konsep pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak (pkk)

12
KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Setiap yang hidup pasti akan menjalani dua proses utama yang asas bagi merealisasikan sebuah kehidupan. Proses tersebut adalah perkembangan dan pertumbuhan. Dua proses ini merupakan induksi yang penting untuk mematangkan atau mendewasakan semua benda hidup. Perincian bagi perkembangan adalah perubahan abstrak yang berterusan hingga ke akhir hayat benda hidup tersebut. Pertumbuhan pula adalah perubahan fizikal yang terhad kepada beberapa faktor. Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), pertumbuhan adalah perubahan-perubahan fizikal yang berlaku pada manusia. Ia juga perubahan-perubahan kuantitatif yang berlaku dalam diri manusia. Mok Soon Sang (2009) pula menjelaskan bahawa pertumbuhan adalah perubahan fizikal tubuh badan. Kesimpulannya, pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu perubahan fizikal manusia dari aspek saiz dan kematangan dan perubahan ini akan terus berlaku hingga ke satu tahap perubahan itu akan terhenti. Sharifah A. Alsagoff (1987) pula menghuraikan psikologi perkembangan sebagai kajian terhadap faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia dan perubahan kebolehan, personaliti, motivasi dan ciri-ciri sosial mengikut peringkat masa tertentu, daripada pralahir (dalam kandungan) hinggalah

Upload: oasisdessert

Post on 29-Jun-2015

1.481 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak (PKK)

KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Setiap yang hidup pasti akan menjalani dua proses utama yang asas bagi

merealisasikan sebuah kehidupan. Proses tersebut adalah perkembangan dan

pertumbuhan. Dua proses ini merupakan induksi yang penting untuk mematangkan

atau mendewasakan semua benda hidup. Perincian bagi perkembangan adalah

perubahan abstrak yang berterusan hingga ke akhir hayat benda hidup tersebut.

Pertumbuhan pula adalah perubahan fizikal yang terhad kepada beberapa faktor.

Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), pertumbuhan adalah perubahan-perubahan

fizikal yang berlaku pada manusia. Ia juga perubahan-perubahan kuantitatif yang

berlaku dalam diri manusia. Mok Soon Sang (2009) pula menjelaskan bahawa

pertumbuhan adalah perubahan fizikal tubuh badan. Kesimpulannya, pertumbuhan

bermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu perubahan fizikal manusia

dari aspek saiz dan kematangan dan perubahan ini akan terus berlaku hingga ke satu

tahap perubahan itu akan terhenti.

Sharifah A. Alsagoff (1987) pula menghuraikan psikologi perkembangan sebagai

kajian terhadap faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia dan perubahan

kebolehan, personaliti, motivasi dan ciri-ciri sosial mengikut peringkat masa tertentu,

daripada pralahir (dalam kandungan) hinggalah dewasa. Menurut Crow dan Crow,

perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta kecenderungan ke arah

yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E. Garrison

pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara

perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan yang berbentuk

struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan

semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Justeru, psikologi perkembangan boleh

diertikan sebagai kajian saintifik terhadap pertumbuhan dan perkembangan manusia

Page 2: Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak (PKK)

dalam aspek- aspek seperti fizikal, mental, emosi, personaliti, perbezaan individu dan

tingkah laku sepanjang hayatnya.

Psikologi perkembangan kanak-kanak kepada guru adalah satu perkara yang

amat penting kerana melalui pembelajaran inilah guru dapat memahami perkembangan

fizikal, mental dan emosi muridnya demi membolehkan guru menyediakan rancangan

mengajar yang sesuai dan berkesan. Kajian perkembangan kognitif murid-murid

membolehkan guru menggunakan kaedah mengajar yang sesuai mengikut kebolehan

mereka. Selain itu, kajian perbezaan individu ini juga akan memberi panduan kepada

guru dalam mendisiplinkan murid-murid dengan lebih berkesan.

Secara holistiknya, kajian perkembangan kanak-kanak ini akan menjadikan guru lebih

memahami perubahan personaliti dan konsep kendiri muridnya demi meningkatkan

keberkesanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Perkembangan dan pertumbuhan sebenarnya boleh dibahagikan kepada

beberapa peringkat seperti peringkat pralahir iaitu ketika dalam kandungan selama 9

bulan, peringkat bayi iaitu ketika berumur 0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-kanak

ketika berumur 2 hingga 6 tahun, peringkat pertengahan iaitu ketika kanak-kanak

berumur 6 hinga 9 tahun, peringkat akhir kanak-kanak iaitu ketika berumur 9 hingga 11

tahun, peringkat awal remaja ketika berumur 11 hingga 15 tahun, peringkat

pertengahan remaja iaitu ketika berumur 16 hingga 18 tahun, peringkat akhir remaja

ketika berumur 18 hingga 21 tahun, peringkat dewasa ketika berumur 21 hingga 60 dan

peringkat tua selepas berumur 60 tahun keatas.

