kuliah 2

30
Pembacaan Surat Khabar dan Majalah 1 Kuliah 2 : Surat Khabar

Upload: nurul-ain-alizuddin

Post on 19-May-2015

106 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 2

Pembacaan Surat Khabar dan Majalah 1

Kuliah 2 : Surat Khabar

Page 2: Kuliah 2

Tidak ada siapa yang benar-benar tahu bilakah

sebenarnya penerbitan atau media cetak yang dipanggil akhbar mula-mula diusahakan di dunia.

Tetapi menurut catatan yang ada suatu penerbitan yang boleh disifatkan sebagai akhbat mula-mula terbit di Sweden pada tahun 1644, iaitu Post Och Inrikes Tidningar.

Di Britain akhbar yang pertama terbit ialah Oxford Gazette pada tahun 1665.

Sejarah Penerbitan Akhbar Dunia

Page 3: Kuliah 2

Sebagaimana negara maju dalam dunia

persuratkhbaran, Tanah Melayu (Malaysia) tidak ketinggalan dengan penerbitan pelbagai suratkhabar dan majalah.

Malaysia menerbitkan akhbar dalam abad ke-19. Punca utama perkembangan ini ialah dengan

adanya kemajuan teknologi alat cetak, bermula degan cetakan batu, kira-kira pada tahun 1860-an.

Sejarah Penerbitan Akhbar di Tanah Melayu

Page 4: Kuliah 2

Menurut kajian seorang ahli sejarah Inggeris dari Scotland, Dr. William R.Roff dari tahun 1876 hingga meletus Perang Dunia Kedua terdapat tidak kurang 147 buah majalah dan akhbar dalam bahasa Melayu di Semenanjung.

Akhbar yang pertama diterbitkan dalam bahasa Melayu ialah Jawi Peranakan, tahun 1876 di Singapura.

Jawi Peranakan ialah akbar mingguan yang terbit tiap-tiap hari Isnin sehingga 1895 selama 20 tahun.

Akabar ini menyiarkan bahan bacaan yang sangat terbatas, termasuk berita-berita tempatan secara ringkas, petikan berita luar negeri, surat-surat dari pembaca.

Page 5: Kuliah 2

Pada awal abad ke-20 banyak majalah diterbitkan

di Semenanjung dan Singapura, tetapi hanya dua buah akhbar diterbitkan dalam bahasa Melayu, iaitu Utusan Melayu 1907 hingga 1921 dan Lembaga Melayu 1914 hingga 1931 di Singapura.

Pengarang pertama akhbar Utusan Melayu ialah seorang wartawan Melayu yang terkenal pada masa itu, iaitu Muhammad Eunos bin Abdullah.

Utusan Melayu yang pertama ini bukanlah diterbitkan oleh syarikat Melayu yang ada sekarang tetapi dimodali oleh sebuah akhbar bahasa Inggeris, Singapore Free, dan terbit hanya tiga kali seminggu dalam tulisan Jawi dan Rumi.

Page 6: Kuliah 2

Sebuah lagi akhbar harian dalam bahasa Melayu

yang terbit pada awal tahun tiga puluhan ialah Warta Malaya (1930).

Dalam tahun 1935, syarikat Warta Malaya menerbitkan Warta Ahad, diikuti Warta Jenaka. Kedua-duanya akhbar mingguan.

Warta Jenaka ialah akhbar mingguan yang paling popular pada masa itu dan pemimpin pertamanya ialah Abdul Rahim Kajai.

Ada lagi akhbar harian bahasa Melayu (Jawi) yang terbit di Singapura iaitu Melayu Raya diterbitkan 1950, di bawah pimpinan Harun Aminurrashid, diikuti Harian Semenanjung.

Page 7: Kuliah 2

Sejak selepas perang sehingga kini, terdapat pelbagai akhbar harian dan mingguan dalam bahasa Melayu diterbitkan dalam pelbagai bentuk, ukuran atau tulisan.

