konsep pantun melayu

18
PANTUN NAZATUR SHIMA BINTI SAHANAN

Upload: jeshwary-kumar

Post on 20-Oct-2015

444 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

konsep pantun melayu

TRANSCRIPT

  • PANTUN

    NAZATUR SHIMA BINTI SAHANAN

  • DEFINISI

    Menurut Harun Mat Piah, istilah pantun mungkin berasal daripada perkataan tun yang terdapat dalam bahasa beberapa suku kaum di nusantara, yang merujuk kepada sesuatu yang teratur, yang lurus baik, yang konkrit mahupun yang abstrak.

  • Berkemungkinan istilah pantun berasal dari bahasa-bahasa suku kaum tertentu di nusantara. Contoh:Tagalog (tonton), Jawa kuno (tuntun),Bisaya (panton), Toba (pantun) yang kesemuanya merujuk kepada keteraturan, mendidik, memimpin dan kesopanan.

  • Harun Mat Piah (1997: 122)

    membuat kesimpulan bahawa pantun adalah ciptaan asal Melayu dan bukannya daripada puisi Jawa, China mahupun mana-mana kaum. Hanya ada beberapa aspek persamaan antara pantun dan puisi-puisi tersebut.

  • Pantun merupakan puisi Melayu tradisional yang terkenal di nusantara.Pantun dikatakan karangan asal orang Melayu yang telah wujud sejak zaman dahulu.Pada masa itu pantun berupa sastera lisan, iaitu dihasilkan dan dibacakan secara spontan.Pada hari ini, karya pantun telah dibukukan dan dijadikan bahan bacaan umum.

  • Ciri ciri pantun dapat dibahagikan kepada 2 aspek iaitu dalaman dan luaran.

    A) aspek luaran :-terdiri daripada 2 baris serangkap hingga pantun 16 baris serangkap.- mempunyai 2 bahagian iaitu pembayang dan maksud.- mempunyai bilangan suku kata pada baris antara 8-12.-mempunyai rima akhir a-b-a-b atau a-a- setiap rangkap ada 1 maksud sahaja.

  • B) aspek dalamanPemikiran yang padatAda nilai dan pengajaranTerdapat perhubungan makna antara pembayang dan maksud.Terdapat penggunaan lambang-lambang atau persepsi tertentu yang diketahui masyarakat.

  • Antara jenis pantun berdasarkan tema ialah:

    Sindiran atau kiasanNasihatAdatCinta dan kasih sayangJenakaAgama Budi Kanak-kanak

  • Pantun adat:Ikan berenang di dalam lubuk,Ikan belida dadanya panjang;Adat pinang pulang ke tampuk,Adat sirih pulang ke gagang.

    Pantun budi:Sarat perahu muat pinang,Singgah berlabuh di Kuala Daik;Jahat kelaku lagi dikenang,Inikan pula budi yang baik.

  • Pantun cinta:Kalau tuan pergi ke Tanjung,Belikan saya pisau lipat;Kalau tuan menjadi burung,Saya menjadi benang pengikat.

    Pantun nasihat:Kayu cendana di atas batu,Sudah diikat dibawa pulang;Adat dunia memang begitu,Benda buruk memang terbuang.

  • Pantun kanak-kanak:Burung kenek-kenek,Hinggap atas batu;Pesan datuk nenek,Rajin-rajin baca buku.

    Pantun agama:Anak ayam turun sembilan,Mati seekor tinggal lapan;Duduk berdoa kepada Tuhan,Minta jalan ketetapan.

  • Pantun jenaka:Gemuruh tubuh bukan kepalang,Diasah lembing berkilat-kilat;Gemuruh tubuh harimau belang,Melihat kambing pandai bersilat.

    Pantun sindiran atau kiasan:Jika dilurut padi masak,Jatuh ke tanah berderai-derai;Jika takut dilambung ombak,Jangan berumah di tepi pantai.

  • Antara jenis pantun berdasarkan bentuk ialah : Pantun dua kerat Ada beras taruh dalam padi,Ada ingat taruh dalam hati.

    Pantun empat kerat Kalau ada sumur di ladang,Boleh saya menumpang mandi; Kalau ada umur yang panjang,Boleh kita berjumpa lagi.

  • Pantun Enam Kerat

    Hari-hari pergi ke darat,Pungut lada kendong di kain,Petik bersama si daun turi;Hina besi kerana karat,Hina manusia kerana miskin,Pandai-pandai fikir sendiri.

  • Pantun lapan kerat

    Anak saudagar dari Kudat,Pergi Makasar langsung ke Deli,Sunggah sebentar di Tanjung Karang,Ambil benang di rumah teman;Hidup di dunia biar beradat,Bahasa tidak berjual beli,Sampai mati disebut orang,Diingat dikenang zaman-berzaman.

  • Pantun sepuluh kerat

    Burung pipit terbang melayang,Mari hinggap di rumpan padi,Padi terletak di balik mayang,Mayang berada di sudut laman,Laman dihias pohon kelapa;Bukan ringgit pandangan orang,Pandangan atas bahasa budi,Budi yang baik tak akan hilang,Tetap dikenang sepanjang zaman,Sampai mati terkenang jua.

  • Pantun dua belas keratTarik kerakap batang padi,Dibawa orang dari laut,Padi jangan digemparkan,Kalau gempar antara gugur,Bila gugur masuk perigi,Di situ ditanaman pula;Tuan seorang yang baik budi,Sebab budi hati terpaut,Walau sedetik tidak terlupakan,Kalau lupa antara tidur,Dalam tidur antara mimpi,Bila bangun teringat pula.

  • Pantun berkaitBuah cempedak dibuat pengat,Isikan mangkuk dua-dua;Wahai anak hendaklah ingat,Waktu muda sebelum tua.

    Isikan mangkuk dua-dua,Mari diletak di atas pangkin;Waktu muda sebelum tua,Waktu kaya sebelum miskin.

    Mari diletak di atas pangkin,Daun ketapang di dalam sumpit;Waktu kaya sebelum miskin,Waktu lapang sebelum sempit.