kuliah 5 mengenalpasti murid masalah

14
Cara-cara Mengenal Pasti Murid-murid Yang Bermasalah Tingkah Laku Oleh : AZMI BIN ABDUL HAMID JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Upload: missfh

Post on 05-Oct-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kuliah 5 Mengenalpasti Murid Masala

TRANSCRIPT

  • Cara-cara Mengenal Pasti Murid-murid Yang Bermasalah Tingkah LakuOleh : AZMI BIN ABDUL HAMIDJABATAN ILMU PENDIDIKANIPG KAMPUS TUANKU BAINUN

  • Pengenalan Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh ahli dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar.Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu:positif negatif.

  • Tingkahlaku masalah murid positif:Rasa ingin tahuCepat belajarPintar cerdasProaktif.

    Tingkahlaku masalah murid negatif: Perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, Disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, Tingkah laku bergantung yang berlebihan.

  • Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah lakuPenumpuan yang singkatMemencil dan menarik diri daripada aktiviti kelasTerlalu bergantung kepada seseorang, Tidak mesra dengan guru dan orang lain,Gopoh dan tidak sabar, Motivasi kendiri rendahAgresif Melanggar perintahSentiasa mempunyai perasaan negatifMemberi jawapan sesuka hatiKurang kemahiran kawalan emosi

  • Cara Mengenalpasti Masalah

  • Teknik Jenis Ujian Psikologi1. Ujian Pencapaian Akademik ~Ujian sumatif dan penilaian formatif sekolah termasuk UPSR, PMR, SPM dan STPM2. Ujian Kecerdasan~Mengukur darjah kecerdasan pelajar (IQ) yang disarankan oleh Terman dan Binet3. Ujian Kecendungan Bakat~Ujian Aptitude Differentiate (DAT)

  • 4. Ujian Minat~ Menilai minat pelajar terhadap sesuatu aktiviti atau kerjaya5. Ujian Personaliti~ Mengkaji aspek bukan kognitif seperti aspek afektif, motivasi, emosi dan sikap seseorang pelajar~Mendapat maklumat hal peribadi serta nilai dan sikap pelajar6. Ujian Saringan~ Mengasingkan pelajar-pelajar yang cerdas dengan kurang cerdas

  • 7. Ujian Diagnostik~ Mengesan punca kelemahan atau masalah penguasaan kemahiran pembelajaran pelajar8. Ujian Aptitud Khas~Ujian Aptitud Mekanikal, Ujian Aptitud Mekanikal, Ujian Aptitud Seni atau Muzik~Mengukur potensi pelajar dalam bidang tertentu

  • Teknik Jenis Bukan Ujian(i) Pemerhatian Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar dalam bidang efektif dan psikomotor khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani Tempat: Di dalam dan luar bilik darjah Cara Merekod:1. Senarai semak darjah pencapaian tingkah laku2. Skala kadar 5 mata,(1)amat buruk, (2) buruk, (3) sederhana, (4)baik, (5) terbaik

  • (ii) Temu bual1. Soalan selidik melalui teknik temu bual.2. Mendapatkan maklumat dan butir-butir pelajar.3. Teknik menjalankan temu bual: Tentukan tujuan dan objektif temu bual Tentukan bidang maklumat yang hendak diperolehi Tentukan soalan-soalan bertulis yang hendak dikemukakan semasa temu bual Menyediakan tempat yang kondusif untuk temu bual Bermula dengan soalan yang menyenangkan dan menimbulkan rasa keyakinan pelajar

  • Kajian DokumenTeknik Jenis Kajian1. Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah~ Mengetahui kemajuannya dalam bidang akademik dan kokurikulum dari setahun ke setahun, memahami sifat-sifat, minat, kesihatan dan latar belakang keluarganya. Butir-butir pelajar Buti-butir keluarga Rekod kedatangan sekolah dan gerakerja kokurikulum Keputusan ujian Biasiswa, hadiah kewangan dan lain-lain anugerah Sifat-sifat diri

  • 2. Rekod Anekdot~sejenis dokumen berbentuk laporan berdasarkan pemerhatian sesuatu kejadian atau peristiwa seseorang pelajar oleh gurunya.~merekod tingkah laku atau personaliti pelajar yang diperhatikan termasuk komen guru yang memerhatikannya.

  • INI SAJA UNTUK TAJUK NI

    **************