Page 3: Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak (PKK)

PRINSIP ASAS PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Menurut Haliza Hamzah (2009), prinsip asas perkembangan kanak-kanak boleh

dibahagikan kepada lima. Prinsip pertama ialah “proses perkembangan yang berlaku

mengikut aturan”. Contohnya apabila seorang bayi yang pada peringkat awalnya hanya

duduk dengan bantuan kemudiannya merangkak. Selepas itu, kebolehan untuk berdiri

dan berjalan. Perkembangan ini bermula daripada konkrit kepada abstrak.

Prinsip kedua pula ialah “perubahan yang berlaku dalam pertumbuhan dan

perkembangan yang beransur daripada keadaan umum kepada objek yang lebih

spesifik”. Contohnya, seorang bayi kecil hanya boleh menggenggam dan memegang

objek dengan tapak tangan sebelum menggunakan jarinya. Hal ini dapat

memperlihatkan pertumbuhan bermula dengan otot-otot kasar sebelum beransur

kepada pertumbuhan otot-otot halus.

Prinsip seterusnya ialah “pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu

proses yang berlaku secara berterusan”. Kemahiran yang sedia ada pada seorang

kanak-kanak adalah satu asas untuk pencapaian kemahiran-kemahiran baru pada

masa yang akan datang.

Prinsip asas yang keempat ialah “corak dan aturan perkembangan yang hampir

sama namun kadar perkembangan manusia adalah berbeza bagi setiap individu”.

Keadaan ini merujuk kepada perkembangan kanak-kanak itu pada satu jangkamasa

dan usianya. Sebagai contoh, terdapat kanak-kanak yang boleh berjalan pada usia 10

bulan manakala ada yang dapat berjalan pada usia 18 bulan. Perkara ini adalah satu

faktor yang membawa kepada perbezaan antara manusia.

Prinsip yang terakhir ialah “perkembangan yang bergantung kepada hasil

interaksi antara kematangan dan pembelajaran”. Kematangan adalah kemunculan

potensi yang sedia ada di dalam diri seseorang individu. Perkembangan ini biasanya

dipengaruhi oleh genetik.

Page 4: Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak (PKK)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Faktor-

faktor tersebut ialah faktor baka dan faktor persekitaran. Contohnya, anak yang

pertama berbadan tegap dan tinggi lampai, tetapi tidak semestinya anak kedua

mempunyai ciri-ciri yang sama. Hal ini berlaku kerana ciri-ciri dan sifat-sifat yang ada

pada anak adalah pewaris baka daripada ibu bapa ataupun salasilah keluarga yang

terdahulu.

Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen yang diperturunkan melalui ibu

bapa kepada anaknya. Gen-gen ini terkandung di dalam kromosom yang terdiri

daripada nukleoprotein yang menentukan ciri atau baka keturunan. Mengikut kajian,

kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dimana masing-masing membawa gen

yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23

pasang kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma

dengan sel ovum, zigot mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-

masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya

berlaku dan membentuk ciri-ciri baka tersendiri, kemudiannya diwarisi oleh bayi yang

bakal dilahirkan.

Gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan

individu meliputi juga penyakit yang dihidapi oleh ibu bapa. Pengaruh genetik terhadap

perkembangan manusia dapat diperhatikan dari segi fizikal, mental dan emosi.

Walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, kadar perkembangan setiap

individu tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Ini dibuktikan melalui

kajian ahli-ahli psikologi seperti Arnold Gesell bahawa tidak ada dua orang individu

mempunyai kadar perkembangan yang sama kecuali sesetengah kanak-kanak kembar.

Mereka mempunyai ciri fizikal yang hampir sama seperti saiz badan, ketinggian, berat,

bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik.

Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. Ini

termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir

merangkumi gaya pemakanan serta kesihatan ibu, cara hidup ibu misalnya adakah

Page 5: Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak (PKK)

ibunya merokok semasa hamil, bentuk rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan

emosi ibu. Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah seperti pemakanan, sosio

ekonomi, tahap pendidikan keluarga, pengaruh rakan sebaya, sekolah, masyarakat,

tempat ibadat, media dan persekitaran dunia. Semua ini dikatakan mempengaruhi

perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan perkembangan

kanak-kanak adalah hasil interaksi di antara persekitaran dengan kanak-kanak tersebut.

Jika ibu berada dalam keadaan tidak sihat semasa hamil, anak di dalam kandungan

kemungkinan akan mengalami kerencatan, sama ada dari segi pertumbuhan otak

mahupun fizikal. Anak itu mungkin dilahirkan dalam keadaan tidak cukup berat dan

mengalami berbagai-bagai komplikasi. Tempoh di dalam kandungan adalah sangat

penting. Ibu hendaklah menjaga kesihatan dan memakan makanan yang berzat dan

seimbang. Jika sebelum lahir bayi tersebut tidak membesar mengikut kadar yang

sewajarnya, apabila lahir nanti pertumbuhannya akan terencat. Waktu kelahiran juga

adalah penting dalam menentukan pertumbuhan yang sihat. Misalnya jika semasa lahir,

bayi itu mengalami pendarahan otak, lambat dikeluarkan atau dipaksa keluar sebelum

masanya, maka bayi tersebut akan mengalami kecacatan.

Aspek persekitaran yang lain ialah aspek pemakanan dan keperluan badan.

