krb 3053 - forum 3

2
Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera, Berdasarkan Modul KRB3013, Prinsip Pengajaran Bacaan, bacaan intensif dilakukan bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Fokusnya adalah terhadap ciri-ciri tatabahasa, pembentukan dan penggunaan perkataan dan pemakaian bahasa dalam konteks yang berlainan. Bacaan intensif ini memerlukan bimbingan dan pengatur-caraan dari guru sekiranya murid menghadapi masalah untuk mendapatkan jawapan. Kebaikan yang boleh diperolehi oleh murid-murid melalui aktiviti bacaan intensif ini ialah murid boleh merujuk atau bertanya secara langsung dengan guru bahasa sekiranya terdapat masalah seperti kurang faham dengan ayat atau perbendaharaan kata yang dibaca. Murid juga boleh merujuk kamus atau buku rujukan tatabahasa untuk mendapatkan maklumat tambahan. Aktiviti bacaan senyap dan pantas juga dapat menjimatkan masa murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dari guru untuk bacaan intensif ini seperti soal- jawab tentang maksud perkataan mengikut konteks, aktiviti merujuk kamus untuk mendapatkan maklumat tambahan, aktiviti membaca senyap dengan kepantasan yang sesuai dan sebagainya akan meningkatkan lagi minat dan kecenderungan murid untuk belajar. Kebaikan bacaan intensif yang lain kepada murid ialah murid dapat membaca dengan baik dari segi intonasi dan sebutan kerana adanya bimbingan secara langsung dari guru, murid juga dapat mengembangkan kebolehan mentafsir, menilai dan mengulas isi-isi bahan bacaan di samping nilai-nilai estitika yang terdapat di dalam bahan bacaan. Kelemahan ketara untuk guru dalam aktiviti bacaan intensif ini ialah guru mestilah mempunyai pengetahuan bahasa yang tinggi serta perbendaharaan kata yang banyak agar boleh memberi penjelasan, penerangan atau contoh yang mudah kepada murid bermasalah bahasa. Guru juga perlu menyediakan perancangan terperici dari segi bahan, aktiviti dan kekangan masa yang mungkin berlaku sekiranya mengajar murid yang lemah atau sederhana. Kelemahan murid pula adalah kebergantungan kepada guru sepenuhnya untuk mendapatkan penerangan atau jawapan walaupun terdapat kamus atau buku rujukan. Biasanya, istilah atau konsep bahasa yang digunakan dalam kamus atau buku rujukan adalah lebih sukar difahami oleh murid.

Upload: fatiah-mohamed-yusoff

Post on 15-Feb-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

FORUM 3 ROSIDAH SAHLAN KRB 3053

TRANSCRIPT

Page 1: Krb 3053 - Forum 3

Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera,

Berdasarkan Modul KRB3013, Prinsip Pengajaran Bacaan, bacaan intensif dilakukan

bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa

sahaja yang dibaca dengan tepat. Fokusnya adalah terhadap ciri-ciri tatabahasa, pembentukan

dan penggunaan perkataan dan pemakaian bahasa dalam konteks yang berlainan. Bacaan intensif

ini memerlukan bimbingan dan pengatur-caraan dari guru sekiranya murid menghadapi masalah

untuk mendapatkan jawapan.

Kebaikan yang boleh diperolehi oleh murid-murid melalui aktiviti bacaan intensif

ini ialah murid boleh merujuk atau bertanya secara langsung dengan guru bahasa sekiranya

terdapat masalah seperti kurang faham dengan ayat atau perbendaharaan kata yang dibaca. Murid

juga boleh merujuk kamus atau buku rujukan tatabahasa untuk mendapatkan maklumat

tambahan. Aktiviti bacaan senyap dan pantas juga dapat menjimatkan masa murid. Aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dari guru untuk bacaan intensif ini seperti soal-

jawab tentang maksud perkataan mengikut konteks, aktiviti merujuk kamus untuk mendapatkan

maklumat tambahan, aktiviti membaca senyap dengan kepantasan yang sesuai dan sebagainya

akan meningkatkan lagi minat dan kecenderungan murid untuk belajar. Kebaikan bacaan intensif

yang lain kepada murid ialah murid dapat membaca dengan baik dari segi intonasi dan sebutan

kerana adanya bimbingan secara langsung dari guru, murid juga dapat mengembangkan

kebolehan mentafsir, menilai dan mengulas isi-isi bahan bacaan di samping nilai-nilai estitika

yang terdapat di dalam bahan bacaan.

