kuliah al fatihah

Upload: cikguibrahim

Post on 05-Apr-2018

287 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    1/52

    TA J U K- TA J U K D I D A L A M K U L I A H A L FAT I H A H

    1. Kuliah Al Fatihah: Muqaddimah 1 2 - 6

    2. Kuliah Al Fatihah: Muqaddimah II - [Tujuh Ayat] 7 9

    3. Kuliah: Al-Fatihah: Ayat Pertama - Bismillahirrahmaanirrahiim 10 - 14

    4. Kuliah Al-Fatihah: Ayat Pertama - Bismillahirrahmaanirrahiim 2/2 15 - 16

    5. Kuliah Al-Fatihah: Ayat Pertama - Bismillahirrahmaanirrahiim 2/3 17 - 18

    6. Kuliah Al Fatihah: Ayat ke 2 Alhamdulillah 19 - 23

    7. Kuliah Al Fatihah: Ayat ke 2 Rabbilalamin 1/3 24 - 26

    8. Kuliah Al Fatihah: Ayat ke 2 - Rabbil'alamin 2/3 27 - 29

    9. Kuliah Al Fatihah: Ayat ke 2 - Rabbil'alamin [Ulasan] 30 - 32

    10. Kuliah Al Fatihah: Ayat ke 4 - Malikiyau middin 33 - 36

    11. Kuliah Al Fatihah: Ayat ke 5 - Iyyakana'budu waiyya kanasta'in 37 - 38

    12. Kuliah Al Fatihah:Ayat ke 6 - Ihdinas siraatal mustaqiim: 1/3 39 - 41

    13. Kuliah Al Fatihah: Ayat ke 6 - Ihdinassiraatal Mustaqiim 2/3 42 - 44

    14. Kuliah AlFatihah: Ayat ke6 Ihdinassiraatal Mustaqiim 3/3 45 - 47

    15. Kuliah AlFatihah: Ayat ke6 Ihdinassiraatal Mustaqiim [Ulasan] 48

    16. Kuliah Al Fatihah: Kuliah Akhir 49 - 51

    1

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    2/52

    1. Kuliah Al Fatihah : Muqaddimah I

    PETIKAN:

    Tetapi yang ini ahli Sains tidak dapat kesan. Yang ghaib tidak dapat dikesan. Mereka

    hanya mampu mengesan yang lahir sahaja seperti hubungan matahari denganmanusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, hubungan bintang-bintang dengankehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu. Padahal malaikat ikutcampur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan danmemberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhankerana kedurhakaan manusia.

    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Bismillahirrahmaanirrahiim

    Anak-anak yang saya kasihi sekalian,

    Alhamdulillah kita telah membincangkan tentang Kebesaran Al Quran. Kali ini apa yanghendak kita perkatakan atau kuliahkan ialah salah satu daripada surah dalam Al Quraniaitu Surah Al Fatihah.

    Surah Al Fatihah itu adalah suratul Makiyyah. Ia turun 2 kali iaitu di Mekah danMadinah.

    Maksud ayat Makiyyah itu ialah setiap ayat yang turun semasa sebelum Rasulullah

    berpindah ke Madinah. Yang disebut surah Madaniyah ialah setiap surah yang turun selepas hijrah keMadinah, sekalipun ayat i tu t idak turun di Madinah . Mungkin turun di Mekah,mungkin turun di Thaif atau mungkin dalam perjalanan.

    Ia dikatakan surah Al-Fatihah atau surah pembukaan. Boleh juga dikatakan surah yang mendapat kemenangan sebab dalam bahasa Arab, kemenangan itu dariperkataan fath, seperti Futuh Mekah, contoh: Sultan Muhammad Al Fateh (Muhammadyang dapat kemenangan). Mengapa disebut surah yang mendapat kemenangan?Kerana ia adalah ibu kitab. Ibu kitab yang tertulis di luh mahfuz ada di dalam Al

    Fatihah. Jadi kandungan Al Fatihah meliputi seluruh isi Al Quran. Kalau surah Al Fatihahdapat difahami dan dihayati intipatinya, itu pun sudah cukup untuk kita memahamiintipati Al Quran. Bila ia menjadi ilmu lalu dihayati dan di apply kan, pasti akan mendapatkemenangan. Maksud yang biasa, yang selalu dibahas ulama ialah Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan, di pintu Al Quran. Ertinya surah nombor 1. Tetapi anehkerana ia bukanlah ayat yang mula-mula turun. Yang mula-mula turun ialah dari surah

    Al Alaq sebanyak 5 ayat. Sepatutnya surah pembukaan itu ialah Surah Al Alaq tetapi iatidak disebut sebagai Surah Pembukaan Mengapa? Di sini kita akan dapat rahsianya.

    2

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    3/52

    Hikmahnya ialah kerana Al Fatihah itu merangkumi semua sama ada aqidah, syariat,akhlaq, dan terutamanya syariah. Kalau diperluaskan, syariah itu ialah peraturan atauundang-undang sistem hidup. Hikmahnya diturunkan Surah Al Alaq dahulu ialah Tuhanhendak menanamkan aqidah dahulu. Kalau aqidah belum ada, belum kenal Tuhan,tidak tahu kemampuan dan kuasa Tuhan, maka apa perlunya syariah. Oleh ituwalaupun Surah Al Alaq diturunkan awal, ia tidak disebut sebagai surah pembukaanatau surah kemenangan kerana ianya hanya menyebut satu juzuk iaitu aqidah sahaja.

    Al Alaq tidak mewakili seluruh Al Quran. Sebab itu surah Al Fatihah dijadikan surahpertama walaupun ia bukan surah yang pertama turun.

    Surah Al Fatihah ada 2 maksud:

    1. Surah Pembukaan

    2. Surah Kemenangan Al Fatihah ada tujuh ayat, termasuk ayat Bismillah. Bismillahi rahmaanir rahim ituadalah ayat dari Al Fatihah tetapi fahaman wahabi tidak memasukkannya dalam AlFatihah (ayatul min ayatilfatihah). Orang berfahaman Wahabi/tidak bermazhab, bilabersolat tidak membaca Bismillah. Terus sahaja membaca alhamdulillah. Kalau kitabersembahyang dengan Wahabi kita menjadi was-was sebab bagi kita Al Fatihah ituwajib/rukun solat..Patutnya kalau imam yang bijaksana, berhikmah, dan menghormatimazhab, kalau seorang imam berfikir mengenai masyarakat umum, membaca Bismillahitu lebih baik, jika pada keyakinannya Bismillah itu sunat, bukannya haram! Kalau diamembacanya pun dia akan mendapat pahala sunat. Kalau pada keyakinan seseorang

    Bismillah itu wajib dibaca [seperti kita], jadi batallah sembahyang kita. Ini tidak. Bagimereka [imam fahaman Wahabi] membaca Bismillah ianya hanya sunat. Kalau imam itubijak, jika dia membaca Bismillah, selain mereka mendapat pahala sunat danmenghormati mazhab selain mazhab mereka, ia juga menyelamatkan orang lain dariterbatal sembahyang.

    Al Fatihah ada tujuh ayat. Mengapa 7? Ini ada hikmahnya . Bukankah saya sudah katatadi, intipati Al Quran yang 30 juz itu ada di dalam Al Fatihah. Katalah ada seorangpakar, yang Tuhan berikan dia ilmu. Katalah dia tidak membaca seluruh Al Quran tetapidia berkata, Mari kita huraikan Al Fatihah. Mungkin dia akan syarahkan selama satu

    tahun kerana ibarat hendak menggali lombong, takkan memakai cangkul? Hendak mengeluarkan emas Al Quran!!

    Selepas setahun dia memberi kuliah, maka bila kita lihat Al Quran, maka akan didapatiapa yang disyarahkan dari huraian Al Fatihah itu akan sama dengan seluruh isi AlQuran. Tetapi tidak pernah ada orang yang hendak berbuat kerana tidak ada yangpakar.

    3

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    4/52

    Mengapa Al Fatihah ada 7 ayat? Ini ada hikmahnya yang besar. Ia ada hubungandengan manusia dan dengan segala ciptaan Tuhan, secara isyarat.

    1. Tujuh Ayat menggambarkan 7 hari dalam seminggu. Dalam 7 hari itulah manusiahendak menjadi jahat atau baik. Hendak mendapat rahmat atau mendapat laknat.

    Hendak bahagia atau celaka. Hendak menjadi kafir atau mukmin. Hendak kaya ataususah. Hendak sakit atau sihat. Ertinya dalam masa seminggu, kalau Al Quran yangintipatinya ada dalam Al Fatihah itu berperanan, maka dalam seminggu itu dia bolehselamat. Kalau Fatihah tidak berperanan dalam seminggu, maka akan kena laknatlahdia. Huru hara dan celaka.

    2. Begitu juga dalam seminggu itu sama ada manusia hendak menjadi baik atauburuk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu, selain solat adalah rukun Islamyang kedua, di dalam sembahyang itulah segala anggota 7 itu digunakan Kalau agamalain, bila menyembah Tuhan, tidak melibatkan semua anggota. Dalam Islam, semuaanggota terlibat untuk tunduk dan patuh. Kegunaan kepala bermacam-macam jenis.Tangan itu berapa banyak peranannya. Boleh buat baik atau jahat, boleh membunuhorang, boleh selamatkan atau celakakan orang. Begitu juga kedua lutut dan dua kaki.Dalam sembahyang inilah anggota-anggota sujud. 7 anggota penting manusia terlibatdalam solat. Sebab itu dalam doa iftitah kita sebut, hidup matiku adalah untuk Allah. Ertinya semua anggota yang penting dalam kita ini sudah ikrarkan bahawa kita serahpada Allah. Apa yang disebut oleh bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.Itu kalau kita sedari dan hayati.

    3. Al Fatihah ini ada 7 ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapatdihayati, itu yang akan menentukan nasib dia nanti sama ada neraka yang 7 atau

    syurg a yang 7. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatihah. Kalau Al Fatihah berperanandalam hidup, dia akan dapat salah satu dari 7 peringkat syurga. Kalau tidak dapatdihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari 7peringkat neraka.

    Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada 7 lapis langit dan 7 lapis bumi. Dilangit ada bermacam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupanmanusia. Demikian juga dengan 7 lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupanmanusia.

    Ramai ahli-ahli Sains yang membuat kajian, sudah mengesahkannya tetapi setakatyang lahir-lahir sahaja. Sebenarnya ia bukan berhubungan dengan yang lahir sahaja.Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja.

    Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman danseumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaibseperti malaikat. Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia jugatumpang mendoakan manusia kepada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknatmanusia. Tetapi yang ini ahli Sains tidak dapat kesan. Yang ghaib tidak dapat dikesan.Mereka hanya mampu mengesan yang lahir sahaja seperti hubungan matahari dengan

    4

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    5/52

    manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupanmanusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu. Padahal malaikat ikut campur tangandalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberiberkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan keranakedurhakaan manusia. Yang ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi Saintis tidak boleh.

    Jadi 7 langit dan 7 bumi ada hubungan dengan manusia sama ada bersifat dunia atauakhirat. Jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan olehahli Sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat?Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Sebabitu, bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu,

    jin pun bercakap bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalau diMalaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, ertinya jin itu dari Indonesia. Jin di Arabberbahasa Arab. Jadi jin menumpang bahasa manusia supaya nampaklah manusia itu

    lebih mulia dari jin. Jin belajar menumpang dengan manusia. Sekarang pun merekamenumpang belajar dengan kita. Eloklah jika tidak nampak. Jika nampak, tidak laratkita hendak lihat.

    Begitu juga soal makan. Kalau jin kafir, mereka makan tulang-tulang binatang yangdisembelih oleh orang kafir. Begitu juga jin Islam, mereka menumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Sebab itu hati-hati bila membuangtulang. Biarlah pada tempatnya. Kalau bersepah-sepah , jin makan, jin terlanggar anak kita, jadi masalah. Jadi Al Fatihah yang ada 7 ayat ini sangat berhubungan dengankehidupan.

    5) Yang terpenting dari itu, 7 ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh mendidik nafsu kita yang 7.

    Semakin kita hayati, semakin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Isi Al Quran ituterkandung di dalam Al Fatihah. Kalau dihayati, nafsu boleh menjadi baik sebab nafsuitu yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan.Paling-paling lemah, Al Fatihah atau isi Al Quran dapat mendidik nafsu sampai keperingkat Mulhamah. Itu pun sudah agak OK. Itu ertinya nafsu orang soleh. Kalaumutmainah, itu nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap. Kalau mulhamah masih lagi

    goyang. Tidak mantap lagi. Nafsu ada 7 dan ayat ini ada 7 itu bukan kebetulan.

    Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Al Fatihah padahal baru bercakap mengenaikulitnya. Baru muqaddimah sahaja. Baru di pintu Fatihah. Belum masuk lagi ke dalamtetapi sudah nampak besar isinya. Sebab itu saya lebih suka mengatakan Al Fatihah itusurah untuk mendapat kemenangan daripada dikatakan ia pembukaan Al Quran. Kalau

    5

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    6/52

    ulama mahsyurkan, dikatakan Al Fatihah itu surah pembukaan kerana diletak di depan Al Quran, itu pun tidak salah. Tetapi bagi saya elok dimahsyurkan yang kedua, yaknisurah kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Kerana ia merangkumi semuakehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti syurga, neraka, nafsu danlain-lain.