Akhbar-akhbar itu ialah :Utusan Melayu (Jawi), Utusan Zaman, Utusan Malaysia, Berita Harian (Rumi), Berita Minggu, Bintang Timur, Watan, Harian Nasional, Mingguan Perdana, Mingguan Tanahair, Mingguan Islam dll. Akhbar harian dalam bahasa Cina yang tertua dan

kekal sehingga di Malaysia ialah Nanyang Siang Pau (1923) diikuti oleh Sin Chew Jit Poh (1929).

Page 8: Kuliah 2

Kini, kira-kira 170 tahun akhbar harian yang pertama terbit dan Malaysia mempunyai kira-kira75 akhbar harian dan mingguan dalam pelbagai bahasa dan bentuk.

Sesetengah surat khabar dan majalah tidak dapat bertahan lama.

Kandungan surat khbar meliputi berita-berita tentang kemasyarakatan, ekonomi, orang Melayu, semangat kebangsaan, agama dan golongan muda.

Sehingga tahun 1980-an, persuratkhabaran di Malaysia lebih jelas dan moden dari segi fizikal, dasar penerbitan, dan istilah.

Antara surat khbar yang utama ialah Utusan Malaysia, Berita Harian, The New Straits Times, The Star dan Watan.

Akhbar ini berbentuk harian dan mingguan.

Page 9: Kuliah 2

Standard Tabloid Kompak

Jenis Akhbar

Page 10: Kuliah 2

Utusan Malaysia Berita Harian Harian Metro Kosmo Sinar Harian

Senarai akhabr utama berbahasa Melayu

Page 11: Kuliah 2

Utusan Malaysia merupakan sebuah akhbar

berbahasa Melayu terbitan Utusan Melayu. Pada awal penerbitannya, Utusan Malaysia

merupakan saluran utama penduduk Semenanjung Tanah Melayu untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap penjajah British dan ditulis menggunakan tulisan Jawi.

Kini telah dicetak menggunakan tulisan Rumi dan merupakan saluran rasmi kerajaan Malaysia

Utusan Malaysia

Page 12: Kuliah 2

Kumpulan Utusan telah diperbadankan pada tahun

1938 di Singapura sebagai Utusan Melayu Press Limited.

Akhbar pertamanya, Utusan Melayu telah dilancarkan pada 29 Mei 1939.

Dengan menggunakan Jawi, akhbar tersebut di Singapura dan memenuhi kehendak para pembaca yang celik Jawi di Tanah Melayu jajahan British.

Sejarah

Page 13: Kuliah 2

Pada tahun yang sama edisi Ahad, Utusan Zaman

telah diterbitkan. Utusan Melayu dan Utusan Zaman berada di

barisan hadapan pembangunan intelek-intelek nasionalisme Melayu yang kemudianya telah melahirkan kepimpinan politik yang berkesedaran tentang persediaan untuk mencapai kemerdekaan.

Pada bulan Februari 1958, lima bulan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ibu pejabat Utusan Melayu telah dipindakan ke ibu negara Kuala Lumpur.

Page 14: Kuliah 2

Di Kuala Lumpur, Utusan Melayu telah

memperkukuhkan kedudukannya dan terus memainkan peranan utama sebagai penyumbang aktif dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik Tanah Melayu.

Pada tahun 1963, akhbar ini diperluaskan merangkumi wilayah yang lebih besar untuk menubuhkan negara Malaysia.

Pada tahun 1967, Utusan Melayu telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad awam di bawah Akta Syarikat, bernama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Page 15: Kuliah 2

Sejak itu, syarikat telah berkembang maju dan amat pesat sehingga mencapai puncaknya dengan penyenaraian di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1994.

Sehingga kini, Kumpulan Utusan bukan sahaja memberi tumpuan dalam penerbitan akhbar utusan Malaysia, tetapi juga Mingguan Malaysia, Kosmo dan Kosmo Ahad di samping beberapa perniagaan media lain melalui anak-anak syarikatnya.

Antaranya ialah pengiklanan melalui Utusan Media Sales (UMES) dan Utusan Airtime, penerbitan majalah (Utusan Karya), penerbitan buku (Utusan Publications & Distributions), percetakan (Utusan Printcorp) dan perkhidamatan Online (Perfisio).

