kpss 10%- kekangan pelajar dalam an aktiviti ko-k

Upload: saiful-rahman-a-rahman

Post on 18-Jul-2015

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kekangan Pelajar Sekolah Luar Bandar dalam Penyertaan Aktiviti Kokurikulum di Malaysia Pernyataan Masalah Dalam kajian ini permasalahan yang hendak ditimbulkan ialah mengenalpasti kekangankekangan yang menghalang pelajar di sekolah luar bandar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Kajian ini akan menitikberatkan tentang masalah-masalah yang mengekang penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya sukan. Kekurangan kemudahan, kewangan dan galakan daripada pihak pengurusan dan guru-guru di sekolah-sekolah luar Bandar menyebabkan pelajar kurang berminat dalam penglibatan aktiviti kokurikulum dan tiada semangat kesukanan. Kenyataan dalam Laporan Kabinet (1979) melihat pelaksanaan dasar meyakini bahawa kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan beruniform dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak memberangsangkan. Hal ini kerana kekurangan guru-guru yang berkelayakan dalam pengendalian aktiviti kokurikulum dan ketiadaan sebarang penilaian dalam gerakerja kokurikulum sekolah. Gerak kerja kokurikulum sekolah kurang mendapat tempat berbanding kurikulum sekolah kerana banyak perhatian ditumpukan kepada mata pelajaran akademik. Aktiviti kokurikulum juga selalu disalah erti sebagai aktiviti tambahan sahaja dan kurang dititikberatkan walhal ia merupakan syarat utama dalam sistem metokrasi bagi pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, kekangan lain antaranya seperti yang dinyatakan oleh Mohd Suzli (1987) dalam kajiannya. Kajian beliau mendapati sekolah yang dikaji menghadapi masalah kewangan yang tidak mencukupi dan sistem penjadualan yang tidak teratur dan sistematik. Pelbagai perancangan telah dilakukan samada dari pihak Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Negeri di bawah Unit Kokurikulum telah menyediakan peruntukan untuk memastikan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah dijalankan selaras menurut kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Tujuan peruntukan diberikan untuk menjamin peralatan dan kemudahan disediakan untuk pelajar menjalankan kegiatan mereka. Guru-guru juga dihantar berkursus untuk mempertingkatkan ilmu dan mampu memberi tunjuk ajar kepada pelajar di sekolah mereka. Namun, kekangan timbul ekoran ramai pelajar yang tidak hadir semasa kegiatan kokurikulum dijalankan. Kajian ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti kekangan utama pelajar tidak hadir semasa kegiatan kokurikulum.

Oleh itu, apakah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di sekolah luar Bandar? Sejauhmanakah pelaksanaan aktiviti kokurikulum dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah? Adakah guru-guru mempunyai kemahiran untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan sempurna? Bagaimanakah sambutan pelajar dan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan persepsi pelajar mengenai aktiviti kokurikulum dengan pembelajaran di dalam bilik darjah? Apakah cadangan pengetua sekolah dan guru-guru bagi mengatasi kekangan yang wujud dalam penglibatan kokurikulum pelajar? Justeru kajian ini dibuat untuk mengkaji kekangan-kekangan yang wujud di sekolah luar bandar dan hubungkaitnya terhadap impak dari segi penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum supaya langkah yang sewajarnya dapat diambil untuk memperbaiki situasi yang berlaku di sekolah luar bandar di samping mempertingkatkan kualiti pendidikan yang seimbang dari segi kurikulum dan kokurikulum.