    Bila disebut Surah Fatihah, bagi orang yang ada ilmu, tergambarlah rangka Fatihahsecara umum. Kalau dikatakan Al Fatihah hanya pembukaan Al Quran, bukan salahtetapi itu hanya kecil dan sedikit sangat. Tetapi bila disebut Al Fatihah itu surahkemenangan, itu adalah intipati atau ibu. Baru muqaddimah pun sudah nampak besarnya. Maha BesarNya Tuhan. Cuba lihat, Allah gunakan ism fiil, yang telahmendapat kemenangan. Lebih baik makna ini kita mahsyurkan kerana Surah Fatihahitu menentukan seseorang itu akan menang atau tidak.

    2. Kuliah Al Fatihah : Muqaddimah II - [Tujuh Ayat]

    6

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    7/52

    Petikan : Seseorang yang dhaif dalam memahami 7 ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan 7 tahap nafsu itu.

    Allah menciptakan 7 ayat untuk menghadapi 7 neraka. Kalau kita jahat, kita tolak terusfalsafah ini, maka neraka paling bawahlah, yang paling dahsyatlah yang akandihadapinya

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Anak-anak yang dikasihi sekelian,

    Alhamdulillah, kita teruskan program kita. Moga-moga Allah beri kita ilmu untuk jadipanduan, bagi menyelesaikan berbagai-bagai masalah. Moga-moga hati kita ini jadiwadah yang boleh menerima ilmu-ilmu.

    Soalan : Benarkah Bismillah sebagai ayat pertama Fatihah itu ikhtilaf?

    Jawapan saya, itu bukan ikhtilaf. Bismillah itu sangat besar maksudnya, tidak bolehdikatakan ikhtilaf. Kalau kita mengaji ilmu tafsir, tujuh ayat dalam Al Fatihah itudirangkapkan 2-2. Seperti bentuk sajak. Hujungnya disamakan, mim dengan nun,akhirnya dipasang-pasangkan.

    Tujuh ayat Fatihah itu jangan kita anggap sebagai kebetulan.Agar hidup ini dipandang

    berat dan supaya tidak disia-siakan, janganlah kita anggap semua itu kebetulan.

    Tawaf , perjalanan antara Safa dan Marwah juga 7 kali.Semua hal-hal yangberhubungkait dengan manusia, Tuhan ciptakan dengan bilangan tujuh.

    Maha Suci Tuhan yang mentakdirkan Al Quran yang mempunyai 6,666 ayat,diringkaskan kepada 7 ayat yang menjadi satu matan. Yang mana Allah menetapkanbahawa 7 ayat itu sama dengan 6,666 ayat Al Quran. Maha Hebat Allah. Mengapa Allahberbuat begitu adalah diluar kemampuan kita untuk memahaminya.

    Apa istimewanya angka 7 i tu?

    Cuba kita fokus kepada 7 ciptaan lain yang mana ia bukan merupakan huruf atau ayattetapi bersifat maddi atau maknawi...ada 7 anggota badan, 7 langit , 7 syurga, 7neraka, 7 hari dan 7 nafsu .

    Hari juga diciptakan 7, tidak 8 atau 9. Mengapa tujuh? Allah yang Maha Tahurahsianya. Itu manusia tidak boleh menjawabnya. Allah juga memilih untuk membuat

    7

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    8/52

    anggota badan itu tujuh. Semua ciptaan-ciptaan yang berkait rapat denganpengendalian hidup manusia, Tuhan samakan dengan Al Fatihah, ummul Kitab ini.

    Cuba kita lihat nafsu yang ada 7 peringkat. Manusia akan bermula dengan paling jahat kepada paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya.Kalaulah

    manusia menghabiskan banyak masanya untuk study dan praktikan berkaitan nafsu,manusia akan mampu membawa dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan pernah menjadiseorang yang bernafsu amarrah , pernah mencapai tahap nafsu lauwamah,mulhamah, mutmainnah,radhiah dan paling tinggi akan sampai ke mardhiah .Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai ke nafsu kamilah yakni nafsuyang paling atas.

    Manusia biasa boleh menjangkau sampai mardhiah kalau dia sangat berusahamengendalikan nafsunya.

    Setakat kita ini jika mencapai tahap mulhamah pun sudah OK, kalau boleh pergi sampaike mutmainnah, itulah yang terbaik untuk kita.

    Bagaimana untuk kita mengendalikan nafsu kita supaya sampai jadi taraf malaikat, itusemua mesti dirujuk kepada Al Quran. Tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapayang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadapnafsunya, maka dia akan dapat merasai bagaimana dia merangkak dari satu tahap kesatu tahap.

    Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh

    dilihat tetapi sangat berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbirnafsunya. Tetapi untuk itu mesti dirujuk kepada Al Quran. Ayat Al Quran terlalubanyak namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita tumpukan kepada tujuh ayatsahaja.

    Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita menguasai segala kekuatan yangada di dalamnya maka dengan cara itulah sahaja kita boleh mengendalikan nafsu kita.

    Yang sebenarnya kalau kita boleh menguasai 7 ayat itu,kita boleh sampai ke peringkatke tujuh nafsu kita yang mana nafsu itu kita boleh tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh

    berbuat hingga sampai peringkat ke tujuh itu. Rasulullah SAW boleh tetapi setakat kitayang hari ini makna Fatihah pun belum boleh faham, rasanya tidak sempat untuk kitasampai ke peringkat itu. Jika dapat peringkat mulhamah pun sudah cukup.

    Allah menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan 7ayat dari surah Al Fatihah itu. Allah menetapkan, kekuatan 7 ayat Al Fatihah itu bolehmengendalikan 7 peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama.

    8

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    9/52

    Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta 7 ayat yang dengan kekuatannya mampuberhadapan dengan 7 peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah bolehmengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah wujudkan nafsu itu 7 peringkat. Kitalihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumi kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam 7 ayatsahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan 7 peringkat nafsu. Ia bukankebetulan.

    Seseorang yang dhaif dalam memahami 7 ayat ini maka dia akan dhaif dalammengendalikan 7 tahap nafsu itu.

    Allah menciptakan 7 ayat untuk menghadapi 7 neraka. Kalau kita jahat, kita tolak terusfalsafah ini, maka neraka paling bawahlah, yang paling dahsyatlah yang akandihadapinya.

    Sayangnya Universiti-universiti tidak menetapkan ini untuk dikuasai.Hari ini orang

    hanya belajar bagaimana untuk menguasai lombong bijih dan minyak. Mereka tidak fikir untuk menggali lombong Al Fatihah, satu kekuatan untuk mendapat syurga atauneraka. Manusia akan masuk neraka mengikut kadar dia melihat Al Fatihah itu.Seorang yang inginkan syurga Allah maka kuasailah Fatihah itu.

    Menyentuh tentang hari yang 7 pula, rupanya Allah jadikan hari-hari itu tidak sama.Seorang boleh menguasai harinya dengan baik apabila dia menguasai kekuatanFatihah.

    3. Kuliah: Al-Fatihah: Ayat Pertama Bismillahirrahmaanirrahiim

    9

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    10/52

    PETIKAN : Sebab itu kalau kita baca sejarah, orang yang lurus dan bersih hatinya,yang sangat sensitif, dia nampak sangat Rahmat Tuhan itu, seolah-olah seperti salj iyang turun . Setiap detik Tuhan memberi kasih sayang tetapi kita t idakpernah terasa kasih sayang Tuhan . Tidak pernah jatuh hati dengan Tuhan. Tidak pernah terasa serba salah dan malu dengan Tuhan. Bottom of Form

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Anak-anak yang dikasihi sekelian

    Kita sudah memperkatakan muqaddimah Ummul Kitab. Belum memperkatakan isinya.Baru menyentuh yang luar-luar. Kalau ibarat istana, kita belum tahu apa yang didalamnya dan secantik mana ia. Kita baru lihat dari luar. Lihat dinding luar itu punsudah terasa keindahannya. Kalau kita masuk istana, tentu lebih puluhan kali

    keindahannya. Marilah kita lihat lagi ke dalam ummul kitab yang merupakan seluruhintipati isi Al Quran dan sunnah, demi untuk keselamatan manusia dunia dan akhirat.Ummul Kitab atau pun Al Fatihah itu, bagi siapa yang mengamalkannya akan mendapatkemenangan. Ia bukan sahaja surah pembuka Al Quran tetapi pengertian sebenarnyaialah surah kemenangan. Dengan maksud, kalau diamalkan, ia adalah penentu,pembawa kemenangan. Ia bukan surah pertama diturunkan tetapi isinya kalaudifahami, dihayati, diamalkan dalam kehidupan dan perjuangan, maka ia bolehmembawa kemenangan.

    Al Fatihah dimulai dengan Bismillah...iaitu dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi

    Maha Penyayang. Di sini Tuhan sebut namaNya, yang mana Tuhan itu Maha Pemurahlagi Maha Penyayang. Dua sifat ini adalah sifat Tuhan yang termasuk Asmaul Husnayang 99. Ertinya sifat-sifat Tuhan yang disebut dalam Asmaul Husna, yang ada dalamQuran dan Hadis, itu semua merupakan satu pakej yang memperlihatkan kebesaran,keagungan dan kehebatan Allah. Daripada keseluruhan itu, yang merupakan 1 pakej,yang Tuhan tidak sebut sebenarnya lebih banyak tidak terhingga. Ertinya kebesaranTuhan dan keagungan Tuhan tidak ada kesudahan tetapi Tuhan hanyasebutkan 99. Anehnya kerana daripada 99 sifat Tuhan itu, Tuhan sangat menonjolkansifat Rahman dan Rahim Nya.

    Sebab itu Hadis ada menyebut, Setiap perkara-perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan Bismillah maka terputuslah berkatnya..

    Tuhan tidak pilih sifat-sifatnya yang lain. Contoh: Bismillahi Jabbar , Bismillahi Sobur atau Bismillahi Syakur. Mengapa Rahman dan Rahim yang dipilih? Bismi itu bukansifat. Rahman dan Rahim itu sifat Allah. Allah itu dikatakan Ismu jalalah, nama yangMaha Agung. Nama bagi satu Zat yang dikatakan Dia lah Tuhan, yang menciptakan

    10

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    11/52

    langit dan bumi. Yang dipopularkan, dimasyhurkan dan dipopularkan ialah dua sifat Nyaiaitu Rahman dan Rahim Mengapa Tuhan tonjolkan 2 sifat ini dan tidak yang lain?Kalau kita kaji setidak-tidaknya ada beberapa maksud atau faedahnya iaitu:

    1.Kalau kita prihatin, memang 2 sifat inilah yang tertonjol. Katalah As Syakur , ia tidak

    berapa nampak. Al Jabbar dan Al Qahhar boleh dilihat sekali sekala seperti gunungberapi meletus, dilanggar kereta, ada pemimpin yang jatuh (!). Sekali sekala nampak Al Kabir dan Al Kudrah Nya. Tetapi Rahman dan Rahim sangat tertonjol. Setiap detik tertonjol tetapi aneh kita tidak prihatin!.

    Sebab itu kalau kita baca sejarah, orang yang lurus dan bersih hatinya, yang sangatsensitif, dia nampak sangat Rahmat Tuhan itu, seolah-olah macam salji yang turun .

    Yang terkesan ialah sifatnya yang sekali sekala berlaku. Berlaku gempa bumi di Iran,sebulan orang perbualkan padahal beberapa tahun sekali ia berlaku. Ajaib sekali.Bila

    ada orang mati dilanggar kereta, ia jadi bualan padahal bukan setiap detik ia berlaku.Patutnya yang diperhatikan ialah Rahman dan Rahim Tuhan itu sebab ia bukansahaja setiap detik berlaku bahkan setiap suku detik ia berlaku. Buktinya, ia berlakudari kita bangun tidur sejak pagi. Sedar-sedar sahaja kita boleh bernafas. Hidup lagiaku. Sayangnya Tuhan dengan aku. Dengan nafas itulah aku boleh hidup. Kita hidupitu adalah dari kurnia Rahman dan Rahim Tuhan.

    Bila kita pergi bilik air, itu Rahman dan Rahim Tuhan. Boleh melangkah lagi aku.Tuhan sayang lagi dengan aku .

    Masuk bilik air, ada air lagi untuk mandi. Kita rasa segar. Tenaga kita yang tidak aktif semalaman itu , bila dapat air, terasa segar. Padahal waktu sakit itu dahsyat. Kena air, sakit hilang. Itulah kasih sayang Tuhan. Baru sampai bilik air sahaja, berapa ribuRahman dan Rahim Tuhan. Mandi, bernafas dalam bilik air. Lepas itu kita bolehsembahyang dengan Rahman dan Rahim Tuhan juga. Seterusnya kita keluar pergikerja dengan nafas yang turun naik, itu juga Rahman dan Rahim Tuhan yang berlakusetiap detik.

