kuiz perkembangan kurikulum

Upload: eza-fahrina

Post on 04-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 kuiz perkembangan kurikulum

    1/5

    UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA

    FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DANVOKASIONAL

    Jabatan Ikhtisas Pendidikan

    PERKEMBANGAN KURIKULUM

    ( BBE 4122 )

    KUIZ 1

    NAMA : EZAFAHRINA BINTI EZUDDIN

    NO. MATRIK : AB090028

    PENSYARAH : DR. NORAZMAN BIN ABDUL SAMAD

    SOALAN 1

  • 7/30/2019 kuiz perkembangan kurikulum

    2/5

  • 7/30/2019 kuiz perkembangan kurikulum

    3/5

    SOALAN 2

    Huraikan maksud analisis keperluan dalam kurikulum.

    Analisis keperluan adalah satu proses untuk mendapatkan maklumat yang berguna

    dalam penggunaan kurikulum. Analisis melibatkan penentuan keperluan yang

    menawarkan satu program, keperluan semasa, keperluan pelajar dan sebagainya. Proses

    ini boleh dilakukan melalui soal selidik, temuduga, laporan dan polisi, pandangan token

    politik dan akademik, badan-badan professional, dan lain-lain stakeholder dalam

    pendidikan. Maklumat yang diperolehi daripada analisis keperluan dapat membantu

    dalam menentukan objektif dan kandungan program, strategi pengajaran dan

    pembelajaran dan juga dalam penggubalan kurikulum keseluruhannya.

  • 7/30/2019 kuiz perkembangan kurikulum

    4/5

    SOALAN 3

    Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan kurikulum di Malaysia.

    Di Malaysia, kurikulum telah melalui beberapa perubahan mengikut revolusi

    pendidikan global. Terkini, perubahan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran

    Malaysia ialah KSSR, KSSM, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Memartabatkan Bahasa

    Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), 1 Murid 1 Sukan, Transformasi

    Pendidikan Vokasional, Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Bidang

    keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan. Perubahan-perubahan ini dipengaruhi

    oleh beberapa faktor.

    Faktor yang pertama ialah penemuan ilmu-ilmu baru atau penemuan ilmu-ilmu

    baru. Pengetahuan sentiasa berkembang dan tidak statik. Ilmu dapat ditimba dengan

    kemudahan teknologi seperti membaca akhbar, majalah atau mendengar melalui radio,

    atau melihat melalui televisyen. Contohnya ilmu perubatan berkembang akibat kepesatan

    perkembangan ilmu perubatan.jadi penggubal kurikulum perlu peka untuk mengemaskini

    supaya penerima kurikulum mendapat ilmu mutakhir.

    Faktor yang kedua ialah keperluan individu dalam sesuatu masyarakat itu berbeza

    dalam sesuatu zaman. Keperluan individu memerlukan nilai tambah mengikut peredaran

    zaman. Jika sebelum ini keperluan individu ialah 3M iaitu membaca, menulis dan

    mengira tetapi zaman mendesak individu untuk mempunyai kemahiran menaakul. Itulah

  • 7/30/2019 kuiz perkembangan kurikulum

    5/5

    salah satu faktor Kementerian Pelajaran Malaysia menukarkan KBSR kepada KSSR.

    Potensi individu juga perlu dikembangkan sejajar dengan waktu.

    Faktor yang seterusnya ialah keperluan universal. Keperluan universal ialah

    dengan menyebarkan ilmu dan latihan kepada murid untuk membolehkan murid

    menerapkan pemahaman kerjasama secara universal.keperluan universal juga dilakukan

    dengan penambahbaikan cara hidup masyarakat dengan menekankan nilai, sentimen,

    ilmu dan kemahiran untuk memastikan kestabilan masyarakat , motivasi individu dan

    kawalan tingkah laku. Faktor kehendak masyarakat yang sentiasa berubah juga

    mendorong kepada perubahan kurikulum. Hal ini demikian kerana zaman merubah

    pemikiran masyarakat untuk menjadi lebih dewasa dan matang.

    Setuerusnya faktor perubahan disebabkan oleh perkembangan dasar kerajaan.

    Setiap perubahan dilaksanakan untuk mengikuti perkembangan dasar kerajaan supaya

    ianya tidak ketinggalan dan bercanggah dengan dasar yang telah diperbaharui oleh

    kerajaan. Perubahan pkurikulum jega dilaksanakan atas sebab kelemahan yang terdapat

    dalam kurikulum sedia ada. Kelemahan ini perlu diperbaiki, maka, wujudlah perubahan

    dalam kurikulum.