kuala lumpur

3
Kuala Lumpur Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Kuala Lumpur (Tulisan Jawi: ور ڤ م و للا وا ك, singkatan: KL)[5] atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 bt persegi), diduduki 1.63 juta orang mengikut banci tahun 2010.[4] Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang[6], dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.[7] Kuala Lumpur merupakan tempat letaknya Parlimen Malaysia, dan juga pernah menjadi lokasi cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan yang kini bertapak di Putrajaya sejak tahun 1999.[8] Namun begitu, terdapat beberapa cawangan kehakiman yang kekal di ibu kota ini. Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara, juga terletak di Kuala Lumpur. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya selaku ibu negara dan bandar raya primat. [9] Kuala Lumpur ditarafkan sebagai bandaraya dunia alfa, dan juga satu-satunya bandar raya global di Malaysia, menurut Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC).[10] Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah salah satu daripada tiga buah Wilayah Persekutuan Malaysia, dan juga sebuah enklaf dalam negeri Selangor, di pantai barat tengah Semenanjung Malaysia.[11]

Upload: lieynarameli

Post on 19-Nov-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Kuala LumpurDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Kuala Lumpur(Tulisan Jawi: , singkatan:KL)[5]atau nama penuhnyaWilayah PersekutuanKuala Lumpur, ialahibu negaradan bandar terbesar diMalaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244km2(94btpersegi), diduduki 1.63 juta orang mengikut banci tahun 2010.[4]Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeriSelangor, iaituLembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang[6], dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.[7]Kuala Lumpur merupakan tempat letaknyaParlimen Malaysia, dan juga pernah menjadi lokasi cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan yang kini bertapak diPutrajayasejak tahun 1999.[8]Namun begitu, terdapat beberapa cawangan kehakiman yang kekal di ibu kota ini. Kediaman rasmiYang di-Pertuan Agong, iaituIstana Negara, juga terletak di Kuala Lumpur. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya selaku ibu negara danbandar raya primat.[9]Kuala Lumpur ditarafkan sebagaibandaraya dunia alfa, dan juga satu-satunya bandar raya global di Malaysia, menurut Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC).[10]Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah salah satu daripada tiga buahWilayah Persekutuan Malaysia, dan juga sebuah enklaf dalam negeriSelangor, di pantai barat tengahSemenanjung Malaysia.[11]Semenjak 1990-an, bandar raya ini menjadi tuan rumah kepada berbilang acara sukan, politik dan kebudayaan, termasukSukan Komanwel 1998dan Kejohanan DuniaFormula Satu.[12]Selain itu, di Kuala Lumpur terdirinya menara berkembar tertinggi di dunia, iaituMenara Berkembar Petronas.[13]Kuala Lumpur dihubungkan dengan dunia luar oleh dua buah lapangan terbang, iaituLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) di Sepang danLapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shahyang kini hanya berkhidmat untuk penerbangan dalam negaraSejarah moden Kuala Lumpur bermula pada 1850-an, ketika ketua MelayuKlang, Raja Abdullah,[14]mengupah buruh Cina untuk membuka lombongtimahyang baru dan lebih besar.[15]Mereka tiba di kualaSungai GombakdanSungai Klanguntuk membuka lombong di Ampang.[15]Sungai Gombak pernah dikenali sebagai Sungai Lumpur, maka nama asal untuk bandar ini ialah "Pengkalan Lumpur", lama-kelamaan diberi nama Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian, lombong timah dibuka di Pudu dan Batu.Lombong-lombong ini berkembang menjadi kawasan perdagangan yang semakin diterima sebagai bandar sempadan. Banyak sekali kemelut yang dialami Kuala Lumpur yang masih muda itu, terutamanyaPerang Saudara Selangor, di samping diserang wabak penyakit, kejadian kebakaran dan banjir.[15]Sekitar 1870-an,Kapitan CinaKuala Lumpur,Yap Ah Loymenjadi pemimpin yang bertanggungjawab memastikan ketahanan diikuti pertumbuhan sistematik bandar ini. Beliau mula membangunkan Kuala Lumpur dari sebuah tempat kecil yang tidak dikenali menjadi bandar perlombongan yang giat sekali ekonominya.[16]Pada tahun 1880, ibu negeri Selangor berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur yang jauh lebih strategik.[17]Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan bandar di sekelilingnya membentuk rantau yang paling berindustri dan paling pesat pembangunan ekonominya di Malaysia.[7]Walaupun pentadbiran kerajaan persekutuan berpindah ke Putrajaya, namun jentera-jentera kerajaan tertentu sepertiBank Negara Malaysia,Suruhanjaya Syarikat MalaysiadanSuruhanjaya Sekuriti Malaysiaserta kebanyakan kedutaan dan misi diplomatik kekal di Kuala Lumpur.[40]Bandaraya ini juga masih merupakan pusat ekonomi dan perniagaan negara, tidak lupa juga pusat kewangan, insurans, hartanah, media dan kesenian Malaysia. Pembangunan prasarana di kawasan-kawasan sekeliling sepertiLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurdiSepang, pembinaanKoridor Raya Multimediadan peluasanPelabuhan Klangmengukuhkan lagi kepentingan ekonomi bandaraya ini.Bursa Malaysiajuga membentuk salah satu kegiatan ekonomi utama di Kuala Lumpur.