ktiteria

Upload: shafiq-azli

Post on 08-Jul-2015

642 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGANPerkara Muka surat

1.0

Pengenalan 1.1 1.2 Objektif dan matlamat Pendidikan Jasmani Konsep dan Definisi Pendidikan Jasmani

2.0

Faktor pemilihan aktiviti Pendidikan Jasmani 2.1 2.2 2.3 2.4 Infrastruktur Perkembangan Murid Peralatan dan Kemudahan Persekitaran budaya dan tempat

3.0 4.0

Kesimpulan Refleksi individu

Bibliografi Lampiran

1.0

PENGENALAN

Pendidikan Jasmani merupakan satu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik, memperoleh

pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal.

Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Jenny (1961) dan William

Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. Barrow (1971,1983)

Satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak. Baley & Field (1976)

Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal, kognitif, afektif, sosial dan emosi Freeman (1977,1992) Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, social dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani para pelajar akan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman menjalankan aktiviti fizikal.

Pendidikan

Jasmani

berupaya

menyediakan

kanak-kanak

untuk

mengamalkan hidup sihat dan aktif. Perancangan yang teratur dan bersistematik akan menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan serta mampu mendedahkan kanak-kanak kepada gaya hidup aktif dan sihat untuk berupaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang bersifat holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986).

1.1

Objektif Dan Matlamat Pendidikan Jasmani Objektif Pendidikan Jasmani secara umumnya adalah bertujuan untuk

mencapai tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Menurut Seefedt dan Vogel (1986) persoalan mengenai objektif ini telah memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dangan kecergasan fizikal dan kemahiran psikomotor sebagai satu kaedah yang mampu mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Menurut Bucher & Wuest (1987) objektif Pendidikan adalah seperti berikut : a) Untuk memahami apa yang hendak dilakukan. b) Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang nilai Pendidikan Jasmani iaitu sumbangannya terhadap masyarakat c) Membuat keputusan yang bermakna bila menghadapi sesuatu isu dan masalah. d) Menjelaskan tugas mereka kepada masyarakat. e) Mengetahui dan menghargai pencapaian peserta melalui penglibatan di dalam program. dalam

Bagi Thomes, Lee & Thomes (1988) secara tradisional, Pendidikan Jasmani mempunyai empat objektif utama iaitu : a) Pembangunan neurootot atau motor b) Pembangunan kognitif c) Pembangunan sosial, emosi dan efektif

Aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh itu guru perlu sentiasa memahami matlamat utama Pendidikan Jasmani iaitu :

Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

1.2

Konsep Dan Definisi Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan

meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya

mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Pendidikan Jasmani adalah proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi aspek psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pelajar akan diberi peluang untuk mencuba semua aktiviti fizikal Pettifor (2005) Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan yang menekankan pembentukan sikap, pengetahuan, kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi Roddick (1982) Pendidikan Jasmani adalah merupakan mata pelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan antara dimain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif Asiah Abu Samah (1993) Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalamanpengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak

Dauer (1995)

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi

Lumpkin (1990)

Secara kesimpulannya Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang memberikan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan san kecergasan dalam kehidupan seharian.

2.0

FAKTOR UTAMA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI

Infrastruktur dan Tenaga Pengajar

Perkembangan Murid

Faktorfaktor

Peralatan dan Kemudahan

Persekitaran Budaya dan Tempat

Rajah 1:faktor-faktor pemilihan aktiviti Pendidikan Jasmani

2.1

INFRASTRUKTUR

Definisi Infrastruktur kemudahan dan perkhidmatan asas (seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan dsb, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yg diperlukan utk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara,

masyarakat, organisasi, dan sebagainya), prasarana. (Kamus Dewan Edisi 4) Infrastruktur yang disediakan memainkan peranan dalam pengajaran

Pendidikan Jasmani di sekolah. Kesempurnaan aktiviti Pendidikan Jasmani di padang juga bergantung kepada bahan atau infrastuktur yang sedia ada.

Kedudukan Sekolah

Kewangan Sekolah

Elemen-elemen dalam Infrastruktur

Kemudahan

Peralatan

Rajah 2: elemen elemen dalam infrastruktur

2.1.1 Kedudukan Sekolah Terdapat dua lokasi sekolah samaada di kawasan bandar atau di luar bandar i) Kawasan bandar Kedudukan sekolah di kawasan bandar mempunyai pelbagai kelebihan berbanding kawasan di luar bandar. Kewujudan pertubuhan tertentu memberi kelebihan bagi sekolah di bandar terutamanya dari segi kepakaran yang ada. Justeru itu sekolah yang berada di luar bandar boleh berkongsi kepakaran yang sedia ada di bandar. Sebagai contoh kepakaran jurulatih renang, gimnastik, taekwando dan sebagainya. Kepakaran-kepakaran yang terdapat di kawasan bandar boleh dijadikan asas bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berdasarkan kepakaran yang terdapat di situ. Di bandar juga terdapat guru-guru yang mempunyai kepakaran khas berbanding di luar bandar. Keadaan tersebut dirangsang oleh adanya persatuan-persatuan yang diiktiraf oleh badan-badan kebangsaan yang membolehkan guru mengambil bahagian untuk mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka untuk mengajar sesuatu kemahiran atau sukan. Ini memberi banyak peluang kepada sekolah di bandar untuk

