konsep penilaian

13
Bincangkan apa yang dimaksudkan dengan konsep penilaian kurikulum dan peranan penilaian kurikulum berhubung penambahbaikan program 1. Definasi kurikulum menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Menurut stufflebeam et al (1971), penilaian merupakan rangkaian aktiviti untuk memperoleh, menganalisis dan mentafsir data tentang proses dan hasil belajar yang dilakukan secara sistemmatik dan berkesenimbungan sehingga menjadi maklumat yang bermakna dalam membuat keputusan. Konsep penilaian merupakan satu proses mengumpul data mengenai program untuk menentukan nilai atau tujuan, memilih maklumat yang berkaitan, menganalisis maklumat untuk memutuskan samada untuk meluluskan atau menyemak semula program itu. Penilaian dilakukan ketika pembeljaran berlangsung dan setelah pembelajaran selesai dilaksanakan. Peranan penilaian kuikulum pula adalah berhubung program penambahbaikkan yang dilakukan untuk mengenalpasti keperluan yang tidak diperolehi dan mengenalpasti sebab-sebab mengapa keperluan tidak dipenuhi. Selain itu peranan penilaian juga adalah untuk mencari kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dan tindakan susulan yang sesuai dapat dilakukan untuk memperbaiki pembelajaran murid tersebut melalui tunjuk ajar dan bimbingan yang berterusan dari guru. 2. Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara. Namun begitu, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi segala aspek. Kurikulum ialah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat

Upload: veer-zaara

Post on 22-Jan-2016

52 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Penilaian

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Penilaian

Bincangkan apa yang dimaksudkan dengan konsep penilaian kurikulum dan peranan penilaian kurikulum berhubung penambahbaikan program

1. Definasi kurikulum menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah kurikulum merupakan  segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi  pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan.

Menurut stufflebeam et al (1971), penilaian merupakan rangkaian aktiviti untuk memperoleh, menganalisis dan mentafsir data tentang proses dan hasil belajar yang dilakukan secara sistemmatik dan berkesenimbungan sehingga menjadi maklumat yang bermakna dalam membuat keputusan.

Konsep penilaian merupakan satu proses mengumpul data mengenai program untuk menentukan nilai atau tujuan, memilih maklumat yang berkaitan, menganalisis maklumat untuk memutuskan samada untuk meluluskan atau menyemak semula program itu. Penilaian dilakukan ketika pembeljaran berlangsung dan setelah pembelajaran selesai dilaksanakan.

Peranan penilaian kuikulum pula adalah berhubung program penambahbaikkan yang dilakukan untuk mengenalpasti keperluan yang tidak diperolehi dan mengenalpasti sebab-sebab mengapa keperluan tidak dipenuhi. Selain itu peranan penilaian juga adalah untuk mencari kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dan tindakan susulan yang sesuai dapat dilakukan untuk memperbaiki pembelajaran murid tersebut melalui tunjuk ajar dan bimbingan yang berterusan dari guru.

2. Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara. Namun begitu, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi segala aspek.

Kurikulum ialah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan 1996). Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).

Penilaian adalah proses pengumpulan dan pengolahan informasi untuk mengukur pencapaian hasil belajar para pelajar . Penilaian merupakan satu proses untuk memperoleh, menganalisis, dan menafsirkan data tentang proses dan hasil belajar para pelajar yang dilakukan secara sistematik dan berkesinambungan. Penilaian dapat dilakukan selama pembelajaran berlangsung (penilaian proses) dan setelah pembelajaran selesai dilaksanakan.

Semestinya penilaian sangat penting terutamanya kepada kurikulum kerana melalui penilaian, penambah-baikan dapat di lakukan. Penilaian perlu di lakukan dari masa ke semasa agar kurikulum yang terhasil seiring dengan perkembangan masa dan bersesuaian dengan keadaan pelajar.

Page 2: Konsep Penilaian

3. Berdasarkan penulisan Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau turut mengkelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu:

Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah

Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas

Kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun berkumpulan.