Page 16: Kuliah 2

Jenis – Surat khabar haria Format – percetakan Pemilik - Utusan Melayu (M) Berhad Penerbit – Utusan Melayu (M) Berhad Diasaskan pada – 29 Mei 1939 Kecenderungan politik – pro kerajaan Bahasa – bahasa Melayu Ibu pejabat – 46M, Jalan Lima off Jalan Chan Sow

Lin, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah

Utusan Malaysia

Page 17: Kuliah 2

Berita Harian ialah sebuah akhbar utama

berbahasa Melayu di Malaysia. Diasakan pada 1 Julai 1957, tahun yang sama

Malaysia mencapai kemerdekaan. Surat khabar yang dikeluarkan pada hari Ahad

diberi nama Berita Minggu.

Berita Harian

Page 18: Kuliah 2

Jenis – Akhbar Harian Pemilik – Media Prima Berhad Penerbit – Berita Harian Sdn. Bhd. Penyunting – Badrulhisham Othma & Azizi

Othman Diasaskan pada – 1 Julai 1957 Ibu pejabat – Balai Berita 31, Jalan Riong, 59100

Bangsar, Kuala Lumpur. Laman web – www.bharian.com.my

Berita Harian

Page 19: Kuliah 2

Harian Metro merupakan akhbar harian tabloid

petang berbahasa Melayu di Malaysia Akbar petang pertama Malaysia berbentuk tabloid

dilancarkan pada 25 Mac 1991 dengan pesanan cetakan awal 30,000 sehari.

Harian Metro diterbitkan enam hari seminggu (Isnin- Sabtu) oleh Berita Harian Sdn Bhd.

Pada 25 Mac 1992, Harian Metro melancarkan edisi selatanya di Johor Bahru.

Harian Metro

Page 20: Kuliah 2

Harian Metro memperkembangkan sayapnya ke

seluruh negara dengan mewujudkan edisi utara dan timur untuk memenuhi selera tempatan.

Penerbitan Harian Metro menjadi lengkap apabila mengeluarkan edisi Ahadnya, iaitu Metro Ahad pada 20 Ogis 1995 dengan keluaran pertama mncatat 100,003 naskha.

Metro Ahad mencatat jualan tertingginya sebanyak 433, 480 nashkah pada 8 November 2009.

Page 21: Kuliah 2

Matlamatnya pada peringkat awal adalah untuk

menyampaikan maklumat bagi penduduk Lembah Klang mengenai perisiwa yang berlaku di Kuala Lumpur dan sekitarnya.

Namun, berdasarkan sambutan menggalakkan kumpulan NSTP kemudiannya meluaskan pengedaran akhbar berkenaan ke seluruh Semenanjung.

Selain berita tempatan, Harian Metro juga menyajikan berita terkini di peringkat nasional dan global.

Matlamat

Page 22: Kuliah 2

Jenis – Tabloid Pemilik – Kumpulan New Straits Times Press Diasaskan pada – 25 Mac 1991 Ibu pejabat – Lembah Klang Laman web – http:// www. Hmetro.com.my/

Harian Metro

Page 23: Kuliah 2

KOSMO ialah akhbar terbitan Utusan Melayu

(Malaysia) Berhad. Dilancarkan pada 30 Ogos 2004. Bercorak santai dan dalam bentuk yang paling

mudah dibawa dan dibaca. Dijual di seluruh negara dengan harga 80 sen

setiap hari kecuali Ahad berharga RM1 dengan nama Kosmo Ahad di awal penerbitannya.

Namun sejak April 2007 akhbar ini berharga RM1 bagi setiap hari penerbitannya.

KOSMO

Page 24: Kuliah 2

Pada 30 Ogos 2004, Kumpulan Utusan pertama kali memperkenalkan pembaca akhbar harian Malaysia dengan akhbar bersaiz kompak KOSMO.

Mempunyai 64 halaman muka surat yang padat dengan pelbagai topik berita dan rencana selari dengan slogan “Suara Kontemporari” yang mensasarkan golongan generasi muda yang kontemporari, moden dan aktif dalam kehidupan seharian.