merancang pelbagai aktiviti yang boleh menarik minat murid. ii) Kawasan Luar Bandar Kedudukan sekolah di kawasan luar bandar agak ketinggalan daripada sekolah di bandar Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah melakukan banyak usaha bagi meningkatkan insfrakstruktur sekolah di luar bandar. Ini

terbukti pada tahun lepas sahaja, kerajaan telah memperuntukkan tambahan

RM2.6 billion bagi meningkatkan mutu prasarana dan pendidikan di kawasan pendalaman dan luar bandar seluruh negara. Ianya sebagai tambahan kepada RM9.7 billion yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dalam Rancangan Malaysia ke sembilan dan dijangka akan memberi manfaat kepada dua juta pelajar luar bandar dan pendalaman. Oleh itu, walaubagaimanapunpun aktiviti yang akan dirancang di luar bandar haruslah bersesuaian dan menepati tahap ekonomi penduduk setempat.

2.1.2 Kewangan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi peruntukan wang kepada sekolah bagi menjalankan aktiviti berdasarkan kapasiti pelajar. Oleh sebab itu, Pelbagai aktiviti boleh dijalankan berdasarkan kewangan yang telah diterima oleh sekolah. Walaubagaimanapun,komuniti setempat boleh menyumbang wang bagi aktiviti-aktiviti pendidikan jasmani melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Komuniti setempat yang aktif dan banyak memberikan sumbagan kepada sekolah akan menyebabkan sekolah aktif dalam menjalankan aktivitiaktiviti seterusnya dapat meningkatkan tahap kesihatan pelajar. Kesedaran komuniti setempat amat penting bagi membantu pihak sekolah merancang menjana kewangan sekolah untuk aktiviti pendidikan jasmani yang

bersesuaian untuk pelajar.

2.1.3 Kemudahan-Kemudahan Kemudahan- kemudahan asas yang perlu ada di sekolah seperti padang, bilik Pendidikan Jasmani, alatan-alatan Pendidikan Jasmani dan sebagainya haruslah lengkap bagi menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Setiap kemudahan yang ada perlu diekploitasikan untuk digunakan bagi proses pemilihan aktiviti. Sekiranya kemudahan tidak mencukupi di sekolah, pihak pentadbiran perlulah menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah. Langkah ini perlu bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos. Sebaikbaiknya pihak pentadbir haruslah menyediakan kemudahan asas yang lengkap bagi memudahkan proses pemilihan aktiviti berjalan dengan lancar.

2.1.4 Peralatan-Peralatan Peralatan yang terdapat di sekolah haruslah mencukupi dan lengkap bagi proses memilih aktiviti Pendidikan Jasmani. Sekiranya peralatan tidak

mencukupi, akan timbul masalah untuk memilih aktiviti pendidikan Jasmani yang baik. Pihak pentadbir harus memastikan segala peralatan yang diperlukan lengkap dan mencukupi. Pemilihan alatan perlu berdasarkan kepada spesifikasi umur dan pertandingan. Perkara utama yang harus diteliti dalam memilih alatan ialah faktor keselamatan pengguna. Peralatan perlulah menepati piawaian dan tidak memudaratkan pengguna. Peralatan yang murah haruslah berkualiti supaya tidak membawa kemudaratan kepada pengguna. Pemilihan alatan haruslah berkualiti dan mesra pengguna.

2.1.5 Tenaga Pengajar Kepakaran dan kemahiran guru amat penting di dalam proses pemilihan aktiviti Pendidikan Jasmani. Guru perlu mahir di dalam sesuatu kemahiran

ataupun sukan bagi memilih aktiviti di dalam Pendidikan Jasmani. Sekiranya guru tidak mempunyai kebolehan di dalam sesuatu bidang ianya sedikit sebanyak akan meejejaskan perancangan. Walaubagaimanapun, dengan latihan yang telah diperolehi di Institut Perguruan Malaysia, ianya telah banyak melahirkan guru yang berilmu, berketrampilan, berkemahiran dan mempunyai kebolehan yang tinggi di dalam bidang sukan dan permainan.

Menurut Anderson (1990), guru pendidikan jasmani yang efektif perlu membuat keputusan yang cermat (deliberate) dan mempertahankan pandangan / hak (defensible) tentang pengurusan kelas pendidikan jasmani. Beliau menyatakan bahawa cabaran untuk mengajar pendidikan jasmani adalah mengetahui bila dan bagaimana menggunakan apa yang diketahui tentang pengurusan dan instruksi bagi memaksimumkan pembelajaran pelajar. Guru Pendidikan Jasmani harus memahami tingkah laku pengurusan yang mana berinteraksi dengan kandungan, konteks dan ciri pembelajaran.