Yusu Hashim(2000) pula menganggap kurikulum sebagai laluan atau balapan bagi sesuatu pertandingan perlumbaan kereta kuda berdasarkan maksud perkataan kurikulum yang berasal daripada perkataan Latin iaitu Curere yang bermaksud laluan. Manakala dalam bahasa Inggeris kurikulum bermaksud jelmaan atau metamorfosis.Paduan maksud kedua-dua bahasa ini menghasilkan definisi laluan dari satu peringkat ke satu peringkat.Banyak lagi sumber-sumber yang menterjemahkan maksud kurikulum yang lebih kompleks.Secara ringkas, kurikulum adalah bidang pengajian di sekolah (Mohd. Salleh Lebar,1996).

Sementara itu, Purwadi (2003) memilah pengertian kurikulum menjadi enam bahagian :

(1) kurikulum sebagai idia;

(2) kurikulum formal berupa dokumen yang dijadikan sebagai pedoman dan panduan dalam melaksanakan kurikulum;

(3) kurikulum menurut persepsi pengajar;

Page 3: Konsep Penilaian

(4) kurikulum operasional yang dilaksanakan atau dioprasional kan oleh pengajar di kelas;

(5) kurikulum experience yakni kurikulum yang dialami oleh peserta didik; dan(6) kurikulum yang diperoleh dari penerapan kurikulum

Terry D. TenBrink (1974:8), pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

4. Kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu siri arahan yang dirancang secara kordinasi dan teratur untuk menghasilkan pencapaian murid-murid dalam kemahiran dan ilmu spesifik serta menyenaraikan cara-cara untuk mengaplikasikan ilmu ini dalam kehidupan praktikal. Penilaian merupakan komponen yang sangat penting dalam pembentukan kurikulum. Menurut Gay (1985), penilaian adalah satu proses yang sistematik dalam pe- ngumpulan dan analisis data untuk menentukan sama ada sesuatu objektif telah tercapai yang membolehkan sesuatu pertimbangan atau keputusan dibuat. Ia juga penting untuk guru-guru menghasilkan data yang boleh menentukan kejayaan keseluruhan rekabentuk sesuatu kurikulum dan perlaksanaannya. Oleh itu, penilaian untuk pembelajaran murid-murid atau sesuatu program yang dijalankan perlulah berasaskan objektif-objektif yang telah dinyatakan .Penilaian kurikulum dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti dan menilai sebarang kelemahan dalam pelaksanaan sesuatu kurikulum. ia membolehkan guru-guru untuk membaiki rekabentuk kurikulum, taraf serta kualiti pengajaran. Selain itu, penilaian sesuatu kurikulum juga memudahkan pelaksana mendapatkan maklumat tentang keberkesanan PdP atau program-program yang dilaksanakan.

5. Penilaian kurikulum berlaku setelah kurikulum dilaksanakan untuk satu tempoh yang lama, ia seharusnya dikaji dan dinilai semula akan keberkesanannya secara menyeluruh supaya dapat dilakukan penambahbaikan. Pengalaman-pengalaman yang diperolehi pada masa kurikulum dilaksanakan akan memberikan kematangan untuk menemukan inovasi-inovasi baru yang lebih baik dan sempurna.

Penilaian dilakukan untuk mencari jawaban atas permasalahan sebagai berikut:

1. Sejauh mana pelaksana di lapangan sudah memahami dan menguasai kurikulum lengkap dengan semua komponennya.

2. Sejaun mana keberkesanan pelaksanaannya di sekolah.

3. Sejauh mana keberkesanan penggunaan dan sarana penunjang seperti buku, alat pelajaran/alat bantuan dan fasiliti lain serta sokongan dalam menunjang pelaksanaan kurikulum tersebut.

4. Sejauh mana pelajar telah berhasil mencapai tujuan yang dirumuskan, atau sejauh mana pelajar telah menguasai pengetahuan, keterampilan dan sikap yang diharapkan.

5. Apakah ada impak pelaksanaan kurikulum, baik sifatnya positif mahupun negatif yang merupakan akibat yang ditimbulkan oleh kurikulum yang belum diambil kira sebelumnya?.

