konsep sekolah penyayang

Upload: bocah-keluen

Post on 03-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 KONSEP SEKOLAH PENYAYANG

    1/4

    KONSEP SEKOLAH PENYAYANG KPM

    DRAF KERTAS KONSEP SEKOLAH PENYAYANG

    1.0 LATAR BELAKANG

    Pendidikan adalah aktiviti berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran,

    kerohanian dan jasmani manusia. Sekolah sebagai organisasi yang didukung golongan

    pendidik menjadi wadah terpenting dalam menjana modal insan yang berketrampilan, terpuji di

    samping melahirkan insan yang intelektual. Hari ini, bidang pendidikan menjadi tonggak utama

    sesebuah negara dalam proses pembangunan. Maju atau mundur sesebuah negara terletak

    pada keberkesanan dalam sistem pendidikannya.

    Malaysia tidak terkecuali dalam usaha membentuk sistem pendidikan berkualiti bukan sahaja

    dalam aspek kurikulum, tetapi merangkumi komponen pendidikan lain seperti kokurikulum dan

    pembentukan sahsiah. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan konsep Sekolah

    Penyayang untuk melahirkan pelajar berketrampilan, sekali gus membendung salah laku murid.

    Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem

    pendidikan Malaysia. Ia mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalamWawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep Sekolah

    Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat

    penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari

    segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.

    Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di sekolah-

    sekolah pada masa kini. Gejala ini dapat ditangani apabila wujudnya sekolah penyayang.

    Kerana itu, pihak Kementerian menyarankan agar pihak sekolah menangani masalah ini,

    terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan Sekolah Penyayang supaya para pelajar

    dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud suasana kasih sayang danbimbingan ini, murid akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. ( Surat Pekeliling

    Ikhtisas Bil.6/1995, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, KP8591/Jld.VIII(9)

    bertarikh 5 September 1995)

    Perkara 28 Hak Kanak-kanak PBB Mengesyorkan supaya menggalakan

    perkembangan Pendidikan menengah dan rendah dalam pelbagai bentuk termasuk

  • 7/28/2019 KONSEP SEKOLAH PENYAYANG

    2/4

    pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak

    dan mengambil langkah yang sewajarya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan

    menawarkan bantuan kewangan jika difikirkan perlu..

    Menurut Prof. Dr Chiam Heng Keng, (2008) Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai

    Hak Kanak-kanak. Konvensyen ini menekankan kabajikan dan kesejahteraan kanak-kanak,

    terutama untuk perkembangan & perlindungan mereka. Dalam hal ini Dasar Kementerian

    sememangnya selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC). Para

    pendidik seharusnya menyokong dasar ini melalui amalan seharian mereka yang

    mengutamakan kesejahteraan kanak-kanak.

    Dalam Hierarki Keperluan Maslow pula, kasih sayang merupakan salah satu keperluan

    asas yang perlu dipenuhi dan sesuatu yang penting dalam proses perkembangan dan

    kehidupannya. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi maka proses perkembangan seterusnya

    akan terbantut.

    Glasser (2000) juga menyatakan manusia dilahirkan dengan lima keperluan antaranya

    keperluan survival dan kasih sayang . Galasser percaya bahawa keperluan terhadap kasih

    sayang dan dipunyai adalah penting kerana kita perlukan orang lain untuk memuaskan kedua-

    dua keperluan ini. Warga sekolah merupakan agen penting untuk memenuhi keperluan pelajar.

    Menurut al-Ghazali, hati kanak-kanak adalah bersih dan bersinar seperti mutiara dan lembut

    seperti tanah menyebabkan benih dapat disemai (Ihya,Jil.III). Sekiranya dia dilatih dengan

    perangai yang baik, nescaya dia akan menjadi seorang yang baik, begitulah sebaliknya. Kanak-

    kanak dianggap amanah daripada Allah kepada kedua ibu bapanya (Hamid Fahmy,1990).

    Oleh itu, Sekolah Penyayang dirasakan adalah elemen penting dalam melahirkan warga negara

    Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Apabila sekolah menyediakan suasana yang

    kondusif dan baik, akan menarik minat para pelajar untuk ke sekolah. Minda mereka akan dapat

    dibina dan diisi dengan unsur-unsur yang boleh membangun jati diri sebagai warga Malaysia

    yang membesar dengan acuan kita sendiri.

    2.0 MATLAMAT

    Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk

    membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. Sebagaimana

    diketahui umum, kes pelanggaran disiplin di sekolah biasanya berkisar dari masalah ponteng

    sekolah dalam kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil untuk menarik

    kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang untuk meninggalkan

    kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untuk datang semula esoknya.

  • 7/28/2019 KONSEP SEKOLAH PENYAYANG

    3/4

    Sehubungan itu, konsep sekolah penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang

    cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa.

    Konsep sekolah penyayang juga bermatlamat melahirkan individu yang baik dari segi amalan,

    sahsiah dan tingkah laku.

    3.0 OBJEKTIF

    3.1 Mewujudkan pengurusan, persekitaran sekolah, guru dan kakitangan sekolah, murid, ibu

    bapa serta komuniti yang saling bekerjsama ke arah mewujudkan sekolah dan masyarakat

    penyayang.

    3.2 Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga sekolah.

    3.3 Membantu menangani pelbagai masalah sosial dalam kalangan murid.

    3.4 Meningkatkan perasaan kasih sayang dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah

    terhadap murid-murid di sekolah.

    3.5 Mewujudkan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah.

    4.0 KONSEP

    Sekolah Penyayang menekankan kepada beberapa konsep utama iaitu;

    4.1 Mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang.

    4.2 Mampu menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan

    berdisiplin tinggi.

    4.3 Mampu melahirkan para guru dan warga sekolah yang caring terhadap anak didik di

    sekolah dalam segala aspek.

    4.4 Mampu meningkatkan jati diri dan amalan kepimpinan dalam kalangan guru dan kakitangan

    sekolah.

    4.5 Mampu membina jati diri murid serta dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan

    mereka.

    4.6 Mampu melahirkan guru-guru yang first in, last out di sekolah-sekolah.

    5.0 PELAKSANAAN

    Sekolah Penyayang akan dilaksanakan berdasarkan 5 elemen utama iaitu persekitaran,

    pengurusan, guru dan staf (kakitangan sekolah), murid serta ibubapa (PIBG) dan komuniti

    setempat.

  • 7/28/2019 KONSEP SEKOLAH PENYAYANG

    4/4

    Persekitaran

    1. Program : Happy School Campus

    Matlamat :

    Mewujudkan Persekitaran sekolah yang ceria, selamat dan kondusif. Selaras dengan konsep

    Sekolah Selamat dan Sekolah Penyayang yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran

    Malaysia (KPM), Happy School Campus bermatlamat untuk menarik minat murid untuk hadir

    ke sekolah setiap hari dan mengurangkan gejala ponteng sekolah. Selain itu, persekitaran

    sekolah yang kondusif juga dapat membantu murid mengikuti pembelajaran dengan baik dan

    lancar.

    Objektif :

    1. Memupuk dan menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari.

    2. Menerapkan kesepaduan dan kasih sayang sesama warga sekolah.

    3. Menyemai sikap prihatin dan tanggungjawab dalam kalangan warga sekolah terhadap

    persekitaran sekolah.

    4. Menanam rasa sayang dan bangga terhadap sekolah menjurus kepada konsep 8S.

    5. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif untuk menarik minat belajar

    murid.