kota kota melayu yang di musnahkan british

Upload: effandi-abu-bakar

Post on 07-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Kota Kota Melayu Yang Di Musnahkan British

    1/9

    Kota-Kota Melayu Serta Khazanah NegaraYang Dimusnahkan British

    Dan Talibarutnya.

    Kerajaan Kedah sering di sebut sebagai kerajaan tertua dalam sejarah kerajaan berajaserta kesultanan yang panjang di nusantara yang bermula pada tahun 700 masihi lagi.Hubungan dengan negeri-negeri di timur tengah dan asia barat serta timurmeninggalkan kesan dan pengaruh yang luas termasuklah kebudayaan, kesenian,agama, politik dan perdagangan.

    Kesan-kesan seni warisan melayu ini banyak dapat di kesan di Kedah walaupun banyakkota-kotanya dikhianati, dihancurkan dan ditanam oleh pihak-pihak musuh Allah.

    Bandar Kota Star selaku pusat pentadbiran Kedah Tua dan merupakan antara kota yang mendapat perhatian kerajaan British untuk dirampas kerana ia dipenuhisebilangan bangunan lama yang menjadi bukti kewujudan pemerintahan dinasti AhlulBait Al-Jefri Merong Mahawangsa. Kota Star sejak dahulu terkenal dengan banyakkota-kota dan gerbang-gerbang yang antik serta cantik seperti Kota Tengah, KotaStar, Istana Kuning, Kota Keriangan di Gunung Keriang dan Kota Sharifah danlain-lain.

    Gerbang Kota Star telah dimusnahkan setelah kematian Sultan Badlishah oleh cucuraja Thai Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Sultan Badlishah merupakan anak-anak Ahlul Bait Merong Mahawangsa kerana ibunya Tunku Sharifah Sofea al-Jefriialah anak saudara kepada Maharaja Melayu DYMM Sultan Syed Jaafar MuadzamShah al-Jefri.

    http://mindaahad.files.wordpress.com/2011/02/kota-star-1.jpg
  • 8/3/2019 Kota Kota Melayu Yang Di Musnahkan British

    2/9

    Buku Undang-Undang Kedah termaktub perkataan HUKUM KANUN DATO KOTASTAR yang buku ini selesai ditulis pada tahun220 hijrah @ 812 masihi oleh cucuMaharaja Merong Maha Wangsa yang ketika itu menjadi D.O. atau Raja Daerah diAceh.

    Kota Star dirobohkan semasa era Musuh Bisik pada tahun 1821 manakala gerbangnyadiruntuhkan pada tahun 1960 untuk memberi laluan pada pembangunan kononnya. Ditapaknya di bina bangunan baru iaituWisma Negeri.

    Seperti kes Tunku Abdul Rahman menukar Kota Kayangan menjadi MuziumPerlis. Di tahun-tahun berikutnya beliau datang semula ke Perlis dan mengatakanmuzium ini terlalu lama dan buruk, seeloknya ditukarkannya kepada bangunan muzium yang baru. Maka terjadilah malapetaka kepada warisan Melayu yang mana KotaKayangan yang gah dengan batu-bata serta diselang seli kayu-kayu meranti yang halusukirannya juga dipenuhi dengan simbol-simbol empayar Kedah Tua habis dirobohkanoleh beliau.

    Tidak habis dengan itu Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj al-Thai telahmengetuk batu-batu nisan yang lama digantikan dengan yang baru manakala nisan-nisan kayu dibiarkan. Beliau selaku Perdana Menteri Malaysia pada masa itu jugamenjejaki seluruh warisan Kedah Tua di Negeri Perlis dan negeri-negeri lain untukdimusnahkan.

    http://mindaahad.files.wordpress.com/2011/02/watikah-kotastag.jpg
  • 8/3/2019 Kota Kota Melayu Yang Di Musnahkan British

    3/9

    KENANGAN GERBANG KOTA STAR1960 BERSEBELAHAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN. JIKA GERBANG PINTU MASUK KE KOTA SEBEGINI GAH DANCANTIK TENTU KOTANYA YANG DIRUNTUHKAN DI ZAMAN SI LAKNAT RAJATHAI CHULALONGKORN LEBIH HEBAT LAGI.

    Bukti kenyataan ahli sejarah Inggeris James Lowdari buku Sejarah Kedah Sepintas

    Lalu, mencatatkan Raja Thai Chulalongkorn telah mengarahkan tentera-tenteranyamenghapus dan membakar habis-habisan kesan bukti sejarah kerajaaan MelayuSiam Malacca, antaranya ialah :-

    1. Kota Raja Melayu Siam Kedah Pelabuhan Kota sekitar Kota Teluk Bahang, KualaKedah.

    2. Kota Palas Istana Sultan Maulana di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi .

    3. Istana Maharaja Jalil Sutan Yaakub Kedah Langkasuka Khrun Waran Wangsatahun 1548 M.

    4. Istana Tanjung Putri, Kuala Ketil dan di situ masih terdapat Perigi Puteri Dayangyang dibina bersebelahan kota tersebut .

