kosmo! - pnmrencanautama kosmo! 2 selasa 14 oktober 2514 kedaibuku • dua sahabat, muhamad ali dan...

3

Upload: others

Post on 25-Jan-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOSMO! - PNMRencanaUtama KOSMO! 2 SELASA 14 OKTOBER 2514 kedaibuku • Dua sahabat, Muhamad Ali dan Muhammad Azam mengusahakan kedai buku bergerak kerana minat selain mahu memupuk
Page 2: KOSMO! - PNMRencanaUtama KOSMO! 2 SELASA 14 OKTOBER 2514 kedaibuku • Dua sahabat, Muhamad Ali dan Muhammad Azam mengusahakan kedai buku bergerak kerana minat selain mahu memupuk

RencanaUtama KOSMO! 2 SELASA 14 OKTOBER 2514

kedaibuku •

Dua sahabat, Muhamad Ali dan Muhammad Azam mengusahakan kedai buku bergerak kerana minat selain mahu memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dengan pendekatan berbeza.

KELIBAT van yang ditunggu­tunggu akhirnya tiba. Dari jauh jelas kelihatan padanan warna-warna terang seperti

hijau, oren dan kuning dengan tertera tulisan Mobile Book Cafe dan gambar buku menghiasi luar van.

Sebaik pintu belakang van dibuka, kelihatan himpunan buku tersusun cantik di atas ruang pameran yang di­

ubah suai. Semuanya untuk dijual kepada

orang ramai terutama peminat buku. Konsep ' kedai buku bergerak ini

adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ia diusahakan oleh dua sahabat, Muhamad Ali, 50-an, dan Muhammad Azam Nor Anwar, 30-an.

Beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lalu, kedai buku bergerak yang dirancang sejak setahun lalu itu mengl;lmbil inspirasi daripada kedai butru bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat.

Bercerita lanjut mengenai idea ke­dai buku bergerak itu, Muhammad

Azam berkata sebaik

mendapat idea tersebut, beliau me­nyuarakan hasrat kepada Muhamad yang kebetulan mempunyai minat yangsama.

Kedua-dua sahabat ini berkenalan sejak enam tahun lalu ketika Muham­ad bertugas sebagai pegawai kera­jaan di bahagian teknologi maklumat manakala Muhammad Azam bekerja di bahagian pembe'kalan teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta.

"Saya memang berhasrat untuk berhenti kerja dan memulakan per­niagaan yang berkonsepkan pernia­gaan bergerak. Macam-macam yang datang dalam fikiran, akhirnya saya memilih buku kerana buku tidak per-

nah basi selain minat kami ber­dua dalam bidang pe­

nulisan," katanya. Muhamad yang

juga penulis buku, turut mengambil keputusan bersara selepas berkhid­mat 30 tahun.

Mengambil masa lapan bu­lan untuk proses kelulusan dan pengubahsuaian, Muhammad Azam berkata, pada per­ingkat awal beliau perlu mencari van yang sesuai yang boleh digunakan bagi tujuan itu.

''Ada yang men­cadangkan kepada kami mengguna­kan lori dan bas tapi kami mahukan ken­deraan yang tidak

terlalu besar kerana kami mengambil kira masalah logistik terutama tempat letak kenderaan," katanya.

Selepas mendapat kenderaan yang sesuai, mereka pergi ke pejabat Pus­pakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapat kelulu- . san bagi pengubahsuaian bagi tujuan tersebut.

Proses itu mengambil masa agak lama sekitar empat bulan. Menurut JPJ, pihaknya tidak mempunyai rekod meluluskan kedai buku bergerak sebe­lum ini.

"Jadi kalau mengikut rekod JPJ, kami adalah yang pertama memperk­enalkan kedai buku bergerak yang di­luluskan JPJ," katanya.

Proses ubah suai Enggan dilabel sebagai perpus­

takaan bergerak, Muhammad Azam menjelaskan, mereka cuba lari dari­pada bayangan tersebut dengan mereka bentuk sendiri ruang van berkonsepkan praktikal dan pelbagai guna.

Menggunakan van sebagai kedai, cabarannya ialah ruang yang terhad dan perlu digunakan semaksimum mungkin.

Selepas sebulan proses pengubah­suaian, van itu direalisasi mengikut apa yang diimpikan. Sebanyak 1,200 buah judul buku dapat diisi di ruang pameran selain 5,000 buah buku lagi boleh dimuatkan dalam van berk­enaan.

"Kami belanjakan sekitar RM150,000 bagi keseluruhan kos ke­dai buku bergerak ini dengan separuh modal diperoleh melalui pinjaman bank," katanya ketika ditemui.

Buku-buku yang dibawa kebanya­kannya diperoleh secara konsignasi

daripada syarikat pener­bitan yang memberi kepercayaan selain ada yang dibeli sendiri.

"Kelebihan kami ialah Muhamad se­orang penulis dan meng­hasilkan lima buah buku. Jadi beliau kenal syari­kat-syarikat penerbitan. Ia memudahkan kami untuk mendapat konsi­gnasi buku-buku terbitan mereka," katanya yang mengutamakan buku-buku keluaran penulis tempatan.

Buku-buku yang dijual juga ditapis dan mengutam­akan buku-buku yang mem­bina serta mematuhi syariat sela,in menggunakan bahasa yang standard.

"Bahan-bahan yang dijual mengguna tata bahasa yang betul termasuklah komik. Ini ~

Page 3: KOSMO! - PNMRencanaUtama KOSMO! 2 SELASA 14 OKTOBER 2514 kedaibuku • Dua sahabat, Muhamad Ali dan Muhammad Azam mengusahakan kedai buku bergerak kerana minat selain mahu memupuk

secara tidak langsung dapat mem­bantu meningkatkan tata bahasa terutama dalam kalangan pelajar se­kolah," katanya.

