kuliah 3

23
PELUPUSAN TANAH : ANALISIS PERBANDINGAN PELUPUSAN TANAH : ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA KANUN TANAH NEGARA 1965 ANTARA KANUN TANAH NEGARA 1965 DANUNDANG-UNDANG TANAH ISLAM DANUNDANG-UNDANG TANAH ISLAM

Upload: hani-rashid

Post on 15-Sep-2015

70 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

kuliah undang-undang tanah*notes dari pensyarah

TRANSCRIPT

  • PELUPUSAN TANAH : ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA KANUN TANAH NEGARA 1965 DANUNDANG-UNDANG TANAH ISLAM

  • HAK DAN KUASA PELUPUSAN TANAH MENGIKUT KANUN TANAH NEGERA 1965

  • Makna : suatu pengurniaan hak oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada individu atau sesuatu badan terhadap tanah, hartanah atau sumber asli, di mana ketiadaan hak sedemikian itu, seseorang yang melakukan sesuatu di atas tanah itu dianggap menceroboh atau mencuri

    Tujuan : Perletakkan hak dan kuasa ini bertujuan untuk mengawal tanah supaya tidak dilupuskan dengan sewenang-wenangnya dan Pihak Berkuasa Negeri boleh mengawal cara bagaimana tanah dan sumber alam dapat dimajukan dengan sempurna untuk mendapat hasil yang maksimum.

    -harta karun yang dijumpai???

  • Kuasa Pelupusan Yang Tidak Diperuntukan Kepada Pbn Di Bawah Seksyen 42(2) Ktn :

    1.Tidak boleh melupuskan sesuatu tanah untuk maksud melombong, kerana ia tertakluk kepada Enakmen Perlombongan

    2.Tidak mempunyai kuasa membenar untuk mengeluarkan atau mengambil bahan batuan dari sesuatu tanah bagi mendapatkan logam atau galian

    3.Tidak boleh melupuskan sesuatu tanah untuk mengambil hasil hutan kerana ia tertakluk kepada Enakmen Hutan

    4.Tidak boleh beri milik mana-mana tanah pertanian yang kurang daripada 2/5 hektar yang dipegang oleh lebih dari seorang atau badan melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu

  • Kuasa Yang Diperuntukan Kepada Pbn Di Bawah Seksyen 42 Ktn :Pihak Berkuasa Negeri (PBN) diberi kuasa untuk :

    -Memberi milik tanah Kerajaan-Merizabkan tanah Kerajaan dan memberi pajakan tanah rizab-Mengeluarkan lesen pendudukan sementara atas tanah Kerajaan, tanah rizab dan tanah lombong-Mengeluarkan permit mengambil dan mengalih bahan batuan dari mana-mana tanah selain daripada tanah rizab hutan-Mengeluarkan permit penggunaan ruang udara atas tanah Kerajaan atau tanah rizab

  • BENTUK-BENTUK PELUPUSAN :-

    Ada 2 bentuk pelupusan iaitu pelupusan secara pemberi milikan dan pelupusan secara lain.

    1. memberi milik tanah ker.2. merizabkan tanah ker dan memberi pajakan tanah rizab.3. membenarkan pendudukan tanah ker, tanah rizab, dan tanah lombong di bawah LPS.4. membenarkan bagi mengeluar dan mengambil daripada sesuatu tanah bahan batuan selain hutan simpan, logam dan galian, , melalui permit.5. mengeluarkan permit bagi penggunaan ruang udara atas tanah ker atau tanah rizab.6. memeberi milik atau memberi pajakan tanah bawah tanah.

  • A.Memberi Milik Tanah Ker.

    -Seksyen 5 KTN menjelaskan bahawa berimilik ertinya melupuskan tanah Kerajaan untuk selamalamanya atau untuk satu tempoh beberapa tahun, sebagai balasan kepada pembayaran cukai sewa, dan selainnya selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 76 di mana PBN berpuas hati bahawa tanah tersebut akan digunakan utk tujuan awam @ PBN berpuas hati terhadap keadaan2 khas yg memerlukan pemberi milikan utk selama-lamanya.

  • Sek.76 KTN :

  • Kelayakan Untuk Pemberi milikanOrang atau badan yang kepadanya tanah boleh diberi milik tertakluk kepada syarat-syarat berikut:Syarat seksyen 43 KTN:

  • Sesuatu tanah milik akan kembali menjadi tanah Kerajaan dan terletak hak kepadaPBN dalam keadaan berikut (Sek. 46 KTN):a) Apabila hak milik telah tamat tempoh (Sek. 46 (1) KTN)b) Setelah perwartaan di bawah Sek. 130 KTN di dalam Warta Kerajaan (Notis Perampasan kerana tidak membayar cukai [Sek. 100 KTN] atau perlanggaran syarat [Sek. 129 KTN]c) Tuan punya tanah meninggal dunia tanpa meninggalkan waris (Sek. 351 KTN)d) Tuan punya tanah meninggalkan dan tidak mengusahakan tanahnya selama 7 tahun kebelakangan (Sek. 352 KTN)e) Tuan punya tanah menyerah balik tanahnya kepada PBN (Sek. 199 KTN)f) Tanah menjadi dasar laut atau sungai akibat hakisan (Sek. 49 KTN)

