kurikulum transformasi

12
KURIKULUM TRANSFORMASI MOHD BADIUZAMAN BIN YOB MOHD FIZRI BIN ABDUL HALIM

Upload: fritzi

Post on 15-Jan-2016

40 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

KURIKULUM TRANSFORMASI. MOHD BADIUZAMAN BIN YOB MOHD FIZRI BIN ABDUL HALIM. LATAR BELAKANG. Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: KURIKULUM  TRANSFORMASI

KURIKULUM TRANSFORMASI

MOHD BADIUZAMAN BIN YOBMOHD FIZRI BIN ABDUL HALIM

Page 2: KURIKULUM  TRANSFORMASI

LATAR BELAKANG

• Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.

Page 3: KURIKULUM  TRANSFORMASI

Transformasi

• Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum: struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah.

Page 4: KURIKULUM  TRANSFORMASI

Transformasi Kurikulum

Perubahan dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) 2010 & Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 2010: Reka Bentuk Kurikulum

• Organisasi kurikulum• Bahan kurikulum• Pentaksiran• Peruntukan masa

Tahap Persekolahan

Page 5: KURIKULUM  TRANSFORMASI

Reka Bentuk Kurikulum Transformasi

Insanseimbang

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Literasi Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran matematikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Kerohanian, Sikap & Nilai Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Fizikal & EstetikaPerkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diriPemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan globalPenghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Page 6: KURIKULUM  TRANSFORMASI

Kurikulum Berasaskan Standard

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Kurikulum Transformasi Prasekolah dan Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran

Page 7: KURIKULUM  TRANSFORMASI

Justifikasi Penggunaan Standard

Akauntabiliti guru • Memastikan SEMUA murid melepasi piawai standard yang

ditetapkan

• Mengatasi masalah murid keciciran

Skema dan piawai pengukuran • Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan

jelas

• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)

• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

Page 8: KURIKULUM  TRANSFORMASI

Tahap PersekolahanTahap ll Sekolah Rendah(Tahun 3 – 6) pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai

Tahap l Sekolah Rendah

(Tahun 1 – 2) penguasaan 4M dan kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap, dan nilai

Prasekolahperkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaanke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 4M

Taha

p Pe

rsek

olah

an

Page 9: KURIKULUM  TRANSFORMASI

Bahan Kurikulum

1.Dokumen Standard• Standard kandungan • Standard pembelajaran

2.Modul Pengajaran• Panduan untuk guru melaksanakan p&p

3. Modul Pembelajaran– Bahan pembelajaran untuk murid

Page 10: KURIKULUM  TRANSFORMASI

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

1. Kurikulum standard menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran seperti:

• hands-on learning • pembelajaran melalui bermain• inkuiri penemuan• pembelajaran berasaskan projek• pembelajaran luar bilik darjah • pembelajaran secara kontekstual• pembelajaran secara konstruktivisme• pembelajaran masteri

2. Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada murid.

3. Mengambil kira kepelbagaian kecerdasan murid .

Page 11: KURIKULUM  TRANSFORMASI

Pentaksiran

• Pentaksiran formatif berasaskan sekolah:

Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran

Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai

Bersifat autentik dan holistik

• Modul pengajaran dan pembelajaran mengandungi cadangan aktiviti pemulihan dan pengayaan

Page 12: KURIKULUM  TRANSFORMASI

KESIMPULAN

Meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dan pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan cabaran abad ke-21.

Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.