Antara ciri-ciri asas bagi seseorang tenaga pengajar ialah : a. Mempunyai pendidikan formal yang baik. b. Mempunyai pengalaman yang sesuai. c. Fleksibel dan boleh menjalankan tugas dengan berkesan. d. Jelas dengan matlamat yang perlu dicapai dan boleh merancang untuk mencapai matlamat dengan baik. e. Mempunyai keadaan mental dan emosi yang stabil dan terkawal. f. Bersedia untuk menjayakan objektif pendidikan jasmani. g. Mempunyai sahsiah yang baik. h. Memiliki kesihatan dan keadaan fizikal yang baik. i. j. Boleh berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan baik. Kreatif untuk membentuk program pendidikan jasmani.

Selain itu, kriteria bagi tenaga pengajar yang berkesan ialah : a. Mempunyai pengetahuan yang cukup dalam tugas yang diagihkan. b. Mempunyai kelayakan profesional yang sepatutnya. c. Memenuhi keperluan pelajar melalui program Pendidikan Jasmani.

d. Semangat yang tinggi dan setia kepada jabatan dan ahli-ahli kumpulan. e. Berminat dalam kerja, bersih, tepat pada masa dan berdedikasi terhadap kebajikan pelajar.

f.

Progresif, sentiasa mendapatkan maklumat baru, menggunakan kaedah pengajaran atau latihan yang baru melalui bacaan, menghadiri seminar dan kursus.

g. Arif dalam metodologi (perkaedahan sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu disiplin, kegiatan dan lain-lain) untuk menyampaikan pelajaran atau latihan. h. Sentiasa menggunakan prosedur penilaian untuk mengukur kemajuan pelajar dan sebagai kawalan terhadap keberkesanan program.

2.2

PERKEMBANGAN MURID

2.2.1 Konsep Perkembangan Murid Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), perkembangan bermaksud perihal (proses dan sebagainya) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dan sebagainya), pertumbuhan, kemajuan. D.S. Wright dan Ann Taylor mendefinisikan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan usia. Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan

kecergasan

untuk

kesihatan

optimum

dan

keadaan

baik; memperoleh

pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal. Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. 2.2.2 Perkembangan Fizikal Dan Implikasi Dalam P&P Peringkat 1:Awal Kanak-Kanak (2-6 Tahun) Perkembangan Fizikal Kadar pertumbuhan fizikal perlahan. Implikasi dalam P&P Guru dinasihatkan membantu kanakkanak tetapi setakat mana yang perlu. Ketinggian kanak-kanak pada peringkat Kanak-kanak merasai satu kepuasan ini dua kali ganda ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya kirakira empat kali ganda. Bermula usia 5 tahun, tubuh badan bertambah tinggi dan mengikut nisbah seperti dewasa. Kanak-kanak agak aktif pada peringkat ini. Kanak-kanak berkembang pada tahap berbeza. Elakkan daripada membanding beza antara kanak-kanak. Aktiviti bermain yang boleh disediakan seperti permainan bola, berlari, dll yang mengambil kira perkembangan otot,. Jadual 1: peringkat awal kanak-kanak sekiranya berjaya melakukan sesuatu dengan sendiri.

Peringkat 2: Kanak-Kanak (2-7 Tahun) Perkembangan Fizikal Stabil dan tidak begitu pesat. Implikasi dalam P&P Kanak-kanak boleh diajar menggunakan

instrumen dan peralatan. Lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Aktiviti permainan dan latihan yang sesuai seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap. Pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti. Guru boleh menyediakan aktiviti lasak untuk kanak-kanak, misalnya bola sepak untuk lelaki dan bola jaring untuk perempuan. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah dan mencapai kemuncaknya. Menghampiri akil baligh, mereka kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus terhadap sesuatu. Perkembangan otot-otot halus, Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak.

koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi mencabar. Jadual 2: peringkat kanak-kanak untuk aktiviti lebih

Afektif

Sosial

KognitifDomain Kategori Perkembangan Pelajar

Psikomotor

Rajah 3: Domain Kategori Perkembangan Pelajar

2.2.3 Domain Kategori Perkembangan Pelajar a) domain kognitif Domain kognitif adalah domain pembelajaran yang terdiri daripada pengetahuan seperti Prinsip, fakta, teori dan konsep. Ada enam peringkat pembelajaran kognitif yang di susun mengikut hierarki (Bloom, 1956). i. Pengetahuan Pengetahuan mewakili tahap objektif yang paling rendah. Pengetahuan di tahap ini ialah pengetahuan yang telah dipelajari. Keperluan untuk mencapai objektif ini ialah hanya dengan mengingat kembali fakta. Maklumatnya perlu

diingat kembali, bermula daripada yang mudah hingga teori yang kompleks, tetapi semuanya memerlukan proses mengingat maklumat.