    Kita melangkah kaki, memijak di bumi Tuhan.Kalaulah Tuhan jerluskan, bukankahdahsyat. Boleh berpijak dengan baik di bumi Tuhan. Boleh pula melihat-lihat ciptaan

    Allah, Rupanya mata aku tidak buta. Ini Rahman dan Rahim Tuhan. DenganRahman dan Rahim Tuhan itu, kita seperti di lambak-lambak dengan nikmatTuhan,Kalau dia bukan seorang pemimpin manusia, perasaan yang dirasa untuk dirinyasahaja maka dia akan mabuk [sakr] dengan Tuhan. Itulah istilah-istilah yangdipakai.Dia seperti orang gila kerana tidak tahan dengan Rahmat dan nikmat yangbukan sahaja matanya dapat lihat bahkan hatinya juga melihat. Kalau Rasulullah SAW

    11

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    12/52

    itu bukan pemimpin, mungkin dia sudah mabuk. Kalau sudah mabuk, sudah tidak bolehmemimpin orang ramai.

    Tetapi biasanya pemimpin-pemimpin itu Tuhan kawal perasaannya supaya tidak sampaimabuk. Setakat hatinya sahaja yang mabuk.Sebab itu kalau kita lihat ahli sufi yang

    bukan memimpin, ramai yang aneh-aneh. Kita hendak ikut dia pun, dia tidak sukasebab dia perhubungannya dengan Tuhan terganggu kerana kita.

    Sebab itu Sayidina Ali RA dan Sayidina Umar RA , ketika bertemu Uwais AlQarni, Uwais Al Qarni tidak mahu bercakap panjang dengan mereka. TentulahSayidina Umar dan Sayidina Ali lebih tinggi pangkat dan darjat dari Uwais Al Qarni yanghanya afdhol tabiin iaitu tabiin yang paling utama. Orang yang ada hubungan hatidengan Tuhan, dia tidak seronok untuk berhubung dengan manusia jika dia bukanpemimpin manusia. Uwais hanya menjaga kambing orang ramai. Dia adalah ulamaberwatak nabi yang hanya jaga dirinya. Sebab itu dia mabuk dengan Allah. Biasanyaorang kalau berjumpa Sayidina Umar dan Sayidina Ali, mereka hendak berlama-lamakerana mereka rasa itulah ibadah mereka. Melihat muka mereka pun terasa terhubunghati kita dengan Tuhan. Tetapi orang macam Uwais Al Qarni yang sentiasa terhubungdengan Tuhan, dia jadi semacam mabuk bersendirian.

    Jadi itu hikmah yang pertama mengapa Allah menonjolkan diriNya dengan dua sifat ini.Kalau orang prihatin dalam kehidupannya, mata, akal dan rohnya prihatin, memangsifat Rahman dan Rahim Tuhan sangat menonjol. Sifat Rahman dan Rahim Tuhanyang mencurah-curah itu ibarat seorang di padang pasir, didatangkan salji yang tidak berhenti-henti . Munasabahlah dua sifat ini tertonjol. Tetapi pelik, begitu sekali pun

    tertonjol dalam kehidupan manusia, bahkan Tuhan ingatkan selalu dengan disebutRahman dan Rahim itu melalui Bismillahi rahmanir rahim . Namun kita buat t idaktahu dan kita t idak rasa

    Padahal saya sebut tadi, dari bangun tidur, di bilik air, depan rumah, belum jauh punkita melangkah, begitu banyak nikmat Tuhan. Jadi munasabahlah Tuhan suruhmenyebut nama ini pada setiap perbuatan yang baik. Memang sifat inilah yangtertonjol. Tetapi sifat yang tertonjol ini tidak diperhatikan manusia. Menunjukkan hatisudah terlalu lalai. Kalau orang bukan Islam, kita tidak hairan. Ini orang yang masihsolat, puasa dan naik haji pun tidak rasa. Seolah-olahnya Rahman dan Rahim Tuhanitu kebetulan sahaja.

    Ini samalah dengan contohnya: Mungkin kita ada kawan, orang kaya yang pemurah.Dia ajak kita bersiar-siar sekali sekala. Dia memberi kita pakaian, memberi kita hadiahuntuk dibawa balik kepada anak. Dua bulan kemudian , kita jumpa dia lagi. Dia ajak kita makan dan ajak kita round2 dengan keretanya.Ia berlaku sekadar sebulan sekali

    12

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    13/52

    atau dua bulan sekali. Itupun kita mula bercakap, Baiknya orang itu, pemurah danberkasih sayang.

    Tapi aneh anak kita atau kita sebagai anak yang setiap hari duduk dengan ibu, diberibuku sekolah, diberi pakaian, sekali sekala dibawa keluar, kita tidak pernah rasa ibu

    ayah sayangkan kita.

    Malah berfikir pula,Sayang kah ibu aku ni?Jangan-jangan benci.

    Kita boleh terikat hati dengan orang luar padahal sekali sekala sahaja orang buat baik pada kita. Itupun dia katadia sudah sayang dengan orang itu. Padahal ibu ayahnyahari-hari berbuat baik padanya, menanggung makan dan minum, tidak terasa olehnyaibu dan ayahnya sayang.

    Ini samalah dengan apa yang orang buat pada Tuhan. Tuhan Pemurah dengan

    mereka, setiap detik dan setiap saat tetapi tidak pernah pula disebut. Setiap detik Tuhan memberi kasih sayang tetapi kita tidak pernah terasa kasih sayang Tuhan . Tidak pernah jatuh hati dengan Tuhan. Tidak pernah terasa serba salah dan malu denganTuhan.

    Kalau mengikut akal, tidak logik ia berlaku. Kalau dibahaskan logik atau tidak logiknya,tentulah kita akan lebih sayang dengan orang yang hari-hari belanja kita bukan yangbelanja sebulan sekali. Tetapi yang tidak logik itulah berlaku. Begitulah kita buat padaTuhan. Sekalipun kita sembahyang, puasa, wirid, zikir tetapi t idak nampaknikmat, rahmat dan kebaikan Tuhan.

    Enam bulan sekali, bila sakit gigi, kita berkata, Apalah Tuhan ni!!. Yang sekali itu yangdiingat. Waktu sihat itu kita lupa. Termasuklah kita yang berjuang, solat, puasa dannaik haji tetapi tidak teringatkan rahmat dan nikmat Tuhan. Itu menunjukkan hendak hidupkan hati susah sekali padahal kita dimandikan dengan Rahman dan RahimTuhan setiap hari . Jadi Tuhan suruh baca Bismillah kerana Tuhan hendak isytiharkan 2sifat ini yang menonjol. Sifat yang lain hanya berlaku sekali sekala untuk kesedaran,untuk insafkan manusia.

    2. Hikmah kedua: Supaya berkat setiap kebaikan yang kita buat sama adayang bersifat maddi atau maknawi , rohaniah, jangan lupa baca Bismillah . Supayalahir cinta terhadap Tuhan. Apa rahsianya? Kita cinta atau tidak cinta Tuhan, itu tidak

    jadi masalah bagi Tuhan. Keagungan Tuhan tetap. Ia tidak berubah sama ada kita cintaatau bencikan Nya. Tuhan seolah-olah mengajar kita apabila kita baca Bismillah, kitatersedar atau tersentak yang mana waktu itu kita akan prihatin dengan banyaknyanikmat Tuhan. Supaya kita cintakan Tuhan. Agar kita jatuh hati dengan Tuhan.Faedahnya bukan untuk Tuhan.

    13

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    14/52

    Kalau orang cintakan Tuhan automatik dia akan cinta sesama manusia. Untungnyasesama manusia. Bila cinta sesama manusia, tiada pergaduhan, ada tolak ansur,bekerjasama, bermaaf-maafan, tiada hasad dengki, tidak ada peperangan.

    Keuntungan, faedah dan manfaatnya untuk manusia, bukan untuk Tuhan. Di sini ada

    rahsia dalam rahsia. Dalam Rahman dan Rahim Tuhan itu, bila kita kaji hikmahnya,dalamnya itu ada Rahman dan Rahim . Hikmahnya itu juga adalah Rahman danRahim Tuhan. Dalam Rahman ada Rahman . Dalam Rahim ada Rahim . Dalam kasihada kasih. Dalam cinta ada cinta. Dalam kebaikan ada kebaikan. Kalau yang diluar punkita tidak sedar, yang mata boleh lihat pun tidak perasan, betapalah yang tersirat.Kerana manusia ini, walaupun dia sembahyang tetapi hatinya sudah buta. Kalau Tuhantidak ingatkan dengan Bismillah, teruslah buta hati kita

    Walau sudah diingat-ingatkan pun tidak sedar. Macam anak kita yang setiap hari duduk di rumah, kita beri pakaian, pergi sekolah beri duit belanja, beri buku, tetapi tidak pernah dia rasa ibu dia sayang. Orang yang sekali belanja dia, dia kata,Macammanasaya tidak sayang dia sebab dia belanja. Padahal orang itu belanja sebulan sekali.Sedangkan ibu dia setiap hari belanja, dia tidak sayang, manalah hati tidak menangis.Itu adalah kerana kita juga iaitu ibu dan ayah tidak pun jatuh hati dengan Tuhan makaTuhan balakan...maka anak kita pun tidak dapat rasa kasih sayang kita. Itu antara anak , ibu, ayah dan orang luar. Yang kita pula, antara manusia dengan Tuhan. Pemberianmanusia kita rasa tetapi pemberian Tuhan kita tidak rasa. Kita sama dengan anak kita.

    Ada orang pemurah dengan kita, kita puji tetapi Tuhan setiap detik beri kita rahmat,tidak pernah kita puji atau promosikan Nya. Tidak rasa bersalah dengan Tuhan, tidak fikir macam mana hendak balas nikmat Tuhan. Khusyuk atau tidak kita dalam solatsebagai kesyukuran kepada Tuhan. Jadi patutlah Tuhan suruh kita baca Bismillah.Besar peranannya yakni hendak menyedarkan manusia bahawa Tuhan itu berkasihsayang. Agar dengan itu manusia cinta Tuhan.Hasil cinta Tuhan, akan cinta sesamamanusia.Akan berlakulah keamanan, keselamatan dan kebahagiaan.

    Selama ini kita belajar Bismillah,Kalau hendak buat sesuatu perkara, baca Bismillah ya.Jangan tidak ikut sunnah ya. Setakat itu sahaja. Tidak perasan mengapa besarnyaRahman dan Rahim Tuhan itu. Tidak terasa besarnya Tuhan, tidak terasa perananNya besar. Tidak nampak hikmahnya besar. Tidak nampak besarnya rahmat dan nikmatTuhan. Tidak nampak patutnya kita cinta Tuhan supaya cinta kita sesama manusia.

    4. Kuliah Al-Fatihah: Ayat Pertama Bismillahirrahmaanirrahim 2/2

    14

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    15/52

    PETIKAN :Orang yang mendidik anaknya dengan Tuhan, roh anak akan hidup, tetapiorang yang mendidik anaknya dengan duit, rohnya akan mati"

    Tuhan suruh setiap kebajikan itu dimulakan dengan Bismillah. Artinya dalam satu hari,berapa ratus kali kita baca Bismillah. Hendak makan, minum, pakai pakaian, hendak berjalan, kita baca Bismillah. Apa maksud lainnya?

    Supaya kita ada rasa kehambaan . Rupanya kita tidak boleh hidup tanpa Tuhan.Rasa kehambaan itu sihat tawadhuk yang wajib . Tuhan suka sangat hamba itumerasa hamba. Jadi bagi yang prihatin, dia menjadi tawadhuk, merasa perlu denganTuhan, dia merasa kalau tidak kerana Tuhan, dia tidak boleh hidup. Lahirlah rasaberTuhan. Akhirnya hati kita sentiasa berhubung dengan Tuhan. Rupanya Allahmennyuruh kita membaca Bismillah, kebanyakan kita pada hari ini tidak sampai

    kematlamatnya. Paling baik, baca Bismillah itu sekadar dapat berkat kerana ikutsunnah Rasullah SAW.

    4.Hikmah lain yang tersirat, kalau kita tidak baca Bismillah dalam berpakaian,makan, minum ertinya apa yang kita buat tidak berkat . Kalau tidak berkat, Tuhantidak bersama kita. Bila Tuhan tidak bersama, itu yang jadi masalah. Bila makanminum, penyakit pun banyak . Bila kita berpakaian , hati jadi lalai, rasa diri cantikdan hebat . Lalai itu adalah satu bala dari Tuhan. Buat apa pun kalau tidak bacaBismillah, walaupun berjaya Tuhan beri cara istidraj . Maju di satu sudut tetapi negatif di sudut lain. Berniaga maju tetapi orang benci, anak isteri tidak harmoni. Oleh keranaTuhan marah, diberi secara istidraj, untung disatu sudut, di lain sudut Tuhan tarik kasihsayang, makan banyak datang penyakit dan lain-lain lagi.

    5. Kalau kita kaji dalam Bismillahi rahmanir rahim, terutama bila baca Al Fatihah sampaihabis, kemudian sebelum baca ayat lain, baca Bismillah, selain hendak pertahankanberkat, kedudukannya sunat sahaja. Tetapi bagi Al Fatihah diwajibkan kerana iasatu ayat daripada surah itu . Kalau solat tidak baca Bismillah, batal Fatihah, batalsolat.

