MATANYA JULING

ADA SEEKOR ANAK KAMBINGDI LEHERNYA ADA LOCENG

BUNYINYA KLING … KLING … KLING

DITENDANG OLEH MALINGJATUH TERGULING-GULING

LALU MATANYA JULING

Page 15: Kursus Kepimpinan

AKTIVITI 4TAJUK : SI PUTIH DAN SI HITAM

AKTIVITI TAMBAHAN

TAJUK : SI PUTIH DAN SI HITAMTARIKH : 14 November 2011MASA : 30 minitTEMPAT : Dewan SKJ3(F)SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan ALATAN : Alat Tulis dan EdaranOBJEKTIF :

1. Supaya ahli kumpulan dapat mengenal pasti sifat positif dan negatif yang terdapat dalam diri masing-masing.

2. Ahli kumpulan dapat memikirkan cara-cara memperkembangkan sifat positifnya.

PROSEDUR :

1. Fasilitator mengedarkan inventori sifat positif dan negatif kepada setiap ahli.

2. Fasilitator menerangkan sifat positif dan negatif berserta contoh.

3. Ahli menerangkan sifat positif dan negatif dalam masa 5 minit.

4. Fasilitator memilih beberapa orang ahli secara rawak dan meminta ahli menerangkan 2 sifat positif serta contoh perlakuan atau perkara yang telah dilakukan.

5. Seterusnya fasilitator memilih dan meminta ahli menerangkan 2 sifat negatif serta memberikan cadangan bagaimana menghapuskan sifat-sifat tersebut.

15

ADA SEEKOR ANAK KAMBINGDI LEHERNYA ADA LOCENG

BUNYINYA KLING … KLING … KLING

DITENDANG OLEH MALINGJATUH TERGULING-GULING

LALU MATANYA JULING

ADA SEEKOR ANAK KAMBINGDI LEHERNYA ADA LOCENG

BUNYINYA KLING … KLING … KLING

DITENDANG OLEH MALINGJATUH TERGULING-GULING

LALU MATANYA JULING

Page 16: Kursus Kepimpinan

6. Setiap ahli diberikan peluang untuk membantu dan memberikan pendapat serta cadangan kepada ahli lain.

FALSAFAH :

1. Setiap individu mempunyai sifat positif dan negatif.

2. Sifat positif harus dikekalkan dan diperkembangkan manakala yang negatif harus dihapuskan.

Lampiran – Aktiviti Si Putih dan Si Hitam

INVENTORI SIFAT POSITIF DAN NEGATIFBIL SIFAT POSITIF SAYA SIFAT NEGATIF SAYA

16

Page 17: Kursus Kepimpinan

TAJUK : KAPAL KARAMTARIKH : 14 November 2011MASA : 30 minitTEMPAT : Dewan SKJ3(F)SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan ALATAN : EdaranOBJEKTIF :

1. Supaya peserta dapat bertindak dengan pantas berserta dengan pemikiran yang tajam.

2. Keputusan mestilah dibuat secara tepat dan tidak terburu-buru.

PROSEDUR :

1. Fasilitator mengedarkan lampiran kepada peserta.

2. Peserta dikehendaki menyenaraikan 6 orang yang perlu diselamatkan mengikut keutamaan.

3. Setelah itu fasilitator meminta ahli-ahli menyatakan pendapat mereka tentang penyusunan nama tersebut.

4. Peserta-peserta lain diminta memberi pendapat.

FALSAFAH :

3. Seseorang itu perlu bijak bertindak.

4. Tenang menghadapi saat-saat genting.

5. Keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam.

17

Page 18: Kursus Kepimpinan

Lampiran – Aktiviti Kapal Karam

Senarai 10 orang terapung-apung di laut kerana kapal yang merekanaiki telah pecah dilanda ombak dan karam di lautan. Kapal anda

hanya ada ruang untuk 6 orang sahaja.

Tugas Anda !Senaraikan 6 orang mengikut keutamaan, orang yang akan

diselamatkan.

ORANG KAYA YANG BUDIMAN

KAWAN KARIB

IBU YANG SAKIT TUA

PENCURI YANG INSAF

ABANG YANG BUTA

GURU KELAS ANDA

BAPA YANG TIDAK BEKERJA

ORANG MISKIN

PEMUDA YANG BAIK HATI

ADIK YANG NAKAL

18