  • B.Pelupusan Selain Daripada Pemberimilikan

    1.Merizabkan tanah kerajaan dan memberi pajakan tanah rizab2.Membenarkan pendudukan tanah Kerajaan, tanah rizab dan tanah lombong di bawah lesen pendudukan sementara3.Pengambilan bahan batuan melalui permit4.Mengeluarkan permit bagi penggunaan ruang udara atas tanah Kerajaan atau tanah rizab5.Memberi milik atau memberi pajakan tanah bawah tanah

  • PERIZABAN :-

    -Mengikut KTN, tanah rizab ialah tanah yang pada masa itu dirizabkan untuk maksud awam menurut peruntukan-peruntukan seksyen 62 atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu

    - PBN boleh merizabkan mana-mana tanah untuk maksud awam melalui pemberitahuan dalam Warta Kerajaan, dengan menghuraikan tanah rizab itu, tujuan tanah itu dirizabkan dan menerangkan seorang pegawai yang bertanggungjawab ke atas tanah itu. Tanah yang dirizabkan itu juga tidak boleh digunakan untuk maksud-maksud lain selain maksud dirizabkan.

    - PBN berkuasa memberi pajakan keseluruhan atau sebahagian tanah rizab untuk satu tempoh yang tidak melebihi 21 tahun

    - Pajakan yang diberikan oleh PBN biasanya tertakluk kepada syarat-syarat nyata tertentu yang ditetapkan oleh PBN dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain yang ditetapkan semasa pajakan itu dibuat

    - PBN mempunyai kuasa untuk membatalkan keseluruhan atau sebahagian tanah yang telah dirizabkan untuk maksud awam pada bila-bila masa setelah diwartakan dan siasatan telah dibuat oleh Pengarah Tanah Negeri

  • LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA :-

    - Lesen pendudukan sementara ialah suatu kebenaran yang diberikan pleh PBN kepada mana-mana orang atau badan untuk melakukan sesuatu aktiviti atas tanah, di mana tanpa kebenaran sedemikian pelaku itu akan dianggap sebagai penceroboh

    - Lesen pendudukan sementara boleh dikeluarkan untuk apa-apa maksud, tetapi ia tidak boleh dikeluarkan untuk maksud melombong, mengambil atau mengeluarkan bahan batuan untuk mendapatkan logam atau galian dan tidak boleh dikeluarkan untuk mengambil hasil hutan daripada tanah itu dan sebagainya

    LPS blh dikeluar kn & diperbaharui oleh :-

    -LPS >TK = pentadbir tnh jajahan-LPS >TL = pentadbir tnh jajahan dengan kelulusan Merinyu Kanan Galian atau pemegang pajakan atau orang atau badan yang berhak mendapat kepentingan pajakan -LPS > TR = dengan kelulusan Merinyu Kanan Galian atau pemegang pajakan atau orang atau badan yang berhak mendapat kepentingan pajakan

  • PERMIT MEMINDAH BAHAN BATUAN :-

    Seksyen 42 (1) KTN memberi kuasa kepada PBN untuk membuat pelupusan melalui pengeluaran permit dalam Borang 4C bagi tujuan mengambil, mengalih dan mengangkut bahan batuan.

    Permit mengeluar dan mengambil bahan batuan boleh dikeluarkan kepada mana-mana orang atau badan di bawah seksyen 43 KTN

    Tiada peruntukan untuk memperbaharui permit.

  • PERMIT RUANG UDARA :-

    PBN boleh meluluskan pengeluaran Permit Ruang Udara (Borang 4D KTN) untuk tempoh tidak melebihi 21 tahun. Tujuan permit ini dikeluarkan adalah untuk mendirikan, menyelenggara dan menduduki binaan di atas tanah Kerajaan atau tanah rizab, atau melintasi tanah Kerajaan atau tanah Rizab sebagai sambungan kepada manamana binaan yang terletak di atas tanah yang bersebelahan.

    Bagi pengeluaran Permit Ruang Udara di atas atau melintasi tanah rizab, kebenaran pegawai pengawal rizab tersebut perlulah diperolehi terlebih dahulu. Pemegang permit mempunyai hak terhadap ruang udara yang disempadani oleh binaan itu sahaja.