ii. Kefahaman Kefahaman adalah satu peringkat selepas tahap mengingat maklumat. Peringkat ini ialah peringkat yang menunjukkan kebolehan memberi interpretasi, menterjemah dan menerangkan dengan perkataan sendiri. Pemahaman boleh dibahagikan kepada aspek seperti menterjemah, mentafsir data dan mengekstrapolasi.

iii. Aplikasi Aplikasi adalah kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi yang khusus atau konkrit. Di peringkat ini, pelajar boleh menggunakan maklumat seperti prinsip, teori dan konsep kepada situasi baru dan dalam situasi yang berlainan. Pengajaran dan penilaian peringkat aplikasi juga menekankan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari bagi menyelesaikan masalah di dalam kehidupan seharian.

iv. Analisis Analisis adalah peringkat yang memerlukan lebih daripada pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Analisis ialah kebolehan memecahkan perkara yang telah dipelajari kepada bahagian-bahagian tertentu sehingga kefahaman hubungan struktur organisasi diperoleh. Kebolehan yang diperlukan ialah

pelajar mengenal pasti bahagian-bahagian, menjelaskan hubungan antara bahagian, dan mengenal keseluruhan organisasi sistem yang dibahagi tadi. Analisis juga memecahkan sesuatu kepada beberapa unsur iaitu terbahagi kepada tiga iaitu analisis unsur, analisis hubungan dan analisis prinsip.

v. Sntesis Sntesis adalah peringkat yang menunjukkan kebolehan mengintegrasikan bahagian bahagian kecil kepada satu bahagian besar. Kebolehan ini memerlukan pelajar yang menganalisis elemen-elemen dalam sesuatu maklumat dan melihat hubung kait antara elemen tersebut serta kebolehan mengenal dan mengesan susunan sistematik dan struktur yang eksplisit atau implisit yang mengabungkan sesuatu. Sntesis terbahagi kepada tiga jenis iaitu sntesis penyampaian, sntesis himpunan dan sntesis cadangan.

vi. Penilaian Penilaian merupakan tahap hasil pembelajaran yang paling tinggi dalam heirarki domain Kognitif. Ia meliputi semua tahap dan ditambah dengan kebolehan membuat keputusan dan penghakiman berdasarkan rasional dan kriteria tertentu. Pelajar juga dikehendaki membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea, hasil kerja, penyelesaian, bahan dan sebagainya.

b) Domain Afektif Pembelajaran bukan hanya mempelajari pengetahuan seperti fakta, konsep dan prosedur Tetapi pembelajaran juga bertujuan untuk membentuk sikap, kepercayaan atau nilai terhadap Pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari. Domain afektif adalah berkaitan perasaan, emosi, minat, sikap, kepercayaan atau nilai dan lain-lain. Domain Afektif boleh dikelaskan mengikut peringkat

penghayatan daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi yang diutarakan oleh Bloom et al (1988), iaitu penerimaan, gerak balas, penilaian, organisasi dan perwatakan. i. Penerimaan Penerimaan bermaksud kesediaan seseorang untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan.Menerima adalah peringkat di mana pelajar menyedari dan memberi perhatian secara pasif tentang sesuatu ransangan dan fenomena. Ini merupakan tahap yang paling bawah dala domain afektif. Ada tiga tahap penerimaan, iaitu kesedaran, kesanggupan menerima maklumat dan perhatian yang terpilih.

ii. Gerak balas Gerak balas bermaksud seseorang akan bertindak balas terhadap ransangan yang diterima disetopikkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ingin tahu tentang sesuatu boleh menyetopikkan seseorang itu bertindak balas terhadap ransangan yang diterima. Tindak balas ini akhirnya akan melahirkan kepuasan diri individu

berkenaan. Pembelajaran akan menghasilkan tiga tahap gerak balas iaitu persetujuan, kesanggupan dan kepuasan.

iii. Penilaian Penilaian membawa maksud seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Terdapat tiga jenis nilai iaitu penerimaan semua nilai, pemilihan nilai tertentu dan komitmen.

iv. Organisasi Organisasi adalah peringkat dimana pelajar mengorganisasikan nilai kepada satu sistem. Penekanan dilihat kepada membanding, mengait dan mensintesis antara nilai. Pada peringkat ini, pelajar komited untuk membentuk nilai yang dipamerkan sebagai tingkah laku. Pelajar mengkonsepsikan sesuatu nilai dan mengorganisasikannya kepada sesuatu sistem nilai.

v. Perwatakan Perwatakan dalam domain afektif bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkan sebagai satu cara hidup. Pada peringkat ini, pelajar menunjukkan tingkah laku yang selari dengan nilai yang telah sebati dengan dirinya.

c)