Page 4: Konsep Penilaian

Reply :

Saya bersetuju dengan pandangan cikgu Bastami bahawa penilaian kurikulum harus dikaji secara menyeluruh agar keberkesanannya dapat diperolehi semestinya pada murid itu sendiri. Pemasalahan di mana keberkesanan penggunaan dan sarana penunjang seperti buku, alat pelajaran/alat bantuan dan fasiliti lain serta sokongan dalam menunjang pelaksanaan kurikulum tersebut harus diambil kira terlebih dahulu agar kurikulum itu bukan sekadar hanya di atas kertas sahaja. Kebanyakan kurikulum yang telah dilaksanakan tidak dapat dibuat spenuhnya akibat fasiliti yang tidak cukup. Sebagai contoh di sekolah saya sendiri sehingga kini, buku teks Tahun 5 PPKI masih lagi tidak dapat akibat kekurangan buku teks. Malah, penggunaan internet di sekolah amatlah terhad di mana murid hanya perlu pegi ke pusat access sekiranya ingin melayari internet. Justeru seperti apa yang dikata cikgu Bastami, Penilaian dilakukan untuk mencari jawaban atas permasalahan yang berlaku di sekolah.

Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

Dengan demikian, penilaian merujuk proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasildaripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif. 

Penilaian sememangnya dilakukan berpandukan beberapa permasalahan yang di nyatakan. melalui permasalahan tersebut, pihak penilai dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sesuatu dasar/aspek yang dibuat. Melalui permasalahan ini juga, kurikulum yang lebih baik akan terhasil.

 

6. Penilaian merupakan perihal atau perbuatan, menilai, menaksir, (Kamus Dewan,1994:930). Justeru penilaian ialah suatu proses yang berterusan bagi mendapatkan maklumat semula dengan tujuan supaya penggubahan kepada pelajar dalam aspek pemikiran, perasaan dan tingkahlaku dapat dilakukan dengan sempurna. (Abu Bakar Nordin,1990:4). Proses ini amat penting bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran selain memastikan para pelajar tidak tergelincir daripada mengikuti sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan. Adalah penting usaha membentuk pelajar mencukupi segala aspek ini sentiasa dikaji bagi memastikan keberkesanan sukatan dan aktiviti yang dijalankan dapat memenuhi kehendak dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. Oleh itu penilaian merupakan satu aktiviti yang amat bermakna dan bermanfaat yang perlu dilakukan seiring dengan proses Pengajaran & Pembelajaran (PdP).

Page 5: Konsep Penilaian

 

              Konsep penilaian kurikulum adalah di mana aktiviti mengumpul data bagi mentaksir apa yang pelajar tahu dan boleh buat sebagai hasil mengalami isi kandungan kurikulum, menilai isi kandungan tertentu, organisasinya, dan kaedah penyampaiannya. Juga menentukan sama ada kurikulum (seperti yangdibina, direka bentuk, dan dilaksana) menerbitkan hasil yang diharapkan.

 

            Dalam konteks dunia pendidikan. peranan penilaian kurikulum amatlah penting dalam penambahbaikan seuatu program. Ini kerana kurikulum itu sendiri hendaklah selari dan seiring dengan peredaran zaman. Kurikulum sesuatu program perlulah sentiasa dinilai agar ianya bersesuaian dengan pdp murid serta tingkahlaku pelajar itu sendiri. Matlamat sistem pendidikan adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat dan Negara ke arah melahirkan insan yang seimbang, berketrampilan, berakhlak mulia dan berilmu. Atas dasar inilah sistem pendidikan menetapkan satu standard atau benchmark yang menetapkan satu sistem yang dapat digunapakai dan diaplikasikan dengan jayanya dalam sistem pendidikan negara.(Mak Soon Sang:1988).

 

            Sebagai contoh penambahbaikan terhadap kurikulum bagi Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI). Perkembangan semasa dalam arus globalisasi yang sangat dinamik, menuntut perubahan dalam dunia pendidikan. Seiringan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif menyemak dan melakukan penambahbaikan dalam kurikulum. Selaras dengan perubahan tersebut, Kurikulum bagi mata pelajaran kelas Pendidikan Khas (masalah Pembelajaran) turut melalui proses semakan dan penambahbaikan dalam penggubalannya hingga terhasil KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Standard yang diketengahkan ini mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard ini merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di sekolah jenis kebangsaan. Secara kesimpulan, peranan penilaian kurikulum sangatlah penting dan dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa mengikut murid serta standard dunia.