    Permit boleh dikeluarkan kepada manamana orang atau badan di bawah seksyen 43 KTN

  • PAJAKAN :-

    Melalui peruntukan KTN (pindaan) tahun 1989, PBN boleh memberi milik suatu stratum tanah bawah tanah iaitu tanah yang terletak di bawah permukaan bumi, di bawah mana-mana tanah negeri atau mana-mana tanah beri milik. Dalam memberi milik tanah bawah tanah, PBN boleh menentukan kedalaman dan sempadan-sempadan, menentukan penggunaan atau penggunaan-penggunaan yang berlainan, syarat-syarat tanah bawah tanah tertakluk yang mana-mana syarat-syarat ini boleh disesuaikan untuk penggunaan atau penggunaan-penggunaan itu, syarat-syarat berkenaan dengan apa-apa kerja yang hendak dijalankan di dalam tanah bawah tanah dan syarat-syarat lain yang difikirkan berpatutan oleh PBN.

  • PELUPUSAN TANAH MENGIKUT UNDANG-UNDANG TANAH ISLAM

    KonsepIqtaoleh pemerintah dan konsep Ihya Al-MawatdanTahjir :

    Pelupusan Melalui Konsep Iqta

    1. Iqta Istighlal

    - pemberian kawasan tanah dengan bayaran cukai sebagai bayaran penggunaan tanah yang diusahakan

    - Biasanya tanahkharajiahdiharuskan iqtajenis ini sebagaimana yang dipersetujui oleh mazhab Syafii

    - Hukumiqta istighlal berbeza mengikut keadaan orang yang menerima iqta tersebu

    - Jangka masaiqtamesti ditentukan di samping penetapan kadar cukai yang dikenakan sepanjang tempoh tersebut.

  • 2. iqta irfaq

    kawasan yang diberikan oleh pemerintah untuk orang-orang tertentu bagi tujuan tertentu seperti berniaga dengan syarat bahawa pemberian itu tidak menganggu orang awam lain

    apabila orang yang menguasai tempat itu telah berpindah maka orang lain boleh mengambil hak tersebut melainkan jika hak milik tersebut telah diiqtakan oleh pemerintah hanya untuk orang tertentu

    Antara kawasan yang boleh diiqtakan secaraiqta irfaqialah tapak kedai di bandar, jalan-jalan besar, masjid dan sebagainya selagi mana tidak mengganggu hak orang awam.

  • 3. iqta tamlik

    pemerintah memberi milik tanah kepada seseorang untuk digunakan sebagai penerimaan nikmat yang wujud pada tanah itu dan untuk menjadi pemilik penuh tanah tersebut

    Penerimaiqtajuga adalah berkemampuan untuk mengusahakannya.

  • Konsep Ihya al-Mawat dan Tahjir

    Konsepihya al-mawatini telah dilaksanakan semenjak dari zaman Rasullullah s.a.w sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:Sesiapa yang menghidupkan (memajukan) tanahmawatmaka tanah itu menjadi miliknya

    Konseptahjiradalah kesinambungan kepadaihyatanahmawat.

  • ANALISA PERBANDINGAN DI ANTARA KTN DAN UNDANG-UNDANG TANAH ISLAM :-

    Persamaan1.Pemberian milik tanah Kerajaan untuk selama-lamanya dalam KTN adalah hampir sama dengan konsep iqta tamlik dalam Undang-Undang Islam, iaitu pemerintah atau Kerajaan memberi milik sebidang tanah kepada seseorang atau sesuatu badan di mana pemerintah dalam Undang-Undang Islam dan juga PBN dalam KTN berpuas hati bahawa tanah tersebut digunakan untuk tujuan awam seperti mengusahakan tanah tersebut.

    2.Konsep iqta istighlal dalam Undang-Undang Islam seakan-akan sama dengan konsep pegangan pajakan (leasehold) dalam KTN.

    3.Konsep iqta irfaq dalam Undang-Undang Islam adalah sama dengan konsep lesen pendudukan sementara dalam KTN, iaitu di mana pemerintah dalam Undang-Undang Islam dan juga PBN dalam KTN memberikan sesuatu tempat atau kawasan tertentu untuk melakukan sesuatu aktiviti atas tanah tersebut.

  • Perbezaan 1.Harta karun yang dijumpai dalam tanah menurut KTN adalah kepunyaan PBN. Manakala menurut Undang-Undang Islam, harta karun yang dijumpai adalah menjadi hak milik orang yang memperolehinya. Apa yang wajib dikeluarkan ialah 1/5 % atau 20 % daripada harta tersebut kepada pemerintah sebagai zakat.

    2.Keluasan tanah yang boleh di iqtakan adalah tidak boleh melebihi daripada kemampuan orang yang menerima iqta itu untuk mengusaha dan memajukannya, menurut jumhur fuqaha. Manakala menurut KTN pula, keluasan bagi sesuatu tanah ada ukurannya tersendiri, sebagai contoh dalam sekesyen 42(2)(d) KTN memperuntukan bahawa PBN tidak boleh beri milik terhadap mana-mana tanah pertanian yang kurang daripada 2/5 hektar yang dipegang oleh lebih dari seorang atau badan melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu.

    3.Penggunaan istilah yang digunakan dalam Undang-Undang Islam adalah tidak sama dalam KTN. Sebagai contoh istilah galian, istilah tersebut disebut sebagai maadin dalam Undang-Undang Islam.

  • SEKIAN