Domain Psikomotor

Domain psikomotor pula mengintegrasi kemahiran intelektual dan fizikal untuk pembelajaran. Pembelajaran dalam domain ini adalah pembelajaran tentang pergerakan fizikal seperti mengergaji, menjahit dan lain-lain. Pelajar yang telah menguasai pembelajaran domain psikomotor akan menunjukkan kemahiran melakukan aktiviti fizikal berkenaan atau menghasilkan sesuatu produk. Simpson (1972) mengemukakan tujuh peringkat. i. Persepsi Persepsi yang membawaq maksud seseorang itu mempersepsikan satu pergerakan tertentu seperti memerhati pergerakan hantaran dalam permainan bola baling. Melalui pemerhatian ini, seseorang itu akan dapat mengingat mekanisma pergerakan motor.

ii. Persediaan Persediaan bermaksud seseorang bersedia secara mental, emosi dan fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan. Contohnya merespon, meletakkan tangan dan badan, mempamerkan dan menunjukkan.

iii. Pergerakan terkawal Ianya merupakan peringkat dimana pelajar meniru respon, melakukan di bawah bimbingan atau sesuatu model. Pergerakan terkawal bermaksud

seseorang dapat melakukan pergerakan awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari.

iv. Pergerakan Mekanistik Ianya adalah peringkat dimana pelajar melakukan sesuatu tugas yang sudah menjadi kebiasaan dengan satu tahap keyakinan dan kecekapan. Tingkah laku hampir sama dengan peringkat respon terbimbing.

v. Pergerakan Kompleks Pergerakan Kompleks adalah peringkat dimana pelajar melakukan tingkah laku dengan kompeten dan cekap. Tingkah laku hampir sama dengan peringkat respon terbimbing.

vi. Pergerakan Suaian Pergerakan suaian ialah pelajar dapat melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu.

vii. Pergerakan Ciptaan Pergerakan ciptaan bermaksud seseorang itu dapar melakukan sesuatu pergerakan baru secara cekap dan licin.

d)

Domain Sosial

Dettmer (1997) mencadangkan satu domain khusus untuk hubungan atau tingkah laku Sosial. Domain ini terdiri dari lapan peringkat objektif. i. Berhubung Objektif pertama Domain Sosial ialah Berhubung(Relating) yg bermaksud seseorang itu cuba menunjukkan tingkah laku membuat kontak (contact) terhadap seseorang lain, seperti membuat kontak mata (eye contact). Di sini,kontak mata merupakan permulaan kepada perkenalan yang berakhir dengan berlakunya sesuatu komunikasi.

ii. Berkomunikasi Objektif kedua Domain Sosial ialah Berkomunikasi (communicating),yang bermaksud seseorang itu cuba berkomunikasi dengan seseorang lain, iaitu cuba memberi atau menerima mesej, seperti inginbertanya tentang sesuatu.

iii. Melibatkan Diri Objektif ketiga Domain Sosial ialah Melibatkan Diri (Participating), yang bermaksud seseorang itu secara sukarela mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti berkumpulan, seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain.Tingkah laku berbual akan menggalakkan ahli kumpulan turut mengambil bahagian dalam dalam aktiviti tersebut

iv. Berunding Objektif keempat Domain Sosial ialah Berunding (Negotiating), yang bermaksud seseorang itu boleh membuat perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan tentang isu yang timbul,seperti berbincang untuk membuat sesuatu keputusan. Di sini, tingkah laku berbincang menunjukkan seseorang itu ingin membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kumpulannya.

v. Bekerjasama Objektif kelima Domain Sosial ialah Bekerjasama (Collaborating), yang bermaksud seseorang itu boleh bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek,seperti bekerjasama untuk

membersihkan kawasan sekolah. Di sini, tingkah laku bekerjasama menunjukkan seseorang itu ingin semua ahli sama-sama menyelesaikan projek/masalah yang dihadapi.

vi. Menghakim Objektif keenam Domain Sosial ialah Menghakim (Adjudicating), yang bermaksud seseorang itu dapat bertindak untuk mendamaikan sesuatu keadaan apabila terdapat perbezaan pendapat, seperti melarikan pertelingkahan.Di sini, tingkah laku meleraikan pertengkaran

menunjukkan seseorang itu ingin mengekekalkan keharmonian kalangan ahli kumpulannya.

vii. Memulakan Objektif ketujuh Domain Sosial ialah Memulakan (Initiating), yang bermaksud seseorang itu dapat memulakan sesuatu aktiviti kumpulan yang baru,walaupun terpaksa menghadapi risiko tertentu, seperti bekhemah di tepi sungai. Di sini, tingkah laku mengadakan perkhemahan menunjukkan seseorang itu ingin melihat kumpulannya mendapat pengalaman baru.

viii. Menukar Objektif kelapan Domain Sosial ialah Menukar (Converting), yang bermaksud seseorang itu berupaya menukarkan gaya hidup ahli-ahli kumpulan kepada gaya hidup baru, seperti mencintai alam sekitar.Di sini, tingkah laku mendorong ahli-ahli kumpulan mencintai alam sekitar menunjukkan seseorang itu ingin kumpulannya persekitaran yang lebih harmoni.