    Apa maksudnya? Sebenarnya kita baca BIsmillah ini kasih sayang Tuhan. Bagi kita, AlQuran yang isinya ada di dalam Al Fatihah itu, kalau kita ada ilmunya, boleh fahami,hayati dan applykannya dalam kehidupan kita, itu rahmat dan nikmat Tuhan yangpaling besar, yang mana kita akan selamat di dunia dan akhirat. Begitu kasih sayangTuhan. Patutlah Tuhan suruh baca Bismillah di awal Al Fatihah sebab Tuhan itu MahaPengasih dan Penyayang. Patutlah wajib baca Bismillah pada Al Fatihah, tidak sepertisurah-surah lain.

    15

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    16/52

    Inilah yang sebenarnya kemuncak hikmah Rahman dan Rahim Tuhan.Apa yang sayaceritakan di atas termasuk dalam isi Al Fatihah. Saya dahulukan supaya kita nampak,sebab nikmat yang lahir, mudah untuk kita faham dan cepat terasa. Nikmat yangbersifat rohaniah perlu dikaji dan dibahaskan baru terasa. Begitu juga rahmat dannikmat Tuhan yang bersifat akliah lebih mudah kita rasa daripada yang bersifatruhiyyah atau maknawiyah.

    Sebab nikmat Tuhan ada 3 iaitu yang bersifat mata, bersifat akal dan bersifatroh .

    Mata cepat nampak nikmat tetapi itu pun payah untuk terasa.

    Yang bersifat akliah, mungkin lambat sedikit untuk terasa manakala yang bersifatruhiyyah itu lagilah lambat. Perlu dikaji, dicungkil dan diulaskan baru terasa.

    Dulu saya belajar Al Fatihah 5 minit sahaja. Kemudian tukar surah lain. Tidak terasabesarnya Al Quran. Hanya ingat fadhilatnya sahaja. Ruhaniahnya tidak terasa.

    5. Kuliah Al-Fatihah: Ayat Pertama - Bismillahirrahmaanirrahiim 2/3

    SOALAN:

    16

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    17/52

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    18/52

    Kesimpulan: Kerana Bismillah adalah sebahagian dari Al Fatihah, hakikatnya dariBismillah itu Allah hendak menghadiahkan kita sebesar-besar hadiah. Kalau kita fahamini, kita tidak akan pernah terputus hati dengan Allah. Kunci keselamatan dunia danakhirat iaitu Al Fatihah yang di dalamnya ada Bismillah, inilah kemuncak kebesaranyang diperolehi dari Bismillah itu.

    Didalam Bismillah itu ada Allah yang Maha Baik, yang sangat mencintai kita dan darisana kita akan dapat mengenal diri bahawa kita rupanya hamba yang amatmemerlukan Tuhan setiap detik . Bila itu berlaku, manusia mendapat kebahagiaanyang sebenarnya, rahmat dan berkat.

    Yang sebenarnya Allah hendak beri istana yang besar iaitu Al Fatihah yang pintunyaadalah Bismillah.

    Ibu bapa mengalami ketandusan kasih sayang dari anak-anak walhal dia sangatmelimpahkan kasih sayangnya kepada mereka, kenapa? Kerana mereka itu tidak menunaikan satu daripada tanggungjawab iaitu memahamkan bahawa Tuhan ituadalah sebesar-besar kasih sayang.

    Ibu bapa berikan anak-anak nasi setiap hari, mengapa anak-anak tidak diberi iman punsetiap hari?

    "Orang yang mendidik anaknya dengan Tuhan, roh akan hidup tetapi

    orang yang mendidik anak dengan wang, rohnya akan mati ."

    Satu pengkhianatan besar oleh ibu bapa bilamana mendidik anaknya dengan wang.Sedangkan mendidik dengan Tuhan itu adalah ketepatan untuk menghidupkan roh dankemanusiaan anak itu. Secara tak sedar kita sebagai ibu bapalah yang membunuhkemanusiaan anak kita sendiri.

    6. Kuliah Al Fatihah: Ayat Ke Dua - Alhamdulillah

    18

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    19/52

    Setelah kita hurai Bismillah, bahas dan nilai, barulah terasa munasabahselepas itu kita puji Tuhan. Yakni selepas bismillah, alhamdulillah ...

    Setelah kita terasa banyaknya nikmat dan rahmat Tuhan, setelah kitasudah terasa kita tidak boleh hidup tanpa Tuhan, setelah kita terasa kitaini hambaNya yang patut merendah diri pada Nya, sebab pada Tuhanada segalanya, yang mana pada Dia lah keselamatan kita, setelah kitarasa patut kita cintai dan takut denganNya.

    Maka barulah rasa sedap hendak sebut alhamdulillah itu. Bila sebutalhamdulillah itu, kita sudah terbayang begitu rahmat dan nikmat Tuhanyang sangat melimpah ruah. Kalau tidak, kita sebut alhamdulillah , kita

    tidak rasa apa-apa.

    Tamsilnya ibarat kita kenal seseorang A yang dia itu orang yang baik dan membantu, tentu kita akan cerita dengan orang lain B yang tidak tahu sangat hal A itu. Kita puji A itu baik sebab kita yang memujinyaterasa dan tahu A itu suka menolong dan suka memberi. B yang kitaceritakan padanya tentang kebaikan A tadi, mungkin percaya atas dasarkita puji. B mungkin tidak terasa apa-apa sebab itu bukan pengalamandia. Sekadar dia baik sangka sahaja terhadap A.

    Begitulah selama ini kita puji Tuhan Tuhan tidak terasa apa-apa.Kadang-kadang alhamdulillah jadi wirid pula Alhamdulillah,alhamdulillah, alhamdulillah ... hanya sekadar tidak prejudis, baik sangka, merasakan ia perkataan baik yang patut disebut selalu tetapikita tidak terasa apa-apa.

    Kalau tidak terasa apa-apa, yang berlaku ialah ia tidak membangunkan jiwa. Jiwa tidak hidup dan tidak terangsang. Lain sekali dengan orangyang memuji Tuhan dan dapat merasa yang mana akal serta

    perasaannya terus dimandikan oleh rahmat dan nikmatTuhan .

    Sama ada yang mata boleh melihat, yang tangan boleh sentuh, yangboleh difikirkan dan yang ada dalam perasaan. Maka dalam keadaan itu,

    19

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    20/52

    bila dia puji Tuhan, dia sangat terasa, sangat terhibur, sangat bahagia,sangat terbangun perasaannya. Orang yang begitu bila puji Tuhan,terutama bila dijadikan zikir, sangat indah, sangat lazat, sangat terhiburdan sangat bahagia sebab ada satu rasa yang tidak boleh hendak digambarkan.

    Sebab dia puji Zat yang Maha berkuasa, yang sudah memperlihatkanpada dirinya, rahmat dan nikmat Tuhan itu. Seolah-olah di depanmatanya, nikmat dan rahmat Tuhan itu macam salji turun. Makaindahlah bila dia sebut alhamdulillah .

    Orang yang tidak nampak nikmat Tuhan sekalipun melalui matanya,

    tidak terasa oleh hati, lebih-lebih lagi nikmat atau rahmat yang bersifatrohaniah, dia baca alhamdulillah sekadar untuk cari fadhilat. Ianya tidak dapat bangunkan syahsiah dan akhlak. Ia tidak mampu sebab apa yangdia sebut itu tidak menggugat perasaannya. Tidak terasa apa-apa. Makapatut sekali Tuhan letakkan Alhamdulillah itu selepas Bismillahi rahmanir rahim . Kalau kita faham Bismillah itu seperti yangdisyarahkan, maka kita pun cakap Alhamdulillah ... ia akan jadi sangatindah, sangat memberi kesan dan sangat memberi erti. Kalau tidak, kitatidak akan rasa apa-apa. Maha Besar Tuhan.

    Mari pula kita terokai isi atau intipati alhamdulillah . sama ada yangbersifat mata, akliah atau rohaniah. 'Segala puji bagi Tuhan'. Apakah'puji' itu?

    Erti Puji: Ungkapan-ungkapan perkataan yang baik untukditujukan pada seseorang (kalau orang) atau pada Zat (kalauTuhan), yang mana ungkapan-ungkapan itu layak bagi orangitu atau yang layak bagi Zat i tu.

    Kalau itulah takrif pujian atau itulah isi pujian, kalau kita kata Alhamdulillah , maka bagaimanakan segala puji bagi Tuhan ituberdasarkan takrif tadi?

    20

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    21/52

    Bagaimanakan untuk memuji Tuhan mengikut takrif itu? baiknya Tuhan,hebatnya Tuhan, maha kuasanya Tuhan, pemurahnya Tuhan dan mahaagungnya Tuhan. Semua itu layak bagi Tuhan. Kalau kita hendak pujiTuhan atas dasar kelayakannya, ia bukan sekadar itu. Kalau Tuhanizinkan, katalah kita boleh hidup sejuta tahun, sepanjang sejuta tahunitu kalau kita hendak puji Tuhan, tidak akan habis. Mengapa?

    Sebab sifat kesempurnaan Tuhan itu tidak terhingga dan tanpabatas.

    Kalau Tuhan izinkan kita hidup sejuta tahun yang manakita sentiasa memuji Nya dengan lazat, tanpa rasasusah, tanpa terleka, maka sejuta tahun itu t idak cukupkerana ia t idak ada kesudahan. Maha besar Nya Tuhan.

    Patutlah selepas Bismillah , ialah alhamdulillah sebab perkataanyang layak bagi Tuhan itu tidak ada kesudahan. Jadi kalau kita

    hendak puji Tuhan, ia tidak akan berkesudahan. Oleh kerana umurkita pendek, tidak mungkin kita boleh buat.Kalau dipanjangkanumur kita berjuta-juta tahun pun, Tuhan lihatkan pada kitakesempurnaan Nya, tidak akan ada stop.

    Jadi kalau kita faham, baru sedap menyebut alhamdulillah sebabkita nampak mengapa patut kita puji Tuhan itu, sebab sifat yangpatut bagi Tuhan itu tidak terhingga. Maha bijaksana Tuhanmeletakkan perkataan Bismillah kemudian Alhamdulillah .

    Memuji Tuhan ini ada 3 peringkat:

    1.Memuji dengan yang ada hubungan dengan Zatnya

    2.Memuji dengan yang ada hubungan dengan sifat-sifat Nya

    3.Memuji atas rahmat dan nikmat Nya

    21

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    22/52

    Jadi memuji Tuhan itu adakalanya berhubung dengan Zat Nya,adakala berhubung dengan sifat-sifat Nya dan adakala atasrahmat dan nikmat Nya. rahmat dan nikmat itu sudah kitaperkatakan, yang ada yang bersifat mata, yang bersifat akal danbersifat rohaniah.

    1.Contoh kita memuji Tuhan atas di atas Zat Nya:

    "Wahai Tuhan, Engkau yang maha kekal. Wahai Tuhan, Engkaumaha esa. Wahai Tuhan, Engkau tidak perlukan ruang. WahaiTuhan, Zat Engkau tidak menyerupai segala yang baru. Ya Tuhanmaha suci Engkau dari mengambil tempat, berada dalam masadunia dan akhirat".

    2..Contoh pujian kita ke atas Tuhan berkait dengan sifat-sifatNya: "Engkau Maha pengasih, Maha penyayang. Engkau mahapengampun. Engkau maha lembut. Engkau maha qahhar (keras)dan jabbar. Engkau maha bersykur, Engkau maha lemah lembut.Engkau maha agung, Engkau maha tinggi, Engkau maha pemarah(Tuhan memang layak)" Itulah pujian yang memang layak ke atasTuhan.

    3.Memuji Tuhan di atas pemurah dan penyayang Nya:

    "Pemurahnya Engkau Tuhan, Engkau beri aku makan, beri akuilmu (ada hubungan dengan nikmat akli). Terima kasih Tuhankerana kenalkan Diri Mu padaku. Terima kasih Tuhan keranaEngkau jadikan Engkau Tuhan aku (itu nikmat dan rahmat). Terimakasih kerana memberi aku kesenangan, anak, pakaian, kesihatan,

    beri pemandangan yang indah dan macam-macam lagi."

    Jadi memuji Tuhan itu, yang semuanya layak untuk Tuhan,adakalanya pada Zat Nya, adakala pada sifat-sifatNya, adakalapada nikmat dan rahmat Nya.

    22

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    23/52

    Pembahagian pujian i tu pula ada 5 iaitu :

    1.Puji Tuhan pada diri Nya . Tuhan memuji diri. Ini banyak

    terdapat dalam Al Quran dan Hadis.

    Contohnya:"Aku Tuhan, sembahlah Aku. Tidak ada Tuhan selain Aku. Aku adalah qahhar. Aku jabbar. Aku pengasih danpenyayang." Dia memuji diri Nya. Ada Hadis mengatakan, "Akukasih pada hamba Ku, lebih dari seorang ibu mengasihi anaknya."

    Apakah hujah untuk membenarkan Tuhan memuji diri Nya? SebabTuhan memang layak. Lagipun mana ada yang lebih atas dariTuhan. Kalau dia hendak puji diri Nya, siapa yang hendak hukum

    Dia. Kalau kita hendak puji diri sendiri, nanti ada yang lebih atasyang akan tegur sebab ada orang yang lebih layak. Kalau Tuhanpuji diri Nya. Dia pun memang tiada tandingan.Sebab itu adaamalan-amalan khusus kerana kita tidak mampu untuk puji Tuhanmaka kita berkata, "Aku puji Engkau Tuhan sebanyak manaEngkau puji diri Engkau sendiri. Anggaplah ini juga pujianku untuk Mu". Ini termasuk rahmat Tuhan. Ini cara short cut sebab kita puntak larat hendak puji Tuhan. Tuhan boleh terima, kan in tidak bolehmasuk akal. Secara logik mana boleh kongsi tetapi itulah yangdisebut rahmat Tuhan itu luas. Dengan Tuhan tidak payahlah ikut

    prosedur yang logik-logik macam kepercayaan sesetengahgolongan.