7. Penilaian kurikulum merupakan satu aktiviti mengumpul data bagi menilai pelajar atau program kurikulum yang telah dijalankan. Ia melibatkan proses mentaksir apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan hasil dari kandungan isi kurikulum tersebut. Penilaian kurikulum juga melibatkan proses menilai isi kandungan, organisasi dan kaedah penyampaian di mana ia menentukan sama ada kurikulum yang dibina, direka bentuk dan dilaksanakan mencapai hasil yang diharapkan.

Tujuan penilaian dilakukan adalah bagi membuat keputusan tentang rancangan kurikulum (tujuan umum dan khusus), komponen kurikulum (tenaga kerja, prasarana, waktu dan belanja), implementasi kurikulum (kegiatan pengajaran dan latihan) serta kesan ke atas program pendidikan yang telah dijalankan. 

Page 6: Konsep Penilaian

Penilaian kurikulum berperanan penting dalam memberi penambaikan ke atas sesuatu program. Ia menentukan sama ada tujuan dan objektif kurikulum telah diambil tindakan serta membantu menilai bahan, kaedah pengajaran dan pelajar itu sendiri. Di samping itu, penilaian ke atas sesuatu program ini dapat menilai hasil sesuatu program secara langsung dan seseorang pelajar itu secara tidak langsung. (Oliva, 2001).

8.

Dari  maksud penilaian kurikulum kita dapat mengetahui amatlah penting peranannya dalam mencari sesuatu kelemahan dan mengenalpasti apakah kekuatan dalam sesuatu perkara yang perlu di teruskan. Contohnya, melalui penilaian yang dijalan terhadap murid-muridnya sesorang guru dapat memperbaiki cara pengajarannya  dan murid-murid juga mengetahui apakah kelemahan yang perlu mereka perbaiki untuk mencapai kecemerlangan dalam sesuatu pelajaran

9. Konsep kurikulum mempunyai satu set dokumentasi yang bertulis merangkumi maklumat mengenai objektif, tujuan dan data pengajaran dan pembelajaran dalam membangunkan sesuatu program melalui kurikulum kepada pelajar.

Penilaian adalah satu proses dan alat mengukur bagi menguji keberkesanan sesuatu program dengan menggunakan garis panduan yang telah dirancang atau dikehendaki seperti dalam objektif adan tujuan yang disebut kurikulum.

Penilaian kurikulum merupakan suatu proses yang agak rumit. Ia memerlukan program yang sesuai dengan objektif kurikulum.Memerlukan masa yang lama dan penglibatan semua pihak secara berterusan. 

Kegagalan mencapai objektif dan tujuan sesuatu kurikulum akan melambangkan kelemahan dasar penggubalan kurikulum itu sendiri.

Perlaksanaan kurikulum yang baik dan sistematik akan membawa kejayaan pada program yang dijalankan.Perlaksanaan kurikulum terdiri daripada tenaga pengajar mahir dan berpengalaman ,memilih  kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang bermakna,penglibatan pelajar secara menyeluruh, bahan PdP yang mengikut era semasa dan kesesuaian minat, emosi dan intelek pelajar serta tempat yang kondusif. Semua aspek psikologi pelajar amat membantu menjayakan sesuatu kurikulum melalui penilaian dalam program itu..

10. Salam Sehati Sejiwa...

Pada asasnya, kurikulum bermaksud satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. (Ornstein dan Hankins 1993,98).  Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. (Mohd. Daud, 1995).  Oleh itu, definisi kurikulum boleh disimpulkan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu

Page 7: Konsep Penilaian

pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada generasi ke generasi yang lain.