2.3

PERALATAN DAN KEMUDAHAN 2.3.1 Kemudahan

Secara umumnya kemudahan sukan boleh dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu: a. Untuk kegunaan spesifik b. Untuk pelbagai kegunaan

a. -

Kemudahan sukan untuk kegunaan spesifik Digunakan untuk sejenis sukan tertentu sahaja. Contohnya: padang golf, gelanggang skuasy, kompleks bowling, dan sebagainya, meja pingpong.

b. -

Kemudahan sukan untuk pelbagai kegunaan Mempunyai fungsi yang lebih luas Dapat menganjur pelbagai jenis pertandingan dan acara bukan sukan Mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti ruang atau kawasan yang luas, infrastruktur yang mudah alih serta peralatan yang sesuai dan pelbagai guna . Contohnya: padang bola, gimnasium, kolam renang dan dewan.

Gambar 1: Gelanggang Bola Tampar

Gambar 2: Gelanggang Futsal

Gambar 3: Gelanggang Bola Jaring

Gambar 4: Gelanggang Sepak Takraw

Gambar 5: Gelanggang Badminton

Gambar 6: Gelanggang Bola Keranjang

a. Padang/Gelanggang Padang / gelanggang haruslah berada dalam keadaan yang: Baik Tidak licin Rumput pendek Terhindar daripada sebarang benda yang boleh mendatangkan kecederaan Bebas daripada sebarang peralatan lain yang tidak diperlukan

Supaya: Memastikan sebarang aktiviti dapat dijalankan dengan lancar Menjaga keselamatan pelajar dan mengelakkan daripada berlakunya sebarang kecederaan

b. Stor Sukan Stor sukan haruslah berada dalam keadaan yang: Kemas Tersusun Teratur Gambar 7: stor sukan

-

Dilabel Tidak menghalang laluan Lengkap dengan peralatan sukan

Supaya: Peralatan dapat dicari dengan mudah Mengelakkan kecederaan

c. Bilik Persalinan Bilik persalinan haruslah berada dalam keadaan yang: Bersih Lapang Gambar 8: Bilik Persalinan

Dipisahkan bilik persalinan untuk pelajar lelaki dengan pelajar perempuan

Supaya: Memudahkan pelajar menyalin pakaian Mendidik murid-murid menghormati murid lain ketika tukar pakaian

d. Gimnasium Gimnasium haruslah berada dalam keadaan yang: Bersih Peralatannya tersusun rapi Tidak menghalang laluan Berada dalam keadaan yang baik Peralatan lengkap Gambar 9: Gimnasium

Supaya: Memudahkan pelajar menggunakan peralatan yang ada Mengelakkan kecederaan

2.3.2

Peralatan

Objektif pengajaran PJ dapat dicapai sekiranya murid berpeluang menggunakan peralatan asas. Murid dapat menikmati keseronokan sambil memperkembangkan kemahiran jasmani mereka. Peralatan yang digunakan hendaklah bersesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.

Jenis Peralatan Asas Alatan asas 1. Pundi kacang 2. Bola kecil (getah) 3. Bola besar (getah) 4. Tali pendek 5. Tali panjang 6. Gelung rotan 7. Bangku gimnastik 8. Tikar getah (perseorangan) 9. Skitel Untuk guru 1. Pita rakaman 2. Gendang kecil/ kompang 3. Wisel 4. Tamborin 5. Kastenet 6. kerincing Jadual 3: jenis peralatan asas Butiran 15 cm x 13 cm Biasa Saiz 4 Panjang 2 m Panjang 7 m Biasa (37.5 cm) Biasa 1 m x 0.5 cm biasa

Peralatan Tahap 1 Jenis alatan 1. Pundi kacang 2. Bola getah kecil 3. Bola getah besar 4. Tali pendek 5. Tali panjang 6. Gelung rotan 7. Bangku gimnastik 8. Tikar getah (perseorangan) 9. Skital 10. Kayu 11. Pita rakaman (pergerakan kreatif) Jadual 4: peralatan tahap 1 Butir alatan/ saiz 15 cm x 13 cm Biasa Saiz 4 Panjang 2 m, jejari 0.5 cm Panjang 7 m, jejari 0.75 cm Jejari 37.5 cm Khas untuk sekolah rendah 1 m x 0.5 m Biasa Panjang 1.2 m, jejari 1 cm Biasa

Peralatan Tahap 2 Jenis alatan 1. Baton 2. Rotan 3. Bola sepak 4. Bola jaring 5. Bola baling 6. Sepak takraw 7. Raket badminton 8. Meja pingpong 9. Net pingpong 10. Pingpong bat 11. Kayu hoki 12. Bola hoki 13. Tilam gimnastik 14. Bangku gimnastik15. Peti lombol 16. Papan lonjak

Butir alatan/ saiz T. 12. 13 Panjang 1.25 m, jejari 1.5 cm Saiz 4 Saiz 5: NB 2 Biasa Biasa JS. 205 Biasa Biasa PP 701 Sesuai sekolah rendah Biasa 3 m x 1 m x 100 cm Yang biasa digunakan 5 lapis Biasa Biasa BN- 3 A PHBN- 4