    2.Pujian Tuhan pada hamba Nya:

    Contohnya:"Aku suka pada orang yang bertaubat." "Aku sukaorang yang bertaqwa" "Aku suka orang yang pemurah" "Aku sukaorang yang buat dosa dan kemudian bertaubat atas dosanya" " Akulebih suka pada orang yang merintih atas dosanya daripada tasbihpara aulia"

    3.Pujian seorang hamba pada Tuhannya. Itu mudah kita faham.Selemah-lemah kita, kita mesti ada puji Tuhan.

    4.Puji hamba kepada hamba.

    23

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    24/52

    Contohnya: A kata B ini pandai dan sabar. Tetapi elok memujidibelakangnya, takut dia tak tahan hendak bawa. Sebab puji didepan itu macam letak kayu balak di bahu. Ada ke orang yangboleh pikul kayu balak 10 ton atas bahunya?

    Pujian dibolehkan kerana hakikatnya dia puji Tuhan. (Barangsiapayang tidak bersyukur pada manusia, hakikatnya dia tidak bersyukurpada Tuhan). Kalau kita puji manusia, hakikatnya kita puji Tuhan.Sebab orang itu dapat nikmat dari Tuhan. Nikmat itu bukan hakiki

    5.Pujian seseorang atas dirinya sendiri. I tu t idak boleh kecualiatas dasar hendak sebut nikmat Tuhan yang ada padadirinya . Tetapi itu kena berhati-hati.

    Contohnya: Nabi-nabi terpaksa puji dirinya. Macam RasulullahSAW kata," Saya adalah seorang yang paling takut denganTuhan."Kalau Rasulullah tidak sebut, umat akan terkeliru. Janganada orang yang anggap, ada orang yang lebih takut pada Tuhandari Rasul. Dia ceritakan nikmat Tuhan pada dirinya bukan keranamegah tetapi kena berhati-hati. Takut berbunga di dalam hati.

    Rasulullah mengatakan,"Saya adalah orang yang paling fasihmenyebut (huruf) dhad ." Sebab menyebut huruf dhad itu susah.

    Memuji diri itu tidak digalakkan kecuali atas dasar hendak sebutnikmat Tuhan seperti oleh Rasul setelah diilhamkan.

    Selepas sebut Bismillah , baru seronok hendak katakanalhamdulillah , iaitu segala puji hanya layak bagi Tuhan. Yang laintidak layak dipuji. Itulah huraian dan tafsirannya bagi yangdikatakan "Segala puji hanya layak bagi Tuhan itu.

    24

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    25/52

    6.Kuliah Al Fatihah: Ayat ke Dua - Rabbil Alamin 1/3

    7. Kuliah Al Fatihah: Ayat ke 2 - Rabbil alamin 1/3

    PETIKAN: Apabila dikatakan pentadbir atau pendidik alam, Dialah yang menjadikan,Dialah yang mentadbir, yang menjaga, yang mengurus, menjaga keselamatan, yangmenentukan, yang buat ukuran bagaimana untuk mentadbir alam dan seterusnya

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------- Assalamualaikum wr wb

    Bismillahir rahmanir rahim

    Anak-anakku yang dikasihi,

    Kita sedang memperkatakan surah Al Fatihah. Kita baru sahaja di permukaannya.Setelah membahas Bismillah, hinggalah kita baca sampai akhir, rupanya setiap ayat itusatu sama lain berkait. Ada munasabahnya ia tidak terpotong-potong tetapiberhubungkait. Bila kita bahas tentang Bismillah , kita nampak rahmat, dan nikmat

    Tuhan itu terlalu banyak. Terasa kita tidak boleh terlepas dari Tuhan. Kita merasa kitabenar-benar hamba yang mengharapkan bantuan Nya. Setiap yang berlaku, kitaterhubung dengan Tuhan. Kalau kita lakukan dengan kesedaran maka munasabah,selepas Bismillah , ayat satu dari Fatihah itu, Alhamdulillahi rabbil 'alamin . Sekarang kitahendak sambung , 'rabbil 'alamin' .

    "Segala puji hanya untuk Allah...". Setelah kita bahas dari Bismillah lagi, layaklahpujian itu hanya untuk Tuhan sahaja. Orang lain tidak boleh ambil. Kalau kitasandarkan juga pujian pada manusia, itu hanya pemberian Tuhan kepada orang itu,sebagai saluran Tuhan melalui nikmatNya. Walaupun sebagai saluran, bukan miliknya

    tetapi Tuhan suruh puji juga, berdasarkan hadis yang mengatakan,"Siapa yang tidak bersyukur dengan nikmat-nikmat, dia tidak bersyukur kepada Ku."

    Jadi walaupun mulut memuji orang itu, hati tetap memuji Tuhan. Kita puji manusia itudengan mulut kerana manusia itu ada hak. Pemberian Tuhan itu hak dia sementarawaktu. Sebab itu mulut kita puji tetapi hati kita tetap memuji Tuhan. Jadi kita pujiorang itu hakikatnya, secara indirect memuji Tuhan. Sebagaimana Rasul-rasul yang

    25

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    26/52

    kadang-kadang memuji dirinya tetapi hakikatnya hatinya memuji Allah kerana diahanya memuji nikmat yang Tuhan beri kepadanya. Ini adalah ulangan supaya adahubungan dengan kuliah hari ini.

    Rupanya pujian itu hanya untuk Tuhan yang orang lain tidak boleh ambil. Kalau pun

    ada hanya nisbi, bukan hakiki.

    Jadi kalau nikmat dan rahmat itu adalah segala-galanya dari Tuhan, tidak ada sumberlain, maka layaklah Dia itu rabbil 'alamin (mentadbir alam). Jadi layaklah Tuhan itumentadbir alam atau mendidik alam. Mengapa di sini Tuhan menggunakan 'rabb '?

    Orang Arab, kadang-kadang dia panggil tuan rumah itu dengan panggilan rabbul bait .Mengapa Tuhan tidak katakan, "Alhamdulillah k h a l i q u l 'alamin ? atau

    'Alhamdulillahi j a a i l i n 'alamin (Pujian bagi Tuhan yang menjadikan alam).

    Sebab kalau dikatakan ' K h a l i q u l ataupun ' j a a ' i l i n , hanya bertanggungjawabmenjadikan alam sahaja, selepas itu dibiarkan. Tidak perlu bertanggungjawab lagi.Tetapi Tuhan menamakan diri Nya R a b b i l ' a l a m i n ' . Maknanya global sedangkan'K a h l i q u l ataupun ' j a a ' i l i n , itu maknanya satu.

    Apabila dikatakan pentadbir atau pendidik alam, Dialah yang menjadikan, Dialah yangmentadbir, yang menjaga, yang mengurus, menjaga keselamatan, yang menentukan,yang buat ukuran bagaimana untuk mentadbir alam dan seterusnya. Barulah kita

    faham kalimah ' r a b b ' itu maknanya global. Tuhan dikatakan 'rabbul kaabah' . Dia bukanhanya menjadikan Kaabah bahkan lebih dari itu.

    Perkataan ' r a b b ' di sini ada hubungkait dengan tauhid. Tauhid ada 2 bahagian, tauhidrubbubiyah (pentadbiran dan pendidikan) dan tauhid uluhiyah (ketuhanan).

    Rubbubiyah itu dari perkataan ' r a b b ' itu, isim masdar.

    Tauhid itu ada 2 bahagian iaitu tauhid ketuhanan dan tauhid pentadbiran.

    Daripada sifat 20 atau lebih luas lagi, dari asmaulhusna itu, ia jadi 2 bahagian. Ada

    yang bersifat rubbubiyah dan ada yang bersifat uluhiyah . Bagaimana kita hendak bezakan mana yang bersifat ketuhanan dan mana yang bersifat pentadbiran itu?Jawapannya ada 2 iaitu:

    1.Uluhiyah itu bersifat Zat (Contohnya : Tuhan itu qadim, Esa) Kalau Tuhan tidak adasifat itu, ia tidak layak jadi Tuhan. (Maha Suci Tuhan). Ada tak makhluk yang tidak adapermulaan? Tidak ada, maka tidak ada makhluk yang layak jadi Tuhan.

    26

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    27/52

    Ada tak makhluk yang esa, yang tidak boleh dipecah-pecahkan? Tidak ada, maka tidak ada makhluk yang layak jadi Tuhan.

    Sifat uluhiyah itu hanya ada pada Allah maka Allah sahaja yang layak jadi Tuhan.

    2.Rubbubiyah pula, ia memerlukan suatu yang bertambah. Kalau kita katakan Tuhanitu esa, perlukan esa itu bertambah? Tidak.

    Tetapi kalau Tuhan itu dikatakan berkuasa maka ada benda yang kena kuasa. Adabenda yang ditambah atau dikena.

    Contohnya Tuhan itu 'alim maka ada benda yang Tuhan tahu. Jadi ia bertambah. "alimitu bukan hanya Zat. Contoh lain, Tuhan berkehendak. Ada yang kena. Maka bila adabenda yang berlaku, maka itu kehendak Tuhan. Rubbubiyah itu berhubung denganhamba.

    Sifat uluhiyah Tuhan ada 6 iaitu wujud, qidam, baqa', mukholafatuhu,qiamuhubinafsih , wahdaniah . Bakinya, 14 sifat lagi adalah sifat rubbubiyah..

    27

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    28/52

    8. Kuliah Al Fatihah : Ayat ke Dua-Rabbil Alamin 2/3

    PETIKAN

    Tuhan berkata,"Tidakkah engkau melihat kebesaran Ku dalam penciptaan langit danbumi ini." Melihat itu bukan dengan mata tetapi dengan roh, dengan hati.

    "Dalam penciptaan langit dan bumi dan perubahan malam dan siang, itulah tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang mempunyai hati ."

    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Assalamualaikum wr wb

    Dengan sebab itu, 'Segala puji bagi Tuhan yang mentadbir sekelian alam', di situ ada

    sifat rubbubiyah . Tidak dikaitkan sifat uluhiyah itu. Dia bukan sahaja menjadikan alambahkan mentadbirnya. Dia lah yang menentukan samada hendak menyelamatkan ataumenghancurkan.

    Perlu diingat, bila Tuhan menjadikan suatu makhluk, kemudian Tuhan mentadbir,bukan sahaja makhluk yang Tuhan hendak jadikan itu sudah Tuhan tentukan dariazali...bagaimana Tuhan hendak mentadbir itupun sudah ditentukan dari azali lagi.Ertinya sejak belum bermula lagi, Tuhan menentukan itu pun tiada permulaan. Yangada permulaan itu bila wujud tetapi rancangan itu tidak ada permulaan.

    Apa maksud dari azali? Ertinya bukan Tuhan merancang. Kalau Tuhan merancang, adatempoh bermulanya. Seperti zat Tuhan tidak bermula, apa sahaja yang Tuhan hendak

    jadikan, hendak tadbirkan, itu sejak azali.

    Bila Tuhan hendakmen jadikan sesuatu, bila sudah terjadi, kejadian itulah yang adapermulaan. Tetapi rancangan untuk menjadikan itu, tidak ada permulaan. Kalau adapermulaan, sudah sama dengan makhluk. Maha Suci Tuhan dari ada permulaan

    Begitu juga setiap makhluk yang Tuhan jadikan samada manusia, malaikat, langit,bumi, planet, bukan sahaja merancang itu tidak ada permulaan, bukan sahajamenentukan besar atau kecilnya itu tidak ada permulaan dan bukan sahaja bila hendak menjadikan sesuatu itu tidak ada permulaan.

    Bila satu perkara itu Tuhan jadikan, Tuhan bersifat Rabb tadi, Dia ' rabbil'alamin '.

    Bila dikatakan alam itu bermakna, yang selain Tuhan itu adalah alam. Samada alamakhirat atau alam dunia. Kalau hendak dipecahkan lagi, ada alam jin, alam malaikat,alam manusia, alam jamadat, alam kayu kayan dan lain-lain. 'Alamin itu perkataan

    28

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    29/52

    jamak, global. Bila sebut 'alamin , semua terangkum samada yang berkait dengan duniadan akhirat.

    Apa yang saya hendak maksudkan, bila Tuhan menjadikan makhluk Nya, alam duniaatau akhirat, malaikat atau manusia, Tuhan yang bersifat Rabb itu.

    Dia akan mentadbir berdasarkan ketentuan Nya semenjak azali lagi.

    Apakah ketentuan Nya?

    Iaitu sunnah yang akan berlaku pada makhluk-makhluk itu, atau sistem yang hendak dilakukan,Tuhan ciptakan.

    Setiap makhluk yang Tuhan tentukan sejak azali lagi, tiada permulaan. Bila Tuhanwujudkan, Tuhan akan tadbir sebab Dia itu Rabb . Tuhan akan didik, (Dia Rabb )berdasarkan sistem yang Tuhan tentukan sejak azali, berdasarkan sunnatullah pada

    makhluk yang hendak ditadbir itu.