Kelemahan ketara untuk guru dalam aktiviti bacaan intensif ini ialah guru mestilah

mempunyai pengetahuan bahasa yang tinggi serta perbendaharaan kata yang banyak agar boleh

memberi penjelasan, penerangan atau contoh yang mudah kepada murid bermasalah bahasa.

Guru juga perlu menyediakan perancangan terperici dari segi bahan, aktiviti dan kekangan masa

yang mungkin berlaku sekiranya mengajar murid yang lemah atau sederhana. Kelemahan murid

pula adalah kebergantungan kepada guru sepenuhnya untuk mendapatkan penerangan atau

jawapan walaupun terdapat kamus atau buku rujukan. Biasanya, istilah atau konsep bahasa yang

digunakan dalam kamus atau buku rujukan adalah lebih sukar difahami oleh murid.

Page 2: Krb 3053 - Forum 3

Bacaan ekstensif pula bermaksud bacaan meluas yang dilakukan di luar bilik darjah.

Bacaan ekstensif ini menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, mempertingkatkan

kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina

dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting bahan bacaan. Di samping

memperolehi kepuasan dan keseronokan semasa membaca, murid-murid dapat menimba ilmu

pengetahuan yang banyak dan berguna hasil dari pembacaan meluas. Dalam bacaan ekstensif ini,

tugas guru hanyalah sebagai perunding atau pembantu sahaja seperti dalam pemilihan bahan

bacaan yang bersesuaian dan teknik bacaan.

Antara kebaikan yang boleh diperolehi daripada bacaan ekstensif ini ialah murid

boleh memperolehi pengetahuan am yang luas dan berguna melalui pembacaan yang tiada had

melalui buku, majalah, surat khabar, jurnal dan sebagainya. Minat murid untuk membaca juga

akan bertambah kerana murid sudah boleh membaca pantas dan mendapatkan maklumat dengan

cepat. Kreativiti murid melalui pembacaan bahan berbentuk prosa mahupun puisi akan

berkembang. Murid juga dapat memperkaya, memperluaskan dan meningkatkan lagi tahap

penguasaan, daya berfikir dan penggunaan bahasa yang betul, di samping pendedahan laras-laras

bahasa yang pelbagai dalam bahan bacaan yang tidak terhad.

Kelemahan nyata yang boleh didapati hasil daripada bacaan ektensif ini ialah

kawalan ke atas bahan bacaan. Bacaan ekstensif tidak memerlukan kawalan dan penyediaan

bahan bacaan yang bersesuaian oleh guru ke atas murid. Guru hanya mengesyorkan untuk murid

memilih bahan yang sesuai dibaca tetapi murid boleh mengakses atau bebas membaca apa sahaja

bahan termasuklah bahan-bahan lucah, buku-buku fahaman barat yang tidak sesuai dengan

agama dan nilai-nilai ketimuran dan sebagainya. Penyalahgunaan kebebasan membaca

seumpama ini haruslah dibendung agar generasi muda kita mempunyai pengetahuan dan

kemahiran positif yang boleh digunakan secara bijaksana pada masa depan. Murid yang lemah

dari segi bacaan, kefahaman tentang konsep dan kurang kosa kata akan menghadapi masalah

untuk membuat rujukan kerana bacaan ekstensif ini lebih kepada bacaan luar kelas. Murid

seumpama ini tidak dapat membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya dengan baik

kerana masalah kefahaman dan memerlukan guru sebagai pembimbing sebagaimana bacaan

intensif.