KOSMO diterbitkan dalam bahasa Malaysia yang menampilkan kensep akhbar harian dan majalah dalam motonya “Bukan Sekadar Berita” ideal untuk semua peringkat umur pembaca.

Bersifat mesra pembaca – mudah dipegang dan praktikal

Sejarah

Page 25: Kuliah 2

Kini, mengambil langkah seperti akhbar tabloid apabila berusaha mengubah presepsi masyarakat masyarakat bahawa pembaca KOSMO! Bukan terdiri daripada lingkungan pembaca Melayu sahaja malah merangkumi pelbagai kaum di Malaysia termasuk Cina dan India.

KOSMO! turut digambarkan sebagai platform akhbar silang budaya dalam memajukan masyarakat Malaysia.

Kini diiktiraf sebagai salah sebuah akhbar yang paling aktif mendapat sambutan pembaca di Malaysa.

Walaupun masih baru dalam industri dan menerima saingan yang sengit daripada akhbar terkemuka tempatan seperti Berita Harian dan Harian Metro, KOSMO! tetap utuh memberikan pilihan terbaik kepada pembacanya.

Page 26: Kuliah 2

Jenis – Surat khabar harian Format – Kompak Pemilik – Utusan Melayu (Malaysia) Berhad Diasakan pada – 30 Ogos 2004 Bahasa – bahasa Melayu Harga – RM 1.00 secara harian Laman web – Kumpulan Utusan

KOSMO!

Page 27: Kuliah 2

Sinar Harian merupakan akhbar berbahasa Melayu

di Malaysia. Pertama kali diterbitkan pada 31 Mac 2006 untuk

pasaran negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu negeri Kelantan, Pahang, dan Terengganu.

Turut didapati dalam edisi Selangor dan Kuala Lumpur juga diedarkan di sekitar Lembah Klang, edisi Melaka & Negeri Sembilan, edisi Perak serta edisi Utara untuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Akhar ini diterbitkan lima hari seminggu iaitu dari Isnin hingga Jumaat.

Sinar Harian

Page 28: Kuliah 2

Bersaiz kompak dan menyasakan kepada semua peringkat

lapisan masyarakat dengan slogan “Cakna & Dinamik” “Cakna” merupakan dialek Kelantan & Terengganu yang

bermaksud ambil tahu atau prihatin. Akhbar ini mempunyai 48 halaman dan berharga 50 sen

sahaja di awal keluarannya, dan kini 70 sen. Menyajkan berita-berita semasa daerah-daerah di Kelantan

dan Terengganu di samping berita nasional (sebagai berita kedua).

Juga memaparkan berita sukan, maklumat pelancongan, wanita dan berita luar negara.

Dicetak dan diterbitkan oleh Akhbar Cabaran Sdn Bhd yang berpegkaan di Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan Darul Naim.

Ciri-ciri

Page 29: Kuliah 2

Sinar Harian pertam akali diterbitkan pada Ogos 2006,

yang edarannya hanya merangkumi negeri Kelantan & Terengganu.

Pada April 2007, edisi Pahang pula menyusul sebelum itu, edisi Kelantan dipisahkan dengan Terengganu untuk lebih tuang laporan daera mereka.

Hujung tahun 2007, edisi Selangor dan Wilayah Persekutuan pula diterbitkan.

Setahun kemudian, Sinar harian diterbitkan pula di Negeri Sembilan dan Melaka serta di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Januari 2009 adalah diterbitkan edisi Perak, 18 Jun 2010, edisi semenanjung terakhir, Johor diterbitkan.

Sejarah

Page 30: Kuliah 2

Jenis – akhbar harian Format – kompak Pemilik – kumpulan karangkraf Sdn Bhd Penerbit – Akhbar Cabaran Sdn Bhd Penyunting – Abdul Jalil Ali Diasaskan pada – 31 Mac 2006 Bahasa – Bahasa Melayu Harga – rm 1.00 sehari Ibu pejabat – Shah Alam , Selangor Edaran – 150,000 Laman web – www.sinarharian.com.my