Pemakanan hendaklah diberi perhatian yang serius oleh ibu sama ada semasa

mengandung ataupun selepas lahir. Bayi dan kanak-kanak juga memerlukan senaman,

rehat dan tidur yang mencukupi. Tidur yang cukup adalah sangat penting kepada

kanak-kanak kerana semasa kanak-kanak tidur, semua sel-sel otaknya akan bekerja

dan berkembang selain memberi tenaga kepada kanak-kanak untuk aktiviti pada

keesokan harinya. Budaya masyarakat juga boleh mempengaruhi pertumbuhan dan

perkembangan. Masyarakat yang mementingkan aktiviti lasak akan melahirkan

generasi yang sihat, kuat dan yakin menghadapi cabaran.

Page 6: Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak (PKK)

TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Menurut Jean Piaget (1896-1980), kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat

perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau

berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-

kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya.

Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses manipulasi, penerokaan dan menilai

persekitaran fizikalnya. Untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini,

Piaget memperkenalkan empat konsep utama iaitu skema (schema), penyerapan

(assimilation), pengubahsuaian (accomodation) dan keseimbangan (equilibrium).

Skema adalah sebuah struktur kognitif atau mental yang membolehkan

seseorang individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.

Seorang bayi yang dilahirkan mempunyai skema umum dan semakin bayi itu

membesar, skema yang diperoleh semakin meningkat dan diperhalusi.

Asimilasi merupakan proses kognitif dimana berlakunya proses penyerapan

(fitting) maklumat baru ke dalam struktur yang sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang

masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai pengalaman dan menerima berbagai

maklumat. Perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif, bukannya kualitatif.

Akomodasi atau penyesuaian diri menghasilkan perubahan kualitatif serta

perkembangan skema. Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada,

maka ia akan diserap ke dalam skema. Jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat

tersebut akan ditolak atau diubahsuai. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini

meningkatkan tahap skema sedia ada.

Sensori Motor (0 - 2 tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami

dan berinteraksi dengan persekitaran. Selepas dua bulan dilahirkan, seorang bayi

Page 7: Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak (PKK)

sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Kanak-kanak mula

mempelajari bahasa dan lambang yang mudah. Kanak-kanak juga akan cuba

mempelajari koordinasi antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan

perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat.

Peringkat Pra Operasi (2 - 6 tahun)

Kanak-kanak boleh mengggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan

sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak boleh bertutur dengan

fasih dan melalui bahasa yang dikuasai, perkembangan kognitifnya menjadi semakin

pesat. Pemikiran mereka juga lebih bersifat egosentrik di mana mereka menganggap

pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka percaya

semua objek mempunyai jiwa, oleh itu mereka tidak boleh membezakan angan-angan

dengan kenyataan.

Peringkat Operasi Konkrit (7 - 12 tahun)

Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan

akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-kanak sudah boleh

mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak boleh berfikir

secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan.

Nammun, keupayaan untuk berfikir secara logik masih lagi terbatas kepada konkrit

sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Di

dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran masih bergantung kepada objek-

objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

Remaja boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih

kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif serta mampu

membuat rumusan atau generalisasi tentang sesuatu konsep. Remaja juga boleh

Page 8: Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak (PKK)

menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang

lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

UMUR / PERINGKAT

PERKEMBANGAN KOGNITIF

2- 3 tahun

Boleh melihat perspektif orang lain dalam situasi yang mudah Perkembangan memori bertambah baik Mula sedar perbezaan dianatar mental diri dengan peristiwa

fizikal di luar Berpusatan diri berkurang

3 - 4 tahun Mengklasifikasi objek mengikut hierarki Memahami perhubungan sebab menyebab Boleh membezakan imej dan realiti Perhatian menjadi lebih objektif Kesedaran makna sesetengah bahasa tulisan Mengira objek dalam kuantiti yang kecil Menguasai dwi-perwakilan

5 - 6 tahun

Pemerhatian bertambah baik Mula mengenali dan mengingati skrip dan autobiografikal

bertambah baik. Memahami huruf dan bunyi Menghubungkait sebutan huruf secara sistematik Boleh mengira dengan tambah dan tolak yang mudah

6 - 8 tahun

Pemikiran lebih logikal Berupaya menyelesaikan masalah dengan nombor Pemerhatian menjadi lebih teratur, adaptif dan terancang Berupaya memindah maklumat Menggunakan konsep nombor untuk mengira supaya mengusai

kemahiran matematik yang lebih kompleks

9 - 11 tahun Pemikiran logikal yang dikaitkan dengan perkara konkrit

diteruskan Perancangan ditambah baik Strategi ingatan dan organisasinya menjadi lebih berkesan

Page 9: Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak (PKK)

Regulasi kognitif ditambah baik

11 tahun dan ke atas

Berupaya menggunakan pemikiran logikal Boleh menghubung kait teori dengan bukti Lebih kesedaran diri dan fokus kendiri Pemikiran lebih idealistik Kemahiran metakognisi dan regulasi ditambah baik Menilai opsyen kerjaya berdasarkan minat

Jadual 1 : Perkembangan kognitif sepanjang peringkat kanak-kanak