    Contohnya manusia ada sistem sendiri.Ianya sunnah yang mana kalau manusia hendak hidup, Tuhan tentukan diberi nafas, makan, minum, ada darah. Ini sunnatullah, sistemyang Tuhan jadikan pada diri manusia. Itupun Tuhan sudah tentukan sejak azali.

    Bila manusia dijadikan atas dasar ketentuan Tuhan itu, Tuhan tidak ubah. Padahal bilakita bahas kuasa Tuhan, boleh tak manusia hidup dengan air, bukan dengan darah?Boleh, tetapi Tuhan tidak buat. Tuhan menyebut dalam Al Quran," Sekali-kali Tuhan tidak akan ubah sunnah Nya."

    Jadi kalau manusia itu hidup dengan nafas, makan, minum dan dengan darah makaTuhan akan tadbir begitulah. Kalau Tuhan hendak matikan pun, Dia akan rosakkansistem tetapi Dia tidak ubah. Padahal dengan kuasa Tuhan, Tuhan boleh masukkan airgantikan darah. Tukar oksigen dengan benda lain.

    Atas dasar kuasa, Tuhan boleh buat, tetapi atas dasar Tuhan sudah berjanji, Tuhantidak akan ubah sistem Nya atau sunnah Nya. Tuhan tidak akan mungkir janji walaupunDia berkuasa. Walaupun sebesar habuk, kalau habuk itu Tuhan janjikan ia akan jatuhke laut, ia tidak akan jatuh di sungai. Maha Besar Tuhan. Kerana Tuhan sudah berjanjimaka Tuhan akan tunaikan janji Nya seolah-olah Tuhan mewajibkan diri Nya,"Aku tidak akan mungkir janji." Itu terhadap makhluk Nya yang sebesar habuk!

    Fokus saya di sini ialah, 'rabbil 'alamin', itu, Tuhan mentadbir bukan sesuka hati. Diasudah tentukan sistem Nya dan mentadbir berdasarkan sistem itulah. Kalau Tuhanrosakkan pun, atas dasar sistem itu juga. Tuhan tidak akan buat dengan cara lain.Walaupun Tuhan ada kuasa dan boleh ubah apa-apa atas kuasaNya, tetapi Tuhan

    29

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    30/52

    sudah janji, setiap makhluk ada sistemnya, ada sunnahnya, maka Tuhan mentadbirsetakat itulah. Tidak akan terkeluar dari sistem itu. Nampaklah keuasaan Tuhan itu.

    Itulah yang dimaksudkan ' rabbil'alamin' . Di sinilah tauhid. Allah tidak mentadbir sesukaNya. Bagaimana Dia akan mentadbir,Dia telah tentukan Dia akan mentadbir atas sistem

    sejak azali lagi. Tuhan sudah berjanji dan tidak akan mungkir janji. Saya ulang,walaupun sebesar habuk itu jatuh ke laut, ia tidak akan jatuh ke sungai.

    Hebatnya Tuhan, Dia hendak menjadikan suatu perkara itu sejak azali lagi, tanpadirancang Dia sudah tahu. Bila diwujudkan dengan sistemnya sekali, walaupun sebesarhabuk, tidak perlu diubah lagi. Tidak hebat kah? Tanpa silap dan tidak perlu repair.Kalau hendak diubah ertinya ada yang tidak kena. Sebab itu Tuhan beritahu,"Apa yang

    Aku buat, Aku tidak akan ubah lagi," kerana begitu kemasnya sistemNya. Tdak nampakkah kebesaran Tuhan? Kita hendak buat kereta pun, berapa kali tukar sistem.Sedangkan sistem Tuhan itu sesempurnanya.

    Itulah antara kebesaran Tuhan. Kita lihat langit besar tetapi melihat langit besar itutidak terasa kebesaran Tuhan. Kenapa? Kita biar mata sahaja yang melihat. Tidak dikajidengan rohani. Kalau kita mendapat apa hikmahnya pada rohani, barulah terasabesarnya langit itu, itu adalah kebesaran Tuhan.

    Inilah salah ulama selama ini. Mereka menyebut langit itu tanda kebesaran Tuhantetapi itu hanya cakap-cakap. Tidak terasa pun!. Rasa-rasa ini ada banyak peringkat,peringkat mata, peringkat akal, dan peringkat roh.

    Bila menyentuh roh, barulah terasa. Tuhan berkata,"Tidakkah engkau melihatkebesaran Ku pada penciptaan langit dan bumi ini." Melihat itu bukan dengan matatetapi dengan roh, dengan hati.

    "Dalam penciptaan langit dan bumi dan perubahan malam dan siang, itulah tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang mempunyai hati ."

    Itulah yang dimaksudkan 'rabbil'alamin', Pentadbir seluruh alam.

    30

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    31/52

    9. Kuliah Al Fatihah: Ayat ke Dua-Rabbil Alamin [ Ulasan]

    PETIKAN: Saintis bangga dengan penemuan mereka tentang lingkaran planetsedangkan mereka menemui satu sistem yang diciptakan Tuhan. Apa yang hendak dibanggakan dengan penemuan?

    -----------------------------------------------------------------------------------------------------

    Ulasan dan Huraian 'Rabbil 'Alamin'

    SOALAN:

    Adakah kelahiran Nabi Isa tanpa ayah itu terkeluar dari sistem yang Tuhan tetapkan?

    Itu sudah ditentukan sejak azali lagi. Bukan Tuhan baru berubah niat untuk tiba-tibamenjadikan manusia tanpa ayah. Maha suci Tuhan dari berubah niat.

    Azali: sesuatu yang tidak ada permulaan. Ia tidak dapat dibayangkan. Qadim dan azaliitu sama. Ada ulama bahas perbezaan antara qadim dan azali ialah azali itu termasuk perkara yang ada atau tiada , yang tidak dijadikan. Sedangkan qadim hanya perkara

    yang ada sahaja tetapi tanpa permulaan. Kedua-duanya bermaksud sesuatu yang tanpapermulaan.

    SOALAN:

    Nasib seseorang di luh mahfuz itu bukankah boleh diubah?

    Itu pun sudah ditentukan sejak azali. Ada yang boleh di tolak dengan doa (mengubahyang di luh mahfuz) pun ditentukan sejak azali. Apapun yang kita hendak buatsekalipun sebesar habuk, itu telah ditentukan sejak azali.

    Katalah umur 70 nanti saya meninggal. Sekalipun betapa banyak perbuatan sayasemenjak lahir hingga umur 70 tahun itu tetapi Tuhan tahu semuanya sebab Tuhansudah tentukan semua perbuatan itu dari azali.

    ULASAN:

    31

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    32/52

    Kita memperkatakan sekitar ' rabbil'alamin '. Rabb itu yang lebih penting dibahaskandan 'alamin' itu adalah memperkatakan tentang alam itu sendiri sudah disistemkan.

    Tuhan bukan berbuat sesuka hati. Ini hendak kita applykan bila kita baca Fatihah yangmana kita hendak melihat Tuhan di dalamnya. Rabb itu mencangkup tauhid uluhiyahdan rubbubiyah . Yang itu pun rupanya ia masih belum bertapak di akal kita, masih diawang-awangan. Hendak kita terapkan pun satu masalah.

    ' Alamin itu memperkatakan satu sistem yang Tuhan telah tetapkan, melibatkan duniadan akhirat.

    Akan datang bila kita baca ,'alhamdulillahi rabbil'alamin', Segala puji hanya layak bagi Allah.

    'Segala' itu meliputi segala-galanya, melibatkan seluruh tentang Allah dan tentangalam. Iaitu segala yang berkait dengan zat Allah, sifat Allah dan seluruh pemberian-pemberian Allah.

    Pergi kepada Rabb, kita sangat terpukau dengan perkataan, 'Layaklah Dia jadiTuhan.' Membahaskan sifat-sifat uluhiyah adalah mempastikan yang Dia benar-benarTuhan. Siapa yang tidak mempunyai sifat-sifat itu maka dia tidak layak menjadi Tuhan.Selama ini orang sudah tersalah mentafsir dan tersalah fikir hingga mengambil yangtidak layak, tetapi dituhankan.

    Ini menjawab krisis nilai yang salah faham tentang erti Tuhan.

    Tuhan mempunyai 6 sifat-sifat u l u h i y a h yang melayakkan Dia jadi Tuhan.

    Di dalam azan, Allah selalu menyebut 'Tiada Tuhan selain Aku'. Ia merujuk kepada 6sifat inilah, yang bermula dari' wujud ' sampai ' wahdaniah .'

    Rabb itu memberi maksud kepada sifat-sifat selepas ' wahdaniah ' itu. MembahaskanTuhan itu sendiri, rupanya merujuk kepada 6 sifat itu. Hujah ini boleh digunakan untuk menafikan berbagai pendapat tentang Tuhan. Itulah definasi Tuhan. Di luar definasi,bukan Tuhan.

    Rabb itulah memperkenalkan Tuhan yang Pentadbir.

    Ada dua kategori iaitu Tuhan yang memang layak jadi Tuhan dan Tuhan kuasaNyasampai mampu menguruskan semua ciptaan Nya. Dia, Tuhan yang bertugas.

    32

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    33/52

    Kalau kita tidak masukkan ini dalam bacaan Fatihah kita, maka sia-sialah sahaja bacaankita kerana kita tidak masuk dalam gudang falsafahnya. Sebenarnya kalau orang yangasyik masyuk dengan sembahyang, dia akan mempunyai peribadi yang besar sekali.

    Sembahyang itu mencipta peribadi agung. Ertinya dia sedang membentuk pemikiranyang cukup luas sekali, mencangkup isi dunia dan akhirat. Konsep sembahyang adalahpencetus akal yang besar, kalau ia dipandu oleh rohnya.

    ' Alamin itu memberitahu kita bahawa Tuhan adalah Bapa Sains dan Teknologi yangmaha, maha ajaib.Saintis yang ada hanyalah melukut di tepi gantang Allah. Allahadalah maha pakar pencipta sistem sunnatullah ini.

    Saintis bangga dengan penemuan mereka tentang lingkaran planet sedangkan merekamenemui satu sistem yang diciptakan Tuhan. Apa yang hendak dibanggakan dengan

    penemuan. Silapnya orang yang membesarkan Saintis. Macam orang yang jumpa duityang banyak ditengah jalan, kemudian ambil duit orang lalu mengaku dialah jutawan.

    Tuhan mentadbir bukan tidak tentu arah. Maha suci Tuha dari berbuat begitu. Semuaitu ada tanpa permulaan. Akal pun tidak mampu pergi ke situ. Hanya setakat di bordersahaja. Di luar permulaan itu, akal tidak boleh pergi tetapi di sanalah Tuhan.

    Satu ilmu yang menakjubkan kita bilamana Tuhan mentadbir itu bukan tidak bersistembahkan Tuhan berjanji dengan Diri Nya bahawa Dia tidak akan memungkiri janji Nyaterhadap ketetapan sunnah itu. Sekalipun hanya untuk satu debu, Allah mampu untuk tidak menukar janji Nya.

    Begitulah hebatnya Sembahyang kerana didalam sembahyanglah Al Fatihah inidiwajibkan. Fatihah menjadi wajib dan adalah batal sembahyang tanpanya.. Dan batalsebenarnya kalau kita tidak menghayati fatihah itu. Siapa yang membaca Fatihahdengan lalai maka neraka Wail baginya kerana dia mendapat hentakan dari Fatihah ituakibat tidak beradab dengan Fatihah itu. Fatihah adalah ibu kitab yang mana di sanakita boleh dapat segala yang kita perlukan tetapi kita tidak pernah ambil pun.

    10. Kuliah Al Fatihah: Ayat ke 4 - Malikiyau middin

    33

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    34/52

    PETIKAN : Tuhan berkata begini,' Dunia tiada harga pada Aku, tiada nilai walau sebelahsayap nyamuk pun. Kamu berebut sehingga bergaduh dan berperang keranarebutkan dunia itu. Aku kiamatkan, Aku hancurkan sehingga tiada apa yang tinggalmelainkan Akhirat dan Aku.'

    Kalau di dunia dikenakan hukum penjara, dapat juga makan minum. Tidaklah terasatakut sangat tetapi di neraka, Allah tidak peduli langsung!----------------------------------------------------------------------------------------------------------Bismillahi rahmanir rahim

    Anak-anakku yang dikasihi..

    Malikiyau middin itu ertinya 'Raja (Tuhan) yang memiliki hari akhirat.' MengapaTuhan tidak sebut Dia mentadbir hari akhirat, ( Rabbul yaumiddin )? Mengapa disebutakhirat sahaja, tidak disebut dunia? Inilah tajuk perbincangan kita.

    Tuhan pilih perkataan ' Malik','Yang memiliki' atau boleh dimaksudkan 'Yangmenguasai' atau 'Yang Mempunyai hari Akhirat.' Sebelum itu Tuhan sebut duniaakhirat kepunyaanNya, sekarang Allah hanya menyebut Akhirat sahaja .Mengapa? Di sini kita boleh dapat dua hikmah: 1.Dapat melihat kuasa Tuhan secara mutlak.