Mempunyai sasaran pasaran sendi­ri, kedai buku bergerak ini memberi keutamaan untuk jualan di sekolah­sekolah dan institusi pengajian tinggi selain menyertai karnival jualan di sekitar Lembah Klang.

Khidmat sosial Adakalanya kedai buku bergerak

ini akan berhenti di pasar-pasar tani yang menjadi tumpuan ramai.

"Orang kita ni suka membaca cuma mereka malas hendak pergi ke kedai buku, jadi untuk menggalakkan budaya membaca, kami sendiri da­tang menemui mereka di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ramai.

"Maklum balas yang kami terima setakat ini sangat baik terutama ber­hubung konsep yang kami bawa," ka­tanya.

Ujar beliau, mereka yang datang tidak semestinya membeli buku, seba­liknya ada yang hanya singgah untuk membaca buku-buku yang dipamer­kan sambil menikmati kopi panas yang disediakan.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada khidmat sosial mereka bagi menggalakkan masyarakat . untuk menjadikan membaca sebagai seba­hagian budaya dalam kehidupan se-

harian.

. Bagi mendekati pelajar-pelajar se­kolah dan institusi pengajian tinggi, mereka bukan sekadar datang untuk menjual buku sebaliknya turut me­nyediakan bengkel-bengkel secara percuma.

"Program yang kami jalankan ber­gantung kepada pelajar-pelajar yang ada. Jika di sekolah rendah, biasanya kami bawa bengkel melukis dan men­ulis, sementara sekolah menengah kami bawa bengkel penulisan, bengkel puisi dan sajak bergantung kepada minat sekolah itu," katanya.

Bagi merealisasikan program dan mereka benar-benar serius dengan usaha tersebut, mereka membawa pakar dalam bidang-bidang berk­enaan untuk mengendalikan bengkel.

"Kami juga menyumbang buku ke­pada perpustakaan di sekolah yang kami lawati, sebagai menghargai dan tanda terima kasih menerima kehad­iran kami," katanya yang turut men­jelajah ke beberapa buah sekolah dan institusi pengajian tinggi negeri-neg­eri di selatan dan utara tanah air.

Menjual buku secara bergerak mempunyai cabarannya sendiri terutama ketika berhadapan den­gan faktor cuaca. Setiap kali cuaca mendung, mereka akan bersiap sedia untuk menutup kedai dan menunggu di dalam van sehingga cuaca kembali normal.

Namun cabaran yang paling uta­ma ialah mendapatkan program-pro­gram di sekolah-sekolah.

"Sebab itulah kami harus kreatif untuk merencanakan p:t;ogram­

program yang sesuai setiap kali turun mem­

. buat jualan. Jika van _,."v".~" bergerak bermak­

tiada jualan boleh 11I'J'! ... ·..lH,,, " katanya yang

berhasrat untuk mem­I perluaskan lagi kedai bergerak mereka.

Kedua-dua sahabat 1m juga merancang membina rakan niaga di beberapa buah neg­eri dengan konsep dan nama yang sama teru-

'!IIII

TIGA pengunjung sempat meluangkan masa membaca buku yang terdapat di dalam bas sempena program Take A Break .... Read@Putrajaya baru-baru ini.

tama di selatan, utara Sabah dan Sarawak.

"Matlamat kami adalah mem­bantu masyarakat menjadikan buku sebagai teman setia. Kita harus men­contohi budaya membaca di negara­negara maju seperti Jepun kerana dengan buku kita boleh menimba ilmu," katanya.

Sementara itu, sebagai satu ini­siatif untuk merakyatkan budaya membaca dalam kalangan penjawat awam, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Perbadanan Pu­trajaya, Perpustakaan Negara, Pus­panita dan 1M4U telah melancarkan program Take a Break ... Read@Putra­jaya baru-baru ini.

Program yang julung-julung ka­linya diadakan di Putrajaya itu telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Beliau sebelum ini dinobatkan sebagai Ikon Membaca ;Kebangsaan Yang Pertama dalam kalangan penjawat awam.

Beliau menekankan bahawa bu­daya membaca seharusnya menjadi semua amalan penjawat awam, ter­masuk dalam kalangan ahli keluarga mereka kerana budaya membaca ada­lah elemen penting dalam membentuk masyarakatberilmu.

Beliau turut mengutarakan ca­dangan untuk menjadikan Putrajaya

sebagai hab ilmu bersempena pelan­caran Library on Wheels. Bagi mere a­lisasikan program tersebut, bas-bas Nadi Putra akan menjadi perpus­takaan bergeraK, hasil sumbangan buku-buku dari Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita).

Habilmu "Kedudukan geografi Putrajaya

di tengah-tengah antara Kuala Lum­pur, Cyberjaya, Bangi dan Dengkil seharusnya digunakan sepenuhnya sebagai pusat tumpuan untuk ilmu yang akan menjadi satu lagi tarikan untuk penduduk luar datang ke Pu­trajaya," jelas beliau.

Beliau menekankan bahawa bu­daya membaca seharusnya men­jadi semua amalan penjawat awam, termasuk dalam kalangan ahli ke­luarga mereka kerana ia adalah el­emen penting dalam membentuk masyarakat berilmu.

Beliau turut mengutarakan ca­dangan untuk menjadikan Putrajaya sebagai hab ilmu sempena pelan­caran Library on Wheels. Bagi mere­alisasikan program tersebut, bas-bas Nadi Putra akan menjadi perpus­takaan bergerak, hasil sumbangan buku-buku daripada Puspanita. - Bernama