17. Palang selari 18. Net badminton 19. Net bola keranjang 20. Net sepak takraw 21. Bola tampar

22. Net bola tampar Tiang & net bola jaring 23. Pagar (hurdles) 24. Bola gimnastik irama 25. Bet tenis pader 26. Peluru (lelaki) 27. Peluru (perempuan) 28. Gol hoki 29. Pad penjaga gol 30. Alat permainan sofbol

Biasa Biasa Biasa Biasa Mengikut kesesuaian Biasa Biasa Mengikut spesifikasi yang ditetapkan Mengikut spesifikasi yang ditetapkan Biasa Biasa Biasa

Jadual 5:peralatan tahap 2

a. Peralatan Reka Ganti Dalam Pendidikan Jasmani Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru pendidikan jasmani ialah kekurangan peralatan. Namun, masalah ini dapat diatasi dengan alat rekaganti (improvised equipment) Peralatan reka ganti ini dibuat, bagi : Memastikan pelajaran PJ dapat terus dilaksanakan Menjimatkan pembelian peralatan

b. Sifat-Sifat Peralatan Reka Ganti Terdiri dari pelbagai aspek: Fungsi- mempunyai fungsi yang sama dengan peralatan asal. Rupa- mempunyai bentuk yang sama dengan alatan asal supaya menggalakkan murid menggunakannya. Daya tahan- dapat menggunakan dalam jangka masa yang lama Keselamatan- tidak membahayakan dan mencederakan murid Perbelanjaan minimum- menjimatkan kos.

Contoh Peralatan Reka Ganti

Bed Raundas Dan Sofbol

Pundi Kacang

Bed Tenis Padder

2.4

Persekitaran Budaya Dan Tempat

Persekitaran mempengaruhi kegiatan sosial dan aktiviti masyarakat. 2.4.1 Budaya Setempat Semasa memilih kriteria pemilihan aktiviti guru perlulah memanipulasikan aktiviti mengikut keperluan masyarakat setempat. Budaya di sesuatu

komuniti dapat dimanafaatkan untuk pemilihan kriteria aktiviti Pendidikan Jasmani. Kepecayaan, pembentukan sosial bangsa, agama atau kumpulan sosial adalah perkara-perkara yang terlibat di dalam proses sosialisasi murid. Mereka belajar dan membentuk tingkah laku berdasarkan budaya setempat. Projek dalam Pendidikan Jasmani di sekolah boleh memberi arah tuju kepada pelajar supaya menceburkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. 2.4.2 Pengaruh Politik Pengaruh politik memainkan peranan yang penting dalam pemilihan kriteria aktiviti Pendidikan Jasmani. Aktiviti Pendidikan Jasmani dapat memupuk integrasi antara kaum dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Selaras dengan kempen Satu Malaysia, pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.

2.4.3

Elemen Persekitaran Budaya Dan Tempat

Kebersihan

Keselamatan

Gaya Hidup Sihat

Tempat yang sesuai

Penglibatan Murid

Interaksi

Penyimpanan Rekod

Rajah 4:Elemen Persekitaran Dan Tempat

Kebersihan sesuatu kawasan dan persekitarannya turut mempengaruhi aktiviti pendidikan jasmani . Dengan tempat yang bersih, kita dapat menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani secara lebih berkesan. Jika tempat permainan kita kotor, ini pasti menimbulkan rasa kurang selesa kepada murid untuk belajar dan menjalankan aktiviti pada masa yang sama menjejaskan kesihatan murid. Selain itu, gaya hidup sihat amat penting bagi murid. Dengan pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan akan menyumbang kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan, dan pencegahan dadah Penglibatan murid juga perlulah sentiasa aktif dan selamat. Ini adalah salah satu cabang dalam budaya pembelajaran Pendidikan Jasmani. Pada masa yang sama, murid juga perlulah belajar dengan penghayatan ilmu. Di samping itu, keselamatan adalah antara elemen yang perlu diambil kira dalam memastikan persekitaran yang selamat. Pilih kawasan dan persekitaran tempat yang selamat. Yang pasti, selamat untuk diri sendiri dan orang lain. Jika keadaan tempat bahaya, keadaan yang bahaya dan kurang selamat menjejaskan keyakinan murid untuk belajar Tamabahan pula,tempat yang sesuai amat penting bagi menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani.Setiap aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan hendaklah dijalankan di tempat yang sesuai Sebagai contoh, kawasan padang digunakan untuk olahraga manakala dewan tertutup pula untuk badminton. :