    5. Istana Sultan Sheikh, Sultan Abdul Kadir Shah Alam tahun 904 M di pekanLanggar, Kedah.

    6. Kota Pagar Air Istana Sultan Hussain Shah Alam di Limbung, Kedah.

    7. Istana Dato Paduka Maharaja Nai Cau Shin Ibni Al Marhum Nai Cau Doi diKampung Pulau Maharaja, Tunjang.

    8. Kota Sarjana di Alor Ganu milik Rama Tibodi 1 Ananda Pagan Ibni Al MarhumSultan Muhammad Yang Adil, baginda mencipta wang emas yang ada di Muzium NegeriKedah.

    9. Kota Mengkuang, Wang Tepus, Kubang Pasu milik Sultan Sharif Abu Bakar Shah.

    http://mindaahad.files.wordpress.com/2011/02/photo137.jpg
  • 8/3/2019 Kota Kota Melayu Yang Di Musnahkan British

    4/9

  • 8/3/2019 Kota Kota Melayu Yang Di Musnahkan British

    5/9

    BAHAGIAN TEPI GERBANG ADALAH SEPERTI ARCA BATU NISAN KEDAH TUA YANG BERTEBARAN DI SELURUH NUSANTARA. SEBAB ITULAH GERBANG INI DIMUSNAHKANKERANA GERBANG INI MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA TENTANG KETAMADUNAN KESULTANAN MELAYU ISLAM. IANYA BERBENTUK ARCA BATU NISAN YANG DIDAKWA BATU NISAN ACEH KONONYA. PADAHAL IANYA BATU NISANKEDAH TUA.

    INILAH MELAYU YANG DI WAR-WARKAN OLEH BRITISH, TIADA APA-APA PADA BANGSAMELAYU KECUALI ATAP RUMBIA DAN PERTANIAN.

    http://mindaahad.files.wordpress.com/2011/02/rumah-rumbia.jpghttp://mindaahad.files.wordpress.com/2011/02/batu-nisan.jpg
  • 8/3/2019 Kota Kota Melayu Yang Di Musnahkan British

    6/9

    Untuk memastikan kota-kota ini musnah secara total Raja Thai Chulalongkorn, datukkesayangan Tunku Abdul Rahman telah datang ke Kedah bersama pegawai-pegawaipenasihatnya yang berbangsa Inggeris, pada tahun 1890 M. Kedatangan dimulai diPulau Langkawi dan seterusnya ke bandar Kota Star dan di sambut mesra oleh anakperempuannya merangkap isteri kedua Sultan Abdul Hamid yang bernama CikPuan Manjalara.

    Khazanah-khazanah yang bernilai sejarah yang berupa bangunan lama atau binaanlama gerbang-gerbang Di Raja, warisan-warisan silam lainnya yang terdapat di dalamdan di luar negeri Kedah berupa alat-alat senjata berat dan senjata-senjata api sepertisenapang, lela rentaka, meriam-meriam melayu dan lain-lain dilupuskan dan digantidengan milik penjajah contohnya meriam-meriam melayu diganti dengan meriam-meriam VOC milik penjajah.

    Apa yang ada kaitan dengan ketamadunan Kedah Tua semuanya habis dimusnahkan.Kemudian penjajah-penjajah ini telah menukar nama bandar Kota Star kepada AlorStar kerana kata pegawai Inggeris, orang melayu tak perlulah kepada berkota-kota,cukuplah dengan nama Alor. Sejak itu nama Kota Star hanya dikenali sebagai namaDistrict of Kota Star atau daerah Kota Star sahaja.

    KOTA BOROBUDUR DI SEMARANG YANG DI GELAR OLEH BRITISH SEBAGAI KUIL BUDDHA.

    Apabila Imperialis Belanda kalah di tangan tentera Perancis di bawah kekuasaanNapoleon Bonaparte, ia telah menyerahkan jajahannya di Indonesia kepada Britishuntuk menjaganya dengan janji akan menyerah kembali kepada Belanda setelahmerdeka nanti.

    http://mindaahad.files.wordpress.com/2011/02/the-stupa-complex-at-borobudur-in-java-indonesia.jpg
  • 8/3/2019 Kota Kota Melayu Yang Di Musnahkan British

    7/9

    Maka apabila kerajaan Britain setelah menguasai jajahan Belanda di Indonesia, ia telahmenghantar Stanford Raffles dan kerani bodohnya Munsyi Abdullah ke kota-kotaIslam itu dan merubahnya serta menghilangkan bukti-bukti kekuasaan KerajaanIslam Kedah Tua di sana. Sehinggakan Kota Borobudurtelah di convert menjadicandi kafir Buddha.