Penilaian kurikulum pula merupakan aktiviti mengumpul data bagi menghakimi pelajar iaitu menaksir apa-apa yang pelajar tahu dan boleh buat sebagai hasil mengalami isi kandungan kurikulum.  Penilaian kurikulum ini dilakukan bagi menentukan sama ada kurikulum seperti yang dibina, direka bentuk dan dilaksana dapat menerbitkan hasil seperti yang diharapkan. Menurut Olivia (2001) , penilaian kurikulum dapat menentukan sama ada tujuan dan objektif kurikulum diambil tindakan.

Penilaian terhadap kurikulum amat perlu dilakukan.  Hal ini kerana menurut Tyler (1949) yang dipetik oleh Vincent Pang (2005) penilaian kurikulum berperanan untuk melihat dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sesuatu kurikulum. Di samping itu, ia boleh membantu untuk menjelaskan objektif, membuat tindakan susulan dan memberikan maklumat terhadap kejayaan sesebuah program yang dilaksanakan di sekolah.

Kesimpulannya, penilaian kurikulum perlu sentiasa dilakukan bagi memastikan keberkesanan pembinaan kurikulum dan bersesuaian dengan perubahan zaman yang bakal dilalui oleh murid-murid pada masa kini.  Sistem pendidikan kini menekankan teknologi maya yang perlu dikuasai oleh murid-murid.  Oleh itu, kurikulum yang dibentuk perlu mengikuti perkembangan semasa demi masa depan mereka.

11. Kurikulum merupakan satu dokumentasi  khas dan panduan yang berkaitan dengan matlamat, objektif, ciri- ciri murid dan pelajar, pengalaman pembelajaran, isi kandungan pembelajaran, bahan, kaedah dan cara penilain yang tersendiri. Selain itu, ia juga mempunyai konsep tersirat dimana  semasa murid  melalui pembelajaran terancang, mereka  akan memperolehi nilai-nilai sampingan. contohnya interaksi dan komunikasi. Ia membolehkan kanak-kanak menjadi lebih matang dan dewasa serta mempelajari nilai dan etika dalam kehidupan bermasyarakat. Menurut Comstein dan Hankins 1993, kurikulum adalah satu pelan atau rancangan untuk tindakan  satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati

            Konsep penilaian kurikulum merupakan satu proses pemgumpulan data berkaitan program yang dijalankan. Ianya bertujuan menentukan nilai dan tujuan kurikulum itu sendiri dimana hanya maklumat yang berkaitan sahaja yang dipilih.Seterusnya maklumat tersebut dianalisis atas tujuan untuk meluluskan atau membuat semakan semula terhadap program yang dijalankan. Penilaian yang dilakukan terhadap sesuatu program  adalah berterusan iaitu mempunyai kesinambungan dan tidak dibuat separa jalan.  Sesuatu penilain berkaitan kurikulum ini dilaksanakan  ketika berlangsungnya pembelajaran atau setelah selesai pembelajaran yang hendak dinilai.

           Penilaian kurikulum adalah bertujuan untuk memastikan kurikulum yang dilaksanakan berjaya atau sebaliknya dalam mencapai matlamat dan objektif kurikulum itu sendiri. Ianya bertujuan menjawab persoalan yang timbul disamping memastikan bahawa di pihak guru-guru, telah berlaku keberkesanan di dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran terhadap murid-murid di dalam bilik darjah masing-masing. Dengan ini, guru akan terus berusaha untuk

Page 8: Konsep Penilaian

meningkatkan lagi mutu pengajaran mereka di dalam kelas demi mencapai produk kurikulum yang disasarkan.

            Penilaian pada umumnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Peniaian Formatif dan Penilaian Sumatif. Penilaian yang dilakukan sebelum perlakasanaan spenuhnya terhadap sesuat program kurikulum yang hendak dilaksanakan dikenali sebagai penilaian Formatif , manakala apa jua proses pengumpulan data, dapatan di akhir perlaksanaan program kurikulum adalah dikenali sebagai Penilaian Sumatif. Ianya dinilai selepas atau dalam tempoh beberapa bulan selepas perlaksanaan sepenuhnya dilakuk terhadap sesuatu program kurikulum.

