kuliah zohor - haniff.sghaniff.sg/wp-content/uploads/2018/07/kuliah-10.pdf•perlu berhati-hati...

14
KULIAH ZOHOR “Larangan Melakukan TakfirMasjid Maarof | 11 Julai 2018 Muhammad Haniff Hassan [email protected] / www.haniff.sg

Upload: vunhan

Post on 04-Jun-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KULIAH ZOHOR “Larangan Melakukan Takfir”

Masjid Maarof | 11 Julai 2018

Muhammad Haniff Hassan

[email protected] / www.haniff.sg

ول الله ر، أنه رسم بن عم ل ى هلل ليه سس م لل عن عبد الله

ل فقد بء بل أ .من لل ألخي ي كفرم " هم “حدم

• Abdullah b. Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.wbersabda, “Sesiapa yang berkata kepada saudaranya 'Hai, kafir' maka pasti akan menimpa pada salah satu darimereka.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Matn (Teks) Hadith

: م لل رسول هلل ل ى هلل ليه سس:ابن مسعود ريض هلل عن للعن

تلهل كفر" "س بلب املس م فسوق، س

• Abdullah b. Mas`ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullahs.a.w bersabda, “Memaki orang Muslim itu satu kefasikan danmemeranginya itu satu kekufuran.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

رير ع أب هم ه م س ، أن ل ى هللعن عراك بن ملل ول الله نه رسمليه ة، يقمولم ا

سس م لل

فمن رغب عن أب " ."ه فمو كمفر ال ترغبموا عن أ بئكم

• Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.wbersabda, “Janganlah kalian mengabaikan ayah kandungmu, maka siapa yang tidak suka kepada ayah kandungnya, maka iaadalah satu kekufuran.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Pengajaran Hadith

• Perbuatan mengkafirkan seorang Muslim adalah serius- samada tuduhan itu benar atau si penuduh pula jatuhkepada kekufuran.

• Para ulama berpendapat bahawa perbuatan mengkufurkanorang lain secara salah boleh membatalkan dua kalimahsyahadah- paling kurang ia adalah satu dosa besar.

• Wajib mengambil langkah berhati-hati dalam menghukumseorang Muslim sebagai seorang kafir supaya tidak tersilap.

• Ketiga-tiga hadith mengggunakan perkataan kufur bukan kafir- rujuk kepada perbuatan berkenaan bukan si pelakunya- mensifatkan perbuatan itu sebagai kufur tetapi tidakmelabelkan pelakunya sebagai kafir- fokus pada perbuatan, bukan pelaku (orang).

• Sikap yang sama juga boleh digunapakai dalam memberihukuman lain e.g melabelkan sesuatu sebagai kefasikan dankejahatan- elak dari melabelkan orang berkenaan kerana Allah taalamelarang memberi panggilan-panggilan yang buruk (surah Al-Hujurat : 11).

• Lafaz kufur dalam dalil-dalil syara’ tidak memberi maksudperbuatan berkenaan mengeluarkan seseorang dari agama Islam (hadith 2 dan 3)- ulama sepakat bahawa tidak berlaku baik terhadap orang tua, tidak menyebabkan seseorang itu terkeluar dari agama- Allah taala mensifatkan dua kelompok Muslim yang salingberperang antara satu sama lain sebagai golongan yang masihberiman, sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al-Hujurat : 9.

• Perlu berhati-hati dalam aplikasi dalil-dali syara’ yang merujuksesuatu perbuatan sebagai kufur- Ibn `Abbas kemuka satu konsep ‘kufr duna kufr’ - kufur yang lebih rendah dari kekufuran yang sebenar kerana tidakterkeluar dari agama.

• Perbuatan kufur di sisi syara’ bukan sedarjat, sebagaimanaiman mempunyai pelbagai cabang dan tingkatan- hendaklah meletakkan setiap darjat kekufuran itu padahukum dan layanan yang sesuai, bukan semuanya disamakan.

• Menta`yin (mengkhususkan) sesuatu sifat seperti kafir danfasik kepada individu adalah sesuatu yang tidak dianjurkanoleh Islam.

• Adab dan sikap seorang Muslim- sentiasa berusaha membenci dan menolak perbuatan yang kufur, fusuq (kefasikan) dan munkar- memelihara diri dari menyerang peribadi yang melakukannya.

KULIAH ZOHOR “Berlebih Kurang Dalam Berurusan Dengan

Manusia”

Masjid Maarof | 11 Julai 2018

Muhammad Haniff Hassan

[email protected] / www.haniff.sg

Matn (Teks) Hadith

ولم ، لل لل رسم ـ ل ى هلل ليه سس م ـ عن جلبر بن عبد الله "الله

ذاحل ا ذا بع س

حل ا م عبدا س تض رحم الله ذا ا

حل ا ."اشتى س

• “Allah merahmati seseorang yang bermurah hati / berlebihkurang pada ketika membeli, menjual dan menuntut haknya.” (Riwayat Al-Bukhari)

ل ى ولم الله ريرة، لل لل رسم من ألل " هلل ليه سس م عن أب هم

ت م م لث سيمل ألهلم الله ."مم

• “Sesiapa yang membenarkan iqalah bagi seorang Muslim, Allah akan menghilangkan penderitaannya.” (Riwayat Abu Daud & Ibn Majah)

• Iqalah bermaksud perbuatan seseorang yang membeli ataumenjual sesuatu kemudian menarik diri dari jual beliberkenaan setelah berlaku perjanjian atas sebab-sebabtertentu seperti si pembeli sedar bahawa ia tidakmemerlukan barang itu atau si penjual sedar bahawa iamemerlukan barang berkenaan.

Pengajaran Hadith

• Pengajaran tentang- sifat tasamuh iaitu berlebih kurang dan bermurah hati dalamberurusan sesama manusia- berurusan dengan manusia dalam jual beli, perjanjiankerjasama, pembahagian tanggungjawab dan hak dan lain-lain- melakukan perundingan (negotiation) yang berkaitandengan persoalan hak dan tanggungjawab setiap pihak.

• Jangan bersifat lokek, berfikir mengenai hak diri sendiri atauhanya memerhatikan kepentingannya sahaja tanpa peduliakan pihak yang lain.

• Terselindung disebalik sikap hanya memerhatikankepentingan diri sahaja ialah sifat lokek atau bakhil, sempitdada, tidak fleksibel dan lain-lain- tidak disukai oleh Islam - harus disucikan dari Muslim

• Boleh akibat kesan buruk pada hubungan dengan orang lain- Muslim dituntut untuk sentiasa memelihara hubungan baikdengan sesama manusia.

• Sifat tasamuh (tolak ansur) lebih memudahkan untukmencapai situasi win-win dengan pihak lain.

• Sifat tidak toleran dengan keperluan dan kepentingan orang lain menjurus kepada situasi hendak menang atau untungbagi sendiri sahaja.

• Mengamalkan sifat tasamuh menjadikan pihak lain akan sukaberurusan Muslim- membuka ruang bagi dakwah di samping penonjolan imejyang baik.

• Sikap apabila menghadapi kekurangan atau kelemahanseseorang atau sesuatu benda- walau pun Islam utamakan kualiti, Muslim hendaklah jugaambil kira sifat berlebih kurang dan berlapang dada dan tidakterlalu berkeras terhadap kekurangan dan kelemahan jikaberlaku.