    Adakah kalau hanya menyebut dunia, kuasa Tuhan tidak mutlak? Kalau disebut akhiratitu, orang rohani boleh lihat tetapi orang akal tidak melihatnya kerana matahatinyatidak nampak.

    Kalau dikatakan 'Tuhan yang menguasai dunia-akhirat ' [bukan malikiyaumiddin-akhirat shj], orang yang bertuhankan akal yang hanya memandang dengan mata lahir,mereka tidak lihat sangat, kerana pada akal mereka, Amerika pun berkuasa di dunia!

    Dunia-akhirat itu kuasa mutlaknya di tangan Tuhan tetapi bila disebut dunia-akhirat,oleh kerana diganggu oleh mata lahir dan oleh akal, maka pandangan hati menjadikabur dan tertutup..yang dilihat kuasa Allah di dunia sahaja, di akhirat dilupakanSeolah-olah kuasa Tuhan tidak mutlak.

    Tetapi kalau dikatakan Tuhan yang menguasai akhirat ,siapa boleh sebut ada pihak yang juga menguasai akhirat? Kalau Tuhan katakan, Dia menguasai dunia akhirat,manusia terkeliru sebab orang akal akan berkata ada yang lain yang berkuasa.... Sebab

    34

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    35/52

    itu Tuhan tidak sebut begitu. Dia sebut kuasa Nya di akhirat. Jadi di sini, kita nampak kuasa Tuhan itu sangat mutlak.

    Kalau disebut Tuhan menguasai dunia dan akhirat, hanya orang yang bersih hatinyasahaja yang terasa. Orang biasa menggunakan akal dan mata sahaja sehingga terasa

    ada manusia yang berkuasa seperti Amerika atau Eropah.

    Bila sebut Tuhan itu menguasai akhirat, orang terasa hebatnya Tuhan. Tuhan, tuanpunya akhirat yang mutlak. Siapa yang boleh share tentang akhirat?

    2. Tuhan hendak memperkecilkan dunia. Bila Tuhan sebut akhirat sahaja, t idak menyebut pun dunia , ertinya dunia itu tiadaharga. Seolah-olah Tuhan berkata begini,' Dunia tiada harga pada Aku, tiada nilai walau

    sebelah sayap nyamuk pun. Kamu berebut sehingga bergaduh dan berperang keranarebutkan dunia itu. Aku kiamatkan, Aku hancurkan sehingga tiada apa yang tinggalmelainkan Akhirat dan Aku.'

    Terasalah hinanya dunia yang manusia pandang mulia ini, yang direbutkan sampaiberperang, tiba-tiba Tuhan hancurkan begitu sahaja, nampak hinanya dunia ini.Inihikmahnya.

    Kalau dapat disyarahkan begitu, orang akan dapat membangunkan rohnya. Dunia inisebenarnya tidak ada nilai. Kalau ada nilai, Tuhan tidak akan hancurkan. Akhirat

    dikekalkan iaitu menunjukkan begitu berharganya akhirat. Inilah hikmah-hikmah terbesar selain daripada hikmah lain yang banyak. Bila disebut'Malikiyau middin', terasa kuasa Tuhan yang mutlak. Tidak ada campurtangan mana-mana pihak

    Selain dari itu, kerana manusia memandang mulia akan dunia itu sehingga bergaduhkerananya, Tuhan akan hancurkannya begitu sahaja agar manusia terasa tiadaharganya dunia itu.

    Mengapa kita bergaduh berebutkan sesuatu yang tidak bernilai? Manusia tidak pernahdididik begitu.

    Orang selalu kata,''Dunia hendak, akhirat pun hendak juga.'' Bukan begini

    35

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    36/52

    Bila dikatakan janganlah lupakan dunia, sebenarnya mereka melupakan akhirat.Mereka percayakan akhirat tetapi mereka berkata,''Memang akhirat penting, perluutamakan akhirat tetapi jangan pula lupakan dunia''. Begitulah selalu yang ulamasyarahkan.

    Tetapi kenyataannya mereka memperkecilkan akhirat. Kononnya akhirat itu pentingtetapi tindak tanduknya mementingkan dunia.

    Sebab itu Tuhan sebut 'Malikiyau middin'. Tuhan hendak tunjukkan kekuasaan Nyasecara mutlak di akhirat dan dunia itu dihancurkan secara mutlak untuk menunjukkantiada harganya dunia itu.

    Selain itu hikmahnya, Tuhan tidak pilih perkataan Rabb tetapi Maliki, menunjukkanTuhan tidak guna perkataan mentadbir atau mendidik padahal di dunia Tuhansudahpun mendidik, maka perlukah di akhirat pun Tuhan mendidik?. Tidak lepas dari

    didikan, ilmu dan kehendak Tuhan.

    Mengapa Tuhan sebut begitu (Yang menguasai hari akhirat)? Supaya kita boleh lihat,manusia mukmin di akhirat kelak , mereka bebas sebebasnya. Seolah-olah Tuhantidak campur tangan. Indahnya hidup di sana, bebas merdeka(Tetapi Maha Suci Tuhandari tidak campur tangan). Seolah-olahnya begitu kerana Tuhan hendak menghiburkanmanusia.

    Kalau digunakan kalimah Rabb bukannya Malik, masih nampak campurtangan Tuhan.Itu cara Tuhan menghiburkan manusia.

    Begitu juga kalau kita masuk neraka, Tuhan 'biar' begitu sahaja seolah-olah Tuhantidak campur tangan. Mustahil Tuhan tidak campur tangan tetapi sengaja Tuhanhendak beritahu, seolah-olah Tuhan tidak peduli langsung. Seolah-olahnya begitu.Kalau di dunia dikenakan hukum penjara, boleh juga makan. Tidaklah terasa takutsangat tetapi di neraka, Allah tidak peduli langsung!

    Yang di syurga pula bebas sebebasnya. Tidak ada peraturan dan undang-undang. Apa yang dikehendaki, boleh dapat. Hendak jadi raja, boleh. Hendak terbangpun boleh. Syurga itu besar. Kalau ada yang hendak minta jelajah dalam satu saat,

    boleh, dengan kuasa Tuhan. Bebas sebebasnya. Sebab itu Tuhan pilih kalimah ,'Malikiyau middin'.

    3. Di antara hikmah yang lain ialah 'Malikiyau middin' membawa satu pengertian

    36

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    37/52

    bahawa dengan ayat itu kita dibawa 'melihat' akhirat di mana Tuhan menjadikan HariPembalasan itu penuh dengan segala macam kesusahan . Di padang Masyar dimana manusia akan berada di bawah matahari yang terik tanpa pakaian selamaberatus tahun akhirat. Tetapi orang mukmin diberi kebebasan. Setakat itu sahaja yang saya boleh jelaskan tentang 'Malikiyau middin'. Semuga ituboleh kita hayati.Mudah-mudahan kita akan menjadi orang akhirat.

    Di dunia ini ada 3 golongan manusia iaitu orang mata, orang akal dan orang roh.

    Orang rohani itu melihat tidak seperti orang mata atau orang akal.

    Orang rohani itu tidak ramai, yang boleh menganggap dunia ini Tuhan yang punyasedangkan manusia lain menganggap dunia ini mereka yang punya. Walhal kita tidak patut jadi tuan punya dunia

    Yang paling rugi, kita berebut dunia yang kita nampak emas, intan berliannya,sedangkan di sisi Tuhan, ia tiada nilai walaupun senilai sebelah sayap nyamuk. Rugilahkita bergaduh rebutkan dunia yang tiada nilai, tetapi bila mati kita masuk keneraka.Marilah kita bersama-sama bertaubat.

    37

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    38/52

    11. Kuliah Al Fatihah: Ayat ke 5 - Iyyakana'budu waiyya kanasta'in

    PETIKAN : Kalau kita marah kita beremosi, itu adalah nafsu. Tuhan tidak begitu!Pemurahnya tersendiri. Kasih sayang Nya pun tersendiri tanpa perasaan dan emosi.

    Kasih sayangNya bukan seperti makhluk.

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------- Anak-anakku yang dikasihi sekalian,

    Bismillahi rahmanir rahim

    Alhamdulillah,dapat lagi kita menyambung kuliah tafsir Al Fatihah. Moga-moga Tuhanberi kita ilmu supaya kita dapat menghurai intipati dalam Surah Fatihah ini.

    ''Akan Engkaulah yang kami sembah dan akan Engkau lah yang kami memintapertolongan.''

    Di sini ada dua perkara iaitu:

    1) Tuhan tempat kita menyembah

    2) Tuhan tempat kita meminta pertolongan

    Mengapa ayat ini merupakan [diletakkan] sebagai ayat yang ke empat? [Dikira sebagai Ayat kelima bila kita mengambil Bismillah sebagai ayat pertama]

    Adalah tidak munasabah kalau diletak di awal atau diletak selepas Bismillah ,terutamanya kerana roh kita belum dapat melihat lagi siapa Tuhan itu sebenarnyasejauh mana had kuasaNya. Sejauh mana nikmat dan rahmat Nya. Sejauh manakeMAMPUan Nya, apakah Tuhan itu segala-galanya, setakat mana kuasa Nya.

    Bagaimana jika tiba-tiba terus bercakap mengenai hendak menyembah Tuhan,sedangkan kita belum kenal Tuhan. Kita selalunya sekadar tahu adanya Tuhan tetapikita tidak tahu sejauh mana Kebesaran dan Kemampuan Nya. Kita tidak tahu sejauhmana keperluan kita terhadap Tuhan maka tidak munasabahlah kalau ayat itu diletak didepan. Jadi Tuhan susun ayat dengan susunan sebegitu dengan ada maksud disebaliknya.

    Kita telah menceritakan kasih sayang dan nikmat Tuhan yang begitu banyak, yakniapabila kita bahaskan B i s m i l l a h . Kemudian kita bahaskan pula bahawa patut Tuhan itu

    38

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    39/52

    di puji iaitu memuji Zat Nya yang sungguh luar biasa, yang tidak ada tandingan, yangmana kita faham sifat kesempurnaanNya yang tiada kesudahan.

    Nikmat-nikmat Allah bersifat lahir, akliah dan rohaniah. Sedar atau tidak, semuanyaada berhubungkait dengan kita. Setelah itu, kita bahas betapa hebatnya pentadbiranTuhan dengan sistemnya yang begitu rapi yang mana, sekali Tuhan cipta maka tiadaperubahan lagi, tidak tersilap lagi.

    Setelah itu kita bahas dan fahami bagaimana Tuhan memberi nikmat atas dasarR a h m a n atau dasar r a h i m . Atas dasar pemurah dan kasih sayang. Nikmat yang diberiadalah atas dasar pemurah, itu istidraj atau dari murka Tuhan tetapi murka Tuhantanpa emosi. Emosi itu perasaan.manusia !! Maha suci Tuhan dari ada perasaan danhati. Tetapi Tuhan itu ada kasih sayang tersendiri. Kasih sayang kita terasa di hati.Kalau kita marah kita beremosi, itu adalah nafsu. Tuhan tidak begitu!Pemurahnya

    tersendiri. Kasih sayang Nya pun tersendiri tanpa perasaan dan emosi. KasihsayangNya bukan seperti makhluk.

    ' ' M a l i k i y a u m i d d i n ' ' itu pula menceritakan kuasa Tuhan yang begitu mutlak. Nampak kuasa dan keadilan Nya.

    Setelah semua itu kita faham, barulah Tuhan minta kita menyembah Nya dan apabilahendak meminta tolong, Dia suruh kita meminta tolong denga Nya. Setelah berbahas,cukup logiklah Hanya Allah satu-satunya Tuhan dan Dialah tempat meminta. Pada

    Allah ada segala-galanya. Sebab itulah ayat itu diletak ditempat ke-empat di dalam AlFatihah. Kita punberpuas hati. Amat patutlah Tuhan itu disembah dan munasabahlahDia tempat kita meminta pertolongan. Logik sangat untuk akal dan hati kita menerima.Marilah sama-sama kita buat pengakuan untuk surrender . Kita hendaklah membuatpengakuan bahawa kita adalah hamba Allah dan Allah itu Tuhan kita. Kita perlu kepadaTuhan. Kita perlu meminta kepada Tuhan

    12 . Kuliah Al Fatihah:Ayat ke 6 - Ihdinas siraatal mustaqiim : 1/3

    39

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    40/52

    PETIKAN: Sedangkan jalan Tuhan itu perlu kita tempuh setiap detik. Jalanraya duniabukan selalu kita tempuh. Kadang-kadang 1 hari kita tidak keluar tempuh jalanraya.Sedangkan jalan Tuhan kita tempuh setiap detik dan setiap turun naiknya nafas kita.Cuma kita tidak sedar yang kita sudah berada di jalanraya Tuhan untuk menuju Tuhandan menuju Akhirat

    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Bismillahi rahmanir rahim

    Terjemahannya: ''Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan yang telah Engkau berinikmat kepada mereka itu, bukannya jalan yang Engkau murkai dan bukan pula jalanyang sesat. Kabulkanlah permintaan kami Ya Allah.''

    Bila kita rujuk balik pada ayat-ayat yang sebelumnya,setelah Allah kenalkan diriNyadan kita benar-benar yakin dengan Nya,barulah Allah menyuruh kita menyembah danmeminta kepada Nya.Meminta itupun Tuhan ajar kerana jikaTuhan tidak ajar,manusiahendak meminta pun tidak pandai.