Pada masa yang sama. Interaksi antara guru dan murid perlulah sentiasa ada komunikasi dua hala kerana interaksi yang kreatif mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria. Jika guru pandai dan bijak mengawal suasana P&P, murid pastinya dapat menikmati suasana pembelajaran yang lebih aktif dan ceria. Akhir sekali, penyimpanan rekod adalah antara aspek yang penting bagi bukti kita menjalankan proses P&P. Kita sebagai guru dapat memerhati kemajuan dan potensi murid yang kita ajar secara berterusan. Begitu juga dengan penyimpanan rekod kesihatan murid sebagai bukti pembelajaran. Adalah menjadi tanggujawab kita sebagai guru untuk mengetahui masalah kesihatan murid dan tahap kemampuannya menjalankan aktiviti

Keselamatan

Kebersihan

Tempat yang sesuai

Keselamatan aspek yang amat penting Pilih kawasan dan persekitaran tempat yang selamat Selamat untuk diri sendiri dan orang lain Keadaan yang bahaya dan kurang selamat menjejaskan keyakinan murid untuk belajar

Kebersihan sesuatu kawasan dan persekitarannya turut mempengaruhi aktiviti pendidikan jasmani Tempat yang kotor akan : - menjejaskan keselesaan murid untuk belajar dan menjalankan aktiviti - menjejaskan kesihatan murid

Setiap aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan hendaklah dijalankan di tempat yang sesuai Contoh : Kawasan padang Olahraga (balapan/padang) Dewan tertutup badminton

Gaya Hidup Sihat pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan. penyelesaian konflik pengurusan stres kemahiran merancang pemakanan penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah

Penglibatan Murid

Penglibatan murid secara aktif dan selamat ( budaya pembelajaran Pendidikan Jasmani )

Interaksi Interaksi yang kreatif dengan guru, bahan dan alatan ( budaya pembelajaran Pendidikan Jasmani ) Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat ( budaya pembelajaran Pendidikan Kesihatan )

Penyimpanan Rekod Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran Memerhati kemajuan dan potensi murid Penyimpanan rekod kesihatan murid sebagai bukti pembelajaran Mengetahui masalah kesihatan murid dan tahap kemampuannya menjalankan aktiviti

3.0 KESIMPULAN Pengetahuan berkaitan kriteria pemilihan aktiviti Pendidikan Jasmani amat penting kepada setiap guru pendidikan Jasmani. Pengetahuan tersebut akan menjadi panduan dan rujukan guru-guru untuk merancang aktiviti PJ yang berkualiti dan berkesan.

4.0 REFLEKSI INDIVIDU SHAFIQ AZLI MOHD SALLEH(900202-11-5169)

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan projek PJM3110 ini dengan sempurna. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Hashim bin Ismail kerana telah membimbing saya dan ahli kumpulan saya dalam menyiapkan tugasan ini. Dalam menyiapakan tugasan ini,saya telah menghadapipelbagai masalah. Ketika menerima soalan tugasan ini, saya telah merasakan bahawa tugasan ini memerlukan kreativiti yang tinggi untukmendapat hasil yang memuaskan. Hasil dari perbincangan kelas, saya bersama rakan setugas saya Suhaime, Ain, Syahida dan Solehah. Dari situ, kami telah bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini. Paduan tenaga yang tinggi telahkami berikan terhadap tugasan ini bagi memastikan hasil tugasan kami ini

bertepatan dengan apa yang dikehendaki soalan. Alhamdulillah, perjalanan tugasan ini berjalan dengan lancar. Pada hari perbentangan, saya telah diberikan tugas untuk membentangkan tajuk pesekitaran budaya dan tempat. Saya sedaya upadaya cuba menerangkan tentang topik ini berdasarkan apa yang saya faham melalui pembacaaan dan juga rujukan daripada buku sukatan pelajaran. Alhamdulilah,pembentangan saya berjalan lancar dan bagi membuatkan sesi pembentangan lebih menarik, saya membentangkan satu video yang dibuat khas oleh saya dengan suhaime. Video ini bertujuan memudahkan pemahaman berdasarkan keadaan sebenar di luar bilik darjah. Namun, saya amat berpuas hati dengan persembahan saya kerana dari sudutpenyampaian saya, saya telah mendapat pujian kerana kelantangan suara saya mampu membuatkan rakan-rakan dapat mendengar tanpa jemu dan henti. Ternyata pembentangan ini memberi latihan kepada saya bagi memudahkan saya mengajar di hadapan kelas nanti, Harap dengan pembentangan ini, rakan-rakan dapat memahami topik yang berkenaan dan dapat mengaplikasikan dalam bilik darjah kelak. Insyallah.

BIBLIOGRAFI AAHPER (1955) Physical Education for High School Students, Washington D.C., AAHPER Publications. Mok Soon Sang (2008) Perkembangan Kanak-kanak, Puchong, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel (2009) Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mohd Sofian Omar Fauzee (2006) Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani , Shah Alam, Karisma Production Sdn. Bhd. Wang Eng Hoe, Ong Tah Fatt, Nadiah Diyana Tan Abdullah (2007) Pengurusan Strategik Sukan, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd. Teng Boon Tong (1984) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Petaling Jaya, Longman Malaysia Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe (1994) Organisasi dan Pentadbiran Sukan dan Pendidikan Jasmani, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.