12..            Pada  istilahnya, Penilaian seperti yang dinyatakan di atas merupakan  pengumpulan informasi melalui tafsiran dan interprestasi hasil sesuatu pengukuran. Penilaian kurikulum berperanan sebagai satu garis panduan dalam menentukan skop ilmu yang hendak disampaikan dan disebarkan.  Di peringkat sekolah , ia  perlulah relevan dengan kehendak dan keperluan semasa. Disinilah peranan Pusat Perkembangan Kurikurikulum dimana mereka perlu merangka kurikulum Pendidikan Di Malaysia dan perlu melakukan pengubahsuaian agar murid belajar mengikut trend pengetahuan semasa dan terkini. Peranan penilaian kurikulum juga pada asanya perlu memmasttikan pembetukan masyarakat yang bersatu padu serta menyingkirkan sikap dan sifat prejudis antara kaum dalam mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penilaian kurikulum yang dijalankan  berhubung penambahbaikan program pula ialah kita dapat mengenalpasti keperluan yang tidak diperolehi dan dipenuhi dan mengenalpasti sebab-sebab mengapa keperluan tidak dipenuhi secara total. Selain itu, sekiranya semasa program didapati pelajar tidak membangunkan kemahiran pemikiran kritikal, guru perlu menjalankan penambahbaikan program dengan mengadakan aktiviti pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pemikiran kritikal.berkonsepkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) Selain itu,  penilaian juga dilakukan untuk mencari kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah  dan tindakan susulan yang sesuai yang perlu dilakukan dipihak guru-guru untuk berupaya membantu murid-muri. Ini bertujuan bagi merangsang murid bagi memperbaiki pembelajarannya melalui tunjuk ajar dan bimbingan guru secara berterusan.

 

          Kesimpulannya, peranan penilaian kurikulum berhubung penambahbaikan program adalah dimana kepentingan dan faedahnya dapat dirasai oleh semua pihak samada guru, ibu bapa dan murid itu sendiri. Ianya lebih meliputi kepada penambahbaikan sesuatu program yang dijalankan dari masa ke semasa. Peranan penilaian adalah untuk mengesan kekuatan, bakat dan kelemahan pelajar seterusnya, tindakan susulan yang sepatutnya dapat diambil untuk membantu murid menangani masalah tersebut. Pembangunan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek penting untuk membina modal insan. Kurikulum yang mempunyai ukuran atau standard yang setaraf dengan keperluan pendidikan masa kini, iaitu penekanan dari segi kemahiran dalam teknologi maklumat juga penting , perlu dibina dan dibangunkan . Penilaian kurikulum yang efektif dan menyeluruh mampu menjana daya kreativiti dan inovasi para pelajar. Semua pihak perlu berganding bahu dalam memastikan kurikulum yang dibina adalah yang terbaik bagi memenuhi kehendak dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

Page 9: Konsep Penilaian

13…Konsep kurikulum dapat dikategorikan kepada 5 iaitu:-

1. Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri daripada cadangan-cadangan berhubung dengan matlamat, objektif, ciri-ciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi kandungan pelajaran, kaedah, bahan dan cara penilaian.

2. Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang lebih menarik. Ini membantu pelajar menguasai kemahiran dan isi kandungan dengan berkesan.

3. Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada subjek yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan.

4. Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang. Ia bukan sahaja membolehkan pelajar menimba ilmu, tetapi juga mencari dan mendapat pengalaman.

5. Selain itu, ia juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui pembelajaran terancang, pelajar akan memperolehi nilai-nilai sampingan. contohnya interaksi dan komunikasi. Ia membolehkan kanak-kanak menjadi lebih matang dan dewasa serta mempelajari nilai dan etika dalam kehidupan masyarakat.

 

Peranan penilaian kurikulum

1. Berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan.

2. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Pusat perkembangan kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya pelajar sentiasa belajar mengikut trend pengetahuan terkini.

3. Kurikulum pendidikan yg dibina bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir. Selain daripada intelek, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah mengutamakan kepimpinan pelajar melalui kokurikulum.

4. Kurikulum pendidikan yang sama membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.