    Bagaimana Tuhan suruh meminta itu?

    Tuhan menyuruh kita meminta jalan yang lurus iaitu jalan yang telah diberikan kepadapara Rasul dan para Nabi. Walaupun Tuhan tidak sebut di situ jalan para Rasul ,Nabi

    atau wali-wali jika kita lihat hadis, hadis ada menyebutkan. Hadis itulah yang mentafsirayat itu. Ayat Al Quran itu kadang-kadang ditafsir oleh Al Quran sendiri,oleh hadis danoleh athar (pendapat sahabat)

    Kalau tidak ada jalan lagi maka orang bersandarlah dengan ulama-ulama yang ilmunyamantap dan orang-orang yang bertaqwa.Jadi kalau ada orang berkata, walaupun tidak ada dalam ayat itu, (''Jalan mereka yang Engkau beri nikmat'') menyebut nama Rasul-rasul,nabi-nabi atau wali-wali, tetapi ada ditafsirkan oleh hadis yang memaksudkanbegitu. Sebab ayat itu berbentuk umum. Sebenarnya, mengikut ahli tafsir, berdasarkanhadis, hadis ada menyebut ialan itu adalah jalan Rasul-rasul,nabi-nabi dan wali-wali.

    Tuhan suruh minta pada Nya,yakni meminta kita mencontohi cara hidup para Rasul,nabi-nabi atau paling tidak orang-orang soleh. Samada kehidupan orang soleh itudisudut akhlaknya,ibadahnya dan lain-lain. Itu pun masih umum. Bagaimanakah yangdikatakan jalan Rasul, Nabi atau orang soleh itu? Sebab itu,dalam mentafsirkan ayat-ayat Quran,yang mana Al Quran tidak mentafsirkan, terpaksa dicari pada hadis. Di sinidiperlihatkan, adalah tidak dikhususkan kehidupan nabi-nabi itu di sudut apa.. Adakah

    40

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    41/52

    dimaksudkan dengan ibadahnya, ilmunya dan akhlaknya? Itu tidak ditetapkan. Iamemerlukan huraian. Kalau Al Quran tidak menyebut maka kenalah kita melihat hadis.

    Yang dikatakan jalan itu, walaupun dalam apa bentuk dan sifatnya tetapi baik danburuknya sama. Yang tadi jalan menuju Tuhan dan Akhirat. Untuk mudah faham,marikita akan bahaskan.

    Cuba kita bayangkan,jika kita hendak melihat jalan di dunia untuk menuju dunia.Jalanraya di dunia ini kita tempuh untuk matlamat dunia. Mungkin dengan tujuanekonomi, politik atau kebudayaan. Bila dikatakan jalan, ia ada panduan jalanraya,adapapan tanda yang ada maksudnya,ada disiplin jalanraya. Bila orang menempuh

    jalanraya itu,apa yang berlaku?

    Kadang-kadang kita lihat orang accident,ada yang masuk gaung dan ramai yang

    selamat.

    Itulah sifat jalanraya. Oleh kerana jalanraya di dunia ini bersifat maddi, mata bolehmelihat.

    Oleh kerana ia boleh dilihat oleh mata maka ia mudah dibantu oleh akal fikiran.

    Yang selamat lebih banyak dari tidak selamat.Walaupun surat khabar melapurkankemalangan yang menakutkan tetapi peratus mereka yang selamat dan tidak accidentlebih banyak dari yang tidak selamat.

    Begitulah jalan Tuhan. Adakalanya mata dan akal tidak boleh melihatnya.Yang bolehmelihat jalan Tuhan ialah roh. Cuma kadang-kadang akal membantu juga. Cuma akalitu boleh membantu hati bila hati boleh melihat Jalan Tuhan, jalan yang pernahditempuh oleh para Rasul-rasul,Nabi-nabi dan wali-wali atau orang soleh, ia bersifatrohaniah dan maknawyiah. Sedikit yang bersifat rohaniah yang mata boleh melihat.

    Saya sudah katakan tadi, bila dikatakan jalan,samada jalan lahir atau jalan maknawiyah,ia ada peraturan dan syarat-syaratnya. Kalau jalan di dunia bersifat lahiriah, yang mata

    boleh melihat dan dipandu oleh akal, itupun berapa masih banyak accident dan orangmasuk gaung, apatah lagi jalan menuju Tuhan yaitu jalan menuju akhirat yang bersifatrohaniah, yang tidak dapat dilihat oleh mata,bahkan adakalanya akal pun tidak dapatmelihat,maka lebih banyak orang yang accident dan masuk gaung. Kalaulah jalanrayadunia ini dapat dilihat mata,orang yang selamat seramai 95% dan tidak selamat 5%.

    41

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    42/52

    Jalan Tuhan itu pula sebaliknya. Sebanyak 5% orang yang selamat dan 95% yang tidak selamat. Kenapa?

    Sedangkan jalan Tuhan itu perlu kita tempuh setiap detik. Jalanraya dunia bukan selalukita tempuh. Kadang-kadang 1 hari kita tidak keluar tempuh jalanraya. Sedangkan

    jalan Tuhan kita tempuh setiap detik dan setiap turun naiknya nafas kita. Cuma kitatidak sedar yang kita sudah berada di jalanraya Tuhan untuk menuju Tuhan danmenuju Akhirat. Sebab itu banyak accident kerana jalanraya Tuhan itu kerap digunakansetiap detik. Cuma kita tidak sedar!

    Apakah boleh selamat atau tidak? Kalau kita tidak faham peraturan jalanraya Tuhan,kalau kita tidak faham di mana tempat-tempat yang hendak dituju, jangan-jangan kitaakan jatuh gaung. Entah-entah setiap detik kita jatuh gaung, setiap saat kita accidenttetapi kita tidak terasa kerana ia bersifat rohani atau maknawi.

    42

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    43/52

    13. Kuliah Al Fatihah:Ayat ke 6 - Ihdinas siraatal mustaqiim: 2/3

    PETIKAN: Bagaimanakah perasaan yang Tuhan kehendaki itu?

    Iaitu rasa berTuhan, rasa takut dengan Tuhan, rasa cinta dengan Tuhan, rasakehambaan, rendah diri, sabar, rasa berdosa, rasa sensitif dengan dosa, rasabertimbang rasa, berkasih sayang sesama manusia, rasa susah dengan kesusahanmanusia, senang dengan kesenangan mereka dan lain-lain. Itulah jalan Tuhan yangbersifat rohani yang ada pada mereka itu. Inilah yang dikatakan ilmu.

    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Kalaulah jalan raya yang bersifat maddi itu ada peraturan-peraturannya tersendiri,cukuplah hanya sekali seseorang itu belajar peraturan-peraturan tersebut. Setiap orang

    menjadi mursyid [pemimpin] bagi dirinya. Tidak perlu bertanya kepada orang lain pundia masih boleh selamat.

    Tetapi jalan Tuhan ini bersifat maknawi [ tidak boleh kelihatan] maka tidak setiap orangboleh menjadi mursyid bagi dirinya. Mestilah ada seorang mursyid yang bolehmemimpin. Alangkah sulitnya.

    Sesiapa yang hendak menempuh jalan raya Tuhan, mesti ada seorang mursyid.Seolah-olah semasa kita sedang berjalan, mursyid berada di hadapan kita. Jika mursyidtidak ada di hadapan kita, jangan berjalan dahulu kerana ditakuti kita akan termasuk kedalam gaung yakni jurang api neraka. Maha Besar Tuhan.

    Kalau orang faham akan jalan Tuhan, dia akan terasa betapa amat sulitnya jalan Tuhanitu. Tetapi bagi kebanyakan kita ,dalam menempuh jalan Tuhan yang bersifat rohanidan maknawi itu, kita melantik diri sendiri menjadi mursyid. Mestilah berlaku accident.Jalan dunia kita boleh lalu bersendirian tetapi jalan ke Akhirat tidak boleh begitu.

    Yang dikatakan jalan rohani dan maknawi itu, ialah jalan yang tidak boleh dilihat olehmata.Jalan itulah jalan Rasul-rasul, nabi-nabi dan wali-wali. Paling tidak pun jalan orangsoleh. Rasul sudah tidak ada di hadapan kita, nabi juga sudah tiada, orang soleh punsudah payah untuk ditemui sedangkan jalan orang-orang itulah yang hendak kitatempuh. Betapa sulitnya!

    Sudahlah jalannya tidak boleh dilihat oleh mata kerana bersifat maknawi, orang yangsepatutnya diikut pun tidak ada, bagaimana kita harus buat?

    43

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    44/52

    Kita perlulah tahu ilmunya dahulu. Bila ada ilmu yang difahami dan dihayati, barulahada contoh ikutan. Pada peringkat awal, perlulah kita ada ilmu tentang apakah jalanyang bersifat maknawi dan rohani itu.

    Jalan Tuhan itu ada tiga yakni yang bersifat maknawi, rohani dan zohiri. Ini adalah satu

    pakej. Ketiga-tiga ini mesti selaras. Ertinya ketiga-tiga jalan ini adalah jalan para Rasul,nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang soleh. Ketiga-tiga jalan ini mesti terdapat dalamsatu pakej yang tidak boleh terpisah antara satu sama lain.

    Mari kita lihat ilmunya. Ilmunya pernah dimiliki oleh para Rasul, para nabi dan parawali. Setelah mengetahui ilmunya, nanti kita akan melihat sejauh mana ibadah, akhlak,perjuangan dan pengorbanan mereka yang telah dilahirkan.

    Yang dikatakan jalan Tuhan itu, ianya bersifat rohani, maknawi dan sedikit bersifatlahir,ertinya perjalanan rohani kita adalah dikatakan satu JALAN juga. Jalan-jalannya

    hendaklah sebagaimana perjalanan rohani Rasul-rasul dan nabi-nabi. Sebagaimanapara Rasul dan nabi berperasaan, begitulah kita sepatutnya berperasaan. Bagaimanamereka itu berfikiran, begitulah juga kita sepatutnya berfikiran. Bagaimana perjalananhidup mereka itu, begitulah juga sepatutnya hidup lahiriah kita. Kalau begitu, mari kitahurai lagi perasaan mereka yakni bagaimana kita harus berperasaan sebagaimana yangTuhan kehendaki.

    Bagaimanakah perasaan yang Tuhan kehendaki itu?

    Iaitu rasa berTuhan, rasa takut dengan Tuhan, rasa cinta dengan Tuhan, rasakehambaan, rendah diri, sabar, rasa berdosa, rasa sensitif dengan dosa, rasabertimbang rasa, berkasih sayang sesama manusia, rasa susah dengan kesusahanmanusia, senang dengan kesenangan mereka dan lain-lain. Itulah jalan Tuhan yangbersifat rohani yang ada pada mereka itu. Inilah yang dikatakan ilmu.

    Ilmu yang dimiliki oleh mereka mestilah yang berdasarkan Al Quran dan Hadis. Samadadari segi ibadah, akhlak, perjuangannya, masyarakatnya, ekonominya, pendidikannya,pentadbirannya dan lain-lain. Itu jalan maknawi Tuhan, ia mestilah bersumberkan

    wahyu dan sunnah.

    Al Quran memberitahu hukum halal, haram, wajib, sunat, harus. Ilmu ini berjalandalam semua aspek.

    Dalam ibadah , ada yang wajib dan dan ada yang sunat,ada fardhu ain dan fardhukifayah, ada yang haram, kenalah ditinggalkan. Begitulah juga dalam aspek lain sepertikebudayaan, politik, ekonomi dan lain-lain. Yang disuruh mesti dibuat dan yang tidak

    44

  • 8/2/2019 Kuliah Al FATIHAH

    45/52

    disuruh mestilah ditinggalkan. Itulah yang dikatakan jalan Tuhan yang bersifatmaknawi. Bila dilaksanakan, nampaklah kita bertindak. Mata akan nampak bila kitaberbuat dalam apa-apa aspek pun.

    Inilah satu pakej yang selari, yang datang dari Tuhan yang telah ditempuh oleh paraRasul, nabi-nabi dan wali-wali. Itu maksudnya. Perjalanan akal atau fikiran yangsemuanya bersumberkan wahyu, atau Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Hendak tempuh jalan itu, alangkah sulitnya. Sudah belajar ilmunya, perjalanan maknawi sudahtahu tetapi contohnya pula tidak ada. Rasul, Nabi dan wali sudah tiada. Alangkahsulitnya. Sebab itu kita jalan, jalan juga, tetapi hujungnya neraka. 95% ke neraka.Sedikit yang ke syurga.

    Bila kita sudah bahas tentang jalan yang bersifat maknawi, jalan inilah yang Tuhanmaksudkan, yang diberitahu di dalam Al Quran,'' S e s u n g g u h n y a j a l a n A k u i n ia d a l a h j a l a n y a n g lu r u s m a k a h e n d a k l a h e n g k a u t e m p u h . J a n g a n t e m p u h

    j a l a n - j a la n y a n g b a n y a k k e r a n a k a m u a k a n b e r p e c a h b e l a h d a r i j a l a n

    Tu h a n . ' '

    Apakah maksudnya jalan Tuhan yang lurus? Iaitu satu jalan yang bersumberkan Qurandan Sunnah, yang diturunkan Tuhan kepada Rasul, kemudian kepada umatnya. Satuline. Sama