    Bila ahli sejarah masakini pergi membuat kajian di sana mereka merasa hairan keranaCandi Borobudur yang di atur penuh dengan patung-patung Buddha itu memilikisenibina Islam Arab Yaman dan berdekatan Kota Borobudur pula terdapat KotaPrambanan yang juga telah diubahsuai British dan dijadikan kononnya Kuil HinduPrambanan.

    BRITISH MENGELARNYA KOTA HINDU PRAMBANAN SELEPAS MENGUBAHNYA MENJADIKUIL DI BAWAH KELOLAAN STANFORD RAFFLES.

    Di Indonesia juga terdapat kota pelabuhan kuno Grisek di Jawa Timur. Kota ini ini

    dikatakan milik anak Sultan Kedah Tua yang bernama Siti Fatimah Maimun.Baginda merupakan Ratu di situ seperti Ratu Hijau yang memerintah Pantai TimurSemenanjung Melaka atas nama Kerajaan Pattani. Baginda datang ke Indonesia dibawaoleh ayahandanya pada tahun 1303 Saka atau 1381 masihi dalam misi mengislamkanorang-orang di sana.

    JAB Wiselius seorang pengkaji dari barat mencatatkan, namanya ialah Dewi Suaridan ayahandanya ialah Sultan Kedah ( Gedah ). Pentadbiran baginda dibantu olehpegawai-pegawai terlatih dibawah kelolaan seorang ulamak yang hebat pada masa itubernama Maulana Malik Ibrahim. Ulamak tersohor ini didatangkan khas daridaerah Chempa, Cempaka Sari Kemboja.

    Kajian Lembaga Research Pasentran Leluhur Islam Jawa Timur pulamengatakan Puteri Siti Fatimah Maimun dan Dewi Ratna Suari adalah orang yang sama iaitu puteri kepada Sultan Kedah. Masa hidupnya sezaman denganMaulana Malik Ibrahim dan jarak wafat kedua tokoh ini hanya bezanya20 tahun.

    Baginda mangkat di Desa Laren, Manyan Grisek Jawa Timur dan makamnya sekarangada bersebelahan Kota Grisek sebuah kota pelabuhan kuno. Siti Fatimah Maimun

    http://mindaahad.files.wordpress.com/2011/02/kota-prang-ban-nai.jpg
  • 8/3/2019 Kota Kota Melayu Yang Di Musnahkan British

    8/9

    tercatat dalam sejarah sebagai pendakwah sufi di zaman kegemilangan Islam Kedahketika itu. Catatan ini juga menjadi bahan kajian J.Wolbers juga salah seorangpengkaji sejarah dari barat.

    MAKAM RATU SITI FATIMAH MAIMUN PUTERI SULTAN KEDAH BERSEBELAHAN KOTAGRISEK DI KOTA PELABUHAN KUNO GRISEK , JAWA TIMUR.

    Sebelum nama Alor Star digunakan, pusat pemerintahan kuno ini bernama Kota Star.Nama ini diberi kerana sekitar kawasannya ditumbuhi pohon-pohon Stag dalam loghat

    utaranya atau pohon-pohon Star. Ia sejenis pokok yang buahnya masam-masam manis.Buah pokok Stag ini berwarna kekuning-kuningan bila ianya masak. Ia dalam kumpulanpohon Kundang termasuk juga pohon Rumia. (sila rujuk Buletin MKNK m.s 14 olehWadiassofi Jaafar)

    Ketamadunan Kota-kota ini dan Kesultanan Kedah Tua perlulah dijaga dan dipeliharauntuk kepentingan negara. Selain kita memiliki warisan-warisan lama ini, sejarah realitiini pula dapat memupuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia, catatan tentang kota-kotalama ini juga membuktikan kehebatan Kesultanan Melayu Tua.

    Gerbang Kota Star telah di musnahkan pada tahun 1960 setelah kemangkatan

    Sultan Badlisah pada tahun 1958 dan Gerbang Kacapuri di Kota Kuala Bahang yangnamanya ditukar kepada Kuala Kedah juga telah dimusnahkan pada tahun 1970 yangkononnya telah runtuh akibat ribut.

    Setelah semua konspirasi ini selesai maka benarlah kata-kata British dan talibarutnyakonon MELAYU INI TIADA APA-APA CUMA PERTANIAN DAN ATAPRUMBIA. Kota-kotanya hanyalah dari kayu, papan dan batang buluh.

    http://mindaahad.files.wordpress.com/2011/02/kota-kedah-d-jawa.jpg
  • 8/3/2019 Kota Kota Melayu Yang Di Musnahkan British

    9/9